You are on page 1of 38

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

1 DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA KE ARAH MEREALISASIKAN WAWASAN 2020 1.0 PENGENALAN

Dalam sisitem pendidikan di Malaysia, antara perkara yang paling penting yang perlu direalisasikan untuk pembangunan pendidikan Negara secara menyeluruh adalah dasar-dasar dan hala tuju pendidikan yang terancang dan bermatlamat untuk menuju wawasan 2020. Memetik kata-kata Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan tokoh pemikir Islam yang tersohor dan disegani oleh semua golongan masa kini, beliau mengatakan Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak,berbudi bahasa dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku. Oleh itu, untuk melihat maju atau mundurnya sesebuah negara itu bergantung kepada genarasi mudanya pada masa itu. Dalam konteks ini, pendidikan dilihat sebagai wahana terbaik dalam melahirkan generasi yang dinamik, progresif, cemerlang, berakhlak baik dan berhemah tinggi. Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, ia merupakan satu saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan rakyat. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama,dan adat resa dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia. Oleh itu untuk menuju kearah kecemerlangan pandidikan dalam sesebuah negara, dasar pendidikan yang jelas serta hala tuju yang sebenar perlu diterapkan dalam setiap sistem pendidikan sesebuah negara itu. Dasar dalam sesebuah sistem pendidikan menjadi asas pembentukan sistem pendidikan serta panduan penting dalam pelaksanaannya. Dalam sistem pendidikan, dasar yang dilaksanakan perlu jelas, tersusun rapi serta perlu mempunyai matlamat yang berpaksikan kepada falsafah pendidikan yang jelas. Hala tuju pendidikan di Malaysia pula berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang digubal bertujuan untuk melahirkan generasi muda pada masa depan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sistem pendidikan ini juga adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

2 berketrampilan yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Perkembangan pendidikan di Malaysia jelas menunjukkan perbandingan yang ketara dalam hala tuju dan falasafah pendidikan bermula daripada era Masyarakat tradisional, era penjajahan, era kemerdekaan dan pendidikan abad ke 21 menuju Wawasan 2020. 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN

Terdapat beberapa konsep dalam dasar dan hala tuju pendidikan di Malaysia serta pengertiannya. Sistem pendidikan di Malaysia yang diamalkan sekarang di bentuk berasaskan beberapa dasar serta hala tuju yang berpandukan kepada FPK. Ia bermula dari era sebelum penjajahan sehingga era kemerdekaan dan seterusnya arah menuju wawasan 2020. 2.1 2.1.1 KONSEP DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN KONSEP DASAR PENDIDIKAN

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Dasar perlu dilaksanakan untuk menjamin perjalanan sistem pendidikan yang tersusun dan bermatlamat dan berlangsung dengan baik. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Terdapat empat tujuan utama dasar-dasar yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan seperti Rajah 1; dasar kawalan, dasar solusi, dasar kebajikan dan dasar inovasi yang bermatlamat keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan.

KAWALA N

TUJUA N DASAR Rajah 1 : Tujuan penggubalan dasar pendidikan di Malaysia INOVASI

SOLUSI

KEBAJIK AN

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

3 Dasar-dasar Kawalan Dalam Pendidikan Dasar kawalan bermaksud mendisiplin. Disiplin merupakan peraturan atau undangundang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial (peraturan), bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus Oxford Advanced Learners, disiplin didefinisikan sebagai: is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not. Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan. Amaran lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan dan pemecatan adalah antara tindakan yang dikenakan. Dasar ini membawa kepada kesinambungan operasi dan kemantapan dalam menjalankan perkhidmatan mereka. Melalui dasar ini akta,peraturan, disiplin, kod etika dan tata tertib dapat dilaksanakan. Dasar- dasar Solusi Dalam Pendidikan Dasar solusi bermaksud penyelesaian masalah. Dasar ini direalisasikan bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul dalam segala aspek yang dilakukan terutamanya dalam bidang pendidikan termasuklah aspek sosial dan ekonomi. Melalui dasar ini segala masalah yang timbul dapat diatasi dengan cepat dan teratur. Dalam segala pentadbiran, apabila keputusan yang dibuat menimbulkan permasalahan, maka sistem akan menjadi salah dan hasilnya juga tersasar. Melalui sistem pendidikan, komunikasi antara satu sama lain pasti akan berlaku perbezaan pendapat melalui idea-idea yang berbeza. Oleh itu dasardasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat dalam bidang pendidikan. Antara dasar yang dilaksanakan melalui dasar solusi ini seperti contoh Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

4 bahasa Inggeris. Selain itu Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) yang bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar dalam sukan dan memajukan sukan negara Malaysia. Dasar-dasar Kebajikan Dalam Pendidikan Dasar kebajikan bermaksud perkhidmatan merupakan suatu kebajikan. Pendidikan adalah usaha sadar dan terencana bagi mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran agar didikan secara aktif diberikan bertujuan untuk mengembangkan potensi diri serta untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, kepribadian, kecerdasan, akhlak mulia dan berketerampilan. Pendidikan merupakan hak asasi kanakkanak kerana pendidikan merupakan agen perubahan dan sosialisasi. Menerusi dasar ini, usaha memperbaiki kebajikan dalam perkhidmatan pendidikan dilaksanakan. Antara usaha yang dilakukan untuk merealisasikan dasar kebajikan ini, Malaysia memperuntukan dana yang tinggi untuk pendidikan. Peruntukan kewangan yang besar ini disediakan bagi melaksanakan projek-projek pembangunan dan perkhidmtan. Sebagai contoh dalam dasar ini ialah Dasar Buku Teks Percuma kepada semua pelajar. Ini bertujuan untuk meringankan beban ibubapa dan kemudahan kepada pelajar untuk membuat rujukan. Selain itu, pembayaran yuran juga turut dimansuhkan. Sebelum tahun 2012, pelajar masih dikenakan bayaran sebanyak RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful. Namun mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini dimansuhkan dan buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran itu membabitkan peruntukan sebanyak RM150 juta. Dasar Dasar Inovasi Dalam Pendidikan Dasar inovasi bermaksud pembaharuan dalam pendidikan menerusi idea, bahan dan kaedah yang tertentu. Tujuan utama dasar ini adalah untuk membawa pembaharuan dalam masyarakat menerusi pendidikan. Melalui dasar ini, sisitem pendidikan ditambahbaik daripada tahap yang sedia ada. Contohnya, mewujudkan Sekolah Sukan Negara seperti di Bukit Jalil dan Bandar Penawar serta Sekolah Seni seperti di Johor Bahru dan Kuching. Melalui kewujudan sekolah-sekolah tersebut, dasar pembangunan modal insan dapat dilaksanakan dalam memperkembangkan potensi pelajar. 2.1.2 DASAR-DASAR PENDIDIKAN DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dasar Pengekalan Warisan Dalam Pendidikan Tradisional Melayu Dalam dasar ini, pendidikan dilakukan secara informal betujuan untuk mengembangkan Warisan Melayu dalam bentuk yang halus seni seperti pantun, gurindam dan seloka. Selain itu, tenunan dan cetakan fabric menerusi pembuatan batik, pertukangan dan ukiran seperti membuat perahu dan rumah serta seni mempertahanan diri seperti

