P. 1
eksplorasi muzik

eksplorasi muzik

|Views: 2,170|Likes:
Published by Ng Huah Lin

More info:

Published by: Ng Huah Lin on Apr 07, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/20/2013

pdf

text

original

Muzik Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan adalah berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi

, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza, iaitu bunyi yang dikira sedap didengar oleh pendengarnya dan apa-apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan. Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang atau disiplin. Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik yang boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.

Eksplorasi Muzik   Terdapat tujuh unsur yang dikatogerikan dalam eksplorasi muzik. Antaranya ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Melodi Irama Harmoni Warna ton Tekstur Bentuk Ekspresi

Melodi Melodi merupakan salah satu asas dalam elemen muzik. Not dibunyikan dengan pic dan tempoh tertentu. Dengan menyambungkan not-not dalam satu siri, satu demi satu, melodi akan terhasil. Melodi ialah not-not yang dapat menarik perhatian pendengar untuk mendengar. Melodi adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not diubah. Dalam muzik, melodi juga alunan, suara, atau baris merupakan siri turutan yang menghidupkan keharmonian kod. Walau bagaimanapun, turutan tersebut haruslah berubah dan kelihatan sebagai satu entiti yang dipanggil melodi. Secara khususnya, ia merangkumi corak perubahan nada dan tempoh, manakala secara umumnya ia merangkumi sebarang corak perubahan peristiwa dan mutu. Melodi boleh dikatakan hasil yang terdapatnya perhubungan corak yang berubah mengikut masa. Perubahan adalah perlu bagi "difahami sebagai terhubung atau tak terhubung." Melodi sering mengandungi satu atau lebih frasa muzik, motif dan sering diulangi dalam lagu atau pelbagai bentuk lain. Melodi juga boleh diterangkan dengan dengan pergerakan melodi atau nada atau selang antara nada, jurang nada, ketegangan dan pelepasan, sambungan dan koheren, kadens, dan bentuk.

pic pada “ra” adalah lebih tinggi daripada pic pada “ne” Solfa: do re mi fah soh lah ti do‟ re‟. Pic Pic adalah bunyi yang rendah. pic akan menaik. . (a) Renj Dalam muzik. mungkin separuh langkah. Penyanyi perempuan dibahagikan kepada soprano dan alto. Ini telah menghasilkan bentuk garisan melodi. manakala renj tulisan (written range) merujuk kepada not-not yang dituliskan dalam helaian muzik. renj tulisan (written range). Melodi yang terdiri daripada pic yang sama membosankan pendengar. Terma-terma seperti renj suara (sounding range). Renj muzik juga dikenali sebagai jarak antara not terendah dan tertinggi. para penyanyi koir dikatogeri kepada kumpulan tertentu berdasarkan renj suara mereka. Pergerakan ton boleh berulang ke atas atau ke bawah. Renj dinamik (dynamic range) ialah perbezaan antara suara yang paling kecil dan suara yang paling besar sesuatu instrumen. pic terendah dan pic tertinggi adalah dikenali sebagai renj vokal. Dalam kumpulan koir. Turun dan naik ton menentukan pic. tenor dan bass. renj tempoh (duration range) dan renj dinamik (dynamic range) mempunyai makna yang sama.i. Contohnya. menurun atau mendatar. Renj suara (sounding range) merupakan pic yang dihasilkan oleh instrumen. sederhana atau tinggi. langkah penuh atau pun melompat. manakala penyanyi lelaki dikatogeri kepada tenor dan bass. Renj tempoh (duration range) ialah perbezaan antara irama terpendek dan irama terpanjang. mengikut langkah seperti anak tangga. renj alat muzik ialah pic terendah dan pic tertinggi yang boleh dibunyikan. Bagi suara nyanian. semasa menyanyi kan lagu Negaraku. alto. Berikut merupakan renj-renj suara soprano. Semasa melodi dimainkan.

di atas C tengah) Tenor Dari C3 (C yang terletak satu oktaf di bawah C tengah) hingga ke A4 (A di atas G tengah) Bass Dari E2(E yang terletak dua oktaf di bawah C Tengah) hingga ke E di atas C tengah. .Soprano Dari C tengah (C4) hingga ke A tinggi (A5) Alto Dari G3 (not G di bawah C tengah ) hingga ke F5 (F di oktaf kedua .

tessitura bagi lagu Chan Mali Chan ialah not G kerana terdapat sebanyak 26 not G dalam skor tersebut dan bilangan tersebut merupakan bilangan not yang paling banyak. tessitura merujuk kepada renj yang boleh diterima dan paling selesa dinyanyi oleh seseorang penyanyi atau insrtumen. atau renj yang membolehkan suara tersebut dikeluarkan dengan keadaan yang paling baik. Contohnya. Tessitura juda boleh didefinisikan sebagai pic renj yang paling kerap muncul dalam sesuatu skor muzik. .(b) Tessitura Dalam muzik.

tetapi identiti not tersebut tidak hilang. suara tersebut dikatakan ialah Unison. Jeda Semasa dua not dimainkan atau dinyanyikan. Contohnya. M6 Minor ketujuh. m6 Major keenam. M2 Minor ketiga. m2 Major kedua. P5 Minor keenam. sejelas seperti mendengar not tersebut satu demi satu. P8 Bilangan semiton 0 semiton 1 semiton 2 semiton 3 semiton 4 semiton 5 semiton 7 semiton 8 semiton 9 semiton 10 semiton 11 semiton 12 semiton . P4 Perfek kelima. M3 Perfek keempat. pendengar dapat mendengar not tersebut dengan serentak. Contohnya. m7 Major ketujuh. Apabila not yang sama dimainkan serentak oleh ledih daripada satu suara atau instrumen. Major M2 M3 * P4 P5 M6 M7 * Oktaf Do Minor Re m2 * Mi m3 Fa P4 So P5 * So La m6 Ti m7 Do Oktaf Do Re Mi Fa * = semiton La Ti Do Jenis jeda Unison Minor kedua.ii. Dua-dua not ini menjadi satu apabila dimainkan bersama. m3 Major ketiga. M7 Oktaf. Kombinasi suara ini ialah jeda.

