You are on page 1of 17

SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA Share |

Insiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Pengisytiharan tersebut telah memberi kuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam, bekalan-bekalan dan perkhidmatan-perkhidmatan penting negara dalam usaha memulihkan negara kepada keadaan aman dan harmoni.

MAGERAN telah dibubarkan pada tahun 1971. Walau bagaimanapun, ancaman pengganas komunis yang masih berterusan dan bagi mengelakkan berulangnya insiden perselisihan kaum pada masa hadapan, Jemaah Menteri yang bersidang pada 23 Februari 1971 telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara rasminya pada 7 Julai 1971. Jemaah Menteri dalam mesyuarat Bil. 83/750/71 pada 31 Julai 1971 telah menghuraikan peranan MKN seperti berikut:

Since the future racial peace in this country depends on how well the government handles the sensitive issues, it is suggested that the NSC shall be the body to look into the matter.

Oleh yang demikian, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan secara langsung di seluruh negara di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. MKN juga menjadi badan bertanggungjawab membantu Majlis Tindakan Negara (MTN) dalam perkara-perkara berkaitan keselamatan.

Sejak penubuhannya, sebanyak 21 Arahan MKN telah dikeluarkan bagi menangani pelbagai ancamanancaman keselamatan semasa seperti kebanjiran pelarian Vietnam dan pendatang asing tanpa izin, kerjasama dua hala keselamatan dan pembangunan sempadan, penyeludupan, kawalan keganasan, ketenteraman awam serta pengurusan krisis dan bencana.

MKN adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. Punca kuasa kepada MKN adalah Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang menjelaskan pembentukan dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara. Pada asasnya, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar yang berkaitan untuk keselamatan negara dan arah tuju hal-hal keselamatan. Struktur dan mekanisme keselamatan ini juga diguna pakai di peringkat negeri, daerah dan kampung.

Pada 11 Mac 1982, Arahan MKN No 12: Pemerintahan dan Kawalan Perkara-Perkara Keselamatan dikeluarkan bagi menggantikan Arahan No.9 dan Arahan MKN No 1: Mengenai Penubuhan Majlis Keselamatan Negara. Arahan MKN No. 12 ini adalah Arahan induk terpakai sehingga sekarang dengan disokong oleh beberapa arahan lain bergantung kepada keperluan semasa.

Pelbagai jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membantu MKN dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya. Jawatankuasa-jawatankuasa ini meliputi semua aspek keselamatan negara. Sebagai contoh, jawatankuasa keselamatan dan pembangunan untuk sempadan Malaysia-Thailand (KESBAN). Matlamat jangka panjang KESBAN adalah bagi melindungi keselamatan dan mengekalkan kestabilan sosioekonomi dalam kawasan sempadan Malaysia dan Thailand. Jawatankuasa-jawatankuasa lain adalah Jawatankuasa Perisikan Negara, Jawatankuasa Perancang Gerakan, Jawatankuasa Geraksaraf dan Perangsaraf, Jawatankuasa Kawalan Ketenteraman Awam, Jawatankuasa Am Sempadan (MalaysiaThailand dan Malaysia-Indonesia) dan Jawatankuasa Kawalan Keganasan.

Tanggungjawab terhadap jawatankuasa-jawatankuasa ini dijalankan oleh sepuluh bahagian yang ditubuhkan di bawah MKN. MKN diketuai oleh Setiausaha dan dibantu oleh Timbalan Setiausaha. Struktur pengurusan atasan ini disokong oleh Penasihat Undang-Undang, Juruaudit Dalaman dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian. Satu lagi unit khas MKN adalah Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk Sabah dan Labuan (PPKP S/L) yang ditubuhkan khusus bagi pengurusan pendatang asing tanpa izin di sana. Bagi memastikan keselamatan negara adalah dikendalikan secara holistik, setiap negeri di Malaysia mempunyai Majlis Keselamatan Negara peringkat negeri yang diketuai oleh Setiausaha Keselamatan Negeri dan Setiausaha Keselamatan Daerah (SKD) bagi daerah-daerahnya. Mekanisme ini akan menyediakan MKN dengan kapasiti yang efektif bagi menangani apa jua isu berkaitan keselamatan daripada peringkat akar umbi.

