You are on page 1of 4

LAKSAMANA CHENG HO Latar belakang.

Walaupun tidak banyak catatan yang boleh menggambarkan masa kecil laksamana cheng ho, namun diketahui bahawa ia dilahirkan sekitar tahun 1371 di wilayah Yunan. Ada artikel juga menyebutkan lebih khusus iaitu di hodai, sebuah kampung di Daerah Bao San. Orang tuanya memberi nama Ma he, sedangkan Ma San po (dialek Fujian boleh diucapkan Sam Po, Sam Po) merupakan nama kecil dari Laksamana Cheng ho. Beliau dilahirkan sebagai anak kedua dari pasangan Ma Hazhi dan Wen ibunya. Sebagai orang hui, iaitu etnik china yang sebahagian besar adalah muslim, Cheng ho sejak kecil sudah memeluk agama islam. Baik datuknya dan ayahnya sudah menunaikan rukun haji. Seperti diketahui kata hazhi dalam dialek mandarin merujuk pada kata Haji. Saat Dinasti Ming menguasai Yunnan dari dinasti Yuan (bangsa Mongol), banyak pemuda yang ditangkap dan dijadikan kasim di Nanjing. mahe yang saat itu berumur 11 tahun pun diabdikan ke Raja Zhu di istana Beiping (sekarang beijing).

Ketika menjadi kasim atau abdi maharaja, Kasim san po berjaya menunjukkan keberaniannya seperti ketika memimpin dalam perebutan takhta melawan maharaja Zhu Yunwen (Dinasti Ming). Antara tahun 1405 dan 1433, Maharaja Zhu menaja beberapa ekspedisi armada laut ke beberapa penjuru dunia. Tujuannya adalah mengembalikan kejayaan tiongkok, mengawal perdagangan, dan memperluaskan pengaruh di samudera Hindi. Disinilah kasim san po menawarkan diri untuk melakukan misi ekspedisi ini dan Maharaja bersetuju. Mungkin disinilah nama Laksamana Zheng He atau Cheng Ho mula digunakan. Ketika itu tahun 1405, armada yang dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho melakukan perjalanan pertamanya. Armada ini terdiri daripada 300 kapal dengan diawaki 28ribu awak kapal. Dianggarkan armada ini terdiri dari 6 kapal besar yang biasa digunakan dalam perjalanan empayar. Pelayaran pertama cheng ho ini merupakan abad sebelum pelayaran pelaut pemberani dari Eropah, Vasco da gama. Walaupun jika dibandingkan kapal vasco da gama berukuran lebih kecil iaitu panjang 23m, lebar 5m, sedangkan Laksamana Cheng ho sekitar 122m, lebar 52m). Pada pelayaran pertama ini, armada Laksamana Cheng Ho berjaya mencapai

hingga ke Asia Tenggara atau semenanjung Melayu, Sumatera, dan Java. Kemudian dilanjutkan ekspedisi kedua di tahun 1407-1409 dan ekspedisi ketiga 1409-1411 yang mampu mencapai India dan Srilanka. Pada ekspedisi keempat, sekitar tahun 1413-1415, berjaya mencapai teluk persia, daratan arab, mogadhisu (Afrika Timur). Jalur ini diulang pada pelayaran kelima (14171419) dan keenam (1421-1422). Kemudian ekspedisi terakhir dilakukan pada tahun 1431-1433 yang berjaya mencapai Laut Merah.

Falsafah laksamana Cheng Ho:Selama perjalanannya, Laksamana Cheng ho memberikan hadiah kepada daerah yang dikunjunginya berupa porselin, sutera dan barang lain. Dan ia pun mendapatkan hadiah aneh seperti zebra afrika dan zirafah. Selama berkunjung, Laksamana Cheng Ho dan armadanya sangat menghormati budaya dan kebiasaan masyarakat tempatan. Bahkan ketika di Ceylon, Ia membina monumen tiga agama iaitu Islam, Buddha dan Hindu.

Armada Laksamana Cheng Ho tidak mengutamakan peperangan untuk menyelesaikan masalah. Laksamana Cheng Ho lebih menyukai cara diplomasi untuk menyebarkan pengaruh Dinasti Ming. Walaupun dalam beberapa saat Laksamana Cheng Ho tetap mengerahkan kekuatannya seperti ketika menumpaskan Bajak Laut di Ceylon, atau ketika melawan armada tempatan di arab dan afrika kerana mengancam kewujudan Armadanya.

Ketika Laksamana Cheng Ho berusaha mendamaikan kerajaan Blambangan dan Majapahit. Saat itu Laksamana Cheng Ho yang sedang berlabuh di semarang menghantar utusan kehormatan maharaja sebanyak 300 orang ke kerajaan Blambangan. Utusan ini sama sekali tidak bersenjata. Namun Majapahit salah mengira jika Kerajaan Blambangan sedang meminta bantuan dari Maharaja Ming. Sehingga Majapahit kemudian menyerang utusan ini. Sekitar 170an lebih utusan tewas.

