You are on page 1of 39

Halatuju Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia (Awatif Saari, Basirah Mohd Mokhar, Mohd Azfar Aiman Abd Halim,

Mohd Syafiq Rozali, Norliza Ahmad, Nur Iryani Jamaludin, Siti Fatimah Ibrahim, Suhaila Mohd Juhari, Suziana Mohd Yaacob, Yuslizan Mohamed) UPSI 12 April 2011 1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ilmu atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and Science, 1990). Kepentingan pendidikan kanak-kanak di peringkat awal dan cabaran

pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa dan pendidik muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat, tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan

selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Hal ini kerana kanakkanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka merupakan generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan islam sebagai agama sejagat (Mastura Badzis, 2008). Oleh yang demikian, dalam penulisan ini akan menghuraikan secara umum dan khusus berkaitan Halatuju Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia secara ringkas dan padat sebagai rujukan dan sumber ilmu pengetahuan berdasarkan fokus dari segi bidang yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Dari segi pentafsiran mengikut perspektif yang lain, pendidikan merupakan segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitaran. Hal ini nyata sekali, pada peringkat awal umur, kanak-kanak tidak dapat membezakan baik buruk sesuatu perkataan. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, yakni kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal lagi. Apa yang membezakan di sini ialah, Islam lebih menekankan kepada pembentukan sahsiah seseorang individu iaitu kanak-kanak dan bukan hanya dari segi kelakuan fizikal malah seiring dengan pemantapan akhlak dan keimanan yang perlu diterapkan dalam roh dan jiwa kanak-kanak itu sendiri. Sekiranya sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya bertumpu pada aras pengetahuan semata-mata tanpa diiringi penyemaian akidah dan pemantapan akhlak, maka sudah jelas membuktikan bahawa nilai penghayatan kontang dan proses pengaplikasian pengetahuan tidak dapat diterjemah dalam bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan intelek, tetapi pencapaian tinggi yang pada hakikatnya dalam ruang lingkup yang lain pincang dan tiada keseimbangan. Sekiranya hal ini yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, sudah jelas menunjukkan bahawa pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam sel setiap individu dan dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari perspektif

sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai akhlak murni kepada generasi pewaris dan kontangnya penghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Maka, dari sini telah ramai pihak dan agensi sama ada kerajaan, swasta mahupun pihak persendirian yang telah membuka mata dan minda perihal pentingnya penerapan ilmu dan pengetahuan bagi kanak-kanak bukan hanya pada umur tertentu, malahan sejak ia dilahirkan. Dengan keterbukaan minda ini, ilmu asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak telah mula diperkembangkan di Malaysia yang bukan hanya sekadar mengasuh atau mendidik, malahan ia bertindak bertunjangkan prosedur dan berpaksikan kurikulum yang telah digubal oleh pihak yang berwajib. Oleh yang demikian, dalam penulisan ini akan menghuraikan secara umum dan khusus berkaitan Perkembangan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak dari perspektif Malaysia secara ringkas dan padat sebagai rujukan dan sumber ilmu pengetahuan berdasarkan fokus dari segi bidang yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Proses-proses perkembangan pendidikan awal kanak-kanak akan diselusuri dari peringkat awal ia wujud sama ada dari segi penubuhan institusi dan agensi, dasar dan polisi, program-program pendidikan dan latihan serta program yang berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak secara menyeluruh berasaskan fakta literatur yang dikutip dari pelbagai sumber. Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak. Sekiranya seorang kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi. 2.0 2.1 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA Latar Belakang Pendidikan Prasekolah di Malaysia

Pendidikan prasekolah dalam bentuk tadika di Malaysia mula dikenali pada tahun 1950. Pada mulanya pendidikan ini disediakan untuk kanak-kanak daripada golongan

pertengahan dan atasan. Hanya pada tahun 1960, beberapa agensi kerajaan seperti FELDA dan KEMAS mula menubuhkan pusat-pusat tadika, kebanyakannya diluar bandar (Sulaiman et. al, 1990). Menurut Azizah (2004), satu kajian yang meliputi seluruh negara tentang kedudukan pendidikan prasekolah dijalankan pada tahun 1981 dan telah disiapkan pada tahun 1984. Kajian tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat kepada kerajaan tentang kedudukan pendidikan prasekolah dan bagi membantu kerajaan menggubal garis panduan dasar tentang pendidikan prasekolah yang antara lain meliputi pengawasan, pengawalan, penyelarasan, latihan guru, pembentukan kurikulum dan peningkatan mutu pendidikan prasekolah. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah telah berkembang dalam tempoh 1981-1984. Kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun yang mengikuti pendidikan prasekolah telah bertambah daripada 171,000 orang pada tahun 1980 kepada 279,000 pada tahun 1984. Dalam tempoh masa yang sama, terdapat sebanyak 5657 pusat prasekolah berbanding dengan 2974 pada tahun 1980. Sebanyak 4487 atau 79 peratus daripada jumlah pusat-pusat ini yang kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar, menampung kira-kira 149,850 kanakkanak yang mengikuti pendidikan prasekolah pada tahun 1984 (Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990 dalam Azizah dan Zainun 2005). Merujuk Azizah dan Zainun (2005), pada tahun 1989 terdapat 6959 pusat pendidikan prasekolah di Malaysia, 4728 di bawah berbagai-bagai agensi kerajaan, 631 di bawah badan-badan berkanun seperti FELDA, 1392 dijalankan oleh pihak persendirian dan 208 dibawah organisasi sosial. Jumlah pendaftaran kanak-kanak dalam tahun 1989 adalah 33,520 meningkat daripada 196,992 pada tahun 1981 dan 300,850 pada tahun1986 (Educational Stastistics of Malaysia,1980-85, 1986 dan 1989 dan1989 (tidak diterbitkan) dalam Azizah dan Zainun 2005).

