You are on page 1of 19

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

ISI KANDUNGAN
BIL 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 TAJUK PENGENALAN LATAR BELAKANG PENDEKATAN EKOLOGIKAL KONSEP ASAS EKOLOGIKAL PERSEKITARAN KEPENTINGAN PERSPEKTIF EKOLOGI DALAM MEMAHAMI PEMBANGUNAN MANUSIA LATAR BELAKANG BRONFENBRENNER URIE MUKA SURAT 2 2 3 4 5

6.0 7.0

6 7 8 9 9 10 10 12

SISTEM PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER


a) Mikrosistem b) Mesosistem c) Eksosistem d) Makrosistem

8.0

e) Kronosistem IMPLIKASI TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER DALAM PROSES PEMBELAJARAN KANAK-KANAK. SUMBANGAN DAN KRITIKAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER KESIMPULAN RUJUKAN

9.0 10.0

14 17 18

1.0 PENGENALAN Ekologi manusia menganggap manusia sebagai organisma biologikal dan sosial yang berinteraksi dan bertransaksi dengan persekitarannya. Pendekatan ekologikal melihat bahawa
1

manusia tidak wujud dalam vakum. Setiap aspek dalam kehidupan manusia mempengaruhi dan dipengaruhi oleh persekitaran di mana manusia itu berada. Persekitaran merujuk kepada semua yang berada di luar sistem organisma. Model ekologi manusia yang akan dibincangkan iaitu Teori Ekologi oleh Urie Bronfenbrenner (1979). Model ini mempunyai ciri tersendiri dan menerangkan konsep asas pendekatan ekologikal iaitu organisma, persekitaran dan saling tindak antara keduanya.

2.0 LATAR BELAKANG PENDEKATAN EKOLOGIKAL Bidang Ekologi Manusia melihat individu sebagai insan yang berinteraksi dan bertransaksi dengan persekitarannya. Dari aspek sejarah, pemikiran ekologikal telah dapat dikesan dalam kerja-kerja awal Aristotle dan Plato mengenai pertumbuhan penduduk dan kestabilan persekitaran. Urie Bronfenbrenner dari Cornell University memberikan penekanan kepada aspek kontekstual dalam melihat pembangunan manusia. Pada awalnya Bronfenbrenner memperkenalkan 4 jenis sistem persekitaran iaitu sistem mikro, meso, ekso dan makro. Perkataan ecology telah diketengahkan oleh Ernest Haeckel, seorang ahli zoologi berbangsa German pada tahun 1869. Haeckel berpendapat bahawa individu terbentuk hasil kerjasama antara persekitaran dan herediti organisma. Beliau mencadangkan satu cabang sains diwujudkan untuk mengkaji organisma dalam persekitaran. Seorang ahli kimia, Ellen Swallow Richards mencadangkan satu bidang sains yang menganalisis persekitaran rumah dan keluarga diwujudkan. Kajian Ellen mengenai edaran udara, kualiti air, sanitasi, pemakanan dan makanan mendorong beliau merumuskan bahawa wujud hubungan rapat antara tingkahlaku dengan kesihatan manusia serta kualiti persekitaran mereka. Ellen berpendapat bahawa persekitaran menjalani transformasi akibat teknologi, tetapi beliau percaya manusia tetap perlu mengekalkan kawalan terhadap hidup dan persekitaran masing-masing.

