P. 1
Keunikan Dan Keistimewaan Tamadun Islam

Keunikan Dan Keistimewaan Tamadun Islam

4.95

|Views: 22,877|Likes:
Published by Mahathir Mohmed
Tamadun atau ketamadunan lazimnya dikaitkan dengan sekumpulan manusia atau masyarakat yang kompleks; yang mengusahakan pertanian dan perdagangan; dan yang tinggal di bandar-bandar.
Tamadun atau ketamadunan lazimnya dikaitkan dengan sekumpulan manusia atau masyarakat yang kompleks; yang mengusahakan pertanian dan perdagangan; dan yang tinggal di bandar-bandar.

More info:

Published by: Mahathir Mohmed on Dec 11, 2008
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved
List Price: $5.00 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

12/23/2013

$5.00

USD

1

KONSEP TAMADUN Tamadun atau ketamadunan lazimnya dikaitkan dengan sekumpulan manusia atau masyarakat yang kompleks; yang mengusahakan pertanian dan perdagangan; dan yang tinggal di bandar-bandar. Menurut perspektif Barat, tamadun disusun mengikut pembahagian buruh atau pekerja dan hierarki sosial tertentu (seperti kerabat monarki). Edward Burnett Tylor, seorang pakar antropologi popular, menyifatkan tamadun sebagai “the total social heredity of mankind”1 (warisan sosial yang unggul untuk manusia); atau dalam erti kata lain, mereka yang berada dalam “tamadun” ialah manusia yang terunggul untuk zaman berkenaan. Civilization turut bermaksud untuk membezakan antara manusia yang lebih “moden” dan “berjaya” daripada yang lain (barbarian). Arnold Toynbee menyifatkan tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran. Tamadun secara harfiah ertinya berada di tahap yang maju. Para pengkaji membahagikan tamadun kepada dua pengertian iaitu pengertian yang objektif dan pengertian yang subjektif.2 Pengertian yang objektif iaitu suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan, dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi kepada satu generasi dalam suatu masyarakat. Pengertian yang subjektif bermaksud tamadun digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas; atau digambarkan sebagai kehidupan yang dapat atau hampir mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai (konsep utopia). Bentuk ideal kehidupan itu adalah subjektif sifatnya, bergantung kepada masa, tempat dan kepada nilai-nilai yang dianuti. Sesuatu tamadun akan mengalami 3 peringkat iaitu: • peringkat kelahiran hingga mencapai peringkat puncak. • peringkat beku dan menurun. • peringkat keruntuhan dan kemusnahan.

"Civilization and Cultural Evolution" (1974), Encyclopaedia Britannica 15th ed. Vol. 4. “Religion and Civilization” Abul Hassan Ali Nadwi (1980) Lucknow, India; Academy of Islamic Research and Publications.
1 2

Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam

Pencapaian dan Masa Depannya” Mohd. Liki Hamid (ed. Masyarakat bertamadun (peringkat awal budaya baru berteraskan Islam) Wujud perluasan hubungan silaturahim dan cetusan idea-idea intelek. Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam “Mukadimah” (Terjemahan DBP . Dewan Bahasa dan Pustaka. dan keterbatasan interaksi) sosial. semangat kabilah. Kuala Lumpur.2 Model Tamadun Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406)3 Tahap awal atau kelahiran (kekitaan atau assabiyah) (kemunculan agama memperkukuh asas pembinaan tamadun ala Islam) Tahap kehidupan menetap atau bertamadun dicirikan oleh kelahiran sistem pemerintahan (pertumbuhan bandar dan stratifikasi sosial) Tahap lemah atau kejatuhan (konflik politik dan krisis ekonomi) Model Tamadun Menurut Malik Bennabi(1905-1973)4 Masyarakat pratamadun (belum mantap dalam aspek kebendaan. dan kemanusiaan: seperti masih menyembah berhala.1995) Ibn Khaldun. PTS Publication and Distribution Sdn. Bhd. Masyarakat pascatamadun (peringkat kejatuhan) Berlaku kebekuan idea dan penyelewengan agama. 3 4 “Pengajian Tamadun Islam: Sejarah.) (2002). idea. .