Mengikut anggaran dalam tahun 1990, seramai lebih kurang 490,700 orang daripada jumlah kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas harus mendapat pendidikan prasekolah. Dari jumlah ini, dianggarkan seramai 269,450 orang kanakkanak (53%) tidak mendapat kemudahan pendidikan tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia 1991). Keadaan ini mendorong Kementerian pendidikan Malaysia menubuhkan Prasekolah Annex untuk memberi kemudahan pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak miskin dari kawasan bandar dan luar bandar yang tidak mampu membayar yuran program pendidikan prasekolah yang dianggap mahal (Azizah dan Zainun 2005). 2.2 Kurikulum Prasekolah Malaysia

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan digubal berlandaskan prinsip Rukunegara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendukung matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak, psikologi dan perkembangan kanakkanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran (Azizah, 2004). Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturan-peraturan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997 merujuk kepada suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini serta menyampaikan pengetahuan. Kurikulum pendidikan apabila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di sekolah ia adalah sesuatu yang melibatkan program pembelajaran di dalam atau di luar kelas, aktiviti, peralatan, perancangan, jadual waktu, tajuk-tajuk bagi sesuatu yang dipelajari dan juga proses penilaian. Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan kanakkanak di peringkat awal perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu

yang dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya samada di pusat asuhan, di rumah atau di luar rumah. Para pakar unit kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dari National Children Beaureu, United Kingdom berpandangan bahawa kurikulum untuk kanakkanak di peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak adalah merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan untuk kanak-

kanak. 2. Segala aktiviti, sikap dan tingkah laku samada yang dirancang atau tidak, samada digalakkan atau ditegah. 3. Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak disusun dan juga rutin harian yang dilakukan oleh orang dewasa atau kanak-kanak itu sendiri. 4. Peranan yang dimainkan oleh orang dewasa untuk menyusun atur, mengarah, mempengaruhi dan turut serta bersama melakukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak. 5. Penglibatan ibu bapa dalam perkara-perkara yang disebutkan (NCB, 1989, p.11). Di dalam penulisan Prof. Madya Dr. Mastura Badzis ada menyatakan Bruce dan Meggitt (2005) menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong dan merangsang potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya. Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang didedahkan kepada kanak-kanak samada ianya dirancang ataupun tidak, secara langsung atau tidak langsung yang ditimba oleh seseorang kanak-kanak sepanjang proses mereka membesar. Kurikulum dan pengalaman ini sebenarnya tercetus dari

sikap, nilai dan tatasusila yang ditonjolkan oleh guru, orang dewasa, keluarga dan masyarakat sekitar. Dalam erti kata lain kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh orang dewasa, segala aktiviti yang ditentu dan difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri, termasuklah juga bahasa dan teknik berkomunikasi yang diamalkan oleh orang dewasa dan kanak-kanak menggunakannya dalam kalangan rakan sebaya atau orang lain, malah segala apa yang mereka boleh lihat dan dengar daripada persekitaran mereka. Kadang kala kurikulum ini juga boleh jadi sesuatu yang tersembunyi, yang tidak dirancang tetapi tanpa disedari kanak-kanak mempelajarinya. Sebagai contoh, masa atau perhatian yang diberikan oleh pengasuh atau pendidik kanak-kanak terhadap sesuatu aktiviti mungkin menyebabkan kanak-kanak merasakan sesuatu perkara itu lebih berfaedah dari yang lain walaupun hakikatnya tidak begitu (Mohd Farid et al., 2010). 3.0
3.1

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan

Sistem berikut: a) b) c) d) e) 3.2

pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa Zaman Pramerdeka (sebelum 1957) Zaman Pasca Merdeka (1957-1970) Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957)

Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada

empat aliran, iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut: a) b) c) d) Laporan Barnes (1951) menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu. Laporan Fenn-Wu (1951) menyemak pendidikan kaum Cina. Ordinan Pelajaran (1952) mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Laporan Razak (1956) meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan

peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992. 3.3 Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi. Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh halatuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan

pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 3.4 Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain. Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk: a) b) c) d) e) Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari; Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999 Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma Menaiktarafkan Menaiktarafkan Maktab Sekolah Perguruan Menengah Sultan Idris kepada kepada Universiti Sekolah Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Vokasional Menengah Teknik. 3.5 Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)

Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemaskan sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan pada tahun 2003. Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003, program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan

murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah dan banyak lagi program-program pendidikan diperluaskan. Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru. 3.6 Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia

Menurut Dr Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) istilah prasekolah atau tadika digunakan dengan meluas di Malaysia bagi merujuk pendidikan awal kanakkanak serta terdapat dua jenis program iaitu Tadika atau Taman Didikan Kanak-Kanak untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun dan Tabika atau Taman Bimbingan KanakKanak untuk kanak-kanak bawah empat tahun. Menurut Dr Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), penubuhan prasekolah di Malaysia pada peringkat awalnya lebih bersifat pusat jagaan atau asuhan kanak-kanak. Pusat-pusat ini tertumpu di kawasan ladang dan lombong kepunyaan British. Pusat-pusat jagaan ini hanya menumpukan pada kebajikan, kesihatan dan sedikit perhatian diberikan kepada keperluan pendidikan kanak-kanak. Namun pada akhir tahun 50-an dan awal 60-an, peranan pusat asuhan mula bertukar kepada prasekolah dan lebih menekankan aspek pendidikan. Bagaimanapun menurut Sufean Hussin (1993), prasekolah pada ketika itu adalah untuk kanak-kanak dari golongan berada kerana yuran perkhidmatan yang dikenakan adalah tinggi atau diluar kemampuan golongan bawahan, pengajar tidak mendapat latihan profesional, kurikulum prasekolah bersifat bersifat tradisional iaitu menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran 3M. Ini menyebabkan wujud ketidakseimbangan antara wilayah dan golongan masyarakat dimana kanak-kanak berlatar belakang sosio ekonomi tinggi lebih berpeluang belajar di prasekolah berbanding dengan kanak-kanak di luar bandar.

Menurut Sufean Hussin (1993), beberapa agensi dan pertubuhan kerajaan giat menubuhkan pusat-pusat prasekolah sekitar tahun 1970-an dan 1980-an hasil kesedaran tentang ketidakimbangan penyertaan serta faedah pendidikan prasekolah sebagai pendidikan imbuhan awal. Manakala menurut Asiah (2001) pula, tahun 1969 dianggap tahun bermulanya perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Pada tahun tersebut, model pusat kanak-kanak di tiga buah kampung di Selangor diperkenalkan melalui Yayasan Asia yang menyalurkan geran kepada Perbadanan Buruh Malaysia. Sejak diperkenalkan model tersebut, pendidikan awal kanak-kanak mendapat perhatian besar daripada seluruh penduduk. 3.7 Agensi Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia

Pendidikan prasekolah di Malaysia dapat dikelaskan kepada 3 jenis yang utama. Menurut Asiah (2001), pengkelasan ini berasaskan kepada badan yang menganjurkan pendidikan prasekolah tersebut. 1. Agensi kerajaan dan separa kerajaan 2. Organisasi sukarela 3. Persendirian 3.8 Agensi Kerajaan dan Separa Kerajaan

