P. 1
Pengajaran Pembelajaran Penulisan Karangan

Pengajaran Pembelajaran Penulisan Karangan

|Views: 346|Likes:

More info:

Published by: Norhasliza Bt Ramli Liza on Apr 04, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/07/2014

pdf

text

original

PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENULISAN KARANGAN

Zamzuri Mohamed Open University Malaysia (Kelantan)

1. Pengenalan Tugasan ini memberi tumpuan kepada pendekatan, kaedah dan teknik yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjawab tugasan ini, para pelajar diminta memberi pandangan berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah, kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang hendak diajar. Para pelajar juga dikehendaki mengaitkan pandangan mereka dengan dua pendekatan pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes. Selain itu, para pelajar juga dikehendaki merangka satu model pengajaran berdasarkan kaedah bergambar dan carta.

Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan perkara-perkara yang dikehendaki berdasarkan soalan yang dikemukakan dengan mengikut panduan yang telah diberikan oleh tutor. Perkara yang akan saya bincangkan dalam tugasan ini ialah tentang definisi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran secara umum. Kemudian, saya akan menjelaskan tentang pendekatan pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes. Seterusnya, saya akan mengemukakan pendapat dan pandangan saya tentang kesesuaian pendekatan pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Untuk menjawab soalan kedua dalam tugasan ini, saya akan memilih gambar dan carta yang sesuai untuk membina model pengajaran sebagaimana kehendak soalan. Saya juga akan membuat rujukan untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dan berbincang dengan rakan-rakan serta tutor untuk menghasilkan

tugasan yang baik. Saya berharap agar tugasan yang akan saya jalankan akan menepati kehendak soalan.

2. Definisi Pendekatan, Kaedah dan Teknik Kebanyakan orang sukar untuk membezakan antara konsep pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan di dalam bilik darjah.

Berdasarkan beberapa sumber rujukan, saya akan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedahkaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang

Dalam zaman atom ini. merebus. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering. kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas. bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan.biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng. Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. sepakan grounder. memanah. gerakan tangan untuk membuat sasaran. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza. memanggang atau mengukus. menikam atau menombak. kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang. kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. kita boleh ambil contoh memburu harimau. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. kemahiran memegang ibu panah. suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. menjerat. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali. . sepakan tinggi. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik. Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik. sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Sebab itu. walaupun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus peratus. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan. Jadi. maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau.

2006). Lantaran itu. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Edward M. . kaedah juga boleh didefinisikan sebagai satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Ishak Ramly. yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. lakonan. mendefinisikan kaedah sebagai satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa. untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Selain itu. projek. latih tubi. Menurut Mangantar Simanjuntak (1982). Beliau juga mendefinisikan kaedah sebagai satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pengajaran spesifik dalam jangka masa pendek. soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. brain storming. tidak ada bahagian- bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan pendekatan. perbahasan. Selain itu. perbincangan.Oleh itu. kaedah ialah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa. Anthony (1963). bermain. main peranan. Parera (1986). menyelesaikan masalah. kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita. beliau berpendapat bahawa kaedah ialah satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. kuiz. mengatakan bahawa kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu.

Beliau juga mengatakan bahawa teknik ialah kemahiran guru yang digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktivitipengajaran dan pembelajaran. garis kasar kuliah yang disampaikan. Anthony (1963). Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara. Kamarudin Hj. karang-mengarang dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi ketiga). kemahiran mengekalkan minat murid. mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. penggunaan alatan yang berkenaan. Edward M. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk . serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Abdul Aziz (1988). bahasa yang sesuai. berpendapat bahawa teknik pengajaran ialah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah dimana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. gerakan tangan "facial expression".Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat. Husin & Siti Hajar Hj. Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik. penggunaan OHP.

Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan. Bagi pendekatan Timur pula. Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensional (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan Barat. kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori. . layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid.menjawab. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Meskipun demikian. Sebagai contoh. nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Bagi pendekatan profesional. kita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Sebagai kesimpulan. pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsipprinsip sains yang sangat bersistematik. untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi. suara haruslah jelas. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. apabila kita menyebut teknik pengajaran. Manakala bagi pendekatan konvensional. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedahkaedah yang sesuai. keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan.

pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. perbincangan informal serta dengan pemerhatian. . Kamarudin Hj. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid. hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. pendekatan kelas. Parera (1986).kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman. pendekatan pasangan. Sebab itu. Husin (1988). Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran. pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa. Anthony (1963). ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. keaktifan pengajaran atau pelajar. mengatakan bahawa pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Selain itu. Kamus Dewan (1988). Edward M. berpendapat bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. pendekatan kumpulan. pendekatan juga dikatakan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah. cara-cara fakta disampaikan. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran.