Terdapat 21 arahan dikeluarkan oleh MKN sejak tahun 1971. Arahan yang kerap digunakan adalah Arahan MKN No. 20 yang menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan dan bantuan bencana

negara. Arahan ini digubal berikutan beberapa peristiwa bencana termasuk tragedi Highland Towers pada Mei 1994.

Antara arahan MKN yang terbaru adalah Arahan MKN No. 21 yang menggariskan mekanisme pengurusan ancaman ketenteraman awam. Ancaman-ancaman ketenteraman awam boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih berbahaya dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara. Dalam arahan ini, ancaman ketenteraman awam adalah ditakrifkan sebagai insiden atau rusuhanrusuhan sama ada dirancang atau dengan spontan yang dicetuskan oleh kumpulan agama, politik, perkauman, ekonomi atau sosial.

Arahan MKN yang baru akan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi menghadapi ancaman dan cabaran keselamatan pada masa kini dan mendatang seperti ancaman non-traditional antaranya hak asasi manusia, pemanasan global, ancaman ekonomi dan jenayah rentas sempadan.

MKN 20

Satu mekanisme / garis panduan pengurusan bencana di Malaysia

KEJADIAN BENCANA YANG SERING DIHADAPI Banjir Bencana yang kerap dihadapi terutama pantai timur termasuk utara dan Johor

Tanah Runtuh Sering terjadi di lereng bukit- Tragedi TanahRuntuh di Bukit Lanjan. Highway PLUS Gua TempurungRumah Jen (B) Tan Sri Ismail

Runtuhan Struktur

Termasuk runtuhan seperti bangunan tinggi - Tragedi Highland Towers

Bencana Yang Mungkin Dihadapi Gempa Bumi Tornado / Taufan Tsunami El Nino

Sejarah MKN 20 18 Mei 1994 diwujudkan organisasi Pengurusan Bencana Besar di darat di tempat kejadian Keselamatan Negara ( BKN ), Jabatan Perdana Menteri ( JPM ) untuk menyelaraskan tugas mencari dan menyelamat. Ini kerana tiada agensi yang bertanggung jawab untuk menyelaraskan mekanisme pengurusan bencana termasuk JPAM kerana kekurangan pengalaman dan peralatan

TAKRIF BENCANA Sesuatu kejadian secara mengejut, dengan kehilangan Nyawa, kemusnahan pada harta benda, alam sekitar dan menjejaskan aktiviti masyarakat setempat

Special Task Force For Disaster Kemalangan Udara : - Ditangani oleh Department Civil Aviation DCA

Kemalangan Nuklear - Ditangani oleh Agensi Tenaga Atom Malaysia

Kemalangan Maritim : - Ditangani oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)

TAHAP-TAHAP BENCANA

Tahap 1 - Peringkat Daerah.Tidak merebak ke daerah lain

Tahap 2 - Peringkat Negeri.Merebak melebihi satu daerah dalam satu negeri

Tahap 3 - Peringkat Negara.Merebak melebihi satu negeri dalam Malaysia

Agensi Yang Terlibat Dalam MKN20.

PERISIKAN BENCANA JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA JABATAN REMOTE SENSING MALAYSIA (MACRES)JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN JABATAN KERJA RAYA JABATAN ALAM SEKITAR JABATAN MINERAL DAN SUMBER ASLI JABATAN PENERANGAN

COMMAND & CONTROL POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

RESPONDERS JABATAN PERTAHANAN AWAM (JPAM)JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

RELIEF JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KEMENTERIAN KESIHATAN RED CRESCENT (PBSM)

BAHAGIAN KESELAMATAN NEGARA (BKN) Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Memastikan Jawatankuasa melakasanakan tugas dengan baik Menentukan Pos-mortem diadakan selepas bencana Ketua Pengarah BKN menentukan penugasan SMART BKN menyediakan peruntukan keperluan Peranan BKN dalam pengurusan dan bantuan bencana negara.

