You are on page 1of 102

2.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Pengajaran mikro merupakan suatu cara pengajaran yang diketengah kepada pelajar-pelajar di pengajian tinggi khususnya pelatih guru di institut perguruan dan mahasiswa bidang perguruan bertujuan untuk memberikan latihan dan cara pengajaran yang betul secukupnya bagi melangkah ke alam pekerjaan kelak. Menurut Kamarudin (1998), pengajaran mikro adalah suatu teknik simulasi yang bertujuan untuk memberikan guru-guru pelatih pengalaman mengajar serta menguasai kemahiran-kemahiran mengajar di bilik darjah. Kemahiran-kemahiran pengajaran ini adalah penting untuk menjalankan aktiviti di dalam bilik darjah untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kemahiran pengajaran mikro ini terbahagi kepada beberapa komponen dan perlu dikuasai oleh semua pelatih guru untuk

menghasilkan satu pengajaran yang sempurna di dalam bilik darjah. Antara kemahiran pengajaran mikro adalah seperti yang terdapat di dalam grafik di bawah:

Kemahiran Set Induksi Pengurusan Bilik Darjah


KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO

Penerangan

Penutup Pengajaran dan Pembelajaran

Penyoalan

Penggunaan Papan Tulis


1

Variasi Rangsangan

2.1

Kemahiran Set Induksi Kemahiran set induksi merupakan satu kemahiran bagaimana seorang guru memulakan sesuatu proses pengajaran. Menurut Kamarudin (1998), tujuan set induksi diadakan adalah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka yang menumpukan hendak perhatian terhadap kata aktiviti lain,

pengajaran

disampaikan.

Dengan

kemahiran ini digunakan untuk merangsang motivasi murid supaya bersedia untuk belajar dan berfikir tentang pengajaran yang mungkin disampaikan oleh guru. Set induksi boleh disampaikan dengan pelbagai cara seperti mengingat kembali, bersoal jawab, menggunakan alat bantu mengajar dan sebagainya. Masa yang diperuntukkan untuk kemahiran ini biasanya tidak melebihi lima minit dalam satu sesi pengajaran kerana ia hanya membina aliran pemikiran sahaja bukannya isi pelajaran yang hendak disampaikan. Seterusnya, terdapat beberapa prinsip yang perlu diikuti oleh guru pelatih dalam tujuan untuk mencapai objektif dan

keberkesanan kemahiran ini. Antaranya ialah: i. Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan

pengalaman, kebolehan dan umur murid. ii. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. iii. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan juga dengan pengetahuan murid yang sedia ada. iv. Aktiviti set induksi hendaklah menarik minat dan perhatian murid. v. Aktiviti set induksi hendaklah disampaikan dan mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat. (Kamarudin, 1998)

Penggunakan set induksi dalam sesuatu pengajaran bukanlah sekadar berbasi-basi dengan pelajar dan ia mempunyai objektifnya yang tersendiri. Antara objektif-objektifnya ialah:

Objektif Set Induksi


Menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran yang akan dijalankan. Membina aliran fikiran murid supaya mereka bersedia mempelajari sesuatu yang berkaitan. Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar. Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman lepas murid dengan isi pelajaran yang akan disampaikan. Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas atau projek. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran murid. Membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna.

Hasil

daripada

pencapaian

objektif

diatas,

kesan

daripada

penggunakan kemahiran set induksi dapat diperlihatkan seperti berikut: i. Motivasi murid terhadap pelajaran yang akan disampaikan adalah tinggi. ii. Semua murid akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang disampaikan.

iii.

Murid-murid boleh menggunakan pengetahuan sedia adanya untuk membina konsep yang baru dengan lebih mudah dan bermakna.

iv.

Murid-murid akan bersedia dan berusaha bersunguh-sunguh untuk menjalankan tugas dan aktiviti yang diberikan oleh guru.

v.

Dapat menimbulkan suasana yang seronok dan aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.

vi.

Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana aktiviti set induksi dapat menarik minat dan murid dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada aktiviti yang dilakukan. Kemahiran set induksi terdiri beberapa item di dalamnya dan setiap

item boleh digunakan dengan cara yang sesuai. Antara item-item yang terlibat ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan dan menstruktur. Berikut merupakan jadual penggunannya secara ringkas: Jadual item-item kemahiran set induksi dan cara melaksanakannya.

ITEM Menarik Perhatian Mewujudkan Motivasi Membuat Perkaitan

CONTOH CARA PELAKSANANNYA Menggunakan nada suara Menggunakan alat bantu mengajar Membangkitkan rasa ingin tahu Menggunakan teknik bercerita Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan Mengaitkan pengetahuan sedia ada murid Mengaitkan minat dan pengalaman murid

Menstruktur

2.2

Kemahiran Menerang Kemahiran seseorang dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau tentang isi pelajaran yang dipelajari merupakan kemahiran menerang. Dengan kata lain kemahiran ini menunjukkan kebolehan seseorang memberitahu maklumat kepada pihak kedua dengan berjaya. Kemahiran menerang biasa digunakan diperingkat

perkembangan sesuatu pengajaran. Menurut Kamarudin (1998), semasa guru menggunakan kemahiran menerang, guru boleh memberikan penerangan dengan menggunakan contoh, ilustrasi, atau sumber pelajaran. Selain itu, guru juga boleh menggunakan kapur pada peringkat ini untuk menulis isi-isi penting pelajaran supaya muridmurid lebih memahami dan merekodkannya ke buku nota. Kemahiran menerang mempunyai beberapa prinsip yang perlu diikuti supaya penggunaan kemahiran ini lebih berkesan.

Antaranya ialah: i. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. ii. Contoh-contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran mestilah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu. iii. Masa yang diperuntukkan untuk kemahiran menerang hendaklah singkat. iv. Penerangan yang melebihi daripada satu minit mestilah diselitkan dengan kemahiran variasi rangsangan bagi mengekalkan minat murid. v. Perbendaharaan kata yang digunakan mestilah

bersesuaian dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid. vi. Penerangan haruslah berdasarkan pengalaman serta pengetahuan sedia ada murid supaya ia mudah difahami dan bermakna. 5

vii.

Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dengan isi penerangan pelajaran serta diuruskan dengan teknik yang berkesan.

viii.

Setelah penerangan selesai diberikan, beri galakkan kepada murid untuk bertanya mana-mana perkara yang kurang jelas atau tidak difahami. Seterusnya, kemahiran menerang dalam mempunyai menjadikan objektif sesuatu

tertentu

yang

perlu

dicapaikan

pengajaran itu bermakna. Berikut merupakan objektif-objektif kemahiran menerang:

Objektif Kemahiran Menerang


Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas. menghuraikan sesuatu proses atau prosedurseperti langkah-langkah menjalankan sesuatu atau menyelesaikan sesuatu masalah. menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.

Hasil daripada pencapaian objektif diatas, kesan daripada penggunakan kemahiran menerang dapat diperlihatkan seperti berikut: 6

i.

Murid-murid dapat memahami konsep atau isi pelajaran dengan lebih mudah, cepat dan tepat.

ii.

Murid-murid dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur.

iii.

Penerangan guru yang menarik dan bermakna akan menyebabkan murid menumpukan perhatian

sepenuhnya terhadap pembelajaran. iv. Penggunaan alat bantu mengajar dengan menggunakan contoh-contoh dan ilustrasi yang menarik, dapat

merangsang deria murid dan mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan. v. Masa aktiviti pengajaran dapat dijimatkan dan boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran murid. Kemahiran menerang terdiri beberapa item di dalamnya dan setiap item boleh digunakan dengan cara yang sesuai. Antara itemitem yang terlibat ialah arah permulaan, kemahiran ilustrasi, penyusunan idea dan penutup. Berikut merupakan jadual huraian secara ringkas: Jadual item-item kemahiran menerang dan huraiannya.

ITEM Arah Permulaan

CONTOH CARA PELAKSANANNYA Penerangan guru Menarik murid Membangkitkan kesediaan murid untuk belajar dan mengekalkan perhatian

Penggunaan contoh/sumber pelajaran Kemahiran Ilustrasi Contoh/sumber yang mencukupi Contoh/sumber yang sesuai Kecekapan mengurus contoh/sumber

Pengurusan kemahiran menerang Penyusunan Idea Idea dikembangkan secara teratur Variasi rangsangan berjaya digunakan Penerangan lisan jelas dan tepat

Rumusan/Kesimpulan Penutup Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis Isi-isi penting disusun secara teratur Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas.

2.3

Kemahiran Penyoalan Menyoal merupakan satu teknik yang penting dan sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya menguasainya dengan baik untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti pengajarannya. Hampir setiap peringkat dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemahiran penyoalan.

Contohnya: Set Induksi Kemahiran penyoalan digunakan dalam peringkat yang pertama ini untuk menolong murid mengingat kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan.

Perkembangan Mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.

Penutup Pada peringkat ini, kemahiran penyoalan digunakan oleh guru untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta penguasan murid.

Menurut Abdul Rahim (2000), penggunaan kemahiran penyoalan yang berkesan, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut:

1. Pembentukan soalan

Aras soalan yang digunakan oleh guru mestilah mengikut umur, kebolehan dan pengalaman murid. Guru haruslah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan sebelum aktiviti pengajaran bermula. Perkataan atau istilah yang digunakan dalam membina soalan mestilah mudah dan telah dipelajari oleh murid. Bentuk soalan yang digunakan haruslah pelbagai untuk menarik perhatian murid. Bentuk soalan yang dibina haruslah boleh mendorong murid untuk berfikir serta elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri.

Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas.

2. Teknik mengemukakan soalan Menggalakkan setiap murid berfikir dengan mengemukakan soalan dahulu, berhenti untuk memberi masa untuk murid berfikir dan kemudian menyebut nama murid untuk menjawab soalan tersebut. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah secara kelas dan tidak tertumpu kepada murid tertentu sahaja dan elakkan memberikan soalan mengikut susunan tempat duduk murid dalam kelas. Guru boleh memanggil murid lain untuk mengulangi jawapan yang telah diberikan untuk menguji perhatian yang telah diberikan. Soalan yang dilontarkan oleh guru mestilah lantang dan jelas serta menyebut soalan sekali sahaja untuk mendapatkan perhatian murid. Pastikan murid telah bersedia.

3. Tindak balas guru terhadap murid Pujian hendaklah diberikan kepada murid yang menjawab dengan betul untuk menggalakkan penglibatan murid. Elakkan mengulangi jawapan yang telah diberikan oleh murid kerana cara akan menggalakkan murid lain untuk tidak mempedulikan jawapan ketika diberi oleh rakannya. Jika jawapan yang diberikan adalah baik dan penting, guru boleh meminta murid untuk mengulangi jawapan itu semula. Jika jawapan yang diberikan tidak lengkap, maka guru boleh meminta murid lain melengkapkannya atau penambahan boleh dibuat oleh guru. Guru boleh mengubah aras soalan ke peringkat rendah sekiranya murid tidak dapat menjawab soalan tersebut. Elakkan murid memberikan jawapan secara beramai-ramai. Elakkan merendah-rendahkan murid yang memberikan jawapan yang salah 10

Penggunaan

kemahiran

penyoalan

dalam

proses

pengajaran dan pembelajaran oleh guru mempunyai beberapa objektif yang tertentu. antara objektif tersebut ialah: Menguji pengetahuan dan kefahaman murid. Merangsang dan mencungkil fikiran murid. Membimbing murid menggunakan kaedah inkuiri penemuan untuk membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks. Menarik perhatian murid supaya menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran. Membantu murid mengulangkaji pelajaran untuk

menyediakan diri dalam ujian yang akan datang. Menjalin hubungan yang baik di antara guru dengan murid melalui aktiviti soal jawab. Membantu murid memperkukuhkan konsep kefahaman yang baru dipelajari pada peringkat akhir pengajaran. Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid dengan mengemukakan soalan yang menarik atau mencabar. Memperkembangkan daya pemikiran murid melalui satu siri soalan terancang. Melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Memberi contoh serta menggalakkan murid supaya berani menyoal apabila mereka ada keraguan atau kurang faham sesuatu.

Abdul Rahim (2000)

11

Hasil daripada penggunaan kemahiran penyoalan yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kesan yang dapat dilihat ialah: Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Kemahiran penyoalan yang menarik oleh guru menjadikan murid berminat terhadap pengajaran guru dan seterusnya dapat mempelajari sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan. Daya pemikiran murid akan lebih mencapah. Kemahiran penyoalan dapat menyatakan kepada guru pengetahuan sedia ada murid. Oleh itu, pengajaran guru lebih berkesan mengikut tahap kebolehan murid. Soalan yang disediakan juga boleh bertujuan sebagai penilaian guru terhadap murid dan pengajarannya. Guru dapat melakukan aktiviti pemulihan atau pengayaan

berdasarkan masalah murid. Guru dapat membina hubungan baik dengan murid kerana murid menyukai pengajaran guru dan tidak merasa segan untuk bertanya sekiranya menghadapi masalah. Penyediaan soalan oleh guru juga merupakan satu langkah persediaan kepada murid untuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan kelak. Penyoalan dapat membantu murid memperkukuhkan

konsep-konsep yang baru dipelajari. Kemahiran penyoalan juga mempunyai beberapa komponen yang tertentu. Menurut Abdul Rahim (2000), terdapat lapan komponen kemahiran penyoalan yang utama iaitu:

12

1. Pembentukan Soalan Soalan yang disediakan oleh guru mestilah jelas, tepat dan ringkas. 2. Fokus (Tunggal) Guru boleh membina soalan yang berfokus tunggal iaitu soalan yang ditumpukan kepada satu idea sahaja. Contohnya: Guru : Murid : Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan? 31 Ogos 1957

3. Fokus (Pelbagai) Soalan fokus pelbagai mengkehendakkan murid menumpu kepada lebih dari satu idea. Contohnya: Guru : Murid : Bagaimanakah untuk menjaga kebersihan diri? 1) Mandi menggunakan sabun 2) Cuci tangan sebelum makan 3) Gosok gigi tiga kali sehari 4. Sebaran Guru haruslah melontarkan soalan kepada seluruh kelas. 5. Hentian Setelah soalan dilontar kepada murid, guru haruslah berhenti seketika dengan tujuan untuk memberi masa kepada murid untuk memikirkan jawapan. 6. Melayani jawapan Setelah murid memberikan tindak balas dengan memberikan jawapan, guru hendaklah membalas tindak balas yang diberikan dengan cara memberi pujian kepada jawapan 13

yang betul, melengkapkan jawapan yang hampir tepat serta membetulkan jawapan yang salah. 7. Memberi petunjuk menjawab Sekiranya murid mengalami masalah dalam menjawab soalan, guru bolehlah memberi petua atau petunjuk untuk membantu murid. 8. Mencungkil fikiran Guru boleh menjana idea murid dengan membina satu siri soalan yang dapat mencungkil minda murid. Selain menguasai teknik pengajaran mikro kemahiran penyoalan, kemahiran mempelbagaikan jenis soalan mengikut aras-arasnya juga boleh dikuasai melalui pengajaran mikro. Guru boleh membina soalan berdasarkan aras kamahiran soalan yang dikelaskan kepada enam peringkat iaitu:

1. Pengetahuan

6. Penilaian

2. Kefahaman

Peringkatperingkat Aras Soalan

5. Sintesis

3. Aplikasi

4. Analisis Abdul Rahim (2000) 14

2.4

Kemahiran Variasi Rangsangan Menurut Abdul Rahim (2000), variasi rangsangan adalah teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik pemyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat murid terhadap aktiviti pengajarannya. Guru seharusnya dapat mempelbagaikan proses pengajarann supaya murid tidak cepat hilang minat kerana masa tumpuan murid adalah singkat. Kemahiran variasi rangsangan meliputi aspek seperti kebolehan guru mengubah-ubah tingkah laku di dalam kelas, mempelbagaikan aktiviti pengalihan salurian deria murid, menukar corak interaksi antara guru dan murid, dan mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar. Penggunaan kemahiran pengajaran mikro dapat

dilaksanakan dengan berkesan dengan menggunakan beberapa prinsip yang berikut: Perubahan aspek kaedah dan teknik pengajaran yang dilakukan oleh guru mestilah dikaitkan dengan tujuan san isi pelajaran. Perubahan dalam aktiviti pengajaran haruslah berjalan dengan lancar disertai dengan langkah-langkah

penyampaian yang baik. Penggunaan alat bantu mengajar yang menggunakan pelbagai deria haruslah dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan. Aktiviti yang dilakukan pada setiap peringkat pengajaran mestilah berbeza. Sekiranya terdapat peringkat pengajaran yang lama, maka aktiviti mestilah dipelbagaikan. Berdasarkan maklum balas yang diterima dari murid sebagai panduan untuk mengubah rangsangan. 15

Penggunaan kemahiran ini juga mempunyai objektif dan matlamatnya yang tersendiri. Antaranya ialah: Memusatkan perhatian murid dan mengekalkan minat mereka terhadap aktiviti pengajaran guru. Melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengalaman belajar mereka. Memberi peluang kepada murid untuk menggunakan semua deria yang dimiliki untuk mengikuti pelajaran dan

memperoleh ilmu pengetahuan. Memotivasikan murid serta membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelgabar aktiviti pengajaran guru. Memberi peluang kepada murid menikmati pelbagai aktiviti pengajaran yang dijalankan. Mewujudkan suasana seronok dan positif dalam aktiviti pengajaran yang disediakan oleh guru. Sekiranya guru dapat menjalankan serta menggunakan kemahiran variasi rangsangan ini dengan sempurna dan betul, iaitu dapat mewujdkan kesan-kesan positif terhadap proses pengajaran seperti: Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan menarik. Kepelbagaian deria dalam sesuatu aktiviti dapat membangkit minat murid dan seterusnya mendapat perhatian yang baik dari murid. Daya rasa ingin tahu murid akan bertambah dan mendorong mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid berpeluang untuk menggunakan semua derianya secara pelbagai untuk mempelajari sesuatu.

16

Penggunaan

variasi

rangsangan

dapat

mewujudkan

suasana pembelajaran yang positif. Penumpuan yang diberikan oleh murid terhadap pengajaran guru dapat mengurangkan masalah disiplin murid di bilik darjah. Menurut Abdul Rahim (2000) lagi, kemahiran variasi rangsangan mengandungi enam komponen yang penting. Komponen ini perlu diketahui oleh guru dalam menjayakan pengunaan kemahiran ini secara berkesan di bilik darjah. Antara komponen yang terlibat ialah: Pergerakkan guru mestilah berlaku dalam keseluruhan kelas dan tidak statik. Guru boleh bergerak dari kiri ke kanan, depan ke belakang atau sebaliknya. Semasa aktiviti pengajaran guru, guru mestilah menggerakkan anggota badan bagi mendapatka perhatian murid seperti pergerakan tangan dan kepala dan tangan serta hentian. Pengunaan nada suara yang berbeza dapat menunjukkan kepelbagaian maklumat yang disampaikan oleh guru. Guru boleh menggunakan nada dari mendatar ke lantang atau sebaliknya Aktiviti pengajaran guru mestilah terdiri daripada kepelbagaian pengunaan deria murid seperti kemahiran mendengar ketika menonton, melihat dan merasai sesuatu.

Perubahan pergerakkan langkah guru

Perubahan pergerakkan anggota guru

Perubahan nada suara guru

Perubahan fokus deria murid.

17

Perubahan bentuk lisan murid.

Dalam aktiviti pengajaran guru, berlakunya cara interaksi yang pelbagai dari murid seperti menyoal dan menjawab, bertukar pendapat dari bahan yang dibaca, dan berbincang berdasarkan masalah. Bentuk fizikal melibatkan perubahan perbuatan yang dilakukan oleh murid. Contohnya, setelah melukis, murid akan menulis, aktiviti yang melibatkan perbuatan duduk dan berdiri dan sebagainya.

Perubahan bentuk fizikal murid.

2.5

Kemahiran Menggunakan Papan Tulis Menurut Abdul Rahim (2000), papan tulis merupakan bahan bantu mengajar yang termurah dan paling meluas digunakan. Kemahiran menggunakan papan tulis ini memerlukan kecekapan guru merancang tulisan, nota dan gambar yang sesuai (Ahmad Tarmizi, 2009). Menurut Bryan (2007), penggunaan papan tulis melibatkan teknik khusus yang dipelajari serta memerlukan latihan yang banyak. Sebuah papan tulis pasti terdapat di dalam setiap bilik darjah. Walaupun dianggap mudah untuk digunakan, namun ada juga guru-guru tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan kesan yang berkesan. Menurut Ahmad Tarmizi (2009), komponen-komponen

kemahiran menggunakan papan tulis adalah seperti berikut: Kejelasan Saiz tulisan yang besar, sesuai dan jelas. Tulisan yang kemas dan tepat. Gambarajah jelas dan ringkas.

18

Penonjolan atau penekanan

Penggunaan warna yang menarik dan sesuai. Penggunaan warna yang menawan.

Susunan Penggunaan ruang untuk rajah dan tulisan. Susunan jelas dilihat seluruh kelas. Disusun dengan sistematik.

Teknik persembahan Membentuk konsep yang jelas dan tepat. Memudahkan konsep yang kabur dan susah. Penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran. Menggunakannya pada masa yang sesuai.

Menurut Abdul Rahim (2000), antara langkah-langkah penting yang harus diberi perhatian ketika menggunakan papan tulis adalah seperti berikut: 19

Sebelum memulakan pengajaran, pastikan papan tulis telah dibersihkan terlebih dahulu. Catatan-catatan daripada pelajaran yang sebelumnya perlu dibersihkan. Sekiranya guru telah mengajar tanpa membersihkan papan tulis, tumpuan murid akan terganggu. Mereka akan memikirkan atau mengingat lagi pelajaran yang tercatat di papan tulis.

Pastikan tulisan guru besar dan jelas. Murid yang duduk di bahagian belakang kelas seharusnya dapat melihat dan membaca tulisan guru. Murid yang lemah dari segi penglihatan hendaklah duduk di bahagian hadapan kelas.

Kebanyakan papan tulis di dalam bilik darjah adalah dari segi yang panjang. Bagi memastikan penggunaannya lebih berkesan dan teratur, papan tulis tersebut eloklah dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian dengan membuat garisan sempadan.

Untuk isi-isi penting (perlu disalin)

Untuk catatan / lakaran (boleh dipadam)

Rajah 2.5: Penggunaan Papan Tulis 20

Bahagian di tepi kiri dan bahagian tengah digunakan untuk menulis isiisi pelajaran penting yang mungkin perlu disalin oleh murid-murid.

Bahagian di sebelah kanan pula digunakan untuk menulis perkataan atau pengiraan atau membuat lakaran dan sebagainya, yang akan dipadam setelah tidak diperlukan.

Jawapan-jawapan atau kenyataan daripada murid-murid juga perlu ditulis di papan tulis. Mereka juga boleh disuruh menulis sendiri jawapan mereka di papan tulis. Dengan cara ini, murid-murid akan terlibat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain menggunakan kapur berwarna putih, kapur-kapur berwarna juga perlu digunakan. Hal ini digunakan kerana untuk menegaskan kenyataan atau perkara. Kapaur pelbagai warna juga boleh digunakan untuk membuat lukisan atau rajah.

Perkara penting yang perlu dielakkan guru ialah kebiasaan bercakap ketika menulis di papan tulis. Suara guru tidak akan jelas didengar. Sekiranya terdapat perkara penting yang inigin dijelaskan atau diterangkan, guru hendaklah berhenti menulis dan berhadapan dengan kelas. Gunakan kayu pembaris yang panjang apabila menunjuk sesuatu yang tertera di papan tulis.

21

Elakkan daripada mengambil masa yang terlalu lama untuk menulis atau melukis sesebuah rajah di papan tulis. Sesebuah rajah lebih baik dilukis dalam bentuk carta atau menggunakan papan gulung. Tetapi, ada kalanya guru perlu melukis di papan tulis di hadapan murid-murid supaya mereka dapat melihat perkembangan rajah yang dilukis itu.

Guru perlu memeriksa semula sesuatu yang telah ditulis untuk memastikan tidak ada kesalahan fakta atau ejaan.

Menurut Bryan (2007), perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian semasa menggunakan papan tulis: Garisan di papan tulis dapat meningkatkan mutu penyampaian guru. Kapur warnawarni

Melukis garisan lurus

Gunakan kapur warna-warni bagi menandai perkara penting, membuat garisan di bawah ayat-ayat khusus dan membahagikan papan tulis kepada beberapa bahagian apabila diperlukan.

Bahagikan papan tulis pada dua bahagian dengan melukis satu garisan tegak.

Membahagi ruang papan tulis

Gunakan satu bahagian untuk idea umum dan contoh yang yang dipadamkan kemudian diganti dengan perkara lain sepanjang masa pelajaran.

Ruang yang kedua digunakan bagi mengembangkan idea utama daan juga ringkasan pelajaran. 22

Penunjuk

Boleh gunakan pembaris ataupun kertas yang digulung panjang bagi menunjukkan idea khusus yang tertulis di atas papan tulis. Jangan gunakan jari sebagai penunjuk. Sentuhan jari dapat meninggalkan kesan, bahkan juga

mengotorkan jari. Jelas dilihat Jangan berdiri di hadapan papan tulis. Pastikan semua murid dapat melihat papan tulis. Sebaik-baiknya berdiri jauh sedikit di tepi papan tulis dan gunakan penunjuk. Jelas didengar

Elakkan daripada membuat penerangan semasa menulis pada papan tulis. Perkara yang harus diamalkan adalah berhenti menulis, atau selepas menulis, pusing dan tumpukan pandangan memberi kepada murid, untuk kemudian memastikan barulah murid

penerangan

mendengar bicara guru. Penyelengaraan Mendapatkan cat khas bagi papan hitam dan baiki permukaan papan hitam yang sudah lama digunakan dan lusuh sehingga murid sukar membaca dan memahami tulisan atau rajah yang disediakan guru.

2.6

Kemahiran Pembelajaran

Pelaksanaan

Penutup

Pengajaran

dan

Menurut Mok (1993), komponen terakhir dalam sebuah pengajaran dan pembelajaran ialah kemahiran penutup. Kebiasaannya, aktiviti-

23

aktiviti yang dijalankan dalam bahagian penutup ini adalah seperti aktiviti membuat rumusan, pengukuhan, dan penilaian. Justeru, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Selain itu, guru juga boleh menggunakan kemahiran penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan (Abdul Rahim, 2000). Dengan itu, guru boleh membuat penambahbaikan terhadap pengajaran yang berikutnya. 2.6.1 Jenis Kemahiran Pelaksanaan Kemahiran Penutup Menurut Mok (1993), terdapat dua jenis kemahiran penutup yang biasa digunakan dalam sebuah pengajaran dan pembelajaran:

Penutup kognitif

Definisi

Penutup yang bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran yang telah dipelajari. Aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan boleh diakukan dalam penutup kognitif ini.

24

b. Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa P e l a k s a n a a n yang telah dipelajari melalui aktiviti mencatat isi-isi penting yang terdapat di papan tulis. a. Memberikan kerja bertulis dalam buku latihan atau lembaran kerja kepada murid-murid. c. Memberikan aktiviti pemulihan kepada murid yang mempunyai pencapaian yang lemah, pengukuhan kepada murid yang mempunyai pencapaian yang sederhana dan pengayaan kepada murid yang mempunyai pencapaian yang cemerlang. d. Menyoal murid-murid tentang isi-isi penting yang telah dipelajari.

Penutup sosial

Definisi

Penutup ini dilakukan adalah untuk memberi satu perasaan pencapaian kepada murid-murid supaya mereka insin terus belajar. Penutup sosial ini dilakukan dengan menggunakan teknik peneguhan.

Bagus! Pandai anak-anak murid cikgu. Dalam pelajaran akan datang, cikgu akan mengajar tajuk yang baru iaitu ayat tanya. Kata Cikgu Asiah kepada muridmuridnya.

25

2.6.2 Prinsip-Prinsip Penggunaan Kemahiran Penutup Menurut Mok (1993), guru seharusnya memahami dan mematuhi prinsip-prinsip yang berikut untuk memastikan kemahiran penutup dapat dilaksanakan dengan berkesan. 1. Aktiviti penutup haruslah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan kemahiran murid yang baru dpelajari pada peringkat

perkembangan. 2. Tempoh masa untuk melaksanakan penutup kognitif dan penutup sosial tidak lebih daripada lima minit kecuali aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan yang hendak dijalankan di dalam kelas. 5. Selain penutup kognitif, penutup sosial juga perlu disediakan dan dilaksanakan untuk peringkat akhir pelajaran. 4. Aktiviti rumusan, aktiviti pengukuhan dan aktiviti susulan harus dirancang dengan teliti supaya penutup kognitif dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. 3. Untuk mengukur hasil pencapaian objektif pelajaran, aktiviti penilaian juga boleh diadakan pada bahagian penutup ini.