Bagi teori behavioris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah. Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. pendekatan deduktif. dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi. Cara-cara yang digunakan untuk . Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan pendekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. pendekatan eklektik. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. pendekatan psiko-linguistik.Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif. Akhirnya. kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavioris. pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. pendekatan situasi. Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

kaedah. guru mengawal secara menyeluruh. Pendekatan Pola-Perenggan. 3. Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting ialah pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Guru hendaklah bertindak sebagai pemudah cara. guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu membina ayat untuk .1 Pendekatan pengajaran Penulisan Raimes Terdapat pelbagai pendekatan. Pendekatan Pengajaran Penulisan 3. danteknik yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran penulisan wacana. pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Pada peringkat awal. pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar. 1990:214) i. kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik darjah.menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedahkaedah pengajaran. Namun begitu. Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Secara keseluruhannya. Pendekatan Terkawal Melalui pendekatan ini. Pendekatan Bebas. Tidak ada satu pendekatan. Kaedah pula adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas. dan Pendekatan Komunikatif ( dalam Juriah Long dan rakan-rakan. Sebagai contoh. Raimes mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan Terkawal. guru dapat memandu danmengawal pelajar daripada melakukan kesalahan. bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar.

iii. pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan. Oleh itu. guru boleh keratan-keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Misalnya dalam pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja. aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan. guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu. iaitu laras bahasa perubatan. ii. Pendekatan Komunikatif Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar. Walau bagaimanapun.melengkapkan frasa. Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya. pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Sebagai contoh. Pendekatan Bebas Pendekatan ini memberikebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu topik penulisan. penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut. . iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial. seperti aspekaspek sosiolinguistik dan psikolinguistik. Melalui cara ini pelajar akan lebih berminat.

Terdapat dua pendekatan yang menarik perhatian . Pendekatan Komunikatif dan Pendekatan Pola-Perenggan. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah kecuali setiap pendekatan.pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik. Justeru. guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka.2 Kesesuaian Pendekatan Pengajaran Penulisan Raimes Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting untuk memastikan pelajar dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. guru harus menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah. Namun.Dengan menggunakan pendekatan ini. dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. pelajar mengenal pasti. kaedah. Penulisan wacana sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. pendapat mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan. Dalam hal ini. 3. iv. memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan. Selain itu. menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas. Antara latihan yang dapat diaplikasikan seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik. Pendekatan Bebas. Raimes telah mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan Terkawal. Pendekatan Pola-Perenggan Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang hendak diajar.

Dengan kata lain. pendekatan ini sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah atau masih belum menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat ini latihan yang diberi adalah lebih mencabar berbanding dengan peringkat awal. pada peringkat ini murid-murid akan melengkapkan ayat dengan menggunakan frasa yang diberi. jika pada peringkat awal murid-murid hanya mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan karangan. Pendekatan ini memang sesuai untuk murid-murid yang lemah seterusnya dapat memberi motivasi kepada mereka untuk terus belajar kerana aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kebolehan mereka. kelonggaran akan diberikan kepada murid-murid tersebut untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Pada pendapat saya. kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah kerana setiap guru mempunyai pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan sesuatu pelajaran. Selain itu. faktor pelajar juga mendorong guru untuk menggunakan pendekatan yang berlainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan oleh Raimes. Sekiranya murid-murid telah menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik. Ini bermakna murid-murid tersebut mempunyai sedikit kebebasan untuk menjalankan aktiviti mengikut daya pemikiran atau kemampuan mereka tetapi masih dikawal oleh guru. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang agak sukar dan tidak sesuai dengan kebolehan murid-murid . Sebagai contoh. Saya juga bersetuju dengan pendapat di atas yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan.saya iaitu Pendekatan Terkawal dan Pendekatan Bebas. murid-murid hanya perlu mengisi tempat kosong dengan perkataan yang diberi untuk melengkapkan sebuah karangan. Jelas kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal memulakan proses pengajaran daripada mudah kepada perkara yang lebih susah atau daripada konkrit kepada abstrak. Sebagai contoh. murid yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza. Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan ini adalah lebih mudah dan akan dapat dilakukan oleh murid-murid yang lemah. para pelajar melakukan aktiviti mengikut panduan yang diberikan oleh guru.

