You are on page 1of 11

SOALAN-SOALAN LAZIM

Urus Niaga Unit Amanah ASNB Skim Potongan Gaji Skim Pelaburan Ahli KWSP Tuntutan Harta Pusaka Kelayakan Melabur Kehilangan Buku Pelaburan Unit Amanah ASNB Penukaran Butir Peribadi Kemudahan Internet Banking

URUS NIAGA UNIT AMANAH ASNB


S1 Saya berminat untuk melabur di dalam unit amanah ASNB. Apakah yang perlu saya lakukan? Anda perlu membaca serta memahami isi kandungan Prospektus Induk dan Prospektus Induk Tambahan (jika ada) terkini bagi tabung-tabung terlibat, yang telah didaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, sebelum membuat sebarang pelaburan. Naskah-naskah prospektus dan borang pendaftaran boleh didapati di Pejabat ASNB dan Ejen ASNB. Prospektus Induk dan Prospektus Induk Tambahan (jika ada) juga boleh di muat turun melalui Laman Web ASNB.

S2

Di manakah saya boleh membuka akaun baru, menambah dan mengeluarkan pelaburan saya? Anda boleh membuat urus niaga tersebut di Pejabat-Pejabat ASNB atau di Ejen-ejen ASNB iaitu Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad, RHB Bank Berhad dan Pos Malaysia Berhad.

S3

Adakah saya dikenakan tempoh bertenang ("Cooling-off Period) apabila saya membuat pelaburan? Tidak ada. Anda boleh melakukan urus niaga pengeluaran pelaburan pada bila-bila masa di mana-mana Pejabat ASNB atau Ejen ASNB.

S4

Bolehkah saya membuat permohonan pindahan unit antara unit amanah yang lain (Switching Between Funds) dan di mana ianya boleh dilakukan? Boleh, tetapi ianya hanya terhad kepada unit-unit amanah berikut sahaja iaitu:

Antara tabung ASB dan ASN. Pindahan dari ASB ke ASN atau sebaliknya, boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tiada had bilangan pindahan ditetapkan. Antara tabung ASG (ASG Pendidikan, ASG Kesihatan dan ASG Persaraan). Pindahan unit antara tabung ASG hanya terhad kepada 4 kali sahaja di dalam setiap tahun kewangan.

Permohonan untuk pemindahan unit ini boleh dibuat di Pejabat ASNB atau Ejen ASNB yang terdekat dengan menggunakan borang khas yang ditetapkan.

S5

Di manakah saya boleh mengetahui harga Nilai Aset Bersih (NAB) unit-unit amanah ASNB? Anda boleh mendapatkannya di akhbar-akhbar harian (seperti Berita Harian atau Utusan Malaysia atau The Star atau New Straits Times) atau di Pejabat ASNB atau di Ejen ASNB atau melalui Laman web ASNB atau telefon Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Ejen di 03-2057 3000 03-2057 3000 / 2057 3111.

S6

Bagaimanakah harga Nilai Aset Bersih (NAB) bagi unit-unit amanah yang berharga berubah-ubah ditentukan? NAB seunit ditentukan berdasarkan kepada harga silam ( historical pricing ) dan dikira pada setiap penghujung hari perniagaan. Penilaian semula NAB tabung akan dibuat pada setiap pertengahan hari urus niaga. Sekiranya berlaku perubahan (naik atau turun) ke atas NAB yang melebihi 5% daripada penilaian sebelumnya, harga jualan/belian pengurus bagi tabung unit amanah tersebut akan juga turut berubah. Masa penilaian semula pertengahan hari urusniaga adalah merujuk kepada masa waktu tutup tengahari pasaran saham.

S7

Bagaimanakah pengiraan Nilai Aset Bersih (NAB) seunit dilakukan? Nilai Aset Bersih (NAB) seunit dana dikira dengan membahagikan NAB Dana dengan unit dalam edaran, dan ianya digenapkan kepada empat titik perpuluhan. NAB seunit ini akan dijadikan asas bagi pengiraan Harga Pengurus.