2.6.3 Objektif-Objektif Pelaksanaan Kemahiran Penutup Menurut Mok (1993), pelaksanaan kemahiran penutup mempunyai objektif-objektif yang tertentu. Antaranya adalah seperti berikut: Menarik perhatian murid terhadap apa yang baru dipelajari supaya mereka dapat menanggap konsep pelajaran dengan lebih jelas dan berkesan. 26 Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumus isi-isi penting atau memberikan kerja bertulis.

Mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dalam kalangan murid dengan menggunakan teknik peneguhan positif.

Menggunakan aktiviti penilaian untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat membuat penambahbaikan dalam pelajarannya.

Aktiviti-aktiviti susulan dapat diadakan pada bahagian penutup ini supaya murid mendapat peluang untuk mengaplikasikan konsep dan kemahiran yang baru sahaja mereka pelajari.

2.6.4 Implikasi pelaksanaan Kemahiran Penutup ke atas Pengajaran dan Pembelajaran Menurut Mok (1993), sekiranya objektif-objektif pada

bahagian penutup seperti di atas dapat dicapai dengan baik, maka implikasi yang positif dpat diperlihatkan. Antaranya ialah: 1. Murid-murid dapat memperkukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dikuasai melalui aktiviti susulan. 2. Murid-murid dapat membuat rumusan terhadap isi-isi penting yang baru sahaja dipelajari melalui kesimpulan kognitif yang digunakan. 3. Sementara itu, dengan menggunakan kesimpulan sosial pula, murid-murid telah dapat dimotivasikan supaya terus berusaha dan sentiasa mencuba.

4. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat membuat taksiran terhadap pencapaian objektif pelajaran yang telah ditentukan. Keputusan penilaian ini membolehkan guru membuat penambaikan untuk pelajaran yang akan datang.

27

2.6.5 Komponen-Komponen Kemahiran Penutup Menurut Mok (1993), terdapat dua komponen utama dalam kemahiran penutup. Komponen tersebut ialah komponen

perkaitan kognitif dan komponen perkaitan sosial. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti penutup yang terkandung dalam komponen-komponen tersebut.

Membuat rumusan Perkaitan kognitif Komponenkomponen kemahiran penutup Perkaitan sosial Mengulangi isi-isi penting Menjalankan aktiviti penilaian Mencadangkan aktiviti susulan Menjalankan aktiviti pengukuhan Menimbulkan perasaan pencapaian murid Memberi peneguhan positif Mewujuskan perasan ingin tahu Memotivasikan perasaan ingin belajar Mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang.

2.7

Pengurusan Bilik Darjah Menurut Mok (2010), keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkait rapat dengan kecekapan pengurusan bilik darjah seseorang guru. Pengurusan bilik darjah yang cekap akan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif serta keadaan yang sesuai bagi guru melaksanakan aktiviti

pengajarannya mengikut langkah-langkah yang diaturkan. Iklim bilik darjah yang kondusif hanya akan dapat diwujudkan apabila semua murid mematuhi peraturan-peraturan dan rutin bilik darjah yang ditetapkan. Tujuan utama pengurusan bilik darjah ialah 28

menjaga disiplin bilik darjah supaya mewujudkan keadaan yang membolehkan mereka mengikuti pembelajaran tanpa ada sebarang gangguan (Mok, 2010).

Kecekapan pengurusan bilik darjah

Mengurangkan masalah disiplin

Mewujudkan suasana dan keadaan bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Menurut Mok (2010), pengurusan bilik darjah yang berkaitan dengan disiplin yang baik adalah dihuraikan seperti berikut: 1. Pengurusan darjah Peraturan yang ditetapkan harus jelas, ringkas dan mudah diikuti. Guru hendaklah bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan peraturan tersebut untuk memastikan peraturan bilik darjah tersebut dipatuhi oleh murid. 2. Pengurusan jadual bertugas murid Guru perlulah mengatur jadual bertugas murid untuk menjaga kebersihan dan keselesaan bilik darjah. Jadual bertugas yang diaturkan perlulah adil supaya murid rela menjalankan tugas yang diagihkan. Guru hendaklah memastikan murid menjalankan tugas masing-masing. Kebersihan dan keselesaan bilik darjah akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, meningkatkan semangat belajar seterusnya masalah disiplin dalam bilik darjah dapat dikurangkan. 29 peraturan bilik

3. Pengurusan rutin bilik darjah

Rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah seperti menanda jadual kedatangan, mengutip yuran, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengedar bahan bantu mengajar, mengutip atau memulangkan buku latihan dan sebagainya. Sekiranya rutin bilik darjah diuruskan secara sistematik, masa dan tenaga dapat dijimatkan dan disiplin murid dapat dipertingkatkan. Keadaan fizikal bilik darjah yang baik merujuk kepada bilik darjah yang bersih, cahaya yang mencukupi, udara yang bersih dan nyaman, kerusi-meja yang teratur dan ruang pergerakan murid mencukupi untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Keadaan fizikal bilik darjah ini dapat meningkatkan semangat murid supaya menumpukan perhatian ke atas aktiviti pengajaran serta mendorong mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

4. Pengurusan aktiviti kumpulan

Aktiviti kumpulan di bilik darjah akan menggalakkan interaksi pelbagai hala, iaitu interaksi guru dengan murid dan interaksi murid dengan murid.

Aktiviti kumpulan yang diuruskan dengan baik dapat meupuk semangat kerjasama, sikap toleransi dan hormat-menghormati dalam kalangan murid. Malah, hubungan mesra antara guru dengan murid-muridnya dapat diwujudkan seterusnya guru akan mudah membimbing mereka menjaga disiplin bilik darjah serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

30

5. Pengurusan murid bermasalah peribadi Masalah yang wujud dalam bilik darjah kebiasaannya berpunca daripada perasaan marah, bersalah, kecewa atau bosan yang timbul dalam kalangan murid. Perasaan negatif ini lazimnya berpunca daripada gaya kepimpinan guru yang bersifat autokratik atau pengajaran yang kurang menarik. Oleh itu, guru harus menukar corak kepimpinannya kepada yang bercorak demokratik serta merancang pengajarannya dengan lebih berkesan dan menarik. Murid-murid yang menghadapi masalah peribadi menukarkan tingkah laku negatif mereka kepada yang positif.

3.0

STRATEGI DALAM PENGAJARAN BAHASA Strategi pengajaran merupakan salah satu komponen yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bili darjah. Strategi digunakan di dalam bilik darjah adalah untuk mencapai keberkesanan komunikasi antara guru dan murid. Kebolehan guru dalam

mengaplikasikan strategi pengajaran akan menjadi sesuatu pengajaran itu lebih bermakna dan berkesan. Menurut Kamarudin (1994), strategi ialah menandakan satu perancangan atau satu operasi di mana ia boleh diertikan juga sebagai satu aktiviti pengurusan atau kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut Smith (1976) dalam Kamarudin (1994), dari segi sejarahnya, strategi digunakan dalam bidang pendidikan dam mempunyai erti yang sama dengan istilah kaedah atau prosedur. Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama iaitu: 31

Strategi Berpusatkan Guru

Strategi Berpusatkan Tugasan

Strategi Berpusatkan Murid

Strategi Berpusatkan Bahan

3.1

Strategi Berpusatkan Guru Menurut Kamarudin (1994), strategi pemusatan guru lebih

menekankan kepada peranan guru sebagai faktor yang lebih penting dalam sesuatu situasi pembelajaran. Dalam situasi pengajaran di bilik darjah, guru akan memainkan peranan secara aktif dan murid akan menumpukan perhatian terhadapnya. Setiap aktiviti yang dijalankan di bilik darjah akan dikelola sepenuhnya oleh guru seperti: Guru memberikan penerangan yang panjang lebar. Guru bertindak sebagai model Melakukan beberapa tunjuk cara kepada murid Bekerjasama dengan guru-guru lain dalam menghasilkan aktiviti kepada murid.

32

3.1.1 Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Guru Pengajaran yang menggunakan strategi berpusatkan guru mempunyai ciri-ciri yang berikut Pimpinan guru di dalam bilik darjah adalah bersifat autokratik kerana komunikasi berlaku satu hala sajaha. Pencapaian objektif guru diutamakan Mengutamakan penyampaian isi pembelajaran

daripada penyuburan nilai dan perkembangan murid. Penyampaian fakta berbentuk hafalan dan mengingat dan disampaikan secara kelas. Interaksi murid-murid dan guru-murid menjadi pasif. Murid kurang kreatif kerana semua perkara diberikan oleh guru dan tidak berpeluang mengeluarkan idea sendiri. 3.2 Strategi Berpusatkan Murid Strategi berpusatkan murid ialah menekankan peranan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamarudin (1994), strategi berpusatkan guru akan melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti bilik darjah. Menurut Orlich et. al. (2007) dalam Noriati et. al. (2009) pembelajaran berpusatkan murid ada sedikit kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiental dan membuat penemuan serta murid melibatkan diri secara aktif. Walaupun strategi berpusatkan murid ini kurang eksplisit, guru tidaklah membiarkan murid melakukan aktiviti tanpa

pemantauan. Guru akan bertindak sebagai fasilitator dan sentiasa bertanggungjawab terhadap pelajar.

33

Perancangan pengajaran guru mestilah menitikberatkan nilai-nilai seperti kerjasama, kebebasan bekerja dan menyediakan aktiviti seperti aktiviti berkumpulan, berpasangan dan sebagainya. Penggunaan strategi ini akan menggalakkan murid berinteraksi, bertukar-tukar padangan dan pendapat dan didorong untuk membuat keputusan yang tepat. Menurut Noriati et. al. (2009), kajian telah menunjukkan bahawa strategi ini mempunyai kelebihan untuk

memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep yang positif dari aspek sikap, motivasi kendiri, dan kemahiran sosial murid. 3.2.1 Ciri-ciri strategi berpusatkan murid Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan strategi pemusatan murid ini akan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: Berlakunya komunikasi dua hala iaitu di antara guru dan murid. Naluri ingin tahu murid dikembangkan. Murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti. Pimpinan guru bercorak demokratik iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk memberikan pendapat. Mementingkan perkembangan murid secara

menyeluruh dari aspek jasmani, intelek, rohani dan emosi. Murid berminat dalam pelajaran. Menekankan objektif pembelajaran murid. Pemindahan pembelajaran berlaku. Murid menjadi lebih kreatif. Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri. 34

Wujudnya

sifat-sifat

sosial

yang

positif

seperti

bekerjasama dan tolong-menolong. 3.3 Strategi Berpusatkan Bahan Menurut Kamarudin (1994), strategi ini lebih banyak kepada peranan dan penggunakan bahan-bahan pengajaran dalam

sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara bahan yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran adalah seperti pembelajaran berbentukan komputer, bahan lukisan, perlatan saintifik, buku, blok-blok binaan dan sebagainya. Pemilihan bahan dalam pengajaran haruslah berdasarkan beberapa faktor yang penting seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, kaedah serta teknik yang digunakan dan kebolehan pelajar. Antara sumber bahan yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajarannya ialah:

1. Slain dan jalur hitam

2. Projektor lutsinar dan lutsinar

3. Pita rakaman dan televisyen

4. Model-model tiga dimensi

5. Modul terancang

6. Pakej pembelajaran seperti penggunaan perisian komputer

Noriati et. al., (2009)

Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan bahan ini mempunyai banyak kelebihan. Contohnya, penggunaan komputer dalam bilik darjah dapat digunakan sebagai medium untuk menyediakan latihan, latih tubi dan permainan pendidikan.

35

Tambahan lagi perisian internet dapat memberikan peluang kedapa murid memfokuskan kepada isu-isu global. Penggunaan bahan seperti slaid dan transparensi contohnya dapat membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah dan cepat. Selain itu, penggunaan gamabar, carta dan peta dapat membantu murid memahami sesuatu isi pelajaran dengan lebih mudah kerana ia mudah diingati. Fizikal bahan yang besar, cantik dan berwarna-warni dapat menarik minat dan serta meningkat penumpuan murid semasa aktiviti pembelajaran. Kesimpulannya, penggunaan strategi ini dapat membantu guru dalam menyediakan dan memenuhi keperluan murid yang pelbagai. Penggunaan strategi ini juga dapat dijalankan pada bilabila masa mengikut kadar pembelajaran murid serta dapat membantu murid yang tidak hadir.

3.4

Strategi Berpusatkan Tugasan Menurut Noriati et. al. (2009), strategi berpusatkan aktiviti atau tugasan ialah guru melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberi peluang kepada murid pengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil kira dalam membuat pemilihan dan bentuk aktiviti. Antaranya ialah: Pemilihan aktiviti adalah berfokuskan dengan apa yang ingin diajarkan. Kepelbagaian aktiviti boleh dibina berdasarkan matlamat pengajaran. untuk melatih atau

36

Aktiviti yang dipilih mestilah menyediakan peluang kepada murid untuk berinteraksi dan membuat refleksi dan tidak dilakukan secara individu.

Pemilihan aktiviti mestilah baik, boleh dipersembahkan dan dipantau serta disusuli jika menginginkan impak yang sepenuhnya. Ketika guru memperkenalkan aktiviti kepada murid, guru

perlulah menegaskan tujuan-tujuan dan matlamat pengajaran yang perlu dicapai. Guru boleh memberikan bimbingan kepada murid dengan cara membekalkan maklumat atau bantuan bagaimana tugasan tersebut perlu diselesaikan. Seterusnya, guru boleh membuat pemantauan kemajuan dan penyediaan bantuan sebaik sahaja murid mula melakukan tugasan yang diberi. Semua tugasan yang dibuat haruslah disusuli dengan refleksi atau perbincangan pada akhir tugasan. Menerusi refleksi dan perbincangan tersebut, guru dapat membuat semakan dengan pelajar, memberi maklum balas secara umum tentang prestasi dan mengukuhkan idea-idea utama.

