P. 1
perayaan cina

perayaan cina

|Views: 237|Likes:
Published by Summersakura Yee

More info:

Published by: Summersakura Yee on Apr 03, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/21/2014

pdf

text

original

Hari Chap Goh Mei

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

Perayaan Duan Wu

Perlumbaan Perayaan Perahu Naga di Macau Perayaan Duan Wu atau Perayaan Perahu Naga ialah salah satu perayaan tradisional dalam masyarakat Cina. Ia merupakan hari cuti di Taiwan (Duānwǔ Jié), serta di Hong Kong dan Macau (Tuen Ng Jit). Mulai 2008, ia kembali menjadi hari cuti di Republik Rakyat China. Terdapat beberapa teori mengenai asal usul perayaan ini. Yang paling terkenal ialah untuk mengingati seorang penyair masa dahulu yang bernama Qu Yuan. Beliau sanggup membunuh diri untuk menyelamatkan negaranya. Aktiviti tradisi perayaan ini ialah memakan bak cang (Rou Zhong = dalam Bahasa Cina) dan berlumba perahu naga.

Perayaan Hantu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Perayaan Hantu
Perayaan Hantu Nama rasmi Agama Buddha: Ullambana (Cina Tradisional: 盂蘭盆, Cina Ringkas: 盂 兰盆, pinyin: Yúlánpén) Fahaman Tao dan kepercayaan tradisi: Zhōngyuán Jié (Cina Tradisional: 中元節, Cina Ringkas: 中 元节) Juga dinamakan Diraikan oleh Jenis Keutamaan Bulan Hantu

penganut agama Buddha, Tao, agama tradisional Cina Perayaan Asia dan agama Buddha Pembukaan pintu Neraka, membolehkan semua hantu untuk mendapat makanan dan minuman malam ke-14 bulan qamari ke-7 Penyembahan nenek moyang, menderma makanan (kepada para sami dan juga yang telah meninggal), membakar kertas topekong, berdikir Obon

Tarikh Amalan

Berkaitan dengan

Perayaan Hantu ialah sebuah perayaan Cina yang disambut oleh orang Cina di merata dunia. Dalam kalendar Cina (kalendar lunisolar), Perayaan Hantu jatuh pada malam ke-14 bulan ke7. Mengikut adat resam Cina, hari ke-13 bulan ke-7 dalam kalendar qamari bergelar Hari Hantu dan bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu (鬼月), iaitu apabila

O-bon yang sering merangkumi pesta tarian ini lama wujud di Jepun sejak lebih 500 tahun lalu. . Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual. yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian mereka. Neraka dan fana dibuka dan pada masa ini penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal. Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang. sukarelawan Jepun meletakkan tanglung berlilin pada Sungai Sasebo River pada perayaan Obon. iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup. pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah. O-bon. merupakan versi Jepun bagi Perayaan Hantu yang lama berubah menjadi cuti perjumpaan semula keluarga yang mana penduduk bandaraya kembali ke kampung halaman untuk membersihkan dan menziarahi kubur nenek moyang mereka. keluar dari alam ghaib. penari.hantu-hantu dan roh-roh. Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan. dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang didirikan di kawasan perumahan daripada dana sumbangan para penduduk. Perayaan Hantu di Malaysia Perayaan Hantu di Malaysia dimodenkan dengan persembahan pentas seolah-olah konsert dengan sifat-sifat tersendiri dan berbeza daripada keraian Perayaan Hantu di negara lain. Pertunjukan pentas yang dikenali sebagai 'Koh-tai' oleh penutur bahasa Hokkien ini dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi. [sunting] Perayaan Hantu di Jepun: O-bon Rencana utama: O-bon Berlatarkan penerangan Jambatan Albuquerque. pada bulan Ogos di pantai barat (Kansai). Ketika perayaan Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi penghormatan kepada leluhur mereka manakala pada Hari Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup. termasuklah para leluhur yang lama meninggal. atau cuma Bon. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air. Perayaan Jepun ini diadakan dari 13 hingga 16 bulan Julai (masing-masing "Obon Sambutan" dan "Obon Perpisahan" respectively) di pantai timur Jepun (Kantō). Pada hari ke-13 ketiga-tiga alam Syurga.

