You are on page 1of 1

Aktiviti sukan dan riadah dapat memberi kebaikan kepada orang ramai. Bincangkan kenyataan tersebut.

Skema Jawapan: Pengenalan: -sukan dan riadah dijalankan pada waktu terluang. -antara aktiviti bersukan termasuk bermain bola sepak dan lain-lain. -di negara maju, sukan sudah menjadi kelaziman. -di negara kita, masih ramai tidak menyedari kebaikan bersukan dan beriadah. -persoalannya apakah kebaikan bersukan dan beriadah? Isi 1: -bersukan dapat menyihatkan badan -mengeluarkan peluh dan badan menjadi sihat -contohnya, masyarakat jepun mempunyai jangka hayat tinggi kerana gemar bersukan dan beriadah. -tambahan pula badan yang cergas menghasilkan otak yang cerdas -Oleh itu, rajin bersukan/ beriadah melahirkan masyarakat sihat. Isi 2: -bersukan dapat membentuk disiplin diri dan nilai-nilai murni -bersukan mengajar menepati masa, kesungguhan, kerjasama dan sebagainya -umpamanya, dalam pertandingan badminton mengajar supaya gigih dan bersemangat tinggi -maka mereka yang aktif bersukan dan beriadah menjadi insan yang cemerlang Isi 3: -bersukan dan beriadah melahirkan masyarakat yang bersatu padu. -pelbagai kaum dapat bersukan dan beriadah bersama-sama. -contohnya, di sekolah, pelbagai kaum akan menjalankan aktiviti sukan bersama-sama -dapat menghasilkan perpaduan kaum di negara kita. -Jadi, dapat melahirkan negara aman / harmoni Isi 4: -bersukan/ beriadah dilakukan bersama keluarga pada hujung minggu/ waktu cuti. -akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan -contohnya- ibu bapa boleh membawa anak berjoging atau bermain badminton -akan mengeratkan rasa kasih sayang dalam keluarga -jelasnya, bersukan dapat membentuk keluarga bahagia keluarga bahagia negara sejahtera Penutup: -Intihanya, sukan / riadah banyak memberi kebaikan kepada orang ramai -Bersukan bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah dapat mengukuhkan perpaduan dan keluhuran keluarga -ibu bapa mesti menggalakkan anak-anak bersukan melentur buluh biar dari rebungnya.

You might also like