You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN FIRMAN ALLAH S.W.T SOALAN a) TIGA KEISTIMEWAAN YANG DIANUGERAHKAN ALLAH S.W.T KEPADA MANUSIA

1 2 3

4-5

b) TIGA FAKTOR YANG MERENDAHKAN KEMULIAAN MANUSIA

6-7

KESIMPULAN RUJUKAN

PENGENALAN

Surah at-Tin, maksudnya : Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang 1. Demi Tin dan Zaitun 2. Dan Gunung Sinin(Sinai) 3. Dan negeri yang aman ini 4. Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam rupa yang amat baik 5. Kemudian Kami kembalikannya ke tempat yang paling rendah 6. Melainkanorang-orang yang beriman dan beramal salih maka mereka akan memperoleh pahala yang tiada putus-putusnya 7. Maka apakah yang dapat mendustakan engkau kemudian ini tentang pembalasan(hari pembalasan) 8. Bukankah Allah itu penghukum yang paling bijaksana dari segala yang menghukum

Surah

ini

dinamakan

surah

at-Tin

mengandungi

lapan

ayat,

diturunkan

di

Mekah(mengikut pendapat kebanyakan ahli tafsir), tetapi Al-Qurthubi meriwayatkan satu riwayat daripada Ibnu Abbas bahawa surah ini diturunkan di Madinah. Surah ini dimulakan dengan ayat-ayat sumpah dengan dua buah pohon(Tin dan Zaitun) dan dua buah negeri(Gunung Sinai dan Mekah Al-Mukarramah) yang diberkati. Allah telah menerangkan bahawa manusia itu telah dijadikan dalam bentuk yang paling baik. Kemudian dia akan kembali ke tempat yang rendah melainkan orang yang beriman dan beramal salih. Kemudian Allah mengancam mereka yang mendustakan hari pembalasan bahawa mereka akan dihukum dengan seadil-adilnya oleh Allah yang Bijaksana

Soalan 1

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaikbaiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.

Berdasarkan maksud firman Allah S.W.T di sebelah, jelaskan perkara-perkara berikut :

a) TIGA (3) keistimewaan yang dianugerahkan Allah S.W.T kepada manusia. (7.5m)

b) TIGA (3) faktor yang merendahkan kemuliaan manusia. (7.5m)

a) TIGA (3) keistimewaan yang dianugerahkan Allah S.W.T kepada manusia

Menurut surah at-Tin ayat 4 yang bermaksud, Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam rupa yang amat baik, bermaksud bahawa Allah menjadikan manusia dalam bentuk yang paling baik. Bukti ini dengan sendirinya menolak teori atau pendapat yang mengatakan bahawa manusia ini sejenis makhluk yang berasal daripada monyet. Rupa yang amat baik daripada maksud ayat di atas boleh ditinjau dari 2 segi. Pertama, dari segi lahiriah iaitu bentuk badan manusia yang kemas kejadiannya, berjalan tegak di atas muka bumi dengan gaya yang elok sedangkan makhluk-makhluk lain seperti binatang umpamanya berjalan dengan terjunam mukanya ke bumi sama ada berjalan dengan dua kaki atau empat kaki. Kedua, dari segi batiniah atau manawiyah dengan tafsiran yang lebih meliputi iaitu manusia dapat mengetahui sesuatu lebih dari lain-lain makhluk dengan akal fikiran dan kebebasan memilih sesuatu, ditambah dengan ilmu pengetahuan, maka itulah yang meletakkan manusia dalam rupa yang amat baik. Nabi Allah, Adam a.s sahaja cukup menjadi contoh. Allah menjadikannya daripada tanah, kemudian ditiupkan roh ke dalam jasadnya, kemudian diberi ilmu pengetahuan untuk dijadikan khalifah di muka bumi ini. Setelah itu, Allah perintahkan Malaikat sujud hormat kepadanya. Oleh sebab Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling baik, maka Allah telah melengkapkan menganugerahkan keistimewaan kepada manusia. Antaranya adalah penurunan Al-Quran. Al-Quran bermaksud sistem hidup, cara hidup, peraturan atau perundangan hidup. Al-Quran diturunkan dengan tujuan untuk membimbing dan memimpin manusia ke jalan Allah. Al-Quran merupakan sumber rujukan yang amat lengkap untuk manusia. Al-Quran Kalamullah mengandungi etika hidup yang betul baik dari segi kehidupan sosial, ekonomi, perundangan mahupun pentadbiran. Sejarah juga turut terkandung dalam Al-Quran buat iktibar manusia sejagat. Sesungguhnya manusia yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidupnya dan manusia dengan