para pelajar akan diberi panduan dan bimbingan sepenuhnya. murid-murid pasti akan dapat menguasai sesuatu kemahiran itu sedikit demi sedikit. Ini kerana mereka agak pasif dan masih belum menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. Dengan menggunakan Pendekatan Terkawal. Oleh itu.akan mematahkan semangat mereka untuk terus belajar. Dengan adanya bimbingan dan latihan yang berterusan. kumpulan atau individu agar mereka tidak mudah berasa jemu atau memudahkan mereka untuk menyiapkan sesuatu tugasan. mereka akan dapat belajar tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahan-bahan yang diberi oleh guru sebagai contoh untuk melaksanakan tugasan yang baru. guru perlu memainkan peranan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar sama ada secara kelas. mereka akan dapat mempelajari sesuatu perkara berdasarkan contoh yang diberi tanpa melakukan banyak kesalahan. Berdasarkan keterangan di atas. Jadi. berfikiran terbuka dan mampu . Berdasarkan pengalaman. Jadi. Pendekatan ini tentu sekali tidak sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang kerana mereka lebih aktif. jika guru memberi lembaran kerja yang mengandungi format surat rasmi untuk dilengkapkan oleh murid-murid. Misalnya. Mereka juga agak malas untuk berfikir. mereka akan berasa lebih yakin untuk memberikan pendapat dan sudah pasti pendapat atau idea yang dikemukakan tidak akan terpesong. jelaslah kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan oleh Raimes ini sesuai diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah. Oleh itu. guru perlu memainkan peranan untuk menggalakkan para pelajar mengemukakan pendapat dengan memberi gambaran tentang sesuatu perkara atau tajuk yang dibincangkan. para pelajar yang lemah biasanya tidak mampu untuk berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara dan tidak dapat mengemukakan pendapat atau idea yang berkaitan dengan sesuatu tajuk tanpa bantuan atau bimbingan daripada guru. mereka akan dapat menjadikan format surat rasmi tersebut sebagai contoh untuk menulis surat rasmi yang lain dengan tajuk yang berbeza. Dengan ini. Kadangkala mereka akan mengemukakan pendapat atau pandangan yang tidak logik atau tidak berkaitan dengan topik yang dibincangkan.

Melalui pendekatan ini. kaedah atau teknik yang terbaik untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Pendekatan Bebas sesuai digunakan untuk mengajar muridmurid yang aktif dan telah menguasai kemahiran bahasa dengan baik. Selepas itu. Pendekatan ini dapat meningkatkan daya imaginasi dan pemikiran pelajar agar mereka berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Kesimpulannya. Jadi. guru mengemukakan soalan atau isu yang perlu dibincangkan. Antara aktiviti yang sesuai untuk Pendekatan Bebas ialah perbincangan dan sumbang saran. murid-murid diberi kebebasan untuk mengemukakan idea atau pendapat tentang isu-isu atau tajuk yang dibincangkan. guru perlu lebih kreatif untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan menggunakan pendekatan. kaedah dan teknik yang difikirkan sesuai berdasarkan ilmu yang hendak disampaikan agar murid-murid dapat menerima ilmu tersebut . Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk Pendekatan Terkawal dan Pendekatan Bebas adalah berbeza. Pendekatan yang lebih sesuai perlu digunakan untuk murid-murid yang aktif.mengemukakan pendapat mereka berdasarkan sesuatu tajuk yang dibincangkan. Aktiviti sebegini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk bergerak aktif dan menghilangkan rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Mereka juga dapat bergerak aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sebagai contoh. Ini kerana setiap pelajar adalah berbeza. tidak ada pendekatan. Melalui aktiviti tersebut murid-murid bebas memberi pendapat dan pandangan mereka berdasarkan pengetahuan sedia ada. pendekatan ini tidak sesuai untuk mereka kerana akan membataskan pemikiran mereka dan membuatkan mereka berasa terkongkong. Ini akan mendorong murid-murid supaya rajin membaca dan mencari maklumat untuk menambahkan pengetahuan mereka. Pelajar juga akan dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk mengemukakan pendapat yang bernas atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Kemudian. murid-murid membentuk kumpulan dan berbincang tentang perkara tersebut. wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Jadi. Satu lagi pendekatan pengajaran penulisan Raimes yang saya pilih ialah Pendekatan Bebas.