manakala yang ibunya sudah tiada berdoa agar roh ibu-ibu mereka diberkati.1341 Masihi). Perayaan Kuih Bulan Suasana perayaan di Victoria Park. pinyin: zhōngqiūjié) merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi . Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. namun ini adalah perayaan berbeza. Pada waktu ini. bulan biasanya mengambang dan terang. Cina Tradisional: 中秋節. Hong Kong Kuih Bulan Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: 中秋节. . perayaan ini bergelar Vu Lan dan dijadikan Hari Ibu. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung. menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.[sunting] Hari Ibu Vietnam Di Vietnam. Pada hari inilah sesiapa yang ibunya masih hidup akan berterima kasih.

Berlainan dari kebanyakan dewa bulan di budaya-budaya lain yang mempersonifikasi bulan.[1] Houyi membawa ubat itu pulang lalu menyorokkannya di bawah sebatang kasau. kebanyakan kisah Chang'e dalam mitos Cina melibatkan elemen-elemen berikut dalam apa jua bentuk: Houyi (bahasa Cina: 后羿) si pemanah. atau adunan biji teratai. suatu atma jiwa. maka Maharaja mengurniakan sebiji ubat yang mengabadikan nyawa Houyi. Houyi diarah menghadap maharaja sekali.Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol. sebalik sebelum kahwin. Chang'e pula berdiam di bulan. Dalam sekelip mata. mula sekali siapkan diri dengan doa dan puasa selama setahun". sekaligus terpaksa menampung kehidupan dengan memburu di Bumi. Houyi dan Chang'e Kisah malam berlakunya peristiwa dewi bulan Chang'e (bahasa Cina: 嫦娥) dibawa ke bulan yang dikenali ramai oleh bangsa Cina menjadi topik kegemaran para penyair. sambil memulihkan semangatnya. Chang'e. setiap hari salah seekor burung ini dijadualkan untuk mengelilingi dunia dengan pedati yang dipandu oleh Xihe (bahasa Cina: 羲 和). Menurut tradisi. Banyak sekali variasi dan adaptasi legenda Chang'e sehingga mampu mengelirukan kita. iaitu "ibu" segala suria. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah. Kisah tradisi mengisahkan riwayat Houyi dan Chang'e sekitar tahun 2170 SM. baik adil mahupun zalim. Maka Houyi dan isterinya Chang'e pun diusir dari kayangan. dalam bentuk burung berkaki tiga. Dewi Bulan Abadi. Versi 1 Houyi ialah seorang dewa. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan. sambil memesannya: "Janganlah teragak-agak untuk menelan ubat ini. Chang'e perasan sekilauan cahaya dari kasau lalu mencari dan menelan ubat itu jua. dia mendapati . Houyi mencetuskan kecemburuan dewa-dewi lain sehingga mereka mempersendakan Houyi menghadap Maharaja Jed. Maka dari saat inilah Houyi menjadi pemanah tersohor. Maharaja Yao selaku pemerintah China mengarahkan Houyi agar menembak sembilan daripada suria-suria tersebut. terdapat sepuluh matahari. Pada suatu hari. dan Bulan: [sunting] Houyi si pemanah Terdapat sekurang-kurangnya 6 variasi kisah ini yang mengisahkan Houyi sebagai pemanah. yang berdiam di sebatang pokok kertau di laut timur. selain dengan kuih bulan itu sendiri. atau kuning telur masin. Pada ketika ini juga. Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. sementara Chang'e pula seorang gadis molek yang berkhidmat di Istana Maharaja Jed (bahasa Cina: 玉帝. Ketika Houyi menyembuh dirinya. pinyin: Yùdì) sebagai pengiring Maharani Barat (permaisuri Maharaja Jed). Setelah selesainya tugas ini. ketika pemerintahan Maharaja Yao legenda yang menyusuli zaman Huang Di. Tibanya juga satu hari apabila kesepuluh-sepuluh matahri saling berhampiran lalu mengakibatkan Bumi terbakar. Apapun. seorang maharaja.