Berlatarbelakangkan bidang ekonomi rumahtangga yang mendokong falsafah dan konsep yang sama, Beatrice Paolucci dari Michigan State Universiti mencadangkan konsep bahawa keluarga sebagai sistem sokongan hidup yang bergantung kepada persekitaran semulajadi untuk pengekalan fizikal dan persekitaran sosial untuk nilai kemanusiaan dan kualiti serta makna kehidupan. Usaha Paolucci diteruskan oleh Margaret Buboltz dan Susan Sontag dari universiti yang sama. Pendekatan ekologikal adalah unik kerana terdapat konsep asasnya yang juga wujud dalam pelbagai disiplin sains sosial, sastera dan kemanusiaan serta beberapa bidang sains gunaan yang lain. Perspektif ekologi yang memfokus kepada individu dan keluarga adalah berasaskan fenomena holistic (menyeluruh), multi-disiplin dan sistemik serta mengenengahkan saling tindak antara fenomena tersebut. 3.0 KONSEP ASAS EKOLOGIKAL Menurut Mohamad Shuhny (2008), Teori Ekologi Manusia menggunapakai konsepkonsep asas daripada 3 komponen besar konsep dalam teori Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi Keluarga. Jadual 1 menunjukkan tentang konsep-konsep tersebut. Konsep Sistem Umum Sistem Elemen/Objek Ciri Perhubungan Persekitaran Maklumat/Informasi Tenaga Bahan Ruang Masa Homeostasis Maklumbalas Sempadan Konsep Ekologi Manusia Konsep Ekologi Keluarga Ekosistem Manusia Ekosistem keluarga Organisma/Individu Keluarga Persekitaran Sumber Interaksi Keperluan Pola Nilai Saling Bergantungan Matlamat Persepsi Pengadilan Organisasi Pembuatan Keputusan Kepelbagaian Komunikasi Adaptasi Pembangunan Manusia Teknologi Personaliti Kefungsian Kesejahteraan Holism Kualiti Kehidupan Manusia Limitasi Niche Jadual 1 : Konsep Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi Keluarga

4.0 PERSEKITARAN

Persekitaran terdiri daripada keseluruhan aspek fizikal, biologikal, sosial, ekonomi, politik,estetik dan struktur yang terdapat di sekeliling manusia. Persekitaran merupakan konteks tingkahlaku dan perkembangan manusia. Persekitaran boleh diklasifikasikan menurut sumber yang ada di dalamnya. Ini termasuk persekitaran semulajadi atau bio-fizikal, persekitaran sosio-budaya dan persekitaran teknologi-binaan manusia (Bubolz & Sontag,1993) Persekitaran semulajadi/bio-fizikal terdiri daripada sumber bumi yang asli seperti tanah, air, masa, tumbuhan, haiwan, fosil, mineral dan lain-lain Persekitaran sosio-budaya terdiri daripada institusi sosial seperti persanakan(kinship), agama, politik, ekonomi, rekreasi atau kumpulan simbolik. Persekitaran teknologi-binaan manusia termasuk rumah, jambatan, sistem hidroelektrik, bangunan serta sistem jalanraya. Persekitaran boleh juga diklasifikasikan kepada persekitaran mikro dan makro. Klasifikasi ini adalah berdasarkan saiz persekitaran tersebut. Mikro merujuk kepada saiz persekitaran yang kecil, manakala makro pula merujuk kepada saiz persekitaran yang besar. Secara grafik, persekitaran yang disarankan oleh Bubolz & Sontag (1990) boleh digambarkan seperti berikut:

5.0 KEPENTINGAN PERSPEKTIF EKOLOGI DALAM MEMAHAMI PEMBANGUNAN MANUSIA Perspektif ekologi mengambil kira pendekatan holistik yang melihat pelbagai faktor berkaitan individu dalam konteksnya. Pendekatan holistik memberi penekanan kepada aspek menyeluruh yang dianggap lebih besar daripada gabungan bahagian-bahagiannya (the whole is greater than the sum of the parts). Dengan menggunakan pendekatan tersebut, sebarang fenomena boleh diteliti dari pelbagai sudut dan tidak terhad kepada satu sudut pandangan sahaja. Semua aspek yang berpotensi mempengaruhi sesuatu isu atau fenomena itu diambilkira. Ini membolehkan tindakan bagi menangani sesuatu fenomena itu diambil secara lebih seimbang dan menyeluruh. Penyelesaian holistik boleh membantu meningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan masyarakat. Sebagai contoh, fenomena salahlaku di kalangan pelajar sekolah mungkin disebabkan oleh gabungan pelbagai faktor seperti personaliti pelajar, keluarga, pengaruh rakan sebaya, iklim sekolah dan media-massa. Maka, untuk menangani isu salahlaku ini, sumbangan kesemua faktor tersebut perlu diambilkira supaya penyelesaiannya adalah lebih menyeluruh dan dapat memberi faedah khususnya kepada kesejahteraan pelajar, keluarga dan masyarakat amnya. Sebagai kesimpulannya, perspektif ekologikal menggalakkan perkara berikut dalam usaha memahami manusia: a. Pemikiran bersepadu b. Pemikiran kreatif c. Fokus dinamik yang komprehensif d. Pemahaman sistem e. Penaakulan beretika f. Kepelbagaian g. Tindakan yang praktikal h. Pemahaman tentang diri
5