Terdapat beberapa agensi kerajaan yang aktif dalam menubuhkan dan membangunkan pusat-pusat prasekolah serta program pendidikan antaranya : a) FELDA b) FELCRA c) RISDA d) KEMAS e) Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara f) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Sebagai contoh, KEMAS lebih tertumpu pada kawasan luar bandar dan juga pinggir bandar. Sejak tahun 1976, KEMAS diletakkan dibawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah menubuhkan 10 buah prasekolah dibeberapa kawasan yang dipilih. Bagi memenuhi harapan negara membangunkan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar, KEMAS menubuhkan lebih banyak prasekolah di seluruh negara. Menurut Asiah (2001), prasekolah kerajaan dan separa kerajaan ini diuruskan oleh agensi masing-masing secara berpusat dan kebanyakannya mempunyai kemudahan yang lengkap. 3.9 Organisasi Sukarela

Organisasi sukarela juga memainkan peranan penting dalam membangunkan institusi prasekolah di Malaysia. Antara organisasi yang bergerak aktif adalah :a) b) c) d) 3.10 Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Persatuan Gereja Kristian Persatuan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) Persatuan Kebajikan Angkatan Tentera

Persendirian

Prasekolah persendirian mestilah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dan biasanya prasekolah persendirian ini dimiliki oleh individu perseorangan. Kebanyakan prasekolah jenis ini berpusat dipremis-premis milik persendirian. Prasekolah persendirian mudah dilihat didalam kawasan taman-taman perumahan. 3.11 Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Pada tahun 1972, Kementerian Pendidikan mula memberi sumbangan dan memainkan peranan aktif dalam pendidikan awal kanak-kanak melalui pusat perkembangan

kurikulum. Melalui pusat ini, Kementerian Pendidikan mengambil alih Projek Pendidikan Pemulihan yang dibiayai oleh Yayasan Bernard Van Leer. Menurut Asiah (2001), melalui projek tersebut,terhasilnya buku A Guide for Pre-school Education dan A Guide for Nurseries sebagai buku panduan pendidikan prasekolah diterbitkan. Selain itu, Kementerian Pendidikan memberikan latihan perguruan kepada guru prasekolah, pendaftaran prasekolah dan secara umumnya perlaksanaan pendidikan prasekolah. Pada 1991, Kementerian Pendidikan mengorak langkah dengan memperkenalkan pendidikan prasekolah dibeberapa sekolah rendah terpilih di

Malaysia sehingga pada tahun 1992 terdapat 986 buah prasekolah berjaya dilaksanakan di beberapa buah sekolah rendah kepunyaan Kementerian Pendidikan. 3.12 Isu-Isu Dalam Pendidikan Prasekolah

Kepelbagaian agensi yang menganjurkan pendidikan prasekolah ini mewujudkan ketidakseragaman pentadbiran dan pelaksanaan kurikulum prasekolah seperti: 1. Setiap agensi mempunyai matlamat, tanggapan, orientasi keutamaan, dan kemampuan yang tersendiri dan berbeza beza khasnya dalam aspek penggunaan bahasa pengantar, kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik guru, gaji guru dan penempatan pelajar serta penempatan prasekolah dan kemudahan-kemudahan asas (sufean, 1993).
2. Objektif pendidikan

prasekolah ditentukan oleh agensi yang mengendalikan

prasekolah tersebut. Beberapa kajian menunjukkan matlamat, aktiviti dan juga cara pelaksanaan prasekolah di Malaysia adalah tidak sama antara satu sama lain. Penubuhan prasekolah anjuran kerajaan dan separa kerajaan seperti Tadika KEMAS dan Tadika Jabatan Perpaduan Negara misalnya bertujuan membimbing masyarakat yakin pada diri sendiri, menyampaikan ilmu dan kemahiran yang berguna, meningkatkan taraf hidup masyarakat, menyediakan keperluan asas dan program makanan seimbang kepada kanak-kanak. (Asiah,

2001). Sementara prasekolah persendirian mempunyai objektif jangka pendek yang lebih jelas seperti mengutamakan pencapaian kemahiran 3M dan kurang memberi tumpuan kepada aspek-aspek sosial yang lain.

3. Latihan guru-guru prasekolah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran kebiasaannya ditentukan oleh agensi yang menganjurkan prasekolah tersebut (UNESCO, 2000).
4. Semua perbelanjaan seperti gaji guru dan alatan pengajaran dan pembelajaran

di prasekolah awam dibiayai oleh kerajaan. Manakala semua perbelanjaan prasekolah persendirian diambil daripada yuran bulanan yang dibayar oleh ibu bapa.

5. Daripada segi lokasi sekolah, terdapat perbezaan yang ketara di antara

prasekolah di bandar dengan prasekolah diluar bandar. Prasekolah persendirian di luar bandar lebih memberi penekanan pada pencapaian akademik dan perkembangan 2001) Oleh kerana itu, sukar bagi Kementerian Pendidikan mengawal dan menyelia struktur dan perlaksanaan prasekolah secara keseluruhannya. Mulai tahun 1991, apabila kerajaan memperkenalkan prasekolah di sekolah rendah, maka pendidikan prasekolah dikawal oleh Kementerian Pendidikan. Mengikut perangkaan Bahagian Pendidikan Prasekolah Kementerian Pendidikan (1991), prasekolah yang didaftarkan dan masih beroperasi adalah sebanyak 6502 buah. Jumlah ini hampir sama dengan jumlah sekolah rendah di Malaysia iaitu 6859 buah. Jumlah kemasukan meningkat daripada 120,618 dalam tahun 1979 kepada kognitif, manakala prasekolah di luar bandar lebih mengutamakan perkembangan sosial dan komuniti (Saad, 1979 dalam Asiah

372769 dalam tahun 1991, iaitu pertambahan sebanyak 209% dalam tempoh 12 tahun. Perangkaan ini menunjukkan kesedaran dan permintaan masyarakat pada pendidikan prasekolah tinggi. (Asiah 2001) Statistik Rancangan Malaysia Keenam (1991) juga menunjukkan peningkatan jumlah pra sekolah, ....of the total number of 6960 preschool centers in 1990. About 5360 or 70% werw run by goverment agencies and statutory bodies. These centres accaunted for about 57% of the total enrolment. The number of children aged between four and five years enrolled in pre schools increased by 10% from 300850 in 1985 to 331520 in 1990, indirecting the growing importance of pre-school education.... (Asiah, 2001). Kini, semua pihak sedar pendidikan prasekolah adalah peringkat terpenting bagi membentuk emosi, fizikal, sosial dan perkembangan pemikiran kanak-kanak. Pendidikan prasekolah bertujuan menyediakan asas pada pendidikan formal. Semua prasekolah wajib berpegang pada garis panduan kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2001) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara membolehkan kanak-kanak prasekolah memperolehi asas komunikasi, kemahiran sosial dan kemahiran lain yang positif seperti fizikal, intelektual, emosi, rohani dan nilai estetika sebagai persediaan di sekolah rendah. 4.0 4.1 TRANSFORMASI PENDIDIKAN Pengenalan KURIKULUM DAN PERUBAHAN DALAM SISTEM