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

5 persilatan. Hiburan dan permainan wujud seperti tarian istan, wau, sepak raga dan congkak serta tutur kata dan gerak tubuh, kepercayaan dan agama. Dasar Peminggiran Pendidikan (1511 - 1800) Ekonomi masyarakat Melayu hilang apabila status Melaka bukan lagi menjadi pelabuhan antarabangsa yang hebat. Apabila Melaka jatuh ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511, semua kuasa politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu semakin hilang. Pendidikan Islam terpinggir kerana pemerintah Portugis lebih memberi tumpuan kepada perkembangan agama baru iaitu Kristian. Dasar Polarisasi Pendidikan (1800 1957) Apabila Inggeris mengambilalih pemerintahan ke atas Tanah Melayu, Inggeris telah memperkenalkan dasar pecah dan perintah. Inggeris telah membawa masuk orang-orang dari negara China, India dan Sri Lanka atas alasan membangunkan ekonomi Tanah Melayu. Masyarakat Melayu dibiarkan di kampung-kampung untuk mengerjakan ekonomi tradisonal seperti bertani, bertukang dan nelayan. Masyarakat Cina diletakkan di bandar dan kawasan perlombangan untuk mengerjakan ekonomi komersial sebagai berniaga dan melombong. Manakala masyarakat India diletakkan di kawasan ladang getah dan kawasan keretapi sebagai buruh ladang dan buruh penyelenggara keretapi. Dasar ini bertujuan untuk membolehkan Inggeris terus menguasai pentadbiran dan ekonomi Tanah Melayu. Melalui dasar ini penduduk Tanah Melayu terpaksa berpecah mengikut kaum, ekonomi dan hirarki sosial. Pendidikan formal diperkenalkan untuk mengukuhkan dasar pecah dan perintah menerusi dasar polarisasi pendidikan. Dasar Reformasi Pendidikan (1957 1979) Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Laporan Razak 1956 dan Laporan RahmanTalib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara kaum. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa penghantar utama di semua sekolah. Antara langkah yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini adalah menggunakan sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru-guru yang mengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang sama dengan mengunakan bahasa Melayu. Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Dasar Inovatif Pendidikan (1980 1990)

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

6 Suatu anjakan paradigma berlaku dalam pendidikan apabila kurikulum kebangsaan yang sedia ada sejak merdeka diubah kepada kurikulum kebangsaan yang bersifat menyeluruh dan bersepadu yang beridentitikan Malaysia. Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan dilaksanakan dalam sisitem pendidikan Malaysia. Pada peringkat sekolah rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1983 selama 6 tahun. Kemudian, pada tahun 1989, Falsafah Pendidikan Negara kemudiannya didokumentasikan sebagai rujukan dan panduan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara. Dasar Liberalisasi Pendidikan (1990 2000) Kewujudan Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) sangat ketara dalam dasar liberalisasi pendidikan yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantaraan. Selain itu, penubuhan institusi pendidikan swasta digalakkan. Perkembangan institusi pendidikan swasta ini sama ada secara persendirian ataupun usahasama di antara universiti atau kolej di luar negara mahupun dalam negara dengan institusi tempatan. Institut Pengajian tinggi tempatan juga mangalami perubahan menerusi dasar pengkoperatan. Penubuhan sekolah bestari menjadi titik mula kepada ledakan ICT di sekolah-sekolah. Dasar Globalisasi Pendidikan (2000 2020) Dalam memacu kemajuan Negara ke arah 2020, dasar globalisasi dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan warganegara kelas pertama. Malaysia berusaha untuk bersaing pada peringkat global untuk menjadi hab pendidikan sedunia. Menerusi dasar ini, wujudnya sekolah-sekolah seperti sekolah bestari dan sekolah berprestasi tinggi. Selain itu, IPT dikelaskan mengikut kepakaran dan kebolehsaingan pada peringkat dunia. 2.1.3 KONSEP HALA TUJU PENDIDIKAN

Hala tuju pendidikan di Malaysia berlandaskan kepada FPK yang memfokuskan kepada pendidikan yang berterusan. Tujuan utama hala tuju pendidikan adalah untuk mengenalpasti kesesuaian strategi pelaksanaan, pelan tindakan, aktiviti, indikator dan jangka masa yang ditetapkan sama ada perlu dikekalkan, dipinda atau digugurkan berdasarkan perkembangan dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan. Pendidikan merupakan proses pemulihan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran berterusan sejak kecil hingga akhir hayat melalui peringkat awal, peringkat sekolah dan peringkat selepas sekolah. Pada peringkat awal menerapkan pendidikan asas di rumah dan tadika yang menitikberatkan pertuturan, bimbingan agama, asuhan budi pekerti dan penjagaan kesihatan. Peringkat sekolah pula adalah pendidikan di sekolah rendah dan menengah yang menekankan aspek perolehan ilmu, pengetahuan dan kemahiran, penghayatan agama, nilai murni dan pembentukan jati diri.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

7 Konsep FPK juga menekankan fokus kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu melalui empat potensi iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Potensi intelek memberi fokus kepada daya berfikir dalam aspek 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, berfikir secara kritis dan kreatif serta memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain. Emosi pula mempunyai perasaan jiwa yang kuat dengan mempunyai ciriciri seperti tenang, kasih sayang, perpaduan dan keceriaan. Rohani pula berkaitan dengan sifat kejiwaan dan kebatinan seperti menghargai dan bersyukur kepada Tuhan, membentuk akhlak mulia, memupuk dan membina disiplin. Manakala jasmani memberi tumpuan kepada perkembangan tubuh badan yang sihat seperti menjaga kesihatan badan, melakukan riadah dan meningkatkan daya pengeluaran. Selain itu, ia dapat mewujudkan satu masyarakat yang berpengetahuan, berketerampilan, mempunyai jati diri, progresif, kreatif dan berinovatif. Melalui konsep ini juga dapat melahirkan modal insan yang dapat menguasai sekurang-sekurangnya tiga quotient iaitu Intelectual Quotient(IQ), Emotional Quotient(EQ) dan Spiritual Quotient (SQ). Merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar selaras dengan Pendidikan Untuk Semua (Education For All) yang disasarkan oleh UNESCO. 2.2 2.2.1 PENGERTIAN DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN PENGERTIAN DASAR PENDIDIKAN

Menurut Dewan Bahasa Edisi Empat, dasar bermaksud asas, teras, utama bersinonim dengan pertimbangan dan prinsip. Dari sudut penggubahan pula, dasar bermaksud perbuatan atau usaha mengubah, contohnya kita harus meninjau sejarah perkembangan sains moden serta dasar-dasar dan falsafahnya. Dasar dalam penggubalan pula bermaksud membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur(menyusun), contohnya sesuatu jawatankuasa itu telah digubal menjadi satu perlembagaan yang baru dan terpulanglah kapada kerajaan kelak untuk menentukan dasar-dasar bagi menggalakkan bumiputera terlibat dalam perniagaan dan perdagangan. Dasar adalah rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk sesuatu keputusan. Dalam kata lain, dasar bererti sesuatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak dan satu pengistiharaan (hasrat dan ideologi) dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan masalah.mendapatkan hasil dan mencapai objektif. Dasar-dasar ini dibuat bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, meningkatkan produktiviti, mengatasi masalah selain menjadi panduan bagi mencapai objektif serta menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik untuk dipraktikan. 2.2.2 PENGERTIAN HALA TUJU PENDIDIKAN

Menurut Dewan Bahasa Edisi Empat hala tuju bermaksud mengarah, menghala untuk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu atau segala perintah yg dituju, maksud, matlamat, tuntutan. Halatuju mempunyai jangka masa yang pendek dan khusus kepada suatu aspek sahaja. Ia juga dapat dicapai dalam masa yang singkat. Bagi halatuju jangka

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

8 panjang, ia agak jauh dan mengambil masa yang lama untuk dicapai. Di samping itu, panduan disiplin diri dan rancangan strategik dengan teratur juga perlu ada sebagai satu cara untuk realisasikan wawasan dengan cemerlang. Wawasan 2020 merupakan salah satu halatuju masyarakat Malaysia. Dalam pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia 28 Feb 1991, oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau telah membentangkan langkah-langkah ke hadapan mengenai matlamat Malaysia. Malaysia dianggar akan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Selain itu, Wawasan 2020 bermatlamat untuk pembentukkan sesebuah negara Malaysia yang maju pada tahun 2020. Kemajuan daripada aspek ekonomi, politik,sosial, keharmonian, kejiwaan dan kebudayaan juga mendorong dalam mencapai Wawasan 2020 ini. 2.3 DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Jika melihat kepada sorotan sejarah pendidikan di negara kita, pastinya kita sedar bahawa pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat. Pendidikan pada Zaman Pramerdeka terbahagi kepada beberapa peringkat yang menjadi pemangkin kepada hala tuju dan falsafah pendidikan di Malaysia. Rajah 2 menunjukkan kronologi perubahan era pendidikan di Malaysia.