Laksamana Cheng Ho yang terkejut dengan serangan ini mengerahkan seluruh armadanya ke kerajaan Majapahit dan mengarahkan semua meriam kapal perangnya ke daratan. Namun ditengah emosi armadanya, Laksamana Cheng Ho melakukan tindakan yang mengejutkan iaitu dengan kapal kecil ditemani beberapa pengawalnya menghadap Raja Majapahit dan menanyakan alasan mengapa utusannya diserang.

Raja Majapahit menyedari telah terjadi salah faham. Masalah ini pun dapat diselesaikan dengan damai. Sungguh luar biasa hal yang dilakukan oleh Laksamana Cheng Ho. Jika saja kita tidak mengutamakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah maka hasilnya akan luar biasa. Jalan damai masih lah penyelesaian yang terbaik. Laksamana Cheng Ho diketahui meninggal dalam perjalanannya yang terakhir iaitu ke-7. Walaupun di china anda akan boleh mencari makamnya, namun seperti pahlawan lain makam itu kosong.

Laksamana Cheng Ho dalam 7 perjalanan lautnya berjaya menyebarkan warga china muslim ke Melaka, Palembang, Kuala Lumpur dan kawasan lain. Seperti diketahui Melaka menjadi pusat pendidikan islam dan pusat perdagangan. Walaupun Laksamana Cheng Ho tidak mengutamakan perdagangan kerana ia bukanlah seorang peniaga. Misinya adalah menunjukkan organisasi yang baik dan teknologi maju kepada dunia. Ekspedisinya memudahkan pedagang china untuk mencapai dan berdagang hingga ke seluruh dunia. Seperti diketahui orang china berjaya tersebar di seluruh dunia termasuk Indonesia. Sumbangan Cheng Ho : Latar belakang Cheng Ho :

Tokoh pelayar China yang terkenal pada zaman Ming. Dilahirkan dalam keluarga pelayar terkemuka. Ayah dan datuk Cheng Ho pernah belayar ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Seorang yang beragama Islam dan berasal dari wilayah Yunan. Pernah memegang jawatan sebagai pegawai tinggi kerajaan dan berkhidmat semasa pemerintahan maharaja Yung Lo.

Matlamat Ekspedisi :

Matlamat utama ekspedisi Cheng Ho ialah meluaskan hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan di Asia, menonjolkan kuasa dan pengaruh China ke seluruh pelusuk dunia, mengumpul cukai, mengasaskan koloni wilayah naungan, mengemukakan maklumat tentang wilayah asing dan mendapat bantuan bagi mengatasi serangan Monggol

Memimpin ekspedisi :

Memimpin tujuh ekspedisi penjelajahan dan penerokaan serta mengetuai ekspedisi perlayaran terbesar pada tahun 1414 melibatkan 63 buah kapal besar dan 100 kapal kecil sebagai pengiring ke Asia Tenggara.

Merancang ekspedisi :

Merancang dan membangunkan hubungan perdagangan antara China dengan Barat melalui jalan laut, serta ekspedisi ke kawasan seperti kepulauan Melayu, India, Sri Lanka,Teluk Parsi, Aden dan Pantai Timur Afrika.

Mengiringi utusan :

Menyertai ekspedisi membawa utusan khas daripada Maharaja China ke negara-negara yang dilawati. Beliau diutus oleh Maharaja Yung Lo untuk mengiringi utusan asing yang kembali ke negara asal, iaitu benua Afrika.

Destinasi ekspedisi :

Pada tahun 1405 Masihi, beliau memimpin ekspedisi ke Asia Tenggara khususnya Sumatera, Jawa, Thailand, Tanah Melayu dan Borneo. Melawat Melaka pada tahun 1409 dan 1411, dan menyampaikan hadiah berupa cap mohor, persalinan, payung kuning dan kain sutera kepada sultan Melaka, iaitu Parameswara. Pernah belayar ke India, Sri Lanka, Kepulauan Maldives, Teluk Parsi, Tanah arab dan pantai timur Afrika. Beliau pernah ke Jeddah, Hormuz dan Pantai Somalia untuk menjual barang-barang seperti tembikar dan sutera serta membeli barang-barang seperti gading gajah dan tanduk badak dari pedagang-pedagang Arab. Kesimpulan :

Cheng Ho merupakan ahli pelayaran China yang memberi sumbangan besar dalam bidang pelayaran. Cheng Ho memberi sumbangan dalam bidang sejarah khususnya mencatatkan rekodrekod sejarah tentang kawasan yang dilawati. Laksamana Cheng Ho pula memainkan peranan dalam menjadikan China sebagai kuasa kelautan yang unggul pada abad ke 15 Masihi.

You might also like