Akan tetapi. Houyi amat mencintai Chang’e dan enggan meninggalkannya. Mujurlah tibanya seorang pemanah gagah bernama Houyi. Houyi terpaksa kembali ke Bumi kerana angin kencang. Setahun sekali. Bumi dikitari sepuluh biji matahari. Chang’e sedar dirinya tidak terlawan Peng maka dia terus terbang jauh dari situ.[1] Pada masa itu. tiba di bumi untuk menjatuhkan sembilan biji matahari. Versi 3 Suatu ketika dulu. pada hari bulan purnama. jadi dia dia berehat di Bulan yang paling dekat dengan Bumi. Sesudah menyiapkan tugasnya dia dijadikan wira rakyat.[2] Versi 2 Sekitar tahun 2170 SM. Houyi menziarahi isterinya. tiba-tiba kesemua sepuluh matahari muncul serentak. Dengan perasaan penuh belas kasihan terhadap rakyat jelata. Houyi ramai sekali anak muridnya yang setia mempelajari kemahiran memanah daripadanya. arnab tersebut masih cuba membuat ubatnya. Beliau menemui bayang-bayang wanita seiras Chang'e pada bulan. Chang’e meletakkan ubat itu dalam peti barang kemasnya. Pada suatu hari. Maka beliau menjadi Raja. Lama-kelamaan. . suatu kitab falsafah.[1] Kisah ini terdapat dalam dua koleksi bertulis zaman Dinasti Han Barat (206 BCE-24 CE). dan Chang'e pula "Yin" (prinsip betina). lalu membahangkan bumi dengan keterlaluannya. Chang'e akhirnya mendarat di Bulan dan mula batuk kerana kesukaran bernafas. Setelah Houyi menyedari perkara ini. Houyi dan anak-anak buahnya pergi ke kawasan gunung. di bulan wujudnya seekor arnab. kesemuanya merentungkan tanaman dan memandulkan manusia. maharaja dewa mengurniakan sebiji ubat hidup abadi kepada Houyi sebagai ganjaran atas jasanya memadam matahari. salah seorang anak murid Houyi iaitu Peng mendapat tahu rahsia ini lalu hendak mencuri ubat itu. lalu terkejar-kejar bulan itu tetapi tidak dapat kerana dihalang angin. Houyi mendongak ke langit malam dan memanggil nama Chang’e tak henti-henti. Baginda menggesa Houyi agar tidak berlengah lagi untuk menelan ubat itu. Houyi pula membina istana di matahari bernama "Yang" (prinsip jantan). Secebis ubat itu terkeluar dari mulutnya. Akan tetapi. Sehingga hari ini. kecuali Peng yang berpura-pura sakit. marah dan sebak jadinya. dan Huainanzi. maka dia menyedari apa yang sudah berlaku lalu memarahinya. Houyi si pemanah bertindak dengan menjatuhkan sembilan matahari tetapi membiarkan satu demi manfaat manusia. tetapi lama-kelamaan menjadi zalim. Pada detik ini pulangnya Houyi. Dia mengahwini Chang’e maka mereka berdua pun hidup bahagia. Houyi mengejar Chang'e mengelilingi separuh angkasa. maka Chang'e mengarahkan arnab itu untuk membuatkan sebiji lagi ubat agar dia dapat kembali ke Bumi untuk bertemu semula dengan suaminya. Begitulah sebab pada malam inilah bulan adalah paling indah. iaitu Shan Hai Jing.[1] Dengan berlengkapkan busur di tangannya. Chang’e juga berdiam di rumah sahaja. Pada suatu hari.dirinya boleh terapung. Chang'e pun terapung dari tingkap ke angkasa. Peng mencuri masuk bilik Chang’e lalu memaksanya untuk menyerahkan ubat itu. setiap satu bergilir-gilir menyinari bumi. Chang'e tidak sanggup meninggalkan suami tersayang. Pada suatu hari. dalam perjalanan pulang ke rumah. Buku Gunung dan Laut. bumi mengalami sepuluh matahari. maka dia menyerahkan ubat tersebut pada Chang’e untuk disimpan di tempat yang selamat.