Rajah 2 : Kronologi Perubahan Era Pendidikan Di Malaysia

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

3.0

9 APAKAH KEPENTINGAN DASAR DASAR PENDIDIKAN KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA?

Zaini Abdullah (2011) telah mengkategorikan dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan kepada lapan era iaitu masyarakat Melayu Tradisi, penjajahan (1511 19570, 1950-an, 1960-an, 1970-an, 1980-an, 1990-an dan Abad 21. 3.1 3.1.1 Perubahan Era Pendidikan Di Malaysia Semasa Era Masyarakat Tradisional

Era ini merupakan salah satu bentuk pendidikan yang berkisar kepada pembelajaran secara turun-temurun yang diwariskan kepada genarasi seterusnya. Hala tuju pendidikan berdasarkan proses pembelajaran untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal. Pendidikan era ini diajar oleh ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Ibu bapa khususnya memberi tunjuk ajar berdasarkan kemahiran yang dimiliki. Jika bapa seorang nelayan sudah tentu perkara yang diajarkan kepada anaknya adalah berkaitan dengan teknik menangkap ikan, menghadapi gelora dan sebagainya. Falsafah pendidikan ini lebih cenderung untuk melahirkan generasi yang mempunyai adab sopan, hormat antara satu sama lain dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam yang dipelajari. Hal ini bertepatan dengan pendapat Hasan Langgulung (1995) yang mengatakan bahawa fungsi pendidikan adalah pengembangan potensi yang ada pada individu supaya dapat digunakan olehnya dan masyarakat untuk menghadapi arus perubahan. Perkembangan pendidikan pada era ini juga telah menghasilkan Sekolah Pondok dan Madrasah untuk mempelajari bidang ilmu yang lebih luas. Pembelajaran yang diajarkan berteraskan kepada agama Islam seperti Tauhid, Akidah dan Akhlak. Intitusi pendidikan berpaksikan kepada falsafah pendidikan Islam mampu melahirkan masyarakat yang menjiwai agama pada setiap masa dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Hala tuju pengajian pada peringkat ini berkesan untuk menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan berdasarkan falsafah pendidikan agama melalui keunggulan pendidikan Islam yang diterapkan dalam pembelajaran. 3.1.2 Era Penjajahan

Perubahan yang amat ketara berlaku apabila Inggeris mula menguasai negeri-negeri Melayu. Pada zaman penjajahan Ingeris, terdapat lima jenis pendidikan yang berbeza dan masing-masing berorientasikan keperluan identiti kaum iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Pondok dan Sekolah Vernakular bagi etnik Cina dan India. Sekolah aliran melayu yang ditubuhkan oleh pihak penjajah menekankan kepada kurikulum asas iaitu pelajaran membaca, mengarang, ejaan, menulis, ilmu kira-kira, ilmu alam dan latihan jasmani. Bentuk kemahiran asas yang diajar pula ialah perkebunan dan penternakan.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

10 Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran sengaja disalurkan mengikut dasar untuk mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani. Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada setakat memberikan pendidikan dasar selama empat tahun, kecuali latihan perguruan sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu. Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris bertujuan menyekat peluang orang Melayu untuk mengembangkan bakat mereka, memisahkan mereka daripada perkembangan sosioekonomi negara. Keadaan ini telah membentuk keadaan sosial yang tidak seimbang di Malaysia apabila negara mencapai kemerdekaan. Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Akibat kewujudan sistem ini yang kurang mempunyai sistem kawalan peringkat pusat telah menyebabkan konsep intergrasi atau perpaduan kaum sukar dilaksanakan. Sistem pendidikan pada masa pemerintahan Inggeris telah menimbulkan situasi rumit dalam sistem pendidikan sekarang dari segi keseragaman dan pencapaian hasrat integrasi nasional. (Sufean Hussin, 1993). Akibat daripada ketidakseimbangan ini, pihak Inggeris telah membuat kajian. Rentetan daripada itu, beberapa laporan telah dirangka antaranya Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952), Laporan Razak (1956). Laporan ini telah membawa perubahan yang besar dalam hala tuju dan falsafah pendidikan di negara kita. 3.1.3 Era Kemerdekaan

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970) Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Pada tahun 1957, Ordinan Pelajaran digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak pada tahun 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pada tahun 1960, Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib. Daripada laporan jawatankuasa tersebut, menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Bermula dari tahun 1992, kadar penyertaan terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat. Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat,

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

11 pendidikan diberikan keutamaan dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum dalam negara ini. Pada masa ini juga, Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Bagi menghasilkan tenaga kerja mahir, pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah. Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya FPK telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. FPK menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain. Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiary, perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999, menaiktarafkan kelayakan guru daripada sijil kepada diploma, menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik. 3.1.4 Menuju Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan suatu garis panduan kepada arah dasar pembangunan negara. Ia memberi arah tujuan dan sasaran negara bagi mencapai suatu tahap kemajuan. Ia juga menetapkan satu jangka masa tertentu sebagai panduan demi mencapai matlamat ini. Pada zaman ini, Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program-program yang dilancarkan. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah seperti Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002), Program Bimbingan dan Kaunseling (Keputusan Jemaah Menteri, 2002), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

12 Jemaah Menteri, 2002). Selain itu,program-program seperti Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003, Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003) dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas. Perubahan paling ketara dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru 3.2 KEPENTINGAN DASAR PENDIDIKAN MENGIKUT PERUBAHAN ERA PENDIDIKAN

Dalam menuju Wawasan 2020, dasar pendidikan sangat penting mengikut perubahan era pendidikan. Zaini Abdullah (2011) telah menyatakan perubahan tersebut menerusi Jadual 1.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020 13

ERA

CIRI

&

NILAI PENDIDKAN Masyarakat ERA berstruktur: MASYARAKAT i. Raja MELAYU ii. Pembesar TRADISI iii. Rakyat jelata iv. Pendatang Ketuanan, pertuanan, hamba, daulat, tulah

PENDIDIKAN ERA PENJAJAHAN (1511 1957)

Masyarakat berstruktur: i. Elit ii. Bangsawan iii. Rakyat pertengahan iv. Rakyat bawahan Masyarakat majmuk Budaya superior penjajah Amalan pecah & perintah Pembaratan & kristianisasi Kebangkitan patriotisme

DASAR & HALA TUJU PENDIDIKAN Tiada dasar yang jelas Mengekalkan dan pengukuhan hiraki status kuo Keharmornian sistem & fungsi dalam masyarakat Kemasyarakatan & kekitaan Bakti kepada tanah/alam Cinta & berkorban untuk tanah air Pengekalan budaya & warisan Menitikberatkan kepada kehendak & nilai penjajah Dasar pecah & perintah Pengekalan budaya & warisan berdasarkan kaum Dasar dualisme dalam sistem pendidikan Dasar-dasar pendidikan lain: i. Isolasi ii. Polarisasi iii. Liberalisasi iv. Indoktrinasi v. Ideologi

KEPENTINGAN Hirarki pendidikan mengikut kelas sosial, kaum dan jantina dikekalkan Peranan institusi istana, masjid, surau & rumah dikukuhkan Taraf pendidikan informal: adab & adat, agama Islam, sosial, ekonomi & politik ditingkatkan

Masyarakat mengikut kehendak & nilai penjajah Semangat patriotisme dikawal oleh penjajah Perpaduan kaum dapat dielakkan

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020 14

PENDIDIKAN ERA 1950-AN

Masyarakat majmuk Perpaduan & kesefahaman kaum Kompromi antara kaum: i. Kewarganegaraan ii. Kedudukan Raja Melayu iii. Kedudukan agama Islam iv. Kedudukan Bahasa Melayu Berorientasi membasmi buta huruf Membentuk perpaduan Bahasa kebangsaan Peningkatan taraf hidup Peluang dan kebebasan Penyertaan demokrasi

PENDIDIKAN ERA 1960-AN

PENDIDIKAN ERA 1970-AN

Literasi Perpaduan\ patriotik

Dasar sekolah vernakular Dasar penyeragaman peraturan pentadbiran sekolah Dasar pelbagai bahasa Dasar satu kurikulum bercorak Malaysia Dasar pendidikan wajib percuma 9 tahun/ kenaikan darjah automatik Dasar pendidikan dewasa/ lanjutan Dasar pembangunan pendidikan tinggi & teknik Dasar pendidikan percuma Dasar kenaikan darjah automatik Dasar biasiswa dan kemajuan kerjaya Dasar Bahasa Kebangsaan Dasar Kurikulum Kebangsaan Dasar pembelajaran sivik Dasar ekuiti/kuota dalam pendidikan tinggi Dasar pendidikan tinggi untuk mobiliti sosioekonomi Dasar membasmi keciciran Dasar biasiswa & bantuan