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak- kanak. Pelbagai perkataan atau frasa digunakan untuk merujuk kanak-kanak dan hubungannya dengan pendidikan dan penjagaannya. Peringkat awal kanak-kanak ialah satu jangka masa yang amat penting dalam proses pembesaran semua kanak-kanak. Pada peringkat inilah kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia sosial. Kanak-kanak juga telah memantapkan diri mereka dengan agak mudah dan berjaya sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka. Pada masa ini juga mereka

berdepan dengan cabaran yang mana bagi kebanyakan kanak-kanak tidak serupa dengan apa yang mereka temui sebelum ini. (Dipetik dari laman web : http://www.scribd.com/doc/4853636/Asas-Pendidikan-Awal-Kanak-kanak) Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Justeru itu, pendidikan awal kanak-kanak mempunyai sejarah yang panjang dan perkembangannya berterusan sehingga ke hari ini. Pengetahuan berkaitan sejarah pendidikan awal kanakkanak dapat membantu pendidikan dalam melaksanakan amalan-amalan baik dari sejarah lampau dan mengambil kira pandangan dari tokoh-tokoh kurikulum lampau untuk menghasilkan pembelajaran bermakna (Mariatul Qatiah Zakaria, 2010). Maka perubahan dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh perubahan dalam kurikulumnya. Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Ini bermakna kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut (Kulanz Salleh, 2008). 4.2 Definisi

Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga, transformasi membawa maksud perubahan bentuk sifat, rupa dan keadaan. Erti kata lain, transformasi adalah mengubah bentuk sesuatu kepada yang lebih baik bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian (Artikel Pendidikan : Utusan Malaysia).

Transformasi kurikulum membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum iaitu struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK) & Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 4.3 Konsep Transformasi / perubahan Kurikulum

Menurut Kulanz Salleh (2008), transformasi merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain, berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna. Justeru itu, transformasi juga boleh disebut sebagai satu bentuk perubahan. Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan. Mengikut Mazlan Ismail, (2006) dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru. Sementara Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001), mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak. Pertukaran situasi ini boleh berlaku terhadap empat aspek iaitu struktur organisasi, produk atau perkhidmatan, teknologi dan manusia. Keadaan yang sedia wujud digelar status quo. Status quo inilah yang akan bertukar kepada bentuk situasi yang baru. Kulanz Salleh (2008) pula melihat perubahan sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu dimensi yang dapat diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan persekitaran sesuatu masyarakat. Perubahan ini mungkin berlaku dari beberapa aspek seperti perubahan falsafah, arah haluan, gerak tuju dan sistem. Manakala menurut Norzilawati Abdul Halim (2004), dalam permintaan global pada masa kini perubahan dalam bidang pendidikan diperlukan bagi memastikan ia bersesuaian dengan keperluan semasa supaya selaras pada peringkat antarabangsa. Di samping

menjamin mutu pendidikan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju, ia juga memenuhi keperluan pendidikan negara serta perkembangan dalam kurikulum pendidikan. Menurut Razali Arof (1991), istilah atau konsep perubahan kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah kepada yang lebih baik atau buruk lagi. Ini disebabkan konsep perubahan kurikulum membawa erti yang umum dan tidak khusus . Selain itu, menurut Hendyat Soetopo dan Wasty Soemanto (1991), perubahan kurikulum ialah inovasi dan perubahan kurikulum merujuk kepada usaha untuk mengubah dan menyesuaikan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut kepada nilai, budaya, falsafah dan sumber yang digunakan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum. Menurut Razali Arof (1991), faktor utama yang mempengaruhi perubahan kurikulum ialah falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut : "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara " (PPK, 1988). Seterusnya ialah faktor kehendak masyarakat. Dalam dunia globalisasi sekarang masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam sistem perubahan kurikulum. Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan sama ada kurikulum itu sesuai ataupun tidak dengan

kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Dalam menentukan perubahan kurikulum, penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza (Rohani Mohd Amin, 2001) Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan pelajar serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Pelajar sebagai individu yang mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan sosial (Ee Ah Meng, 1995). Masyarakat mengkehendaki pelajar-pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira, konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi, serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik. Selain daripada itu, faktor sosial juga mempengaruhi kepada perubahan kurikulum di Negara kita. Sekolah merupakan agen sosial yang menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik dengan menerapkan nilai-nilai sosial

yang diperlukan dalam negara kita. Menurut Kamaruddin Husin (1949) dalam Mohammad Nor (1990) menyatakan bahawa negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan. Menurut Razali Arof (1991), mendapati bahawa dalam bidang literature terdapat sekurang-kurangnya empat jenis perubahan. Perubahan tersebut adalah perubahan bercorak homeostatik, perubahan perkembangan, perubahan neomobilistik dan perubahan metamorphistik. Perubahan homeostatik adalah perubahan yang dibuat tanpa memasukkan elemen-elemen pembaharuan yang bermakna (Razali Arof, 1991). Perubahan yang dibuat hanyalah pertukaran atau gentian-gantian yang biasa sahaja. Contohnya ialah guru besar B menggantikan guru besar A disebabkan guru besar A telah bersara. Perubahan perkembangan pula bermaksud wujudnya unsur atau elemen perubahan dalam sesuatu kurikulum itu tetapi perubahan itu adalah bercorak pembaharuan kepada yang lama dalam konteks bentuk kurikulum. Ini bermakna ciri-ciri dan sifat-sifat kurikulum yang ada masih dikekalkan. Cuma yang berubah mungkin dari segi teknik yang digunakan ataupun alat-alat yang digunakan (Razali Arof, 1991). Contohnya perubahan dalam beberapa objektif kurikulum tersebut disebabkan kaedah yang digunakan untuk memilih atau mengenalpasti objektif-objektif untuk kurikulum itu adalah tidak tepat. Perubahan neomobilistik wujud berdasarkan faktor-faktor luaran seperti

