You are on page 1of 12

KONSEP PERGERAKAN ASAS.

DEFINISI Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak ( movement ) yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan Asas pula bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik. Konsep Pergerakan Asas. Konsep pergerakan asas terbahagi kepada 4 iaitu : 1. Kesedaran ruang. 2. Kesedaran tubuh badan. 3. Beban . 4. Ruang. I. Kesedaran ruang Kesedaran ruang melibatkan lokasi, arah , aras , laluan dan ekstensi. - Lokasi ruang diri dan ruang am. - Arah ( atas- bawah ), ( kiri-kanan ), ( depan belakang )

- Laluan lurus , melengkung , zig zag. - Ekstensi ( besar kecil ) , ( jauh dekat ) Kesedaran ruang menentukan arah pergerakan tubuh badan. Ia juga dapat mengesan tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya gerakan. II. Kesedaran Tubuh Badan. Elemen asas yang terdapat dalam kesedaran tubuh badan ialah : - Gerak laku asas tubuh. - Aktiviti gerak laku anggota anggota tubuh. - Aktiviti serta bentuk bentuk tubuh badan. Manakala kesedaran tubuh badan dalam lakuan bahagian tubuh badan memfokuskan fungsi bahagian tubuh badan yang menyokong tubuh badan serta membimbing dan memikul berta badan. III. Beban Beban pula melibatkan kelajuan sesuatu pergerakan. Ia juga menitikberatkan akan kekuatan. Antaranya. - Masa : cepat lambat. - Daya : kuat ringan. - Aliran : bebas terikat. IV. Perhubungan. Perhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia. Sebagai contoh; 1. Objek : atas bawah, dekat jauh, keliling sisi, bertemu berpisah. 2. Manusia. Memimpin ikat, solo, berpasangan dan berkumpulan. JENIS JENIS PERGERAKAN ASAS. Pergerakan asas terbahagi kepada 2 kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. 1. Pergerakan Kreatif Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif (

meliputi aktivti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesakan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expression functional ). CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF Pendekatan pergerakan kreatif digunakan didalam pergerakan asas Bagi

mempertingkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya dalam menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan. 2. Pergerakan gimnastik Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulangulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Konsep asas gimnastik terbahagi kepada tiga iaitu kelenturan, imbangan dan koordinasi. Ketiga-tiga konsep tersebut memainkan peranan penting dalam melahirkan ahli gimnastik. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga konsep tersebut merupakan asas penilaian terawal seseorang individu yang ingin menceburkan diri dalam sukan gimnastik. I. Konsep Imbangan Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciriciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti, aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat serta meluncur yang merupakan antara lakuanmemindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik. II. Konsep Kelenturan ( flexibility )

Kelenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya. Contoh ialah membongkok badan ke hadapan. Menurut Safrit & Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi. Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok. Ekstensi pula adalah pergerakan untuk meluruskan. Contoh bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut pada kegiatan gerak jalan. Gerakan ayunan ke depan merupakan (ante) fleksi dan ayunan ke belakang disebut (retro) fleksi / ekstensi. Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut hiperekstensi. Manakala menurut Johnson & Nelson (1986), kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian artikulasi dan penyambung otot. III. Konsep Koordinasi Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki, dan badan. Koordinasi

menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu. Contoh aktiviti,ialah melambung dan menyambut bola besar atau pundi kacang yang mana memerlukan keselarasan mata, tangan,kaki dan badan untuk melambung dan menyambut bola tersebut. Koordinasi badan terdiri daripada koordinasi kimia dan juga koordinasi saraf. Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita. Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokrin utama iaitu pituitari, tiroid, adrenal, pankreas, ovari dan juga testis. Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan dan contohnya ialah jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi seseorang akan mengidap

kencing manis. Dengan ini, secara tidak langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti. KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS Di dalam pergerakan asas terdapat 3 kemahiran iaitu; 1. Kemahiran Lokomotor. 2. Kemahiran Bukan Lokomotor. 3. Kemahiran Manipulasi Alatan. A. Kemahiran Lokomotor. Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

Konsep Pergerakan Lokomotor Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

ARAH Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan

HALUAN Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain

MASA

Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal

Bentuk Pergerakan Lokomotor

BERJALAN Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Jalan berundur dan kemudian ke hadapan 2. Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan 3. Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan 4. Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan 5. Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak 6. Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan 7. Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan 8. Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan 9. Berjalan naik tangga

BERLARI Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus 2. Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi. 3. Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan 4. Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat di berikan dan berlari semula

5. Berlari kehadapan serta berundur kesisi 6. Berlari mengikut seorang ketua 7. Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan 8. Berlari mengikut arah zig zag 9. Lari beberapa langkah dan kemudian melompat MELOMPAT Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melompat seperti rusa melompat pagar 2. Melompat tali atau garisan di atas lantai 3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai 4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan 5. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 6. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 7. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 8. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 9. Melompat sambil mengubah arah lompatan

MELOMPAT KETINGTING Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat kiraan 2. Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan 3. Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat 4. Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak

MERANGKAK Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Merangkak melalui pelbagai halangan 2. Merangkak melalui bawah sarang labah-labah 3. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat 4. Merangkak melalui tali B. Kemahiran Bukan Lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik badan seharusnya berada dalam keadaan fleksibel dan seimbang. Gerakan dalam aktiviti ini perlulah di buat dalam keadaan tenang dan kurang tekanan.

Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor

DUDUK Di antara aktiviti berjalan yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Duduk dalam keadaan bersila 2. Duduk dalam keadaan melunjur 3. Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan 4. Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit 5. Duduk dalam keadaan kaki keatas dengan gaya mengayuh basikal

6. Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki 7. Duduk melutut 8. Duduk mendekam BERDIRI Di antara aktiviti berdiri yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Berdiri lurus 2. Berdiri dengan membongkok ke hadapan 3. Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan 4. Berdiri dengan memusing pada paras pinggang 5. Berdiri dengan mengilas ke kiri dan ke kanan 6. Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan seterusnya berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut kiri 7. Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki 8. Berdiri dengan memusing tangan ke kiri dan ke kanan C. Kemahiran Manipulasi Alatan

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.

Konsep Kemahiran Manipulasi Alatan

Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.Kemahiran manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal,mengawasi atau menangani sesuatu.objek.

Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.

Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah:

MEMBALING DAN MELAMBUNG Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula 2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula 4. Meleretkan bola kedinding dan menahan semula MENYAMBUT Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula 2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula 4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan

5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

MEMUKUL Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Memukul alatan dengan tangan 2. Memukul alatan dengan gengaman 3. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran 4. Melambung belon keudara dan kemudian memukul

Konsep Model Bunker & Thorpe (1982)


Hopkins 1975 - pembelajaran kemahiran melalui keseronokan Werner 1996 - peningkatan keseronokan (enjoyment) dan penglibatan dikaitkan dengan prestasi

Konsep Pergerakan Asas menurut pakar dalam pendidikan jasmani (Gallahue, D.L., 1996; Gabbard, C. LeBlan, B. & Lowy., 1994; Burton, 1977), membahagikan pergerakan kepada 3: 1. Pergerakan Lokomotor 2. pergerakan Bukan Lokomotor 3. Manipulasi alatan mungkin ramai rakan-rakan yang inginkan fail PJM 3102 ini sebagai rujukan. Saya hanya boleh bantu kongsi fail yang pernah Pensyarah aku bagi dulu. Korang download dan belajar la untuk exam ar. Apa pun selamat maju jaya untuk exam nnt.

You might also like