Kebiasaannya. Namun begitu. sudah pasti muridmurid akan berasa bosan dan mengongkong kemahiran berfikir murid-murid. gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan.dengan baik. kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengajar murid-murid agar pengajarannya menarik dan berkesan. kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian dengan menggunakan slaid. disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar. Jika menggunakan teknik ini. guru perlu bijak memilih dan menentukan pendekatan. iaitu:  Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap peringkat pelajar. Namun. sudah pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut tidak berkesan. terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam menyampaikan pengajaran.   . guru perlu menggunakan pendekatan. Begitu juga jika guru menggunakan Pendekatan Terkawal untuk mengajar murid-murid yang pandai. Teknik slaid lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar kerana menyeronokkan. ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian.  Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan mengenainya. Sebagai contoh. Model Pengajaran Penulisan 4. umpamanya pertunjukan slaid tentang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan. Sekiranya guru menggunakan kaedah perbincangan atau sumbang saran untuk mengajar murid-murid yang lemah. Dalam menggunakan kaedah bergambar. kaedah dan teknik yang berbeza untuk mengajar murid-murid yang pandai dan murid-murid yang lemah. teknik slaid memerlukan peralatan yang tertentu.1 Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar dan Carta Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah dengan berasaskan gambar yang dilihat dan ditunjukkan. 4. Oleh itu. pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati gambargambarslaid yang telah ditonton.

2 Cara Melaksanakan Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar Dan Carta Pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta hampir sama. Berikut ialah model pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta yang saya cadangkan. bahawasanya setiap proses itu digantikan dengan frasa-frasa yang menceritakan secara ringkas apa-apa yang berlaku pada setiap peringkat yang dipaparkan dalam carta. . Teknik carta aliran agak bersistematik mengikut kronologi peristiwa. carta aliran yang memperlihatkan proses membuat produk makanan. Teknik ini ada persamaan dengan teknik gambar bersiri. teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau menunjukkan sebuah carta aliran berdasarkan proses-proses penghasilan sesuatu bahan atau produk. Oleh itu.  Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting. saya menggunakan satu model pengajaran sahaja untuk pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta. Contohnya. 4.  Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan. iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis. Sementara itu. dan   Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan. Prosedur-prosedur atau peringkat-peringkat itu boleh ditunjukkan dengan menggunakan penanda ‘anak panah’ atau berbentuk paparan carta.  Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang dilihat. sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan.

guru hendaklah mengarahkan para pelajar supaya berada dalam kumpulan masing-masing sebelum aktiviti ini dajalankan. Guru juga boleh menerapkan nilai murni kepada murid-murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Contohnya. nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Sebagai contoh. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan seorang pencatat. peristiwa atau perkara-perkara penting yang dapat diperkatakan atau diceritakan berdasarkan gambar yang diberi. Sekiranya guru ingin menjalankan aktiviti ini secara kumpulan. Guru boleh menetapkan jumlah aktiviti atau peristiwa yang dikehendaki bagi setiap gambar. guru hendaklah membimbing mereka agar mereka dapat menyatakan idea dengan lebih yakin. guru hendaklah memainkan peranan supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi aktif. aktiviti atau peristiwa berdasarkan gambar yang diberi. Selain itu. Guru hendaklah mengarahkan murid-murid supaya berbincang dalam keadaan yang terkawal. Contohnya. Langkah 2 Murid-murid diminta mencatat perkara-perkara penting. Setiap pelajar diwajibkan mengemukakan pendapat berdasarkan perkara yang dibincangkan. guru perlu bersoal jawab dengan murid jika tidak ada pelajar yang ingin memberi pendapat secara suka rela. Jika aktiviti ini dijalankan secara individu. guru ingin murid –murid menyenaraikan dua aktiviti atau peristiwa penting bagi setiap gambar. Guru meminta murid-murid supaya meneliti aktiviti. Murid-murid perlu diingatkan supaya mengambil bahagian dalam sesi perbincangan. Bagi pelajar-pelajar yang lemah. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. .Tajuk: Penternak Ayam Bahan Bantu Mengajar : Gambar Bersiri (Lampiran) Langkah-langkah Pengajaran Langkah 1 Guru mengedarkan gambar kepada murid-murid. guru juga boleh memberi kebebasan kepada murid-murid untuk mencari sebanyak mungkin aktiviti atau peristiwa daripada setiap gambar tersebut.