Meningkatkan jumlah celik huruf Mengekalkan & mengukuhkan hirarki status kuo Mengekalkan budaya & warisan mengikut kaum

Mencapai 100% jumlah celik huruf Mewujudkan semangat perpaduan (sekolah kebangsaan) Kemahiran akademik & vokasional secara formal diperolehi Murid yang mempunyai keluarga berpendapatan rendah dibantu untuk meneruskan persekolahan Satu negara bangsa dapat diwujudkan dengan adanya bahasa kebangsaan

Bahasa kebangsaan terutamanya dikalangan kaum bukan Melayu dikukuhkan

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020 15

Sumber manusia Masyarakat maju Membangun negara

PENDIDIKAN ERA 1980-AN

Perpaduan Tenaga mahir Pendemokrasian Masyarakat maju & bermoral Pendidikan kemahiran

PENDIDIKAN ERA 1990-AN

1983: Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 1988: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1988: Falsafah Pendidikan Negara (FPN) didokumenkan Wawasan 2020:

kewangan Dasar sekolah asrama Dasar buku teks percuma Dasar bantuan pemakanan Dasar ekuiti dan perkembangan pendidikan Dasar pembangunan pendidikan teknik & vokasional Dasar Bersih, Cekap dan Amanah Dasar Pandang ke Timur (perkembangan pendidikan teknik & vokasional) Dasar penggunaan komputer Dasar kurikulum asas dan individu seimbang Dasar pemindahan teknologi Dasar latihan perindustrian dan pemindahan teknologi Dasar multimedia/ penkomputeran di sekolah Dasar pendidikan berasaskan komuniti Dasar kurikulum seimbang Dasar reformasi pentadbiran sekolah Dasar sekolah cemerlang Dasar sekolah wawasan

Murid yang menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan persekolahan dapat dibantu Kemahiran murid yang berkebolehan dalam bidang teknik & vokasional dapat ditingkatkan

Satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia di wujudkan dengan memberi keutamaan kepada peningkat hasil dan mutu kerja. Semangat atau motivasi pekerja ditingkatkan seiring dengan penerapan nilai-nilai murni.

Perkembangan diri individu dikembangkan secara menyeluruh: - Kesenian & Rekreasi - Muzik - Seni visual - Pendidikan Jasmani & Kesihatan Latihan kemahiran hidup diperluaskan dalam memantapkan taraf pencapaian kemahiran vokasional & teknikal bermula dari peringkat sekolah rendah: - Kemahiran Hidup Nilai-nilai kerohanian & sikap dengan alam

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020 16

PENDIDIKAN ABAD 21

Wawasan Pendidikan digubal dengan 9 cabaran yang perlu ditangani Akta Pendidikan 1996 Pemurnian FPN: Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Sekolah khas/ projek Pendidikan berterusan Penswastaan pendidikan Globalisasi/ pengantarabangsaan Sains & Teknologi Industrialisasi Membina masyarakat Glokal (Global + Local) Pengantarabangsaan: pendidikan bertaraf dunia Globalisasi & persaingan sejagat Minda kelas pertama PIPP (2006 2010) Patriotism Kewarganegaraan

sekelilingnya didedahkan secara mendalam: Dasar sekolah bestari - Pendidikan Islam Dasar Sijil Terbuka Dasar pendidikan bertaraf - Pendidikan Moral - Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dunia Dasar francais dan - Sains pengkopratan pendidikan - Kajian Tempatan Kemahiran asas komunikasi bagi semua golongan tinggi murid dikuasai sepenuhnya: - Membaca - Menulis - Mengira

Dasar Sekolah Cemerlang Berpaksikan kemahiran abad ke-21 dengan (kluster & berprestasi tinggi) kemahiran belajar sepanjang hayat dalam persekitaran P&P berasaskan ICT disasarkan Murid yang kreatif dan inovatif, berfikir secara kritis untuk menyelesaikan masalah, berkomunikasi secara berkesan, dan berfungsi dalam kumpulan dapat dihasilkan. Jurang digital dapat dirapatkan Modal insan yang berpengetahuan untuk memacu transformasi negara ke arah pembangunan kekonomi (knowledge economy) Dasar 1Murid 1Sukan Menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020 17

Sekolah kluster Sekolah berprestasi tinggi Sekolah berwatak

Mengoptimumkan keupayaan fizikal murid Melahirkan modal insan yang cergas, sihat & produktif Murid dapat nikmati manfaat bersukan Menurunkan kadar obesiti dikalangan murid Dasar Yuran Percuma Semua kanak-kanak Malaysia tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi dipastikan mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan mampu. Usaha Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik dapat dicapai. Dasar Pentaksiran Holistik Modal insan yang berkebolehan untuk belajar, bekerja, berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan dapat dilahirkan Murid berkebolehan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan baik Murid berupaya berfikir secara kreatif & kritikal serta mampu bertindak secara rasional Pembelajaran sepanjang hayat sentiasa diamalkan Kelainan orang lain dan perbezaan individu sentiasa dihormati Pemimpin yang baik yang baik dan berkesan di dalam keluarga dan masyarakat berjaya dihasilkan. Dasar Pengantarabangsaan Institusi melahirkan manusia yang berperibadi, Pendidikan dengan nilai moral yang teguh, seorang manusia yang sempurna, bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi dengan kemampuan intelektual untuk menangani cabaran globalisasi.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020 18

Dasar Pengajaran dan Meningkatkan pembangunan sumber tenaga Pembelajaran dalam Bahasa manusia ke arah mencapai taraf negara maju Inggeris (PPSMI) Menyediakan murid dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam pasaran dunia Memberikan kelebihan yang kompetitif kepada negara dengan mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris Dasar Mempertabat Bahasa Melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin Melayu Memperkukuh untuk menggunakan bahasa Malaysia & bahasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) Inggeris standard untuk digunakan dalam perbualan, penerokaan ilmu, urusan rasmi & alam kerjaya mengikut keperluan & kesesuaian. Modal insan yang dibina mampu mengakses pelbagai bidang ilmu melalui penggunaan pelbagai media seperti teknologi komunikasi maklumat serta mempunyai minda yang kritis, kreatif dan inovatif. Membentuk negara bangsa 1Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat, progresif, dinamik, mampu bersaing diperingkat global ke arah mencapai negara maju Dasar Vitamin 1Malaysia Meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan murid melengkapkan pengambilan makanan bernutrisi dikalangan murid Jadual 1: Dasar-dasar dan hala tuju pendidkan di Malaysia mengikut era serta kepentingannya.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

19 Dasar Pandang ke Timur Dasar Pandang ke Timur dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Dasar ekonomi ini telah diumumkan semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini merupakan kelangsungan kepada dasar 'Buy British Last' yang turut diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 1981. Dasar Pandang Ke Timur bermaksud pihak kerajaan Malaysia dan swasta menjadikan negara Asia Timur iaitu Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh etika bekerja. Bertitik tolak dengan iti, lebih 15 000 rakyat Malaysia telah memperoleh manfaat menerusi dasar yang telah diperkenalkan 30 tahun lepas. Dasar ini merangkumi latihan dan kursus di sektor pendidikan dan swasta seperti yang dinyatakan di bawah: a. b. c. d. e. f. Latihan Perindustrian dan Teknikal Program Pengajian Akademik Program Pengajian Teknikal Program Kemajuan Eksekutif Hubungan di antara institusi-institusi Skim Latihan Pembangunan Usahawan

