You are on page 1of 22

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107

Harimau Malaya

Nama Nama saintifik

: Harimau Malaya : Panthera Tigris Jacksoni Pengenalan Saintifik Alam: Animalia

Filum: Kelas:

Chordata Mammalia Carnivora

Order: Keluarga: Genus: Spesies: Felidae Panthera Pantera tigris

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107

Sub-spesis: Terdapat Sembilan jenis spesis dan tiga daripadanya sudah diistiharkan pupus dan enam spesis lagi dikatergorikan sebagai populasi berancam. Iaitu:

Harimau yang terpupus: Harimau Bali (Panthera tigris balica) - Telah pupus pada tahun 1937-an, pernah berkeliaraan di Indonesia. Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) Telah pupus pada tahun 1972-an, pernah berkeliaraan di Indonesia. Harimau Kaspia atau Harimau Parsi (Panthera tigris virgata) Telah pupus pada tahun 1950-an, pernah berkeliaraan, pernah berkeliaraan di Afghanistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Rusia.

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107

Harimau yang berancam: Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) berkeliaraan di China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Rusia. Sub-spesies ini merupakan yang terkuat di antara semua jenis kucing liar di dunia. Harimau Cina Selatan (Panthera tigris amoyensis) berkeliaraan di tengah dan barat Republik Rakyat China. Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) berkeliaraan di Malaysia, Kemboja, Republik Rakyat China, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam. Harimau Benggala (Panthera tigris tigris) berkeliaraan di Bangladesh, Bhutan, Republik Rakyat China, India, dan Nepal. Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) berkeliaraan di kepulauan Sumatera. Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) berkeliaraan di Semenanjung Malaysia.

Habitat: Harimau suka berhabitat di kawasan tanah pamah yang luas serta dipenuhi dengan pelbagai populasi haiwan, hutan yang tebal dengan bekalan air serta makanan. Secara umumnya, harimau mempunyai kemampuan bagi berhidup di semua tempat seperti Padang Rumput dan kawasan Hutan Hujan.

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


Kacukan: Terdapat kacukan baka harimau (zoo) bagi mewujudkan satu sub-spesis yang berbeza untuk keuntungan. Seperti Liger dan Tiglon

Berat: 120 Kg. Harimau jantan lebih berat dan besar berbanding dengan harimau betina. Harimau adalah spesis mamalia besar yang 5 kali ganda dengan pemangsanya.

Panjang: 2.4 m

Pemakanan: Rusa Sambar, Babi Hutan, Kijang

Ciri-ciri: 1. corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan 2. boleh berlari sepantas 45 hingga 69 kilometer sejam tetapi ia boleh berlari pada masa yang singkat sahaja. Ia bergantung pada stamina harimau. 3. Boleh melahirkan 3 ekor anak pada satu kandungan. 4. Suka berhidup sendiri. Berpasangan pada musim perngawanan. 5. Bervariasi warna seperti jingga, putih dan sebagainya.

Status : Spesis harimau mengalami keancaman pada seluruh muka bumi

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107

Maklumat yang dinyatakan adalah tentang seluruh spesis harimau yang terdapat di muka bumi ini. Tetapi folio ini diberi keutamaan pada Harimau Malaya sahaja. Harimau Malaya merupakan spesis binatang terkecil dalam genus Pantera dan anggota keluarga Felidae. Harimau Malaya dipanggil sebagai harimau Pantera Jacksoni. Harimau adalah spesis yang amat unik dalam ekosistem muka bumi ini. Ia mempunyai ciri-ciri seperti dan ia boleh menjelang panjang 2.4m serta beratnya 120 kg. Harimau juga boleh menyesuaikan dirinya dengan persekitaran yang baru. Walaubagaimanapun, kebanyakkan harimau boleh berlari sepantas 45 hingga 69 kilometer sejam tetapi ia hanya boleh berlari pada masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 15 minit atas stamina yang diadakan. Harimau suka berhidup sendirian dan ia akan berpasangan semasa musim mengawan. Musim mengawan akan berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun. Harimau berupaya mengawan sebanyak 500 kali dalam sehari. Selepas mengawan harimau akan berhidup dengan bersendirian. Dengan proses

