NOTA BAHASA MELAYU 1 NAMA: SHIMA BT JUANIS KELAS: 6B2 NAMAGURU:PN.

BARIZAH
MOHD.KAHAR

T.TANGAN GURU:

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BAB 1 ASAL USUL BAHASA MELAYU
KONSEP ‘MELAYU’
DEFINISI

A.ETIMOLOGI: Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut. 1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan “hima alaya”. “Alaya” bermaksud “tempat” manakala “hima alaya” bermaksud “tempat bersalji”. 2. Perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”. 3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana-mana”. 4. Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu. 5. Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam. B. AWAL ISTILAH “MELAYU” 1. M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis. 2. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa. 3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. 4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.

5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang

dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno. 6. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya. 7. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

SALASILAH BAHASA MELAYU
Salasilah Bahasa Melayu Dalam kajian rumpun dan Keluarga Bahasa Melayu, kita perlu memahami istilah yang penting. Antara istilah-istilah yang perlu difahami ialah:  Filum : Kelompok bahasa seusia 5000 tahun.  Rumpun : Kelompok bahasa 2500 5000tahun.  Keluarga : Kelompok bahasa seusia kurang daripada 2500 tahun. Bahasa keluarga mempunyai persamaan dalam pembentukan kata, bunyi dan golongan kata. Setiap keluarga bahasa terdiri daripada bahasa subkeluarga atau subkelompok mengikut faktor geografi dan nama bahasa tertentu. sebagai contoh; Golongan Sumatera Jawa Filipina Bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Lampung, Melayu, Nias, Orang Laut Sunda, Madura,Jawa. Tagalog, Sulu, Pulau, Bisaya, Iloko, Tombulu

Bahasa Asonesia ialah rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris. Bahasa Austris terdiri dari, - Austronesia - Austroasia - Bahasa Austrik/Austris FilumTibet – China
(5000 tahun ke atas)

2000-5000 tahun Rumpun Austronesia (Istilah Latin “austro”,iaitu pulau “nesos”, + istilahYunani iaitupulau = dipulauRumpun Austroasia (Bahasa Khasi, Nicobar,Mon @ Peguan, Khmer,dan Munda) Rumpun Cina-Tibet (Bahasa Tibet,Burma, Annam bahasa lain) Cina, Siam, danbahasa-

bahasa-bahasa pulau selatan )

Rumpun Austronesia Barat (Hesperanesia)

Rumpun Austronesia Timur (Oceanesia)

Kurang 2000 tahun Keluarga Indonesia (Keluarga Nusantara)

Keluarga Melanesia -Kepulauan Fiji -New Caledonia - Irian - New Guinea

Keluarga Mikronesia -Kepulauan Marianna -Marshall -Carolina -Gilbert

Keluarga Polinesia -Hawaii -Tonga -Maori -Kepulauan Easter

Subkeluarga Indonesia Pusat

- Halmahera

Sumatera -Melayu -Aceh -Minangkabau -Lampung -Batak -Orang Laut -Nias

Jawa -Jawa -Madura -Sunda

Kalimantan -Melanau -Iban

Subkeluarga FilipinoFormosa (Bahasa-bahasa di Filipina,bahasa bumiputera di Sabah,dan bahasa di Brunei ( kecuali BM dan bahasa Lun Dayeh) Antaranya: -Tagalog -Bisaya -Sulu -Bikol

RAJAH SALASILAH BM

Pada tahun 1500 SM. . Golongan ini mempunyai peradaban yang lebih tinggi daripada Melayu-Proto. pantai timur China selatan (Champa dan Kampuchea) dan di Burma.Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892 dan dikukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932. kelompok Melayu kedua telah datang ke Nusantara dan mereka dikenali Melayu-Deutro.HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU Terdapat dua hipotesis tempat asal usul bahasa Melayu seperti yang diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli linguistik iaitu dari kawasan Asia Tengah dan kawasan Nusantara. Mereka ini telah berhijrah secara berkelompokkelompok dari selatan China ke Nusantara. Kelompok pertama yang sampai ke Nusantara dikenali sebagai Melayu-Proto. A. Oleh itu. Pada peringkat awal hipotesis. perpindahan kelompok Melayu telah dikemukakan oleh P. bahasa Melayu yang dituturkan hasil daripada kelompok Melayu-Deutro.KAWASAN ASIA TENGAH B. Kelompok ini dikatakan telah menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 SM. Kelompok Melayu-Deutro inilah yang telah menurunkan Melayu moden yang merupakan penutur natif bahasa Melayu.KAWASAN ASIA TENGAH Hipotesis kawasan Asia Tengah menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari bahagian selatan China seperti Indo-China.KAWASAN NUSANTARA A.

Hipotesis ini lebih meyakinkan. bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia tetapi bahasa Asia Tengah berasal daripada rumpun ChinaTibet. . ada penemuan beliung batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia. Ditinjau dari sudut artifak. Ini berdasasarkan kepada bukti geografi.KAWASAN NUSANTARA Hipotesis kawasan Nusantara menyatakan bahawa orang Melayu memang berasal dari Nusantara. bahasa. kajian arkeologi yang dilakukan terhadap tengkorak manusia mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah. berdasarkan bukti ini.Berdasarkan kepada bukti bahasa pula.Perkembangan kebudayaan orang Melayu dan Jawa yang sangat menonjol dan telah tersebar ke bahagian lain di Nusantara juga menguatkan lagi kebenaran hipotesis ini. Tambahan lagi. didapati bangsa Melayu berkulit cerah tetapi bangsa Asia Tengah berkulit cerah.B. Berdasarkan bukti geografi. Oleh itu. perpindahan bangsa Melayu berlaku bukan melalui penghijrahan tetapi melalui perpecahan dataran sebagai implikasi dari pencairan glasier. bahasa Melayu memang wujud di Nusantara dan bukan dari kawasan-kawasan lain. artifak. perkembangan manusia dan kebudayaan. Dua tengkorak manusia Jawa yang ditemukan masing-masing berusia 670 000 tahun dan 600 000 tahun tahun sedangkan tengkorak menusia Peking berusia 550 000 tahun.Dari segi perkembangan manusia pula.

