You are on page 1of 6

Episitomi dan Cara Penjagaan nya..

Melahirkan 2 orang anak memang pengalaman yg tidak dapat dilupakan, lebih2 lagi kedua2 pengalaman bersalin doktor melakukan episiotomi yang mana memang terasa sakit semasa jahitan dilakukan dan semasa minggu pertama selepas bersalin. Bersalin anak pertama doktor melakukan episiotomi mungkin disebabkan ini adalah pengalaman bersalin yg pertama dimana ditambah dengan saiz kepala bayi yg agak besar. Bagi anak kedua pula saya melahirkan anak secara songsang dan pada waktu itu kepala bayi terlekat dan bagi melancarkan kelahiran doktor telah melakukan episiotomi. Pada minggu pertama berpantang memang segala pergerakan terpaksa dikawal dan bergerak secara perlahan-lahan sahaja, baik ketika berjalan, duduk mahupun semasa berbaring. Malah untuk memerhati keadaan luka sahaja terasa ngeri sedikit.

Episiotomi merupakan torehan kecil yg dibuat antara bahagian faraj dan anus bagi memberikan ruang yg lebih besar bagi memudahkan bayi dilahirkan. Torehan ini bagi menghalang tisu faraj daripada terkoyak dan ianya hanya dilakukan apabila perlu. Beberapa jahitan akan dilakukan untuk menutupnya kembali. Lebih kurang 20 tahun lalu ia menjadi amalan rutin. Tetapi kebelakangan ini, dari tahun 90an, ramai pakar perubatan tidak bersetuju kaedah ini dan tidak menggalakkan kegunaannya secara rutin, kecuali untuk kes tertentu saja. Faraj wanita adalah suatu rongga yang tertutup dan bersaiz lebih kurang 3 inci panjang. Ia boleh mengembang beberapa kali ganda untuk membenarkan bayi melaluinya tanpa mengalami apa-apa carikan atau kecederaan. Bahagian yang akan terluka ialah di pembukaannya kerana di sinilah ia bertembung dengan kulit, kerana Kulit tidak dapat meregang begitu banyak. Jadii, bila ia diregang ke tahap yang maksimum, ia akan mula

terkoyak dan luka, dan otot-otot di bahagian bawahnya juga akan turut luka dan terkoyak. Luka ini boleh berlaku di banyak bahagian pembukaan faraj dan boleh menyebabkan luka teruk yang mendalam dan membabitkan dubur. Bagi mengelakkan luka tidak terkawal, episiotomi dilakukan supaya luka itu terjadi hanya di satu tempat saja dan senang untuk dijahit dan dibaiki semula. Bahagian dubur tempat najis keluar tidak akan terbabit dalam episiotomi, sebaliknya ia dielakkan supaya fungsinya tidak terganggu. Bagaimanapun jika kepala bayi terlalu besar untuk pembukaan faraj itu, koyakan di kawasan episiotomi itu boleh merebak ke bawah dan ke dalam dan secara tidak sengaja, ia juga akan carik. Selepas bersalin, episiotomi itu akan dijahit semula seperti keadaan sebelumnya. Ia memang tidak selesa, dan ibu yang baru bersalin itu mungkin tidak dapat duduk dengan betul untuk beberapa minggu. Jika sudah pulih, ia tidak akan menyebabkan apa-apa masalah lagi. Tetapi semestinya setiap prosedur ada komplikasi. Di antaranya ialah sakit semasa melakukan perhubungan intim dan sakit di pembukaan faraj. Itulah sebabnya ia tidak digalakkan untuk dilakukan untuk setiap wanita yang bersalin. Biasanya episiotomi dilakukan untuk mereka yang bersalin buat kali pertama kerana ketegangan kulit masih kuat lagi ketika ini (perineum yg tegang), untuk kelahiran yg dibantu dengan forseps atau vakum, jika dianggar saiz bayi itu besar bagi mengelakkan carikan yang lebih teruk, sejarah kecederaan lantai pelvic, shoulder dystocia (tersangkut bahu), fetal distress (bayi lemas), bayi pramasa, breech(songsang) dan PIH yg teruk(darah tinggi semasa mengandung). Kebiasaannya, jenis episiotomi yg biasa digunakan adalah mediolateral. Luka episiotomi perlu dijaga dengan sempurna bagi menggalakkan proses penyembuhan luka, mengelakkan berlakunya jangkitan kuman pada luka dan untuk mengelakkan jahitan terbuka. Penjagaan luka ini bermula dari kebersihan diri. Setiap kali membuang air kecil atau besar, cuci dengan air

