P. 1
gamelan

gamelan

|Views: 176|Likes:
Published by Ah Wen Aja

More info:

Published by: Ah Wen Aja on Apr 05, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/05/2012

pdf

text

original

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.Bertemu lagi kita dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Entri pada kali (minggu ke-5) ini adalah refleksi yang berkisar tentang gamelan dan caklempong. Sebelum saya menghuraikan berkenaan gamelan dan cakempong, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang perjalanan kuliah pada minggu ini. Kuliah pada minggu ini bermula agak lancar tetapi, kami pelajar Muzik dari semester lima masuk agak lewat kerana menghadiri sesi fotografi yang diadakan di hadapan SITC. Jadi, kami agak ketinggalan sedikit berbanding yang lain tentang pengenalan gamelan. itu, ianya tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan kuliah ini. Untuk pengetahuan semua, kami sudah mengikuti subjek gamelan dan caklempong pada semester dua dan tiga. Ini sedikit sebanyak menjadi satu 'advantage' kepada kami, semester lima. Walaupun sudah mengikuti subjek ini, kami masih lagi kurang diberi pendedahan berkaitan muzik ini kerana subjek tersebut lebih kepada praktikal sahaja. Di harap, En. Amran dan kawan-kawan yang lain dapat berkongsi pengetahuan berkaitan tajuk yang dipelajari pada minggu ini. Pada minggu ini, kami diberi penerangan tentang dua alat muzik tradisional Malaysia iaitu Gamelan dan Caklempong. Semasa kami masuk ke dalam kelas, tayangan video Gamelan Bali dipaparkan. Penerangan dimulakan dengan Gamelan yang merangkumi tiga aspek penting iaitu:-

Gamelan adalah berasal dari bahasa Jawa iaitu 'gamel' yang membawa maksud tabuh atau pukul. Ianya bertepatan dengan kategori alat-alat muzik gamelan iaitu di bawah golongan atau perkusi. Ianya perlu dibunyikan denan cara ditabuh ataupun memukulnya. Alat muzik gamelan juga diperbuat daripada perunggu dan kayu serta dari besi dan juga buluh. Perunggu adalah campuran daripada tembaga merah dan timah putih. Dari segi peralatannya pula, ianya mempunyai pelarasan yang telah ditetapkan atau fixed tuning. Seperti yang kita sedia maklum, permainan muzik gamelan ini dimainkan atau dilakukan secara ensembel atau berkumpulan dan ianya boleh dipersembahkan secara tersendiri. Alat gamelan yang pertama dicipta ialah gong (wujud semenjak Tamadun Melayu 1). Kemudian, alat-alat lain juga wujud mengikut peredaran zaman. Di awal tahun tamadun Melayu, alat gong menjadi sangat penting sebagai tanda untuk memulakan sesuatu upacara dan untuk menandakan sesuatu peristiwa berlaku.

