P. 1
Pembangunan Sahsiah(Tugasan 2)

Pembangunan Sahsiah(Tugasan 2)

|Views: 302|Likes:
Published by bangsanegara

More info:

Published by: bangsanegara on Apr 06, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/09/2014

pdf

text

original

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KKD 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH
TAJUK Perubahan Sahsiah Adalah Proses Pertumbuhan Diri Kesan Daripada Interaksi Dalaman (psikologi) Dan Input Persekitaran Luaran. Kursus pembangunan Sahsiah Telah Dibina Khusus Sebagai Input Perubahan Karektor Seorang Pendidik Yang Professional Dan Berkesan. i. Merujuk kepada kursus pembangunan sahsiah, jelaskan 4 (perkara) utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru. Huraikan dengan member contoh yang jelas bagaimana kursus pembangunan sahsiah member kesan kepada perubahan karektor diri anda.

ii.

KUMPULAN A12 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA SAHIMAH BT. MAT ISA

NO. ID D20112054186

NO. TELEFON 0125498766

NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN SAMSIAH BT MOHD. JAIS TARIKH SERAH: 9 APRIL 2012

ii. motif. HURAIKAN DENGAN MEMBERI CONTOH YANG JELAS BAGAIMANA KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH MEMBERI KESAN KEPADA PERUBAHAN KAREKTOR DIRI ANDA. nilai. tabiat. KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH TELAH DIBINA KHUSUS SEBAGAI INPUT PERUBAHAN KAREKTOR SEORANG PENDIDIK YANG PROFESSIONAL DAN BERKESAN. MERUJUK KEPADA KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH. emosi. kognitif. 1 . kebolehsuaian atau keupayaan seseorang untuk berubah dan diubah dan organisasi iaitu bukan sekadar himpunan tingkah laku sebaliknya melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. harapan. ______________________________________________________________________________ PENGENALAN SAHSIAH Sahsiah bermaksud peribadi atau personaliti. Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup. i. sikap dan watak seseorang. budi pekerti. sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam diri seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang. kepercayaan. JELASKAN EMPAT (4) PERKARA UTAMA YANG CUBA DITERAPKAN KEPADA GURUGURU. Sistem psikofizikal merangkumi segala unsur psikologi seperti tabiat. perasaan.W Allport dalam bukunya “Pattern and Growth in Personality”.PERUBAHAN SAHSIAH ADALAH PROSES PERTUMBUHAN DIRI KESAN DARIPADA INTERAKSI DALAMAN (PSIKOLOGI) DAN INPUT PERSEKITARAN LUARAN. urat saraf. kelenjar. bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. sosial dan rohani seseorang. persepsi. Ia merujuk kepada perangai yang mencirikan peribadi orang berkenaan. kepercayaan dan emosi. pemikiran. sikap. 1994:1) Sahsiah mempunyai tiga ciri utama iaitu keunikan dengan membawa maksud tersendiri. nilai. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat fizikal. Mengikut G.

Terdapat dua pendapat tentang pembangunan sahsiah iaitu menurut Shahabuddin dan Rohizan (2007) . 1992). emosi mahupun rohani. perkembangan dan pembangunan sahsiah diri ini banyak dipengaruhi oleh proses sosialisasi yang berlaku dalam masyarakat. Faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam pembangunan sahsiah adalah hubungan manusia dengan Allah s. sahsiah bermaksud personaliti atau secara umumnya akhlak.w. Empat agen yang memainkan peranan penting dalam pembentukan persekitaran masyarakat ialah keluarga. naluri dan akal individu. Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi. Apabila seseorang itu begitu positif dalam mempersepsikan kehidupannya maka lahirlah golongan yang cemerlang sahsiahnya baik dari segi fizikal. Secara kesimpulannya. media dan agama. Dalam perspektif Islam . pembentukan sahsiah diri seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. mental. rakan sebaya. Pembentukan sahsiah diri yang sempurna merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia. intelek. fokus pembangunan sahsiah merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran. interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak . peribadi dan tingkahlaku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun. Oleh itu. pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani. Dalam proses sosialisasi ini terdapat empat agen yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan persekitaran masyarakat khususnya ke atas perkembangan dan pembangunan sahsiah .t. Manakala menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997).KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Pembentukan sahsiah diri penting dalam kehidupan kita. murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al 2006). Sahsiah diri dapat didefinasikan sebagai segala tingkah laku moral yang dilakukan tanpa melanggar norma-norma kehidupan masyarakat. sahsiah bermaksud akhlak yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. 2 . Pembangunan sahsiah yang unggul adalah suatu konsep yang berkaitan dengan kualiti insan.Maka.