perkembangan ilmu dan penemuan teori baru serta prinsip baru. Dengan demikian, idea-idea atau pengetahuan baru itu sudah tentulah perlu diambil kira atau dimasukkan ke dalam kurikulum yang ada. Contohnya adalah seperti penemuan bulan yang baru

bagi sesebuah planet dan penemuan rangka manusia yang mengubah pandangan sejarah. Jenis perubahan metamorphistik wujud disebabkan oleh kemasukan idea-idea baru atau pengenalan idea-idea baru kepada kurikulum. Perubahan ini membawa perubahan yang sangat besar kepada sesuatu kurikulum sehingga sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada elemen-elemen dalam kurikulum itu terpaksa ditukar (Razali Arof, 1991). Contohnya pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna kurikulum yang sedia ada perlu diubah supaya penegasan kepada penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dapat menggantikan Bahasa Malaysia (Taib Osman, 1998). Dalam menentukan transformasi dan perubahan kurikulum, faktor politik juga memainkan peranan yang penting. Menurut Wiles Bondi (1989) dalam bukunya ' Curriculum Development : Aguide to Practice', turut menjelaskan pengaruh pollitik merupakan perkara penting dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum. Ini kerana perkembangan sesuatu kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan merupakan saluran yang penting bagi setiap badan pemerintahan bagi menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Menurut Suffean Hussin (2004), selepas negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pendidikan Negara menitikberatkan perpaduan rakyat dan turut berkembang dan berubah. Hal yang demikian, faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia juga merupakan perkara yang menjadikan kepada transformasi dan perubahan kurikulum. Bagi memajukan sesebuah negara, pendidikan dan kurikulum tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Bagi zaman globalisasi sekarang, perubahan kurikulum seharusnya sejajar dengan peredaran masa dengan zaman kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hilda Taba (1962) :

"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself " Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini (Ee Ah Meng, 1995). 5.0 KURIKULUM PERMATA

Pendidikan bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di Malaysia masih baru dan belum berkembang luas. Walaupun terdapat banyak pusat asuhan dan didikan awal kanakkanak seperti taska, taski, nursery dan sebagainya. Namun pusat-pusat jagaan kebanyakkan hanyalah memberikan perkhidmatan penjagaan dan asuhan kepada kanak-kanak dan bayi semasa ibu-bapa mereka bekerja. Secara khususnya, pendidikan awal kanak-kanak di negara kita masih belum maju. Belum ada tanda aras atau standard khusus yang sesuai dengan keperluan budaya atau adat resam kita sendiri. Program yang ada ialah program pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan sistem Montessori atau Regio Emilia atau lain-lain yang diadaptasi daripada luar (Aminah Ayob et.al, 2008).. Pada awal 2006, sekumpulan pakar yang dipimpin oleh Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri timbalan Perdana Menteri Malaysia telah bertekad untuk membantu kerajaan melahirkan modal insan negara yang holistik dan produktif, bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi. Y.A.Bhg.Datin Paduka Seri amat tajam pemerhatiannya dan keputusan yang diambil memang tepat sekali, iaitu membangunkan program pendidikan awal kanak-kanak di negara kita. Ini kerana, pendidikan awal kanak-kanak telah terbukti melalui penyelidikan, berjaya menghasilkan tenaga kerja dan warganegara yang produktif yang boleh membawa pulangan ekonomi

yang baik kepada sesebuah negara. Kebanyakkan negara maju telah lama membangunkan tenaga manusianya melalui pelaburan di peringkat awal kanak-kanak (Aminah Ayob et.al, 2008).. Oleh itu, Projek Perintis Setiap Anak Permata Negara telah dilaksanakan di lima buah pusat anak PERMATA Negara (PAPN) di luar bandar dan dipinggir bandar. Hasil kajian yang dibuat, didapati projek perintis ini telah dapat memberikan kesan yang sangat positif terhadap pembinaan sahsiah, jasmani, rohani, sosial dan intelek kanakkanak. Dengan bukti ini, maka kerajaan telah disarankan untuk melaksanakannya di seluruh negara dan mengadakan satu dasar untuk menyediakan peruntukan bagi program Permata ini. Kini, setiap kanak-kanak akan berpeluang diasah bakat dan mindanya dari awal lagi untuk menjadikan mereka berjaya apabila dewasa kelak (Aminah Ayob et.al, 2008). 5.1 Latar Belakang Kurikulum Permata

Kurikulum permata telah dibentuk oleh sekumpulan pakar pendidikan awal kanak-kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti setelah mengkaji pelbagai kurikulum sedia ada yang digunapakai di seluruh dunia. Mereka juga telah melawat dan menghadiri beberapa seminar dan persidangan dan mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak yang berkaitan untuk mendapatkan idea terbaik bagi menyediakan kurikulum ini. Di antara model program pendidikan awal kanak-kanak yang didapati paling sesuai dirujuk ialah program seminar Surestart dari Pen Green centre, Corby, United Kingdom (Aminah Ayob et.al, 2008). 5.2 Model Pen Green, U.K

Elemen-elemen yang terdapat dalam program Surestart di Pen Green ialah: Reka bentuk kurikulum dan pedagogi meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah sebagai keutamaan yang menghubungkan pusat pendidikan dan asuhan (nursery) dengan rumah. Oleh itu, kurikulum ini menekankan penglibatan ibu

bapa secara aktif. Kitaran ini dipanggil Pen Green Loop atau singkatannya PG Loop seperti Rajah 2.

Rajah 2: PG Loop: Kitaran hubungan rumah dan taska

Di Pusat Asuhan

Di Rumah

Guru beri Maklum balas kepada ibubapa

KANAK-KANAK

Ibubapa beri maklum balas kepada guru

Program Di Rumah

Program Di Pusat Asuhan

Rekabentuk kurikulum yang menggalakkan penglibatan ibu bapa ini selaras dengan hasil kajian secara terang menunjukkan bahawa ibu bapa adalah guru pertama dan pendidik paling efektif untuk kanak-kanak. Kajian Bronfenbrenner (1998) yang telah menghasilkan Ecological Systems Theory mendapati pembelajaran seseorang kanakkanak boleh dimaksimumkan sekiranya ada kolaborasi dan kesinambungan di antara rumah dan taska atau pusat didikan dan asuhan kanak-kanak. Rekabentuk kurikulum permata telah mengambil kira peranan ibu bapa yang tidak dapat meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam perkembangan anak mereka. Para pendidik masih boleh menggunakan The PG Loop dengan menggantikan cara berkomunikasi. Kehadiran ibu bapa di pusat didikan setiap minggu boleh diganti dengan komunikasi menggunakan multimedia atau melalui perbincangan-perbincangan

