You are on page 1of 11

4.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

4.1. Konsep PBS Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merujuk kepada Panduan PBS dari Kementerian Pelajaran Malaysia ialah pentaksiran yang dirancang,ditadbir, diskor dan dilapor oleh sekolah. PBS membolehkan calon mengukur tahap penguasaan pengetahuan,kemahiran dan nilai berbanding kriteria yang ditetapkan. PBS merupakan suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Ini merujuk kepada beberapa aspek penilaian seperti aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Aspek penilaian ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen yang terdapat dalam PBS telah dibahagikan kepada dua bidang utama iaitu bidang akademik dan bukan akademik dan beberapa komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Ia boleh digambarkan di dalam carta alir 4.1. Bidang-bidang ini memberi pengiktirafan kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif berasaskan sekolah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Akademik

Bukan Akademik

Pentaksiran sekolah

Pentaksiran Pusat

Pentaksiran aktiviti, jasmani, sukan dan kokurikulum

Pentaksiran Psikomentrik

Carta 4.1 : Komponen pentaksiran sekolah

Komponen akademik yang pertama ialah pentaksiran sekolah. Komponen ini dilaksanakan sepenuhnya oleh sekolah iaitu pentadbir, guru dan juga murid. Ibu bapa juga terlibat secara langsung bagi memastikan objektif pentaksiran ini dapat dicapai dengan jayanya. Pentaksiran ini dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Komponen yang kedua di bawah bidang akademik ialah pentaksiran pusat. Pada peringkat ini, pentaksiran masih dilaksanakan di peringkat sekolah tetapi mengikut kerangka yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Bidang buka akademik juga mengandungi dua komponen utama iaitu PPsi dan PAJSK. PPsi dilaksanakan di peringkat sekolah dan pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat kecenderungan,sikap dan personaliti murid. Komponen kedua di bawah bidang ni ialah PAJSK. Pentaksiran ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum. Keempatempat komponen ini menepati dengan falsafah pendidikan negara dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

4.1.1. Ciri-ciri PBS PBS mempunyai beberapa ciri-ciri bagi memastikan setiap tindakan yang dilakukan berpandukan kepada ciri-ciri berikut. Ciri yang pertama ialah Holistik. PBS merupakan satu sistem yang menyeluruh dan bersepadu yang mengambil kira pelbagai aspek yang terdapat di dalam falsafah pendidikan kebangsaan di mana ia menjadi pegangan dan rujukan kepada sistem pendidikan negara. Ciri yang kedua ialah seimbang iaitu mengambil kira semua aspek bukan sahaja dalam bidang akademik malah bidang bukan akademik juga dinilai. Ciri yang seterusnya ialah fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid. PBS yang terbaru merujuk kepada rangka kurikulum terbaru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mempunyai standard yang telah digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Standard ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan pencapaian murid. Sistem PBS yang terbaru juga menjadikan proses pentaksiran sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajara. Ini dapat dilihat di mana implementasi pentaksiran formatif dan sumatif yang dilaksanakan oleh guru berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

4.1.2. Dasar Pelaksanaan PBS Pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bagi sekolah rendah adalah berdasarkan kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),Penilaian Murid (Seksyen 67),Peperiksaan (Seksyen 68), Larangan Tentang Pengendalian

Peperiksaan dan Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 (Seksyen 69), Bahagian II, Perkara 3 iaitu:

1. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah; 2. Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan;dan 3. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

4.2. Kaedah Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS)

Pentaksiran Sekolah (PS) dijadikan sebagai komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan

pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satusatu proses P&P. Pihak sekolah melaksanakan sepenuhnya PS bermula dengan aspek perancangan pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. Di antara ciri-ciri PS termasuklah berbentuk holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni. PS juga bersifat berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P. Selain itu ciri PS juga bersifat fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid. Ciri yang terakhir PS ialah ia haruslah merujuk kepada standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. Pelaksanaan PS di sekolah adalah dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan semasa proses P&P dan pentaksiran sumatif yang dijalankan pada hujung semester.

4.2.1 Pentaksiran Rujukan Standard

Bagi menambah baik pentaksiran sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard telah diperkenalkan dengan menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah boleh mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid. Falsafah pendidikan kebangsaan telah mewujudkan dua standard iaitu standard kurikulum dan standard prestasi. Perbezaan di antara dokumen standard ini dapat dijelaskan dalam jadual 4.1.