3 CIRI-CIRI KHUSUS TAMADUN ISLAM Rabbani Para ulama bahasa dan tafsir menjelaskan definisi perkataan Rabbani seperti berikut: • • Menurut tokoh-tokoh bahasa seperti al-Azhariy 5. Dengan kata lain. Secara kesimpulannya. Ini bermakna Rabbani ialah suatu ilmu berkaitan ketuhanan kepada Allah. al-Rabbani merupakan orang yang alim berkaitan agamanya. Alasan ini diperteguhkan dengan kenyataan Ibn Manzur yang menyatakan Rabbani ialah orang yang berilmu berkenaan Rab. Ibn al-Athir6 berpendapat perkataan al-Rabbani dinisbahkan kepada alRab dengan tambahan alif dan nun bagi al-mubalaghah yang menunjukkan bersangatan. Definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh bahasa di atas mempunyai kaitan yang amat rapat dengan definisi yang dinyatakan oleh para ulama tafsir. Hasil daripada kata jamaknya. Sebagai contoh Muhammad Jawwad Mughniyyah dalam tafsiran ayat dalam Surah Ali Imran ayat 79 yang menjelaskan perkataan Rabbaniyyin dalam ayat tersebut bererti mereka yang berilmu dan beramal dengan perintah Allah SWT. al-rabbaniyyun menghasilkan makna ulama. tokoh ulama bahasa yang terkenal iaitu Sibawaih menjelaskan tambahan huruf alif dan nun pada perkataan al-Rabbani bertujuan menunjukkan ilmu pengetahuan berkenaan Rab. bukan kepada yang lain. Manakala Ibn Kathir pula Dalam kitabnya berjudul “Tahdzibu al-Lughah” Dalam kitabnya bertajuk “Al-Kamil fi al-Tarikh” atau versi bahasa Inggeris bertajuk “The Complete History” 5 6 Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . Tambahan pula. perkataan al-Rabbani bermakna alAlim.

Berdasarkan ayat tersebut.T. puasa. Islam membuka ruang yang amat luas untuk segala bentuk kemajuan dan ketamadunan. Oleh yang demikian.php?name=News&file=print&sid=373 (010608) • • • 7 Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . Islam menganjurkan beberapa perkara sunat yang harus dilaksanakan seperti membaca azan ataupun iqamat kepada bayi itu.T. ahli ibadat. akhlak. Menerusi Pembentukan dan Pendidikan Pendekatan pendidikan tarbiah Islamiah yang ditekankan dalam hal ini bermakna pendidikan secara jasmani dan rohani harus seiring agar matlamat yang dicapai seimbang iaitu kecemerlangan di dunia dan di akhirat.com. zakat.T. Menerusi adab.T. Menerusi Adab Adab adalah salah satu kaedah yang dapat menguatkan lagi sifat rabbani dalam jiwa manusia.W.W. Menerusi Sebaran Am dan Kebudayaan Tidak dapat dinafikan peranan media massa dan kebudayaan pada zaman moden ini sangat berpengaruh ke atas pembinaan sifat rabbani dalam diri seseorang Muslim. Dalam Islam. berpakaian.W. Oleh yang demikian. proses pembelajaran yang berterusan ini dapat membentuk jiwa yang rabbani dalam mengenali dan mentaati Allah S. Keistimewaan tamadun Islam adalah kerana tamadun Islam bersumberkan sumber Rabbani ini. namun aspek yang paling penting dan diambil kira ialah pembinaan sesuatu tamadun berdasarkan nilai ketuhanan atau keagamaan. ulama dan fukaha. Manakala ibadat sunat seperti menunaikan solat sunat seperti solat hajat. Sebagai contoh. Malahan Islam amat menitikberatkan pendidikan yang perlu bermula daripada peringkat asas lagi sejak pertemuan kali pertama bagi suami dan isteri. Bukan setakat itu saja.my/v2/modules. kejiranan. perkahwinan. Akhirnya. dan sebagainya. rabbaniyyun dan ahbar iaitu ulama atau pendeta. iaitu para nabi. Antara kaedah tersebut: • Menerusi Ibadat Seseorang Muslim dapat memantapkan rohaninya dengan konsep rabbani apabila dia melakukan ibadat kepada Allah S. dapatlah disimpulkan definisi rabbaniyyin adalah orang-orang yang memiliki pengetahuan sebenar berkaitan kitab Allah dan bersaksi kepada-Nya dengan sebenar-benar penyaksian. ibadat terbahagi kepada ibadat fardu dan ibadat sunat. minum. Lantaran itu. Ini adalah proses pembelajaran formal yang pertama apabila bayi mula diajar mendengar kalimah Allah S. bermunajat.W. berzikir. proses pendidikan secara formal terus diperkenalkan apabila seseorang bayi dilahirkan. para hukama. Keterikatan ini akan memberi implikasi positif terhadap sesebuah tamadun – mendapat keredhaan Allah S. Kaedah Memantapkan Konsep Rabbani7 Islam adalah agama yang sentiasa berusaha ke arah memantapkan didikan rabbani kepada seluruh umat manusia dengan kaedah yang tersendiri. kepadanya. Maksudnya memelihara hukum-hakam yang ada dalam al-Quran sebagaimana firman Allah dalam surah alMaidah ayat 44. Islam menganjurkan adab-adab mahmudah dalam setiap tingkah laku manusia sama ada adab ketika makan. Allah SWT menggariskan tiga golongan yang dianggap tunduk dan patuh kepada-Nya. dan bersedekah. Selanjutnya proses pendidikan diteruskan lagi semasa dalam kandungan dan sehinggalah dilahirkan. dan menunaikan haji. Contoh ibadat fardu adalah solat.4 menyebutkan al-Rabbaniyyun sebagai mereka yang berilmu. setiap individu harus peka dalam menentukan mesej yang disampaikan agar dapat memberi input yang positif. rancangan-rancangan yang disiarkan dalam televisyen ada yang http://pts.

wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan. sifat adil yang sedemikian hanya dimiliki oleh Allah SWT. ilmu dan pemikiran (At-Taubah ayat 122). Sempurna Tidak ada satu pun tamadun yang wujud di muka bumi ini yang mempunyai kesempurnaan seperti tamadun Islam. itulah agama yang betul lurus. diskusi. tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. 14. Al-Baqarah ayat 44). filem. 6. Dalam Islam. • Konsep Nubuwah Sepanjang sejarah manusia. (turutlah terus) agama Allah. Aspek akidah. dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu. dan ibadat juga turut ditekankan. 8 http://muslimkaffah. 3. (At Taubah ayat 108) 5. Ar-Ruum ayat 30). (Ar-Ruum ayat 30) 2. agama kebersihan dan kesucian (At-Taubah ayat 108). yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya). dan drama yang memerlukan analisis diri bagi memastikan diri kita tidak mudah terdorong kepada kemungkaran.com/ (010608) Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . Tamadun Islam mynyentuh seluruh dimensi kehidupan baik dari segi spiritual dan fizikal. 4. agama ilmu dan amal (Muhammad ayat 19. Setiap budaya mempamerkan nilai-nilai budaya yang murni dan harus dihayati kerana konsep budaya tersebut mempunyai matlamat yang sama dalam pembentukan nilai rabbani dalam kehidupan manusia. yang mencakupi segala keperluan manusia: daripada yang sekecilkecilnya kepada yang sebesar-besarnya.blogspot. membersihkan penganutnya daripada syirik dan Islam paling sesuai dengan fitrah kemanusiaan (Az-Zumar ayat 2. dan sebagainya. Cina. Begitu juga dengan kebudayaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada budaya yang bervariasi seperti budaya Melayu. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya. iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya. kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad). agama moral dan hukum (An-Nisaa' ayat 36. individu dan masyarakat. sangat sarat dengan nilai-nilai dan aturan (Az-Zukhruf ayat 4. wujud juga hiburan-hiburan seperti muzik. Pada masa yang sama. Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya. akhlak. 105). (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutpengikutmu. India. kuliah. sesuatu keadilan yang ingin dicapai memerlukan bimbingan dan petunjuk yang bersifat adil secara mutlak. Tamadun Islam memperteguh konsep Islam sebagai agama yang…8 1. dan lain-lain. Al Quran dan Hadith ialah rujukan penting untuk konsep Nubuwah ini.5 berbentuk berita. dokumentari. 11. dan dunia dan akhirat. Al-A’araf ayat 172. Yasin ayat 1-2). sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya.

sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya. mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). An-Nisaa' ayat 104) Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . Tamadun dalam Islam akan mengambil kira kebaikannya kepada seluruh manusia tanpa mengira peringkat umur. Al-Nahl ayat 125) Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik. supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama. 3. dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka. Islam sebagai agama dan ideologi (Al-An'aam ayat 162-164) Islam sebagai sistem yang mengatur moral dan tingkah laku (Al-Israa' ayat 23-37) Islam sebagai pedoman yang mengarahkan perasaan (Al-Hadiid ayat 22-23. pengarahan Islam dalam Al-Quran tentang pelbagai aspek tamadun dan kehidupan Muslim. 12. dapat disebutkan sebagai berikut: 1.T. Secara lengkap. agama negara dan ibadah (Al-Muzzammil ayat 20). agama berperaturan (At-Taubah ayat 38-39. maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu. dan tempat tinggal. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. maka seorang muslim haruslah menjadi seorang aktivis yang senantiasa optimis akan ganjaran Allah S. 2. Al-Hujuraat ayat 10). agama kekuatan dan tanggungjawab (Al-Qasas ayat 26). (Al-Hujuraat ayat 10) 10. 8. 11. (At-Taubah ayat 122) 7. dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Al-Nahl ayat 125) Menyeluruh Tamadun Islam juga bersifat menyeluruh merangkumi semua aspek kepentingan manusia dengan menitikberatkan hubungan manusia dengan Allah S. jantina. agama kemuliaan dan kasih-sayang (At-Taubah ayat 128. hubungan sesama manusia. oleh itu. dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. 9. A-li 'Imraan ayat 79). agama aktif dan pahala. dan hubungan manusia dengan alam.W. dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.6 Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). agama mempertahankan diri/maruah dan jihad (At-Taubah ayat 111. atas setiap pekerjaannya.W. bangsa. hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka.T.