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


pengawan, harimau boleh melahirkan satu hingga tiga ekor anak. Anak harimau akan tinggal dengan ibu untuk tempoh masa 2 tahun. Pada masa tersebut, ibu harimau akan mengajar anaknya untuk memburu mangsa serta mengenal bahaya. Harimau Malaya boleh ditemui pada seluruh semananjung Malaysia kecuali pulau-pulau kecil dan negeri-negeri kecil seperti Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Wilayah. Walaupun Sabah dan Sarawak adalah negeri yang luas dengan hutan di Malaysia tetapi malah harimau Malaya tidak ditemui di kawasan tersebut. Seperti dinyatakan harimau berhabitat di hutan pamah serta pelbagai tempat tinggal seperti paya gamput, hutan pergunungan dan sebagainya. Dan 90% hutan di Malaysia dikenali sebagai hutan simpanan dan 45% keluasan hutan yang juga boleh dikatakan habitat harimau. Negeri-negeri menjadi habitat harimau adalah Perak, Kelantan, Pahang dan Terangganu. Kawasan-kawasan habitat harimau boleh dilihat pada gambar yang diberikan dibawa. Kalau bertanya soalan, boleh nyatakan bilangan harimau Malaya yang terdapat di seluruh semenanjung Malaysia? Jawapannya tidak boleh. Kerana harimau jarang keluar dari hutan dan ia menyebabkan tidak dapat menyatatkan saiz populasinya. Tetapi era kemajuan teknologi ini membantu pihak berkuasa bagi menggira populasi serta keadaannya dengan menggunakan lacer kamera. Iaitu jika harimau melalui lacer kamera maka kamera tersebut akan menangkap gambar dalam masa 2 saat. Hasil awal kajian kamera-perangkap oleh WWF di dalam Hutan Simpan Temengor telah menemui sekurang-kurangnya enam ekor harimau di dalam 100 km2 julat kawasan kajian lalu menekankan kepentingan hutan yang dibalak secara terpilih terhadap pemuliharaan harimau. Hasil awal kajian kamera-perangkap di bawah JWCP di dalam 350 km2 di Endau-Rompin telah merakam sekurang-kurangnya tujuh ekor harimau.

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107

Gambar : Gambar harimau Malaya yang dirakam dengan lacer kamera di Endau-Rompin

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


Di Malaysia, kebanyakkan harimau Malaya mengalami keancaman disebabkan oleh, kehilangan habitat, pemecahan hutan, pemburuan haram, perdagangan haram anggota badan serta produk mengandungi harimau, pengurangan spesis mangsa dan konflik dengan manusia. Selain daripada itu, pembunuhan harimau, balas dendam terhadap harimau yang memberi konflik, kematian akibat daripada jerat yang dipasang untuk hidupan liar yang lain serta kekurangan sokongan dan kesedaran daripada kalangan masyarakat. Sebab-sebab ini menyebabkan saiz populasi sedang mengalami kekurangan dan ia juga akan mengakibatkan harimau Malaya pupus pada masa yang akan datang. Salah satu aktiviti yang amat berbahaya kepada saiz populasi harimau Malaya adalah pemburuhan haram. Kebanyakkan pemburuhan haram dilakukan bagi penggunaan. Setiap bahagian tubuh badan harimau mempunyai keistimewaan yang sendiri seperti membuat ubat tradisional daripada tulang, daging untuk sajian, kuku,gigi serta misai diguna untuk membuat barang kemas, kulit harimau bagi membuat bag, kewiraan dan sebagainya ( Rujuk di lampiran). Setiap bahagian anggota badannya mendapat permintaan dan ini menyebabkan amat sukar untuk memantau bilangan harimau yang dibunuh setiap tahun.