6.0 LATAR BELAKANG URIE BRONFENBRENNER Urie Bronfenbrenner telah dilahirkan pada 29 April, 1917 di Moscow, Rusia, sebagai anak Dr dan Alexander Eugenie

Bronfenbrenner

Kamenetski Bronfenbrenner. Apabila Urie berumur enam tahun, keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat.

Setelah nenetap di Pittsburgh untuk suatu tempoh yang singkat, mereka berpindah ke Letchworth Village, rumah Institusi Negeri New York Orang Terencat Akal, di mana bapanya bekerja sebagai seorang pakar patologi klinikal dan pengarah penyelidikan. Selepas tamat pengajian dari Sekolah Tinggi Haverstraw, Bronfenbrenner menuntut di Universiti Cornell, di mana beliau telah menyempurnakan dua pengkhususan utama dalam psikologi dan muzik pada tahun 1938. Dia melakukan kerja-kerja penyelidikan dalam psikologi perkembangan, menyiapkan M.A. di Universiti Harvard, diikuti oleh Ph.D. dari Universiti Michigan pada tahun 1942.

Dua puluh empat jam selepas menerima kedoktoran beliau, beliau telah diserapkan ke dalam Angkatan Tentera, di mana beliau berkhidmat sebagai seorang pakar psikologi dalam pelbagai tugasan untuk Korporat Tentera Udara dan Pejabat Perkhidmatan Strategik. Selepas menamatkan latihan pegawai beliau berkhidmat dalam Korporat Perubatan Tentera Amerika Syarikat (AS). Selepas Perang Dunia II, Bronfenbrenner bekerja sebagai Penolong Ketua Pakar Psikologi Klinikal bagi Pentadbiran dan Penyelidikan bagi Pentadbiran Veteran untuk suatu tempoh yang singkat, sebelum memulakan kerja sebagai Penolong Profesor Psikologi di Universiti Michigan.

Pada tahun 1948, beliau menerima jawatan profesor dalam Pembangunan Manusia,
Pengajian

Keluarga, dan Psikologi di Cornell University. Pada 1960-an hingga awal 1970-an, Bronfenbrenner berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pemegang

Amanah Cornell. Dengan isteri beliau, Liese, Urie Bronfenbrenner mempunyai enam orang anak.
Pada masa kematian, Bronfenbrenner

merupakan Professor Emeritus dalam bidang Pembangunan Manusia dan bidang Psikologi dalam Kolej Ekologi Manusia di Universiti Cornell. Bronfenbrenner meninggal

dunia di rumahnya di Ithaca, New York, pada September 25, 2005, akibat komplikasi kencing manis. Ketika itu, beliau berumur 88 tahun.

7.0 SISTEM PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan

interaksi antara satu sama lain. Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak seperti Rajah 1 di bawah:

Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem, iaitu a) Mikrosistem

Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak. Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori, 2005). Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka. Dalam kajian yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar bandar berada pada tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger (1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untuk membanu proses pembelajaran kanak-kanak di sekolah Maka jelaslah bahawa institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.

b) Mesosistem
9

Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka. c)Eksosistem Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. d) Makrosistem

Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh normanorma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka

10

mengganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja. e)Kronosistem Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui internet dan sebagainya. Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek. Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta berpandangan jauh. Namun begitu, setiap benda terdapat juga kesan negatifnya iaitu kanak-kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana hidupnya adalah bersama komputer. Selain itu, anasir-anasir negatif juga semakin meningkat andainya pembangunan sesebuah negara semakin maju. Secara ringkasnya, kelima-lima sistem ini berpusat secara kecil kepada besar/ lingkaran dalam bulatan/ tindanan. No 1 2 Sistem Mikro Meso Huraian Sebahagian besar sosial individu dihabiskan Pengalaman satu sistem Mikro mempengaruhi sistem Mikro lain Pengalaman individu mempengaruhi individu lain Contoh Sekolah, tempat kerja, keluarga Masalah tempat kerja bawa ke rumah Pelajar pasif mempengaruhi penyediaan aktiviti guru dalam pengajaran