S8

Apakah kelebihan yang saya dapat jika saya membuat pelaburan di dalam unit-unit amanah ASNB? Anda akan mendapat kelebihan-kelebihan seperti berikut :

Portfolio pelaburan yang dipelbagaikan membantu mengurangkan risiko pelaburan Urusniaga serta-merta untuk belian dan jualan balik Rangkaian ejen-ejen ASNB yang meluas di seluruh negara Pengurusan yang profesional dan berpengalaman Mampu dimiliki kerana tidak memerlukan modal yang besar Hak dan kepentingan pemegang unit diawasi oleh AmanahRaya Trustees Berhad, sebagai pemegang amanah Pelaburan jangka panjang yang berpeluang menjana pulangan yang kompetitif

S9

Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai unit-unit amanah ASNB ini? Anda boleh menghubungi mana-mana Pejabat ASNB yang berhampiran atau terus menghubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan & Ejen di alamat dan nombor telefon yang berikut : Jabatan Perhubungan Pelanggan & Ejen Amanah Saham Nasional Berhad No 201-A, Tingkat UG, Balai PNB Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Telefon : 03-2057 3000 03-2057 3000 Faks : 03-2050 5220 Email : asnbcare@pnb.com.my

/ 3111

SKIM POTONGAN GAJI


S1 Apakah yang dimaksudkan dengan kemudahan Skim Potongan Gaji (SPG)? SPG merupakan satu kemudahan kepada pemegang unit ASB* untuk menambah pelaburan setiap bulan secara berterusan tanpa perlu berurusan di kaunter. * Tertakluk kepada had maksima pegangan unit bagi setiap individu

S2

Siapakah yang layak untuk menyertai skim ini? Kemudahan ini terbuka kepada semua pegawai perkhidmatan awam persekutuan, swasta atau lain-lain yang telah menjadi pemegang unit ASB. Potongan gaji minimum sebulan ialah sebanyak RM10.

S3

Bolehkah saya membuat potongan gaji untuk ahli keluarga? Boleh, tetapi setiap ahli keluarga tersebut mestilah terlebih dahulu menjadi pemegang unit kepada ASB. Potongan gaji minimum untuk setiap ahli keluarga adalah sebanyak RM10 sebulan.

S4

Adakah saya perlu membayar sebarang yuran untuk perkhidmatan ini? Tidak.

S5

Bagaimanakah caranya untuk saya menyertai skim SPG ini? Pihak majikan perlu mendaftar terlebih dahulu dengan ASNB untuk menyertai skim SPG ini. Untuk tujuan potongan gaji, anda dikehendaki berurusan terus dengan pihak majikan/ jabatan/ bahagian gaji masing-masing. Sekiranya anda adalah Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang bayaran gajinya diuruskan oleh Pejabat Perakaunan, anda perlu melengkapkan borang SPG ASNB. Borang tersebut boleh dimuat turun dari laman web ASNB ini atau diperolehi dari Pejabat ASNB. Satu salinan borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Pejabat ASNB untuk pengesahan sebelum diserahkan kepada majikan/jabatan/ bahagian gaji untuk tindakan lanjut iaitu penghantaran kepada Pejabat Perakaunan. Sekiranya anda adalah kakitangan swasta/ lain-lain, anda perlu melengkapkan borang BS1F (1). Borang tersebut boleh didapati dari Pejabat ASNB.

SKIM PELABURAN AHLI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)


S1 Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pelaburan Ahli KWSP ? Skim Pelaburan Ahli KWSP ini adalah satu kemudahan kepada pemegang unit yang mempunyai simpanan yang melebihi jumlah simpanan asas mengikut usia masing-masing di dalam Akaun 1 KWSP. Mereka boleh melabur sebahagian daripada jumlah tersebut ke dalam unit-unit amanah ASNB yang dibenarkan. Sebarang perubahan pada kemudahan ini tertakluk pada KWSP. Jadual dibawah menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur :

Umur (Tahun) 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36

Simpanan Asas (RM) 1,000 2,000 3,000 4,000 5,000 7,000 8,000 9,000 11,000 12,000 14,000 16,000 18,000 20,000 22,000 24,000 26,000 29,000 32,000

Umur (Tahun) 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55

Simpanan Asas (RM) 34,000 37,000 41,000 44,000 48,000 51,000 55,000 59,000 64,000 68,000 73,000 78,000 84,000 90,000 96,000 102,000 109,000 116,000 120,000

Anda boleh mengeluarkan tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi jumlah simpanan asas mengikut usia masing-masing di dalam Akaun 1 KWSP. Anda boleh membuat pelaburan setiap 90 hari dari tarikh pemindahan yang terakhir dibuat.

S2

Bolehkah saya menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP untuk semua unit-unit amanah yang diuruskan oleh ASNB? Tidak boleh. Anda hanya boleh membuat pelaburan melalui KWSP ke dalam unit-unit amanah AS 1Malaysia, ASW 2020,ASD, ASN 2, ASN 3 dan ASG sahaja. Semua pelaburan yang dibuat melalui KWSP ini adalah tertakluk kepada jumlah unit yang ada di dalam mana-mana tabungan tersebut.

S3

Bagaimanakah caranya untuk saya menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP ini?

Anda perlulah menjadi ahli di dalam unit amanah tersebut terlebih dahulu. Seterusnya, anda perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut ke mana-mana Pejabat ASNB:1. 2. 3. 4. Kad Pengenalan asal dan salinan Penyata Kira-Kira KWSP yang terkini Borang Pelaburan Tambahan ASNB yang telah dilengkapkan Borang KWSP 9N (AHL) yang telah dilengkapkan

Borang-borang di atas boleh diperolehi di Pejabat-pejabat ASNB yang berhampiran.

S4

Bolehkah saya menjual balik pelaburan ini? Boleh, tetapi semua perolehan dari jualan balik pelaburan melalui KWSP ini akan dibayar terus kepada KWSP untuk dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP anda.

S5

Bolehkah saya mengeluarkan pengagihan pendapatan daripada pelaburan ini? Tidak boleh. Semua pengagihan pendapatan tahunan daripada pelaburan melalui KWSP ini (jika ada) akan dikreditkan semula ke dalam akaun pelaburan melalui KWSP anda. Jika sekiranya saiz tabungan telah penuh, semua pengagihan pendapatan tahunan daripada pelaburan melalui KWSP ini akan dibayar kepada KWSP untuk dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP anda.

S6

Bagaimanakah saya boleh mengetahui simpanan saya layak untuk dilaburkan?

Ahli

Umur

Simpanan Akaun 1 (RM)

Simpanan Asas(RM)

Pengiraaan:Simpanan Akaun 1- Simpanan Asas x 20%

Kelayakan Ahli Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.

22

4,000

5,000

22

8,000

5,000

(8,000-5,000) x 20% RM600

Ahli tidak layak memohon. Amaun kelayakan minimum kurang RM1,000. Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM2,200. Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.

25

20,000

9,000

(20,000-9,000) x 20% = RM2,200

40

40,000

44,000

Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum E 45 100,000 64,000 RM1,000 dan maksimum RM7,200. Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mendapatkan contoh pengiraan yang layak dilaburkan. (100,000-64,000) x 20% = RM7,200

TUNTUTAN HARTA PUSAKA


S1 Bagaimanakah saya sebagai waris boleh menuntut baki unit pelaburan bagi pemegang unit yang telah meninggal dunia? Anda perlu menyemak baki unit pelaburan simati terlebih dahulu. Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk maklumat lanjut dan senarai dokumen yang perlu dikemukakan.