Gambar : Gambar harimau Malaya yang menyeludup Daripada Malaysian Conservation Alliance for Tigers Annual Report 2010, kebanyakkan kes adalah harimau serang pemburuh orang asli serta orang asli membunuhkan harimau dan harimau ditembak oleh anggota rela. Walaupun kebanyakkan aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan dijalankan masih juga terdapat pemburuhan dan tembakan terhadap harimau. Jadual menunjukkan segelintir kes yang telah didapat tangkap tetapi ada juga kes pembunuhan dan pemburuhan harimau

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


berlaku di kawasan pendalaman yang tidak dapat di tangkap dan ia akan mengurangkan saiz populasi harimau di sekitar Malaysia. Kebanyakkan kes yang berlaku di Malaysia adalah kehilangan habitat harimau yang menyebabkan ia memasuki tempat tinggal manusia serta memusnahkannya. Apakah tindakan telah dan akan diambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi keacaman harimau Malaya? Adakah pihak kerajaan menyediakan program

pemuliharaan dan pemeliharaan harimau Malaya? Ini adalah soalan-soalan yang biasa ditanya dan kesemua soalan ini mempunyai jawapan daripada pihak tertentu. Pihak kerajaan telah menubuhkan Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76 (1972), harimau belang diklasifikasikan sebagai spesis buruan yang di perlindungi. Pada tahun 1976, statusnya diubah kepada yang diperlindungi sepenuhnya. Pihak jabatan perhutanan mengekalkan lebih 90% hutan simpanan serta menyediakan 35 kawasan perlindungan meliputi 7,527 km2, manakala Taman Negara adalah terbesar dengan keluasan 4,314 km2. Saiz populasi harimau Malaya yang terbesar adalah di Greater Taman Negara Landscape. Landskap hutan ini amat luas dengan tanah pamah serta diikuti ke hutan bukit dipterokap yang diliputi hutan-hutan simpanan yang mengeliling Taman Negara. Serta mempunyai rondaan oleh anggota jabatan perhilitan menjaminkan saiz populasi harimau. Isu-isu konservasi harimau juga turut diseratkan pada bidang pendidikan dengan memberikan program pendidikan konservasi di sekolah serta institut pengajian tinggi. Seterusnya, zoo Melaka telah menyediakan kemudahan pembiakan dalam kurungan untuk harimau. Ia boleh mengekalkan populasi harimau terus berada pada generasi yang akan datang. Selain itu, aktiviti seperti memburuh, menembak, mengambil bahagian anggota badan akan membawa dendaan tidak melebihi RM 15,000 atau tidak melebih lima tahun penjara. Seluruh dunia, populasi harimau disenaraikan dalam Conventionon International Trade in Endangered Spesies of Wild Fauna and Flora (CITES) Appendix 1 (semua jenis perdagangan komersil dilarangkan) dan dikategorikan sebagai populasi terancam dalam Senarai Data Merah IUCN (2009). Seterusnya, MYCAT telah

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


ditubuhkan bagi menyatukan pihak kerajaan serta pihak swasta yang sedang berusaha untuk mencegahkan keancaman harimau Malaya di Malaysia. MYCAT mempunyai objektif iaitu mengawal Central Forest Spine (51,000 km2 contiguous forest) dengan menjaga kawasan teras yang berhubungkait dengan landskap besar oleh koridor ekologikal dan memberi penjagaan yang efektif kepada harimau dan pemangsanya dari penyeludupan. Setiap pihak berkongsi dalam MYCAT telah menjalankan 11 aktiviti dan program di seluruh Negara seperti memberi poster kepada 257 sekolah, berjalankan kempen di konservasi Belum- Temengor forest complex di perak, berhubungkan dengan zoo kerajaan Singapore bagi mengguji baka harimau, memberi latihan tentang perguruan harimau dan sebagainya. Secara keseluruhannya,

MYCAT telah mengadakan 35 program pendekatan di peringkat sekolah dan komuniti sepanjang 2008 dan 2009 di lokasi utama pemburuan dan perdagangan haram di kawasan bandar dan luar bandar di Perak, Kelantan dan Selangor, serta menemui 12,300 orang. Program telah dilaksanakan bersama dengan PERHILITAN, rakan sekutu MYCAT serta sukarelawan.

Seterusnya, MYCAT menyediakan pentas komunikasi tentang konservasi harimau dengan menggunakan pelbagai saluran televisyen dengan berkomunikasi pihak penderma, rakan kongsi MYCAT, penyokong serta pihak kerajaan. Ia akan membawa kesedaran yang amat besar dikalangan masyarakat. Untuk terus menyokong tindakan penguatkuasaan PERHILITAN dan MYCAT telah menubuhkan sebuah talian

Hotline Hidupan Liar pada 2007.