(An-Nisaa' ayat 59) 7. Islam sebagai pedoman dalam sistem sosial kemasyarakatan (Al-Hujuraat ayat 11-13.Baqarah ayat 3. maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya . Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui. Bacalah. (At-Taubah ayat 60) 8. dan lebih elok pula kesudahannya. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. 103) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib. Al-Hasy-r ayat 7. 60-61) Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia.jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. 'Imraan ayat 164) A-li Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). 6. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu). dan orangorang miskin. kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu.7 Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu. (An-Nisaa' ayat 104) 4. (Al. dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Islam sebagai pedoman dalam sistem pendidikan (Al-'Alaq ayat 1-5. dan orang-orang yang berhutang. dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya. Dan Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . Islam sebagai pedoman yang mengatur perekonomian (Al. lagi Maha Bijaksana. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui. sedang Allah mengetahuinya. (Al-'Alaq ayat 1-5) 5. dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya. taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. lagi Maha Bijaksana. Islam sebagai pedoman dalam sistem ketenteraan (Al-Anfaal ayat 39. dan amil-amil yang mengurusnya. At-Taubah ayat 60. untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya.Baqarah ayat 3) Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir. An-Nuur ayat 11-17) Islam sebagai pedoman dalam sistem politik dan kenegaraan (An-Nisaa' ayat 59) Wahai orang-orang yang beriman. dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.

terutama setelah serangan terhadap World Trade Center pada 11 September 2001.cia. (Al-Anfaal ayat 60-61) 9. Sejak 20 tahun dahulu. patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan .4 peratus yang lahir di AS.6 peratus berbanding 22. dibanding dengan data yang dikumpulkan pada tahun 1994. CIA The World Factbook 2008 online (https://www. angka ini telah mencapai 1. Islam sebagai pedoman dalam sistem hukum dan perundangan (Al-Maaidah ayat 50) Sesudah itu. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar. Ketertarikan secara alamiah dan rasa ingin tahu telah mendorong peningkatan jumlah warga dunia yang berpaling kepada Islam.tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. tapi juga jumlah mualaf yang baru memeluk Islam yang terus meningkat. kebanyakan kaum Muslim AS ialah imigran: 77. Masyarakat muslim AS datang dari lima benua.5 bilion: iaitu setiap seorang daripada empat. Menurut sebuah kajian baru-baru ini. dan menjadikan Islam agama kedua terbesar di negara itu setelah agama Kristian10. jumlah penduduk Muslim AS diperkirakan akan melebihi jumlah penganut Yahudi. Le Monde pada bulan Oktober 200112. Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian. lagi Maha Mengetahui. Angka statistik tahun 1973 menunjukkan bahawa jumlah penduduk Muslim dunia sekitar 500 juta. dan berpuasa. Menurut Jabatan Luar Negeri AS.cmm. suatu fenomena yang menonjol. Fenomena kontemporari memperlihatkan betapa Islam kini hampir menjadi agama terbesar di dunia. Menurut akhbar popular Perancis.9 Islam juga agama yang paling pantas berkembang di Amerika Syarikat (AS). Peningkatan pemeluk Islam juga terjadi di benua Eropah.php?id=A2156_0_3_0_M 12 5 Oktober 2001 di dalam artikel berjudul “Islam 101” 9 Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam .gov/library/publications/the-worldfactbook/) 10 Akhbar “The Independent” 13 Mac 1998 di dalam artikel bertajuk Rising Number of Muslims Threatens to Displace Jewish Lobby 11 http://www. semakin banyak Muslim terus melaksanakan solat. Ciri ini menjadikan tamadun Islam bersifat sejagat dan terbuka serta sesuai dengan naluri semula jadi seluruh golongan manusia. maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. pada tahun 2010.or. Meskipun di AS tidak ada bancian penduduk berdasarkan agama. (Al-Maaidah ayat 50) Umum Tamadun Islam bersifat umum dan tidak terhad kepada sesetengah golongan manusia di sesetengah tempat dan dalam keadaan atau waktu tertentu sahaja.id/cmm-ind_more. para penganalisis menganggarkan bahawa Muslim di AS berjumlah sekitar tujuh juta orang. sekarang. jumlah Muslim di dunia telah meningkat secara perlahan. pergi ke masjid. dan kamu tidak akan dianiaya.11 Peningkatan yang terus-menerus ini bukan hanya disebabkan oleh jumlah penduduk yang terus bertambah di negara-negara Muslim.8 apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu.

Kini banyak pakar sejarah dan sosiologi menegaskan bahawa Islam adalah faktor utama transformasi Eropah dari gelapnya Abad Pertengahan menuju kegemilangan Era Renaisans. Tetap dan Anjal Islam ialah agama yang mempunyai ciri tetap iaitu tidak berubah walaupun berlaku peredaran dan perubahan tempat. Eropah dan dunia Islam telah saling berhubung selama berabad-abad.html#63a Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . kaum Muslim memiliki perbendaharaan ilmu pengetahuan yang sangat luas dan kemampuan hebat dalam membangun tamadunnya sendiri. masa. dan kemudian semasa Perang Salib (10951291). para pengkaji Barat memperkirakan dalam tempoh 50 tahun akan datang13. astronomi. dan keadaan. khususnya dari segi tujuan dan matlamat pembinaan. negara Andalusia (756-1492) di Semenanjung Iberia. 13 http://www. dan dalam banyak bidang lain. Ketika Eropah terbelakang dalam bidang kedoktoran. Pertama.com/europe_and_islam_01. matematik.9 Majalah Turki Aktüel pula menyatakan. serta penguasaan wilayah Balkan oleh Empayar Uthmaniyyah (1389).riseofislam. Eropah akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam. tatpi pada masa yang sama bersifat anjal/fleksibel dari segi pelaksanaannya.