Manakala Ibn Miskawah mentakrifkan pembangunan sahsiah ialah suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang kerana sifat yang tertanam dalam diri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa melibatkan pemikiran. adab kehidupan berkeluarga. keperluan jasmani yang ditekankan mengikut perspektif barat ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia. akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). rakan sebaya. Manakala faktor persekitaran pula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga. penelitian serta paksaan. rohani atau mental. pengaruh sekolah. pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pengetahuan agama. pengalaman awal . pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan untuk memenuhi keperluan jasmani manusia itu sendiri. Sebaik manapun sesuatu sistem itu. Berdasarkan pandangan seperti Mark (1818-1883). Interaksi dalaman (psikologi) merujuk kepada jiwa. Weber (18641920) dan Maslow (1908-1970) . kebudayaan.Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empat unsur iaitu pembinaan akidah (kepercayaan). 3 . ibadah (ritual). akidah. perhubungan sesama manusia. budi pekerti dan pembangunan jiwa serta hati. jika tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan untuk menguruskannya maka sistem tersebut tidak akan mencapai objektifnya. penghayatan Al-Quran. media massa dan masyarakat. Menurut Imam Al Ghazali (1989). Manusia memainkan peranan penting dalam menggerakkan sesuatu sistem. Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada interaksi dalaman (psikologi) dan input persekitaran . mencari rezeki. Dalam konteks ini. meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia. Dari perspektif Barat. akhlak. sesebuah institusi persekolahan tidak akan maju sekiranya barisan gurunya tidak mempunyai kecekapan dan kemahiran yang diperlukan. Kursus pembangunan sahsiah telah dibina khusus sebagai input kepada perubahan karektor seorang pendidik yang profesional dan berkesan.

rohani . bagi merealisasikannya. Bruner dan Ausubel. Gagne. guru bukan sahaja perlu lengkap dengan ilmu pengetahuan khusus secara formal. Guru juga adalah pendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan memegang kepada konsep JERIS iaitu jasmani. sosial dan rohani. vygotsky.Profesion perguruan merupakan profesion yang dipandang tinggi oleh masyarakat. membentuk konsep. Menurut Atan Long (1978). Peranan guru juga bukan sahaja terhad kepada dirinya tetapi juga kepada rakan sekerja agar sama-sama dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna. EMPAT PERKARA UTAMA YANG DITERAPKAN KEPADA GURU Merujuk kepada kursus pembangunan sahsiah terdapat empat perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru iaitu aspek kognitif . menaakul. intelek dan sosial. “Contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar”.Dalam hal ini. Guru adalah antara insan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing. menganalisis. akan tetapi perlu disertai sahsiah diri. Guru juga sentiasa mengetahui dan memahami nilai. emosi. Professor Mohd. guru perlu terlebih dahulu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi pelajar. Kama Hasan (1998) menjelaskan. Pieget.Guru mestilah menanamkan nilai-nilai yang tinggi di dalam diri mereka supaya professionalisme dan kredibiliti mereka sebagai warga pendidik dapat dikekalkan dan dimantapkan. Oleh itu. kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir. kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt. Gurulah yang bertanggungjawab memimpin dan mendidik masyarakat. Pendekatan kognitif merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran indidvidu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. menyelesaikan masalah dan sebagainya. fizikal . matlamat dan tujuan serta keperluan am pengajaran yang telah ditentukan. Konsep kognitif ialah menggambarkan pemikiran seseorang yang digunakan untuk mengorganisasi informasi yang didapati dalam membantu menginterprestasi dan memahami dunia 4 . Sebelum membentuk sahsiah pelajar.

mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi dan sentiasa mempertingkatkan ilmu. boleh berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus setiap aktiviti yang diberikan. menjelaskan bahawa kemahiran fizikal dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup dan terbuka. Konsep kendiri ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana dia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. kemahiran fizikal berkait dengan kematangan seseorang individu berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengalaman. sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti . kesihatan. kebolehan. Konsep kendiri merangkumi gambaran tentang rupa. Schmidt dan Wrisberg (2000). kepakaran dan profesionalisme.Konflik kognitif adalah merupakan usaha untuk mendapatkan perseimbangan fikiran. keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah . Proses pembelajaran ini pula. Sebagai seorang guru juga. Menurut Wright dan Sugden (1999). Kedua-dua kategori ini amat perlu bagi memperkembangkan kemahiran . penampilan kendiri serta pengurusan kendiri.Nilai kognitif merupakan suatu kemahiran yang dapat menjadikan seseorang itu berfikir secara inovatif dan kreatif. kelemahan dan tingkah laku kita. 5 . kita perlu menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tidakan sesuai dengan masa serta keadaan seperti menggunakan seluruh potensi . Carls Rogers (1950). mendifinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya. Teori kognitif dapat diserapkan kepada guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran di mana segala maklumat yang tersimpan dalam ingatan seseorang akan diaplikasikan dalam pembelajaran. Sebagai seorang guru kita haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya. Fizikal seseorang guru pula dirujuk kepada kebolehan mempamerkan tingkah laku.

