You are on page 1of 10

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

PENGENALAN

Pengajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan dunia pekerjaan. Pengajaran ini melibatkan perkongsian pemikiran dan pengalaman guru untuk member kefahaman kepada pelajar kerana proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri melibatkan pelajar, pengajar dan bahan pengajaran.

Selain daripada itu, pengajaran ini juga menghubungkan isi pelajaran dengan dunia sebenar, proses interaksi antara pelajar dengan pelajar yang lain serta menjadikan situasi pengajaran di kelas sebagai simulasi kepada tempat kerja. Pelajar juga disediakan dengan aplikasi amali untuk dipelajari (Hull D., 1995). Kaedah Pengajaran secara kontekstual menurut Hull D.(1997) mempunyai ciri-ciri yang perlu dilaksanakan agar pengajaran lebih berkesan.

Ciri yang pertama ialah guru menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup. Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar. Menurut Wan Absah bte Wan Kadir (1997) perkara ini akan membolehkan pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan penggunaan harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam bidang pekerjaan serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan.

Ciri yang kedua ialah pengalaman. Dalam pengajaran, guru memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki melibatkan pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta. Ini akan menjadikan pelajar dapat melibatkan diri dengan ujikaji secara menyeluruh dan membentangkan hasil kerja mereka dengan lebih yakin. Dengan itu, pelajar telah memperoleh pengalaman yang berguna dalam pembelajaran di kelas (Wan Absah Wan Kadir,1997).

Ciri yang ketiga dalam pengajaran secara kontekstual ialah aplikasi. Dalam hal ini, guru menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan pelajar boleh menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi dalam alam pekerjaan pada masa akan datang. Semasa pengajaran dijalankan, para pelajar didedahkan dengan aktivitaktiviti yang membolehkan mereka mengaplikasikan aktiviti dalam kelas dengan aktiviti di luar. Menurut Hungate (1982), ciri-ciri aplikasi dalam pengajaran telah dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam satu-satu mata pelajaran yang diajar.

Ciri yang keempat pula ialah bekerjasama iaitu pengajaran dalam konteks berkongsi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Guru memainkan tugas penting dalam mewujudkan sikap bekerjasama yang baik dalam pengajaran dan menjadikan proses pengajaran lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar (Pedrotti L. S.,1997). Kesannya, membolehkan individu mengenalpasti minat dan keperluan pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar lebih memahami aspirasi kumpulan.

Ciri yang kelima ialah pemindahan pembelajaran iaitu pengajaran dalam konteks penyaluran pengetahuan oleh guru. Guru akan menyalurkan pengetahuan mereka melalui kaedah-kaedah yang disarankan dalam kaedah pengajaran secara kontekstual dengan cara timbale balik.Guru akan membimbing pelajar menemui pengetahuan baru melalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan. Kesemua ciri ini dapat dilaksanakan dengan bantuan penggunaan media pengajaran yang berkesan (Hull D., 1997). Pemindahan ini juga akan menyebabkan pelajar lebih mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran.

Menurut Hull D. (1995), persoalan-persoalan yang timbul dalam sistem pendidikan telah menyebabkan perubahan perlu dibuat. Persoalan-persoalan tersebut ialah adakah sekolah, politeknik dan industri bekerjasama menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada kebanyakan pelajar? Adakah kebanyakan pelajar menengah dan pusat pengajian tinggi menghargai pendidikan mereka semasa di sekolah? Adakah mereka

berpuashati dengan pendidikan yang mereka perolehi selepas tamat persekolahan? Adakah pelajar mempunyai peluang seluas-luasnya untuk memasuki politeknik dan pusat pengajian tinggi lain serta pusat-pusat latihan? Adakah pelajar lepasan sekolah mempunyai persediaan yang mencukupi untuk memasuki pasaran buruh dalam kurun ke 21? Adakah sekolah mempunyai matlamat untuk memenuhi keperluan majoriti pelajar dengan mempamerkan pendekatan dan pembelajaran yang berkesan? Adakah pelajar mempunyai pengetahuan tentang pelbagai jenis karier yang membolehkan mereka memilih karier yang diminati?