ringkas semasa mengambil dan menghantar anak berkenaan. Walaubagaimanapun, cara ini tidaklah sebaik kehadiran ibu-bapa selama sejam setiap minggu. Model asal kurikulum Pen Green tidak mempunyai tema atau topik tertentu, manakala Kurikulum Permata telah diperkayakan dengan tema-tema berciri kebudayaan Malaysia. Kurikulum Permata mempunyai enam bidang pelajaran iaitu: 1. Perkembangan emosi, rohani dan sosial 2. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal 3. Perkembangan pra matematik dan pemikiran logik 4. Perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran 5. Perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri 6. Perkembangan data kreativiti dan estetika Penilaian dan pentaksiran pembelajaran adalah berasaskan enam bidang pembelajaran ini. Dokumentasi perkembangan kanak-kanak ini bertujuan menilai keberkesanan program dan untuk pendidik merancang inrevensi atau pembelajaran lanjutan bagi membantu perkembangan kanak-kanak. Kurikulum Permata melihat perkembangan kognitif (intelek) sebagai perkembangan deria dan pengetahuan tentang dunia (knowledge and understanding of the world), bukan sebagai penguasaan kemahiran akademik semata-mata. Kurikulum Permata menggabungkan semua aspek pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya setiap individu kanak-kanak dapat berkembang secara holistik (Aminah Ayob et.al, 2008).. Rangka teori yang menjadi asas kepada Kurikulum Permata ini adalah unik dan tidak ada dalam mana-mana kaedah Pendidikan Awal Kanak-kanak lain. Ini bermaksud, tidak ada kaedah (dalam pengetahuan kami) yang menggunakannya kecuali di Pen Green Corby. Isi kandungan kurikulum Permata, adalah sama seperti yang digunakan di Pen Green berasaskan konsep skema Piaget dan beberapa asas teori yang lain seperti:

Konsep Involvement Oleh Laevars (1997) Konsep Well-being Oleh Leavers (1997) Konsep Attachment Oleh Bowlby (1969) Konsep Holding and containment Oleh Winnicot (1965) and Bion (1962) Berasaskan model Pen Green ini, kurikulum Permata digubal dan diuji rintis di

5 buah Pusat Anak Permata Negara dalam fasa I dan di enam buah Pusat Anak Permata Negara Fasa II. Dapatan dari penilaian yang telah dibuat selepas satu tahun perlaksanaannya menunjukkan Kurikulum Permata Berjaya dan sangat berkesan dalam meningkatkan kebolehan dan potensi kanak-kanak yang maksimum. Oleh kerana rangka teori kurikulum Permata ini berasaskan prinsip perkembangan kognitif sosioemosi, fizikal dan sahsiah kanak-kanak yang terbaik daripada semua kurikulum yang telah dikaji, maka ia seharusnya boleh digunapakai oleh SEMUA kaedah atau program pendidikan awal kanak-kanak yang sudahsedia ada di Malaysia mahupun yang dibawa masuk dari luar negara. Ini adalah kerana semua kanak-kanak akan melalui proses perkembangan yang serupa disebabkan proses perkembangan manusia adalah mengikut genetic blueprint yang sama. Sifat rangka teori Kurikulum Permata yang boleh diselitkan ke dalam mana-mana kaedah penyelidikan awal kanak-kanak menjadikannya satu faktor kompromi untuk pengamalpengamal kaedah lain seperti Kaedah Mantessori dan Reggio Emilia yang telah lama diperakui kualiti program tersebut di peringkat antarabangsa (Aminah Ayob et.al, 2008). Secara ringkasnya, Kurikulum Permata menggunakan hasil penyelidikan yang terkini dan terbukti boleh diaplikasi dalam suasana sebenar. Ianya berasaskan proses perkembangan kanak-kanak yang universal yang menjadi sebab utama ianya boleh digunapakai oleh mana-mana kaedah atau program pendidikan awal kanak-kanak. Kami mengesyorkan agar kurikulum ini boleh digunakan sepenuhnya atau dimasukkan ke dalam program yang sedia ada dengan tujuan untuk memperkayakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran walau apa jenis program yang beroperasi di negara ini.

5.3

Falsafah Kurikulum Permata

Pembinaan Kurikulum Permata telah mengambil kira Falsafah Pendidikan Negara (FPN) Malaysia yang termaktub seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian masyarakat dan negara. Falsafah Kurikulum Permata menekankan: Bahawa setiap anak adalah seumpama PERMATA yang sangat berharga , mereka adalah MODAL INSAN negara pada masa hadapan. Oleh itu, setiap anak perlu mendapat pendidikan dan asuhan yang terbaik untuk memastikan perkembangan yang maksima, holistik dan seimbang dalam aspek emosi, jasmani, sosial, rohani, dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Bahawa aspek-aspek kerohanian dan asuhan mesti bermula dari peringkat awal/lahir. Umur 3 tahun pertama paling penting dalam perkembangan kanakkanak yang cemerlang. Khususnya dalam pembinaan personaliti unggul dan harmonis dalam diri kanak-kanak. Bahawa aspek kerohanian, nilai-nilai mulia dan kefahaman antara budaya amat penting dibina dari peringkat awal, agar kanak-kanak membesar dengan kepercayaan yang kukuh pada Tuhan, mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan dapat hidup secara bertolenrasi dalam suasana masyarakat plural di Malaysia. Bahawa keboleh berbahasa, berfikir dan pra matematik boleh diperkembangkan melalui pembelajaran awal.

Bahawa semua kanak-kanak membentuk kefahaman tentang dunia sekeliling dengan bermain dan berinteraksi dengan orang lain, dalam persekitaran yang ceria dan memberangsangkan serta penuh dengan kasih sayang.

Bahawa semua kanak-kanak berhak mendapat akses kepada pendidikan dan asuhan yang sama dan berkualiti yang disediakan oleh kerajaan. Kepelbagaian kanak-kanak adalah dihormati dan diberikan pengiktirafan melalui amalan pendidikan inklusif (Aminah Ayob et.al, 2008).