BAB 2 BAHASA MELAYU KUNO .

Batenburg pada 29 November 1920. berukuran 45 x 80 sentimeter. Pada ketika itu. . Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah batu bersurat yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno. kerajaan yang berkuasa ialah kerajaan Sriwijaya. BATU BERSURAT DI KEDUKAN BUKIT Batu Bersurat Kedukan Bukit dijumpai oleh M. iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam. Tarikh batu bersurat ini ialah 682 masehi menggunakan aksara Pallava bahasa Melayu Tua. Batu Bersurat "Prasasti" ini berbentuk batu kecil. BAHAN BUKTI A. bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa pengantar kerajaan. Sewaktu pemerintahan kerajaan Sriwijaya. di Kedukan Bukit di tepi Sungai Tatang yang mengalir ke sungai Musi. di Sumatera Selatan.DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO Bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 sehingga abad ke-13.

yang makmur .TEKS Svasti cri cakavarsatita 605 ekadaci cuklapaksa vulan vaicakha daputa hyang nayik di samvau mangalap siddhayatra di saptami cuklapaksa vulan jyestha dapunta hyang marlapas dari minana Tamvar (Kamvar) mamava yang vala dua laksa ko dua ratus cara di samvau dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna datang di matada (nau) sukhacitta di pancami cuklapaksa vulan asada laghu mudita datang marvuat vanua . TERJEMAHAN Selamat bahagia pada tahun saka 605 hari kesebelas dari bulan terang bulan waisaka daputa baginda naik perahu mencari rezeki pada hari ketujuh bulan terang bulan jyesta dapunta baginda berlepas dari muara Kampar membawa askar dua laksa dua ratus orang di perahu yang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknya datang di matada dengan suka cita pada hari kelima bulan terang bulan asada dengan lega datang membuat negeri . yang bahagia.... Seriwijaya yang berjaya.... Crivijayajaya siddhayatra subhika .

marhulun tuvi vrddhi muah ya jangam ya niknai savanakna yang upasargga. pidana svapnavighna.jaya tathapi jatismara. ladang.niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini. samahitacinta. punarapi yang varlak verkan dngan savad tlaga savanakna yang vualtku sucarita paravis prayojanakan punyana sarvvasatva sacaracara. rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon.tathapi savanakna yam khrtyana satyarjjava drdhabhakti muah ya dya. TERJEMAHAN Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra.B.varopayana tmu sukha di asannakala di antara margga lai.anukula yang graha naksatra pravis diya. nyiur. dimakan buahnya.tathapi haur vuluh pattung ityevamadi. marvvangun vodhicitta dngan maitridhari di dang hyang ratnaraya jangan marsarak dngan dang hyang ratnaraya.jadi laki. varamsthanana lagi curi ucca vadhana paradara di sana punarapi tmu ya kalyanamitra. Nirvyadhi ajara kavuatanana. TEKS BATU BERSURAT DI TALANG TUWO Svasti. yang mitrana tuvi janan ya kapata yang vivina mulang anukala bharyya muah ya. milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. semuanya yang kuperbuat.subjaga hasin halap. serta aur. Semuanya yang dibuatnya. tmu muah ya ahara dngan air niminumna. menghidupi binatang-binatang. tathapi nityakala tyaga marcila ksanti marvvangun viryya rajin tahu di samicrana cilpakala paravis. Ini Pesan Dapunta Hyang: Semuanya yang ditanam di sini. pinang. Jauhkanlah beliau dari segala . semua perbuatan baik. buluh betung dan yang semacam itu. ramai para abdi suburlah.puna (ra) pi tmu ya cintamaninidhana tmu janmavacita.mancak rupa.svayambtu.punarapi dhairyyamani mahasattva vajracarira. sana tatkalana parlak Criksetra ini. Hendaklah daya upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat.varang vuatana kathamapi. dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak.savanakna vuatna huma parlak mancak muah ya manghidupi pacu prakara. kebun luas.mu ya prajna smrti medhavi. enau.cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra. anubamacakti.ade yavakya vrahmasvara.niyur pinang hanau rumviya dngan samicrana yang kayu nimakan vuahna.avikalendriya. karmmavacita clecavacitaavasana tmu ya anuttarabhisamyaksam vodhi. Demikian pula taman-taman lainnya dengan tebat telaga.