S2

Di manakah saya boleh memohon untuk mendapatkan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka si mati? Anda boleh memohon mendapatkan surat kuasa di institusi-institusi berikut:

Mahkamah Tinggi Sivil (seluruh negeri di Malaysia) atau; Mahkamah Tinggi Sabah/Mahkamah Anah Negeri Sabah/Mahkamah Syariah Sabah (bagi Negeri Sabah sahaja) atau; Mahkamah Tinggi Sarawak/Mahkamah Anak Negeri Sarawak(bagi Negeri Sarawak sahaja) atau; Pejabat Tanah dan Daerah (sekiranya ada melibatkan hartanah) atau; AmanahRaya Berhad

S3

Adakah tempoh tertentu yang ditetapkan untuk waris membuat tuntutan baki pelaburan bagi pemegang unit yang meninggal dunia? Tiada. Akaun si mati akan terus dibayar pengagihan pendapatan (jika ada) sehingga baki akaun tersebut dituntut oleh waris.

S4

Bolehkah saya membuat penamaan bagi sebarang akaun unit amanah ASNB yang telah didaftarkan? Tidak boleh.

S5

Bagaimanakah cara pembayaran tuntutan kematian dilakukan oleh pihak ASNB kepada waris? Pindah milik iaitu bayaran dibuat dengan memindahkan baki unit dari akaun unit amanah ASNB si mati ke akaun unit amanah ASNB waris/waris-waris (di pindah milik ke akaun unit amanah yang sama sahaja).

S6

Adakah Hibah diterima di ASNB? Ya, hibah diterima di ASNB dengan syarat hibah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Tinggi Sivil bagi setiap negeri di Malaysia.

S7

Apakah dokumen yang diperlukan bagi simati yang meninggalkan hibah? Syarat lain bagi hibah sama seperti syarat tuntutan harta pusaka. Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk maklumat lanjut dan senarai dokumen yang perlu dikemukakan.

S8

Bagaimana sekiranya si mati diisytihar muflis? Sekiranya si mati masih berstatus muflis, ASNB akan membuat bayaran terus kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Sekiranya si mati sudah bebas dari muflis, sertakan salinan surat pelepasan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan Perintah Pembatalan dari Mahkamah Tinggi atau Deraf Perintah atau carian rasmi dari JIM Putrajaya (HQ).

S9

Bagaimana sekiranya saya sebagai waris diisytihar muflis?

Anda perlu menyemak baki unit pelaburan simati terlebih dahulu. 1. Jumlah baki unit pelaburan simati RM10, 000 dan ke bawah Sekiranya nama waris yang menuntut diisyitihar muflis, nama waris lain perlu dikemukakan. Walaubagaimanapun sekiranya nama waris tersebut telah dibebaskan dari status muflis, sila kemukakan Surat Pelepasan dari Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan Perintah Pembatalan dari Mahkamah Tinggi atau Deraf Perintah atau carian rasmi dari JIM Putrajaya (HQ). 2. Jumlah baki unit pelaburan simati lebih dari RM10, 000 dan nama waris tersebut tersenarai di dalam Surat Kuasa Mentadbir

Sekiranya nama waris yang tersenarai masih berstatus muflis, ASNB akan membuat bayaran bahagiannya kepada JIM. Walaubagaimanapun, sekiranya waris tersebut sudah bebas dari status muflis, sila sertakan salinan Surat Pelepasan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan Perintah Pembatalan dari Mahkamah Tinggi atau Deraf Perintah atau carian rasmi dari JIM Putrajaya (HQ). S10 Bagaimana sekiranya waris di dalam surat kuasa mentadbir meninggal dunia? Waris kepada waris yang meninggal dunia boleh membuat Tuntutan Harta Pusaka dengan melengkapkan syarat-syarat tuntutan harta pusaka. Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk maklumat lanjut dan senarai dokumen yang perlu dikemukakan. S11 Bagaimana sekiranya akaun si mati mempunyai jumlah RM 0.00? Anda perlu memaklumkan kematian simati kepada ASNB melalui surat berserta sijil kematian. Penutupan akaun akan dibuat oleh pihak ASNB. S12 Bagaimana sekiranya simati mempunyai pinjaman/cagaran yang belum diselesaikan? Anda perlu berhubung dengan Institusi Pemberi Pinjaman untuk menyelesaikan pinjaman/cagaran terlebih dahulu.