kumpulan lain diberi peluang untuk memberi komen tentang idea atau isi penting yang dikemukakan oleh kumpulan tersebut. Contohnya. Kumpulan lain juga perlu peka terhadap idea atau isi penting yang yang telah dikemukakan oleh kumpulan terdahulu agar tidak berlaku pertindihan idea. Guru juga boleh memilih murid-murid secara rawak untuk membina ayat secara lisan dengan menggunakan idea yang telah diperoleh. Apabila setiap kumpulan selesai membentangkan hasil perbincangan mereka. setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Seelok-eloknya.Semasa aktiviti kumpulan dijalankan. guru juga boleh berbincang tentang sistem bahasa yang dirasakan perlu ada dalam karangan tersebut. Di samping itu. Untuk peringatan. setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan yang diperlukan untuk sesi pembentangan hasil kerja. Idea atau isi penting yang sama tidak perlu dibentangkan oleh kumpulan berikutnya. Langkah 4 . kata tugas dan lain-lain. murid-murid diminta membaca idea-idea yang tercatat pada papan tulis hasil perbincangan semua kumpulan. Kemudian. penggunaan penanda wacana. Langkah 3 Setelah selesai sesi perbincangan. guru mengadakan perbincangan dengan para pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting semasa menulis karangan. penggunaan imbuhan. Murid-murid atau ahlikumpulan yang lain diminta mendengar pembentangan itu dengan teliti dan mencatat idea atau isi penting yang dibentangkan oleh kumpulan lain. Semasa sesi pembentangan. guru juga perlu menyatakan masa yang diperuntukkan untuk sesi perbincangan supaya murid-murid tidak terleka. seorang lagi ahli kumpulan dikehendaki mencatat idea atau isi penting yang dibentangkan oleh pembentang kumpulannya pada papan tulis. Selepas itu. guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan memantau setiap kumpulan dan memberi bimbingan kepada kumpulan yang menghadapi masalah.

5. seorang ahli kumpulan perlu menulis karangan manakala ahli yang lain membantu membina ayat-ayat yang gramatis. beberapa kumpulan akan dipilih untuk membacakan karangan masingmasing. guru perlu sentiasa mengingatkan para pelajar tentang kesalahan umum yang sering dilakukan oleh kebanyakan pelajar semasa menulis. Semasa wakil kumpulan membaca karangan. penggunaan imbuhan. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Jika aktiviti ini dilakukan secara kumpulan. penggunaan imbuhan dan sebagainya. tanda baca. Guru pula memainkan peranan sebagai fasilitator. Selepas itu. murid-murid diminta menulis karangan dengan menggunakan idea atau isi-isi penting yang telah dibincangkan atau dibentangkan oleh setiap kumpulan.Selepas itu. struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. Langkah 5 Seterusnya. Guru juga hendaklah membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh setiap kumpulan pada masa itu juga. Setiap kumpulan diminta membuat pembetulan terhadap kesalahan yang telah dilakukan sebelum menghantar karangan mereka kepada guru. Langkah 6 Guru menyemak karangan tersebut dengan teliti dan membetulkan setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid. Semasa aktiviti ini dijalankan. Setelah selesai menulis. murid-murid lain diminta mendengar dengan teliti dan memberi komen terhadap kesalahan yang terdapat dalam karangan tersebut. karangan tersebut akan dipulangkan kepada murid-murid dan setiap ahli kumpulan dikehendaki menulis semula karangan tersebut dalam buku masing-masing. murid perlu menyemak untuk memastikan sama ada terdapat tulisan yang kurang jelas. Setiap kumpulan juga diminta menyediakan satu salinan karangan yang telah dibaiki untuk ditampal di dalam kelas atau dijilid untuk dijadikan sebuah buku sebagai rujukan murid-murid. Penutup . kesalahan ejaan. contohnya kesalahan dari segi struktur ayat.

Sabran. Kesimpulannya. Husin. Setelah melaksanakan tugasan ini. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Pengetahuan guru-guru tentang pendekatan. (1990).Tugasan ini memberi penekanan kepada pendekatan. Pendekatan mengajar bahasa Malaysia. guru-guru perlu menggunakan pendekatan. kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. Rujukan Juriah Long. kaedah dan teknik yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran demi kebaikan dan kejayaan para pelajar. . Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Raminah Hj. Pedagogi Bahasa. kaedah dan teknik serta pengaplikasiannya oleh guru-guru di dalam bilik darjah akan memberikan kesan yang positif kepada para pelajar seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Sesungguhnya. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. kaedah dan teknik pengajaran sangat penting untuk membolehkannya melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan lebih menarik dan berkesan. Sabran & Sofiah Hamid. pengetahuan tentang pendekatan. Semua guru sepatutnya mengenal pasti tahap pencapaian pelajar mereka untuk memudahkan mereka merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan. Raminah Hj. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. (1988).Kuala Lumpur: Fajar Bakti. (1985). Kamarudin Hj. kaedah dan teknik pengajaran khususnya dalam aspek pengajaran penulisan. Bhd. saya lebih memahami tentang pendekatan. kaedah dan teknik pengajaran yang sepatutnya diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Raminah Sabran & Rahim Syam.

. (2001). Zainol Ismail. Bhd. Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah bahasa Melayu. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. (2003).Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fokus Unggul/ UPSR Penulisan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->