Strategi HIBRID C-C Strategi HIBRID C-C dapat dijelaskan dengan perkataan HIBRID sebagai gabungan dua strategi pembelajaran dan C-C pula ialah Constructivisme dan Contextual. Model konstruktivisme yang digunakan dalam kajian ini terdapat lima fasa iaitu orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan renungan kembali (Needham, 1987). Sementara dalam pengajaran secara kontekstual pula terdapat lima ciri iaitu perkaitan, pengalaman, aplikasi, kerjasama dan pemindahan (Hull D., 1997). Strategi HIBRID C-C mengaplikasikan lima fasa mengikut fasa yang sedia ada dan dalam melaksanakan strategi HIBRID C-C ini ciri-ciri kontekstual digabungkan secara fleksibel dengan fasafasa tersebut. Strategi tersebut bertujuan untuk mengkaji bagaimana ia diharap dapat membantu pelajar dan guru mempertingkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini boleh dilakukan dengan menerapkan aktiviti-aktiviti pengajaran yang sesuai serta bantuan media pengajaran yang menarik. Penggunaan strategi HIBRID CC yang disarankan sebenarnya berkaitan dengan proses pembelajaran yang membolehkan pelajar membina kefahaman mereka sendiri mengenai sesuatu perkara menerusi persepsi dan pengalaman serta pengetahuan sedia ada dan ia juga melibatkan individu menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar. Strategi HIBRID C-C yang disarankan oleh pengkaji dapat dilihat seperti Rajah 1.

Rajah 1: Strategi Hybrid C-C Apa yang dimaksud dengan pembelajaran kontekstual tidak ada sebuah definisi atau pengertian tunggal. Setiap pakar dan komuniti pakar memberikan definisi pelbagai. Namun mereka bersepakat bahwa hakIkat pembelajaran kontekstual adalah sebuah sistem yang mendorong pembelajar untuk membangun keterkaitan, independensi, relasi-relasi penuh makna antara apa yang dipelajari dengan realiti, lingkungan personal, sosial dan kultural yang terjadi sekarang ini (Moh.Imam Farisi,2005).

Beberapa definisi pembelajaran kontekstual yang pernah ditulis dalam beberapa sumber, yang dikemukakan oleh Nurhadi dalam bukunya Kontekstual dan penerapannya dalam KBK.

1. Sistem pembelajaran kontekstual merupakan suatu proses pendidikan yang bertujuan membantu siswa melihat makna dalam bahan pelajaran yang mereka pelajari dengan cara menghubungkannya dengan konteks kehidupan mereka sehari-hari, iaitu, dengan konteks lingkungan peribadinya, sosialnya, dan budayanya. Untuk mencapai tujuan tersebut, sistem pembelajaran kontekstual akan membimbing murid melalui kedelapan komponen utama pembelajaran kontekstual iaitu melakukan hubungan yang bermakna, mengerjakan pekerjaan yang bererti, mengatur cara belajar sendiri, bekerjasama, berfikir kritis dan kreatif, memelihara/ merawat peribadi pelajar, mencapai standar yang tinggi, dan menggunakan assessment autentik.

Pengajaran kontekstual adalah pengajaran yang memungkinkan pelajar memperkuat, memperluas, dan menerapkan pengetahuan dan keterampilan akademiknya dalam berbagai latar sekolah dan di luar sekolah untuk memecahkan seluruh persoalan yang ada dalam dunia nyata. Pembelajaran kontekstual terjadi ketika pelajar menerapkan dan mengalami apa yang diajarkan dengan mengacu pada masalah-masalah sebenar yang berasosiasi dengan peranan dan tanggung jawab mereka sebagai angota keluarga, anggota masyarakat, pelajar, dan selaku pekerja. Pengajaran dan pembelajaran kontekstual menekankan berfikir tingkat tinggi, mencari pengetahuan melalui disiplin ilmu, dan mengumpulkan, menganalisis dan mensintensis

informasi dan data dari berbagai sumber dan sudut pandang.

Pengajaran dan pembelajaran kontekstual adalah suatu konsepsi belajar mengajar yang membantu guru menghubungkan isi pelajaran dengan situasi dunia nyata dan memotivasi siswa membuat hubungan-hubungan antara pengetahuan dan aplikasinya dalam kehidupan siswa sebagai anggota keluarga, anggota masyarakat, dan pekerja serta meminta ketekunan belajar. Pengajaran dan pembelajaran kontekstual dilakukan dengan berasaskan masalah, menggunakan cara belajar yang diatur sendiri, berlaku dalam berbagai macam konteks, memperkuat pengajaran dalam berbagai konteks kehidupan pelajar, menggunakan penilaian autentik, dan menggunakan pula kelompok belajar yang bebas.

KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Melakukan hubungan yang bermakna (making meaningful connections). pelajar dapat mengatur diri sendiri sebagai orang yang belajar secara aktif dalam mengembangkan minatnya secara individual, orang yang dapat bekerja sendiri atau bekerja dalam kelompok, dan orang yang dapat belajar sambil berbuat ( learning by doing ). Melakukan kegiatan-kegiatan yang signifikan ( doing significant work ). Pelajar membuat hubungan antara sekolah dan berbagai konteks yang ada dalam kehidupan nyata sebagai pelaku aktiviti dan sebagai anggota masyarakat. Belajar yang diatur sendiri ( self-regulated learning ). Pelajar melakukan pekerjaan yang signifikan : ada tujuannya, ada urusannya dengan orang lain, ada hubungannya dengan penentuan pilihan, dan ada produknya / hasilnya yang sifatnya nyata.