Pada setiap tahun lompat pula.jpg Dewi Chang'e dan Arnab Jed. [sunting] Penggulingan pemerintahan Mongol Mengikut sebuah kisah rakyat terkenal (yang tidak semestinya terbukti oleh catatan sejarah). tiga pari-pari mengubah bentuk diri mereka menjadi orang tua yang mengemis makanan dari rubah. Orang-orang tua itu terharu oleh pengorbanan dan kemurnian si arnab lalu mengurniakan tempat tinggal di Istana Bulan untuknya di mana si arnab menjadi "Arnab Jed". [3] Mengikut legenda. tetapi sayangnya si arnab tiada apa-apa untuk diberi maka ia melimpat ke dalam api marak untuk menawarkan daging dirinya sahaja. sementara di kirinya ada dua bulatan besar yang mewakili kepala dan badannya. monyet.[4] Sukar untuk merancang pemberontakan kerana larangan terhadap perhimpunan.Pada suatu hari. Houyi mencuri air atma jiwa dari seorang dewi.[4] Menyedari bangsa Mongol tidak makan kuih bulan. Betapa cintanya Houyi terhadap ratunya. Menurut kisah lama. Anda boleh perhatikan bahawa tompok-tompok gelap pada permukaan bulan purnama menyerupai bentuk arnab. pinyin: qīng míng jié). sepasang telinganya tercacak ke kanan. Semenjak itulah perayaan ini disambut di peringkat kebangsaan dengan hidangan kuih bulan. disusuli penubuhan Dinasti Ming (1368-1644) di bawah pimpinan Maharaja Zhu. Beliau meminta izin untuk mengedarkan beribu-ribu biji kuih bulan kepada warga kota untuk memohon restu semoga maharaja Mongol panjang umur. maka tak sanggup baginda menjatuhkan bulan. Ada yang kata arnab ini cuma satu bentuk jelmaan Chang'e sendiri. air itu jatuh dalam mulut ratunya Chang'e untuk menyelamatkan rakyat jelata dari kezaliman si raja. [sunting] Arnab Jed Fail:Change and jade rabbit. Dalam setiap kuih dimasukkan sekeping kertas yang bertulis: "Hapuskan Mongol pada lima belas hari bulan lapan" (八月十五殺韃子). Qing Ming diadakan pada 4 April. Arnab Jed ini membuat ubat-ubatan bersama dewi Chang'e. perayaan ini merupakan jieqi (lihat . merupakan perayaan Cina yang diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk (atau hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga). Chang'e terapung jauh hingga mencapai bulan. Perayaan Kuih Bulan disambut untuk memperingati pemberontakan warga China menentang pemerintah Dinasti Yuan berbangsa Mongol (1280–1368) pada abad ke-14. mendapat jalan mengadakan pemberontakan sempena Perayaan Kuih Bulan. penasihat kepada ketua pemberontak Zhu Yuanzhang. Setelah meminumnya.[4] Pada malam perayaan. dan arnab. maka Liu Bowen (劉伯溫) dari wilayah Zhejiang. Akan tetapi. untuk santapan dewa-dewi. para pemberontak berjaya meyerang dan menggulingkan pemerintahan mereka. Secara istilah astronomi. Cina Ringkas: 清明节. Perayaan Qingming Perayaan Qingming (Cina Tradisional: 清明節. dan lazimnya diadakan sekitar 5 April dalam kalendar Gregorian (lihat kalendar Cina). juga dipanggil Pesta Ching Ming. Si rubah dan si monyet ada makanan untuk dihulurkan kepada mereka. Ceng Beng atau (diterjemah sebagai "Perayaan Jelas dan Terang").