Kemahiran sosial menurut Philip (1991). berpendapat konsep kendiri dilihat melalui dua cara iaitu tanggapan diri seseorang individu dan proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif lazimnya dapat menghadapi masalah dan cabarancabaran dengan tabah. Melalui interaksi sosial kita dapat melihat kebolehan. bermaksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Kita juga mempunyai peluang untuk memberi pendapat kita sama ada kita bersetuju atau tidak dengan pendapat orang lain. perasaan dan fikiran. Sunarto dan Hartono (1999). Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963). kelemahan dan tingkah laku seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri negatif akan berasa tidak puas hati. Manakala Sharifah Alawiah (1987) menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi. Dalam hubungan sosial ini kita harus bersedia menerima pendapat orang lain sama ada secara negatif atau positif. tidak gembira. Ini secara tidak langsung akan membentuk emosi yang tenang dan stabil bagi individu terbabit. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku .Dari segi psikologi . moral dan tradisi bagi meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan bekerjasama antara satu sama lain. sikap lebih terbuka serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Perkembangan sosial pula ditakrifkan sebagai proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok. berpendapat hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling memerlukan. bersifat optimistik. Kemahiran sosial terbentuk di antara seseorang bagi menyesuaikan dirinya dengan orang lain dan alam sekitar. Syamsu Yusuf (2007). Melalui hubungan sosial ini. menyatakan bahawa perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. ia akan membentuk diri seseorang itu supaya lebih bersedia menerima pendapat dan kritikan daripada orang lain serta bersikap lebih tenang dan mudah berinteraksi. Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja. cepat merajuk serta mudah tersinggung perasaannya. peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripoada interaksinya dengan persekitaran. 6 .

Keterangan tentang adanya penyakit rohani itu dikemukakan di dalam Al-Quran. Rohani yang sihat begitu terkesan apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah dan menerimanya dengan penuh syukur manakala rohani yang tidak sihat sentiasa bersyak wasangka dan dibelenggu dengan rasa tidak puas hati. ghairah untuk bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan. Seseorang guru yang sihat rohaninya akan mudah menangkap kebenaran dan hatinya selalu dipancari (nur) kebenaran. Guru yang sihat rohaninya juga memiliki kemampuan beramal yang tinggi. Antara kerosakan yang ditimbulkan oleh penyakit rohani adalah menganggu ketenangan. fikiran dan sebagainya yang mewujudkan sebagai suatu unsur peribadi manusia yang paling unik yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera. kita perlu merawat penyakit rohani ini yang tentunya akan mempengaruhi diri dan profesion kita. kalbu. maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan” (Q. melumpuhkan daya kerja dan merosakkan jasmani.Hubungan sosial dimulai dari tingkat sederhana dan terbatas serta didasari oleh keperluan yang sederhana. antaranya. “ Dalam hati mereka ada penyakit. 7 . ayat 10) Sebagai seorang guru. jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan. Perkataan rohani dalam bahasa Melayu sering dikaitkan dengan hati. jiwa. Firman Allah yang bermaksud. mental. Roh juga bermaksud bersifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian. keperluan manusia menjadi kompleks dan dengan demikian tingkat hubungan sosial juga berkembang secara kompleks. Menurut Imam Ghazali dalam kitab Ihyaulumiddin menerangkan bahawa roh itu ada dua makna iaitu pertama. menjauhkan diri daripada tuhan.S al-Baqarah. Setiap orang merasakan dan mengetahui betapa buruknya akibat-akibat penyakit jasmani yang menimpa seseorang tetapi penyakit rohani sebenarnya mempunyai akibat-akibat buruk yang lebih serius daripada penyakit jasmani . Semakin dewasa dan bertambah umur.