5.4

Konsep Kurikulum Permata 1. Menyediakan pengalaman pembelajaran untuk perkembangan holistik kanakkanak. 2. Pembelajaran awal dan amalan didikan dan asuhan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. 3. Perkembangan bahasa, komunikasi dan awal literasi asas pembangunan intelek kanak-kanak. 4. Menghargai kepelbagaian potensi dan kebolehan kanak-kanak. 5. Cara terbaik mempelajari sesuatu adalah melalui bermain.
6. Penglibatan kolaboratif antara pendidik dan ibu bapa adalah penting untuk

perkembangan maksimum kanak-kanak. 7. Perkembangan maksimum berlaku dalam persekitaran yang kondusif, selamat, ceria dan penuh dengan kasih sayang. 8. Penjagaan kesihatan kanak-kanak penting untuk memastikan perkembangan fizikal dan minda yang sihat. 5.5

Penekanan Kurikulum Kasih sayang dan kegembiraan (Affection and love) Interaksi dan komunikasi (Interactions and communications) Berfikir dan membaca (Thinking and reading)

Kebebasan

pembelajaran,

pengupayaan,

dan

belajar

melalui

bermain

(Childrens empowerment, free learning, learning trough play) Menggunakan bakat dan potensi kanak-kanak (Using childrens talent and potentials) Kegembiraan dalam bermain dan belajar (Fun in playing ang learning) Memperbanyakkan seni, muzik, lukisan, nyanyian, ritma, tarian dan lakonan (A lot of music and art, songs and rhymes, dance and role play) Belajar bergaul dan saling memahami pelbagai budaya (Learning to live together, multicultur understanding) Pendidikan secara inklusif sedar dan sensitive pada kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak berisiko tinggi (Inclusiveness aware and sensitive to the needs of special and high risks children)

Pengesahan awal dan intervensi (Early detection and intervention) Menyediakan pendidikan dan asuhan kanak-kanak berkualiti mengikut standard antarabangsa (Quality ECEC according to the highest standards in ECEC programs) (Aminah Ayob et.al, 2008).

6.0 6.1

PELAN HALA TUJU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Prasekolah: Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak 4+ dan 5+ tahun, dan mempertingkatkan kualiti sistem

Kepentingan pendidikan prasekolah sebagai penyediaan kepada kanak-kanak ke alam persekolahan telah banyak didokumentasikan. Menurut UNESCO, pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan minda kanakkanak dan dapat mengurangkan kekurangan sedia ada dan di masa depan. 26 Kajian dijalankan di Amerika Syarikat mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah, lebih komited dalam pendidikan dan memperolehi pendapatan lebih tinggi pada masa hadapan .

Menyedari

kepentingan

pendidikan

prasekolah

serta

skop

Malaysia

dalam

meningkatkan kadar penyertaan prasekolah, yang mana kadar semasa ialah 67% bagi kanak-kanak yang berumur empat dan lima tahun kami telah mengenalpasti pendidikan prasekolah sebagai salah satu fokus di bawah NKRA Pendidikan.

Bagi meningkatkan kadar penyertaan dan kualiti pendidikan prasekolah, kami telah mengenal pasti tujuh teras bagi memperkasa tadbir urus dan pelaksanaan pendidikan prasekolah yang berkualiti. i. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah. Jawatankuasa ini berperanan mengkaji semula dasar pendidikan prasekolah kerajaan dan prasekolah swasta yang berdaftar termasuk kurikulum, kriteria kelayakan, latihan dan penilaian, menyelaras semua prasekolah (kerajaan dan swasta) serta memantau dan menilai pendidikan prasekolah bagi menggubal dasar prasekolah masa depan. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran (MOE), manakala ahli tetapnya terdiri daripada Ketua Pengarah KEMAS, Ketua Pengarah JPNIN dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta (MOE). ii. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta. KSPK memberi penekanan dalam aspek berikut: Menggabungkan prinsip pendidikan holistik yang berorientasikan kepada hasil pembelajaran Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengambil kira latar belakang pelajar yang berbeza Mentakrifkan penggunaan bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin sebagai bahasa instruksional Melibatkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemahaman budaya serta aktiviti pelbagai bangsa Penambahbaikan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ini merupakan satu inisiatif yang diterima baik oleh pengunjung ke ruang pameran Pendidikan semasa Hari Terbuka.

iii.

Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan. Ini termasuk penyeragaman pemberian geran per kapita kepada prasekolah MOE, KEMAS dan JPNIN serta menaikkan bantuan makanan bagi menampung inflasi.

iv.

Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah. Program Peningkatan Kemahiran akan diberikan kepada lebih kurang 30,000 guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun. Selain itu, kriteria kelayakan minima untuk semua guru prasekolah ialah Ijazah sarjana muda. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan membangunkan kerangka kecemerlangan pendidikan prasekolah, dengan menakrifkan sasaran yang perlu dicapai oleh prasekolah.

v.

Menambah bilangan kelas prasekolah, khususnya bagi kanak-kanak berumur 4+ tahun. Berdasarkan kepada kadar penyertaan semasa, disasarkan bilangan kelas prasekolah yang diperlukan dalam anggaran 10,000 kelas. Bagi mencapai sasaran ini, pihak kami akan meningkatkan kerjasama dengan pihak swasta.

vi.

Meningkatkan

Perkongsian

Pintar

Kerajaan-Swasta

dalam

pendidikan

prasekolah. Insentif baru akan diberikan kepada pengusaha presekolah swasta khususnya di kawasan miskin bandar dan di luar bandar. Manakala pihak swasta pula, perlu mematuhi standard yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan, termasuk sasaran yang ditetapkan. vii. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan bagi menyelaras dan mengumpul maklumat berkaitan prasekolah termasuk maklumat asas pelajar, personal dan lokasi sekolah serta pencapaian prasekolah tersebut. Dengan sistem ini, pihak Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan akan dapat memantau dan menilai pelaksanaan prasekolah dengan lebih telus dan berkesan serta dapat merancang dasar-dasar baru bagi memantapkan pelaksanaan daripada pendidikan prasekolah. (Dipetik

:http://klnportal.kln.gov.my/klnvideo/2010/transformasi/video/documents/Pelan %20Hala%20Tuju%20GTP/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP_Bab08.pdf) Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama(KPI) 6 Teras Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA), termasuk membabitkan bidang pendidikan prasekolah. Dibawah sub NKRA prasekolah sebanyak 1468 buah kelas prasekolah lagi akan dibuka dibawah KPM. Pecahan mengikut tahun adalah seperti berikut: 1. Pada 2010 : sebanyak 315 buah kelas prasekolah 2. Pada 2011 : sebanyak 705 buah kelas prasekolah 3. Pada 2012 : sebanyak 448 buah kelas prasekolah akan ditambah Dijangkakan pada 2012, sebanyak 8644 buah kelas prasekolah beroperasi dibawah KPM. Meningkatkan penyertaan murid prasekolah sebanyak 20 peratus, pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta ke dalam sistem pendidikan negara. 6.2 Strategi Pelaksanaan Dalam Meningkatkan Penyertaan Prasekolah