Perayaan Qingming dijadikan cuti umum di Republik China di Taiwan.Qingming). "memijakkan kaki di atas tanah kehijauan"). Dalam jieqi. Lompat ke: pandu arah. Namanya menandakan masa bagi orang ramai untuk keluar dari rumah dan menikmati kehijauan musim bunga (踏青 Tàqīng. dan juga menziarahi kubur orang tersayang yang sudah meninggal. China Juga dinamakan Tahun Baru Qamari. perayaan Qingming jatuh pada hari pertama jieqi ke-5. Perayaan Musim Bunga . ensiklopedia bebas. dan juga di Hong Kong dan Macau namun bukan di tanah besar China. yang juga dipanggil Qingming. Tahun Baru Cina Dari Wikipedia Bahasa Melayu. gelintar Tahun Baru Cina Tulisan Tradisional: 農曆新年 Tulisan Ringkas: Maksud harfiah: [papar]Transliterasi Nama Cina alternatif Tulisan Tradisional: 春節 Tulisan Ringkas: Maksud harfiah: [papar]Transliterasi 农历新年 tahun baru takwim qamari 春节 perayaan musim bunga Tahun Baru Cina Malam Tahun Baru Cina di Meizhou.

sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. agama Buddha Hari pertama kalendar Cina (qamari) 26 Januari 14 Februari 3 Februari sambutan Tahun Baru. Tarikh perayaan Rencana utama: Astrologi Cina .Diraikan oleh Jenis Keutamaan Tarikh 2009 Tarikh 2010 Tarikh 2011 Perayaan terutamanya tamadun Asia Timur China. perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian tertentu. dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. kuih pulut. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. daging salai. Sebelum hari tahun baru bermula. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan. titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Rumahrumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki.) Tahun Baru Cina melambangkan permulaan. yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. jamuan sekeluarga. Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan ini Berkaitan dengan Rencana ini mengandungi teks bahasa Cina. (Lihat Tarikh perayaan di bawah. Vietnam. kebudayaan. malah turut dirayakan oleh bangsa Korea. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. sosej. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia. Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan. bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. maka turut memakai kalendar qamari Cina. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik. dan limau mandarin. perhimpunan keluarga.

besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut. London. Haiwan Dahan bumi Tarikh Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008 Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009 Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010 Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011 Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012 Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013 Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014 . Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwanhaiwan tersebut.Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown.

bulan 12 ketika Dinasti Shang. pada zaman dahulu. Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. dari bawah laut). bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang . Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun. sekitar musim sejuk. Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah. itu tidak diketahui. yang muncul setiap 11 tahun. China. yang masih kekal sampai masa ini. untuk memburu manusia. Namun. di Lijiang. atau kedua-duanya. sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Mitos Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang.Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015 Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016 Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017 Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018 Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019 Sejarah Sebelum Dinasti Qin. maka mereka mengusirnya dengan letupan. tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Pada 104 SM. Yunnan. Menurut legenda. awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia. Barangkalinya. adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari.

Di China utara. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. Cina Ringkas: 过年).[3] Hari pertama . Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian". Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Sebelum Tahun Baru Pada hari-hari sebelum Tahun Baru. keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh. kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Ada orang yang mengecat rumah. yang bermaksud "menyambut tahun baru". adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini.membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan. Guò nián (Cina Tradisional: 過年. serta penggunaan warna merah yang berlebihan.[1][2] Sambutan perayaan Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan sahabat.

pada hari kelapan. biasanya ibu bapa. menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. Cina Ringkas: 开年. Hari ke-2 Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年.Perayaan Tahun Baru Cina. terutamanya penganut agama Buddha. anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri. di pinggir kota Vancouver. Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Hari ke-3 Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut: . kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka.[5] Menurut tradisi. Kanada. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.[4] Yang paling penting. datuk nenek atau moyang. Kebanyakan orang yang meraikannya.

kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih.[7] Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung. Hari ke-7 Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur. bebola pulut manis dalam sup. Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama. hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. dewa kekayaan Cina. atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru. Hari ke-15 Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina Tradisional: 元宵節. maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. pò wǔ). Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran.[7][8] Hari ke-9 Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao. Kantonis: yan yat). yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan. Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. yee sang. Cina Ringkas: 汤圆). iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Cina Ringkas: 饺子. sebaliknya berdiam di rumah sahaja[5] Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Tambahan pula. hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. ladu (Cina Tradisional: 餃子. .Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu). Cina Ringkas: 元宵节). Bergantung kepada amalan setempat. seperti Malaysia dan Singapura. Di Taiwan. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara. jiǎozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破五. tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut. versi Cina bagi Hari Valentine. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola. perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓. dimakan pada hari ini.[6] Hari ke-5 Di bahagian utara China. pinyin: rén rì. dimakan.

pinyin: yú). Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. bak pepatah Cina nián nián yǒu yú (Cina Tradisional: 年年有 餘. Ramuan utama bagi yee sang. tidak dimakan sampai habis (sebaliknya. pinyin: yú) sebagai makanan penting.Hidangan Tahun Baru Jamuan pertemuan semula Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯. ketika semua ahli keluarga. sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. kerana zhāi namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". buah limau mandarin pula . Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Yee sang 魚生 (鱼生) yúshēng Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah. bakinya disimpan semalaman). bertemu untuk perayaan. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina: 餘. Cina Ringkas: 鱼. yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun. Ikan (Cina Tradisional: 魚. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial. mandarin atau Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru.[8] Ladu jiaozi 餃子 (饺子) jiǎozi Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas Cina kuno. seolah-olah berisi tuah. Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk (扣肉) dan yong tau fu. Cina Ringkas: 团圆饭 tuányuán fàn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru. disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis 斋) luóhàn sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain. Ikan 魚 (鱼) yú Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sejenis lumut 羅漢齋 (罗汉 berbentuk rambut manusia."[3][9] Intisari makanan Bahasa Cina [*] Nama Huraian Luohan zhai Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan. Limau 金橘 jīnjú. sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. Cina Ringkas: 年年有余). yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun".

Gula-gula Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam. maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Kuih bakul 年糕 niángāo Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang).[10] Pasar Tahun Baru . pinyin: hóng bāo.[2] Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang. angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"). Tikoy Puding yang diperbuat daripada tepung pulut. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap. namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.柑 gān melambangkan kesejahteraan dan kemewahan. bó jīn). [*] : Tulisan Cina diberi (tulisan Cina ringkas disediakan dalam kurungan jika berlainan dari bentuk tradisionalnya) diikuti pinyin. Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi". Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau. garam. sama ada dua ataupun seratus ringgit. Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial.[2] Mi Mi dihidangkan tanpa dipotong. Amalan Tahun Baru Ang pau Secara tradisi. melambangkan panjang hayat. 利市 atau 利事. Sementara itu. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak. bahasa Hakka: hung bao. kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金. dan gula. Cina Ringkas: 红包. bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina. bahasa Hokkien (POJ): âng-pau. ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包. maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati. air. 利是. kanji gandum.

Setiap tahun adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.[12] Di kawasan luar bandar pula. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga. dan berisi serbuk merian dalam terasnya. anggota badan. Namun begitu. batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi.Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer. Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat.  Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar. Apabila dibakar. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Pada zaman moden pula. Maka. namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Singapura Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat.  .[11] Larangan mercun Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru. namun Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina. dan undang-undangnya tidak selalu dikuatukasakan. kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. mercun masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun. mainan. atau menderita akibat kecederaan serius yang lain. pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah. Bunga api Pada zaman silam. terutamanya pada musim perayaan. terutamanya atas sebab-sebab keselamatan. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah.

pada tahun 2003. tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina. orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru. Chinatown. mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. bukan sekadar hiasan. Bagaimanapun. Tambahan. Shou Sui Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲.[18] Simbol Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina. Pada satu-satu masa. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik. memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo).[13] Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972. terdapat sebab yang menerangkan semuanya. Namun begitu. atau "terbalik". yang berputarkan warna merah. Cina Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba.[15] Bagaimanapun. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa. di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan. selepas berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang[14] serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972. Bandaraya New York menarik balik larangan mercun setelah sedekad. terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum. Amerika Syarikat: Pada tahun 2007.000 batang mercun dibakar di Chatham Square. Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain. . kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan. kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka. emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura. orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun Baru Cina[16]. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara 福 (fú).[17]    Pakaian Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. agar membenarkan pertunjukan 300. mercun tidak boleh dijual secara komersial. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer.