saya lebih menghargai dan ingin menjaga nama baik profesion ini . Untuk meningkatkan martabat profesion ini saya turut melanjutkan pelajaran walaupun sudah agak berusia. 8 . emosi.Guru merupakan role model kepada murid. Pendedahan tentang penglibatan guru dalam fenomena ini menyedarkan saya tentang betapa tingginya harapan negara dan masyarakat terhadap peranan yang dimainkan oleh seorang guru. Saya perlu membuang sikap pilih kasih dan mengutamakan murid cemerlang kerana semua murid berhak mendapat layanan yang sama rata. pertuturan dan tingkah laku terutama apabila berhadapan dengan murid-murid. jasmani. mental. tindakan negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru juga turut menjadi fokus utama media massa dan penyelidik. Mereka telah dianggap seperti anak sendiri dan cuba mendekati dan menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa mengira faktor ekonomi. politik. Berita-berita menggembirakan yang menggambarkan sahsiah guru yang baik dan ketabahan guru menghadapi cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan ini. Kesedaran terhadap masa juga timbul dalam diri iaitu lebih menghargai masa untuk datang ke sekolah dan menepati masa ketika masuk ke dalam kelas. sosial. jadi saya perlu menjaga pakaian. saya semakin mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. keturunan dan agama. Namun. Kesan Perubahan Karektor Diri Terhadap Pelajar Melalui kursus pembangunan sahsiah.Kursus Pembangunan Sahsiah Memberi Kesan Kepada Perubahan Karektor Diri Kursus pembangunan sahsiah telah memberi kesan kepada perubahan karektor diri saya selaras dengan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan : Perubahan Karektor Diri Terhadap Profesion Perguruan Melalui kursus pembangunan sahsiah yang dihadiri.

Selain itu . Kita tidak boleh membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru. Seseorang guru juga tidak boleh menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Kesan Perubahan Karektor Terhadap Masyarakat dan Negara Melalui kursus pembangunan sahsiah . Saya juga semakin bertanggungjawab terhadap keluarga kerana kejayaan anak-anak bermula di rumah dan bukannya bergantung kepada guru-guru di sekolah semata-mata. saya juga perlu memupuk sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia.Kesan Perubahan karektor Terhadap Rakan Sejawat Melalui kursus pembangunan sahsiah ini juga. saya dapat merasa akan perubahan karektor saya terhadap diri sendiri dan keluarga. budaya ataupun parti politik tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melepaskan perasaan terhadap rakan sejawat. menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan. Perbezaan agama. kita perlu membantu rakan sejawatan terutamanya yang baru menyertai profesion perguruan supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sebenar dan membantu mendapatkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan. bertanggungjawab dan berguna . Kesan Perubahan Karektor Terhadap Diri Sendiri dan Keluarga Melalui kursus pembangunan sahsiah ini juga. Saya tidak menganggap kerja itu sebagai bebanan tetapi sebagai tuntutan dalam kehidupan. 9 . Hubungan dengan ahli keluarga juga semakin rapat kerana kebahagiaan keluarga memudahkan saya menguruskan tanggungjawab di tempat kerja. Saya menjadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri kerana tuntutan pekerjaan memerlukan saya mempunyai kesihatan diri yang baik dan personaliti diri yang meyakinkan apabila berhadapan dengan pelanggan (murid). keturunan dan agama. saya perlu bersikap positif dan berbaik sangka terhadap rakan sejawat.

Kesimpulan Kursus pembangunan sahsiah merupakan satu kursus yang memberi penekanan kepada pembinaan sahsiah yang baik. kursus pembangunan sahsiah juga telah dibina khusus sebagai input perubahan karektor seorang pendidik yang professional dan berkesan. perasaan. tingkah laku. sosial dan rohani individu. sikap. Kursus ini juga memberi pendedahan tentang penampilan fizikal. 10 . Selain itu. Sahsiah yang kita miliki adalah aset diri yang paling penting kerana melalui sahsiah dapat membantu bagaimana kita membentuk pengalaman yang telah ditempuh mahupun yang akan datang. pemikiran.

Personality : Classic Teories and Modern research. 1996. Psikologi Pendidikan 1: Pertumbuhan dan Perkembangan. 1994.com/doc/55709043/Huraikan-Lima-Aspek-Ciri-Guru-Yang-Berkesan-DalamPengajaran-Berdasarkan-Nilai . & Schustack. Ee Ah Meng. M.com/mohd_nor_38/d/52770629-04-KKD2063-UNIT-1-PENGERTIANPEMBANGUNAN-SAHSIAH http://www. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Friedman. Kamus Dewan. 1999. Psikologi dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar.com/2011/06/nilai-bitara-pembangunan-sahsiah-guru. Selangor.scribd. Misi dan Matlamat. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dimuat turun daripada http://www. Visi.blogspot.htm http://www. Boston: Allyn and Bacon. Multimedia Sdn.scribd. Bhd. 1995.W.Bibliografi Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin. H. 2011. Mok Song Song. Petaling Jaya: Longman.edu. Dewan Bahasa dan Pustaka.S.my http://rusmiza-rusle. 2005. Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan .upsi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->