T.W. bangsa. tetapi aspek spiritual dan fizikal hendaklah berjalan seiring. Terbuka Tamadun Islam sentiasa terbuka untuk menerima semua tamadun dan budaya asing asalkan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam. Menyepadukan unsur kerohanian dengan material. Hal ini membuktikan betapa tamadun Islam tidak jumud dan sentiasa berkembang langsung memperkaya khazanah ummah. Keterbukaan ini berdasarkan syarat-syarat tertentu: 1. malahan boleh dikongsi bersama tanpa wujud batasan geografi.T. Islam tidak melarang ketamadunan. Mendorong ke arah amar makruf nahi mungkar. 3. Menjamin kestabilan dan kesejahteraan dalam melakukan ibadat kepada Allah S. 2.W. Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . Elemen yang dipinjam itu tidak mewujudkan keadaan yang boleh mencemarkan akidah dan keimanan kepada Allah S. bermakna kemajuan Islam tidak terhad kepada sesuatu bangsa atau tempat-tempat yang tertentu sahaja. 4. agama. dan warna kulit asalkan keamanan tetap terpelihara.10 SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM Sejagat Tamadun Islam bersifat sejagat.

Prinsip ketuhanan yang meragukan: Persepsi Barat yang menjadi dasar pembinaan tamadun mereka tidak mempunyai satu dasar atau asas yang kukuh tentang Tuhan dan sifat kesempurnaannya. Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan ajaran agama dan budaya mereka selagi 14 “The characteristics of the Islamic civilization and its future prospects” Kertas kerja Dr. Konflik: Ketamadunan Barat sentiasa berkecamuk.A.W. ISESCO (Maghribi) 2002 Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . Yussuf Al-Qaradawi14: 1. ihsan. Prinsip inilah yang jauh membezakan tamadun Islam dengan prinsip ketamadunan Barat.W. Toleransi Toleransi bermaksud tamadun Islam bersifat tolak ansur dan sentiasa menghormati orang lain dalam batasan syarak. Memisahkan agama dalam kehidupan seharian. Kemajuan yang dicapai manusia adalah hak milik mutlak Allah S. sebaliknya berpandukan Al Quran dan Hadith.11 Tetap dan Anjal Nilai-nilai Islam bersifat tetap. dan dengan Yang Pencipta. 5. ilmu. Rasa ketuanan atau superiority: Inilah semangat yang paling mencengkam dalam minda Barat.W. 3. Segala bentuk ketamadunan dalam Islam semestinya diletakkan di bawah satu akidah yang satu: mengaku bahawa Allah S. Tamadun Islam tidak dipengaruhi hawa nafsu dan rasional akal semata-mata. seperti yang dijelaskan secara menyeluruh oleh Dr. Islamic Educational. kerana tamadun Islam tidak dibatasi ruang sempadan dan waktu lantaran datangnya dari Yang Maha Mengetahui Allah S. dan kesejahteraan. kerana tidak percaya pada kasih sayang. walau apa cara sekalipun masa dan keadaan berubah. sehingga ke hari kiamat.T. dipinjam kepada manusia dalam bentuk amanah dan segalagalanya akan kembali kepada Allah S. Scientific and Cultural Organization. yakni tidak menerima sebarang perubahan baik dalam bentuk pengurangan atau penambahan. Kecenderungan sekular. sesama manusia. Mereka tidak mengiktiraf tamadun lain. langsung membelakangkan kepentingan unsur metafizik dan spiritual.T. 4. Abdulaziz Othman Altwaijri. 2. Konflik berlaku dalam diri sendiri.T.W. dan dipraktikkan dalam mencari jawapan kepada semua persoalan manusia termasuklah dalam soal kejadian alam. Fahaman materialisme yang berlebihan. Sepanjang Zaman Tamadun Islam berkesinambungan semenjak turunya wahyu pertama (surah Al-Alaq) kepada Nabi Muhammad S. Kesatuan Dalam Kepelbagaian Akidah ialah unsur yang mengakari tamadun Islam. Mereka berasakan ketamadunan mereka ialah ketamadunan seluruh manusia. dan tabiat manusia.W.T sebagai Tuhan yang wajib ditaati dan disembah. Ketamadunan Islam mencerminkan ketakwaan manusia terhadap Yang Maha Esa.