Islam sebagai agamanya akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang bermaksud : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Ali-Imran:85) Selain itu, Allah juga menganugerahkan akal kepada manusia untuk berfikir dan menilai sebaiknya mengenai kekuasaan Allah S.W.T yang mencipta alam semesta ini. Akal yang dikurniakan hendaklah digunakan untuk berfikir tentang kebaikan, kebijaksanaan, dan kekuasaan Allah menyempurnakan Islam kepada seluruh umat manusia sebagai cara hidup. Firman-Nya yang bermaksud: pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu (al-Maidah:3) Akal yang dianugerahkan sepatutnya digunakan untuk memikirkan cara untuk mengembangkan Islam dan negara. Akhir sekali, Allah telah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi. Setiap manusia menurut pandangan Islam adalah pemimpin, sesuai dengan tingkatannya masing-masing. Setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya, baik lahir maupun batin, di dunia maupun di akhirat. Mengapa manusia ditunjuk sebagai khalifah di muka bumi? Sebab manusia memiliki akal dan kalbu. Sebagai makhluk yang paling sempurna, manusia akan diminta untuk bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan padanya untuk mengelola alam semesta bagi kesejahteraan semua makhluk. Dan Dia-lah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas (kurnia)

yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Q.S:6;165)

b) TIGA (3) faktor yang merendahkan kemuliaan manusia

Surah at-Tin ayat 5 yang bermaksud, Kemudian Kami kembalikannya ke tempat yang paling rendah. Iaitu neraka yang disediakan baginya jika tidak bersyukur kepada Allah yang menjadikannya dengan membuat segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang. Pembalasan yang setimpal dengan amalan-amalan buruk yang dilakukannya. Semua sifat-sifat buruk akan menjadikan martabat seseorang manusia itu rendah di sisi Allah dan di sisi makhluk-makhluk Allah yang lain. Amalan-amalan buruk boleh dijauhi dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah, sentiasa memohom keampunan kepada-Nya, sentiasa mengingati mati, tidak bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya, sentiasa mendampingi para ulama sentiasa mencontohi akhlak Rasulullah dan selalu meluangkan masa menghadiri majlis-majlis ilmu. Terdapat banyak faktor yang merendahkan kemuliaan manusia. Antaranya ialah Muslim yang solat tetapi lalai dari solatnya. Ini bermaksud seseorang individu itu mengerjakan solat, tetapi tidak bertenang dalam solatnya, tidak khusyuk dan tidak ingat kepada kebesaran Allah yang dihadapinya. Kebiasaannya, solat individu ini didorong oleh perasaan segan kepada manusia atau setakat menunjuknunjuk kepada orang ramai bahawa dia sudah mengerjakan solat, dengan itu, dia akan dapat penghormatan atau penghargaan dari orang-orang sekelilingnya. Dengan itu, Allah S.W.T telah menyediakan baginya seksa di akhirat kelak. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Maka neraka yang disediakan bagi orang yang sembahyang. Yang lalai dari sembahyangnya. (Al-Maun:5) Selain itu, kemuliaan manusia menjadi rendah apabila seseorang individu Muslim itu mempersendakan agamanya. Contoh-contoh perbuatan yang mempersendakan agama ialah makan pada siang hari di khalayak ramai pada bulan Ramadhan, menganggap bahawa ajaran Islam tidak sesuai denagn perubahan zaman,