4.0

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN BAHASA Menurut Maktab Perguruan Sandakan (1989), pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang ingin diutamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Oleh itu, ada kalanya sesuatu pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang digunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan 37

pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, caracara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. 4.1 Definisi Pendekatan Menurut Kamarudin (2001), pendekatan dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Setiap pendekatan itu harus mencerminkan satu

pandangan (falsafah) tentang hakikat bahasa, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta di manakah ia disimpan. Menurut Edward M.Anthony (1963) dalam Kamarudin (2001), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bersifat aksiomatik. 4.2 Konsep Pendekatan Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), pendekatan boleh bermakna satu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan menyelesaikan sesuatu masalah. 4.3 Jenis-Jenis Pendekatan Terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan dalam pengajaran bahasa. Antara pendekatan yang sering digunakan adalah seperti:

38

Pendekatan Induktif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Eklektik

4.3.1 Pendekatan Induktif dalam Pengajaran Bahasa

4.3.1.1 Definisi Pendekatan Induktif Menurut Kamarudin (1993), pendekatan induktif adalah satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses

penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan ini, pelajar-pelajar tidak diajarkan sesuatu bahan itu secara langsung, iaitu diberitahu tentang hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran tersebut, tetapi mereka digalakkan mencari, meneliti, dan mempelajarinya sendiri. 4.3.1.2 Konsep Pendekatan Induktif

Menurut Kamarudin (2001), antara konsep pendekatan induktif yang dikenal pasti ialah: Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman Mengakumulasi maklumat membentuk hukum

39

Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu Mendapatkan satu kesimpulan daripada satu urutan pemikiran

Membuat justifikasi daripada yang spesifik (khusus) kepada yang umum (general) Merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan mendapatkan peraturan-peraturan umum daripada fakta atau contoh tertentu.

4.3.1.3 Ciri-Ciri Pendekatan Induktif Menurut Kamarudin (1993), antara ciri-ciri pendekatan induktif adalah seperti: 1. Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan 2. Menggunakan pengalaman deria untuk mendapatkan pengetahuan 3. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks dan situasi untuk menguasai sesuatu kemahiran 4. Menekankan kepada pengajaran yang berbentuk konkrit 5. Selaras dengan linguistik struktural 6. Memberi peluang kepada murid-murid belajar sepenuhnaya di bawah bimbingan guru 7. Menekankan penglibatan pelajar secara aktif 8. Bersifat saintifik yang mampu menyediakan satu situasi pengajaran yang menarik.

40

9. Menekankan kepada aspek lisan. 10. Menggunakan model: contoh generalisasi

4.3.1.4 Prinsip-Prinsip Penggunaan Pendekatan Induktif Menurut Kamarudin (2001), prinsip-prinsip pendekatan

induktif ini dianggap penting kerana ia banyak memberikan faedah atau kelebihan terhadap pengajaran sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Antaranya ialah: 1. Satu struktur isi atau struktur kognitif yang hendak disampaikan perlulah disediakan. Berdasarkan bahagian-bahagian isi yang saling berkait yang telah disediakan dalam satu struktur itu, guru boleh menyusun satu turutan langkah-langkah penyampaian yang logik bagi memudahkan pemahaman murid-murid. 2. Mengadakan satu strategi penyoalan agar guru dapat membantu murid-murid membentuk konsepkonsep dengan jelas dan mudah, seterusnya membuat generalisasi yang sesuai. 3. Kemahiran-kemahiran intelektual yang terlibat ialah pembentukan konsep, membuat generalisasi (interpretasi) dan mencuba generalisasi tersebut (aplikasi). 4. Merancang dan mempelbagaikan aktiviti untuk menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan memikat serta menggalakkan murid-murid belajar secara aktif dan terlibat sepenuhnya. 41

5. Bahan bantu mengajar perlu disediakan guru untuk mewujudkan satu bentuk pembelajaran secara konkrit. 6. Contoh-contoh yang digunakan mesti sesuai dan mencukupi. Murid-murid jugan digalakkan memberi contoh-contoh selain daripada diberikan guru.

7. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, bimbingan guru perlulah dilakukan secara berterusan.

8. Pengajaran haruslah berdasarkan proses pemikiran induktif yang melibatkan kegiatan mencari, memerhati, mengkaji, mengemukakan contoh-contoh pada awal pengajaran atau sebelum kesimpulan dibuat.

4.3.1.5 Proses Pengajaran Pendekatan Induktif Menurut Paul D.Eggen (1979) dalam Kamarudin dan Siti Hajar (1999) telah memperkenalkan satu model pengajaran untuk diteliti oleh guru-guru agar mereka dapat merancang pengajaran yang hendak disampaikan dengan lebih mudah.

42

Model Induktif

Merancang aktiviti aktiviti Mengenal pasti matlamat

Melaksanakan aktiviti aktiviti

Menilai aktiviti aktiviti

Menyediakan contoh-contoh

Memberi contoh

Membuat kesimpulan

Contoh tambahan

Proses pertama yang ditekankan ialah perancangan aktiviti. Matlamat yang hendak dicapai daripada pengajaran yaang disampaikan perlulah dikenal pasti terlebih dahulu. Kemudian, contoh-contoh yang sesuai dan mencukupi perlu disediakan oleh guru. Hal ini dapat membantu murid-murid membentuk konsep secara mudah dan membuat

generalisasi tentang perkara yang dipelajari itu. Pengajaran dimulakan dengan memberikan pelbagai contoh yang melibatkan unsur-unsur yang dipelajari. Selain daripada guru yang memberikan contoh, murid juga boleh memberikan contoh-contoh lain yang sesuai dan mencukupi. Seterusnya, guru akan menyimpul isi pelajaran yang telah dipelajari. Aktiviti merumus isi pelajaran amat penting kerana ia dapat membantu menjadikan pengajaran berbentuk formal dan murid-murid dapat memahami pola-pola atau struktur penggunaan unsur-unsur. 43 Akhir sekali, contoh-contoh

tambahan diberikan agar dapat mengukuhkan konsepkonsep atau generalisasi murid-murid. Perkara ini melibatkan proses melihat semula

keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan melalui pendekatan ini. Maklumat yang diperoleh merupakan hasil daripada penilaian atau pemerhatian biasa membolehkan guru menentukan kekuatan atau kelemahan terhadap pengajaran yang telah disampaikan. Sekiranya kelemahan dapat dikenal pasti dalam pengajaran tersebut, penambaikan boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. 4.1.3.6 Strategi Pengajaran Pendekatan Induktif Menurut Kamarudin (1993), pengajaran bahasa berdasarkan pendekatan induktif boleh dilakukan mengikut langkahlangkah tertentu. sebagai: Guru seharusnya memberi perhatian terhadap elemen-elemen yang wujud dalam butiran am sebelum merancang langkahlangkah pengajaran yang seterusnya. Butiran am tersebut termasuklah penentuan masa mengajar yang diperlukan, kelas, bilangan murid, purata umur murid, perkara, tajuk, aspek Penentuan butiran bahasa, aspek penggabungjalinan, objektif, penyerapan am pengetahuan dan nilai, pengetahuan sedia ada, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Penentuan aspek dan elemenelemen ini penting bagi membolehkan guru-guru memilih isi pengajaran, merancang strategi, menyediakan bahan bantu mengajar, menyusun aktiviti yang difikirkan sesuai dan dapat memenuhi keperluan murid-murid. Langkah-langkah tersebut dimaksudkan

44

Setelah mengenal pasti sesuatu aspek bahasa yang hendak disampaikan, guru hendaklah memecahkan isi tersebut kepada Penentuan struktur kognitif beberapa bahagian dan kemudian disusun semula bahagianbahagian yang berkaitan itu mengikut urutannya yang sesuai. Guru juga hendaklah menentukan komponen-komponen isi itu disampaikan dalam satu turutan dalam langkah-langkah yang logik dan mudah bagi meningkatkan lagi pemahaman murid. Hal ini melibatkan contoh-contoh pada bahagian awal pengajaran dan kemudian bergerak kepada satu kesimpulan. Penentuan kebolehan kognitif Kemahiran intelektual yang dilaksanakan mengikut pendekatan ini melibatkan tiga tahap penting iaitu membentuk konsepkonsep melalui contoh-contoh, membuat generalisasi dan mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari dalam satu situasi yang lain. Prosedur pengajaran melibatkan langkah-langkah pengajaran yang telah dirancang untuk satu pengajaran yang berkesan. Kebiasaannya, ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat Prosedur pengajaran induktif kebolehan kognitif. Prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti peringkat pendedahan, peringkat pembentukan konsep, peringkat membuat generalisasi, peringkat mencuba generalisasi dan peringkat penutup.

4.3.1.7 Format Pendekatan Induktif Menurut Kamarudin (2001), format pengajaran bahasa berdasarkan pendekatan induktif adalah seperti berikut:

45

Aktiviti Bersoal jawab berdasarkan gambar. Peringkat Pendedahan (mengaitkan induksi set dengan aspek-aspek bahasa yang hendak dipelajari secara tidak langsung). Bersoal peristiwa. Bersoal jawab berdasarkan rakaman. Menunjuk cara dan membuat demonstrasi. Mendeskripsi tingkah laku. Berbual atau berbincang mengenai perkaraperkara yang berkaitan. jawab berdasarkan kejadian dan

Pembentukan Konsep (Menghidangkan contohcontoh melalui pelbagai aktiviti dan situasi, contoh cenderung dalam bentuk mengukuhkan pemahaman, melibatkan lisan dan tulisan, berturutan dan berkesinambungan).

Contoh daripada cerita atau lakonan dan lainlain. Contoh-contoh daripada perkataan berlawanan, sama erti dan sebagainya. Contoh-contoh daripada ayat-ayat tunggal. Contoh-contoh daripada petikan. Contoh-contoh daripada bahan visual dan

bahan yang diperdengarkan. Contoh-contoh lisan dan tulisan, tingkah laku, demonstrasi dan sebagainya.

Membuat Generalisasi (Mengaitsimpul aspekaspek bahasa yang dipelajari dan membuat kesimpulan).

Mengaitsimpul dipelajari.

aspek-aspek

bahasa

yang

Berdasarkan contoh-contoh yang jelas dan nyata. Menerangkan fungsi, peraturan-peraturan dan hukum-hukum tertentu.

46

Penutup (Membuat rumusan)

Membuat kesimpulan kognitif dan sosial. Memberi aktiviti susulan sebagai pengayaan.

4.3.2 Pendekatan Deduktif Dalam Pengajaran Bahasa 4.3.2.1 Definisi Pendekatan Deduktif Menurut Kamarudin (1993), pendekatan induktif merupakan satu pendekatan pengajaran bahasa yang menekankan kepada pembelajaran peraturan-peraturan nahu sesuatu bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu bahasa, pendekatan ini menyarankan supaya analisis rumus-rumus tatabahasa diperkenalkan terlebih dahulu sebelum guru berkenaan menunjukkan pengaplikasian

rumus-rumus tersebut melalui contoh-contoh. Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), pendekatan deduktif ialah salah satu daripada pendekatan mengajar yang menggunakan ini proses penaakulan yang tinggi. kepada

Pendekatan

memberikan

penekanan

penyampaian hukum-hukum tertentu kepada para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.3.2.2 Konsep Pendekatan Deduktif Menurut Kamarudin (1993), konsep pendekatan deduktif dapat dirungkaikan sesuatu sebagai hukum. Ia mempelajari adalah satu sesuatu proses

berdasarkan

penaakulan. Kaedah ini bertujuan mendapatkan fakta-fakta atau contoh-contoh tertentu daripada peraturan-peraturan umum. Selain itu, konsep pendekatan deduktif merupakan 47

satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum. Selain itu, ia juga menganalisa fakta atau isi yang membentuk generalisasi. Pendekatan deduktif juga dapat disimpulkan daripada yang umum kepada yang lebih spesifik.

umum

spesifik

4.3.2.3 Ciri-Ciri Pendekatan Deduktif Menurut Kamarudin (2001), antara ciri-ciri pedekatan

deduktif adalah seperti berikut: Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif. Hal ini bermakna, pembelajaran yang sentiasa akan

mementingkan

pengetahuan

diperoleh dan bukan pembentukan kebiasaan. Menggunakan pengantara fikiran (yang bersifat ideasionalisme) pengetahuan. Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan yang dipermudah kepada untuk mendapatkan ilmu

keseluruhan yang lebih kompleks sifatnya. Struktur isi atau struktur kognitif dapat

memudahkan pembelajaran. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada mrnghafaz.

48

Memulakan pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti contoh-contoh. Selaras dengan linguistik tradisional dan

transformasi

generatif.

Huraian

tatabahasa

mengikut analisis tradisional dan transformasi generatif. Menekankan lebih banyak kepada aspek tulisan.

4.3.2.4 Prinsip-Prinsip Penggunaan Pendekatan Deduktif Menurut Kamarudin (2001), prinsip-prinsip pendekatan

deduktif adalah seperti berikut:

a. Sesuatu masalah dikemukakan dan ditakrifkan. b. Pelbagai hipotesis atau penyelesaian dikemukakan. c. Generalisasi yang akan disampaikan pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit iaitu jelas dan mudah untuk difahami. d. Contoh-contoh bagi menerangkan konsep atau

peraturan-peraturan atau unsur-unsur lain yang terdapat dalam generalisasi mestilah terdiri daripada contohcontoh yang betul,tepat, dan jelas. e. Contoh-contoh yang dipilih dan digunakan mestilah sesuai dan mencukupi.

49

f. Prosedur-prosedur

dibentuk

untuk

menguji

setiap

hipotesis atau penyelesaian satu demi satu, dan perkaraperkara yang tidak diuji harus dikenal pasti. g. Data dikumpul dengan cara yang sistematik. h. Perkara atau hubungan dalam data tersebut dicari. i. Contoh-contoh juga harus dikemukakan oleh murid-murid dan tidak seharusnya datang daripada guru sahaja. j. Latihan-latihan yang diberi perlulah beraneka jenis dan dalam pelbagai konteks dan situasi. k. Latihan-latihan yang diberikan mestilah berasaskan contoh-contoh yang betul. Murid meniru atau menghafaz contoh-contoh itu kemudian membentuk contoh-contoh lain melaui latihan dan latih tubi. l. Latihan-latihan tidak seharusnya mengambil masa yang terlalu lama pada sesuatu masa. m. Kesimpulan yang dibuat berdasarkan bukti yang ada. n. Keputusannya digunakan untuk menyelesaikan masalah atau situasi semasa. o. Pemahaman generalisasi haruslah dinilai dengan

meminta murid-murid menggunakannya dalam situasisituasi yang sama. p. Peringkat kebolehan kognitif yang akan dilaksanakan ialah mengemukakan generalisasi, menganalisa konsep dan mencuba generalisasi.

4.3.2.5 Proses Pengajaran Pendekatan Deduktif Menurut Kamarudin (2001), model pengajaran deduktif adalah berbeza sedikit daripada pelaksanaannya.