Menambah bilangan kelas prasekolah dikawasan berpenduduk padat, pendudukan bandar miskin, luar bandar dan pedalaman. i. ii. Mengambil lepasan SPM, sebagai Pembantu Pengurusan Murid(PPM) dikelas prasekolah. Menyediakan kursus atau bengkel berkaitan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan kepada guru-guru prasekolah sedia ada khususnya dari agensi kerajaan dan swasta untuk ditempatkan di kelas prasekolah kerajaan. iii. iv. Memasukkan komponen bahasa iban(Sarawak), kadazan(Sabah) dan Semai(Semenanjung) dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Menyediakan kemudahan kemasukan murid prasekolah ke asrama harian dikawasan pedalaman.

v. vi.

Menambah baik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan menambah waktu P & P bahasa Inggeris sebanyak 50 peratus. Menyediakan kemudahan pengangkutan kepada murid prasekolah mengikut keperluan lokasi (Dipetik daripada: (http://lamanprasekolah.blogspot.com/2010/12/nkra-hala-tuju-prasekolah-masakini.html)

7.0

KESIMPULAN

Usaha memajukan kanak-kanak di peringkat awal merupakan asas pembentukan modal insan yang berkualiti yang memberi pulangan tertinggi dalam kemajuan ekonomi kerana ia merupakan cara berkesan untuk mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Kanak-kanak yang dipelihara dan dididik hari ini perlu dilengkapkan bukan sahaja bagi menghadapi cabaran yang biasa masa kini tetapi juga kerumitan yang mungkin dihadapi masa akan datang. Oleh itu, mendidik anak-anak kita dengan betul adalah sesuatu yang perlu kita lakukan, bukan sahaja untuk faedah mereka tetapi juga bagi masa depan negara. Kualiti modal insan negara merupakan elemen penting bagi mencapai aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Pembangunan modal insan perlu holistik, yang merangkumi usaha menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran termasuk sains dan teknologi, keupayaan keusahawanan selain menyemai sikap progresif, positif dan beretika melalui pelajaran, latihan dan pembelajaran seumur hidup. Proses menyemai nilai-nilai yang baik dan kemahiran yang sesuai bagi pembentukan menyeluruh sebagai individu perlu bermula sejak kanak-kanak itu masih bayi. Kita tidak patut membiarkan aspek pembangunan kanak-kanak itu apabila mengetahui bahawa kualiti jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak boleh menghasilkan kesan positif jangka panjang. Kerajaan Malaysia sentiasa secara

konsisten memperuntuk sejumlah besar wang bagi bajet pembangunan untuk kemajuan pendidikan bagi memastikan sasaran dalam pelan pendidikannya mencapai matlamat. Secara keseluruhanya, dapat disimpulkan bahawa pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selaras dengan kemajuan negara. Pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia telah menjadi satu industri yang bercambah dengan pesatnya sejak kebelakangan ini namun inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menginstitusikan PAKK hanya bermula di sekitar tahun 1990-an melalui beberapa peraturan dalam Akta Pendidikan 1996. Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak terus berkembang maju apabila pihak NCDRC akan diperluaskan bagi melaksanakan tugas-tugas seperti menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan perkembangan kanak- kanak, menjadi pusat rujukan dan memberi khidmat latihan kepada pendidik dan jurulatih PERMATA serta lain-lain pihak yang berminat, mewujudkan pangkalan data kanak-kanak seluruh Malaysia bagi tujuan memantau dan menyelidik perkembangan kanak-kanak seluruh Malaysia, menerbitkan bahan bacaan atau rujukan mengenai pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak hasil dari kajian yang dijalankan berasaskan keperluan pembangunan kanak-kanak dan membina jaringan dengan pelbagai pihak dalam dan luar dalam meningkatkan mutu dan kualiti asuhan dan didikan awal kanak-kanak di Malaysia. Selain daripada itu, program Early Childrens Education Curriculum (ECEC) yang berkualiti adalah sangat penting kerana pelaburan yang dibuat untuk setiap kanakkanak yang baru lahir pada hari ini akan memberikan pulangan yang amat besar di masa hadapan. Ini disebabkan program ECEC yang berkualiti adalah asas kepada pembangunan modal insan yang produktif di abad ke-21 yang berteraskan teknologi dan ICT. Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses

pendidikan kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.
BIBLIOGRAFI Aminah Ayob et. al., (2008). Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Asiah Abdul Rahim, (2001). Design of Building for Early Childhood Education. Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia Press. Azizah Lebai Nordin, (2004). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Azizah Lebai Nordin dan Zainun Ishak, (2005). Pendidikan Prasekolah untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Garis

Panduan

Kurikulum

Pendidikan

Prasekolah

Malaysia,

(1993).

Kuala

Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan:Dokumen Standard Prasekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (Edisi

Percubaan).Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mariatul Qatiah Zakaria (2010). Artikel Pendidikan : Program Pendidikan Awal Berkualiti Kanakkanak. Utusan Malaysia pada: 18 Mac 2010. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah, (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Pengurusan Kurikulum Prasekolah, (2008). [On-Line] Diperoleh daripada htpp://saabd.net(Mac, 20, 2011) Razali Arof (1991). Penghantar Kurikulum. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd. Saad Abdul Rahman, (1979). Pendidikan Prasekolah di Malaysia: Beberapa Isu dan Masalah. A paper presented at the international Childs Seminar. September. Kuala Lumpur. Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia [online] Diperolehi daripada http://kulanzsalleh.com/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia/ (27 Mac 2011) Sufean Hussin (1993), Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Taba. H. (1962). Curriculum Development-Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace and World. UNESCO. Education For All, (2000). Assessment Country Report. Malaysia. UNESCO. PROAP. June 2000. Wiles.J. &Bondi.J., (1989).Curriculum Development: A Guide to Practice.Ohio: Merrill Publishing Company.
Diperolehi pada http://www.commonlii.org/my/journals/JMCL/2005/6.html#Heading98 (8 Mac 2011)

Diperolehi daripada http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/ (8 Mac 2011) Diperolehi daripada http://lamanprasekolah.blogspot.com/2010/12/perkembangan-pendidikankanak-kanak-di.html (8 Mac 2011)

You might also like