memutarbelitkan maksud ayat Al-Quran dan hadis untuk kepentingan peribadi maupun

puak, mempersendakan sunnah Rasulullah dan sebagainya. Sesungguhnya orang yang mempersendakan agama tidak memdapat keampunan melainkannya bertaubat. Firman Allah yang bermaksud : apa yang telah ia usahakan (daripada perbuatan yang buruk dan keji), tidak ada baginya pelindung dan tidak ada juga pemberi syafaat yang lain daripada Allah (Al-Anam: 6;70) Akhir sekali, kemuliaan manusia akan menjadi rendah sekiranya manusia itu tidak mahu menuntut ilmu sedangkan menuntut ilmu itu wajib bagi seluruh umat Islam. Ilmu yang wajib dipelajari adalah ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Manakala ilmu yang memudaratkan diri dan akidah seperti sihir diharamkan untuk dipelajari. Kedudukan orang yang berilmu amat tinggi ddi sisi Allah kerana Allah meningkatkan darjat serta kemuliaan semasa di dunia dan di akhirat. Allah juga sentiasa menyinari hati orang yang menuntut ilmu dengan cahaya hikmah. Riwayat Abu Daud dan Tarmizi yang berbunyi : Daripada Abu Darda radhiallahuanhu berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, Sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalan menuju ke syurga dan para malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu kerana suka akan mereka. Sesungguhnya orang yang alim juga akan dipohonkan keampunan oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi dan kelebihan orang yang berilmu dengan seorang abid sama seperti bulan purnama berbanding dengan cakerawala-cakerawala yang lain (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

KESIMPULAN

Dengan keterangan Allah bahawa manusia dijadikan dalam bentuk yang paling baik menunjukkan bahawa jiwa manusia ada penghormatannya. Tiap-tiap jiwa mempunyai hak untuk hidup dengan bebas dan mulia, hak untuk bekerja, hak untuk memenuhi keperluan hidupnya, hak untuk memiliki harta daripada usahanya, tidak dibenarkan seseorang manusia itu menceroboh hak manusia yang lain sama ada pada dirinya, hartanya atau kemuliaan dan maruahnya. Banyak di antara manusia yang tidak percaya atau ragu-ragu tentnag ketibaan hari kiamat atau pembalasan di akhirat. Mereka berasa hairan bagaimana manusia yang telah mati yang hancur daging dan berkecai tulang-tulangnya boleh dihidupkan semula, mustahil kata mereka! Orang-orang yang seperti ini lupa kepada dirinya sendiri bahawa dia juga pernah tidak wujud, dari mana asalnya? Apakah dia terus terbentuk di muka bumi ini atau adakah dahulunya dia bukan apa-apa, sehingga ibu bapanya bertemu daripada setitik air menjadi segumpal darah, kemudian segumpal daging, kemudian sempurnalah kejadiannya dan kemudian ditiupkan roh ke dalam jasadnya, barulah menjadi manusia. Proses ini membuktikan bahawasanya Allah Maha Berkuasa dan Bijaksana, menjadikan semula yang tiada. Janganlah kita menyangka kita sebagai manusia dijadikan begitu sahaja. Kita akan menerima pembalasan daripada Allah atas segala amalan sama ada baik atau buruk. Tidak sia-sialah segala amalan kita. Allah menjadikan hari kiamat untuk memberi balasan yang setimpal dan adil atas perbuatan manusia. Jangan berani melakukan kejahatan kerana walaupun tidak diketahui manusia, Allah tetap mengetahuinya.

RUJUKAN

Syed Abdillah Ahmad Al-Jufri. 2003. Pelita Al-Quran[JUZ AMMA]. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd. 2003. Buku Teks Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah tingkatan 4. Mohd Asri Abdullah[et al.]. 2007. Prinsip-Prinsip Asas Islam [Islam dan Akidah]. UiTM, Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti(UPENA) http://ww.scribd.com/doc/51096274/Pengertian-Manusia-menurut-Ajaran-Islam-Itm-1 http://www.fi.edu/learn/brain/exercise.html.

CTU 101 PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM HS1101A

NAMA 1. 2. 3. 4. 5. EZATUL AIN BINTI MASLAN SITI NOR AMIRA BINTI SAHLAN FARHANA BINTI ABDUL RAZAK NOR FAZILAH BINTI FARAH NAJIHAH BINTI PENSYARAH : UST SHADLI TARIKH HANTAR : 2 OGOS 2011

ID 2011866324 2011636386 2011297468 2011 2011

You might also like