Pendekatan deduktif dimulakan dengan memberikan definisi, konsep-konsep atau generalisasi tentang unsur-unsur

50

tatabahasa yang akan dipelajari. Model pengajaran deduktif Paul D. Eggen (1979) adalah seperti berikut:

MODEL DEDUKTIF

Merancang aktiviti aktiviti Mengenal pasti matlamat

Melaksanakan aktiviti aktiviti

Menilai aktiviti aktiviti

Menyediakan contoh-contoh

Definisi/konsep atau generalisasi

Menjelaskan istilah-istilah

Ilustrasi / Contohcontoh

Dalam bahagian merancang aktiviti, matlamat yang hendak dicapai hasil daripada pengajaran yang hendak dsampaikan haruslah dikenal pasti. Kemudian, guru akan menyediakan contoh-contoh yang sesuai dan mencukupi. Hal ini akan membantu guru menerangkangeneralisasi pada peringkat awal pengajaran dengan lebih berkesan. Pada bahagian melaksanakan aktiviti, guru akan memulakan pengajaran proses pengajaran dan

pembelajaran dengan memberikan generalisasi terlebih dahulu. Generalisasi mungkin berupa definisi dan konsepkonsep atau merupakan peraturan-peraturan yang ada kaitan dengan pelajaran yang hendak disampaikan.

51

Generalisasi harus dipermudah dan disampaikan dalam bentuk yang paling jelas. Kemudian, murid akan meneruskan pembelajaran mereka berdasarkan generalisasi atau peraturan-peraturan yang telah disampaikan. Penerangan dilanjutkan melalui contoh-contoh. Jika ianya berhubung dengan istilah-istilah, ia akan dijelaskan melalui contoh-contoh. Pada peringkat akhir pembelajaran, pemahaman murid-murid akan ditentukan melalui proses mencuba generalisasi tersebut. Sekali lagi, murid-murid boleh memeberikan ilustrasi atau contohcontoh. Peringkat menilai aktiviti melibatkan proses melihat kembali keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Maklumat yang diperoleh daripada hasil penilaian yang dilakukan, guru dapat menentukan kekuatan atau kelemahan pendekatan sebarang mengajar kelemahan, yang digunakan. boleh Jika terdapat

guru

melakukan

penambahbaikan untuk mengatasi masalah tersebut.

4.3.2.6 Strategi Pengajaran Pendekatan Deduktif Menurut Kamarudin (2001), strategi pengajaran deduktif melibatkan langkah-langkah yang tidak jauh bezanya

daripada strategi pengajaran pendekatan induktif. Antara langkah-langkah dalam pengajaran deduktif ialah penentuan butiran am. Sebelum guru mengambil langkah untuk menyusun langkah-langkah pengajaran, guru itu harus terlebih dahulu menentukan masa mengajar yang diperlukan, kelas, bilangan murid, umur urid, perkara, tajuk, bidang bahasa yang akan diajar, aspek penggabungjalinan 52

dan penyerapan, pengetahuan sedia ada, objektif dan sebagainya. Seterusnya, guru perlu menstruktur isi yang hendak disampaikan. Sebelum perancangan terhadapnya dapat dilakukan guru hendaklah terlebih dahulu mengenal pasti objektif dan aspek bahasa yang hendak diajarkan. Isi tersebut dipecah-pecahkan kepada beberapa komponen dan disusun semula mengikut urutannya yang sesuai. Guru perlu memastikan isi yang hendak disampaikan dapat difahami murid-muridnya. Penentuan kebolehan kognitif bagi pendekatan ini

melibatkan maklumat atau peraturan-peraturan di bahagian awal pengajaran diikuti dengan contoh-contoh. Kebolehan kognitif bagi pendekatan ini melalui tiga peringkat iaitu memperkenalkan generalisasi, menganalisis generalisasi dan mencuba generalisasi sama seperti pendekatan induktif.

4.3.2.7 Prosedur Pengajaran Pendekatan Deduktif Menurut Kamarudin (1993), untuk melaksanakan pengajaran berasaskan pendekatan deduktif, beberapa langkah perlu dilalui. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut: Guru menyatakan tujuan pengajarannya, memberitahu tajuk
Peringkat Organisasi Awal

pelajaran dan menyampaikan secara ringkas tentang apa-apa yang hendak diajar. Peringkat pengajaran guru bermula dengan menarik minat murid-murid kepada apa yang hendak disampaikan.

53

Generalisasi mungkin terdiri daripada rumus-rumus tatabahasa,


Peringkat Mengemukakan Generalisasi

menerangkan pengertian, menjelaskan fungsi dan sebagainya. Generalisasi perlu jelas, mengikut urutan tertentu serta mudah difahami murid-murid. Generalisasi dapat dikemukakan dengan baik sekiranya guru dapat menyampaikan penerangannya berdasarkan isi-isi yang telah disediakan. Pada peringkat ini, guru akan dapat membuat penilaian terhadap kebolehan murid-muridnya menguasai kemahirankemahiran dan juga kandungan isi pelajaran yang telah

Peringkat Mencuba Generalisasi

disampaikan sebelumnya. Aktiviti yang disediakan untuk peringkat ini boleh dilaksanakan sama ada secara lisan atau bertulis tetapi semua latihan tersebut dapat memberikan gambaran bahawa murid-murid telah menguasai kemahiran yang telah menjadi objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru akan membuat rumusan berdasarkan isi-isi pelajaran

Peringkat Penutup

yang telah disampaikan kepada murid-murid. Setelah semua rumusan dan kesimpulan dibuat, guru akan mengetengahkan beberapa aktiviti pengukuhan berbentuk latihan bertulis.

4.3.3 Pendekatan Eklektik dalam Pengajaran Bahasa 4.3.3.1 Definisi Pendekatan Eklekrik Menurut Kamarudin (2001), pendekatan eklektik adalah satu pendekatan yang diwujudkan hasil daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. Ia menggabungkan segala ciri yang baik yang terdapat dalam pendekatan induktif dan deduktif. Tujuannya adalah untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang,

berfaedah, dan berkesan.

54

4.3.3.2 Ciri-Ciri Pendekatan Eklektik Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), pendekatan eklektik memperlihatkan beberapa ciri yang menarik.

Antaranya ialah: Menggunakan pelbagai kaedah, tidak terikat kepada satu kaedah mengajar sahaja. Menggalakkan daya usaha dan kreativiti guru. Banyak menggunakan latihan dalam pengajaran. Menekankan penglibatan murid-murid dan penggunaan

bahasa secara aktif Menekankan kemahiran kognitif, iaitu membolehkan kanakkanak berfikir terus dalam bahasa yang dipelajari.

4.3.3.3 Strategi Pengajaran Eklektik Menurut Kamarudin (1993), pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan menggunakan mengikut dua cara, iaitu strategi pengajaran yang mirip kepada pendekatan deduktif dan strategi yang cenderung kepada pendekatan induktif. Strategi pengajaran eklektik boleh dibina mengikut model berikut: Model 1 Generalisasi Contoh Generalisasi

Generalisasi Deduktif Contoh-contoh Induktif Generalisasi Pendekatan eklektik

55

Model ini lebih mirip kepada pendekatan deduktif di mana pengajaran guru akan dimulakan dengan menerang atau menyatakan generalisasi. Kebiasaannya guru akan menerangkan objektif dan faedah pelajararan, peraturanperaturan atau hukum-hukum tentang aspek bahasa yang hendak diajarkan, memberi definisi atau maksud-maksud tertentu,dan memperlihatkan ciri-ciri, prinsip-prinsip,

kandungan isi pembelajaran, skop dan sebagainya. Kemudian, guru akan memberikan contoh-contoh yang diperlukan. Contoh-contoh yang diberikan perlulah mencukupi dan bergerak daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Selain itu, murid-murid juga digalakkan memberikan contoh-contoh yang sesuai. Contoh-contoh juga boleh diperlihatkan melalui gambar-gambar, rakaman, petikan, ayat-ayat, perkataan-perkataan berlawanan dan seerti, aktiviti seperti membuat demonstrasi dan sebagainya. Selepas itu, guru akan mengaitsimpulkan contohcontoh dan menjelaskan lagi generalisasi seperti

menerangkan sekali lagi peraturan-peraturan atau hukumhukum yang terlibat dengan pengajaran spek bahasa tersebut serta menerangkan kepentingan mempelajarinya.

Model 2

Contoh Contoh-contoh

Generalisasi

Contoh

Induktif Generalisasi Deduktif Contoh-contoh 56 Pendekatan eklektik

Model 2 pula lebih mirip kepada pendekatan induktif di mana pengajaran guru akan dimulakan dengan memberi contoh-contoh. Tujuan mengemukakan contoh-contoh ialah bagi membolehkan murid-murid membentuk konsep-konsep yang jelas dan betul. Seperti dalam model 1, contoh-contoh yang diberikan harus mencukupi dan seharusnya diberikan oleh murid-murid selain daripada yang diberikan guru. Contoh-contoh juga perlulah mempunyai variasi dan

dikemukakan melalui berbagai-bagai konteks dan situasi. Selain itu, melalui gambar-gambar, rakman, petikan, ayatayat, perkataan-perkataan, dan melakukan aksi, berlakon, boleh

memadan diperlihatkan.

sebagainya,

contoh-contoh

Daripada contoh-contoh yang telah diberikan, guru akan menghubungkaitkan dan bersama-sama murid-murid membuat generalisasi. Kebiasannya, guru akan memberi definisi atau maksud tertentu, menerangkan peraturanperaturan atau hukum-hukum, ciri-ciri atau prinsip-prinsip yang berkaitan, menerangkan fungsi dan menerangkan kandungan atau skop pembelajaran. Selepas itu, guru akan mengadakan sesi memberikan contoh-contoh sekali lagi sebagai pengukuhan. Contohcontoh yang diberikan perlu datangnya lebih banyak

daripada murid-murid. Setelah itu, murid-murid juga perlulah mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah diperoleh.

57

4.3.4 Pendekatan Komunikatif dalam Pengajaran Bahasa Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), pendekatan komunikatif melibatkan aktiviti berkomunikasi menggunakan bahasa itu, ia juga menitikberatkan faktor-faktor mental atau kognitif dan sosiobudaya yang mempengaruhi kecekapan berbahasa dan kecekapan berkomunikasi seseorang pelajar itu. Seseorang itu harus sedar tujuan ia belajar kepentingan bahasa dan kemudian mengaplikasikan dalam sesuatu situasi tertentu yang diyakini keberkesanannya.

Ahli-ahli komunikatif menimbangkan semua aspek psikolinguistik, iaitu cara pemerolehan bahasa, aspek sosiolinguistik kemasyarakatan. paralinguistik atau interaksi linguistik untuk perhubungan aspek semasa

Aspek

termasuklah pergerakan

yang

melibatkan

pertuturan seperti gerak bibir, mimik muka, dan sebagainya juga diberi penekanan dalam pendekatan ini. Fungsi pendekatan komunikatif dalam pembelajaran bahasa: a. Mengikut landasan tertentu yang mampu memberi

kemahiran kepada pelajar itu berkomunikasi. b. Menguasai kemahiran berbahasa yang lain seperti

menguasai ilmu tatabahasa. c. Menggunakan bahasa dalam konteks yang betul.

4.3.4.1 Ciri-Ciri Pendekatan Komunikatif Menurut Kamarudin (1993), antara ciri-ciri yang diperlihatkan dalam pendekatan komunikatif adalah seperti: 58

1. Menekankan makna dalam proses pengajaran. 2. Dialog yang digunakan adalah tertumpu kepada fungsi

komunikasi. 3. Konteks dan situasi dipentingkan. 4. Proses pembelajaran bahasa adalah bertujuan untuk berhubung.

1. Latih tubi boleh berlaku tetapi tidak digalakkan. 2. Pencapaian bahasa pada peringkat awal hanya setakat yang difahami sahaja. 3. Apa sahaja bahan bantu murid diterima, tetapi harus sesuai dengan umur dan niat. 4. Percubaan untuk berkomunikasi digalakkan lebih awal. 5. Penggunaan bahasa ibunda diterima di mana yang mungkin. 6. Terjemahan boleh digunakan dengan syarat murid-murid mendapat faedah. 7. Keupayaan berkomunikasi adalah matlamat pembelajaran. 8. Bahasa diperoleh melalui proses cuba dan ralat.

4.3.4.2 Prinsip-Prinsip Pengajaran Pendekatan Komunikatif Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), pendekatan komunikatif mempunyai beberapa prinsip tertentu yang menjadi landasan kepada perancangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Prinsip-prinsip

tersebut adalah seperti:

59

Penguasaan tatabahasa Penguasaan tatabahasa melambangkan

kemahiran seseorang itu menguasai aspekaspek utama untuk bertutur. Kemahiran tatabahasa akan memudahkan seseorang itu menguasai atau mempunyai

pengetahuan tentang perbendaharaan kata, morfologi, sintaksis, semantik dan fonologi. Kebolehan menguasai sosiobudaya Bahasa mesti dituturkan dengan intonasi dan struktur yang betul dan ini menjamin proses komunikasi yang berkesan dan sekiranya pengetahuan atau kecekapan sosiobudaya tidak dimiliki oleh seseorang murid itu, akan wujudkan kesukaran dalam dirinya untuk menguasai kemahiran

berkomunikasi. Kebolehan menguasai wacana Dalam konteks wacana, komunikasi

bermaksud kemahiran menggunakan ayat dengan baik dan berkesan serta mudah difahami oleh pihak yang mendengar.

4.3.4.3 Aktiviti Komunikatif Littlewood (1982) dalam Kamarudin yang (2001) terlibat telah dalam

memperlihatkan

proses

penting

pengajaran dan pembelajaran bahasa yang menunjuk arah belajar komunikasi:

60

Peringkat pertama

Aktiviti prakomunikatif a. Aktiviti struktur b. Aktiviti ke arah komunikasi

Peringkat

pertama

pelajaran

dimulakan

dengan

penyampaian butiran bahasa iaitu struktur dan fungsi diikuti dengan latihan terkawal. Latihan yang diberi mestilah bermatlamat membina bahasa yang boleh digunakan untuk berkomunikasi bukan latihan struktur semata-mata.

Peringkat kedua

Aktiviti komunikatif c. Aktiviti komunikatif berfungsi d. Aktiviti interaksi sosial

yang

Peringkat kedua pula, guru menyediakan situasi yang membolehkan murid menggunakan bahasa yang dipelajari pada peringkat pertama untuk berkomunikasi yang

sebenarnya. Guru juga perlu mewujudkan situasi yang membolehkan mengadakan murid aktiviti berkomunikasi. komunikatif yang Guru boleh

membanyakkan

interaksi antara murid dengan murid dan mengurangkan interaksi antara guru dengan murid. Aktiviti komunikatif amat penting dalam membina kemahiran komunikasi adalah kerana aktiviti tersebut: a. Menolong menanam rasa yakin pada diri sendiri dalam kalangan murid untuk menggunakan bahasa. b. Membolehkan murid memperoleh atau mempelajari bahasa melalui 61 pendedahan kepada peraturan

penggunaan bahasa kerana semasa menyelesaikan tugasan, murid akan terdedah kepada bahasa

sebenarnya. c. Dapat menyediakan konteks atau suasana sesuai bagi pembelajaran bahasa. d. Dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran bahasa kerana murid terlibat dengan aktif dalam penggunaan bahasa.