bencana. sebuah pekan di Pulau Bangka. Dan lagi. janganlah dilakukan curi. Secara ringkasnya. keuliten. Imbuhan awalan ialah: ni-. ulang. aku. tapik. sakit. akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambodhi. Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. benua. Berbeza daripada Batu Bersurat Kedukan Bukit dan Batu Bersurat Talang Tuwo. jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri. Batu Bersurat Kota Kapur dijumpai jauh dari Palembang. orang. BATU BERSURAT DI KOTA KAPUR DAN BATU BERSURAT DI KARANG BRAHI Pada Batu Bersurat Kota Kapur perkataan/bahasa Melayu telah lebih banyak ditemui dan unsur bahasa Sanskrit semakin berkurang. beliau dari sakit. tatkalanya. tetapi. hamba. Di manapun beliau berada. melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga. dibuat awet muda. kandungan Batu Bersurat Kota Kapur berkisah tentang sumpahan raja Sriwijaya terhadap kerajaan di Pulau Jawa sebelum Sriwijaya menyerang kerajaan tersebut. rupa penuh. datu. tambal. yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. binatang-binatang lengkap semua. hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra. par-. ka-.K. Batu bersurat ini dipercayai dibawa ke Pulau Bangka kerana tidak ada batu lain seperti itu di pulau tersebut. Batu Bersurat ini bertarikh 608 tahun Saka (686 Masihi) dan mengandungi 10 baris ayat. seperti: abai. kedatuan. ujar. tida. memperoleh janmawacita. suara Brahma. kait. kegembiraan. pahat. . mati. mar-. bulan. ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa upama. tuba. dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau. indria lengkap. kemenangan. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau. buat. van der Meulen di Kota Kapur. karmmawacita. kebahagiaan. maka. lawan. ketenangan. pada tahun 1892. Imbuhan akhiran pula ialah: -i dan -an. durhaka. jangan. pulang. pengetahuan tentang perbezaan semua sipakala dan pemusatan fikiran. banyak. kasihan. kita. gelar. jahat. dengan. mula. Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan. keliwat. di-. batu. ulu. dan yang. beri. menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya. persumpahan. merdeka. roga. hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara. Batu bersurat ini ditemukan oleh J. siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. C. membangun bodhichita dengan maitri. bunuh. kata manis. di dalam. dosanya. suruh. curang. bunuh dan zina di situ.

Untunglah mereka. dan kamu juga sekalian dewa yang menjadi permulaan segala sumpah. Sesiapa yang menyuruh orang memusnahkan batu yang dipasang ini. sirih setangkai (yang telah dibubuh guna-guna). setia akan daku dan akan dia yang kuberi kedudukan menjadi datu. biarlah mereka ini dibunuh sumpah. menggunakan mantera guna-guna dan racun. selamatlah mereka! Mereka tidak akan ditimpa penyakit dan bencana. membuat orang menjadi gila. tidak setia akan daku dan akan dia. seperti mengganggu (merosakkan) fikiran orang. biar mereka yang menyuruh berbuat jahat itu dibunuh sumpah. makmur pula seluruh negeri mereka. tidak setia akan daku. Pada tahun Saka 608 hari pertama bulan terang bulan Waisaka sumpah ini telah diumumkan dan telah dipahat di perbatasan sewaktu tentera Sriwijaya dihantar untuk menakluk bumi Jawa yang tidak tunduk kepada Sriwijaya. tidak tunduk. paksaan dan lain-lain lagi. Begitu juga sekalian orang yang berbuat jahat.Batu bersurat karang brahi yang bertarikh 614 tahun Saka (692 M) ini telah dijumpai pada tahun 1904 oleh seorang inspector bernama L. pengasih. sanak saudara mereka dan keluarga mereka. memberontak. mendengar kata orang jahat.mengenali orang jahat.. upas.Sewaktu dijumpa.(diikuti perkataan jampi) hai kamu sekalian dewa yang mulia yang hadir menjaga kedatuan(kerajaan) Sriwijaya.. sangat (busuklah) perbuatan mereka.baris yang ditebalkan cetak hurufnya merupakan baris yang terdapat dalam Batu Bersurat Kota Kapur) . TERJEMAHAN Bahagia. Tambahan lagi. perbuatan mereka. Semoga perbuatannya yang keji (jahat) itu gagal dan pulang kembali kepada yang berdosa berbuat jahat itu. Mereka yang membunuh. membuat orang sakit. tidak menghormati. yang kuberi kedudukan (menjadi) datu. tuba.Dalam transkripsi ini.Berkhout. sangat (busuklah) perbuatan orang itu. maka mudah-mudahan mereka pula dibunuh sumpah dan dihukum segera. menegur orang jahat.batu ini di gunakan sebagai lapik untuk membasuh kaki di sebuah masjid di Jambi. (Transkripsi teks pada Batu Bersurat Kota Kapur dan Batu Bersurat Karang Brahi adalah seperti di atas. Apabila ada orang di bumi di bawah kedatuan ini berpakat dengan orang jahat. Rombongan di bawah perintah datu Sriwijaya akan dihantar ke padang untuk menghukum mereka. sanak saudara mereka dan keluarga mereka direstui. Semoga mereka dibunuh sumpah ini! Tetapi jika mereka tunduk.

Tulisan Nagiri Tulisan ini digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. bersamaan dengan 686 M. Tulisan ini berbentuk kursif pada peringkat awalnya ditulis pada daun lontar. (b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang). (c) Batu Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka). Tulisan Nagiri berasal dari utara India. Sumatera Utara. bertarikh 614 Tahun Saka. bertarikh 606 Tahun Saka. bertarikh 608 Tahun Saka. bersamaan dengan 692 M.CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO A.SISTEM TULISAN Tulisan Palava Keempat-empat buah batu bersurat pada abad ketujuh menggunakan tulisan Palava ( sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu ) (a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang). Tulisan Kawi Tulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat di Joreng (1179M) dan Padang Lawas (1213M) yang terletak di Tapanuli. (d) Batu Bersurat Karang Brahi (Hulu Jambi). bersamaan dengan 683 M (Masihi). Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit kavi =penyair. bersamaan dengan 684 M. . bertarikh 605 Tahun Saka.

