You are on page 1of 15

1.

ISU/MASALAH UNTUK DISELESAIKAN/DIBANTU Tajuk Sinopsis : PATAH HATI :

Cikgu Amy, masa cikgu di kelas kami. Cikgu Amy tersentak daripada lamunannya. Dia bangun dengan perlahan sambilo menjawab Ok, awak masuk kelas dulu, saya menyusul sebentar lagi. Dia melihat ke atas mejanya sambil tercari-cari di manakah dia meletak buku teks subjek Matematik untuk tahun 6. Puas mencari, masih tidak jumpa buku tersebut, dia berfikir dalam hatinya, buat ulangkaji soalan peperiksaan UPSR cukuplah. Lagipun murid-murid kelas tersebut masih kurang cekap menjawab soalan peperiksaan mengikut format. Selesai mengajar, cikgu Amy keluar dari kelas dengan perasaan lega yang amat sangat. Walaupun mengajar dua masa sahaja, cikgu Amy merasakan masa tersebut amat lama dan membosankan. Dia kembali ke bilik guru lalu membuka komputer ribanya untuk melayari internet. Cikgu Amy gemar mengikuti perkembangan kawan-kawan

seuniversitinya di facebook. Ramai antara kawan-kawannya bekerja di bandarbandar besar seperti Kuala Lumpur dan Singapura. Malah ada beberapa orang bekerja di luar negara. Mereka sering berkongsi cerita tentang pekerjaan mereka dan tempat-tempat menarik yang dilawati ketika membuat lawatan bekerja. Hati cikgu Amy rasa terhibur apabila membaca cerita-cerita sebegini. Namun, jauh di sudut hati, dia rasa terkilan yang amat sangat kerana tidak dapat menikmati kegembiraan dan kepuasan seperti yang dialami oleh kawan-kawannya. Cikgu Amy bertugas di sebuah sekolah di sebuah pekan kecil nun jauh di utara tanah air. Di pekan tersebut hanya ada beberapa deret kedai sahaja. Usah mimpilah nak pergi ke kompleks beli belah. Tesco atau Giant pun tak Nampak
1

tanda-tanda akan didirikan untuk masa yang lama lagi. Pada hujung minggu, cikgu Amy akan ke bandar terdekat untuk membeli barang keperluan sambil mencuci mata melihat fesyen terkini. Dia tidak kisah menghabiskan masa memandu kereta selama dua jam kerana padanya itulah cara untuk menghilangkan rasa tertekan pada hari bekerja. Cikgu Amy teringat semasa kecil ketika guru bertanya apakah citacitanya, dia menjawab akauntan. Tidak pernah terlintas sekelumit pun di hatinya untuk menjadi guru seperti sekarang. Namun takdir menentukan segala-galanya. Ibu bapa cikgu Amy telah memaksanya menjadi guru. Sebelum ini cikgu Amy pernah bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta di ibu kota. Ada ketika tugasnya memerlukannya keluar daerah dan pernah satu ketika dia mengalami kemalangan sehingga terlantar di hospital selama beberapa minggu. Ibu bapa cikgu Amy risau dan memaksanya memohon masuk ke kursus perguruan. Ibu bapa Amy mendengar bahawa rakan-rakan mereka bahawa tugas seorang guru senang dan yang paling penting dapat pulang ke rumah pada waktu tengahari. Setelah berkahwin, dapat menjaga anak-anak dan rumah tangga dengan mudah. Tambahan pula, cikgu Amy telah mempunyai teman lelaki ketika itu. Peredaran masa mengubah segala-galanya. Cikgu Amy berjaya

menamatkan kursus perguruan walaupun dengan tangisan hatinya. Setelah mendapat penempatan di sekolah sekarang, teman lelakinya pula telah

berkahwin dengan rakan sejawatnya sendiri. Cikgu Amy mendengar khabar daripada seorang rakan lain bahawa teman lelakinya itu memberi alasan bahawa dia dan isterinya itu saling memahami disebabkan bekerja dalam bidang dan tempat yang sama. Cikgu Amy sangat kecewa dan pataha hati namun dia redha dengan semua yang terjadi. Cikgu Amy, guru besar nak jumpa. Tersentak lagi. Mujur si pemanggil tidak Nampak ruangan facebook yang dilayarinya.
2