Pada 20 April 2010, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak telah mencadangkan dasar ipandang ke timur ditambahbaikkan semula dan bidang yang baru serta berinovasi diperkenalkan. Antara bidang yang terlibat adalah teknologi tercanggih, teknologi hijau , teknologi lestari dan bioteknologi. Penambahbaikkan ini teleh mendapat kerjasama sepenuhnya oleh pihak kerajaan negara Jepun. Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) American Pediatric Association telah mencadangkan bahawa kanak-kanak seharusnya melibatkan diri dengan aktiviti jasmani sekurang-kurangnya satu jam sehari. Aktiviti jasmani ini perlulah dimulakan dengan aktiviti yang mudah sehinggalah ke aktiviti yang lasak. Kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Western Australia dengan kerjasama University of Notre Dame telah menemui kadar obesiti dikalangan kanak-kanak di Malaysia telah meningkat sebanyak dua kali ganda di antara tahun 1990 sehingga tahun 2000. Sejajar dengan keputusan penyelidikan ini, maka, keputusan kerajaan melaksanakan Dasar 1M 1S adalah tepat pada masanya. Secara keseluruhannya, Dasar 1M 1S ini menekankan kepada tiga konsep: a. Pembangunan sukan sekolah: meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

20 b. Penfokusan kepada murid yang tidak aktif dan kurang aktif: melibatkan setiap murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan c. Peningkatan tahap potensi: menggilap dan membangunkan bakat setiap murid. Perlaksanaan dasar ini bukan hanya untuk menurunkan kadar obesiti dikalangan murid-murid. Ianya juga berkepentingan untuk: a. b. c. d. e. Menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah Mengoptimumkan keupayaan fizikal murid Melahirkan modal insan yang cergas, sihat, produktif berdaya saing, kreatif Murid dapat nikmati manfaat bersukan Mengukuhkan dan memupuk jati diri murid untuk memastikan kelangsungan negara

Kesimpulannya, dasar ini sangat penting kerana kualiti pembangunan keupayaan fizikal murid dapat dioptimumkan selaras dengan ungkapan Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Program Vitamin 1Malaysia (PV 1M) Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan Program Vitamin 1Malaysia kepada semua sekolah rendah bantuan kerajaan. Sekolah-sekolah ini haruslah yang terlibat dengan ProgramRancangan Makanan Tambahan (RMT). Program Vitamin 1Malaysia ini dilaksanakan rentetan daripada kecenderungan murid-murid memakan makanan yang kurang berkhasiat Yayasan 1Malaysia Development Berhad (MDB) dipertanggungjawabkan dalam pengagihan Multi Vitamin 1Malaysia ini kepada sekolah-sekolah rendah tersebut. Pengagihan secara percuma ini telah bermula 1 Oktober 2011 hingga 30 September 2013 iaitu selama dua tahun. Setiap murid diagihkan produk multi vitamin jenama Champs M berperisa nanas dengan syarat murid tersebut mestilah penerima RMT. Setiap murid ini dibekalkan tiga biji tablet seorang seminggu. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan ibubapa dan penjaga kerana program ini adalah pelengkap kepada Dasar 1M 1S dimana taraf pemakan dan kesihatan dapat ditingkatkan sekaligus dapat melengkapkan pengambilan makanan bernutrisi dikalangan murid. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Pada tahun 2003, dasar ini telah dilaksanakan. Dasar ini telah menetapkan bahasa kebangsaan/ibunda digantikan dengan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris ini dijadikan perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

21 Semenjak perlaksanaannya, dasar ini telah menjadi perdebatan hangat dikalangan masyarakat. Ada yang membidas dan ada yang menyokong. Masyarakat tidak menyokong sepenuhnya kerana berpendapat bahawa: a. murid mengalami kesukaran dalam mengikuti pelajaran b. guru-guru mengambil masa menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara c. murid tidak dapat menguasai bahasa ibunda sepenuhnya terutama di peringkat sekolah rendah Rajah 3 berikut merupakan kronologi kepada perlaksanaan PPSMI.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

22

Rajah 3: Kronologi kepada perlaksanaan PPSMI. Kesimpulannya, Dasar PPSMI ini telah mendapat tentangan hebat daripada majoriti masyarakat termasuklah dikalangan karyawan dan sejarahwan negara. Perlaksanaan ini

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

23 lebih banyak menimbulkan isu negatif terutamanya terhadap tahap keyakinan murid dalam mempelajari matapelajaran Sains dan Matematik. Akhirnya, PPSMI ini telah dimansuhkan secara soft landing. Dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk menggantikan Dasar PPSMI ini setelah kajian mendalam dilakukan. Dasar Memartabatkan (MBMMBI) Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

Dasar MBMMBI ini dilaksanakan untuk menggantikan Dasar PPSMI yang telah dimansuhkan. Dasar ini menetapkan bahasa Inggeris digantikan dengan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar ini dilaksanakan kerana kerajaan yakin bahawa sains dan matematik perlu dalam bahasa yang paling mudah difahami oleh murid-murid: bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJKC dan bahasa Tamil di SJKT. Dengan termaktubnya keputusan pendekatan baru pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran sains, matematik, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan baru ini dipercayai akan dapat memartabatkan bahasa Melaysia, memperkukuhkan bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk mengusai ilmu sains dan teknologi ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

24 4.0 Faktor-faktor pengubalan dasar-dasar pendidikan

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (2011) berkata, dasar pendidikan yang diamalkan di negara ini sejak negara merdeka, sentiasa mengutamakan kepentingan keperluan semua kaum.Menurutnya, setiap rakyat negara ini, selagi memegang kerakyatan Malaysia dan taat setia kepada negara berhak menikmati pelbagai kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang amat penting bagi menentukan hala tuju sistem pendidikan Negara.Terdapat tiga tujuan utama dalam dasar pendidikan kebangsaan iaitu untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan Negara dan mengalakkan perkembangan kebudayaan,sosial,ekonomi dan politik.Faktor kedua ialah menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa.Terakhir,dasar yang dilaksanakan berkesan untuk menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar utama. Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut: a) Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama; b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah; c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua; d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar Bandar atau pedalaman; h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Menyediakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan persepaduan antara unsurunsur intelektual, rohani, emosi dan jasmani; i) Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik; Mempelbagai dan memperbanyak kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan; j) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil;

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

k)

25 Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan sebagainya.

4.1

Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama

Dalam bidang pendidikan,Akta Pelajaran 1961 mengikut Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar,walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah dengan beransur-ansur. (Penyata Razak,perenggan 12,1956) Akta Pendidikan 1996 menegaskan kepentingan Bahasa Melayu dengan memperuntukan penggunaannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan ia hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah. 4.2 Mengadakan Kurikulum Dan Sistem Peperiksaan Yang Sama

Pada tahun 1983, kerajaan Malaysia telah wujudkan rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk dilaksanakan di semua sekolah rendah seluruh negara; dan tahun 1989 kerajaan melaksanakan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di semua sekolah menengah seluruh Malaysia. Ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan (1996). Di antara faktor-faktor utama yang biasa dipertimbangkan ialah kehendak dan keperluan pelajar, kehendak dan keperluan negara serta kehendak sarwa jagat.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

26 4.3 Melicinkan Tatacara Pengurusan Pendidikan

Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan itu sendiri. Langkah ini diambil bagi memastikan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang ,bersepadu dan secara yang lebih sistematik. Aspek pengurusan banyak disentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53 berkenaan Surat cara bagaimana pengelolaan bagi institusi pendidikan. 4.4 Mendemokrasikan Pendidikan

Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang yang sama rata untuk semua kanak untuk mendapatkan pendidikan. Dasar Kementerian adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi,tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.Satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan peluang yang terbuka kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa mengira status, kaum dan juga gender. Dasar Ekonomi Baru yang disusun semula dapat mengurangkan jurang perbezaan yang ketara dari sudut peluang pendidikan antara golongan kaya dan miskin.Program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan samada di kawasan luar bandar atau pendalaman. 4.5 Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Kebangsaan (KBSR & KBSM)

Kementerian mengambil langkah tertentu dalam menentukan kurikulum dibuat dan ini menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua,komponen manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, komponen perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan.Justeru, matlamat pendidikan adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1980). Selain itu, Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat KBSR dan KBSM ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina, Tamil, Arab dan yang terbaru adalah Bahasa Iban.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