Sultan Sulaiman mangkat (1942). Seterusnya. Togok. ianya mula diperkenalkan di negeri Pahang pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. dan sebagainya. Oleh kerana puterinya sangat meminati gamelan. Apabila baginda sultan mangkat pada 1914. Ketam Renjong. Berbagai-bagai lagu dan tarian telah dicipta antaranya Lambang Sari. gamelan di bawah jagaannya di Pahang telah di bawa ke Istana Terengganu dan telah melatih pemudapemudi di sana untuk bermain dan menari gamelan. isteri kedua baginda pun meninggakan Pahang untuk tinggal bersama puterinya di Terengganu. set gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan telah dipamerkan. gamelan ini ada di beberapa buah negara lain juga. gamelan telah dikenali di seluruh pelusuk dunia sebagai sebuah muzik etnik yang unik yang memiliki keistimewaan yang tersendiri.Berlainan pula pada zaman Pemerintahan Kerajaan Demak di Jawa. di negara Brunei. Thailand. Terdapat beberapa jenis gamelan di seluh dunia termasuklah Gamelan Melayu. Mindanao. Pada 1973. Ia mula diminati oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah sebagai isteri pertama sultan dan diikuti isteri kedua baginda iaitu Che Zubedah. Sedikit sejarah mengenai Gamelan Melayu. Mungkin terdapat perbezaan pada namanya mengikut sesuatu tempat di mana ianya berada tetapi bentuk alatan dan susunannya adalah sama. Gamelan Terengganu mula mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun (1941). Tengku Ampuan Mariam berpindah ke Istana Kolam bersama penari dan set gamelan. Tetapi kini. gamelan ini telah dibawa ke Terengganu setelah puteri mereka. langit tidak selalunya cerah. Geliung. Setelah itu. kerajaan Pahang dan Terengganu pula melakukan tawar-menawar menawar mengenai hak milik set gamelan tersebut. Tengku Ampuan Mariam juga ada menulis sebuah manuskrip mengenai Joget Gamelan manakala Sultan Sulaiman pula bertanggungjawab menukar nama 'Joget Pahang' kepada 'Joget Gamelan Terengganu'. Gagak Seteru. . dan Gamelan Amerika. dan sebahagian Vietnam. Gamelan Banyuwangi. Gamelan Jawa.Sejarah Gamelan Melayu adalah dari kategori Muzik Bentuk Tarian Utama. Ianya dipercayai berasal dari Indonesia dan ada juga alat gamelan yang serupa di negara lain seperti Filipina. Gambang Keromong. Setelah suaminya. Gamelan Sunda. Walaubagaimanapun. Lancang Kuning. Tengku Ampuan Mariam melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913. selain di negara sendiri iaitu di Kulintangan (Sabah). pada masa itu gamelan telah digunakan untuk tujuan berdakwah oleh ahli sunan (kiai). dan Celebes. Cambodia. set Gamelan Melayu tersebut telah disimpan di Muzium Tokoh. Kini. Pahang. Bukan itu sahaja. Kuantan. Di mana. Sarawak. JENIS-JENIS GAMELAN Gamelan Melayu . Sebenarnya. Gamelan Bali.

ALAT-ALAT MUZIK GAMELAN MELAYU .

diperbuat daripada 'perunggu'. Ensembel Gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat utama:Bonang Juga dikenali sebagai Keromong. Alat-alat ini diperbuat daripada gangsa yang berbentuk seperti mangkuk dan berpencu serta mellophones(alat muzik tiupan dalam keluarga brass. Jika dilihat. Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Alat ini memainkan melodi utamadan ianya mengandungi 2 oktaf yang berlaras 'anhemitomik pentatonik'. Gambang Ianya terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Jika dilihat secara fizikalnya. Ada juga alat membranofon seperti gendang dua muka. Ia mengandungi beberapa . ianya seakan sama dengan bentuk marimba ataupun xylophone. Ia adalah gong yang bersaiz kecil. alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya "dengung".Sebahagian besar alat-alat dalam Gamelan Melayu adalah alat-alat idiofon itu yang diketuk untuk mengeluarkan bunyi.

Kenong Sama seperti bonang dan yang lain. Sebagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok. Alat pemukul yang digunakan diperbuat dari jenis kayu yang lembut. Gambang mempunyai sehingga 3 oktaf.Dalam permainan ini teknik perdam dan cincang sering digunakan dan mampu menghasilkan suara yang lantang dan nyaring.oktaf yang dijadikan sebagai alat melodi. Saron Peking Dikenali juga sebagai saron penerus. Gendang .6 (dalam sistem nada).5. Kenong berfungsi sebagai penanda masa. Ia diketuk menggunakan 2 bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi. Pencunya diketuk dengan menggunakan pemalu kayu yang dibalut dengan kain yang tebal dihujungnya. Kenong juga sejenis alat yang diapungkan bagi mengeluarkan bunyi gema. Alat pemukul diperbuat daripada tanduk kerbau. Saron pekin berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. Kenong terdiri daripada satu set yang mengandungi tiga gong yang dilaraskan dalam pic 1. ianya diperbuat daripada perunggu.