Cikgu Amy melangkah ke pejabat guru besar dengan berat hati. Dalam hatinya berfikir, apa lagi tugas tambahan yang hendak diberikan kepadanya. Tidak cukupkah dengan segala jawatan yang dipegangnya sekarang. Mentangmentang dia guru baru di situ, segala tugas hendak dibebankan kepadanya. Guru-guru perempuan yang senior sentiasa mencadangkan nama Cikgu Amy untuk memegang jawatan-jawatan seperti Ketua Panitia, Penyelaras Unit Beruniform dan sebagainya. Cikgu Amy mula rasa tertekan. Dia tidak pasti berapa lama lagi dia dapat bertahan dalam situasi begini. 2.0 KENAPA PILIH TEORI TERSEBUT Dalam menyelesaikan kes atau masalah yang diutarakan, Teori Pemusatan Klien dipilih berdasarkan kepada permasalahan yang dihadapi. Ini adalah kerana, teori ini merupakan satu pendekatan untuk membantu individu atau kumpulan berasaskan kepada falsafah bahawa pertumbuhan psikologikal akan berlaku sekiranya individu atau kumpulan itu mendapat layanan yang dirasakan jujur, mesra dan empati. Menaruh sepenuh kepercayaan kepada kaunselor adalah asas bagi kaunseling pemusatan klien. Rogers percaya bahawa setiap manusia mempunyai kecenderungan ingin memenuhi potensi yang ada pada dirinya sendiri (to self-actualise). Dengan itu, setiap manusia akan bertindak dan bergerak maju ke hadapan untuk memenuhi kecenderungan ini. Teori ini lebih bermakna sekiranya konsep-konsep penting seperti kongruen, penerimaan positif tanpa syarat, empati, fenomenologi dan lain-lain, difahami dengan betul.

Oleh yang demikian, kami memilih Teori Pemusatan Klien berbanding Teori Rasional Emotif kerana kami dapati Cikgu Amy masih mampu untuk memperbaiki masalah dengan melakukan beberapa perkara lain seperti keluar ke pekan terdekat untuk mencuci mata melihat fesyen-fesyen terkini. Ini cukup membuktikan yang Cikgu Amy masih tidak berputus asa sepenuhnya terhadap tanggungjawab dalam profesion beliau dan masih mampu melaksanakan tugas yang banyak walaupun berasa sedikit tertekan. Jadi, penggunaan Teori
3

Pemusatan Klien lebih sesuai kerana melalui teori ini Cikgu Amy dapat meluahkan atau menyampaikan segala luahan perasaan beliau kepada kaunselor mengenai masalah yang dihadapi. Di sini, kaunselor berperanan untuk mendengar dengan baik dan menggunakan beberapa teknik yang sesuai agar dapat membantu Cikgu Amy menyelesaikan masalah yang dihadapi.

3.0

TEKNIK TERAPI YANG DIGUNAKAN Proses kaunseling Teori Pemusatan Klien oleh Carl Rogers menggunakan 4 tahap atau teknik yang digunakan untuk membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi. Antaranya ialah penerimaan tanpa syarat, perasaan empati, kongruen serta aktif mendengar dan berfikir. Oleh yang demikian, untuk menyelesaikan masalah Cikgu Amy, kaunselor perlu menggunakan teknik yang dinyatakan dan menggabungkan beberapa kemahiran-kemahiran kaunseling seperti parafrasa, konfron atau mencabar, mentafsir makna serta dorongan minima. Kemahiran mendengar juga penting agar kaunselor dan Cikgu Amy dapat membina satu hubungan yang baik antara seorang klien dengan kaunselor. Di samping itu, sebagai seorang kaunselor kami akan cuba untuk menyelesaikan masalah Cikgu Amy dengan memenuhi segala syarat-syarat proses kaunseling agar proses dapat dijalankan dengan baik dan secara berterusan.

Rogers (1957), menyarankan enam syarat penting untuk berlakunya perubahan personalit apabila sesi kaunseling dijalankan. Syarat-syarat yang perlu dan harus kekal berterusan untuk beberapa ketika dalam kaunseling supaya perubahan personaliti berlaku ialah: dua insan berada di dalam perhubungan psikologi insan pertama yang kita akan gelarkan sebagai klien berada di dalam keadaan tidak kongruen mudah terpengaruh atau bimbang insan kedua yang kita gelarkan sebagai kaunselor adalah kongruen dan sepadu di dalam perhubungan kaunselor menerima klien dengan tidak bersyarat
4

kaunselor itu mengalami kefahaman empatik terhadap rangka rujukan dalaman klien dan berusaha untuk mengkomunikasikannya usaha kaunselor untuk mengkomunikasikan kepada klien akan kefaharnan empatik dan penerimaan yang tidak bersyarat tercapai setidak-tidaknya sedikit.