KELAYAKAN MELABUR
S1 Siapa yang boleh melabur dalam Unit Amanah ASNB? Unit Amanah ASNB boleh dilanggan oleh semua warganegara Malaysia namun bagi skim berikut hanya golongan Bumiputera sahaja boleh melabur dalam skim berikut :1. 2. 3. 4. 5. Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) Skim Amanah Saham Didik (ASD) Skim Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2) Skim Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) 51% Bumiputera dan 49% Bukan Bumiputera

Berdasarkan Surat Ikatan Amanah seorang bumiputera adalah seperti yang tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Melayu, Bumiputera Sabah & Sarawak dan Orang Asli.

S2

Siapa golongan minoriti?

Golongan minoriti adalah satu golongan yang telah mendapat kebenaran khas dari Perdana Menteri untuk melabur dalam semua unit amanah yang diuruskan oleh ASNB iaitu: 1. 2. 3. Siam Portugis / Eurasian / Serani Mualaf / Beragama Islam tetapi bukan Bumiputera

Nota : Golongan ini mendapat kebenaran melabur dalam semua skim ASNB kecuali bagi skim yang mempunyai pecahan Bumiputera dan bukan Bumiputera (skim ASW 2020) ianya dikategorikan sebagai Bukan Bumiputera.

S3

Adakah saya tidak layak untuk melabur kerana saya lahir di luar negara sedangkan saya seorang Melayu? Sekiranya anda seorang warganegara Malaysia dan berketurunan Melayu anda layak untuk melabur dalam dan dikategorikan sebagai seorang Bumiputera sekiranya maklumat keturunan di dalam Print-Out MyKad/MyKid menunjukkan pemohon berketurunan Melayu, atau pemohon boleh mengemukakan salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir/ Borang W bagi membuktikan maklumat-maklumat di atas.

S4

Mengapa akaun saya digantung disebabkan kelayakan yang diragui? Pihak kami menggantung sementara akaun tersebut kerana terdapat keraguan terhadap kelayakan anda. Pihak kami berbuat demikian bagi memastikan hanya mereka yang layak sahaja yang membuka akaun dengan ASNB. Anda perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi mengesahkan keturunan anda iaitu salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir/Borang W/Sijil Warganegara ATAU Print-out MyKad/MyKid yang mengandungi maklumat keturunan. Sekiranya pihak kami mendapati anda tidak layak untuk melabur dengan ASNB maka akaun tersebut akan ditutup dan wang pelaburan akan dipulangkan dalam bentuk cek. Bagi skim yang dikhaskan untuk Bumiputera, golongan berikut akan disaring kelayakannya iaitu :1. 2. Keturunan Siam Keturunan Portugis

3. 4. 5.

6. 7.

Keturunan Campuran Sabah Keturunan Campuran Sarawak Kelahiran Luar Negara (i) Penggunaan kad pengenalan baru menggunakan kod negeri kelahiran 60-93 (ii) Penggunaan kad pengenalan lama nombor pangkal 8, 9, H6.., K8.. dan K9.. Mualaf / Warganegara Malaysia beragama Islam tetapi Bukan Bumiputera Nama yang meragui

S5

Bolehkah seseorang yang mempunyai kad pengenalan berstatus Penduduk Tetap (Merah) melabur dalam skim ASNB? Tidak. Skim ASNB hanya terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja. Seorang Penjaga Berdaftar juga perlulah seorang warganegara Malaysia dan bagi skim yang dikhaskan untuk Bumiputera, Penjaga Berdaftar perlulah seorang Bumiputera atau berstatus Minoriti.

S6

Sekiranya saya didapati tidak layak melabur, bagaimana dengan wang pelaburan saya? Sekiranya anda didapati tidak layak, wang pelaburan anda akan dihantar melalui cek dalam tempoh 30 hari dari tarikh pihak kami mendapati anda tidak layak. Surat akan dihantar melalui pos memaklumkan bahawa anda tidak layak melabur.