Peranan gendang sebagai peyokong irama adalah merupakan sejenis gendang dua muka. Ia dipukul dengan kedua belah tangan dan mampu menghasilkan suara mnemonik asas seperti 'dum' pada permukaan besar dan mnemonik 'tak' pada permukaan kecil. Saiz gong ini agak kecil jika dibandingkan dengan gong ageng gamelan Jawa. Sistem Talaan Dalam Gamelan Melayu . Manakala fungsi gong suwukan pula adalah penanda masa yang mempunyai register rendah. Fungsi gong ageng mempunyai register (not/pic) yang paling rendah. Gong Terdiri daripada pelbagai saiz yang menghasilkan pic yang berbeza dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. menentukan pusingan bentuk iaitu musical foam. Sesetengah pemain gamelan hanya menggunakan 2 jenis gong sahaja iaitu gong suwukan dan gong ageng (juga dipanggil gong agung).

6.Mengandungi pic 6. Alat-alat gamelan pula didapati digunakan bagi tujuan mengiringi Riog.Sejarah Gamelan Jawa adalah dari kategori Muzik Bentuk Tarian Utama. wayang kulit purwa dan kuda kepang. Barungan dan Kuda Kepang. Kesenian muzik Gamelan Jawa merangkumi tarian. 1. Kupu-kupu dan Cakil. terdapat pelbagai bentuk tarian dan wayang Jawa yang masih dipersembahkan dengan iringan Gamelan Jawa. erofon dan membranofon berserta penyanyi perempuan dan lelaki. Definisi terkini bagi Gamelan ialah sebuah persembahan orkestra yang didominasikan alat muzik gangsa iaitu alat muzik kordofon. . 5. muzik Gamelan Jawa juga mengiringi tarian seperti Tarian Kifrah. 2. Di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia pula. dan 1. Bukan itu sahaja. Muzik gamelan ini berasal dari Pulau Jawa Tengah dan dibawa oleh orang-orang Jawa ketika penjajahan orang-orang Eropah. Serimpi Lilin. Video-video Gamelan Melayu Video 1 : Togok Video 2 : Timang Burung dan Ketam Renjong Video 1 : Togok Video 2 : Timang Burung dan Ketam Renjong Gamelan Jawa . 3.

Tarian Serimpi Tarian Cakil Manuskrip Tarian Gamelan Muzik Gamelan Jawa juga biasanya dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan. berkhatan dan sebagainya. Muzik Gamelan Jawa memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan rakyat iaitu sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana sahaja. Selangor dan Wilayah Persekutuan. Gamelan jenis ini boleh didapati di Johor. .

F# G# A B] perbezaan jeda yang besar Skel Pelog . degung (biasanya digunakan di daerah Sunda atau Jawa Barat).Pemuzik Gamelan Jawa Dalam Sebuah Majlis Perkahwinan Bilangan set alat Gamelan Jawa adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan set alat Gamelan Melayu. pelog. iaitu : 1 2 3 4 5 6 7 [C+ D E. saron penerus/pekin. kenong. Permainan dan persembahannya juga lebih kompleks. sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah. demung. iaitu : 1 2 3 5 6 [C. gambang. Set alat Gamelan Jawa memgandungi 9 alat iaitu gendang (ketipung. bonang/keromong. saron barung. kempol dan gong.perbezaan jeda yang kecil sahaja Pelog memiliki nada per oktaf.D E+ G ] . bem). jiblon. iaitu dengan cara slendro. ALAT MUZIK GAMELAN JAWA Gamelan Jawa menggunakan empat cara penalaan. dan madenda (juga dikenali sebagai diatonik).   Slendro memiliki 5 nada per oktaf.

Dimainkan untuk mrngawal tempo lagu dan dipukul menggunakan dua tapak tangan .Kenong -Dimainkan pada detik keempat setiap gatra 3.Mengeluarkan pic paling rendah dan dimainkan pada akhir frasa lagu untuk menandakan satu pusingan lengkap lagu 2.Gong .Gendang/Khendang .Perbezaan Gamelan Melayu/Terengganu dan Jawa Persamaan Gamelan Melayu/Terengganu dan Jawa 1.