Ekso

11

No 4 5

Sistem Makro Krono

Huraian Sosial dalam masyarakat

Contoh Budaya Melayu, Budaya Islam

Sejarah perkembangan sosial individu Kehidupan moden jadikan kanak-kanak lebih maju

(Sumber : Perkembangan Kanak-kanak untuk PISMP)

8.0 Implikasi Teori Ekologi Bronfenbrenner dalam Proses Pembelajaran Kanak-kanak. Bronfenbrenner menyatakan persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Kelima-lima sistem persekitaran tersebut memberikan implikasi kepada guru dalam menyediakan diri dengan selengkapnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak menghabiskan masa bersama guru semasa di sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid. Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan pengalaman murid dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka di dalam pelajaran. Guru juga mestilah peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum memulakan pengajaran. Jika murid tersebut berada dalam keadaan yang tidak sedia, maka objektif pembelajaran yang ingin disamapaikan oleh guru pada hari itu tidak akan tercapai. Implikasi pendidikan dari aspek persekitaran mesosistem pula ialah guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid-murid mereka. Hal ini kerana, murid-murid akan
12

mudah terpengaruh dengan apa yang diberitahu oleh guru. Jika murid melihat seseorang guru itu merokok di dalam kelas, maka mereka akan terikut-ikut perangai guru tersebut semasa di rumah. Oleh itu guru berperanan penting dalam membentuk akhlak murid-murid semasa di sekolah dengan menerapkan unsur-unsur rohani di dalam P&P . Guru perlulah sentiasa memberi nasihat yang baik kepada murid-murid agar menjadi orang yang berguna kelak. Dari aspek persekitaran eksosistem pula, pengalaman seseorang individu akan mempengaruhi individu yang lain. Sebagai contoh, murid yang pasif akan mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa di dalam pengajaran di kelas. Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran semasa P&P untuk menarik minat murid untuk belajar. Guru bukan sahaja perlu memfokuskan penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja, namun perlu menyediakan aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Hal ini kerana perkembangan kanakkanak adalah berbeza di dalam sesebuah kelas. Aspek persekitaran makrosistem pula menyatakan perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma dan amalan masyarakat. Jadi guru berperanan penting dalam menjelaskan dan membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada murid-murid agar mereka memahami konsep yang sebenar tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran anakanak mereka. Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding dengan anak perempuan. Kononnya anak lelakilah yang akan bakal menjadi pemimpin keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka menganggap bahawa walaupun anak perempuan mereka berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga. Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran murid-murid agar mereka tahu kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf perempuan adalah sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan.

13

Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, murid-murid sekolah rendah juga sudah pandai menggunakan kemudahan internet tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di kawasan bandar. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam membimbing murid-murid dengan memberi panduan dan tunjuk ajar yang betul supaya mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif yang semakin menular kini. 9.0 SUMBANGAN DAN KRITIKAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER Sepanjang 1970-an dan 1980-an, Bronfenbrenner membuat beberapa sumbangan dalam memahami kepentingan konteks pembangunan manusia. Dalam bukunya, Ekologi Bronfenbrenner Pembangunan Manusia (1979) telah menjelaskan kepentingan tahap-tahap ekologi yang saling berkaitan, yang dibentuk sebagai sistem bersarang, yang terlibat dalam pembangunan manusia. Setiap sistem ekologi yang beliau sifatkan telah menerangkan bahawa mempunyai kesan penting terhadap kanak-kanak, ibu bapa, keluarga, dan kualiti hidup dalam masyarakat. Teori ekologi sosial Bronfenbrenner merupakan model untuk membina satu konsep tentang sistem pembangunan yang bersepadu dan untuk mereka bentuk penyelidikan bagi mengkaji peringkat pembangunan manusia. Pendekatan ekologi mengaplikasikan banyak hasil kerja teori Urie Bronfenbrenner (1977, 1979, 1986). Teori Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh ekologi sosial terhadap individu pada empat peringkat yang berbeza. Setiap tahap mengandungi dan mempengaruhi peringkat yang terdahulu dan secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi individu. Empat peringkat sistem tersebut dikenali sebagai mikrosistem, mesosistem, eksosistem,
14