Melalui syarat-syarat yang dikemukan oleh Rogers, beliau percaya proses kaunseling antara klien dengan kaunselor akan berkesan jika seorang kaunselor dapat menggunakan teori yang dikemukan oleh beliau dengan baik dan menggunakan segala syarat-syarat yang ditetapkan. Oleh yang demikian, untuk membantu Cikgu Amy menyelesaikan masalah yang beliau hadapi, kaunselor haruslah bersabar dan menggunakan segala teknik mengikut turutan yang betul tanpa tergesa-gesa dan terlalu memaksa klien untuk menceritakan masalah yang dihadapi.

4.0

CARA PELAKSANAAN TEKNIK Setelah mengenalpasti tenik-teknik yang terdapat dalam Teori Pemusatan Klien, teknik-teknik tersebut hendaklah dilaksanakan dengan berkesan dan baik. Peringkat pelaksanaan teknik ini merupakan peringkat yang paling penting dalam proses menjalankan sesi kaunseling dan setiap kaunselor perlu mahir untuk melaksanakan setiap teknik yang dikenalpasti. Penerimaan tanpa syarat Apabila kaunselor mendapati dia mengalami satu perasaan kemesraan menerima setiap aspek pengalaman klien sebagai sebahagian kehidupan klien, ini dikatakan bahawa dia sedang mengalami penerimaan positif tanpa syarat. Penerimaan ini menunjukkan tidak ada penilaian positif atau negatif dilakukan. Ianya melibatkan penerimaan semua pengalaman klien sama ada yang berbentuk negatif seperti jahat, sedih, takut, mengalah dan pengalaman ganjil atau pun yang berbentuk positif seperti baik, positif, matang, yakin dan perasaan bersosial. Kesemua perasaan ini, termasuk juga sama ada diri klien itu
5

konsisten atau tidak, diterima sepenuhnya dengan mesra dan bukan secara menguasai atau pun kerana memenuhi keperluan kaunselor. Ini bermakna klien itu diterima sebagai seorang insan yang tersendiri dengan kebenaran untuknya menerima perasaan dan pengalamannya sepenuh hati. Dalam kes patah hati ini sebagai kaunselor kita perlu menerima masalah yang dihadapi oleh cikgu Amy dengan fikiran yang terbuka tanpa prasangka atau penilaian. Perasaan empati Perasaan empati ialah supaya kaunselor mengalami satu kefahaman yang tepat dan empatik akan keadaan klien terhadap pengalamannya. Di sini, kaunselor cuba mengalami dunia klien seperti dunianya sendiri tetapi dengan tidak melupakan perkataan macamlah dan as if. Kaunselor akan cuba mengalami perasaan klien seperti marah, takut atau serba salah, sebagaimana dia yang mempunyainya walaupun dirinya sendiri tidak pernah mengalami marah, takut atau serba salah. Apabila kaunselor begitu jelas dengan klien dan dia pula bebas bergerak di dalam dunianya, kaunselor bolehlah

mengkomunikasikan kefahaman terhadap apa yang sudah jelas ternampak oleh klien, dan juga menyuarakan makna terhadap pengalaman klien yang tidak begitu sedar. Kaunselor perlu bersikap empatik supaya: dia dapat memahami perasaan klien tidak sangsi apa yang dimaksudkan oleh klien kata-kata kaunselor sesuai dengan perasaan dan isi percakapan klien nada suara kaunselor menunjukkan dia begitu berupaya untuk berkongsi akan pengalaman klien.

Dalam kes patah hati kaunselor perlu wujud perasaan empati supaya kaunselor dapat memahami masalah yang dihadapi oleh Cikgu Amy dengan baik. Kaunselor perlu merasakan dirinya seolah-olah berada di tempat Cikgu Amy. Dengan ini, barulah kaunselor dapat merasakan apa yang Cikgu Amy rasa. Kemahiran empati ini merupakan kemahiran yang sangat tinggi kerana bukan mudah untuk seseorang mengalami apa yang di alami oleh orang lain.
6