Notasi dan skel Caklempong . sistem nombor diperkenalkan bagi memudahkan pemuzik memainkan repetoire atau lagu yang telah banyak berkembang. Contohnya 1 dan i. Untuk pengetahuan semua. Di awal perkembangan muzik Gamelan. Seterusnya. NotasiGamelan Gamelan pada awalnya dimainkan tanpa menggunakan notasi kerana ianya dikira tidak penting dan lagu lama tidak pula dicatat. 2 dan 2' secara berganda. Gambang biasanya meminkan not kuaver. 3/3'.4.Gambang .Memainkan melodi lagu dengan cara mengetuk notasi satu oktaf. dalam subjek Gamelan yang telah kami ambil pada semester 2 yang lalu juga menggunakan Sistem Kepatihan ini. contohnya 2/2'. Sistem menggunakan nombor ini dikenali sebagai Sistem Kepatihan dan ianya kekal digunakan sehingga sekarang. ramai yang mempelajari muzik Gamelan secara tidak formal sahaja iaitu melalui pendengaran yang dimulakan dengan lagu yang mudah dan beransur kepada yang lebih kompleks. pada abad ke-19.

perasaan peka kepada tekstur keseluruhan serta kerjasama dan hubungan yang baik di antara setiap alat atau pemain. Permainan gamelan memerlukan kemahiran muzikal secara teknikal. Bentuk muziknya yang berulang-ulang menampakkan ciri-ciri muzik ini. Setelah penerangan berkaitan Gamelan berlalu. Setiap frasa yang diulang muziknya dan bergerak dalam bentuk bulatan.Notasi lagu Timang Burung TEKSTUR GAMELAN Muzik Gamelan bertekstur polifoni yang bermaksud gubahan yang mempunyai banyak lapisan suara. Di bawah tajuk ini merangkuli 3 aspek penting iaitu: - . kuliah diteruskan lagi dengan penerangan yang seterusnya iaitu Caklempong.

kenong. Di dalam tradisi terdahulu. Muzik tradisional caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14. Caklempong dimainkan semasa upacara pertabalan Sultan. Persembahan Caklempong adalah mengiringi nyanyia. Negeri Sembilan. dan talempong. tarian lilin. menghentak. gambang. Kini. Ianya dimainkan dengan cara memukul. menggoncang dan mengetuk. Muzik caklempong juga telah diajar di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian bagi tujuan mengekalkan warisan ini agar ianya tidak hilang begitu sahaja. angklung. Caklempong tergolong di dalam kumpulan Idiofon (Idiophone)iaitu kategori alat muzik yang dibuat daripada bahan logam. kayu.caklempong turut memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat Minang seperti menyatupadukan penduduk setempat. . majlis perkahwinan. dan majlis keramaian selain dalam drama tarian randai. saron. dan Jelebu.Trompong (Bali) dan Kulintang (Filipina). kertuk dan lain-lain. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong. Ianya boleh didapati di Daerah Lenggeng. Kuala Pilah. muzik caklempong telah diterima baik oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebagai muzik warisan bangsa milik semua dan bukannya tertumpu kepada Negeri Sembilan sahaja. Masyarakat Minangkabau memanggil caklempong sebagai talempong. bonang. selain daripada tujuan untuk berhibur. buluh dan tempurung.CAKLEMPONG Caklempong juga dikenali sebagai telempong. alat muzik berbentuk seperti gong kecil juga terdapat di tempat lain dan dikenali sebagai kyi-waing (Myanmar). Selain caklempong yang terdapat di Negeri Sembilan dan talempong di Sumatera Barat. SEJARAH CAKLEMPONG Secara ringkas berkenaan sejarah Caklempong. Caklempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. tak lempong. pencak silat.