CHAIN OF COMMAND

ARAHAN PERINTAH DAN KAWALAN Dua peringkat perintah dan kawal diwujudkan > Pos Kawalan Tempat Kejadian ( PKTK ) > Pusat Kawalan Operasi Bencana ( PKOB ) POS KAWALAN TEMPAT KEJADIAN ( PKTK ) Ketua Polis Daerah akan membuka bila kejadian Bencana diputuskan PDRM dan agensi lain menjalankan Pos Kawalan dan peranan tugas:

PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA ( PKOB ) Dibuka mengikut peringkat Pejabat daerah, Bilik Gerakan BKN, PDRM Mempunyai alat komunikasi yang lengkap untuk hubungi PKTK

CARTA PERANAN AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN BANTUAN BENCANA DIT EMPAT KEJADIAN

GARIS PANDUAN CARTA ALIRAN FASA PERGERAKAN DALAM PENENDALIAN BENCANA

CARTA PENYALURAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PENGURUSAN DAN BANTUAN

ZON-ZON OPERASI > Zon Merah > Zon Kuning > Zon Hijau Zon Merah Kawasan operasi khas tempat kejadian, agensi kepakaran, SMART, JBPM, PDRM, ATM, JPK dan agensi yang mempunyai kepakaran khas Zon Kuning Kawasan mengeliling zon merah, menempatkan PKTK, SMART, PDRM, ATM, JPK, Pasukan khas dan JPAM Zon Hijau Mengeliling zon kuning, agensi bantuan JKR, JKM, TNB, STMB, RELA, PBSM dan penempatan Media, Kaunseling,makanan, tempat rehat dan mayat

PENGISYTIHARAN KEADAAN MALAPETAKA Dibuat oleh eksekutif YAB PM atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Bencana Pusat

Apabila diistiharkan semua kos dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan.

AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN BANTUAN BENCANA PUSAT

KEAHLIAN : Pengerusi : YB. Menteri yg dilantik oleh YAB PM Ahli-ahli : YB. Menteri Kewangan YB. Menteri Perpaduan & Pembangunan Masyarakat Ketua Setiausaha Negara Panglima Angkatan Tentera Ketua Polis Negara Ketua Pengarah Kesihatan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Ketua Pengarah Jabatan Bomba

AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN BANTUAN BENCANA PUSAT

Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan TenagaAtom Ketua Pengarah Penyiaran Ketua Pengarah Penerangan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Ketua Pengarah Jabatan Kerja raya

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Ketua Pengarah Jabatan Kesel;amatan dan Kesihatan Pekerjaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kajicuaca Msia Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Ketua Pengarah Jabatan Kajibumi Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Wakil Peguam Pengarah Belanjawan Kementerian KWangan

TUGAS-TUGAS JPAM SEMASA BENCANA * Membantu menjalankan kerja-kerja menyelamat * Membantu dan menyelia serta menyelenggara pusat pemindahan dan menyediakan makanan pada mangsa * Membantu dlm memberi pertolongan cemas mangsa jika perlu

TUGAS-TUGAS AGENSI LAIN PASUKAN MENCARI DAN MENYELAMAT KHAS MALAYSIA (SMART) Mencari dan menyelamat mangsa dlm kejadian bencana yg memerlukan bantuan pakar. ( Arahan No 19 )

POLIS DIRAJA MALAYSIA > Memaklumkan pada agensi berlakunya bencana > Koordinasi gerakan bencana > menubuhkan Pos Kawalan

> Mengawal kawasan bencana > Mencari dan menyelamat nyawa dan harta benda > Menjalankan siasatan ke atas berlakunya bencana > Melindungi harta benda > Membantu melindungi nyawa/harta benda > Mengumpul dan melindungai maklumat utk siasatan > memberikan perkhidmatan pengangkutan udara

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT > Mencari dan menyelamat yg terperangkap > Mencegah insiden menjadi besar > Mengumpil maklumat dan kaji bahaya > Berkerjasama dgn polis membuat sempadan / zon > Memastikan keselamatan semua petugas > Mengambil kira kesan insiden > Berkerjasama dgn pegawai perubatan > Membantu pihak polis mencari mangsa > Menjalankan siasatan dan menyediakan laporan dan bukti. > Sentiasa bersedia dikawasan insiden