B./b/ Watu Wuah Wala Wuluh Tuwa Tidak ada bunyi (e pepet) diganti dengan 2 /a/ atau digugurkan sahaja. Wanua Talaga Sariwu Dngan Niknai Nigalar Sawanakna Tatkalana /n/ ./ny/ 3 Mulana Wuatana Winina Wanuana Dalamna Wuahna Sebanyaknya Dengan Benua Melayu Moden Bulan . Perbezaan Melayu Kuno Wulan Wunuh Wuat 1 /w/ .KOSA KATA Bil.

kh.bh. dh Bhakti Tataphi Sukhacita Bakti Bunyi /h/ dihilangkan Hanau Haur Enau Aur Berlepas mar – ber Marlapas Marwuat Marsila Nitanam Nimakan Ditanam Awalan ni – di Nimunumna Nisuruh Niwunuh Nipahat Niujari nipar – diper par-an menjadi per-an Niparwuat Parsumpahan Kata kerja aktif ditandai awalan ma dan mang Mawawa Manghidupi Mangujari Membawa . th.

Dua imbuhan yang sudah tidak dipakai. awalan maka.dan akhiran -a Makasakit Makagila Datua Tanggungjawab Wuata Tumi Dhawa Inan Saramwat Menjadi sakit menjadi datu Perbuatan Dengan Sangat. terlalu Itu Setangkai Batas Tiga Kebun Berpisah Menghubungi Mengganggu fikiran Memiliki hamba abdi Kamu BM kuno yang tidak digunakan lagi Wela Tlu Parlak Marsarak Mawuddhi Makalangit Marhulun Kita Perubahan makna Sapuluh dua Dua belas .

BAB 3 BAHASA MELAYU PRAKLASIK DAN KLASIK .

Bahasa Jawa dan Bahasa Arab. Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa.Masyarakat Melayu pada zaman ini dikatakan telah mengenali huruf kerana masyarakat Melayu pada ketika itu telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan. sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama. Di Malaysia. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. iaitu Bahasa Sanskrit. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. manakala tulisan Kawi di Jawa. Pengaruh pertama terhadap Bahasa Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu. BAHAN BUKTI    Surat : Surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal Naskhah : Kitab Dar al – Mazlum Salalatus Salatin Teks Undang-undang Hukum Kanun Melaka Undang. Sebelum Bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh. Hingga abad ke-14. di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu. sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula.BAHASA MELAYU KLASIK DEFINISI Bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa Melayu yang telah mempunyai aksara tersendiri. Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno (tulisan Kawi). Akibatnya pengaruh . bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna. daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan. Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.undang Laut PERKEMBANGAN AKSARA JAWI Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi.

.indianisasi berkembang dalam budaya Melayu. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang sedia ada. Bahasa Sanskrit dianggap asas kepada Bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini. iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya. iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. Tulisan Bahasa Melayu yang asal. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah Bahasa Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekia Melayu mengenal pasti bunyi Bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam Bahasa Arab. Namun begitu. Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14.

BAB 4 BAHASA MELAYU MODEN .

•Hasilnya . BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA melayu • Para nasionalis berusaha gigih untuk menjadikan bahasa sebagai bahasa kebangsaan •Usul bahasa melayu sebagai bahasa kenagsaan telah termaktub dalam perlembagaan negara kita . B. tertubuh Suruhanjaya Reidyang dilantik khas untuk menyediakan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu •Apabila mencapai kemerdekaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152v menyatakan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan bagi negara yang merdeka. budayawan telah menyedari bahawa bahasa melayu semakin dipinggirkan dan mereka mahu memperjuangkan kedudukan bahasa melayu di tanah melayu •Mereka telah memperjuangkan bahasa melayu ini melalui perantaraan akhbar dan majalah serta hasil karya mereka •Penyebaran tersebut dibahagi kepada dua iaitu melalui perseorangan dan pertubuhan-pertubuhan •Perjuangan secara individu dilakukan melaui akhbar tempatan dengan megemukakan pelbagai isu dan persoalan dari hasil karya. bahasa melayu terpinggir kerana penggunaan bahasa inggeris lebih diutamakan dalam pentadbiran dansebagaibahasa pengantar di sekolah-sekolah •Tidak diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan kerana penggunaan yang terhad dalam komunikasi seharian dan penulisan buku-buku berunsur Islam dan sastera sahaja •Pada awal abad ke-20 sasterawan. BAHASA MELAYU MODEN PRAMERDEKA •Sebelum merdeka.TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU A. . wartawan.

Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838). Karya -karya Abdullah ialah : Syair Singapura Terbakar (1830. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854). bahasa pengantar dan bahasa ilmiah •Bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi * untuk menyampaikan perasaan dan fikira secara lisan ataupun bertulis *digunakan sebagai bahasa tulisan di akhbar dan majalah * digunakan dalam pertuturan. penerangan dan penyampaian maklumat •Bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan * alat untuk menyatupadukan kaum *dapat melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai identiti yang sama * memupuk semangai kekitaan dan bersatu-padu •Bahasa melayu sebagai bahasa ilmu * alat untuk menyampaikan dan memperoleh ilmu dalam pelbagai bidang * memantapkan sisten ejaanserta meluaskan perbendaharaan kata sertamempunyai tatabahasa yang lengkap Tokoh-Tokoh Bahasa Melayu Sebelum Merdeka Abdullah bin Abdul Kadir Munshi Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1796-1854). Dawai-Kulub (1838). Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835). bahasa penradbiran. bahasa perhubungan umum. Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke atas bahasa Melayu . bahasa rasmi bahasa perpaduan dan bahasa ilmu •Fungsinya sebagai bahasa rasmi negara . Hikayat Abdullah(1843). menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 yang bertajuk Syair Singapura Terbakar. . Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837).FUNGSI BAHASA MELAYU MODEN •Digunakan sebagai bahasa kebangsaan .