Bekerjasama (collaborating). Pelajar dapat bekerja sama. Guru membantu siswa bekerja secara efektif dalam kelompok, membantu mereka memahami bagaimana mereka saling mempengaruhi dan saling berkomunikasi. Berfikir kritis dan kreatif (critical and creative thinking). Siswa dapat menggunakan tingkat berfikir yang lebih tinggi secara kritis dan kreatif : dapat menganalsis, membuat sintetis, memecahkan masalah, membuat keputusan, dan menggunakan logika dan buki-bukti.

Mengasuh atau memelihara peribadi siswa (nurturing the individual). Pelajar memelihara pribadinya : mengetahui, memberi perhatian, memilki harapan-harapan yang tinggi, memotivasi dan memperkuat diri sendiri. Pelajar tidak dapat berhasil tanpa dukungan orang dewasa. Pelajar menghormati temannya dan juga orang dewasa. Mencapai standar yang tinggi (reaching high standards). Pelajar mengenal dan mencapai standard yang tinggi : mengidentifikasi tujuan dan memotivasi Pelajar untuk mencapainya. Guru memperlihatkan kepada pelajar cara mencapai apa yang disebut excellence. .

Menggunakan penilaian autentik ( using authentic assessment ). Pelajar menggunakan pengetahuan akademik dalam konteks dunia nyata untuk suatu tujuan yang bermakna. Misalnya, pelajar boleh menggambarkan informasi akademik yang telah mereka

pelajari dalam pelajaran sains, kesihatan, pendidikan, matematik, dan pelajaran bahasa Inggeris dengan sebuah mobil, merencanakan menu sekolah atau membuat penyajian perihal emosi manusia. MAKSUD KONTEKSTUAL Kontekstual adalah salah satu prinsip pembelajaran yang memungkinkan pelajar belajar dengan penuh makna. Dengan memperhatikan prinsip kontekstual, proses pembelajaran diharapkan mendorong pelajar untuk menyedari dan menggunakan pemahamannya untuk mengembangkan diri dan menyelesaikan berbagai persoalan yang dihadapinya dalam kehidupan sehari-hari. Prinsip kontekstual sangat penting untuk segala situasi belajar. Pertanyaannya, apakah yang dimaksud konteks itu ?

Ada sembilan konteks belajar yang melingkupi pelajar,iaitu : i. ii. Konteks tujuan (tujuan apa yang akan dicapai ? ) Konteks apa yang akan diajarkan ?

iii. Konteks sumber. ( sumber belajar bagaimana yang bisa dimanfaatkan ? ) iv. Konteks target pelajar ( Siapa yang akan belajar ? ) v. Konteks guru ( siapa yang akan mengajar ? )

vi. Konteks metode ( strategi belajar apa yang cocok diterapkan ? ) vii. Konteks hasil ( bagaimana hasil pembelajaran yang akan diukur?) viii. Konteks kematangan ( apakah siswa telah siap dengan hadirnya sebuah konsep atau pengetahuan baru ? ) ix Konteks lingkungan ( dalam lingkungan yang bagaimanakah pelajar belajar ? )

MENGAPA PERLU PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Ada kecenderungan dewasa ini untuk kembali pada pemikiran bahwa anak akan belajar lebih baik jika lingkungan diciptakan alamiah. Belajar akan lebih bermakna jika anak mengalami apa yang dipelajarinya, bukan mengetahui-nya. Pembelajaran yang berorientasi target penguasaan materi terbukti berhasil dalam kompetisi mengingat jangka pendek, tetapi gagal dalam membekali anak memecahkan persoalan dalam kehidupan jangka panjang. Itulah yang terjadi di kelas-kelas sekolah kita. Pendekatan kontekstual (Contextual Teaching and Learning, CTL) merupakan konsep belajar yang membantu guru mengaitkan antara materi yang diajarkannya dengan situasi dunia nyata pelajar dan mendorong pelajar membuat hubungan antara pengetahuan yang dimilikinya dengan penerapannya dalam kehidupan mereka sebagai anggota keluarga dan masyarakat. Dengan konsep itu, hasil pembelajaran diharapkan lebih bermakna bagi pelajar. Proses pembelajaran berlangsung alamiah dalam bentuk kegiatan pelajar bekerja dan mengalami, bukan mendapat pengetahuan dari guru ke pelajar.. Strategi pembelajaran lebih dipentingkan daripada hasil. Dalam konteks itu, pelajar perlu mengerti apa makna belajar, apa manfaatnya, dalam status apa mereka, dan bagaimana mencapainya. Mereka sedar bahwa yang mereka pelajari berguna bagi hidupnya nanti. Dengan begitu mereka memposisikan sebagai diri sendiri yang memerlukan suatu bekal untuk hidupnya nanti. Mereka mempelajari apa yang bermanfaat bagi dirinya dan berupaya menggapainya. Dalam upaya itu, mereka memerlukan guru sebagai pengarah dan pembimbing. Dalam kelas kontekstual, tugas guru adalah membantu pelajar mencapai tujuannya. Maksudnya, guru lebih banyak berurusan dengan strategi daripada memberi informasi. Tugas guru mengelola kelas sebagai sebuah kumpulan yang bekerjasama untuk menemukan sesuatu yang baru bagi anggota kelas . Sesuatu yang baru (baca: pengetahuan dan keterampilan) datang dari 'menemukan sendiri', bukan dari 'apa kata guru'. Begitulah peranan guru di kelas yang dikelola dengan pendekatan

