You are on page 1of 2

Latar belakang Dato Onn Jaafar Dato Onn Jaafar dilahirkan pada 12 Februari 1895 dan meninggalkan bumi

Malaysia pada 19 Januari 1962. Beliau ialah pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian, meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO. Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru. Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun dan pada tahun 1934, beliau menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman

Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Sumbangan Dato Onn Jaafar Sumbangan Dato Onn dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara pada hakikatnya tidak boleh dinafikan. Meskipun ada suara-suara yang melabelkan beliau sebagai pemecahbelah perpaduan UMNO dan pembunuh semangat kemerdekaan yang amat gairah diperjuangkan oleh orang-orang Melayu, beliau tetap merupakan seorang tokoh Melayu terulung yang mempunyai wawasan yang begitu jauh. Kemerderkaan hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap sebagai buah tangan darinya, tetapi sebenarnya adalah merupakan hasil asas yang dibinanya. Asas dan rangka kemerdekaan yang dilakar oleh DatoOnn tetap menjadi ikon perintis jalan kepada bangsa Melayu walau pun beliau tidak dianggap sebagai pemimpin Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan. Kemerdekaan hari ini adalah hasil buah tangan Tunku Abd Rahman. Tetapi ironinya apabila sejarah mencatatkan bahawa Tunku juga keluar dari UMNO di penghujung usianya seolaholah menjejaki langkah Dato Onn kerana berlaku masalah dalaman UMNO. UMNO berjaya mengekalkan maruah dan martabat politik Melayu. Kuasa politik Melayu adalah lambang kejayaan dan kedaulatan Melayu pada hari ini. Meskipun tokoh ulung kepimpinannya datang dan pergi dengan pelbagai haluan, UMNO berjaya meneruskan perjuangan.

Apa yang telah menjadi sejarah adalah kenyataan dan realiti yang telah dilalui dan diharungi oleh orang Melayu. Sehubungan itu, sejarah politik Melayu semakin kental dan matang jika dibanding dengan politik kaum lain di negara ini yang tidak banyak berhadapan dengan dugaan dan tekanan sosial. Disebalik kematangan dan pengalaman yang luas, politik Melayu melalui UMNO juga dikhuatiri menjadi begitu complicated yang memperlihatkan kerapuhan kerana teras perjuangan yang diilhamkan oleh pemimpin unggul berterusan berganti-ganti. Terlalu banyak pertukaran dasar dan teras yang berdasarkan percubaan. Walau pun pembaharuan dasar-dasar memperlihatkan kekuatan dan kehebatan, kekerapan pertukaran dasar juga membayangkan kelemahan tunggak falsafah dan hala tuju politik Melayu itu sendiri.

Catatan sejarah adalah sumber yang tidak bias kepada mana-mana pihak. Persepsi dan pandangan adalah mengikut tahap pemikiran dan keadaan semasa. Sehubungan itu adalah baik sekali jika rakyat diperkenalkan kepada Dato Onn mengikut ringkasan biografi beliau supaya rakyat mendapat input dan menilai sendiri ketokohan Dato Onn.

You might also like