You are on page 1of 10

Pengenalan Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Dato Sri Liow Tiong Lai warga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia

diamanahkan menyediakan perkhimatan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum agama dan budaya hidup seseorang itu. Amanah ini hendaklah dilaksanakan dengan rela hati dan penuh rasa tanggungjawab. Melalui usaha gigih kita, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai tersebut mampu membantu meningkatkan mutu perkhimatan bertaraf dunia. Menjadi penentu kejayaan dalam budaya korparat ini. Usahausaha ini telah dimulakan sejak tahun 1991 lagi, di mana sebagai menyahut seruan Kerajaan yang telah melaksanakan Kempen Budaya Kerja Cemerlang pada tahun 1987, KKM telah memperkenalkan Budaya Korporat KKM dengan penekanan terhadap tiga (3) nilai teras iaitu penyayang , profesionalisme dan kerja berpasukan. Kempen Penerapan Budaya Korporat pada kali ini bertujuan memberi suntikan baru dan memantapkan lagi pengamalan budaya korporat di kalangan warga KKM yang lama dan baru. Budaya korporat terbayang dan terjelma di dalam fikiran tradisi-tradisi cara bekerja dan hubungan di antara rakan sejawat, pegawai-pegawai bawahan dan atasan dan juga tradisi-tradisi lain yang menonjolkan apakah tindak laku dan nilai yang diterima atau tidak di kalangan semua anggota sesuatu organisasi.

Pencarian literatur Menurut buku Budaya Korporat Lembaga Pertubuhan Peladang muka surat 5 budaya korporat merupakan satu konsep berbagai segi yang mempunyai ciri-ciri pendekatan, definisi dan pandangan yang berbeza. Budaya korporat bolehlah ditarifkan sebagai satu pemahaman atau tanggapan yang dikongsi bersama oleh semua anggota orginasasi tentang bagaimana sesuatu perkara dilaksanakan atau dijalankan di dalam organisasi tersebut. Pola ekspektasi dan keyakinan yang dikongsi oleh anggotaanggota orginasasi adalah membentuk tindak laku semua individu dan kumpulan di dalam sesebuah orginasasi. Menurut Budaya Korporat edisi kedua mukasurat 109 iaitu Sackman (1991), berpendapat, budaya korporat bertindak sebagai mekanism kawalan yang boleh meningkatkan komitmen terhadap organisasi, mencapai integrasi antara firma serta membantu dalam penyesuaian terhadap sebarang perubahan yang akan dilakukan. Menurut Budaya Pekerjaan mukasurat 56 iaitu Hofstede (1991), budaya korporat didefinisikan sebagai suatu pemikiran kolektif yang telah diprogramkan (collective programming) yang mana pemikiran ini akan membezakan ahli-ahli dalam satu kelompok dengan kelompok yang lain. Menurut , http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya korporat iaitu Cummings dan Worley (1993), budaya korporat ialah "pola andaian asas, nilai, norma dan artifak yang dikongsi oleh ahli-ahli sesuatu organisasi. Budaya korporat merupakan andaianandaian kongsi yang orang beranggapan terhadap bagaimana kerja harus dilaksanakan dan dinilaikan, dan bagaimanapun pekerja-pekerja bergaul antara satu sama lain serta dengan pihak lain yang mustahak, seperti pembekal, pelanggan, dan agensi kerajaan".

Perbincangan Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Dato Sri Liow Tiong Lai pada 23 Februari 2009 budaya korporat ialah memberi penekanan kepada tiga nilai utama iaitu penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan. Nilai-nilai ini amat penting dipegang dan dihayati. Tanggal 20 April 2009, serentak di seluruh insititusi kesihatan di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) telah melancarkan program penerapan budaya korporat bermottokan KAMI SEDIA MEMBANTU. Misi Kementerian Kesihatan bertujuan mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka dan

menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai. Seterusnya mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan kehidupan yang lebih bermutu. Dilihat logo KAMI SEDIA MEMBANTU yang dicipta berlatarbelakangkan tangan kanan yang menyentuh bentuk hati yang berwarna merah disisipkan dengan tiga nilai teras teras utama dalam budaya korporat KKM. Mengikut definisi yang diambil dari sumber KKM, sentuhan hati melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas, hati berwarna merah melambangkan semangat dan komiten anggota KKM untuk meningkatkan mutu perkhimatan, tangan melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu, latarbelakang putih logo pula melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota KKM mejalankan tugas manakala nilai-nilai teras menonjolkan prinsipprinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas. Moto KAMI SEDIA MEMBANTU pula dihuraikan satu persatu dari tiga perkataan ini iaitu kami bermaksud semua anggota KKM bekerja satu pasukan untuk mencapai matlamat. Tambahan pula, menunjukkan semangat kerjasama di dalam pasukan semua anggota kementerian. Sebagai contoh, ada seorang pesakit yang mengalami patah tulang kaki (open fracture femur) disebabkan oleh kemalangan jalan raya, untuk merawat pesakit ini memerlukan kerjasama sebuah pasukan dari awal lagi. Dari mula pesakit itu mengalami kecederaan, beliau akan dibawa oleh ambulance call team yang terdiri daripada pembantu ambulan, pembantu perawatan kesihatan(PPK) dan penolong pegawai perubatan(PPP) ke hospital berdekatan. Pesakit akan dirawat oleh pakar ortopaedic untuk menjalani pembedahan (plating 3 bagi menikmati