27 4.6 Memperluaskan Pendidikan Vokasional Dan Teknik

Bagi memantapkan kemahiran di kalangan para pelajar, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga turut mengambil langkah memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik (PTV) melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978. Beberapa diambil unutk menperluaskan strategi ini antaranya menyediakan latihan kemahiran, latihan khusus yang berhubungan dengan bidang pekerjaan tertentu, dan latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada. Pada tahun 2011,PTV mengalami perubahan dan dipertingkatkan sejajar dengan kepentingannya untuk melahirkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi.PTV bertujuan bagi menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan minat ke arah itu.Bagi memberikan tumpuan yang lebih kepada vokasional,sebanyak 69 daripada 88 sekolah teknik akan ditukarkan menjadi sekolah vokasional dan enam sekolah vokasional baru akan dibina menjelang 2015. Bermula dari tahun 2012, pendidikan vokasional mula diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah dan pada tahun 2014 sekolah teknik dinaik taraf berstatus kolej. 4.7 Memantapkan Institusi Pengajian Tinggi

Beberapa langkah telah diambil bagi memastikan pelajar di institusi pengajian tinggi dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.Antara matlamat tersebut ialah; a) b) c) d) e) f) Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 membolehkan penubuhan sebuah majlis untuk menentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi; Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996 menyediakan peruntukan pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi; Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 memperluas autonomi dalam pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan program ke arah kecemerlangan dalam pendidikan; Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan tinggi swasta; Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 membolehkan ITM dinaiktaraf menjadi universiti; dan Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000 membenarkan pinjaman kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

4.8

Mempertingkatkan Pendidikan Islam, Kerohanian, Moral Dan Disiplin

Mata pelajaran Pendidikan Islam diperluaskan di semua sekolah merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar yang beragama Islam. Ini termaktub

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

28 dalam Akta Pendidikan (1996), Seksyen 50. Bagi pelajar bukan Islam pula diberi pendidikan dari segi moral melalui Pendidikan Moral. Tujuan utama mata pelajaran ini diperluaskan dan wajib diambil teras untuk melahirkan insan yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berbakti dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.Disamping dapat memiliki nilai-nilai murni yang disemai dalam subjek tersebut. 4.9 Pengajaran Bahasa Ibunda

Matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan antara lain ialah mewujudkan sistem pendidikan berteraskan masyarakat sendiri. Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan setiap masyarakat di negara ini akan dapat mengekalkan identiti kaum masing.Beberapa langkah yang dikenal pasti termasukla membenarkan pengajaran bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan-Dusun dan bahasa Arab di sekolah rendah dan menengah. Langkah ini dilaksanakan supaya setiap masyarakat di negara ini rasa dihargai dan tidak wujud perasaan disisihkan dalam negara sendiri. Perkara ini telahpun termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan: Dasar POL(Bahasa Ibunda Pelajar) dilancarkan pada 2006 bagi menjadikan sekolah-sekolah kerajaan lebih menarik kepada pelajar bukan Melayu dan memudahkan mereka untuk mempelajari bahasa ibunda dan menggalakkan perpaduan. ..... pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat jika ada permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih dan jika munasabah dan praktik.(Akta Pendidikan 1996) 4.10 Penekanan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Menjelang pada abad 21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dunia pendidikan menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh yang demikian, KPM menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia disamping dapat menggunakan teknologi dengan sebaik mungkin. Bagi memastikan pengguna ICT juga berlaku diluar bandar,KPM telah menghubungkan sekolah dengan akses serta merangkaikan infrastuktur dan perkaksan ICT melalui teknolgi tanpa wayar.Perkara yang dititik beratkan adalah menyediakan infrastruktur,membangunkan perisian dan melatih guru yang mahir. 4.11 Menggalakkan Aktiviti Ko-Kurikulum

Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah menambah baik pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum di sekolah bagi memupuk disiplin dan meningkatkan jati diri di kalangan pelajar. Kelab dan persatuan dari NGO seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain dapt menarik pelajar untuk menyertai

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

29 aktiviti yang dianjurkan.Aktiviti ko-kurikulum juga diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50 kepada RM10.00 untuk sekolah rendah dan RM12.00 untuk sekolah menengah mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005); dan aktiviti ko-kurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005). 4.12 DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Pelaksanaan dasar MBMMBI yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 berikutan memansuhan dasar PPSMI secara beransur-ansur mulai 2011 dan berakhir sepenunya pada 2014 adalah bertujuan untuk melahirkan generasi warga Malaysia yang fasih dan yakin mengguna bahasa Malaysia dan Inggeris. Dasar ini bertujuan untuk memupuk perpaduan, bahasa komunikasi utama dan bahasa ilmu. Peningkatan bahasa Inggeris juga diberi penekanan agar murid-murid berupaya bersaing dan meneroka ilmu pada peringkat nasional dan global. Dilihat keduadua bahasa terbabit adalah penting dalam usaha melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri di samping berpengetahuan, berkemahiran tinggi untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.Pengenalan dasar MBMMBI mempunyai tujuan yang jelas iaitu: a) b) c) d) Penerokaan ilmu. Pengisiannya dalam bidang kerjaya. Menggunakannya untuk sebarang urusan rasmi. Melahirkan generasi yang berkeyakinan untuk bertutur dan mempraktikkan penggunaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris standard dalam perbualan.

Pengukuhan bahasa ini pada peringkat awal persekolahan dapat memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan dan penggunaannya dalam bidang lain, termasuklah undang-undang, penyiaran dan pelbagai sektor lain. Penekanan dalam penggunaan bahasa Inggeris dilihat dapat membantu generasi baru bersaing di arena antarabangsa serta menguasai pemindahan teknologi dan maklumat dan kejuruteraan. Bagi memastikan dasar MBMMBI berkesan, harus melibatkan sokongan semua pihak. Di samping kepentingan pembangunan kurikulum dan latihan guru, ibubapa dan masyarakat boleh memainkan peranan mereka secara serentak. Walau bagaimanapun, perkara yang lebih penting tentang dasar tersebut ialah generasi muda kita akan terus menyokong dan menghayati peranan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara. Dasar tersebut akan memastikan aspek budaya negara yang ikut diwarnai oleh bahasa Inggeris, akan terus dilindungi dalam era globalisasi, yang sudah memperlihatkan peminggiran banyak bahasa oleh bahasa antarabangsa itu. Zaini Abdullah (2011) dasar pendidikan yang digubal bertujuan bagi mendisiplin/ kawalan, inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan. Proses pembuatan dan pelaksanaan

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

30 sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai matlamatnya. Strategi dan perancangan disusun secara tepat oleh kerajaan bagi membentuk dasar-dasar yang perlu supaya dilaksanakan demi meningkatkan kemakmurkan dan melonjakkan sistem pendidikan negara ke aras yangn tertinggi secara keseluruhan. Bagi melaksanaan dasar yang digubal ia melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang pakar dari pelbagai pihak.Semestinya guru-guru dipertanggungjawabkan sebagai pelaksana di sekolah dan perlu akur dengan dasar yang telah dibuat melalui Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

31 5.0 Implikasi Pelaksanaan Dasar-dasar Pendidikan Negara.

Implikasi menurut Kamus Dewan Bahasa bermaksud sesuatu maksud tujuan dan sebagainya yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang. Ia juga memberi maksud kesan kemungkinan dan sebagainya yang terbit atau dapat ditakrifkan daripada sesuatu. Dasar pula menurut Kamus Dewan Bahasa bermaksud bahagian terpenting, paling asas atau pokok. Berdasarkan kepada kenyataan Dewan Bahasa dan Pustaka di atas, maka dapat dikatakan implikasi perlaksanaan dasar-dasar pendidikan negara ialah kesan kepada perlaksanaan asas dan bahagian terpenting dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan merupakan satu proses yang penting dalam pembentukan diri individu ke arah mengenali diri dan mencapai kehidupan masyarakat yang baik dan sempurna. Pendidikan di Malaysia menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan negara. Ia juga diiktiraf sebagai agen untuk mencapai perpaduan rakyat. Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh negara dalam usaha menjadikan negara sebagai sebuah negara maju seiring dengan wawasan 2020 di samping menyediakan tenaga kerja mahir dan pembangunan modal insan. Oleh itu, Dasar Pendidikan Negara telah digubal untuk merealisasikan hasrat ini. Matlamat Dasar Pendidikan Negara adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara. Dalam usaha mencapai matlamat ini, pelbagai langkah dan strategi telah disusun dan dilaksanakan. Keadaan ini membawa kepada implikasi yang besar kepada perkembangan sistem pendidikan negara. 5.1 Pendemokrasian Pendidikan

Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pelajaran. Salah satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan peluang seluasnya kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa mengira kelas sosial, kaum dan juga gender. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak berlaku semasa zaman penjajahan. Masyarakat kampung yang miskin dinafikan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan. Melalui pendemokrasian pendidikan ini, kita dapat memberikan hak yang sama rata dari segi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bermutu. Ordinan Pelajaran 1957 misalnya, telah mencadangkan agar semua kanak-kanak menerima pelajaran dalam tempoh sekurang-kurangnya enam tahun. Bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa oleh kerajaan telah diberikan kepada golongan miskin. Ini membolehkan golongan miskin juga dapat menimba ilmu tanpa bimbang akan masalah kewangan.Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan Laporan Rahman Talib semakin merealisasikan pendemokrasian pendidikan. Pendidikan percuma diberikan secara percuma hingga ke 15 tahun dan penamatan syarat lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

32 Selain itu, pendemokrasian pendidikan ini juga memberi implikasi yang positif kepada golongan kurang berupaya. Program Pendidikan Khas contohnya dirangka untuk tidak melupakan atau mengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa. Golongan istimewa seperti kanak-kanak daripada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu, serta kanak-kanak down syndrome juga diberi peluang untuk mendapat pendidikan seperti termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara. Dengan ini dapatlah kanak-kanak golongan istimewa juga mampu menimba ilmu seperti orang lain dan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Pendemokrasian pendidikan juga secara tidak langsung mewujudkan integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan kaum. Malaysia sebuah negara yang unik terdiri daripada berbilang kaum, latar belakang, tradisi, bahasa dan budaya. Oleh itu pada asalnya pelbagai jenis sekolah didirikan untuk memenuhi keperluan dan ciri-ciri komuniti masing-masing. Selepas merdeka, peranan utama sekolahsekolah ini adalah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dan memeliharakan hubungan yang baik antara satu sama lain. Pendemokrasian pendidikan melalui penubuhan sekolah Wawasan, di mana sekolah melayu, cina dan india digabungkan menjadi satu telah berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan anak murid yang belajar tanpa mengira kaum. Tambahan pula, pendemokrasian pendidikan turut menyediakan kemudahan prasarana atau infrastruktur pendidikan yang seimbang di antara semua sekolah. Contohnya, kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran, asrama, Pusat Sumber Sekolah, computer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan ini bukan sahaja dapat dinikmati oleh pelajar-pelajar di bandar malah di kawasan pedalaman juga disediakan. Ini membolehkan semua pelajar turut menikmati kemudahan infrastruktur yang lengkap dan membolehkan mereka belajar dalam keadaan yang selesa. Sebenarnya, pendemokrasian pendidikan bukan hanya memberi kesan positif malahan turut memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan. Hal ini berlaku berikutan ketidakadilan dalam menyalurkan dana pendidikan akan menafikan peluang untuk pelajar berkembang selari dengan kemajuan sains dan teknologi negara. Masalah ini berpunca daripada darjah penerimaan peluang-peluang pendidikan yang tidak sama antara kelompokkelompok yang berbeza dalam masyarakat. Contohnya masalah keciciran di sekolahsekolah luar bandar dan kawasan pedalaman akan terus menjadi trauma yang menghantui pengajar, pelajar, pihak berwajib dan masyarakat amnya. Sedangkan matlamat asalnya adalah untuk menghargai dan menggunakan secara optimum segala kemudahan yang ada untuk manfaat pembangunan diri mereka. 5.2 Penggunaan Bahasa Melayu

Selepas merdeka selama 12 tahun dari tahun 1957 hingga akhir tahun 1970-an, sistem pendidikan masih tidak berubah. Yang berubah hanyalah pada nama iaitu nama sekolah Melayu ditukar menjadi sekolah kebangsaan dan sekolah aliran bahasa lain ditukar kepada sekolah jenis kebangsaan. Ini menyebabkan wujudnya sistem empat jenis persekolahan yang menggunakan empat empat bahasa pengantar yang berlainan. Apabila

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

33 berlakunya peristiwa 13 Mei1969, kerajaan, di bawah pentadbiran Majlis Tindakan Negara (MAGERAN) mengambil tindakan tegas untuk melaksanakan peruntukan Seksyen 21(b) Akta Pendidikan 1961 yang memberi kuasa kepada menteri mengubah menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Keadaan ini memberikan impak yang besar apabila pada tahun 1965, kumpulan pertama pelajar Melayu dari Sekolah Menengah Aminuddin Baki telah memasuki universiti dengan mengikuti ijazah pertama dalam bahasa Melayu. Dalam tahun 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya telah ditubuhkan. Tambahan pula, pada tahun 1981 peperiksaan Higher School Certificate (HSC) digantikan dengan Peperiksaan Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Dalam tahun 1982, semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diarahkan supaya memulakan pengajaran semua kursus tahun pertama dalam bahasa Melayu. Pelaksanaan dasar pendidikan menggunakan bahasa Melayu menberi kesan yang luar biasa terhadap kemajuan anak-anak Melayu dan juga anak-anak dari kaum-kaum lain. Dalam tempoh hanya 10 tahun sahaja, pelajar Melayu aliran bahasa Melayu berpeluang melanjutkan pelajarannya ke peringkat pengajian tinggi pada tahun 1965. Dari tahun 1970 hingga tahun 2000 iaitu selama tempoh 30 tahun, ratusan ribu anak Melayu berjaya berjaya memperoleh pendidikan hingga ke peringkat tinggi, dan daripada jumlah itu ribuan pula memperoleh ijazah tinggi dalam pelbagai bidang kepakaran menjadi pakar sains, pakar Matematik, pakar perubatan, professor dan professor madya dalam pelbagai bidang ilmu. (Hassan Ahmad 2005) Sehubungan dengan itu, mutakhir ini timbul pula isu yang berkaitan dengan pertukaran pengajaran sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Pelbagai pandangan telah dilontarkan, ada yang bersetuju dan ada yang menentang. Keadaan ini berlaku apabila menyedari kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dari kalangan pelajar selepas 11 tahun mempelajarnya di peringkat sekolah rendah. Sebenarnya, masalah ini bukan berpunca daripada penggunaan bahasa Melayu tetapi berkaitan dengan dengan kaedah pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Kesesuaian sukatan pelajaran, ketrampilan guru, kesempurnaan prasarana seperti makmal bahasa dan motivasi pelajar itu sendiri. Oleh hal yang demikian, sesuatu perubahan yang akan dilakukan perlukan kajian yang mendalam dan perancangan yang teliti supaya tidak mengalami kerugian setelah dilaksanakan kelak. 5.3 Tenaga Pengajar Berkualiti

Dasar pendidikan negara memberikan implikasi yang besar kepada peranan dan tanggungjawab guru. Dalam era globalisasi ini, tugas guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun kedua ke arah mencapai Wawasan 2020. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara majumengikut acuan sendiri, iaitu ingin mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik , sosial, kerohanian dan kebudayaan. Oleh itu, peranan guru bukan sahaja tertumpu kepada menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai agen perubahan untuk mendidik dan melahirkan generasi masa depan menjadi warganegara berilmu pengetahuan,