Tarikh tubuh : 7 April 1934 2.Al-Nafis. 4. Sebuah lagi karya Raja Ali Haji yang penting berkaitan dengan bahasa Melayu ialah Kitab Pengetahuan Bahasa. Pelopor utama : Mohd Al-Khatib dan Ariffin Ishak 3. Tujuan : .. Za’ba muncul sebagai seorang cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi. merupakan salah seorang sasterawan yang sezaman dengan Abdullah tetapi mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Ilmu Mengarang Melayu. Daftar Ejaan Melayu: Jawi – Rumi dan Pelita Bahasa Melayu. Pelita Mengarang. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab. Tuhfat al. Antara karyanya ialah Ilmu Bahasa Melayu.Nafis pula merupakan hasil sejarah Melayu yang penting. iaitu Gurindan Dua Belas. Rahsia Ejaan Jawi. sementara kitab Taufat al-Nafis pula dihasilkan pada tahun 1865. Za’ba Tan Sri Pendeta Za’ba ( 1895 – 1973).Raja Ali Haji Raja Ali Haji (1809-70). Dalam bidang sejarah. atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang tokoh bahasa dan pemikir Melayu.) : -Edar buku adat Melayu . -Menggalakkan karang mengarang dalam bahasa Melayu dan buku-buku bahasa Melayu. Kegiatan Lembaga bahasa ( dibentuk bagi menjalankan kegiatan PASPAM dalam bidang bahasa dan persuratan. Kitab Salasilah Melayu dan Bugis dihasilkan pada tahun 1890. terdapat dua belas karya Raja Ali Haji yang penting iaitu Kitab Salasilah Melayu dan Bugis dan Thufat. Kedua-dua karya ini membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan rajaraja Bugis. Antara karya beliau yang penting berjudul Bustanul-Katibin.Mendirikan satu roh perhubungan berkenalan dan pergaulan sesama ahli. Raja Ali Haji pernah mengarang sebuah gurindam yang sangat terkenal dalam bidang sastera lama. Malaysia (P INSTITUT BAHASA MELAYU MODEN PRAMERDEKAena ASPAM) Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM) 1. asal usul mereka dan pergolakan politik yang mereka alami sehingga menyebabkan mereka tersingkir daripada kuasa diraja tradisional dan Kepulauan Riau.

Menghasilkan The Malay Home Library Series -buku bacaan untuk masyarakat umum dan kanak-kanak -Antara buku yang dihasilkan ialah Sang Maharaja Singa.Ali Baba dengan 40 Orang Penyamun. 5. Usman Awang (Tongkat Waran). Mengadakan pemaharuan sastera Melayu 3. Tujuan : . Pejabat Karang Mengarang 1.sejarah.-Beli karangan daripada ahli PASPAM -Keluar kamus bahasa Melayu -Adakan peraduan karang-mengarang bahasa Melayu 5.Hikayat Taman Ajaib. Menghasilkan “Siri Buku Teks Sekolah” -Antara buku yang dihasilkan – buku ejaan.nahu. . Tarikh tubuh : 1924 2.ASAS 50 merupakan pelapor pembaharuan kepada kesusasteraan Melayu moden.Mengeluarkan buku sekolah -Menghasilkan bahan bacaan untuk masyarakat -Menerbitkan jurnal -Mengadakan perpustakaan bergerak. Tujuan : 1. Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan pengarang. Hasilnya : 1. Arif Ahmad( MAS). Kris Mas. Winstedt -O.ilmu hisab dan ilmu alam. Dussek 3. Kejayaan Lembaga bahasa PASPAM Timbulkan kesedaran tentang pentingnya bergerak secara kolektif bagi memajukan bahasa dan persuratan Melayu.T. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) Tarikh : 6 Ogos 1950 Di mana : Singapura Tokoh : Masuri SN. Memperluas dan mempertingkatkan mutu sastera Melayu. Pelopor utama : -Za’ba -R.O. 2. Rosmera. 4.

BAB 5 UNSUR-UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU .

 Peminjaman dilakukan secara -terus -terjemahan  Peminjaman terus -Bentuk dan sebutan kata asing disesuaikan dengan sitem bahasa Melayu.bot. kapal terbang. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang). peminjaman kacukan (kasut but) c.Inggeris . peminjaman berpindah (vokal/vowel) Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut: Sanskrit . -Contoh:model.  Peminjaman Terjemah -Sesuatu konsep diberikan maknanya dalam bahasa Melayu -Contoh: Honeymoon diterjemahkan menjadi bulan madu JENIS-JENIS PEMINJAMAN a. bonus) b. peminjaman pemerian (kapal selam. e.komputer. peluru meriam) d.Indonesia .Arab .DEFINISI  Peminjaman kata asing bererti peminjaman bahasa lain dengan atau tanpa adaptasi linguistik. peminjaman tulen (matematik. peminjaman kuno (purnama) f.

Fenomena semula jadi.FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMINJAMAN BAHASA ASING  Keperluan untuk menamakan sesuatu konsep yang baharu  Kekerapan penggunaan kosa kata asing yang lebih tinggi berbanding bahasa penutur natif.  Bagi mengatasi masalah sinonim  Bagi mengungkapkan sesuatu kata dengan lebih tepat.Penyakit .Tumbuhan .Dagangan .BAHASA SANSKRIT  Hubungan dengan India telah menyebabkan banyak kosa kata Sanskrit diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. BAHASA SUMBER A.Kekeluargaan .Haiwan .  Kosa kata yang dipinjam melibatkan pelbagai bidang antaranya: .Negara dan kekerabatan .Tubuh .Bidang agama dan falsafah .Istilah abstrak .