Kongruen

Kongruen merupakan sikap jujur dalam melaksanakan proses kaunseling. Dalam kes ini memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika kaunselor merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya. Ini menyebabkan berlakunya tidak kongruen. Kongruen ini penting bagi memastikan matlamat kaunseling yang ditetapkan boleh dicapai. Aktif mendengar dan berfikir Mendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling. Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang klien cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian merupakan prasyarat terhadap membantu klien. Pendengar yang aktif akan memberi maklum balas tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri untuk tiga sebab iaitu: ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh kliennya ia akan memastikan ia betul-betul telah mendengar ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiri

Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor sedang mendengar dan menggalakkan klien untuk bercakap lebih bebas. Teknik-teknik yang telah dinyatakan juga perlu diselitkan dengan kemahiran-kemahiran spesifik dalam proses membuat kaunseling. Antara kemahiran yang sesuai bagi proses kaunseling yang mengunapakai teori pemusatan klien adalah:

Parafrasa Selain daripada mengikuti jalan cerita klien, kaunselor juga perlu memberi tahu klien yang dia memahami cerita klien. Satu cara ialah dengan memparafrasa apa yang diceritakan oleh klien dengan ringkas. Apabila klien mendengar ringkasan yang direspon kembali oleh kaunselor, beliau akan menyedari bahawa kaunselor betul-betul faham apa yang diceritakanoleh beliau. Parafrasa juga membantu kaunselor mempastikan apa yang diceritakan oleh klien itulah yang difahaminya. Parafrasa bukan mengulang kembali semua apa yang diceritakan tetapi ringkasan inti yang tepat. Konfron atau mencabar Walaupun Rogers sendiri tidak banyak mencabar kliennya dalam sesi-sesi kaunseling, tetapi adakalanya kaunselor pemusatan klien terpaksa mencabar klien untuk mendapat sesuatu maklumat atau menggerakkan perkembangan klien. Cabaran yang dilakukan hendaklah dalam bentuk pelawaan dan ajakan supaya klien melihat dirinya dengan lebih dalam atau tidak berselindung dengan perkara yang selamat sahaja. Konfron dilakukan setelah perhubungan antara klien kaunselor sudah mencapai peringkat yang tinggi. Jika cabaran dibuat terlalu awal, kemungkinan besar klien akan rasa tergugat atau tercabar. Sama ada klien menjadi marah atau berundur masuk ke dalam diri. Jika terdapat idea atau pun perasaan yang bertentangan, konfron boleh dilakukan untuk mengesahkan kebenaran yang mana satu.

Kemahiran konfron memerlukan kepakaran yang tinggi. Jika betul penggunaannya, ia dapat mendalami dengan cepat, sebaliknya jika salah penggunaannya dia akan membuat klien enggan bercakap, atau pun tidak berminat meneruskan sesi kaunseling.

Refleksi atau mentafsir makna Refleksi makna melibatkan keupayaan kaunselor untuk menyelam ke alam dunia klien dan memahami apa yang dialami dan dirasai klien. Kemahiran ini memerlukan kejituan kaunselor memahami keseluruhan cerita dan dapat mentafsirkan apa yang mungkin tidak diceritakan oleh klien. Refleksi makna tidak semestinya dibuat oleh kaunselor tetapi juga dibuat oleh klien dengan galakan kaunselor supaya klien mencari makna akan perbuatan atau perasaannya. Memandangkan tafsiran makna memasuki alam yang kurang nampak, ia perlu dilakukan dengan teliti. Adakalanya klien belum bersedia untuk makna kehidupaannya ditafsirkankaunselor. Oleh itu, kaunselor perlu berwaspada kerana jika tidak, klien akan menafikan tafsiran walaupun ia benar. Dorongan minima Klien ingin mengetahui sama ada dia difahami atau tidak apabila dia menceritakan masalahnya, pandangan atau pendapatnya. Dia mahu dirinya dan dunianya difahami oleh kaunselor. Dorongan adalah seperti anggukan, hemhem,teruskan, ya ya,saya faham atau perkataan lain yang ringkas dan tepat. Semua respon yang ringkas ini memberitahu klien bahawa kaunselor sedang mengikuti cerita yang disampaikan oleh klien dan ada bersama-sama dengan klien. Respon ini perlu diberikan bersesuaian dengan rentak cerita klien.