Penalaan pic yang rendah ialah dengan cara mengetuk permukaan pada bahagian luar cembol. Penalaan yang dibuat ke atas Bonang Gereteh . tinggi 8-10 cm. Saiznya sama dengan sebuah piring.5cm di tengah-tengahnya. Ia juga mempunyai cembol untuk diketuk yang setinggi 2. tetapi kini telah dimasukkan kesemua notasi. F dan G. Pada asalnya.ALAT-ALAT MUZIK CAKLEMPONG Bonang Bonang caklempong yang berbentuk seperti gong atau tetawak kecil diperbuat daripada perunggu atau tembaga berdiameter 16cm. caklempong dimainkan mengikut skala pentatonik yang terdiri daripada notasi C. Bonang disusun atas dua baris tali yang telah diikat dalam tepak caklempong. D. E. Penalaan (tuning) boleh dilakukan dengan cara mengetuk permukaan bahagian dalam cembol bagi mendapatkan pic yang tinggi.

Tingkah Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E. B. Gereteh merupakan melodi utama. Cara mengetuk tingkah adalah dengan cara melalu dan mudah dimainkan. termasuk 7 not pilihan di dalam dua baris selari (Baris 1 mempunyai 8 Bonang dan baris 2 mempunyai 7 Bonang). Saua diketuk mengikut corak irama Ostinato dan bergerak mengikut kord melodi.Gereteh terdiri daripada 15 Bonang yang disusun dalam nada C Major satu oktaf. F. Corak irama Ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Saua. C dan D. A. Saua/Sauwa Saua juga mempunyai lapan biji bonang dan berbentuk seperti tingkah. Yang membezakan antara keduanya ialah cara ia dimainkan. G. Permainan Tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang. Notasi Caklempong Tingkah . Terdapat dua set Gereteh di dalam satu set lengkap caklempong. Bb.

saiznya adalah 2cm lebih besar daripada gendang anak. Gendang ibu dan anak Di dalam persembahan caklempong. Gendang dipukul pada mukanya dengan tangan oleh dua orang pemain bagi menghasilkan rentak (resultant rhythmic pattern) melalui teknik permainan tingkah. sebaliknya hanya kord blok sahaja disediakan. Peranan Gendang Ibu ialah mengawal tempo dengan cara pukulan melalu. Bangsi . Baluh yang berbentuk cembung dan dua muka kulit gendang diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang diikat pada baluh dengan tali. Gendang ibu dan anak mempunyai saiz yang berbeza. Bagi gendang ibu. Notasi untuk Saua bermula dari not E rendah.dan Saua tidak disediakan. ada 2 gendang yang digunakan iaitu gendang ibu dan anak.

Ianya memainkan melodi yang sama dengan caklempong gereteh terutamanya dalam lagu yang dihasilkan.com/ . Serunai Terdiri daripada pupuik gadang yang diperbuat daripada daun kelapa dan papuik tanduk yang diperbuat daripada tanduk kerbau. Susunan alat Caklempong http://worldcaklempong. Bangsi diperbuat daripada buluh dan mempunyai 7 lubang jari untuk menghasilkan 7 skala ton / pic yang berpadanan dengan nada gereteh caklempong. atau pupuik iaitu sejenis alat tiupan jenis pelidah daripada golongan daun kelapa.blogspot.Alat muzik bangsi (berbentuk seperti rekorder bersaiz 17cm) atau serunai. Bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya.

Dari pemerhatian saya. Ianya jelas kelihatan dari kesungguhan mereka untuk mempelajari dan bermain alat ini dalam masa yang singkat. Di harap. Kami juga diminta untuk men'demo'kan lagu Timang Burung dan membimbing pelajar-pelajar lain untuk memainkan alat-alat ini. Sekian. kami diminta untuk ke bilik tradisional bertujuan untuk memperkenalkan alat-alat muzk Gamelan kepada pelajar subjek Pengayaan Diri khususnya.Video-video Caklempong Video 1 : Renjis-renjis Dipilis Video 2 : Sogo Video 1 : Renjis-renjis Dipilis Video 2 : Sogo Sebelum kelas berakhir. minat yang ada itu tidak hanya berakhir di sini dan akan terus berkembang kelak. saya dapati keseluruhan dari pelajar subjek Pengayaan diri begitu tertarik dan berminat dengan alat muzik Gamelan ini. . terima kasih. Syabas untuk semua kerana berjaya memainkan lagu Timang Burung.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->