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA * Membantu khidmat anggota * Membantu menyediakan kenderaan , darat, Udara dan laut * Membantu keperluan peralatan jentera

* Menyediakan khidmat kepakaran * Membantu kerja binaan * Menyediakan khidnat penyelam * Melaksanakan kerja-kerja mencari dan menyelamat * Menyediakan ambulance utk pertolongan cemas * Menyediakan pegawai perantaran * Memberikan khidmat bantuan segera

PERKHIDMATAN PERUBATAN KECEMASAN * Memberikan perkhidmatan rawatan kecemasan * Merawat kecemasan utk mangsa terperangkap * Memberikan perkhidmatan ambulan , pra-hospital dan pengangkutan

PERKHIDMATAN PANGKALAN PERUBATAN * Memberi rawatan kecemasan utk mangsa dan penyelamat * Memberikan perkhidmatan forensik * Memberikan pembekalan ubat-ubatan * Memberikan khidmatan kesihatan dan kawalan penyakit * Khidmat psikologi ( Post trauma )

PENGURUSAN BENCANA

Share|

Takrifan Bencana "...sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat." "melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan..." [Arahan MKN No. 20] Arahan MKN No.20 : Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara

Tujuan Arahan MKN No. 20 Tujuan Arahan MKN No. 20 ialah untuk menggariskan satu Dasar

Pengurusan Dan Bantuan Bencana di Darat mengikut tahap bencana dan mewujudkan satu mekanisme pengurusan yang menentukan peranan serta tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu bencana yang berlaku.

Tindakan menjadi lebih kemas, terselaras dan teratur Mengelakkan pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan

Peranan MKN

Khidmat keurusetiaan kepada jawatankuasa Memantau amalan serta pelaksanaan pengurusan bencana berjalan lancar Post-mortem bencana diadakan Menggerakkan SMART untuk operasi mencari dan menyelamat Menyelaras pengendalian latihamal pengurusan bencana dan mencari dan menyelamat Mengawasi langkah pencegahan dan kawalan bencana dijalankan Merancang dan menyelaras serta mengawasi strategi kependidikan, latihan dan pencegahan kepada pegawai-pegawai dan anggotaanggota Jabatan Kerajaan, masyarakat dan Badan-badan Bukan Kerajaan dalam menghadapi dan mencegah bencana Memberi nasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana apabila diminta ke arah kelancaran pengendalian serta pengurusan suatu bencana dasara dan mekanisme

Hari Kesedaran Bencana: Pengurusan Bencana Tanggungjawab Bersama

Kejadian-Kejadian Bencana

Bencana Alam - banjir, kemarau, tanah runtuh, ribut Bencana Industri - letupan, kebakaran, pencemaran dan kebocoran Kemalangan yang melibatkan pengangkutan, pemindahan bahan-bahan berbahaya. penyaluran dan

Keruntuhan bangunan tinggi dan struktur khas. Kemalangan udara di kawasan binaan dan orang ramai. Pelanggaran atau kegelinciran keretapi. Kebakaran yang melibatkan kawasan yang luas atau kebakaran bangunan tinggi atau struktur khas yang mempunyai orang ramai. Kepecahan empangan hidro atau takungan air (reservoir). Kemalangan nuklear atau radiologi. Kejadian pelepasan gas beracun di tempat awam. Kejadian jerebu - serantau dan tempatan

Bencana Udara Bencana udara yang melibatkan kapal terbang yang jatuh di gunung, di hutan dan di laut ditangani oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Namun begitu, bencana udara yang melibatkan kawasan berpendudukan tertakluk di bawah Arahan MKN No. 20 ini. Bencana Laut Bencana laut dikendalikan oleh Jabatan Laut. (Namun pada 13 Ogos 2008 Kabinet bersetuju bahawa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM akan mengambil tugas daripada Jabatan Laut.) Kejadian-kejadian Bukan Bencana Kejadian kemalangan yang bersifat kecemasan seperti kemalangan kenderaan, kebakaran kecil, kemalangan di tasik atau sungai. Kejadiankejadian ini dapat dikendali dalam masa yang singkat oleh agensi-agensi berkaitan dengan menggunakan sumber yang minima di peringkat tempatan.

Sistem Amaran Awal

You might also like