5.0

HARAPAN Diharapkan melalui teknik dalam Teori Pemusatan Klien yang telah dijalankan terhadap Cikgu Amy (klien), beliau bukan sahaja dapat

menyelesaikan masalah yang dihadapi tetapi yang penting ialah beliau mampu mencapai perasaan bersepadu dan bebas. Klien juga dapat menerima dirinya samada baik atau buruk dan sanggup menerima perubahan dan perkembangan serta boleh mengawal dan mengarah hidunya. Selain itu, klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri Melalui Inner Directedness, klien akan memperolehi kepuasan kerana ia dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri. Harapan yang terakhir ialah klien berada dalam keadaan untuk terus berkembang. Apabila wujud di dalam diri klien kesediaan untuk terus hidup, untuk terus mengalami peristiwa-peristiwa baru, untuk terus menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah baru, maka individu telah mencapai suatu tahap positif di dalam proses hidupnya. Melalui proses yang dijalankan, diharapkan Cikgu Amy akan dapat memilih jalan penyelesaian yang terbaik bagi dirinya melalui bantuan kaunselor. Pelbagai jalan penyelesaian boleh digunakan seperti memohon pertukaran sekolah agar beliau dapat berhijrah ke tempat baharu dan mengalami suasana yang baru. Selain itu, masalah mengenai teman hidupnya masih boleh diselesaikan kerana masih terdapat banyak pilihan yang boleh dicari. Kaunselor perlu meyakinkan klien agar sentiasa terus berjuang dan tidak mudah patah hati atau hilang semangat kerana perjuangan hidup perlu diteruskan. Diharapkan Cikgu Amy dapat mengubah nasib beliau dan dapat menerima segala masalah dengan hati yang tenang. Beliau juga harus kuat menangani segala masalah dan cuba untuk menyelesaikan satu persatu masalah yang dihadapi. Walaupun bebanan kerja yang diterima terlalau banyak, Cikgu Amy harus berfikir jalan penyelesaian dengan meminta bantuan dari guru lain agar dapat memudahkan urusan beliau dan yang paling penting adalah keberanian untuk menyuarakan pendapat serta meminta pertolongan.

10

6.0

RUMUSAN

Untuk menghayati teori pemusatan klien dan menjadi seorang kaunselor pemusatan klien, seseorang perlu memahami huraian prinsip dan konsep yang dikemukakan oleh Rogers dengan lebih mendalam. Amalan yang dilakukan perlu mengikut tahap-tahap yang tertentu, dan perubahan tingkah laku yang dilihat adalah berdasarkan urutan perubahan yang mungkin berlaku mengikut huraian teori ini. Kaunseling akan menjadi berkesan apabila syarat-syarat yang disarankan diikuti dengan betul dan proses yang dilalui oleh klien mengikut perkembangan yang disarankan.

Untuk kes atau masalah yang dihadapi oleh Cikgu Amy, penggunaan Teori Pemusatan Klien merupakan kaedah penyelesaian yang baik kerana Cikgu Amy dapat menceritakan segala masalah yang dihadapi kepada kaunselor dan kaunselor berperanan untuk mendengar segala masalah tanpa syarat dan dengan sifat empati. Semasa proses penceritaan, kaunselor memainkan peranan penting dengan menggunakan beberapa teknik kaunseling seperti parafrasa, dorongan minima, konfron atau mencabar dan lain-lain lagi. Dengan teknik yang digunakan, barulah Cikgu Amy merasakan yang diri beliau dihargai dan diterima. Di sini, kaunselor menjadi tempat kepada Cikgu Amy untuk meluahkan segala perasaan mengenai masalah yang dihadapi.

Melalui luahan yang dikemukakan, sedikit sebanyak mampu untuk mengurangkan rasa tekanan yang dialami oleh Cikgu Amy. Beliau mungkin akan berasa sedikit lega dan akan mampu untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah beliau sendiri. Dorongan dari kaunselor juga penting agar dapat meningkatkan semangat Cikgu Amy untuk meneruskan pekerjaan beliau. Pelbagai jalan penyelesaian boleh digunakan tetapi adalah lebih baik jika klien sendiri yang memutuskan untuk memilih jalan yang terbaik bagi dirinya.

11

7.0

REFLEKSI MOHD AFIQ SYAZWAN BIN JAMEAN 890427-10-5723 200930134124 7 PISMP PJ/PK/PSK

NAMA NO. I/C

: :

NO. MATRIK : KELAS :

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya melaksanakan tugasan mengenai satu isu atau permasalahan yang boleh dibantu melalui proses kaunseling. Tugasan ini dijalankan secara berpasangan bermula dari 30 Januari 2012 sehingga 18 Februari 2012 . Melalui pelaksanaan tugasan, terdapat banyak kekuatan yang berjaya saya perolehi. Antaranya seperti saya dapat mempelajari dengan lebih mendalam proses kaunseling Teori Pemusatan Klien Carl Rogers. Maklumat yang diperoleh dapat digunakan sebagai ilmu pengetahuan pada masa akan datang. Selain itu, saya juga dapat mempelajari teknik yang sesuai sebagai seorang kaunselor untuk mendengar dan membantu menyelesaikan masalah dari permasalahan yang timbul.

Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki semasa menjalankan tugasan. Antaranya seperti proses pencarian maklumat. Maklumat yang dikumpul perlu dipelbagaikan agar lebih banyak maklumat akan dapat diperoleh.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar proses pencarian maklumat perlu dipelbagaikan seperti berjumpa dengan guru kaunseling sekolah atau pakar-pakar kaunseling dari pelbagai institusi seperti pensyarah kaunseling universiti dan institut perguruan. Ini adalah kerana mereka punyai lebih banyak pengalaman dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, kita juga boleh mencari lebih banyak maklumat melalui internet dan buku. Sekian, terima kasih.
12

NAMA NO. I/C

: :

AMMAR BIN OTHMAN 891103-02-5545 200930134122 7PISPM PJ/PK/PSK

NO. MATRIK : KELAS :

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpahNya, berjaya juga saya siapkan tugasan ini walaupun sibuk dengan tugasan sampingan yang lain. Tugasan ini memerlukan saya dan pasangan memilih satu kes daripada buku kajian kes yang disediakan dan menyelesaikan kes tersebut menggunakan teori sesuai yang telah dipelajari. Pertama sekali setelah menerima tugasan, saya tidak begitu faham mengenai kehendak dan isi tugasan. Namun, setelah diberi taklimat ringkas mengenainya oleh En. Azmi bin Abdul Hamid barulah saya dapat faham dengan jelas. Oleh kerana itu, proses menyiapkan tugasan ini akan lebih mudah dan licin. Setelah faham kehendak soalan, saya dan pasangan mula memlih tajuk dari buku kajian kes yang telah disediakan. Seterusnya, saya mencari bahan untuk dijadikan rujukan bagi tugasan ini. Bahan yang saya dapati adalah dari sumber buku dan laman web. Banyak bahan mengenai sumber dan teori pemusatan klien yang saya perolehi. Seterusnya, saya membuat draf awal dengan menggunakan sumber rujukan yang diperoleh. Banyak kesalahan yang berlaku dan dibaiki dalam draf yang kedua. Alhamdulillah, tugasan berjaya disiapkan dengan tunjuk ajar oleh pensyarah penasihat. Melalui tugasan ini banyak perkara dan maklumat baru yang saya peroleh. Saya dapat mempelajari kemahiran-kemahiran asas dalam menjalankan sesi

kaunseling seperti parafasa, dorongan minima dan konfron atau mencabar. Kemahiran- kemahiran ini merupakan kemahiran baru bagi saya dan rakanrakan Oleh itu, dapat saya aplikasi kemahiran ini dimasa akan datang. Dapat disimpulkan bahawa tugasan ini memberi input mengenai perlaksanaan sesi kaunseling mengikut teori-teori kaunseling yang telah dipelajari. Input ini
13

penting bagi setiap guru dimana mereka akan menggunakan kemahirankemahiran ini semasa mereka berada di sekolah nanti. Anatara penambahbaikan yang boleh dibuat untuk tugasan ini ialah menetapkan jenis masalah yang perlu diselesaikan olah pelajar supaya tidak celaru dan bertindih. Yang kedua ialah masa untuk melaksankan tugasan in perlu dipanjangkan supaya dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Diharap cadangan penambahbaikan yang diberikan dapat memberi impak kepada individu yang menjalankan tugasan ini dimasa akan dating. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah penasihat En. Azmi bin Abdul Hamid yang telah banyak memberi bimbingan dan panduan dalam proses penghasilan tugasan ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan yang berkerjasama dalam mencari bahan untuk dijadikan sumber rujukan.

14

8.0

BIBLIOGRAFI

Laman web : http://www.scribd.com/yeo_1987/d/33881979-Carl-Rogers (diakses pada 14 Februari 2012) http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2011/01/carl-rogers.html (diakses pada 14 Februari 2012) http://novira08.wordpress.com/2010/05/29/teori-humanistik-carl-rogers/ (diakses pada 14 Februari 2012)

Buku rujukan : Buku Kajian Kes (Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tuanku Bainun) 2012 Lee Keok Cheong et al (2012), Siri Pendidikan Guru, Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak.

15

You might also like