BAHASA PARSI DAN TAMIL  Pergaulan dengan penutur bahasa Tamil dan Parsi turut menyebabkan beberapa kosa kata bahasa tersebut digunakan dalam bahasa Melayu.khususnya penutur bahasa hokkian telah menyebabkan banyak kosa kata Cina dipinjam.Kata konsep .BAHASA ARAB  Penyebaran Islam di Kepulauan Melayu bukan sahaja mengubah kepercayaan penduduk tetapi telah menyebabkan banyak kosa kata Arab.Sayur-sayuran .jumlahnya tidak begitu banyak. C.Adat istiadat .Kosa kata umum .Makanan .Buah-buahan . BAHASA JAWA  Pemerintahan Majapahit dan penghijrahan penduduk Jawa ke Tanah Melayu telah menyebabkan bahasa Jawa diserap ke dalam bahasa Melayu.Kebudayaan .Sistem panggilan .anataranya yang berkaitan dengan .Kata panggilan .  Antara kosa kata Jawa yang digunakan ialah: .BAHASA CINA  Hubungan dengan masyarakat Cina.  Walau bagaimanapun.Permainan D.B.Kebudayaan E.khususnya yang berkaitan dengan agama Islam diserap ke dalam bahasa Melayu.Peralatan .Makanan . .

KATA PINJAMAN EROPAH  Kedatangan orang Eropah untuk meluaskan tanah jajahan mereka ke Kepulauan Melayu telah menyebabkan banyak kosa kata Eropah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu.  Antaranya kosa kata Portugis.  Antaranya bahasa-bahasa tersebut bahasa Inggeris masih diserap sehingga kini akibat daripada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.F. .Belanda dan Inggeris.

DINAMIKA BAHASA BAB 6 VARIASI BAHASA .

BAHASA RASMI  Bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi Negara. DIALEK  Kelainan bahasa yang berbeza daripada bentuk baku  Perbezaan adalah dari segi: .tatabahasa .DIALEK DAN BAHASA BAKU A.Fonologi .kosa kata B. BAHASA TAK FORMAL  Disebut juga sebagai bahasa basahan yang digunakan dalam situasi tidak rasmi.iaitu dari segi: . BAHASA BAKU  Kelainan bahasa oleh komuniti bahasa yang lazimnya terdiri daripada golongan berpendidikan  Digunakan dalam situasi rasmi C.iaitu bahasa dalam pentadbiran.Morfologi . BAHASA FORMAL  Bahasa yang mematuhi sistem bahasa.sebutan . BAHASA FORMAL DAN TAK FORMAL A.Sintaksis B. .

 Menggunakan ungkapan yang lebih lembut. BAHASA ISTANA  Bahasa yang khusus digunakan oleh golongan istana.ialah: -penggunaan kata ganti nama diri -penggunaan gelaran -penggunaan perkataan dan ungkapan khusus -unsur pemulukan dan pendinaan. B.BAHASA HALUS DAN BAHASA KASAR A. BAHASA HALUS  Bahasa yang sopan.  Empat aspek tentang penggunaan bahasa istana. BAHASA KASAR  Bahasa yang tidak sopan  Tidak manis dituturkan BAHASA ISTANA A. .  Pemulukan:bertujuan untuk meninggikan kedudukan seseorang  Pendinaan:ungkapan merendahkan diri apabila rakyat biasa berhubung dengan istana.

BAB 7 LARAS BAHASA .

CIRI-CIRI LARAS BAHASA A. merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat. Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan. CIRI LINGUISTIK  Aspek Bunyi  Aspek Perkataan  Aspek Ayat . CIRI-CIRI KEPERIHALAN  SITUASI LUARAN • • maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. pendengar.DEFINISI Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.     cara penyampaian perhubungan sosial dan peribadi bahan fungsi sosial  SITUASI PERSEKITARAN B. topik dan tujuan perbincangan. Penggunaan merujuk kepada penutur. situasi.

JENIS-JENIS LARAS BAHASA • • • • • • • • • • • Laras Bahasa Biasa Laras Bahasa Iklan / Perniagaan Laras Bahasa Sains Laras Bahasa Media Massa Laras Bahasa Rencana Larasa Bahasa Undang-Undang Laras Bahasa Agama Laras Bahasa Sukan Laras Bahasa Sastera / Kreatif Laras Bahasa Ekonomi Laras Bahasa Akademik LARAS BAHASA BIASA • • • Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu Penggunaan dalam perbualan harian Tiada istilah khusus .

• • • • Struktur ayat adalah mudah. ringkas dan padat Kata pinjaman tidak banyak digunakan Tidak terdapat istilah teknikal Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja • Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan LARAS BAHASA IKLAN • • • • • • • Untuk menyampaikan maklumat berkesan Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata sifat) Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif Penggunaan bahasa retorik Tidak mementingkan tatabahasa Guna pernyataan tertentu .

kimia dan teknologi LARAS BAHASA MEDIA MASSA • Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa. formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta • • • • Istilah sains dan teknikal adalah banyak Ada istilah pinjaman Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif Dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik. bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan • Mempunyai sifat intelektual.LARAS BAHASA SAINS • Laras ilmiah. saintifik. biologi. seperti imbuhan dan kata hubung Tiada istilah teknikal dan khusus • • . berbahasa moden.

tepat dan padat Tiada graf atau gambar Binaan ayat adalah panjang • • • • • • . terperinci.LARAS BAHASA RENCANA • • • • Bersifat umum Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu Gaya bahasa mudah difahami Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci LARAS BAHASA UNDANGUNDANG • Teks bersabit dengan perundangan yang mengandung prinsip undangundang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen) Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris Makna kosa kata berdasarkan intepretasi Struktur ayat tidak diutamakan. tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan Bersifat objektif.