kegembiraan dan kemakmuran. Hiasan Bunga Maksud Bunga plum melambangkan tuah Kumkuat melambangkan kemakmuran Narcissus melambangkan kemakmuran Bunga kekwa melambangkan panjang umur Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun Bunga matahari bermaksud tahun yang elok Ikon dan hiasan Ikon Makna Ilustrasi Ikan Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan.[19] Bunga Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru. Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Sajian berhias yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. fú dào melambangkan ketibaan tuah. atau "tiba".[9] . Ikan berpadu dengan pepatah Cina 年年有餘 (niánnián yǒuyú). Maka.berbunyi sama dengan 到 (dào).

keratan kertas dan gurindam. Perhiasan Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. serta juga orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak . Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru. dinyala terang-terang. Cina Ringkas: 财神) merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam kepercayaan Cina. Tanglung Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. jīn yuánbǎo) melambangkan wang dan/atau kemewahan. berwarna-warni. simpul Cina. Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam. apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China. dan berbagaibagai saiz dan bentuknya. Tarian singa Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina.Jongkong Yuanbao Yuanbao emas (金元宝. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung. Cai Shen Cai Shen (Cina Tradisional: 財神. Balik kampung Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar.

boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru. Cina Ringkas: 过 年好) yang dijadikan ucapan tradisi. Ucapan Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah. pinyin: xīnnián kuàilè. Cina Ringkas: 吉祥 话. rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運. Selamat Tahun Baru "Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: 新年快樂. Rumah terbuka Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia. dan juga pelancong asing. bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa. yang dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: 吉祥話. dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina. Tulisan Cina Ringkas: 新年快 乐. pinyin: jíxiáng hùa). Namun di bahagian utara China. Cina Ringkas: 春运) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. beraya bersama-sama. maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri. Gong xi fa cai Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza. "guò nián hǎo" (Cina Tradisional: 過年好. bahasa Hokkien (POJ): in-n khòai-lok) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung. Hong Kong . Tahun Baru Cina tidak terkecuali. Bahasa Kantonis (Yale): sānnìhn faailohk.saudara pada malam tahun Baru.

Contohnya. bermaksud "usia") sama bunyi dengan 碎 ("pecah"). menziarahi tokong. Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. serta pendatang baru dari tanah besar China. atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan Singapura. namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk)[20]. hóngbāo nálái). Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang. Ucapan lain Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara. ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat. Cina Ringkas: 恭喜发财,红包拿来. pinyin: Gōngxǐ fācái. memecah objek ketika tahun baru dianggap tidak bagus. Cina Ringkas: 岁岁平安) diucapkan serta-merta. dan pendatang transit (khususnya golongan siswa). mintalah bagi ang pau. manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. pinyin: gōngxǐ fācái. antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah. Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional: 恭喜發財,紅包 拿來. apabila bertukar hadiah. dan jika berlakunya sedemikian " uìsuì píng'ān" (Cina Tradisional: 歲 歲平安. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda. yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi. hajat penambahan hasil setiap tahun. Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财. Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih. yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki". yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki. memanipulasi suku kata yú yang juga ditulis 魚 (ikan). . Hong Kong."Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財. Macau dan Taiwan. 年年有餘 (Niánnián yǒuyú).[2][9] Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak. bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoat-châi. Melalui cara yang sama." Pantang-larang sewaktu perayaan Tuah baik     Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. 歲 (Suì. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun. bahasa Hakka: Kung hei fat choi).

Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya. Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus. Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". Maka. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis". . Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini. kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".) Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru. Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah". orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.  Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun.) Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Nasib Malang ("Tuah buruk")        Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->