S7

Bagaimana caranya untuk saya melabur? Permohonan hendaklah dibuat secara terus ke Ibu Pejabat ASNB atau mana-mana Pejabat Cawangan ASNB. Sila rujuk Tatacara Urusniaga ASNB untuk senarai dokumen yang perlu dikemukakan. Satu surat pengesahan kelayakan akan dikeluarkan kepada pemohon yang layak dan dokumen tersebut boleh digunakan untuk membuka akaun. Sekiranya akaun pemegang unit pernah ditutup sebelum ini, sila kemukakan dokumen berikut bagi proses pendaftaran semula akaun: 1. 2. 3. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir atau Print-Out MyKad/MyKid Surat Kelayakan Melabur Borang Pendaftaran ASNB P1 dan wang pos bernilai berdasarkan unit permulaan bagi skim yang berkenaan atas nama Amanah Saham Nasional Berhad.

Nota : Pemohon boleh juga menghantar permohonan melalui Ejen ASNB dan pihak Ejen boleh menghantar permohonan tersebut kepada Ibu Pejabat ASNB. Namun begitu pihak Ejen tidak bertanggungjawab dalam menentukan kelayakan permohonan tersebut

KEHILANGAN BUKU PELABURAN UNIT AMANAH ASNB


S1 Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya kehilangan buku pelaburan? Anda perlu mengambil tindakan seperti berikut 1. 2. Melaporkan segera kehilangan tersebut di Pejabat-pejabat ASNB atau Ejen ASNB bagi tujuan pembekuan akaun Membuat permohonan buku gantian di Pejabat ASNB terdekat.

Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk senarai dokumen yang perlu dikemukakan. Buku pelaburan baru akan dikeluarkan serta-merta oleh Ibu Pejabat ASNB atau Pejabat-pejabat ASNB. Walau bagaimanapun, sekiranya baki pelaburan anda melebihi 5,000 unit; anda hanya boleh membuat urusniaga (jualan balik/simpanan) selepas 10 hari bekerja dari tarikh buku gantian anda dikeluarkan.

S2

Setelah membuat laporan kehilangan buku, saya telah menjumpai semula buku berkenaan. Apakah yang harus saya lakukan? Proses pelepasan dari status pembekuan akan dilakukan oleh Ibu Pejabat ASNB setelah menerima dokumen lengkap dari Pejabat ASNB Negeri atau ejen-ejen ASNB. Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk senarai dokumen yang perlu dikemukakan. Buku tersebut boleh digunakan setelah pelepasan dilakukan. Walau bagaimanapun, sekiranya buku gantian telah dikeluarkan; buku asal tersebut telah dibatalkan dan tidak lagi boleh digunakan.

PENUKARAN BUTIR-BUTIR PERIBADI


S1 Bagaimanakah caranya untuk saya mengemaskini maklumat-maklumat peribadi seperti nama, kad pengenalan dan alamat? Anda boleh mengemaskini rekod-rekod tersebut dimana-mana Pejabat ASNB/Ejen ASNB yang berhampiran. Proses pengemaskinian hanya akan dilakukan setelah menerima dokumen yang lengkap. Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk senarai dokumen yang perlu dikemukakan.

KEMUDAHAN PERBANKAN INTERNET


Anda kini mempunyai pilihan untuk menambah pelaburan ASNB secara dalam talian melalui:

http://www.maybank2u.com.my http://www.cimbclicks.com.my http://www.affinonline.com.my http://rhb.com.my

S1

Siapa boleh sertai kemudahan ini?

Semua pemegang unit ASNB & pengguna berdaftar M2U Pelaburan boleh dilakukan untuk akaun ASB pihak ketiga

Semua pemegang unit ASNB & pengguna berdaftar CIMB Clicks Pelaburan boleh dilakukan untuk akaun ASNB pihak ketiga

Semua pemegang unit ASNB & pengguna berdaftar affinOnline Pelaburan boleh dilakukan untuk akaun ASNB pihak ketiga

Semua pemegang unit ASNB & pengguna berdaftar RHBNow Pelaburan boleh dilakukan untuk akaun ASNB pihak ketiga

You might also like