makrosistem. Teori Bronfenbrenner ini merupakan satu alat yang ideal untuk menerangkan dan memeriksa kesan pelbagai peringkat konteks sosial, budaya politik dan sejarah kepada pembangunan insan. Bronfenbrenner juga menyatakan bahawa corak interaksi individu dalam mikrosistem melibatkan kedua-dua genetik dan pelbagai lapisan pengaruh konteks. Microsistem merujuk kepada sistem yang melibatkan individu secara langsung. Bagi kanak-kanak dan remaja, peringkat ini mungkin menerangkan hubungkan mereka dengan rakan-rakan, keluarga, sekolah, dan jiran. Bagi seorang dewasa, mikrosistem mungkin terdiri daripada pasangan suami isteri, keluarga terdekat dan jiran. Pada permulaannya, bagi kebanyakan kanak-kanak, mikrosistem adalah agak kecil. Ia adalah rumah, yang melibatkan interaksi dengan hanya satu atau mungkin dua orang pada suatu masa (interaksi dyadic atau triadic), melakukan aktiviti yang agak mudah seperti makan, mandi, dan mendukung. Apabila kanak-kanak bertumbuh, kerumitan biasanya meningkat iaitu kanak-kanak melakukan lebih banyak aktiviti, dengan lebih ramai orang di lebih banyak tempat. Dalam pandangan Bronfenbrenner, peningkatan keupayaan untuk melakukan lebih aktiviti merupakan intipati pembangunan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, bilangan dan kerumitan aktiviti yang dilakukan adalah berbeza bagi setiap individu. Pertumbuhan kanakkanak juga dipengaruhi oleh hubungan mereka dengan ibu bapa. Analisis terperinci Bronfenbrenner mengenai pengaruh alam sekitar telah

mencadangkan banyak cara di mana perkembangan kanak-kanak dan remaja boleh dioptimumkan. Sebagai contoh, bayangkan seorang ibu yang bekerja, dan mengalami kesukaran untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan bayi yang suka merajuk. Di peringkat mikrosistem, bapa boleh menjadi lebih peka, bekerjasama dengan ibu untuk mengatasi masalah-masalah penjagaan bayi. Ini kerana bapa sentiasa menganggap penjagaan kanak-kanak ialah kerja yang sukar dan membosankan, serta mengharapkan ibu supaya lebih responsif dan sabar dengan bayi mereka (Howes & Markman , 1989).

15

Di peringkat eksosistem, kelas keibubapaan dalam masyarakat boleh membantu ibu bapa untuk memperbaiki hubungan mereka dengan anak-anak mereka. Selain itu, sesi perjumpaan ibu bapa yang menghadapi masalah penjagaan anak-anak membolehkan mereka meluahkan kesukaran mereka, mendapat sokongan moral daripada ibu bapa lain serta belajar satu sama lain bagaimana untuk mendapatkan reaksi yang lebih baik daripada anak-anak mereka (Lyons - Rut et al, 1990). Di peringkat makrosistem pula, dasar sosial yang menjamin ibu bapa berhak untuk mengambil cuti (dibayar atau tidak dibayar) daripada kerja mereka untuk menguruskan masalah keluarga. Dasar sebegini amatlah penting iaitu bukan sahaja membolehkan ibu bapa yang menghadapi masalah penjagaan anak mempunyai lebih banyak masa untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan anak-anak mereka (Clark et al., 1997), malah juga menunjukkan norma masyarakat yang mengutamakan penyelesaian masalah keluarga untuk kesejahteraan kanak-kanak, dan akhirnya kepada masyarakat. (Bronfenbrenner & Neville, 1995). Walaupun teori sistem ekologi mempunyai kekuatannya, tapi ia bukan merupakan satu teori yang lengkap tentang perkembangan manusia. Walaupun Bronfenbrenner menyifatkan teori ini sebagai model bioekologikal, ia tidak banyak menghuraikan tentang penyumbang