personifikasi dan hiperbola Bernada puitis dan bersifat komunikatif LARAS BAHASA EKONOMI • Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi . imejan. bersahaja dan jelas Ada istilah aktiviti sukan Kosa kata mudah difahami LARAS BAHASA SASTERA • • • • • • Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman Ada istilah khusus tentang sastera Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa) Mementingkan pemilihan diksi berkesan. bahasa tersirat Ada unsur seperti metafora. kiasan.LARAS BAHASA AGAMA • • • • Membincangkan isu agama Ada istilah pinjaman Terdapat petikan Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran LARAS BAHASA SUKAN • • • • Menyampaikan maklumat kegiatan sukan Bahasa adalah ringkas.

kelenturan. kepelbagaian.• • • • • Ada istilah teknikal ekonomi Tidak mengutamakan struktur ayat Gaya bahasa formal Maklumat jelas dan eksplisit Fakta berdasarkan bukti data dan statistik LARAS BAHASA AKADEMIK • • Bersifat ilmiah. bibliografi dan indeks • • • • • . perbincangan dan penghuraian Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk Ada format seperti nota kaki. formal dan objektif Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan) Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan. keberkesanan dan keindahan) Mengutamakan pemaparan.

BAB 8 WACANA .

satu perenggan. Wacana merupakan satu satuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat. •Menentukan jenis wacana yang digunakan. satu bab. CIRI-CIRI WACANA TUJUAN •Ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. sebuah buku atau satu siri buku. ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya. •Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat. •Untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.DEFINISI Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. KOHESI (tautan) •Bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan denganunsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacanayang lengkap. PENERIMAAN •Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembacamemahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisanatau tulisan. •Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui –Hubungan antara satu perkataan –Frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama –Frasa atau ayat dengan perkataan •Contoh:- .

maklumat lama (maklumat yang telah dinyatakan padaperingkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya) danmaklumat baharu (maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapanpendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini). Perkataanmereka dalam ayat kedua merujuk kepada Muhammad. terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Van itu kepunyaan Hassan. Dalam contoh di atas. •Contoh:Muhammad memandu van. tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. Fatimah dan Azian. •Contoh:Penyakit sindrom kurang daya tahan atauAIDS bukanlahgejala yang baharu. Fatimah dan Azian ke perpustakan.Muhammad. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju. . Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. gejala. Mereka ke sana untuk meminjam buku. Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS. KOHEREN (runtutan) •Tatabahasa Dewan (2005:525) menjelaskan ia merupakan kesinambunganidea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi teks itubermakna. sementara sana merujuk kepada perpustakaan. penyakit dan masalah ini. MAKLUMAT •Terbahagi kepada dua.

Elipsis/pengguguran - A. •Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau didengarnya itu.  Terdiri daripada penanda: .KEADAAN •Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan. untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan. frasa atau ayat adalah penting.Kolokasi – pengulangan kata selingkungan .Sinonim – pengulangan perkataan yang mempunyai makna yang hampir sama . PENANDA WACANA  Bertujuan untuk mewujudkan kesinambungan dalam teks. PENANDA LEKSIKAL  Merupakan pertautan dari segi makna  Melibatkan pengulangan perkataan. pemilihan kata.Penggantian . •Wacana-wacana lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami dengan mudah.Rujukan .iaitu pengulangan: . •Oleh itu.Hiponim – pengulangan antara makna khusus dan makna umum . INTERTEKS •Bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana yang lain.Penghubung .Leksikal .Unsur yang sama perkataan diulang sepenuhnya .

PENANDA PENGGANTIAN  E.Nominal . PENANDA PENGHUBUNG  Menghubungkan unsur-unsur linguistik dalam teks. Terdiri daripada penggantian: . Wacana tulisan melibatkan penulis dan pembaca. Wacana lisan melibatkan pembicara dan pendengar.Verbal .B.Klausa ELIPSIS  Melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan sebelumnya – maklumat tersebut telah diketahui JENIS-JENIS WACANA    Terdiri daripada wacana lisan dan tulisan. C.  Terdiri daripada penghubung: Tambahan Tentangan Musabab Tempoh D. PENANDA RUJUKAN  Melibatkan rujukan ganti nama diri dan ganti nama tunjuk.  Contoh:”mereka” – rujukan kepada “orang kampung”. .

BAB 9 RETORIK .

visual atau tulisan. sains sosial. Dalam zaman purba dan pertengahan. pemidato. Retorik klasik diajar dalam sastera liberal asal dan trgolong dalam trivium. Manakala retorik menekanan kaedah memujuk dalam tempat awam dan politik. Konsep retorik telah diperluas daripada bidang politik. . Definisi retorik sudah diperluas sejak retorik dijadikan satu bidang kajian di universiti. Pemerian • Pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. pemasaran dan pengiklanan kepada bidang lain seperti kemanusiaan. kartografidan seni bina. sejarah . guru) merupakan seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan. retorik klasik (iaitu yang didefinisikan di atas) berbeza dengan retoik komtemporari yang turut melibatkan analisis teks tulisan dan visual. kewartawanan. seperti Dewan Perhimpunan atau Mahkamah. tepat. JENIS-JENIS RETORIK i. kajian tatabahasa menekankan penggunaan bahasa yang betul. hubungan awam. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara. Retorik ini bertujuan menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar. memuaskan dan berkesan dalam pengkajian dan kritikan karya sastera.kesusasteraan. undangundang. kebebasan berpersatuan dan kebebasan politik. Logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baru melalui proses soal dan jawab.DEFINISI Retorik (bahasa Greek: ῥήτωρ. agama. Oleh itu. rhêtôr. melobi.

iv. Pemujukan • Retorik jenis ini menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. Penceritaan • Retorik ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita. perdebatan. . Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan. Penghujahan • Retorik ini juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. v. Retorik jenis ini digunakan dalam sesuatu perbahasan. pembicaraan. iii. forum dan penulisan yang bersifat akademik. Pendedahan • Retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap atau memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci. sama ada dalam penulisan mahupun lisan. vi.ii. Penerangan • Retorik jenis ini memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain.

