You are on page 1of 6

Definisi aktiviti Hands-on.

Aktiviti hands-on adalah terjemahan daripada istilah Bahasa Inggeris hands-on activity, yang membawa banyak maksud. Secara umumnya, aktiviti hands-on dapatlah didefinisikan sebagai aktiviti praktik. Doran (1990) memberikan beberapa istilah lain yang boleh digunakan untuk menggambarkan aktiviti hands-on iaitu aktiviti praktik, aktiviti manipulatif danaktiviti berpusatkan bahan. Hein (1987) pula mendefinisikan aktiviti hands-on sebagai aktiviti berpusatkan ilmu pengetahuan. Walaubagaimanapun, istilah yang digunakan beliau juga menggambarkan kaitan dengan penggunaan bahan manipulatif, sama seperti pandangan Doran (1990). Aktiviti hands-on juga merupakan aktiviti memanipulasi perkara-perkara yang dipelajari oleh murid-murid seperti bercucuk tanam, mengenali medan magnet dan juga penggunaan batu-batuan (James, 1993). Menurut James aktiviti hands-on merupakan pembelajaran daripada pengalaman sendiri. Oleh kerana itu, dapatlah pengkaji merumuskan bahawa aktiviti hands-on membawa maksud apa sahaja aktiviti yang dilakukan sendiri oleh murid-murid secara praktikal, dengan memanipulasikan bahan-bahan yang ada. Aktiviti hands-on boleh terdiri daripada menguli doh, bercucuk tanam, menyediakan makanan tradisional dan juga membuat kolaj. Menurut Bruner, bagi memudahkan kefahaman murid adalah amat penting untuk mereka menimba pengalaman yang konkrit, contohnya memegang danmemanipulasi objek maujud dan menyentuh objek yang hidup. Pandangan daripada pelopor teori PembelajaranKonstruktivitis inilah dapat membantu kajian yangdijalankan oleh pengkaji.Doran (1990) memberikan beberapa istilah lain yang bolehdigunakan untuk menggambarkan aktiviti hands-on iaitu aktiviti praktik, aktiviti manipulatif dan aktiviti berpusatkan bahan.

Hein (1987) pula mendefinisikan aktiviti hands-on sebagai aktiviti berpusatkan ilmu pengetahuan. Walaubagaimanapun, istilah yang digunakan beliau juga menggambarkan kaitan dengan penggunaan bahan manipulatif sama seperti pandangan Doran (1990). Aktiviti hands-on juga merupakan aktiviti memanipulasi perkara-perkara yang dipelajari oleh murid-murid seperti bercucuk tanam, mengenali medan magnet dan juga penggunaan batu-batuan (James, 1993). Dalam erti kata lain, menurut James aktiviti hands-on merupakan pembelajaran daripada pengalaman sendiri. Aktiviti hands-on menjadikan fikiran murid-murid berkembang dengan baik dan mereka dapat belajar dengan lebih baik melalui pengalaman dan persekitaran mereka (Cooperstein & Kocevar, 2004). Selain itu, pengalaman belajar yang lebih interaktif turut wujud melalui pembelajaran berasaskan aktiviti hands-on. Melalui pembacaan yang dibuat, pengkaji telah menemui salah satu cara terbaik bagi anak-anak untuk belajar membaca adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyenangkan untuk membantu mereka mengingat. Aktiviti hands-on a d a l a h c a r a t e r b a i k u n t u k m e m b a n t u m u r i d - m u r i d belajar membaca ( C r o s s l e y , 2010). Grossman (1999) pula berpendapat kurikulum berasaskan lembaran kerja semata-mata dapat mengurangkan minat kanak-kanak untuk belajar. Selain definisi-definisi dan ciri-ciri yang dinyatakan pengkaji di atas, aktiviti hands-on juga merupakan satu pembelajaran autentik. Pembelajaran autentik adalah dimaksudkan sebagai pembelajaran yang berlaku secara langsung dengan pengalaman murid-murid. Mereka akan melakukan sendiri aktiviti yang dilaksanakan dan berkait langsung dengan pengalaman mereka. Pembelajaran melalui aktiviti hands-on dapat memberikan murid-murid pengalaman sebenar terhadap konteks pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pihak yang mula bersetuju dan menyatakan bahawa murid-murid akan lebih mudah untuk belajar dan memahamisesuatu melalui pembelajaran secara hands-on.