W. Islam menitikberatkan nilai keseimbangan antara rohani dan jasmani. dunia dan akhirat. Seimbang Rohani dan Jasmani Sebagai sebuah tamadun yang terunggul. Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam .T. dan fizikal dan mental. Keseimbangan semua unsur ini penting untuk mendapatkan keredhaan Allah S.12 dengan tujuan menjaga hubungan baik dan kestabilan dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

W. dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak) (an-Nisaa' ayat 174) Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . Al Quran merupakan kalamullah (perkataan Allah S. al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya.T) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (S. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada dalam kegelapan serta kekufuran. Sumber Primer Al Quran Al Quran merupakan sumber utama tertegaknya tamadun Islam.13 SUMBER TAMADUN ISLAM Sumber tamadun Islam boleh dibahagikan kepada dua bahagian besar: sumber primer dan sumber sekunder.W. (‘ali Imran ayat 138) Sifat-Sifat Al Quran an-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al Quran ialah kitab pedoman yang lengkap: mencakupi segala permasalahan hidup manusia termasuklah yang berkait rapat dengan aspek pembangunan dan ketamadunan.A. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. Firman Allah: • Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu.) melalui malaikat Jibril untuk disebarkan kepada sekelian manusia dengan membawa mesej pimpinan dan bimbingan umat manusia supaya melakukan kebaikan dan meninggalkan perbuatan keji dan mungkar. Selain itu.

Al Quran merupakan panduan dan pelembagaan serta sumber ketamadunan yang paling lengkap untuk seluruh manusia. dan penganiayaan. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. isi kandungannya tidak dapat diragui. Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad). dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). mempelajari. dan ekonomi. gaya bahasanya yang tinggi sehingga boleh menggetarkan dan menimbulkan perasaan khusyuk dan keinsafan. (al-Maaidah ayat 15) • al-Huda bermaksud petunjuk. serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. Al Quran ialah mukjizat terbesar untuk Rasulullah S.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukumhukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci.14 • al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. baik terhadap diri sendiri. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. kekejaman.T. maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah. (Yunus ayat 57) • Al Quran tidak melarang ketamadunan asalkan tidak menyalahi segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah S. dan mengamalkan isi kandungannya.T. dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu.W. Manusia bebas bertamadun asalkan tiada unsur keganasan.a. Firman Allah: Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad. dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan. sosial. ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. s. yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kitab di dunia lantaran bersumberkan Kuasa yang sangat tinggi: Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. dan agama keseluruhannya. Al Quran mengandungi 6666 ayat yang mencakupi semua persoalan politik. Al Quran mengandungi 114 surah: dimulai dengan alFatihah dan disudahi dengan al-Nas. Firman Allah: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu. Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah. (Al Hijr ayat 9) Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca. masyarakat.W. Tempoh penurunan Al Quran ialah selama 23 tahun: 13 tahun di Makkah dan baki 10 tahun di Madinah. kekufuran. jika betul kamu orang-orang yang benar. (Al Baqarah ayat 23) Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

maksudnya mestilah ada antara perawi sanad suatu ikatan ilmu seperti bertemu dengan orang yang mendapat hadith daripada orang yang terdahulu dan orang yang mengambil hadith daripada penyampai hadith. Menerangkan ayat Al Quran yang kurang jelas. Sedangkan yang diberikan kepadaku hanyalah wahyu yang diturunkan oleh Allah. dan sebagainya yang hanya disebutkan secara umum oleh al Quran. Rasulullah s.A. dan haji.t) (1997) Kelantan : Pustaka Asa Kenali. Mengkhususkan ayat-ayat umum seperti memperjelas cara perlaksanaan sembahyang. al Hadith mempunyai peranan tersendiri iaitu:15 • • • • Menegaskan hukum yang ada di dalam Al Quran seperti dalam perkara pensyariatan sembahyang. Tidak terjadi antara kedua-dua perawi hadis itu. Sunan al-Tirmidhi (al-Tirmidhi). (632M). Sunan al-Sughra (al-Nasa'i). dan Sunan Ibn Maja (Ibn Maja). kaedah jual beli. Oleh itu aku berharap.W. 16 “Kedudukan Hadith Dalam Islam” Engku Ibrahim & Abdul Ghani Shamsuddin (1987). Enam koleksi hadith dalam kalangan Sunni ialah Sahih Bukhari (Imam Bukhari. dan perkataan yang disandar kepada Rasulullah S. kira-kira 9200 hadith).a. Tentunya haiwan yang menjadi mangsa itu terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri.A.a. Syarat-Syarat Sah Hadith16 • Sanad bersambung. puasa. hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan. yang mengandungi 7275 hadith). “Memahami Nilai Hadith dan Sunnah Nabi saw” Abdullah al Qari Haji Salleh (t. perbuatan. Kuala Lumpur : Persatuan Ulama Malaysia. tandatanda yang ditunjukkan itu boleh menarik perhatian umat masing-masing supaya beriman dengan mereka. 15 Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . menunaikan zakat dan haji.W. akulah yang paling ramai pengikut berbanding dengan mereka pada Hari Kiamat (hadith Abu Hurairah r.15 Al Hadith Al Hadith (dari segi bahasa bermaksud berita atau khabar) atau al Sunnah secara istilah bermaksud segala pengakuan. Mengeluarkan hukum yang tidak disebut secara khusus di dalam Al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing buruan.w bersabda: Setiap Nabi diberi tanda sebagai bukti kenabian mereka. Sebagai sumber kedua dalam perundangan Islam.) Koleksi Hadith yang wujud sekarang siap sepenuhnya 230 tahun selepas kewafatan Nabi S. Maka dalam hal ini. Sahih Muslim (Muslim Ibn al-Hajjaj. Sesetengah sarjana mempertikaikan sesetengah hadith tetapi kedudukan hadith sebagai sumber rujukan kedua umat Islam tidak pernah dinafikan. Di dalam Al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. jarak masa atau tempat yang tidak mengizinkan untuk bertemu atau mustahil untuk bertemu. Sunan Abi Da'ud (Abu Da'ud).