femur), sebelum itu pesakit perlu dirujuk ke juru xray untuk dibuat beberapa xray untuk melihat tahap kecederaan tulang itu, dan selepas dibedah akan disusuli rawatan dressing luka oleh jururawat sehingga dibuat susulan fisioterapi oleh untuk melatih esakit untuk berjalan semula (ambulation and limb strengthening). Jika dilihat disini seorang pesakit itu akan dirawat oleh pelbagai disiplin dalam KKM yang merupakan sebuah pasukan yang saling bekerjasama erat untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Sedia pula bermaksud sentiasa bersiap sedia member perkhimatan secara professional. Seterusnya membantu memberi pengertian ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas. Walaupun anggota KKM bekerja dengan mendapat gaji dan elaun, tetapi perlu disemai sifat keikhlasan semasa menjalankan tugas supaya tugas yang dijalankan mencapai objektif dan sempurna. Disamping itu juga, kerja yang dibuat dengan hati yang ikhlas akan memberikan kepuasan dan kegembiraan dihati anggota yang menjalankan tugas. Nilai-nilai teras yang dinyatakan ialah penyayang iaitu komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Bersedia memberi layanan dangan bersoan santun, responsive dan menghormati hak individu serta

bertanggungjawab memberi perkhimatan yang mesra pelanggan. Nilai seterusnya ialah profesionalisme komited untuk memberi perkhimatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dihendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Percaya dalam memberikan perkhimatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat. Akhir sekali ialah kerja berpasukan iaitu berkerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi menncapai matlamat yang sama.

Penerapan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu


meningkatan kesedaran tentang pentingnya amalan budaya korporat dalam menjalankan tugas. Nilai-nilai budaya korporat diintegrasikan dalam aktiviti-aktiviti harian. Saling nasihat menasihati diantara satu dengan yang lain jika mendapati anggota lain. Mementingkan diri sendiri dan tidak amanah juga harus dikikis kerana ini akan dapat mendatangkan rasa tidak puas hati bagi pelangan dan kakitangan lain.

Panduan Dalam Meningkatkan Kesedaran Budaya Korporat. Iaitu pertama huraikan dengan jelas, wawasan, matlamat dan strategi dan juga nilai bersama, norma dan kelakuan atau gelagat yang diperlukan untuk memastikan kejayaan. Teliti dengan lebih mendalam fungsi dalaman organisasi dan pastikan sama ada perubahan budaya diperlukan. Seterusnya kenal pasti aspek budaya semasa mana yang masih sah atau sesuai dan apakah aspek lain yang perlu diubahsuai atau diubah. Tambahan pula, kenal pasti skop perubahan budaya yang diperlukan dan beri tahu perubahan budaya darisegi, matlamat umum & spesifik, aktiviti dan kelakuan yang diperlukan. Laksanakan perubahan dari atas ke bawah supaya komitmen pengurusan atasan perlu dilihat dan dirasai. Malahan libatkan kakitangan dalam proses perubahan tersebut dan teliti kepimpinan dan proses sokongan untuk mengatasi perasaan bimbang di kalangan pengurus dan kakitangan. Akhir sekali semak kemajuan dari masa ke masa.

Rumusan Pencapaian misi sesebuah Kementerian Kesihatan Malaysia bergantung kepada tindak laku semua anggotanya yang masing-masing telah di pertanggungjawab dengan fungsi dan tugas-tugas tertentu. Dengan bergerak sehaluan dan sealiran, pihak pengurusan dan semua anggota KKM akan bertindak bersama-sama menguruskan sumber-sumber yang ke arah pencapaian yang terbaik. Untuk memastikan supaya semua anggota organisasi mempunyai komitmen, dorongan bekerja dan kaedah bertindak sehaluan, KKM perlu mempunyai satu budaya korporat iaitu yang menjadi panduan bertidak bagi semua anggota KKM. KKM berazam untuk menguatkan lagi komitmen kearah perubahan yang lebih positif bagi memastikan pelanggan selesa dan berpuas hati.

Senarai Rujukan 1. Risalah Budaya Korporat edisi kedua mukasurat 109 Sackman (1991) 2. Budaya Pekerjaan mukasurat 56 Hofstede (1991) 3. Budaya Korporat Lembaga Pertubuhan Peladang muka surat 5 4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya korporat

Lampiran

10

You might also like