You are on page 1of 1

Cara Meningkatkan Hasil Pertanian Negara. Sektor pertanian banyak memberikan keuntungan kepada negara.

Sektor pertanian telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920-an menerusi industri getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia sehingga tahun 1980-an. Ekonomi negara selepas merdeka dimonopoli oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan sehinggakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika itu menunjukkan sumbangan sektor petanian dan perlombongan mencecah angka 46 peratus. Namun, pengeluaran hasil pertanian kini semakin merosot kerana para petani telah berhijrah ke bandar. Oleh itu, pelbagai cara perlu dilakukan bagi meningkatkan hasil pertanian negara. Antara langkah untuk meningkatkan hasil pertanian ialah pengurusan pertanian secara efisyen. Ini meliputi penggunaan tanah secara intensif melalui pelaksanaan lebih meluas campuran tanaman, mengintegrasi pengeluaran makanan dengan tanaman ladang, menggunakan sumber semulajadi secara mampan dan mesra alam, serta menggalakkan rantaian dengan aktiviti lain seperti industri pembuatan. Sebagai contoh, kita boleh mengorientasikan semula getah sebagai tanaman strategik yang membekalkan balak untuk industri berasaskan kayu serta lateks bagi industri berasaskan getah. Hal ini dapat meningkatkan produktiviti secara maksima dengan kos yang minima. Selain itu, menggiatkan penyelidikan dan pembangunan bagi mewujudkan sumber pertumbuhan baru dengan mengguna dan memulihara sumber semulajadi secara lestari di samping meningkatkan produktiviti ke tahap yang maksima. Kita banyak bergantung kepada teknologi dan input luar. Sebanyak 95% daripada benih tanaman sayuran dan 40% daripada benih tanaman buah-buahan adalah diimport dari China, Australia, dan Taiwan. Justeru, kita perlu meningkatkan usaha penyelidikan bagi mencari sumber-sumber benih alternatif dan menambahkan produktiviti serta keberkesanan kos pengeluaran pertanian di samping menghasilkan produk-produk baru yang inovatif. Kajian juga harus dijalankan bagi menghasilkan rantaian nilai tambah yang lain seperti pemprosesan makanan dan cara-cara pembungkusan di samping langkahlangkah susulan dalam mengkomersialkan penemuan-penemuan kajian dari makmal kepada pasaran. Seterusnya, Kementerian Pertanian dan MIDA telah pun menyediakan insentif istimewa dan potongan cukai bagi projek pertanian, pengeluaran makanan, dan lain-lain industri asas tani seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Penggalakkan Pelaburan 1986 dan Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan layak mendapatkan insentif khas seperti taraf perintis, elaun cukai pelaburan, insentif penyelidikan, insentif eksport, dan sebagainya. Walaupun insentif yang diberikan kepada sektor pertanian sangat banyak dan menarik, namun peratusan pelaburan yang diharapkan masih tidak memuaskan. Tambahan pula, kerajaan perlu hendaklah memperlengkapkan kemudahan infrastruktur dan pemasaran hasil pertanian. Kemudahan-kemudahan seperti saliran dan pengairan serta jalan ladang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga perlu disediakan untuk melancarkan pemasaran serta mengelakkan masalah lambakan. Kesimpulannya, usaha yang holistik pasti mampu mengangkat sektor pertanian sebagai penyumbang utama pendapatan negara. Hasil pengeluaran pertanian perlu mempunyai kecekapan kos dan berkualiti supaya dapat bersaing dengan keluaran daripada negara-negara pengeluar yang lain. Sektor pertanian yang lebih moden, dinamik dan berdayasaing akan menjamin petani, penternak, dan nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi dan stabil. 463 p.perkataan

You might also like