Oleh kerana sebahagian masyarakat yang tinggal berhampiran habitat harimau atau kawasan utama pemburuan haram terlibat secara langsung atau mempunyai perkaitan dengan jenayah hidupan liar, maka hotline diperkenalkan semasa program pendekatan komuniti di kawasan luar bandar. Talian ini turut dihebahkan semasa program pendekatan komuniti di kawasan bandar yang

diadakan berhampiran restoran makanan eksotik atau kedai ubat tradisional. Talian ini

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


telah mendapatkan sambutan yang amat baik daripada kalangan masyarakat iaitu Antara 2008 dan 2009, talian telah menerima lebih daripada 300 laporan, di mana 37 daripadanya mengandungi maklumat yang mempunyai tempoh masa tindakan yang sesuai. Kesemua maklumat tersebut telah dilaporkan ke PERHILITAN untuk tindakan seterusnya. Oleh sebab kebanyakkan harimau dipenyeludup dan ditembak bawa ke Negara Thailand pihak berkuasa telah mengambil suatu tindakan bagi membanteras perdagangan haram hidupan liar merentasi sempadan, PERHILITAN telah

mempengerusikan 1st Bilateral Meeng between Malaysia and Thailand on Cooperation in Wildlife Law Enforcement pada September 2009, melibatkan Pihak Berkuasa Pengurusan CITES, Kastam dan Polis kedua-dua buah negara. Tindakan pemuliharaan perlu berlandaskan kepada maklumat yang boleh dipercayai. Usaha bersepadu pelbagai agensi adalah perlu untuk mengenalpasti lokasi dan luas kawasan CFS yang masih digunakan oleh harimau dan spesis mangsa. Maklumat garis dasar ini diperlukan sebagai ukuran kejayaan keseluruhan bagi kesemua 80 tindakan di dalam Pelan Tindakan, yang perlu dicerminkan status harimau negara. Langkah pertama ialah dengan mewujudkan sebuah kaedah pemantauan piawai saintifik yang diterima pakai di peringkat antarabangsa. WCS telah mendahului dalam menghasilkan garis panduan ini berdasarkan kepada Tigers Forever Protocol, di mana penggunaannya diseragamkan di beberapa negara taburan harimau yang lain. Cabarannya ialah keperluan sumber-sumber yang banyak untuk merangkumi keseluruhan kawasan, maka, MYCAT telah mengemukakan sebuah kertas cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015). Kajian kamera-perangkap untuk menganggar kepadatan harimau juga sedang giat dijalankan di kegiataan kawasan utama. Kajian kependudukan mangsa, kamera-perangkap dan kaji selidik sosio-ekonomi akan menghasilkan satu garis dasar di samping mengenalpasti faktor persekitaran penting yang mempengaruhi ekologi harimau dan spesis mangsa. Hasil awal kajian yang sedang dilaksanakan ini telah menjadi panduan bagi rekabentuk infrastruktur mesra alam di Koridor Harimau di Taman Negara Banjaran Titiwangsa dan Endau-Rompin di Johor serta perancangan guna tanah yang mesra ekologi di kesemua kawasan. Hasil awal kajian kamera-

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


perangkap oleh WWF di dalam Hutan Simpan Temengor telah menemui sekurangkurangnya enam ekor harimau di dalam 100 km2 julat kawasan kajian lalu menekankan kepentingan hutan yang dibalak secara terpilih terhadap pemuliharaan harimau. Tujuan Pelan ini adalah untuk mewujudkan strategi pemuliharaan yang menyeluruh tetapi tertumpu dan mampu dicapai, yang memperincikan tindakantindakan khusus yang perlu diambil dalam masa lapan tahun akan datang (Fasa I: 2008 15) ke arah wawasan menyeluruh untuk menjamin populasi harimau yang berdaya maju di Malaysia pada abad hadapan dan seterusnya. Pelan ini telah dihasilkan berlandaskan dasar kerajaan dan struktur perundangan sedia ada yang berkaitan dengan pemuliharaan hidupan liar. Melalui pelan ini, kerajaan Malaysia berpeluang menonjolkan populasi harimau yang sihat sebagai contoh usaha berterusannya membangunkan ekonomi secara lestari, dan mengelakkan harimau Malaya menjadi sebuah lambang kemusnahan hutan tropika dan krisis ekosistem. Matlamat tahun 2020 yang dikenalpasti dalam Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan Malaysia ini adalah: Populasi harimau yang diuruskan secara berterusan pada kapasiti bawaan merentasi tiga lanskap di dalam Central Forest Spine dan disambungkan melalui koridor-koridor yang berfungsi.