bersih dari kemaluan ke dubur untuk elak jangkitan naik ke atas, kemudian lap hingga kering, tukar pad yg bersih setiap kali selepas buang air (jika perlu) atau jika basah dengan darah. Luka perlu dipantau dengan menggunakan cermin untuk melihat samaada luka telah bercantum dengan baik, tiada sebarang kebengkakan dan kemerahan pada atau di sekeliling luka serta tiada haematoma, bernanah atau berbau. Elakkan daripada menyapu ubatan tradisional pada luka, sapu ubat yang diberikan oleh pihak hospital sahaja. Jahitan akan sembuh dengan sendiri tanpa perlu membuka jahitan, lagipun jahitan ini akan diserap ke dalam kulit semasa pantang. Adalah penting bagi pesakit untuk melakukan pergerakan sedikit seperti berjalan perlahan - lahan bagi menggalakan peredaran darah ke luka dan juga untuk mengelakkan kecederaan yang lebih serius atau jahitan terbuka.

Jagaan Luka Episiotomi


Jagaan sertamerta selepas dijahit: 1. Lakukan pemerhatian ke atas luka episiotomi:

- Pendarahan dar insisi - Hematoma - Aduan sakit pada insisi

2. Jagaan kebersihan perineum:


- Vulva swabbing dilakukan selepas kelahiran - Pakaikan pad yang steril

3. Ambil ubat analgesik seperti arahan doktor untuk mengurangkan rasa sakit

Jagaan Seterusnya: 1. Jagaan perineum (kemaluan):

Vulva swabbing akan dilakukan secara teknik asepsis selepas 6 jam kelahiran untuk memerhatikan luka insisi. Cuci dan keringkan bahagian episiotomy dan tukar pad dengan kerap atau setiap kali ke tandas atau apabila pad dipenuhi dengan lokia untuk elak infeksi (jangkitan kuman) pada luka episiotomi Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakkan Cuci perineum (kemaluan) dengan air biasa dari arah hadapan ke belakang (dari vulva ke anus) untuk elak asending infection

Jangan sekali-kali menyapu ubat atau krim di bahagian luka episiotomy tanpa arahan doktor

2. Pemakanan:

Digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat. Dinasihatkan supaya mengambil makanan tiggi fiber dan minum air berlebihan (1.5liter - 2 liter sehari) untuk mengelakkan sembelit. Kejadian sembelit boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan pada luka episiotomi dan kesakitan apabila meneran.

3. Senaman dan Aktiviti:

Digalakkan melakukan senaman otot lantai pelvis secara berperingkat untuk menguatkan otot dan menggalakkan edaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan pada luka episiotomi. Digalakkan melakukan ambulasi awal seperti berjalan-jalan untuk menggalakkan aliran darah dan mempercepatkan penyembuhan pada luka episiotomi Elakkan dari duduk mencangkung yang boleh menyebabkan jahitan terbuka dan melambatkan proses penyembuhan luka Elakkan hubungan seks sehingga luka benar-benar sembuh

4. Kesan awal tanda-tanda infeksi untuk rawatan lanjutan:

Dinasihatkan supaya menggunakan cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri terutama pada waktu pagi atau minta bantuan suami untuk melakukan pemerhatian Ibu dinasihatkan supaya mengenalpasti tanda-tanda infeksi seperti: - Pendarahan : Bengkak atau kesan lebam - Cantuman luka : elok atau terbuka - Tanda-tanda jangkitan kuman : merah, gatal, discaj berbau, bengkak dan jahitan terbuka - Ibu mengalami Demam

* Jika luka episiotomy mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman, sila ke klinik kesihatan yang berdekatan atau terus ke hospital untuk tindakan lanjut.

You might also like