biologi yang khusus untuk perkembangan manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa, perspektif sistem ekologi telah menerangkan bagaimana persekitaran semulajadi yang kompleks mempengaruhi perkembangan manusia dan bagaimana perkembangan manusia mempengaruhi alam sekitar. Namun, kita masih perlu memahami bagaimana kanak-kanak dan remaja memproses maklumat alam sekitar dan belajar daripada pengalaman mereka sebelum kita dapat memahami sepenuhnya bagaimana persekitaran mempengaruhi perkembangan manusia. Jadi, pendekatan sistem ekologi boleh dikatakan sebagai tambahan penting kepada bidang perkembangan manusia - tetapi yang terbaik digambarkan sebagai pelengkap, dan bukannya gantian untuk teori-teori perkembangan yang lain.
16

Teori Bronfenbrenner merapatkan jurang antara teori-teori tingkah laku yang memberi tumpuan kepada aspek kecil dan teori antropologi yang menganalisis aspek lebih besar. Teori beliau menimbulkan perhatian kepada pentingnya melihat kehidupan pelajar lebih daripada satu aspek iaitu tidak hanya apa yang berlaku di dalam bilik darjah, tetapi juga apa yang berlaku dalam keluarga, jiran dan rakan sebaya pelajar. Pengkritik teori Bronfenbrenner mengatakan bahawa beliau memberikan perhatian yang terlalu sedikit kepada faktor biologi dan kognitif dalam perkembangan kanak-kanak dan tidak menerangkan perubahan perkembangan secara langkah-demi-langkah seperti yang difokuskan dalam teori Piaget dan Erikson. 10.0 KESIMPULAN Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar. Persekitaran yang positif dan membina akan membantu kanak-kanak mencapai kecemerlangan dalam akademik manakala persekitaran yang tidak sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut. Persekitaran yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akademik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak. Sebagai seorang guru, kita perlu memahami dan mengambil langkah-langkah pengayaan yang sesuai dalam membantu kanak-kanak.

17

RUJUKAN Arch G. Woodside, Marylouise Caldwell dan Ray Spurr. (2006). Advancing Ecological Systems Theory in Lifestyle, Leisure, and Travel Research, dalam Journal of Travel Research, Vol. 44, No. 3, hlm.259272. Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development. Cambridge: Harvard University Press. Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development : Experiments by natureand design. Cambridge, MA: Harvard University Press. Bristor, M. W. (1995). Individuals & family systems in their environment. 2nd. Ed. IO : Kendal/Hunt Pub. Co Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2009. Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Izajah Sarjana Muda Perguruan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kail, R. V., & Cavanaugh, J. C. (2010). The Study of Human Development. Human Development: A Life-span View (5th ed.). Belmont : Wadsworth Cengage Learning. Mohamad Shuhny B. Shuib. (2008). Pembangunan Manusia. Scribd http://www.scribd.com/doc/2525380/pembangunan-manusia. (dicapai pada 6 Mac 2012). (n.d.). Urie Bronfenbrenner. Retrieved from Mighty Students website: http://www.mightystudents.com/essay/Urie.Bronfenbrenner.Social.18332 (n.d.). Urie bronfenbrenner. Retrieved from Wikipedia website: http://en.wikipedia.org/wiki/Urie_Bronfenbrenner Santrock, John W. (2007). A Topical Approach to Life-Span Development. New York : McGraw-Hill. Shaffer, D. R. (2000). Social & Personality Development. USA: Wadsworth. Vander Zanden, J. W., Crandell, T. L., Crandell, C. H. (2007).Human Development. (8th ed.). New York: McGraw Hill.
18

http://www.scribd.com/doc/17097218/-Murid-Dan-Alam-Belajar http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-ekologi-bronfenbrenner-19791989.html http://zaifbio.wordpress.com/2009/10/16/teori-perkembangan/ http://www.scribd.com/aboy5469/d/3971974-TEORI-EKOLOGI-BRONFENBRENNER http://www.slideshare.net/Ballakzx/hbef2103-t2-psikologi-pendidikan

19

You might also like