kontekstual.Kontekstual hanya sebuah strategi pembelajaran. Seperti halnya strategi pembelajaran yang lain. Kontekstual dikembangkan dengan tujuan agar pembelajaran berjalan lebih produktif dan bermakna.

KECENDERUNGAN PEMIKIRAN TENTANG BELAJAR DALAM PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Pendekatan kontekstual mendasarkan diri pada kecenderungan pemikiran tentang belajar sebagai berikut. a. Proses Belajar i. Pelajar belajar tidak hanya sekedar menghafal. Pelajar harus mengkonstruksikan pengetahuan difikiran mereka sendiri. ii. Pelajar belajar dari mengalami. Pelajar mencatat sendiri pola-pola bermakna dari pengetahuan baru, dan bukan diberi begitu saja dari guru. iii. Para ahli sepakat bahwa pengetahuan yang dimiliki ole seseorang yang terorganisasi dan mencerminkan pemahaman yang mendalam tentang sesuatu persoalan. iv Pengetahuan tidak dapat dipisah-pisahkan menjadi fakta-fakta atau proposisi yang terpisah, tetapi menceerminkan keterampilan yang dapat diterapkan.

v Manusia mempunya tingkatan yang berbeza dalam menyilapi situasi baru. vi Proses belajar dapat mengubah struktur otak. Perubahan struktur otak itu berjalan seiring perkembangan organisasi pengetahuan dan keterampilan seseorang. Untuk itu perlu dipahami, strategi belajar yang salah dan terus menerus dipajankan akan mempengaruhi struktur otak, yang pada akhirnya mempengaruhi cara orang berperilaku. vii Siswa perlu dibiasakan memecahkan masalah, menemukan sesuatu yang berguna bagi dirinya, dan bergelut dengan idea-idea baru

Cara Belajar i Pelajar belajar dari mengalami sendiri, bukan dari "pemberian orang lain". ii Keterampilan dan pengetahuan itu diperluas dari konteks yang terbatas (sempit), sedikit demi sedikit. iii Yang penting bagi pelajar tahu 'untuk apa' ia belajar, dan 'bagaimana' ia menggunakan pengetahuan dan keterampilan itu.

iv. Manusia mempunya kecendrungan untuk belajar dalam bidang tertentu , dan seorang anak mempunyai kecendrungan untuk belajar dengan cepat hal-hal baru. v Strategi belajar itu penting. Pelajar dengan mudah mempelajari sesuatu yang baru. Akan tetapi untuk hal-hal yang sulit, strategi belajar amat penting. vi Peranan orang dewasa (guru) membantu menghubungkan antara 'yang baru' dan yang sudah diiketahui. viiTugas guru memfasilitasi : agar informasi baru bermakna, memberi kesempatan kepada pelajar untuk menemukan dan menerapkan ide mereka sendiri, dan menyedarkan pelajar untuk menerapkan strategi mereka sendiri. .

Kesimpulan

Pembelajaran kontekstual sebagai salah satu alternatif strategi pembelajaran terbukti sangat efektif dan efisien dalam menumbuh kembangkan atau meningkatkan proses belajar mengajar di kelas. Hal ini ditemukan pada beberapa indikator kegiatan belajar pelajar diantaranya ; Melakukan hubungan yang bermakna, melakukan kegiatan-kegiatan yang signifikan, belajar yang diatur sendiri, bekerjasama, berfikir kritis dan kreatif, memelihara atau, mengasuh pribadi pelajar, mencapai standar yang tinggi melalui penilaian autentik yang dilakukan.

You might also like