Rumusan : Harimau Malaya dan ikuti dengan pemangsanya juga turut mengalami keancaman di Malaysia. Setiap spesis yang berada di muka bumi ini membawa kebaikkan dari segi ekosistem dan biodiversiti. Oleh itu, kita harus menghargai kepentingan spesis serta meningkatkan kesedaran terhadapnya. Sebagai warganegara dan guru kita harus mengajar kepentingan dan keancaman yang dialami oleh spesis supaya anak-anak murid ataupun generasi akan datang tidak akan membuat kelakuan seperti pemburuhan, penyeludupan dan sebagainya.

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


Tumbuhan Periuk Kera

Nama Nama saitifik

: Periuk Kera : Nepenthes Macrophylla Nama Saintifik Kingdom: Plantae (Tumbuhan)

(unranked): (unranked): (unranked):

Angiosperms Eudicots Core eudicots

Order: Caryophyllales Family: Genus: Spesies: Nepenthaceae Nepenthes N. macrophylla

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107

Sub-spesis: Nepenthes edwardsiana subsp. macrophylla

Habitat

Kadang-kala terdapat di paya gabus, kerangas, batu kapur, hutan dipterokarp bercampur, hutan submontane dan montane, dari paras laut sehingga 2,700 [meter] dari paras laut.

Ciri-ciri

1. Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. 2. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang

diperlukannya. 3. Tanaman tumbuhan ini boleh dikatakan membawa tuah kepada warga keturunan cina 4. Lamina atau bujur daun mencapai kebesaran 60 cm dengan 20 cm. Ia boleh mencapai besar sehingga 35 cm panjang dan 15 cm lebar. Tendrils mengukur sehingga 35 cm panjang 5. Batangnya terdiri daripada kayu. 6. Nepenthes macrophylla mempunyai hal berkembang yang berbentuk gugusan, dengan kedua-dua jantan dan betina yang mempunyai struktur yang sama. Gagang bunga ini sehingga 23 cm panjang dan 5 mm lebar, manakala tulang belakang sehingga 55 cm panjang. Pedicels adalah satu-berbunga, bracteate, dan mengukur sehingga 16 mm panjang. Sepal elips dalam bentuk dan sehingga 6 mm panjang.

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


Kegunaan :

1. Cecair dalam periuknya boleh melebatkan rambut dengan melumurnya ke rambut dan mengubati sakit mata. 2. Air rebusan akar dan batang diminum untuk merawat cirit-birit, batu karang dan darah tinggi. 3. Jus batang diminum untuk mengurangkan sengatan bisa gigitan.

