You are on page 1of 16

KANDUNGAN

BIL
1 2 3 4 5 6 7 8 PENDAHULUAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN OBJEKTIF MATA PELAJARAN OBJEKTIF PENTAKSIRAN TAFSIRAN KERANGKA STANDARD PRESTASI LEMBAGA PEPERIKSAAN PERNYATAAN STANDARD BAND, STANDARD, DESCRIPTOR DAN EVIDENCE

PERKARA

MUKA SURAT
1 2 3 4 5 6 7 8

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran teras Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Pentaksiran Pusat dijalankan berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan yang mempunyai standard, panduan dan peraturan, instrumen dan kaedah menganalisis yang akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1 OM2 OM3 OM4 OM5 OM6 OM7 OM8 OM9 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit. Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk. Menjalankan kerja-buat-sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian. Menghasilkan arktikel mudah dengan menggunakan mesin jahit. Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk keceriaan kawasan tertentu. Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul. Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan antarabangsa. Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan. Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos. keputusan rekaan dan penghasilan projek. OM11 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat. (Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 hingga 3 (semakan) Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000)

OM10 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara bersistem dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan; OP1 OP2 OP3 OP4 OP5 OP6 OP7 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem

TAFSIRAN
o o o
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o o o o o

Descriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Evidence (murid) ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu descriptor. Evidence (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan. Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali. Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

6
5
4
3
2
1

Tahu

Faham

Boleh buat dengan beradab Terpuji dan Mithali Boleh buat dengan beradab Terpuji

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Boleh buat dengan beradab

Tahu Tahu Tahu

Faham Faham

Boleh buat

PERNYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL


BAND
6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali) 5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji) 4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab) 3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat) 2 (Tahu dan Faham) 1 (Tahu)

PERNYATAAN STANDARD
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan. Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan. Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1

BAND 1 Tahu

STANDARD Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

DESCRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B1D1 Mengetahui tentang pengurusan organisasi bengkel. B1D2 Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi serta proses penghasilan projek.

EVIDENCE BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B1D1E1 Menyebut atau menulis tiga jawatan dalam struktur organisasi bengkel. B1D2E1 Menyebut atau menulis lima faktor utama reka bentuk. B1D2E2 Menyebut atau menulis tujuh alatan tangan termasuk mesin. B1D2E3 Menyebut atau menulis penyataan masalah yang hendak diselesaikan.

B1D3 Mengetahui tentang asas elektrik.

B1D3E1 Menyebut atau menulis tiga sumber elektrik dan tiga jenis wayar. B1D4E1 Menyebut atau menulis sistem bekalan air di rumah dan tiga jenis paip. B1D5E1 Menyebut atau menulis tiga jenis mesin jahit.

B1D4 Mengetahui tentang kerja paip.

B1D5 Mengetahui tentang mesin jahit.

B1D6 Mengetahui tentang kaedah pembiakan tanaman hiasan. B1D7 Mengetahui tentang pengetahuan asas elektrik.

B1D6E1 Menyebut atau menulis dua jenis keratan batang. B1D7E1 Menyebut atau menulis rumus rintangan dalam litar selari. B1D7E2 Menyebut atau melabel atau menulis nama empat bahagian utama meter pelbagai. B1D7E3 Menyebut atau melabel atau menulis tiga komponen pada unit kawalan utama bekalan elektrik domestik.

B1D8 Mengetahui tentang pergerakan mekanikal.

B1D8E1 Menyebut atau menulis satu jenis pergerakan mekanikal. B1D8E2 Menyebut atau menulis tiga jenis gear.

B1D9 Mengetahui tentang perniagaan.

B1D9E1 Menyebut atau menulis empat alat pembayaran masa kini.

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1

10

BAND 2 Tahu dan Faham

STANDARD Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B2D1 Mengetahui dan memahami tentang keselamatan di bengkel. B2D2 Mengetahui dan memahami tentang proses penghasilan projek.

EVIDENS (EVIDENCE) BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B2D1E1 Menerangkan secara lisan atau bertulis amalan 4M. B2D2E1 Menerangkan secara lisan atau bertulis proses kemasan menggunakan syelek.

B2D3 Mengetahui dan memahami tentang asas elektrik.

B2D3E1 Menerangkan secara lisan atau bertulis fungsi tiga alatan tangan termasuk pena ujian. B2D4E1 Menerangkan secara lisan atau bertulis fungsi tiga paip yang disambung ke tangki simpanan air. B2D4E2 Menerangkan secara lisan atau bertulis fungsi enam jenis penyambung paip.

B2D4 Mengetahui dan memahami tentang kerja paip.

B2D5 Mengetahui dan memahami tentang mesin jahit. B2D6 Mengetahui dan memahami tentang medium semaian tanaman hiasan. B2D7 Mengetahui dan memahami

B2D5E1 Menerangkan secara lisan atau bertulis fungsi enam bahagian mesin jahit. B2D6E1 Menerangkan secara lisan atau bertulis nisbah campuran medium semaian.

11
B2D7E1 Menerangkan secara lisan atau bertulis

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1 STANDARD Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan. EVIDENS (EVIDENCE) BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B3D1E1 Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah.

BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B3D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek. B3D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik. B3D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja penyenggaraan perpaipan. B3D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang mesin jahit. B3D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penyemaian tanaman hiasan.

B3D2E1 Membuat pendawaian plag 3 pin 13A.

B3D3E1 Membuat penyenggaraan perangkap P.

B3D4E1 Menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung. B3D5E1 Menyemai keratan batang dalam medium semaian.

12

B3D6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengetahuan asas elektrik.

B3D6E1 Membuat pemasangan litar siri. B3D6E2 Mengukur voltan dalam litar siri. B3D6E3 Mengira jumlah rintangan dalam litar siri. B3D6E4 Mengira jumlah rintangan dalam litar selari. B3D6E5 Membaca skala meter ohm pada meter pelbagai. B3D6E6 Mengira kuasa elektrik.

13

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1 STANDARD Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik. EVIDENS (EVIDENCE) BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B4D1E1 Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah mengikut *peraturan. B4D2E1 Membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut *prosedur.

BAND 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradap

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B4D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek secara sistematik. B4D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik. B4D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja penyenggaraan perpaipan secara sistematik. B4D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengetahuan asas elektrik secara sistematik.

B4D3E1 Membuat penyenggaraan perangkap P mengikut *urutan.

B4D4E1 Membuat pemasangan litar siri dengan *betul.

* Peraturan * Prosedur * Urutan * Betul

: : : :

Lakaran mesti menggunakan pensil, tidak boleh menggunakan pembaris, lakaran mesti dalam bentuk oblik atau isometrik. Mengikut langkah kerja yang betul. Susunan yang teratur. Mengikut langkah kerja

14

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1 STANDARD Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif. EVIDENS (EVIDENCE) BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B5D1E1 Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan dengan *daya usaha.

BAND 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradap Terpuji

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B5D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek secara berinisiatif. B5D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengetahuan asas elektrik secara berinisiatif.

B5D2E1 Membuat pemasangan litar siri dengan *daya usaha.

*daya usaha : 1. 2.

Lakaran kemas dan bersih. Litar kemas dan berfungsi.

15

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1 STANDARD Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif. EVIDENS (EVIDENCE) BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B6D1E1 Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah dan melahirkan *idea baharu sebagai nilai tambah.

BAND 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradap Mithali

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B6D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek secara kreatif dan inovatif.

16

You might also like