Hal ini adalah kerana murid-murid akan belajar sesuatu dengan lebih bermakna jika mereka mengalami sendiri apa yang dipelajarinya, bukan sekadar hanya mengetahui tentang sesuatu perkara itu. Selain itu juga, pembelajaran yang berorientasi pada aktiviti hands-on terbukti mampu meningkatkan daya mengingat murid dan membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan sebenar.

Pelaksanaan hands on Pelaksanaan aktiviti hands on di dalam jurnal yang telah di selidik oleh saya adalah, jurnal itu telah menjalankan pelaksanaan kepada pelajar sekolah yang mana mereka telah melakukan kajian terhadap murid yang telah dipilih secara rawak. Kumpulan murid tersebut telah dibahagikan pula kepada 3 kumpulan. Kumpulan itu diberikan nama kumpulan 1, kumpulan 2 dan kumpulan 3. Kedua-dua kumpulan itu akan diberikan arahan dan bahan. Mereka akan diajar oleh guru tetapi dengan cara penyampaian yang berbeza kepada kumpulan 1 tetapi kumpulan 2 dan 3 diajar dengan teknik atau strategi yang sama iaitu hand on.

Kejayaan Kejayaan telah dapat diukur dan dinilai berdasarkan tiga kali ujian yang telah dijalankan selepas pembentangan yang telah dijalankan oleh kedua-dua kumpulan. Setiap kali ujian telah dilaksanakan, satu jadual keputusan akan dikeluarkan dan menunjukkan perbandingan diantara kumpulan tersebut. Berdasarkan jadual yang telah dihasilkan berdasarkan ujian yang telah dilaksanakan apabila ketiga-tiga kumpulan, markah atau kutipan mata yang paling tinggi adalah memihak kepada kumpulan 2 dan 3. Kumpulan 2 dan 3 telah mendapat markah tinggi setiap kali ujian yang telah dijalankan kepada mereka. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, kumpulan 2 dan 3 yang diajar oleh guru menggunakan penyampaian secara hands on lebih berkesan dan memberikan ingatan untuk jangka masa yang lama. Pembelajaran secara hands on juga terbukti berkesan kerana ia adalah menglibatkan pengalaman kepada individu tersebut dan pembelajaran menggunakan pengalaman akan memberikan ingatan yang kekal ataupun untuk jangka masa yang panjang dan lama. Secara keseluruhannya, pembelajaran secara hands on memberikan kesan secara mendalam dan lebih berkesan kepada seseorang individu. Aktiviti hands on ini juga sesuai untuk semua peringkat umur dan perlu diperluaskan secara menyeluruh.

Cadangan penambahbaikkan Cadangan penambahbaikkan yang ingin dikemukakan berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh jurnal tersebut adalah, aktiviti pembelajaran secara hands on perlu diperluaskan secara menyeluruh kepada semua pelajar kerana ia telah terbukti berkesan dan member impak yang sangat bagus kepada sistem pendidikan Negara dan seterusnya memartabatkan pendidikan di Negara kita. Pembelajaran hands on ini juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif yang sedia ada dan mampu meningkatkan kemahiran kepada peringkat yang lebih tinggi. Cadangan lain lagi ialah, pembelajaran yang menggunakan aktiviti hands on perlu seiring dan selaras dengan pembangunan teknologi yang sedang berkembang pesat pada masa kini. Jika pembelajaran tidak selari bersama teknologi, kita juga akan digelar sebagai ketinggalan zaman kerana tidak mengikuti arus pemodenan pada masa kini. Cadangan yang terakhir ialah, aktiviti hands on dan pembelajaran secara kuliah atau secara teori dijalankan secara bersama-sama. Jika pembelajaran tersebut dijalankan secara bersama-sama, maka pemahaman individu terhadap tajuk yang diajarkan akan bertambah mudah dan memberikan pegetahuan yang lebih mendalam daripada pelbagai segi. Secara keseluruhannya, pembelajaran yang menggunakan aktiviti hands on adalah lebih berkesan dan mempunyai ingatan jangka masa yang lama kerana menlibatkan pengalaman seseorang.

You might also like