Kaedah pembiakan

: Keratan akar

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


Hutan Hujan Tropika Asia Tenggara adalah salah satu hutan yang tertua dan ia mempunyai ekosistem yang paling kompleks di dunia. Malaysia meliputi sebanyak 90% hutan dikenali sebagai hutan simpanan. Hutan-hutan seperti hutan bakau, hutan paya serta hutan pergunungan juga adalah termasuk dalam istilah tersebut dan wujud di seluruh Malaysia. . Ianya terkenal dengan kepelbagaian spesies hidupan yang wujud di dalamnya. Kebanyakan daripada kawasan hutan tersebut telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal, taman negeri dan taman negara, atau lain-lain kawasan perlindungan hutan dalam usaha untuk memelihara pelbagai jenis hutan untuk generasi akan datang. Kesemua hutan mempunyai pelbagai spesis tumbuhan yang telah dikenali, dan tidak ragu lagi masih banyak yang menantikan penemuan saintifik. Antara yang menarik adalah Periuk Kera. Periuk Kera sebenarnya adalah tumbuhan istimewa yang mempunyai cecair melekit yang mana serangga yang jatuh akan terperangkap di dalam 'lubang', dan seterusnya membekalkan nutrien kepada tumbuhan tersebut dengan mengadamkan serangga yang tumbuh di kawasan tanah yang kurang subur. Bahagian dasar periuk mengandungi pepsin. Ditemui di puncak bukit rendah, kawasan terbuka bertanah gambut, kawasan batu kapur, hutan rawa atau kawasan berpasir di Borneo dan Semenanjung Malaysia, mampu tumbuh subur pada ketinggian 1000 meter ke bawah. Periuk kera mempunyai pelbagai sub-spesis di sekitar Malaysia serta di negaranegara lain. Antaranya periuk kera yang bernama Nepenthes Macrophylla adalah salah satu sub-spesis yang sedang mengalami kepupusan di Malaysia. Periuk kera biasa berhabitat di ciri-ciri tumbuhan ini adalah ia boleh tumbuh di tempat yang tidak subur dan kurang nitrogen. Kendinya pula memanjang sehingga 15 cm dengan keunikan teksturnya yang kebalduan. Hijau adalah serlahan warna awal kendinya yang akan berubah menjadi merah, unggu dan berakhir dengan hitam. Nepenthes bermula

sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengah salur membentuk periuk berongga. Nepenthes macrophylla adalah tumbuhan karnivor yang indah yang tumbuh hanya di puncak gunung tunggal di pulau Borneo. Satu batang nepenthes macrophylla yang tumbuh sepanjang kira-kira sepuluh meter, ia telah diubahsuai daun berbentuk periuk kera yang tergantung dari

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


tendrils bergelung ke dalam mana serangga dan invertebrata lain jatuh. Nepenthes macrophylla separuh berkayu dan bahagian lain biasanya silinder, menjadi sempit di titik tengah. Pitchers mengandungi cecair berasid, dirembeskan oleh kelenjar yang meliputi permukaan dalam separuh lebih rendah daripada periuk kera. Permukaan atas licin dan berlilin dalam periuk kera yang menjadikannya mustahil bagi serangga yang jatuh ke dalam lubang untuk mendapatkan bertapak, dan rabung tisu mengeras lapisan mulut nepenthes macrophylla, peristome, beruang baik, ke bawah menunjuk gigi, juga mencegah serangga daripada melepaskan diri. Penutup mulut periuk kera yang menghalang air hujan daripada mencairkan cecair nepenthes macrophylla. Pitchers Nepenthes macrophylla berbeza warna, tetapi pada amnya permukaan atas penutup berwarna merah dan hijau permukaan yang lebih rendah, peristome yang merah tua, seluruh permukaan luar periuk kera yang juga merah dan permukaan dalaman hijau . Perbungaan adalah rambut tidak menarik perhatian satu membosankan merah-coklat dan hijau dalam warna dan sangat pendek meliputi tumbuhan. Pokok nepenthes macrophylla menghadapi ancaman dari pelbagai segi seperti bencana alam sekitar dan kegiataan manusia. Bencana alam boleh dikatakan banjir, hakisan tanah, suhu keadaan muka bumi meningkat dan mengubah cuaca tempat tersebut. Bencana alam tidak boleh dielakkan tetapi kegiataan manusia boleh dielakkan bagi menjaga dan mengekalkan ekosistem yang seimbang kepada generasi masa depan. Di sini, kegiataan manusia dikatakan seperti membuka tanah pertanian, menggunakan ubat racun, memetik tumbuhan bagi membuat bahan kosmetik dan sebagainya. Salah satu sebab bagi ancaman nepenthes macrophylla adalah bagi membuat bahan kosmetik serta membuat ubatan tradisional. Mereka menggunakan cecair dalam periuknya boleh melebatkan rambut dengan melumurnya ke rambut dan mengubati sakit mata, air rebusan akar dan batang diminum untuk merawat cirit-birit, batu karang dan darah tinggi. Serta jus yang dibuat daripada batang diminum untuk menggurangkan sengatan bias gigitan. Ini adalah sebab-sebab bagi keancaman napenthes macrophylla di bahagian hulu hutan. Sekiranya, kegiatan manusia terus terhadap pokok napenthes macrophylla maka sub-spesis periuk kera ini akan terpupus di Malaysia. Oleh itu, pihak berkuasa berusaha