4.3.4.4 Prosedur Pendekatan Komunikatif Menurut kamarudin (2001), strategi pendekatan komunikatif untuk sesuatu pengajaran itu diperlihatkan seperti berikut: Tugasan Mendengar, pertandingan atau Menimbulkan rangsangan perbincangan Berpasangan atau kumpulan Persepsi - Imaginasi Transformasi Perlambangan Perancangan dan kemahiran Perbincangan - Berpasangan atau kumpulan Kertas panduan

Guru sebagai sumber

Bentuk komunikatif - Melapor, mengiklan, bercerita,

Penghayatan kendiri

berdialog dan sebagainya Penilaian dan kejituan 62 Kumpulan / guru

1. Langkah: Menimbulkan rangsangan Guru harus menyediakan satu tugasan. Tugasan boleh diberikan secara lisan (mendengar melalui pita rakaman, bacaan dari guru dan sebagainya, melalui lawatan ringkas, kertas panduan dan sebagainya. (Murid harus sedar akan tanggungjawab dan tugas mereka dan dapat mengenal pasti maklumat yang diperlukan).

2. Langkah: Persepsi Murid-murid akan berlatih mengembangkan persepsi mereka dengan melibatkan imaginasi dan proses transformasi. Bahan rangsangan yang disediakan akan menyebabkan murid-murid mengaitkan

pengalaman mereka dengan tajuk yang ditetapkan. Pelbagai pendapat dan pandangan akan diperkatakan oleh murid dan mereka mula melihat dengan rasional dan kreatif. Mereka juga diberi peluang untuk berbincang, pengetahuan. bertukar-tukar idea, maklumat, dan

3. Langkah: Perancangan dan kemahiran Dalam langkah ini, murid telah mempunyai input yang cukup melalui proses perbincangan. Pada waktu ini, mereka boleh dibimbing untuk memindahkan input mereka ke dalam bentuk komunikatif yang diperlukan.

4. Langkah: Penghayatan kendiri Murid-murid diminta mngemukakan bentuk

komunikatif yang telah dapat dihasilkan. Mereka diberi peluang membaca atau mengemukakannya kepada 63

rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan pandangan atau penilaian mereka. Hal ini akan menggalakkan murid berfikir, mendengar dan meneliti hasil rakanrakan mereka dan seterusnya akan mewujudkan interaksi yang lebih berkesan antara mereka.

5. Langkah: Penilaian dan kejituan Guru akan menilai dan menarik perhatian murid kepada aspek-aspek yang kreatif. Guru seharusnya dapat mengemukakan aspek-aspek yang positif dan memberangsangkan seperti motivasi dan galakan yang sepenuhnya berbanding mengemukakan idea yang negatif.

Dalam

membuat

penilaian,

penekanan

haruslah dilakukan kepada kelancaran, kecekapan dan kejituan. Kejituan didefinisikan sebagai ketepatan seseorang murid menggunakan bahasa dan bercakap dengan jelas dan tepat dan tidak terkeluar dari konteks. Kecekapan pula ditakrifkan sebagai

berupaya menunjukkan kebolehan secara kreatif dan imaginatif dalam penggunaan bahasa.

Dalam

penilaian,

murid-murid

sendiri

digalakkan untuk melakukannya melalui kumpulan kecil. Murid-murid akan belajar dengan lebih selesa jika rakan-rakan mereka sendiri memberikan

pendapat mengenai hasil kerja mereka.

64

5.0

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA Kaedah pengajaran ialah salah satu komponen yang digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Abu Saleh (1988), kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Menurut Mok (1992), kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan untuk mencapai objektif pengajaran dalam jangka masa yang pendek. Manakala kaedah pengajaran ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Menurut Kamarudin (1994), kaedah ialah prosedur bagi membolehkan

pelaksanaan satu pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik. Kaedah mengajar juga adalah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986). Beradasarkan definisi yang telah dikemukakan di atas dapat disimpulkan bahawa kaedah digunakan oleh guru dalam proses pengajaran untuk mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut. Bagi pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. Gambar rajah di bawah menunjukkan antara kaedah-kaedah pengajaran bahasa tersebut: Kaedah Tatabahasa Terjemahan Kaedah Ajuk-Hafaz Kaedah Pembelajaran Bahasa Komuniti Kaedah Natural Kamarudin Hj. Husin (1998) 65 Kaedah Linguistik Kaedah KodKognitif

Kaedah Terus

Kaedah Oral-Aural

5.1

Kaedah Tatabahasa Terjemahan Menurut Kamarudin (1998), kaedah tatabahasa terjemahan ialah kaedah yang dirancang untuk memberi kemahiran menulis dan bukan kemahiran bertutur. Kaedah ini lebih menekankan kepada konsep ejaan serta penulisan dalam bahasa tersebut. Oleh itu, pengunaan kaedah ini akan memberikan penjelasan yang panjang lebar mengenai tatabahasa yang digunakan. Selain itu, terjemahan yang dimaksudkan dalam kaedah ini ialah seseuatu difikirkan oleh seseorang dan merupakan satu cara yang penting dalam mempelajari perbendaharaan kata. Menurut Abdullah Hassan (1976) dalam Kamarudin (1998) menyatakan kaedah ini tidak mementingkan isi atau kefahaman, tetapi ia hanya sebagai latihan tatabahasa yang menggunakan terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kaedah ini telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan beberapa tujuan yang berikut iaitu: Murid-murid dapat memahami tatabahasa sesuatu bahasa dengan lebih mendalam. Melatih murid untuk menulis menggunakan bahasa yang betul. Murid-murid mampu untuk menterjemahkan bahasa asing ke dalam bahasa jati atau sebaliknya. Melengkap murid dengan perbendaharaan kata yang luas. Murid-murid dapat menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibunda dan seterusnya membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan.

66

5.1.1 Cara pengajaran Guru bolehlah melengkapkan para pelajarnya dengan satu senarai kata yang perlu dikuasai. Bagi memahami makna senarai perkataan yang diberikan, guru boleh

menterjemahkan perkataan tersebut ke bahasa ibunda. Setelah itu, murid diperkenalkan dengan undangundang tatabahasa yang perlu diikuti beserta dengan contoh-contoh yang sesuai. Undang-undang ini perlu dihafaz oleh murid-murid supaya tidak berlaku kesilapan ketika membina ayat kelak. Kemudiannya, murid akan dilatih membina ayat berdasarkan undang-undang tatabahasa yang telah dipelajari dengan menggunakan senarai

perkataan tersebut. Menurut Kamarudin (1998), bagi menjayakan kaedah terjemahan dalam pembelajaran, murid-murid haruslah didedahkan dengan undang-undang nahu. 5.1.2 Kelebihan dan Kekurangan Kaedah Menurut Abdullah Hassan (1976) dalam Kamarudin (1998), kelebihan menggunakan kaedah ini ialah masa yang diperlukan tidak panjang dan tidak memerlukan pembiyaan yang banyak. Guru-guru yang tidak berkebolehan dalam bahasa tersebut masih boleh menggunakan kaedah ini kerana ia tidak memerlukan penyediaan alat bantu mengajar yang rumit. Kaedah ini juga tidak mengehadkan jumlah pelajar, saiz kelas dan tidak memerlukan latihan intensif yang berjam-jam. Murid-murid juga dapat belajar sendiri tanpa bimbingan daripada guru. 67

Tidak dinafikan, keadah mempunyai kelemahan yang tertentu. antara kelemahahan yang timbul ialah kesulitan yang akan timbul semasa melakukan penterjemahan. Ini kerana tidak terdapat dua perkataan yang betul-betul sama ertinya dalam dua bahasa begitu juga dengan struktur bahasanya. Contohnya, perkataan kereta dan car

menggunakan pengertian yang berlainan mengikut latar kebudayaan bahasa Melayu dan Inggeris. Selain itu, kemungkinan untuk murid-murid

memberikan tanggapan yanga salah terhadap pembelajaran bahasa adalah tinggi. Ini kerana mereka akan menganggap kajian tentang bunyi dan fonetik adalah tidak penting dan hanya menekankan abjad, ejaan dan tulisan. Murid juga akan menganggap pengetahuan tentang struktur bahasa adalah tidak penting dan hanya mementingkan tatabahasa sahaja. 5.2 Kaedah Terus Menurut Kamarudin (1998), tokoh yang memperkenalkan kaedah ini ialah Michell West dan Harald Palmer pada tahun 1920 hingga 1935. Kaedah ini telah mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Tujuan pengunaan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah membolehkan kanak-kanak untuk menguasai keempat-empat kemahiran berbahasa dengan berkesan serta dapat mengaplikasikannya di dalam situasi harian. Kaedah amat sesuai untuk digunakan dalam mempelajari bahasa kedua seperti bahasa Inggeris kerana mempelajari bahasa dengan cara

mendengar secara terus perbualan yang melibatkan bahasa tersebut. 68

Pembelajaran

menggunakan

kaedah

terus

ini

boleh

disampaikan menerusi empat asas yang utama iaitu: i. Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat yang telah sedia ada. Ini bermaksud sekiranya guru ingin mengajar perkataan tree, maka guru haruslah menunjukkan secara terus kepada objek iaitu pokok tanpa diterjemahkan. ii. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-

pengalaman sedia ada murid. iii. Soalan-soalan yang dirancang mestilah dapat merangsang naluri rasa ingin tahu murid. iv. Pengajaran mestilah berpandukan lunas-lunas murid-murid mempelajari bahasa ibunda mereka iaitu: Mengutamakan bahasa lisan, iaitu kemahiran

mendengar dahulu diikuti dengan kemahiran bertutur. Murid dihubungkan terus kepada bahasa yang ingin dipelajari tanpa membuat terjemahan. Tiada pengajaran berkaitan dengan undang-undang bahasa yang dipelajari. Kaedah ini memerlukan pengetahuan mengenai ilmu fonetik kerana mementingkan sebutan yang betul. Memperbanyakkan pengulangan dan pengukuhan Pembelajaran keseluruhan. Aras pembelajaran ialah daripada mudah ke sukar. bahasa tersebut haruslah secara

5.2.1 Cara Pengajaran Cara mengaplikasikan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan memperkenalkan secara terus bahasa yang ingin dipelajari kepada murid. Murid-

69

murid akan diperkenalkan dengan sistem-sistem bunyi bahasa tersebut. Jadikan bahan bantu mengajar seperti pita rakaman, pita video dan sebagainya memperdengarkan kepada murid. Seterusnya murid-murid akan mengikuti apa yang telah didengar melalui pita tersebut serta menyebutnya dengan berkali-kali sebagai latih tubi untuk menguasai sebutan dan intonasi serta pola-pola ayatnya. Semasa pengajaran langsung. Jika murid tidak memahami makna perkataan serta berlaku penyoalan yang kerap, guru boleh menjelaskan makna perkataan tersebut menerusi cara berikut: Menghubungkaitkan makna perkataan dengan benda yang sebenar. Menghubungkaitkan makna perkataan dengan dijalankan, terjemahan tidak digunakan untuk tujuan

gambar, rajah-rajah atau lukisan. Menggunakan perkataan seerti atau berlawan. Bagi perkataan kata kerja, guru boleh menerang melalui aksi atau lakonan yang dilakukan. Memberikan huraian atau bercerita. Menjelaskan dalam ayat-ayat mudah dan sebagainya.

5.2.2 Kelebihan dan Kekurangan Kaedah Kelebihan dan kekurangan penggunakan kaedah ini dapat dilihat menerusi jadual yang telah disediakan: Kelebihan Kaedah yang sama dalam mempelajari 70 Kekurangan Merumitkan guru untuk menyampaikan makna

bahasa ibunda Memudahkan pencapaian tingkatan semerta (automatik) dalam mempelajari bahasa. Murid akan cepat dapat bertutur dengan lancar dan bersih. -

perkataan terutamanya perkataan yang abstrak seperti love. Mengambil masa yang lama untuk murid mengetahui makna perkataan. Kekeliruan akan timbul akibat daripada mana yang kurang tepat atau salah tafsiran. Kaedah ini bersesuaian dengan kanak-kanak yang cerdik tetapi kurang praktikal kepada kanak-kanak yang lemah kerana bahan-bahan yang digunakan lebih berbentuk hafalan dan perbualan, bukanlah pengajaran bertutur yang bersistematik.

5.3

Kaedah Aural-Oral Kaedah aural-oral juga dikenali sebagai kaedah audiolingual atau kaedah dengar-tutur. Menurut Kamarudin (1998), kaedah

audiolingual ini menggunakan teori bahasa yang dikenali sebagai Linguistik struktural. Linguistik struktural ini diperkembangkan hasil daripada reaksi terhadap tatabahasa tradisional. Bagi menjalankan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran, berikut merupakan peranan yang harus dimainkan oleh guru: 71

Menyediakan pelbagai model tingkah laku bahasa yang dipelajari. Mengajar bahasa pertuturan dalam bentuk dialog. Mengarahkan tindak balas beramai-ramai sama ada secara keseluruhan kelas atau sebahagian kelas sahaja. Mengajar murid penggunaan struktur melalui pola Membantu murid dalam membuat pemilihan dan

mempelajari perbendaharaan kata. Menunjukkan hubung kait di antara perkataan dengan makna bahasa yang dipelajari. Menggalakkan murid bertutur secara individu. Memberi peneguhan bagi setiap tingkah laku yang betul. Oleh kerana penggunaan kaedah ini melibatkan proses kemahiran mendengar dan bertutur, guru haruslah menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai supaya murid dapat menguasai pembelajaran dengan baik. Penggunaan pita rakaman adalah digalakkan kerana ia merupakan satu medium yang dapat menyediakan model dialog dan drill yang yang tepat. Penggunaan buku teks hendaklah dielakkan. 5.3.1 Prinsip-Prinsip Pengajaran Bagi menjalankan kaedah Aural-Oral dengan berkesan di dalam bilik darjah, guru haruslah mematuhi beberapa prinsip yang dikemukakan. Anatara prinsip-prinsip berikut ialah:

72

a. Pembelajaran hendaklah pada asasnya dianggap sebagai satu proses mekanikal untuk membentuk tingkah laku.

b. Kemahiran berbahasa akan cepat dikuasai oleh murid sekiranya item-item bahasa yang dipelajari dipersembahkan dalam bentuk lisan.

c. Analogi iaitu perbandingan memberikan asas yang baik untuk pembelajaran bahasa berbanding analisis.

d. Maksud perkataan hanya boleh diberikan melalui konteks linguistik dan budaya dan bukan bentuk yang terasing.

