You are on page 1of 3

1.

PENDAHULUAN 1.1 Sistem Perancangan perancangan di Semenanjung Malaysia meliputi Rancangan

Sistem

Pembangunan iaitu, Rancangan Kawasan Khas (RKK), Rancangan Tempatan Daerah (RTD), Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Fizikal Negara (RFN). Asas pembentukan bagi system Rancangan Pemajuan diperuntukan di dalam Bahagian II, Akta 172. Rancangan Fizikal Negara (RFN) Rancangan Struktur Negeri (RSN) Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Rancangan Kawasan Khas (RKK)

1.2

Pengenalan Rancangan Tempatan

Dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan, pemilihan Rancangan Struktur Rancangan Rancangan Tempatan Tempatan Daerah Majlis Perbandaran satu Kajang dokumen diimplimentasikan di dalam proses perancangan mengikut hierarki tersebut. adalah merupakan penerangan yang mana ianya mengandungi Peta cadangan dan pernyataan bertulis beserta Garis Panduan Perlaksanaan ianya juga merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam RS kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal. Rancangan Tempatan di sediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung dalam Rancangan Struktur. Rancangan Tempatan ini disediakan mengikut peruntukan Seksyen 12 hingga 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT). Antara fungsi Rancangan Tempatan ini adalah:

a) Melaksanakan serta menterjemah strategi yang telah digariskan oleh Rancangan Struktur Negeri dengan lebih terperinci. b) Memperincikan dasar kawalan perancangan bandar sebagai panduan pembangunan. c) Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan. Pelan-pelan tempatan akan menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan tersebut. d) Dasar-dasar dan cadangan dalam RT akan digunakan sebagai asas untuk menyelaraskan keputusan-keputusan, aturcara pembangunan, perbelanjaan awam dan persendirian terhadap kawasan yang diliputi oleh RT. e) Mengemukakan isu-isu dan cadangan yang terperinci kepada orang awam. 1.3 Proses Perancangan

Proses perancangan merupakan suatu proses yang berkitaran dimana melibatkan penilaian pilihan yang ada dalam menganalisis maklumat, cara ke arah penyelesaian masalah, pencapaian matlamat, visi dan misi, penentuan dalam membuat sesuatu pilihan yang tepat, pengumpulan maklumat-maklumat asas, dan turut melibatkan penentuan keputusan yang sitematik dan professional. Penentuan keputusan merupakan kata kunci utama dalam proses perancangan. Ia menjadi tunjang dalam memastikan kejayaan dalam sesuatu perancangan. Proses penentuan keputusan berlaku di mana-mana, akan tetapi ianya tidak akan dinilai kesempurnaannya jika proses perlaksanaan ke atasnya tidak wujud. Teori perancangan menumpukan ke atas halacara dan aktiviti yang berlaku dalam sesuatu proses perancangan tersebut. Teori yang digunakan adalah empirikal dan normatif. Secara umumnya, penentuan keputusan adalah merupakan satu keperluan secara umum dalam proses perancangan. Namun begitu, ianya adalah hasil daripada "memberi dan menerima" antara individu yang terlibat dalam menentukan keputusan tersebut. Akan tetapi keputusan yang telah ditentukan tidak akan dapat di pertikai akan kemampuan dan

keupayaan pihak yang terlibat kerana proses tersebut juga tertakluk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi umpama politik, hubungan diplomatik dan sebagainya.

Proses

perancangan

secara

hierarkinya

memfokuskan

kepada

beberapa aliran penting iaitu melibatkan: i. penentukan misi dan visi ii. mengenalpasti masalah iii. pembentukan objektif berdasarkan pemahaman terhadap masalah iv. menentukan dan mewujudkan alternatif yang sesuai (dasar) v. penilaian dan menganalisis alternatif yang dipilih (seranta, publisiti, awam) vi. membuat pilihan vii. penentuan keputusan (warta) viii. mengimplikasi terhadap pembangunan pengubahan

You might also like