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


mengambil beberapa langkah bagi mengatasi keancaman dan mengekalkan sub-spesis ini secara berterusan. Projek Plant Red List Malaysia merupakan projek usaha sama antara Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Pusat Penyelidikan Perhutanan Sarawak, Pusat Penyelidikan Perhutanan Sabah, dan juga universitiuniversiti. Projek ini di bawah naungan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia melalui Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN). Sasaran projek ini ialah menilai status pemuliharaan dan ancaman terhadap spesies tumbuhan asli yang terdapat di Malaysia. Penilaian yang dibuat akan memberi penumpuan kepada spesies yang jarang ditemui, terancam dan hampir pupus serta menghasilkan cadangan dan strategi bagi meningkatkan tahap pemuliharaan dan membaiki rangkaian kawasan perlindungan in situ dan ex situ. Matlamat utama Red List ini adalah untuk menyampaikan maklumat mengenai tahap pemuliharaan yang terdapat untuk sesuatu spesies kepada orang ramai dan penggubal polisi serta memberi kesedaran kepada pihak berkuasa supaya melindungi spesies ini. Maklumat mengenai spesies dan ekosistem ini adalah amat penting dalam menuju ke arah penggunaan sumber asli secara mampan. Seterusnya sebuah bangunan Pusat Biodiversiti Hutan Tropika telah dibina bagi menempatkan unit-unit penyelidikan botani, zoologi dan pemuliharaan. Negara kini mempunyai kepakaran ahli sains dan penyelidik secukupnya untuk memelihara serta memanfaatkan kekayaan kepelbagaian bio tumbuhan yang terdapat dalam hutan belantaranya. Oleh sebab itu para saintis, pakar dan penyelidik telah melindungi, memulihara dan memanfaatkan lubuk genetik yang tersimpan dalam berbagai jenis tumbuhan yang terdapat dalam hutan belantara negara untuk perubatan, makanan dan peninggalan warisan. Ini juga dikatakan sebagai bank gen atau bank benih, disini terdapat pelbagai- bagai gen dan benih tumbuhan disimpan bagi tujuan menyelamatkan tumbuhan daripada ancaman terus.

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


Kerajaan Malaysia telah melaksanakan satu projek Pangkalan Data Pengetahuan Tradisi di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (20062010). Untuk tujuan tersebut, sebanyak RM600 000 telah diperuntukkan untuk; a. mewujudkan pangkalan data pengetahuan tradisi berkaitan tumbuhan ubatan dan beraroma oleh Orang Asli, b. menggunakan pendekatan saintifk dalam melindungi dan menggunakan pengetahuan tradisi berkaitan tumbuhan ubatan dan beraroma secara seimbang, c. mencadangkan mekanisme perkongsian faedah tentang penggunaan

pengetahuan tradisi berkaitan pemuliharaan dan penggunaan secara mampan, d. mewujudkan kerjasama dan penglibatan antara penyelidik dan komuniti Orang Asli untuk mewujudkan pangkalan data berkaitan tumbuhan ubatan dan beraroma Orang Asli (dalam format digital dan bercetak) dengan penghargaan dan penglibatan sumbangan daripada komuniti, dan e. membentuk strategi kebangsaan dan pelan tindakan Projek Pengetahuan Tradisi. Projek ini dilihat dapat membuka jalan ke arah kerjasama antara kerajaan Malaysia dan komuniti Orang Asli.