5.3.2 Prosedur Pengajaran Perkara-perkara berikut merupakan prosedur yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan kaedah AuralOral di dalam bilik darjah: 1. Pada peringkat permulaan, murid diperdengarkan model bahasa yang ingin dipelajari sama ada dialog atau struktur ayat melalui pembacaan atau pita rakaman. Pelajar atau akan diminta ayat untuk yang

mengulangi

dialog

struktur

diperdengarkan tadi secara individu atau beramairamai.

73

2. Guru akan memberi perhatian terhadap sebutan, intonasi, dan kefasihan. Pembetulan kesalahan sebutan atau tatabahasa akan dibuat secara terus oleh guru. 3. Penggunaan bahan seperti dialog mestilah

bersesuaian dengan minat dan situasi murid. 4. Beberapa struktur key structures daripada dialog dipilih dan digunakan sebagai asas pola latih tubi yang berbagai. 5. Setelah itu, murid boleh merujuk buku teks diikuti dengan aktiviti kemahiran membaca, menulis atau aktiviti perbendaharaan kata berdasarkan dialog. 6. Aktiviti-aktiviti susulan dapat dijalankan melalui makmal bahasa dan kerja-kerja latih tubi. 5.4 Kaedah Natural Menurut Kamarudin (1998), kaedah natural adalah istilah lain yang telah dipaksikan pada satu masa untuk mebawa maksud kaedah terus. Penggunaan istilah natural adalah merujuk kepada kaedah terus yang berprinsipkan penbelajaran bahasa secara natural atau semula jadi. Penggunaan kaedah ini mempunyai matlamat yang tertentu terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Matlamat kaedah natural ini ialah menyediakan satu tugasan yang dapat memenuhi keperluan pelajar. Situasi ditentukan supaya murid dapat

menggunakan bahasa sasaran dengan berkesan. Manakala objektif khusus penggunaan kaedah ini ialah bergantung kepada keperluan pelajar, kemahiran yang diajar dan peringkat yang diajar.

5.4.1 Prosedur Pengajaran 74

Menurut Kamarudin (1998), berikut merupakan cara bagaimana kaedah natural digunakan untuk mendapatkan satu input yang komprehensif: 1. Pembelajaran dimulakan dengan arahan TPR (Total Physical Response) dengan menggunakan ayat-ayat yang mudah. 2. Menggunakan TPR untuk mengajar nama bahagian tubuh badan dam memperkenalkan nombor dan turutan. 3. Mengajar nama-nama dalam kelas dan melakukannya dengan arahan. 4. Mengunakan alat visual seperti gambar untuk memperkenalkan perbendaharaan kata yang baru. 5. Guru menggabungkan penggunaan gambar dengan TPR. 6. Menggabungkan pemerhatian tentang gambar dengan arahan. 7. Dengan menggunakan beberapa gambar, murid diminta untuk menunjukkan gambar yang sedang dicerita. 5.5 Kaedah Pembelajaran Bahasa Komuniti Kaedah pembelajaran bahasa komuniti atau dalam bahasa Inggeris Community Language Learning (CLL), merupakan satu cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles A. Curran (Kamarudin, 1998). Kaedah ini tercetus apabila Curran mendapati bahawa orang dewasa yang menghadapi pembelajaran berasa terancam apabila berada dalam situasi pembelajaran baru. Bagi mengatasi

kebimbangan ini, murid seharusnya menjadikan guru bahasa 75

sebagai kaunselor bahasa yang mahir dalam memahami masalah murid apabila guru mengajar sesuatu. Kaedah ini adalah berkaita rapat dengan amalan pengajaran bahasa asing atau dengan kata lain teknik kemanusiaan. Kaedah telah menganggap bahawa murid adalah manusia yang

mempunyai emosi dan perasaan di samping pengetahuan mengenai pengetahuan linguitik atau kebolehan bertingkah laku. 5.5.1 Prosedur Pengajaran Pada peringkat pertama, guru boleh memulakan sesuatu sesi dengan meminta murid memikirkan dan menentukan apakah yang patut berlaku dalam kelas bahasa asing tersebut. Murid akan duduk dalam bulatan supaya dapat melihat antara satu sama lain. Pada peringkat pertama, murid akan senyap memikirkan apa yang hendak

dicakapkan. Setelah itu guru akan bertanya apakah perasaan murid ketika senyap serta memulakan perbincangan apa yang telah difikirkan tadi. Guru harus manggalakkan muridnya bertanya antara satu sama lain atau bertanya guru dalam sesi pengajarannya. Peringkat yang seterusnya, guru akan membentuk kelas secara berdua-dua bagi tujuan untuk berbual-bual. Masa yang diperuntukkan ialah 3 minit. Seterusnya guru akan membentuk kelas kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan topik yang telah dipilih. Hasil perbincangan kumpulan lain. akan dikongsi bersama-sama dengan

76

Pada akhir pengajaran, guru akan bertanya perasaan dan pengalaman murid mengenai apa yang telah berlaku pada hari ini. Murid bebas untuk menyatakan perasaan sama ada kecewa, gembira dan sebagainya. 5.5.2 Protokol Dieter Stroinigs dalam Kamarudin (1998), telah

mengemukakan satu protokol yang harus ada dalam sesi pertama kelas CLL iaitu:

Tegur sapa dan pengenalan diri secara tidak formal Guru membuat kenyataan tentang matlamat dan garis panduan kursus.

Satu sesi perbualan bahasa asing berlaku. Rakaman dibuat.

Murid digalakkan untuk meluahkan perasaan masingmasing secara jujur dan ikhlas.

Guru memilih ayat untuk dituliskan pada papan hitam untuk menekankan aspek tatabahasa, ejaan dan sebagainya berdasarkan rakaman.

Murid digalakkan bersoal jawab berdasarkan aspekaspek bahasa.

Murid digalakkan menulis apa yang telah ditulis oleh guru di papan hitam. Makna dan kegunaannya dicatatkan.

77

5.6

Kaedah Ajuk-Hafaz Kaedah ajuk-hafaz ini merupakan satu kaedah yang mudah dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana ia hanya melibatkan demonstrasi dan latih tubi terhadap murid. Menurut Kamarudin (1998), pengajaran demonstrasi oleh guru haruslah berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan dan perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Melalui kaedah ini, tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan. Makna ayat tersebut akan diberikan oleh guru dalam bahasa ibunda. Dalam kaedah ini, murid tidak dikehendaki menterjemah sesuatu ayat perkataan demi perkatan. Setelah murid mahir tentang ayat yang dipelajari, murid akan dapat memmbaca deskripsi bahasa sasaran dalam bahasa ibundanya. Namun begitu, bagi mencapai objektif pengajaran seperti di atas, guru mestilah menyediakan latihan dalam bentuk pertuturan. Guru-guru juga diingatkan supaya kejelasan terhadap apa yang disampaikan kepada murid adalah sangat penting. Sesuatu yang jelas akan memberikan tanggapan yang betul kepada murid dan murid mampu melahirkan satu penguasaan habit bahasa yang sempurna.

5.7

Kaedah Linguistik Kaedah linguistik adalah satu kaedah pengajaran bahasa yang moden secara saintifik. Menurut kamarudin (1998), kaedah ini pada dasarnya adalah membandingkan dua bahasa sama ada bahasa ibunda atau bahasa-bahasa yang lain dengan bahasa yang hendak dipelajari.

78

Kaedah akan menumpukan pengetahuan murid mengenai bentuk dan fungsi bahasa serta aspek-aspek lain seperti bunyi, makna ayat dan sebagainya. Ini menunjukkan kaedah ini mementingkan pertuturan dan membenarkan penguasaan bahasa yang telah diketahui oleh murid. Antara perkara penting yang dapat dilihat untuk

mengaplikasikan kaedah ini ialah: Mendahulukan bentuk daripada makna Pemilihan bunyi-bunyi dilakukan terhadap bunyi-bunyi yang sama terhadap yang sama dalam kedua-dua bahasa. Pengetahuan fonetik adalah sangat penting. Pemilihan bentuk-bentuk ayat. Pemilihan haruslah berdasarkan bahasa ibunda terlebih dahulu baru diikuti dengan bentuk-bentuk ayat lain atau yang tidak pernah terdapat dalam bahasa ibunda mereka. Pemilihan bentuk perkataan. Kaedah ini mendahulukan pemilihan perkataan yang hampir serupa atau bunyi daripada kedua-dua bahasa seperti perkataan bas dan bus. 5.7.1 Tujuan Kaedah Linguistik Tujuan penggunaan kaedah adalah untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahada ibunda mereka atau bahasa yang diketahui bagi mempelajari bahasa yang baru terutamanya dalam aspek bunyi. Selain itu, kaedah juga bertujuan menerangkan tatabahasa berdasarkan

perbandingan di antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

79

5.7.2 Cara Pengajaran Kaedah ini dapat dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan cara yang berikut: o Pada peringkat pertama, guru akan mengajar perkataan-perkataan bahasa yang dipelajari yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. o Seterusnya guru membuat latih tubi terhadap pelajar tentang bunyi-bunyi bahasa dipelajari yang mempunyai perbezaan dengan bunyi bahasa yang diketahui. Ini kerana kesulitan bunyi-bunyi kepada murid banyak untuk

menimbulkan menyebut.

o Pada peringkat mengajar perbendaharaan kata, gunakan perbendaharaan kata yang mudah

terlebih dahulu. o Pada peringkat mengajar struktur ayat pula, gunakan struktur ayat yang mempunyai persamaan dengan bahasa yang diketahui. 5.7.3 Kelebihan dan Kekurangan Walaupun kaedah ini nampak begitu mudah dan sesuai dilaksanakan dalam aktiviti pengajaran, terdapat juga beberapa kelebihan dan kekurangan yang perlu dilihat untuk menjadikan pengajaran lebih bermakna. Antara kelebihan dan kekurangan kaedah ini ialah: Kelebihan Guru dapat menyediakan bahan dengan lebih tersusun dan teratur Kekurangan Undang-undang bahasa sentiasa berubah Murid akan sukar

80

Murid memahami dengan jelas dan tepat bahanbahan tatabahasa yang dipelajari

membaca kerana kaedah ini menumpukan terhadap pertuturan. Memerlukan guru terlatih dalam ilmu bahasa, ilmu pengajaran dan pendidikan. Kos yang tinggi Murid hanya menutur apa yang diajar sahaja dan tiada perkembangan.

Murid cepat bertutur dan membuat ayat bahasa yang dipelajari mengikut bentuk-bentu bahasa ibunda mereka.

Menjimatkan masa Mengelakkan salah faham tentang bahasa yang dipelajari.

5.8

Kaedah Kod-Kognitif Kaedah ini telah diasaskan oleh golongan mentalis yang

berpendapat bahawa bahasa sebagai satu kreativiti mental. Menurut Kamarudin (1998), kaedah ini menekankan bentuk dan makna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang yang mahu mempelajari sesuatu bahasa

mestilah mengetahui sistem bahasa yang didasarkan kepada hukum-hukum tertentu dalam ilmu bahasa. Melalui pengetahuan ini, pembelajaran bahasa dapat dijalankan dengan berkesan. 5.8.1 Prinsip-Prinsip Kaedah Penggunaan kaedah ini haruslah menggunakan beberapa prinsip untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan iaitu: Pembelajaran bahasa merupakan proses mental 81

Kanak-kanak dapat menguasai bahasa kerana dilahirkan dengan kebolehan semulajadi Perkembangan bahasa adalah sama bagi setiap kanakkanak pada peringkat kematangan sama dalam keadaan yang normal.

Penyampaian makna lebih diutamakan berbanding struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Mengutamakan pembelajaran Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal. Kamarudin (1998) tulisan dan bacaan dalam proses

5.8.2 Ciri-Ciri Kaedah Kaedah kod-kognitif mempunyai ciri-ciri yang tertentu dalam penggunaannya. Antara ciri-ciri kaedah ini ialah: Perkara yang ditekankan ialah aspek kemahiran membaca dan menulis. Maka komponen yang menjadi keutamaan ialah sintaksis diikuti dengan morfologi dan fonologi. Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dengan menggunakan pendekatan deduktif. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan haruslah menggalakkan kemampuan kreatif murid semaksima yang mungkin. Kaedah ini mementingkan makna. Dalam aspek penghuraian bahasa, kaedah ini telah menggunakan aplikasi tatabahasa daripada teori transformasi-generatif.

82

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa kesemua kaedah yang telah dinyatakan boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di bilik darjah. Walaupun setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan, ia bergantung kepada bagaimana cara guru menggunakan keadah tersebut dengan betul dan berkesan supaya proses pengajaran yang berlaku memberikan makna kepada pelajar dan mencapai objektif pengajaran yang telah dirangka.

6.0

TEKNIK DALAM PENGAJARAN BAHASA 6.1 Definisi Teknik Teknik didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah. Teknik ini merupakan satu cara pengendalian yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif yang segera. Teknik merupakan satu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran guru bahasa yang telah dipilih untuk murid-muridnya (Kamarudin dan Siti Hajar, 1999). Menurut Kamarudin (2001), teknik mengajar ditakrifkan sebagai cara atau alat yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Teknik pengajaran bahasa mempunyai beberapa objektif. Antaranya adalah seperti berikut: a. Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang boleh menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil daya inigin tahu mereka. b. Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan berkesan.

83

6.2

Konsep Teknik Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), konsep teknik

merupakan konsep yang paling konkrit. Hal ini kerana teknik boleh wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau langkah pengajaran dan disertai dengan bahan atau alat pengajaran yang spesifik yang dibentuk khas untuk sesuatu teknik. Sesuatu teknik itu digunakan dalam langkah pengajaran kerana teknik dianggap berkesan untuk mencapai sesuatu objektif khusus yang hendak dicapai oleh guru.

6.3

Teknik-Teknik Pengajaran Bahasa Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), antara teknik-teknik pengajaran bahasa yang telah dicipta adalah seperti berikut: 6.3.1 Teknik Latih Tubi

Aktiviti Definisi

pengulangan

fakta-fakta

atau

kecekapan yang dipelajari. Untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran

Tujuan

tersebut di samping menjamin kekekalan.

Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang memerlukan penggunaan perkataan-perkataan itu.

84

Mengikut teknik ini, lima aspek kebolehan menggunakan bahasa diberi perhatian. Aspek tersebut adalah seperti berikut: 1. Sebutan: menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. 2. Tatabahasa : penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukumhukum bahasa daripada semua aspek. Dalam konteks ini, penggunaan tatabahasa yang harus betul dalam sesuatu konteks. 3. Perbendaharaan kata : meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. 4. Kefasihan : menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. 5. Kefahaman : latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. 6.

6.3.2 Teknik Simulasi

Satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan peserta berinteraksi sesama Definisi sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi

membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan tertentu. Melalui teknik ini, pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis.

85

Menggalakkan murid-murid untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Boleh mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik yang Kelebihan menjadi sumber motivasi kepada murid-murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Dapat memperkaya dan memperluaskan pengetahuan dan pengalaman murid-murid. Murid berpeluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti mengumpul maklumat, berbincang, bertukar-tukar fikiran, membuat laporan dan sebagainya. Boleh menarik minat murid-murid ke arah pengajaran Tujuan yang dijalankan oleh guru. Guru dapat mengadakan suasana satu peranan yang dapat dinilai dan diuji dengan selamat tanpa

menghapuskan elemen realiti. Dapat memberi celik akal kepada murid-murid mengenai peranan yang dimainkan oleh seseorang dalam kehidupan yang sebenarnya dan bagaimana berkesannya seseorang itu memainkan peranannya. dapat membantu murid-murid memperlihatkan kebolehan diri mereka. Melatih pelajar mempunyai sifat simpati dan memahami pendapat dan pandangan orang lain. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid-murid. Untuk menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. Untuk mendorong murid-murid menyusun dan

Tujuan

menghuraikan bahan yang diajar.

86

6.3.3 Teknik Sumbang Saran

Satu teknik perbincangan yang kreatif untuk mendapatkan Definisi beberapa idea daripada satu kumpulan dalam masa yang singkat dan terkawal.

Teknik ini digunakan untuk mengeluarkan idea secara spontan dan kreatif serta menggalakkan murid-murid menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran.

6.3.4 Teknik Soal Jawab Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan Pelaksanaan dengan isi pelajaran dan murid-murid dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya.

6.3.5 Teknik Bercerita Bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa. Dapat menarik minat dan perhatian murid-murid. Kelebihan Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan murid. Cerita yang berunsur moral dapat berfungsi sebagai pedoman hidup dan dapat membentuk sikap yang baik kepada murid-murid. 87

6.3.6 Teknik Drama/Lakonan

Menyediakan Kelebihan membosankan. Menimbulkan

kepelbagaian

aktiviti

yang

tidak

keseronokan

dan

keberkesanan

pembelajaran kepada murid. Menyuburkan sahsiah murid dan dapat menyalurkan aspek-aspek budaya yang lain yang dapat

memperkayakan diri murid dengan perkembangan yang menyelurih dari aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani.

6.3.7 Teknik Inkuiri / Tinjau Siasat

Satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk Definisi menimbulkan minat dan daya kreativiti dalam

kalangan murid kerana murid sering mengemukakan soalan bagaimana.

Berasaskan proses penyelesaian masalah. Ciri-ciri Berpusatkan murid secara aktif dan kepada satu sifat yang nyata serta interaktif. Memberi latihan yang sebenar dalam proses

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

88

Pengendalian:

1. Proses mengenali masalah: dijalankan melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru, melalui fakta berkaitan yang diperlukan seterusnya memahami laras bahasa dan yang

digunakan semasa menyoal.

2. Proses mengkaji ramalan: guru menyediakan aktiviti dalam proses yang pertama dan akan memandu murid mendapatkan bahan serta membuat ramalan.

3. Proses

mengumpul maklumat: data urutan. secara Malah,

murid

dilatih dengan

menyusun mengikut membuat menentukan

sistematik murid

digalakkan maklumat, merangka

ramalan,

memeriksa dan

kebenarannya

prosedur kerja.

2. Proses menganalisis: bertujuan untuk mencari kebenaran terhadap ramalan yang telah dibuat dalam proses ketiga dan murid-murid akan dapat menyelesaikan masalah yang ditemui.

89

4. Proses membuat rumusan: murid akan membuat rumusan berdasarkan maklumat yang diperoleh dan menggunakan idea sendiri untuk mencari bukti atau maklumat yang relevan dengan pelajaran yang dipelajarinya.

6.3.8 Teknik Perbincangan

Satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat Definisi tentang sesuatu tajuk (Kementerian Pendidikan, 1990). Satu teknik yang melibatkan aktiviti perbincanagn antara murid secara bekerjasama dalam

mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Melatih murid mengeluarkan fikiran dan pendapat Tujuan dengan bernas.

6.3.9 Teknik Perbahasan

Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau Definisi membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.

90

Manfaat

Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dengan laras bahasa yang sesuai. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.

6.3.10 Teknik Permainan Bahasa

Dalam permainan bahasa, kebanyakan aktiviti yang dijalankan lazimnya akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, membaca dan menulis.

Merangsang interaksi verbal pelajar Menambah kefasihan dan keyakinan Objektif tersirat permainan bahasa Menyediakan konteks pembelajaran Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan. Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

91

6.3.11 Teknik Forum

Definisi

Satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan

mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.

Pelaksanaan

Forum dijalankan secara formal. Ahli-ahli panel terdir daripada tiga hingga lima orang dan diketuai atau dikendalikan oleh seorang pengerusi. Para penonton boleh mengemukakan soalan atau menyampaikan pandangan mereka.

6.3.12Teknik Kuiz

Guru Tujuan

dapat

mengukuhkan

pengajaran

dan

memantapkan pemahaman murid-murid mengenai topik-topik tertentu. Murid dapat mengulang kaji sambil bergembira. Pelajar meelupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Murid dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.

92

Ia Dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa

dijalankan

secara

spontan

pada

peringkat

permulaan, perkembangan dan penutup. Hal ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan, meliputi pengayaan, pemulihan dan

pertandingan antara murid di dalam kelas dan sekolah.

6.3.13Teknik Dialog

Teknik dialog hanya melibatkan interaksi antara dua orang individu iaitu sama ada antara guru dengan pelajar atau antara pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang perlu diambil perhatian dalam pengajaran dan penulisan dialog ialah: 1. Mengutamakan bentuk penulisan dialog dan naratif. Bentuk penulisan seperti ini akan mudah dikuasai berdasarkan interaksi sosial. 2. Isi atau perkara yang akan ditulis banyak berdasarkan apa yang murid ketahui secara oral, berbanding apa yang diketahui melalui

pembacaan.

93

7.0

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH Menurut Mohd Nor Izwan (2009), kemahiran bernilai tambah ialah aspek yang sangat utama dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar di bilik darjah. Tujuan kemahiran bernilai tambah diserapkan menerusi pengajaran dan pembelajaran ialah supaya murid mengaplikasikan apa yang diajar dalam dunia yang sebenar dan dalam senario dunia yang global. Antara kemahiran bernilai tambah yang terdapat dalam huraian sukatan Bahasa Melayu sekolah rendah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran

konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual. Dalam satu sesi pengajaran guru, guru tidaklah menerapkan semua kemahiran bernilai tambah yang ada. Namun begitu, aspek kemahiran berfikir adalah wajib diselit pada setiap pengajaran dan diikuti dengan satu atau dua kemahiran bernilai tambah yang lain. Guru yang berdedikasi seharusnya menguasai segala kemahiran bernilai tambah ini dan aplikasikannya kepada murid dengan berkesan.

7.1

Kemahiran Berfikir Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Dalam menerapkan kemahiran berfikir dalam sesuatu pengajaran, guru haruslah menggunakan cara yang sesuai yang dapat menarik minat murid untuk berfikir. Antara cara yang sering digunakan oleh guru ialah bersoal jawab. Menurut Siegel (1980) dalam Mohd Nor Izwan (2009), kaedah penyoalan adalah digalakkan bukan sahaja di kalangan murid, tetapi dikalangan guru juga untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

94

Bagi

menjana

kemahiran

berfikir

dikalangan

murid,

guru

seharusnya menggunakan bahan-bahan yang menarik, kepelbagaian bentuk, jenis dan sumber bahan.Antara kemahiran berfikir yang berlaku dan diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah:

Mencirikan

Mengelaskan / mengumpulkan / mengkategorikan

Membuat perkaitan dan perhubungan

Membanding dan membezakan

Menyusun atur

Mengenal pasti kenyataan benar / paslu

Membezakan fakta dengan pendapat.

Menganalisis

Mengesan kecondongan pendapat

Mengenal pasti sebab akibat

Meramal

Mensintesis

Mengitlak

Membuat analogi

Membuat inferens

Membuat kesimpulan

Menginterpretasi, mentafsir

Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan

Menilai

Menjana idea

Merumus, meringkas

Membuat keputusan

Menyelesaikan masalah

7.2

Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar adalah satu kemahiran bernilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Aniza (2009), Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik pembelajaran secara efektif dengan atau 95

tanpa guru. Pelajar perlu belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas atau luar kelas dan seterusnya berusaha untuk mencari jalan untuk mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan atau kekuatan yang ada untuk memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran. Kemahiran belajar cara belajar adalah sangat penting sebagai pengetahuan kepada murid kerana masa pengajaran dan ilmu yang didapati dalam bilik darjah adalah sangat terhad, maka murid perlu belajar bagaimana untuk mendapatkan maklumat tambahan serta meningkatkan pengetahuan dan penguasaan mereka terhadap sesuatu pembelajaran. Dalam kemahiran belajar cara belajar, terdapat beberapa

kemahiran biasa yang diterapkan oleh guru untuk murid berupaya belajar secara sendiri tanpa bantuan dari guru. Antara kemahiran-kemahiran tersebut ialah: Kemahiran mendengar dan bertutur Kemahiran membaca Kemahiran menulis dan mencatat nota Kemahiran mengingat atau menghafal Kemahiran mengumpul maklumat

7.3

Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Menurut Kauffman (1976), apa yang penting dalam pembelajaran menggunakan kajian masa depan ini ialah memberi murid satu pemahaman tentang isu-isu penting, masalah-masalah dan peluang96

peluang yang akan dihadapi serta mengajar mereka kemahirankemahiran yang perlu untuk sentiasa pandang ke hadapan. Terdapat empat prinsip utama dalam kajian masa depan iaitu:

Prinsip Pengupayaan

Prinsip Perubahan

PrinsipPrinsip Kajian Masa Depan

Prinsip Pandangan Jauh

Prinsip Perancangan Strategik

Menurut Noriati et. al. (2009), terdapat beberapa faedah yang akan diperolehi dengan menerapkan kajian masa depan dalam pengajaran iaitu: Merangsang pemikiran pelajar secara kritis dan kreatif Murid dapat menhadapi cabaran serta boleh menyelesaikannya. Menyemaikan semangat yakin diri dalam diri murid. Memberi peluang kepada murid untuk berfikir untuk menyelesaikan masalah. Murid dapat melibatkan diri secara aktif serta berpeluang mengemukakan idea dalam menyelesaikan masalah. 97

Peranan guru adalah sebagai fasilitator untuk membimbing murid ke arah mencapai hasil pembelajaran. Suasana bilik darjah bertambanh menarik dan seronok. Kepelbagaian gaya pembelajaran seperti aktivis, pragmatis, teoris dan reflektor.

Menerusi pembelajaran kajian masa depan, murid dapat mengasah dan mempertingkat tiga kemahiran asas utama dalam kajian masa depan iaitu kemahiran membuat ramalan, menjangkakan akibat serta mengendalikan perubahan. 7.4 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Menurut Seri Salami 2008 (2009), kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan memperolehi maklumat melalui internet. Menurut Yahya (2005), penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat membantu penguasaan bahasa tersebut. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bahasa itu kerana kaedah pengajaran tersebut mampu memudahkan persediaan pengajaran guru serta dapat meningkatkan pemahaman murid (Yahya, 2005). Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk

penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:

TMK untuk pembelajaran tutorial

98

Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian pendidikan sama ada dalam CD-ROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem. Pembangun perisian kini mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya

menyesuaikan maklumat mengikut tahap keupayaan murid.

TMK untuk tujuan penerokaan

Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses maklumat daripada CDROM, internet dan portel maklumat, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan demonstrasi yang langkah atau prosesnya dikawal oleh murid sendiri.

TMK sebagai alat aplikasi

Murid berupaya menggunakan perisian untuk membuat tugasan dan menggunakan perisian aplikasi umum seperti pemproses kata, hamparan elektronik, perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasi lain seperti penyemak ejaan, tesaurus dan sebagainya.

99

TMK sebagai alat pemudah komunikasi

Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya. 7.5 Kecerdasan Pelbagai Menurut Gardner (1983) dalam Noriati et.al (2009), bangkit dengan konsep Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence)

mengetengahkan pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa-apa yang diketahui. Setiap individu memiliki kebolehan dan kecerdasan linguistik, yang berbeza merangkumi muzik, kecerdasan visual verbalruang,

logik-metamatik,

kinestatik,

interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Oleh itu guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka. Menurut Seri Salami 2008 (2009), kecerdasan yang dikenalpasti adalah: 1. Kecerdasan verbal-linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata (sebutan) dengan berkesan secara lisan dan penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa. 2. Kecerdasan logik-matematik Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, menguasai prinsip sebab akibat, kecekapan membuat jangkaan menggunakan logik.

100

3. Kecerdasan visual-ruang

4. Kecerdasan kinestetik

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fizikal seperti koordinasi, kelenturan, kepantasan dan keseimbangan.

5. Kecerdasan muzik

6. Kecerdasan interpersonal

Kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan mengubah rentak dan tempo.

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.

7. Kecerdasan intrapersonal

8. Kecerdasan naturalis

Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu. Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan kesedihan.

Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian. Ia merangkumi kebolehan mengesan artifak sejarah dan budaya.

101

Menurut Noriati et.al (2009), terdapat pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mampu dilaksanakan oleh guru untuk

mengembangkan kecerdasan pelbagai dalam kalangan murid. Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran dan jenis kecerdasan murid yang dididiknya akan memberikan rangsangan untuk belajar dengan penuh minat dan lebih menguasai ilmu yang dipelajarinya. Proses ini juga memungkinkan murid mula menyedari potensi dan kecerdasan dalam diri mereka (Seri Salami

102

You might also like