You are on page 1of 6

TUGASAN 2 Berdasarkan kajian anda terhadap suku bangsa atau etnik yang dikaji, beri contohcontoh ayat atau

apa sahaja yang sesuai untuk membuktikan hubungan kekerabatan bahasa.

PENGENALAN Manusia adalah mahkluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri melainkan mestilah selalu berinteraksi dengan sesamanya. Untuk keperluan tersebut, manusia menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi sekaligus sebagai identiti kelompok. Hal tersebut dapat dibuktikan dengan terbentuknya kepelbagaian bahasa di dunia yang memiliki ciri-ciri yang unik yang menyebabkannya berbeza dengan bahasa lainnya. Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern ( Belanda ) dan Robert Von Heine Geldern ( Austria ) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok Austronesia iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombong pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
1

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun sebelum masihi. Kira-kira 1500 tahun sebelum masihi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini. Dari segi bahasa pula, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang berasal dari rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil iaitu:
1. 2. 3. 4.

Bahasa-bahasa kepulauan Melayu atau bahasa Nusantara Bahasa-bahasa Polinesia Bahasa-bahasa Melanesia Bahasa-bahasa Mikronesia Bahasa Banjar termasuk dalam bahasa Autronesia iaitu bahasa-bahasa kepulauan

Melayu atau bahasa Nusantara. Bahasa Banjar adalah cabang bahasa yang berkembang dari Bahasa Melayu.

Contoh perkataan Bahasa Banjar dan Maksudnya Dalam Bahasa Melayu

BILANGAN

PERKATAAN BAHASA MELAYU

PERKATAAN BAHASA BANJAR KAMEK KELAPAK TETAWAK SEURANGAN IKAM SEKULAH KULAAN KE MANAK ARUH MENGALAU MAKANAN TEKURIHING KURITAK GULUK

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

KAMI KELAPA KETAWA SEORANG KAMU SEKOLAH SAUDARA KE MANA KENDURI MEMANCING MAKAN TERSENGIH-SENGIH KERETA TENGKUK

15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30.

MENJERIT GIGIT MARAH MEMBEBEL BODOH CANTIK GEMUK CUBIT SAPU KENYANG TIDAK LETIH HENDAK BALIK KAKI ENAK

BAKUCIAK UKANG MANGGARUNUM BAMAMAI BUNGUL BUNGAS LAMAK KUTIL KASAI KANYANG KADA UYUH HANDAK BULIK BATIS NYAMAN

Contoh Ayat Bahasa Banjar dan Maksudnya Dalam Bahasa Melayu Bilangan 1. 2. Contoh Ayat Banjar Aku uyuh lalu guring. Amir terpaksa Maksud Dalam Bahasa Melayu Saya letih lalu tidur.

berkunyung Amir terpaksa berenang untuk ke

untuk ke kabun waluh keranak kebun labu kerana jambatan sudah jambatan udah jakai. 3. 4. Ali sedang meulah iwak wadik. rosak. Ali sedang membuat ikan pekasam.

Aku minik kepala lalu handak Saya pening kepala lalu hendak terguring. tertidur.

5.

Kamal bermadah siapa ngaran Kamal bertanya siapa nama lelaki itu. si utoh itu.

6.

Aluh berjalan batis tulak ke Pak cik berjalan kaki pergi ke masjid. masjid.

7.

Kamek handak tulak mengalau.

Kami hendak pergi memancing.

Kesimpulanya bahasa Banjar ada kekerabatan dengan bahasa Melayu kerana tergolong dalam bahasa Autronesia.

Bibliografi
1. 2. 3. 4. 5.

Wisata Melayu Simbol Budaya Masih Mendominasi Budaya Banjar Sejarah Banjar Malaysia Pertubuhan Banjar Malaysia Banjar of Indonesia situs Joshua Project Banjar :a language of Indonesia

You might also like