Perbezaan Dokumen Standard Dokumen Standard Kurikulum Mengandungi perkara yang patut dipelajari oleh murid Komponen Kandungan Dokumen Standard Prestasi Mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikut seperti tahap pencapaian dalam

dihasratkan

dokumen kurikulum. Bahagian Pembangunan Kurikulum Dibangunkan Lembaga Peperiksaan

Jadual 4.1: Perbezaan antara dokumen standard kurikulum dan dokumen standard prestasi

4.2.2 Standard Prestasi

Standard Prestasi pula merujuk kepada pencapaian atau penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan penanda aras yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi menjadi panduan kepada guru untuk memastikan aktiviti pentaksiran boleh

dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. Penyataan Standard dinyatakan dalam Kerangka Standard Prestasi yang

mengkategorikan standard mengikut Band iaitu Band 1,Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh di perhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu. Standard prestasi sekali gus dijadikan sumber rujukan semua pihak yang terlibat dalam pendidikan.

Kerangka standard prestasi digunakan dalam PS dan dibina bagi tujuan panduan kepada semua subjek di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Band 1, murid tahu perkara asas, manakala Band 2, murid akan menunjukkan kefahaman, Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan, Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab,seterusnya Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab secara sistematik dan akhir sekali Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif dan mempunyai keupayaan membuat keputusan. Kerangka standard prestasi boleh dirujuk dalam jadual 4.2. BAND 1 2 3 4 5 6 STANDARD

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu dan Faham Tahu Jadual 4.2 : Kerangka standard prestasi

Kerangka Dokumen Standard Prestasi yang digunakan di sekolah ditunjukkan di dalam jadual 4.3. Penyataan standard digubal berdasarkan objektif mata pelajaran berkenaan. Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid harus tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran. Penyataan evidens pula adalah menerangkan bagaimana murid menunjukkan apa yang dipelajari. Evidens pula ialah bahan atau apa-apa bukti yang ditunjukkan oleh murid dalam suatu tugasan. Pelbagai bentuk instrumen yang boleh dijadikan sebagai instrumen. Contohnya kuiz, pertandingan bahas,ujian bertulis bergantung pada tahap kesesuaian objektif pembelajaran.

Band 1 2 3 4 5 6

Penyataan Standard

Deskriptor

Evidens

Penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran (Merujuk Objektif Mata Pelajaran)

APA murid tahu dan boleh buat (Merujuk Standard Kurikulum Tahun-Tahun Tertentu Bagi Mata pelajaran)

BAGAIMANA murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat

Jadual 4.3 : Kerangka Dokumen Standard Prestasi

Aplikasi standard prestasi dalam pentaksiran sekolah (PS) di mulakan dengan perancangan guru dalam penentuan kaedah, strategi, teknik dan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen standard kurikulum. Seterusnya guru mentaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar melalui instrumen pentaksiran yang sesuai sama ada secara formal atau tidak formal secara berterusan. Selepas proses penilaian guru perlu membuat pelaporan berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid. Terdapat dua sistem pelaporan yang digunakan dalam PS iaitu formatif dan sumatif. Contoh instrumen yang digunakan di sekolah adalah seperti lampiran 3. Murid yang telah mencapai standard guru meneruskan proses pengajaran yang seterusnya manakala murid yang tidak mencapai standard guru perlu membuat pemulihan dan membimbing murid tersebut. Proses pentaksiran boleh digambarkan dalam carta aliran dalam carta 4.1.

MULA

Guru pilih standard kurikulum yang akan diajar

Guru rancang pengajaran, pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran Pemulihan Guru melaksanakan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran Belum mencapai tahap penguasaan

Guru menilai prestasi murid, merekod dan melapor berdasrkan evidens

Telah mencapai tahap penguasaan Pilih standard kurikulum yang baru dan laksanakan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran seterusnya.

Carta 4.1: Proses pentaksiran sekolah berasaskan standard prestasi

4.3. Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia Dokumen standard prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dibina sebagai panduan untuk guru-guru bahasa menambah baik PS sejajar dengan pelaksanaan pentaksiran rujukan standard seperti yang diterangkan di atas. Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia boleh dirujuk di lampiran 4.

LAMPIRAN 3
CONTOH INSTRUMEN PBS

LAMPIRAN 4
DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

You might also like