You are on page 1of 4

Kertas Kerja Etiket Sosial Dan Protokol Ceramah Adab Dalam Majlis Rasmi

1.0

Pendahuluan Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan komponen yang penting dalam Program Diploma Lepasan Ijazah Sekolah Rendah. Program BIG bertujuan untuk membina dan memupuk keperibadian pelatih guru.

2.0

Tujuan Tujuan kertas cadangan ini adalah untuk merancang program berbentuk ceramah Adab dalam Majlis Rasmi supaya dapat memenuhi matlamat utama program ini. Program ini dirancang agar guru pelatih mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas mengenai adab dalam majlis rasmi melalui ceramah dan sesi soal jawab.

3.0

Objektif Program ini dirancang untuk: 3.1 Memenuhi syarat keperluan Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah bagi program Bina Insan Guru. 3.2 Memberi pendedahan kepada guru pelatih bagaimana menguruskan dan mengendalikan majlis rasmi. 3.3 Atur cara program: 3.3.1 3.3.2 Tarikh Masa : : : 24 Februari 2012 (Jumaat) 2:30 petang - 4:30 petang Dewan Kuliah, Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur. 3.3.4 Penceramah 3.3.5 Program : : Puan Sapiah Uyuni Mohamed Yaacob Program adalah seperti yang disediakan di Lampiran A.

3.3.3 Tempat

4.0

Asas Pertimbangan Program ini merupakan program wajib yang telah digariskan kepada semua pelajar kursus DPLI-SR. Pelajar DPLI-SR perlu melaksanakan ceramah yang bertajuk Adab dalam Majlis Rasmi bertujuan mengenal dan mempelajari adab dalam majlis rasmi. Ia juga dapat meningkatkan budi bahasa guru pelatih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang bakal dipertanggungjawabkan kelak. Selain itu, ia merupakan suatu pendedahan Adab dalam Majlis Rasmi kepada guru-guru pelatih dan pensyarah yang dijemput. Selain itu, pelaksanaan ceramah ini dapat memupuk kerjasama antara pelajar dengan pembahagian kerja yang melibatkan semua pelajar supaya ceramah boleh dijalankan dengan lancar dan berjaya.

5.0

Implikasi Untuk melaksanakan program ini, beberapa peralatan dan perbelanjaan telah dibelanjakan. Laporan perbelanjaan dilampirkan. ( Rujuk Lampiran B)

6.0

Kesimpulan Program ini telah dijalankan dengan lancar. Ceramah ini bermula pada 3.00pm dan tamat pada pukul 5.00pm. Ceramah yang bertajuk Adab dalam Majlis Rasmi ini mendapat sambutan yang sangat baik dan amat memanfaatkan para hadirin. Akan tetapi, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat supaya bakal penganjur dapat melaksanakan ceramah dengan lebih bersistematik pada masa yang akan datang.

7.0

Post Motem Post Motem telah dijalankan pada 28hb Februari 2012, jam 2.00pm demi membuat maklum balas terhadap program ceramah yang telah dilaksanakan. Komen-komen dan pujian yang disampaikan telah direkodkan supaya program ceramah yang akan

dilaksanakn pada masa yang akan datang dapat dianjurkan dengan lebih cemerlang dan sempurna. (Sila rujuk lampiran C) 8.0 Laporan AJK Berkenaan Semua AJK perlu membuat laporan selepas ceramah dilaksanakan untuk merekodkan segala kesulitan atau kebaikan yang dihadapi semasa menganjurkan program berkenaan. Ini sebagai suatu rujukan yang boleh dicontohi atau dibaiki untuk program yang akan datang. (Sila rujuk lampiran D)

LAMPIRAN A ATUR CARA PROGRAM

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Ketibaan Para Jemputan Bacaan Doa Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi Majlis Ceramah Adab Dalam Majlis Rasmi Penyampaian Cenderamata Bersurai

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR


_________________________________________________________________________________

LAPORAN ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL CERAMAH ADAB DALAM MAJLIS RASMI KUMPULAN DPLI TESL SEMESTER 1 AMBILAN KHAS DISEMBER 2011
TEMPAT: DEWAN KULIAH, IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TARIKH: 24 FEBRUARI 2012 (2:30p.m. 4:30p.m.) GURU PENASIHAT: PUAN ZURAIHAN BT. MOHAMED

You might also like