You are on page 1of 4

SKRIP PENGHAYATAN MALAM Kem Komandan akan sengaja memarahi murid dengan menyatakaan bahawa mereka adalah murid

yang tidak bertanggungjawab..Guru kecewa dengan komitmen yang ditunjukkan sepanjang programTanya apa tujuan murid menghadiri perkhemahan ini? Tanya seorang atau dua orang murid. Jika seorang murid menjawab datang untuk menimba ilmu..katakan kepada mereka TIPU. Kemudian tnya pelajar lainJika pelajar menjawab katakan lagi kepada mereka KAMU HIPOKRIT. Selepas itu kem komandan akan memanggil seorang pelajar dan bertanya adakah kamu tidak puas hati dengan saya.. Jika pelajar tersebut menjawab TIDAK maka hemburannya ialah KAMU HIPOKRIT. Jika pelajar menjawab YA, kem komandon akan mengucapkan terima kasih dan hemburannya ialah SAYA SUKA KAMU, KAMU SEORANG PELAJAR YANG JUJUR. Sesi rasa sedih dan keinsafan bermula secara perlahan-lahan. Kem Komandan akan menenangkan pelajar dan memberitahu apakah motif berbuat demikian. Nasihat turut diberikan.

( Bunyi muzik kitaro) Assalamualaiakum adik2 yang dikasihi. Alhamdulillah dapat kita sama-sama berkumpul pada malam yang indah ini, duduk bersama-sama menikmati kebesaran ilahi. Lihat la di luar sana, pada bintang diangkasa, pandanglah bulan yang menerangi langit malam, betapa indahnya ciptaan Tuhan. Subhanallah. (Tutup lampu-biarkan suasana dalam keadaan gelap) Adik-adik sekarang pejamkanlah mata kalian, hilangkan segala kekusutan yang ada dalam diri, tarik nafas dalam-dalam, hembuskan dengan perlahan, tarik nafas sekali lagi.hembuskantarik..hembuskan (Lagu ayah dan ibu) Sekarang cuba bayangkan wajah ayah dan ibu, fikirkan seketika pengorbanan yang mereka lakukan kepada kamu. Betapa besarnya kasih ayah dan ibu kepada kamu. Kasih sayangnya bermula sejak dari rahim ibu, walau peritnya mengandungkan kamu, cinta dan kasih saying mereka tidak pernah padam, terlalu banyak rintangan yang ditempuh hanya kerana kamu yang bergelar anak.

Dalam keriangan membesarkan kamu, ayah dan ibu bersengkang mata, mengerah kudrat, melakukan pelbagai kerja selagi terdaya agar anak mereka tidak merasai keperitan hidup yang penuh pancaroba. Adk-adik cuba bayangkan ayah tetap ke laut dengan luka di tangan menarik pukat tak henti-henti, sedang ibu bertungkus lumus di rumah menjaga adik, menyediakan makan minum, membasuh pakaian demi anak-anak tersayang. Kamu ditatang bagai minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tak dibenarkan menghampiri kamu. Hidup kamu memang tidak mewah dengan harta, makan minum serba kekurangan, ada ketikanya kamu sekeluarga terpaksa makan berlaukkan garam. Sebagai anak yang tidak mengenal erti keperitan hidup, kamu sering merungut. Ibu, Kenapa makanan kita sikit, saya ndak kenyang la. Tapi ibu segeraa memujuk. Ketika makan ibu memindahkan nasinya ke pinggan kamu lalu berkata makanlah nakibu tidak lapar. Kamu tahu ibu lapar tapi kamu tidak peduli asalkan perut kamu terisi, asalkan kamu mendapat apa yang kamu mahukan. Selepas selesai makan terus kamu turun untuk bermain dengan kawan-kawan, meninggalkan pinggan nasi yang bersepah untuk ibu kemaskan. Sungguhpun kehidupan kamu tidak semewah mana, ibu dan ayah mamsih mampu menyekolahkan kamu. Setiap hari ayah dan ibu giat berdoa semoga kamu Berjaya dalam pelajaran. Alhamdulillah berkat doa ibu kamu Berjaya dengan cemerlang dan meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Masa kian berlalu pergi kamu mula berjinak dengan dunia luar, belajar melakukan sesuatu mengikut kata hati, kawan merokok, kamu pun merokok. Resah hati ubu melihat kamu berubah. Pun begitu hati kecil seorang ibu tetap memahami. Kamu baru mengenal dunia luar dan ibu terus berdoa.

Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah cahaya hidayah kepada anak ku, lindungila anak ku dari segala macam bahaya yang ada. Ya Allah Yang Maha Esa, berkatilah ilmu di dada anak ku agai ia menjadi orang yang berguna suatu masa kelak.

Suara Kem Komandan kamu telah aibkan ibu dan ayah kamu, kamu malukan mereka, kamu anak derhaka

Tidak standing rasanya pengorbanan seorang ibu untuk anak yang menderhaka seperti kamu. Kamu telah hancurkan hatinya. Entah kenapa ajaib sekali, ibu tidak pernah menyalahi kamu malah ibu dan ayah masih bertungkus lumus mencari nafkah untuk

membiayai persekolahan kamu. Ibu dan ayah turuti kehendak kamu dengan harapan dapat menaikan semangat kamu untuk belajar. Tapi Kamu Enjoy Bila ibu menegur, kamu melawan, kamu menjerit DIAMLAH, JANGAN MENYIBUK HAL ORANG. Sungguhpun kamu calari hati tuanya, ibu tetap berdoa agar kamu menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sehinggalah suatu hari, ibu sakit tenat, tetapi kamu masih sibuk dengan hal sendiri. Bermain dengan rakan tak henti-henti tanpa mempedulikan ibu yang sedang sakit tenat. Dalam keadaan nazak, ibu menghadiahkan kamu senyuman biarpun agak kaku kerana menahan sakit. Saat itu baru kamu merasakan sebak di dada. Air mata berlinangan di pipi. Kamu mencium tangan ibu, kamu kucup pipi dan dahinya Tapi untuk apa? Kamu terlalu banyak menyakiti hati ibu Kamu calari jiwanya Untuk apa lagi? Untuk apa? Dalam saat aakhit hidupnya ibu masih mampu tersenyum dan berkata, Jangan Menangis nakibu tidak sakit Setelah mengucapkan kata-kata itu, ibu menutup matanyaibu telah pergi menghadap ilahi (Lagu Untuk mu Ibu) Wahai adik-adik ku yang disayangi, kamu bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah, kamu masih boleh memeluk dan mencium mereka, masih boleh mengadu dan bergurau senda, tekadkan azam di hati kamu, sematkan amanah mereka erat-erat. Genggamlah tangan kamu, Tarik ke dadaMarilah lafazkan ikarar ini bersama-sama.. Ayah.ibu Diri ini adalaah amanahmu Dengan ini berjanji Sesungguhnya, Aku akan berpegang pada ajaranmu, Aku akan ingat dan genggam amanahmu

Biar pahit yang harus ditelan Aku akan cuba sedaya upaya Di dunia dan di akhirat Aku berjanji Kerana aku adalah juaramu, ayah ibu. Moga ikrar ini sentiasa mekar dihati, Balik nanti pohonlah kemaafan pada ayah dan ibu, andai ada keterlanjuran kamu dalam bersuara, andai ada kekasaran kamu, ingatlah syurga itu di telapak kaki ibu. Pohonlah kemaafan.

Adik-adikku buka la matamu dengan keinsafan..

You might also like