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

34 berakhlak mulia, berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara. Di peringkat sekolah, peranan guru adalah meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya bagi menentukan keperluan pelaksanaannya. Guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan juga penyediaan bahan-bahan pembelajaran, merancang dan melaksana pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian bagi mengenal pasti kekurangannya untuk tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum. Selain itu, guru juga perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta khidmat sosial bagi kepentingan para pelajarnya (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Bagi tujuan ini, guru-guru perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran profesional yang terkini dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, di samping menjadi cntoh teladan kepada pelajar mereka. Dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti, kerajaan telah menaiktarafkan Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Kerajaan juga telah menjenama IPG dengan universiti serta kolej terkenal di luar negara dan dalam negera. Program khas Pensiswazahan guru, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program berkembar Pra-perhidmatan (Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dan Program Bahasa-bahasa Antarabangsa. Selain itu, syarat pengambilan guru diperketatkan. Contohnya, bagi calon program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) perlu memiliki ijazah yang menepati bidang yang dipohon. Ujian pemilihan Calon Guru Malaysia (MteST), aktif dalam kokurikulum, melepasi tapisan keselamatan, bebas dari penyalahgunaan dadah dan lulus temuduga. Bagi calon lepasan SPM pula perlu melepasi syarat-syarat akademik, menduduki Ujian Sahsiah Guru, ujian bertulis Bahasa Inggeris dan lulus temuduga. Melaui proses seperti ini dapat meyakinkan bahawa guru yang diambil mampu menyumbang dan merealisasikan wawasan negara. Hal ini menunjukkan betapa tidak cukup untuk seseorang guru itu menjadi guru cemerlang dengan hanya berbekalkan ikhtisas akademik bergulung-gulung. Tetapi aspek kemahiran, pedagogi dan skil untuk komunikasi dengan pelajar lebih utama dan lebih memberi kesan kepada pelajar. 5.4 Tenaga Kerja Mahir dan Profesional

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad pada 28 februari 1991. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran, teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi ini. Situasi ini memberi impak kepada dasar pendidikan negara. Sistem pendidikan negara telah mengkelaskan pelajar-pelajar ini untuk mengisi pekerjaan-pekerjaan tertentu. Sistem penjawatan adalah berdasarkan sijil persekolahan. Bagi mereka berkelulusan

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

35 menengah, mereka akan mengisi jawatan-jawatan sepeti buruh, pembantu pejabat, jurutaip, tukang sapu, prebet tentera, konstabel polis dan sebagainya. Bagi yang beijazah akademik pula boleh memegang jawatan pegawai tadbir, penolong penguasa polis, pegawai polis dan sebagainya dan bagi yang berkelulusan professional mereka menjawat jawatan berstatus tinggi seperti jurutera, peguam, doktor dan sebagainya. (Amir Hassan Dawi 2009) Pemangkin ke arah matlamat ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi membaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi mengahadapi cabaran alaf baru. Fenomena pendidikan untuk pekerjaan semakin nyata dengan perkembangan sekolah-sekolah teknik, vokasional dan institut-institut kemahiran. Begitu juga dengan penubuhan Institut Pendidikan Tingggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). IPTA dan IPTS ini menjadi landasan utama bagi menyediakan pekerja yang berkemahiran dan professional untuk menggerakkan pembangunan negara. Kepentingan bidang teknik dan vokasional disedari seawal tahun 1961 apabila sekolah menengah tekink dan vokasional yang pertama diasaskan. Ini diikuti dengan penubuhan Maktab Perguruan Teknik pada tahun 1962. Di peringkat lanjutan, Politeknik Ungku Omar telah bermula pada tahun 1969. Pada amnya institusi-institusi ini diwujudkan untuk menyediakan pekerja-pekerja kolar biru di sektor perindustrian. Kebanyakan institusi ini diisi oleh orang pelajar-pelajar Melayu. Bagi golongan bukan Melayu, mereka banyak memasuki institusi swasta dan menjalani latihan kemahiran tidak formal. Dengan penubuhan institusi seperti ini telah memberi kesan yang besar terhadap pembangunan negara ke arah menjadi sebuah negara maju. Tenaga kerja dari golongan pemikir dan pelaksana dapat dihasilkan untuk memenuhi keperluan sektor pekerjaan nanti. 5.5 Penswastaan Pendidikan

Kemajuan pesat ekonomi negara menuntut kemajuan yang pesat dalam bidang pendidikan. Permintaan tenaga kerja profesional berikutan berkembangnya sektor industri merupakan satu cabaran dalam bidang pendidikan negara yang kurang menawarkan program-program tersebut. Pada masa kini, institusi pengajian tinggi awam juga tidak mampu menampung permintaan pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam. Bagi melengkapkan kekosongan ini, kerajaan telah menggalakkan penubuhan institusi pendidikan swasta supaya sama-sama berganding bahu memikul tanggungjawab ini. Menurut Shahril et al. (1997) struktur institusi pendidikan swasta terbahagi kepada dua kategori iaitu yang pertama ialah institusi pendidikan swasta yang menawarkan pengajian peringkat rendah, menengah dan kursus-kursus kemahiran. Kumpulan institusi yang termasuk dalam kumpulan ini ialah taman didikan kanak-kanak, sekolah rendah dan menengah persendirian, sekolah-sekolah ekspatrait, sekolah antarabangsa, sekolah perdagangan dan teknikal serta pusat-pusat kemahiran. Kumpulan kedua pula ialah kolejkolej swasta, kolej universiti swasta, universiti swasta dan cawangan universiti swasta. Kumpulan institusi ini dikenali sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan pelbagai kursus peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

36 Walaubagaimanapun, penswastaan pendidikan dikatakan telah memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan sematamata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar contohnya bagi IPTS tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang berpengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain. Oleh itu perlunya ada pihak yang memantau sistem pendidikan swasta ini. Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) contohnya merupakan satu jabatan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Jabatan ini terlibat secara langsung mengawasi penubuhan dan operasi serta menjalankan pemantauan bagi memastikan kecemerlangan dan kualiti pendidikan di institusi pendidikan swasta berterusan. Bagi memastikan perjalanan pengurusan bersesuaian dengan aspirasi negara, segala urusan pentadbiran adalah berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Pendidikan Tinggi Negara 1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara dan Perbadanan Tinggi Nasional 1997.

6.0

Kesimpulan

Dasar pendidikan negara adalah asas kepada perkembangan pendidikan negara. Ia juga adalah peraturan serta garis panduan kepada usaha dan perjuangan negara ini melalui proses pendidikan. Semua program dan aktiviti adalah berlandaskan kepada dasar pendidikan negara. Wawasan 2020 pula adalah satu matlamat menjelang tahun 2020 iaitu Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benar maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Berdasarkan kepada situasi sekarang negara telah berada di atas landasan yang betul menuju era zaman maju tersebut. Kesan yang berlaku hari ini jelas menunjukkan keberkesanan kepada pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara. Walaubagaimanapun, hasrat untuk melihat Malaysia sebagai negara maju tidak akan tercapai jika ianya tidak dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh semua pihak. Oleh itu, sokongan padu daripada semua pihak sangat diperlukan bagi melihat citacita ini menjadi kenyataan.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

37 References Insert References Here. Jurnal Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf [Available]. Online. [6 March, 2012]. PEMBANGUNAN MODAL INSAN PENJANA WAWASAN 2020 . Petikan: Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 oleh Jabatan Penerangan Malaysia. http://jpmportal.prison.gov.my/akademi/images/ArkibAKM/pembangunan%20modal %20insan%20penjana%20wawasan%202020.pdf [Available]. Online. [7 March, 2012]. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikankebangsaan.html [Available]. Online. [8 March, 2012]. Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan. http://www.kpkk.gov.my/pdf/tahukah_anda/ETP_bm/bab14.pdf [Available]. Online. [8 March, 2012]. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Jurnal Terjemah Alam dan Tamadun Melayu 1 (2009) 139 166. http://journalarticle.ukm.my/1522/1/1.pdf. [Available]. Online. [8 March, 2012]. Buku Panduan Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1 S). (2011). Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.slideshare.net/MondNiel/1-murid-1sukan-10683754 Zaini Abdullah (2011). 112 115. Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Sukan Kelab Sukan Sekolah: Sukan Olahraga Sekolah Menengah. (2011). Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.slideshare.net/sunlam29/olahraga-sekolah-menengah Childhood Obesity in Malaysia. http://www.ihs.uwa.edu.au/research/obesity-malaysia. [Available]. Online. [11 March, 2012]. Masa untuk mempertimbangkan semula Dasar Pandang Ke TImur, Kata Njaib. (2010). http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=491858 Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjong Malim. Quantum Books. Amir Hassan Dawi. 2009. Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim. Quantum Books. Hassan Ahmad. 2005. Memartabatkan Penggunaan Bahasa Melayu: Dasar, Pelaksanaan dan Pencapaian.

Dasar-dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2020

38 Shahril Hj. A.Karim.1997. Pendidikan Swasta Menjelang Wawasan 2020. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. 1993. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

You might also like