Tidak boleh diterima hadith yang diriwayatkan oleh orang gila. mereka yakin tentang apa yang dihafal mereka. dia akan bersikap dengan sikap yang layak bagi ulama dan tidak bersikap seperti seorang penjual. terpelihara daripada kesalahan atau kesamaran dan mampu menyebut apa yang dihafal. dan membuat pengiktirafan terhadapnya serta menjaga kitabnya daripada sampai ke tangan orang yang ingin mempermainkan atau membuat pemesongan.A. seseorang perawi menghafal apa yang didengarinya dan beliau dapat menyampaikannya semula. Sampai umur Berakal Tidak fasik Menjaga Maruah • Penjagaan riwayat. Fasik ialah melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Para pengkaji hadith mengambil berat dalam aspek akhlak seseorang perawi hadith yang akan menjamin kebenaran dan amanahnya serta terselamat daripada perkara-perkara yang boleh mencacatkan kedudukan sesuatu riwayat. Seseorang perawi itu hendaklah bersikap dengan sikap yang selayaknya mengikut kedudukannya. Tidak boleh diterima hadith yang diriwayatkan oleh seorang kanak-kanak.W. Sekiranya beliau seorang ulama.16 • Adil. Penjagaan di dalam dada Penjagaan berbentuk penulisan (buku) Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . merupakan satu sifat yang dimiliki di dalam jiwa yang dapat membawa pemiliknya menjadi seorang yang bertakwa. Perawi yang adil ialah orang yang mencukupi syarat-syarat berikut: Islam Tidak boleh diterima hadith yang diriwayatkan oleh seorang yang bukan Islam sekalipun dia adalah ahli kitab. bermaruah. seseorang perawi menjaga apa yang ditulis setelah membuat pembetulan. Semua ini disyaratkan kepada setiap perawi hadith dari awal sanad hingga akhir. lebih-lebih lagi apabila perkara yang diriwayatkan berkaitan dengan urusan agama dan sunnah Nabi S. membaiki tulisan. iaitu semenjak beliau mula menulis sehinggalah beliau menyampaikan yang ditulis. dan bidaah. menjauhkan diri dari perkara keji.

2nd Edition (1991). ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri17. ataupun terdapat juga isnad perawi yang meriwayatkan hadith daripada orang yang sezaman dengan lafaz dengan kesamaran sama ada dia mendengarnya ataupun dia tidak mendengar daripadanya. • Sumber Sekunder Al Ijtihad Ijtihad bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh dalam kalangan ulama (digelar mujtahid) untuk menghasilkan satu penetapan hukum syarak berlandaskan Al Quran dan al Hadith. Hanya para sarjana yang cukup syarat ijtihad sahaja yang layak melakukan pengujian pada hukum ini. berlakunya kesamaran yang boleh mencacatkan kesahihan hadith. yang wujud di dalam alQuran atau al-Sunnah. Konsep ini dipanggil ijtihad kolektif. Ijtihad biasanya berlaku dengan mengambil fenomena dan iktibar dalam sumber hukum seperti Al Quran dan Sunnah untuk direalisasikan dalam realiti semasa yang memerlukan hukum untuk diamalkan. para sarjana fiqh perlu mendapatkan pandangan-pandangan pakar dalam bidang bioteknologi dan sebaliknya.17 • Selamat daripada keganjilan. Hadith pada zahirnya terkumpul mengikut syarat-syarat sahih dan selainnya terdapat sebab kecacatan kecil atau tersembunyi yang tidak diketahui. Contoh mudah ialah penentuan hukum dalam eutanasia atau mercy killing. Oleh itu sebarang bentuk gabungan atau persepakatan tidak mungkin berlaku di antara dua riwayat yang berbeza. London. 17 Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . Oleh itu hadith tersebut dikira sebagai hadith maukuf dan diriwayatkan secara marfuk atau sebaliknya. maka ijtihad tidak diperlukan. tetapi amat pakar dalam aspek-aspek yang lain. kerana akan menghalang kesahihan hadith. mungkin para sarjana fiqh dan sarjana perubatan boleh bergabung fikiran untuk melakukan ijtihad secara kolektif. kerana syaz (kecacatan atau keganjilan) wujud apabila terdapat perselisihan antara perawi yang dipercayai (thiqah) dan perawi yang lebih diyakini daripadanya iaitu terdapat tambahan atau kekurangan pada riwayat yang dibawa oleh perawi yang lebih diyakini tidak terdapat sebarang tambahan atau kekurangan. Cyril. Ketika ini. kecuali para ulama besar melarang daripada menghukumkannya dengan sahih. maka dia boleh mendapatkan kepakaran-kepakaran daripada para sarjana lain. Selamat daripada illat. dan dalil itu pula disahkan berautoriti. Begitu juga dalam kes-kes seperti GM Food atau "makanan diubah secara genetik". Fiqh yang terbina dalam konteks umat dahulu tersusun di atas asas penyelidikan yang terhad dalam ruang lingkup teknologi dan situasi semasa mereka. lalu disyaratkan terhadap kesahihan sesebuah hadis iaitu tidak terdapat padanya suatu kecacatan. Kajian mendapati terlalu banyak kes kes hukum fiqh terutama dalam bab-bab kepenggunaan yang wujud di dalam fiqh terdahulu memerlukan perubahan dalam konteks semasa. Proses ijtihad hanya berlaku pada hukum-hukum yang tidak jelas. “The Concise Encyclopaedia of Islam” Glassé. Sekiranya sesuatu dalil jelas maknanya tanpa boleh ditakwilkan lagi. Jika sarjana itu kurang layak dalam satu-satu aspek. tiada perbezaan perawi terhadap siapakah perawi yang lebih diyakini atau lebih dipercayai. sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum. yang berasaskan kepada pakar (tajazzu' alijtihad). Stacey International.