Langkah-langkah seperti dinyatakan adalah usaha yang diambil oleh pihak kerajaan serta pihak swasta bagi menjaga spesis napenthes macrophylla yang sedang menghadapi kepupusan. Mereka telah menggunakan pelbagai kaedah bagi

mempertingkatkan populasi spesis tersebut. Dengan langkah-langkah ini, mereka telah dapat meneruskan spesis ini berkekal dan berjaga daripada ancaman seterusnya dari manusia dan alam sekitar. Walaupun spesis ini hanya satu sub-spesis pokok periuk kera yang mempunyai pelbagai jenis, ia amat penting kepada ekosistem kita dan harus menghargainya. Setiap tumbuhan di sekitar kita memberi suatu kebaikkan kepada kita dan sebagai manusia yang berakhlak mulia kita harus memelihara tumbuhan di sekitar kita. Dan sebagai warganegara kita harus memberi kesedaran kepada anak-anak murid

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


serta masyarakat atas kepentingan biodiversiti dan ekologi yang terdapat sekeliling kita. Kesedaran yang diberi akan menjaga ekosistem dan biodiversiti di muka bumi ini. Rumusan : Kita amat bersyukur kepada Negara kita yang terletak di garisan khatualistiwa dengan hutan hujan tropika kerana kami mendapatkan pelbagai-bagai faedah dari hutan hujan tropika. Walaupun, mendapat sumbernya dari hutan kita pasti mengambil berat tentang populasi spesis tersebut dan berwaspada terhadap tumbuhan yang terancam. Ini akan menyebabkan tumbuhan atau spesis tersebut akan berkekal berterus pada generasi yang akan datang. Kesedaran terhadap spesis adalah salah satu faktor yang harus dipegang oleh setiap warganegara supaya kita tidak kehilangan harta hutan yang dikurniakan oleh tuhan. Secara keseluruhannya, ekosistem dan biodiversiti ini terdiri daripada haiwan dan tumbuhan. Setiap jiwa atau setiap spesis harus dihargai dan dikawal daripada ancaman manusia. Apabila ancaman spesis berlaku, kita harus memaklumkan kepada pihak berkuasa supaya ekosistem terpelihara daripada ancaman. Jika ancaman terus belanda di negara kita maka kita akan mengalami kehilangan spesis yang saling berhubungkait dengan ekosistem yang harmoni ini. Jadi sebagai warganegara dan insan yang mulia kita bersama mencegah ancaman spesis di malaysia bagi mengekalkan ekosistem dan biodiveristi yang dikurniakan oleh tuhan.

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107


Rujukan

Retrieved http://malayantiger.net/v4/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=1 http://www.wildlife.gov.my/printed_material/kmaklumat/tiger.pdf

Read more: Endangered Plants in Malaysia | eHow.com http://www.ehow.com/list_6402091_endangered-plantsmalaysia.html#ixzz1ZmCPhlc6

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Harimau Belang di Malaysia.

http://wikipedia/eco/Nepenthes_macrophylla.htm

http://www.Periuk%20Kera%20%28Nepenthes%20spp.%29%20%C2%AB%20Wannur a.htm

Ekosistem dan Biodiversiti SCE 3107

Pendahuluan : Ekosistem dan biodiversity adalah terdiri daripada pelbagai spesis yang unik dan remeh. Beribu-ribu spesis telah dikaji dan masih ada spesis yang menanti untuk kedatangan saintis. Walaupun kebanyakkan terdapat di muka bumi ini, ada juga spesis yang sedang mengalami kepupusan. jika spesis yang dikurniakan pupus maka kita tidak boleh mengembalikannya dengan senang. Seperti yang berlaku kepada badak jawa, merak hijau dan sebagainya. sehingga kini ahli-ahli saintis berusaha untuk mengembalikan spesis yang telah pupus di Negara kita tetapi usaha mereka masih dalam kategori tidak berjaya. Apakah tindakan generasi yang akan datang atas ekosistem ini? Adakah mereka boleh melihat semua ekosistem ini? Ini adalah soalan yang selalu ditimbul pada minda. Dan saintis menjangkakan dalam 10 tahun yang akan datang 500 spesis di muka bumi ini akan mengalami kepupusan. Pemeliharaan dan pemuliharaan salah satu haiwan dan tumbuhan yang sedang menghadapi ancaman di Malaysia adalah tajuk folio ini. Yang mengandungi dengan beberapa faktor ancaman dan tindakan terhadapnya.

You might also like