 Ayat topik yang menggunakan kaedah induksi akan diletakkan pada akhirperenggan.  Teknik penyampaian ini biasanya digunakan dalam penulisan ilmiah atau akademik .  Digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara yang sukar atau komplek denganmembandingkan perkara tersebut dengan perkara lain yang lebih senang difahami. Teknik Analogi  Penghasil wacana akan membandingkan sesuatu perkara dengan perkara yanglain yang mempunyai ciri-ciri persamaan dan kesejajaran.  Kaedahdeduktif ini dinamakan perenggan deduktif atau perenggan piramidterbalik. Teknik Pentakrifan  Idea utama dikembangkan dengan cara memberikan batasan makna ataupengertian kepada sesuatu istilah atau konsep. Teknik Induksi  Suatu kaedah penulisan yang dimulai dengan suatu penyataan khusus dan diakhiridengan penyataan umum atau generalisasi.  Ayat topik dalam perenggan yang menggunakan teknik deduksi akan diletakkan dipermulaan perenggan manakala idea-idea sokongan akan hadir kemudian.TEKNIK PENYAMPAIAN IDEA Teknik Deduksi  Kaedahpenulisannya dimulai dengan suatu penyataan umum dan kemudiannyadiikuti oleh penyataan-penyataan yang khusus.

 Setiap komponen diperhatikan secara terasing tetapi mempunyai hubungandalam kesatuan yang lebih besar  Aspek komponen yang diperhatikan biasanya berkaitan dengan ciri-ciri.  Digunakan dalam retorik pendedahan yang bertujuan memberikan pemahamankepada khalayak.Umumnya. Teknik Petikan  Digunakan untuk menyokong atau mengukuhkan hujah  Petikan langsung – diambil dari sumber tertentu.dan tindak balas komponen tersebut. fungsi. .petikan langsung ditandai oleh pengikat kata.Teknik Pencerakinan  Dikenal juga sebagai teknik analisis.  Petikan tidak langsung – diambil daripada sumber tertentu dengan melakukan pengolahan semula dengan menggunakan perkataan sendiri.  Teknik ini mengembangkan sesuatu topik dengan membahagikannya kepadabeberapakomponen.tanpa melakukan sebarang perubahan.

BAB 10 KESANTUNAN BERBAHASA .

dan keakraban hubungan. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. 8. rujukan hormat dan ganti nama. bercemar duli dan sebagainya. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran. bersiram.'' 7. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. 2. Dalam kesantunan berbahasa. 5. umur dan keakraban hubungan. Antara ungkapan berkenaan ialah patik. pangkat. pangkat. 3. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus. bersemayam. termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. . umur. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib. tuanku. 4. 6.DEFINISI 1. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan. junjung kasih. berangkat.

Kata kekeluargaan Kosa kata yang digunakan dalam lingkungan keluarga diraja.kedua dan ketiga yang digunakan oleh keluarga diraja atau rakyat biasa apabila berurusan dengan keluarga diraja. .CIRI-CIRI KESANTUNAN BERBAHASA A. Terbahagi kepada kata kekeluargaan dan kata ganti nama .nikah. diraja. Kata ganti nama diri Merujuk kepada ganti nama diri pertama. KATA GANTI NAMA DIRI  Bahasa diraja:   bahasa yang digunakan dalam komunikasi yang melibatkan golongan diri.  Dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa kosa kata yang dianggap halus dan santun.  Contoh: buang air kecil. B.meninggal dunia dan hamil. UNGKAPAN BERTATASUSILA  Ungkapan yang sopan semasa berkomunikasi.

Bagi hubungan yang formal.  Gelaran ikhtisas - Gelaran bagi individu yang berjaya dalam bidang ikhtisas atau akademik Contoh:professor.encik atau cik kerap digunakan.ustaz.busu.kata sapaan seperti saudara.  Kata ganti diri di luar keluarga . .Yang Amat Arif.Mak Lang Zainab.adik.the.Melibatkan kata sapaan atau gelaran dalam keluarga.kata sapaan yang digunakan adalah tidak formal seperti Pak Ngah Leman. .  Gelaran anugerah - Gelaran yang diberikan oleh kerajaan disebabkan jasa yang disumbangkan kepada negara.kakak. .ibu. . Bahasa Biasa atau Bahasa Orang Kebanyakan  Kata ganti nama keluaga .Contoh:ayah. Panggilan hormat bagi individu yang berpangkat atau berstatus dalam majlis rasmi/formal antaranya ialah Yang Amat Berhormat.Bagi hubungan yang akrab.angah.Usia dan keakraban menentukan bahasa sapaan yang digunakan. GELARAN ATAU PANGGILAN MENGIKUT SITUASI  Gelaran Keturunan - Gelaran yang diperoleh secara warisan.doctor.saudari.long.Yang Amat Berbahagia.opah dan datuk. C.emak.ustazah.

KANDUNGAN BAB 1 BAB 2 BAB 3 BAB 4 BAB 5 BAB 6 BAB 7 BAB 8 BAB 9 BAB 10 M/S 1-5 6-14 15-16 17-20 21-24 25-26 27-33 34-37 38-41 42-44 .