CB2 3JU. minum arak telah ditentukan nas dan haram hukumnya. Pengharaman arak jelas dalam firman Allah S. mudah difahami dan diterima majoriti manusia.T di dalam surah al Maidah ayat 90: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak. dan judi. adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Hukum yang akan dilaksanakan (berdasarkan kes asal) pula hendaklah praktikal. (al Maidah ayat 90) Contoh lain termasuklah pengharaman dadah.18 “Principles of Islamic Jurisprudence” Mohammad Hashim Kamali (1991). boleh disamakan dengan arak.W. dan pemujaan berhala. dan mempunyai bukti yang sahih. Illat pengharaman arak adalah memabukkan. dan realistik untuk semua keadaan. Contohnya. 18 Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . Nas (kes asal) Minum arak Kes baru dadah illat memabukkan Hukum haram Illat yang hendak diguna pakai dalam penentuan Qiyas hendaklah berkenaan atau berpatutan (mengikut pandangan mujtahid). telah dan masih dilaksanakan. dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah. 5 Green Street. UK. maka setiap minuman lain yang didapati di dalamnya illat yang sama.18 Al Qiyas Al Qiyas bererti menyamakan peristiwa (analogi) yang tiada/belum dihukumkan dengan peristiwa lain yang ada nas yang sahih hukumnya kerana persamaan illat (suatu sifat yang wujud dalam suatu perbuatan yang menjadi sebab utama terbitnya hukum tertentu untuk perbuatan itu). Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. sentiasa membawa kesan tersebut. bukan keadaan tertentu sahaja. dan hukumnya haram. Cambridge. The Islamic Texts Society.

19 KESIMPULAN Tamadun Islam mempunyai keunikan dan sifat yang tersendiri yang membezakannya dengan segala bentuk ketamadunan yang wujud di atas muka bumi ini. dan hubungan dengan alam secara keseluruhannya. hubungan sesama manusia.T sebagai Pencipta.W. Hal ini selaras dengan matlamat dan dasar pembinaan tamadun Islam yang berteraskan pemeliharaan tiga hubungan: hubungan dengan Allah S. Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam .

Kuala Lumpur.com/Bayan/mal/ Senarai buku rujukan penting: Siti Rafidah bt. Ibn Khaldun. Abdul Ghani. Academy of Islamic Research and Publications. Shafiff (2008). 15th ed. PTS. Wakaf. Pengajian Tamadun Islam: Sejarah.20 SENARAI RUJUKAN Petikan Al Quran diambil daripada CD-ROM Al Quran dan Terjemahannya keluaran Global Islamic Software Co.al-islam. dan Nasihat Kerajaan Arab Saudi di http://hadith. Mukadimah Terjemahan DBP (1995). Encyclopaedia Britannica Inc. Keunikan dan Keistimewaan Tamadun Islam . Sanusi b. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dollah Hamdani @ Hj. Kuala Lumpur. Selangor. Liki Hamid (ed. Religion and Civilization (1980). Fajar Bakti. Petikan Hadith dari laman web Kementerian Hal Ehwal Islam. India. Lucknow. New York. 4 (2008). UNiSEL. Encyclopaedia Britannica.). Mohd. Pengajian Islam. Shah Alam. Ayadurai Letchumanan (ed). Dewan Bahasa dan Pustaka. Tamadun Dunia: Siri Sejarah Fajar Bakti (1999). Abul Hassan Ali Nadwi. Dakwah. Buku rujukan lain serta rujukan bentuk lain seperti laman web dan kertas kerja ditulis pada nota kaki. Haron Din. Sivachandralingam Sundara Raja. Vol. Manusia dan Islam Jilid 3 (1999). Pencapaian dan Masa Depannya (2002).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->