Contohnya. dan hanya terdapat perbezaan yang sedikit antara not yang pertama dan seterusnya.iii. Kontur Kontur merupakan pergerakan lagu. Kontur disebut Disjunct (melodi melompat) atau Conjunct (melodi bertangga / mengikut langkah). . dan terdapat jarak jeda yang besar antara dua not. Gerak bertangga (conjunct motion) ialah melodi yang menaik dan menurun dengan perlahan. Gerak berlompat (disjunct motion) pula ialah melodi yang menaik dan menurun dengan cepat. Gambar 1 : Bentuk gerbang yang menunjukkan Kenaikkan dan penurunan pic dalam melodi.

Skel adalah koleksi pic yang disusun secara menaik atau menurun. Rangkai lagu Rangkai lagu ialah satu frasa lagu yang dinyanyikan senafas. . B. lagu “ NEGARAKU”. Pada sesebuah piano. Not –not yang terdapat dalam skel C major bermula dengan C (tengah). Penyanyi haruslah mengambil nafas dalam masa tertentu atau masa yang sesuai supaya tidak menggangu tempo lagu tersebut. D dan C (tengah). D. C (tinggi). D – E. ataupun di oktaf yang ledih tinggi dan lebih rendah. manakala C – D. B. B dan C (tinggi). G. Skel juga boleh dimainkan dengan menurun. E. F. Simbol “ „ ” dalam skor lagu memberikan perhatian kepada ahli muzik supaya dia mengambil nafas bagi membolehkan dia menyanyi rangkai lagu seterusnya dengan lancar. A. contohnya skel C major. Skel juga merujuk kepada satu siri not yang picnya menaik atau menurun dalam turutan.C adalah satu semiton. A. v. kami telah memainkan skel C major. contohnya. Skel Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu. Skel digunakan untuk menunjukkan bagaimana not – not muzik digunakan untuk membentukan melodi. Jika kami bermula main dengan not C dan key putih seterusnya hingga ke not C yang terletak di oktaf seterusnya. F – G. Pada skel C major. F. dan A – B adalah satu ton. Contohnya . terdapat 5 ton dan 2 semiton. terdapat kunci putih dan kunci hitam. Terdapat 8 not dalam setiap skel. G. G – A. E.iv. E – F.

not tonik sehingga oktaf mestilah disusun mengikut T.Skel Diatonik ( Diatonic scale ) Dalam teori muzik. Untuk membentuk skel major. skel diatonik mengandungi lapan not – not muzikal yang dijarakkan atau dipisahkan oleh ton dan semiton. . skel major dan minor merupakan skel diatonik. T ialah ton dan S ialah semiton. S. Skel major mengandungi tujuh not dan ditambah dengan not pertama ( tonic ) sebagai not ke lapan iaitu oktaf. Gambar 3 : Gambar di atas menunjukkan bilangan dan jenis kromat yang terdapat dalam setiap skel major. Skel major terbentuk daripada gabungan lima ton dan dua semiton. T. Skel diatonik terdiri daripada lima ton dan dua semiton. T. T. S. Skel Major Skel major adalah salah satu contoh skel diatonik.

T. ( T ialah ton dan S ialah semiton) Gambar 4 : Gambar di atas menunjukkan bilangan dan jenis kromat yang terdapat dalam setiap skel minor. Untuk membentuk skel minor. S. minor harmonik dan minor melodic. . S. Skel minot terdiri daripada minor natural. T. Skel minor mengandungi tujuh not dan ditambah dengan not pertama ( tonic ) sebagai not ke lapan iaitu oktaf. T.Skel Minor Skel minor juga merupakan salah satu contoh skel diatonik. Skel minor natural terbentuk daripada gabungan lima ton dua semiton. not tonik sehingga oktaf mestilah disusun mengikut T. T.

T. . T. T. S. Skel Minor Melodik Skel minor melodik terbentuk mengikut T. T. S. Tanda kromat Cuma dituliskan pada not yang perlu disyapkan atau difletkan sahaja.Skel Minor Harmonik Skel minor harmonik terbentuk mengikut sunsunan T. tanda kromat tidak dituliskan di depan baluk. T not keenam dan ketujuh dinaikkan sebanyak satu semiton apabila skel disusun secara menaik. T. T. S. not keenam dan ketujuh akan diturunkan sebanyak satu semiton apabila disusun secara menurun. S. T tetapi not ke tujuh dinaikkan sebanyak satu satu semitone. Contohnya: Dalam skel minor harmonik.

Tujuh muzik silabik yang biasa digunakan untuk latihan oleh Negara-negara barat ialah : do (doh dalam tonik solfa). la dan ti/si. Ti. Re. (nyanyi ikut melodinya) So so so so so fa mi so fa mi re Re la la la la la so la ti to ti la so So so so so so fa mi so fa mi re Re la la la la la so la ti to ti la so To to to to ti ti ti ti la la la la so la ti to ti la so Langkah-langkah mengajar lagu menggunakan solfa dengan isyarat tangan. Solfa Solfa merupakan teknik pengajaran untuk mengajar nyanyian semerta (sight singing). solfa merupakan satu teknik nyanyian menggunakan suku kata mengikut pic tertentu. Mi. b) Murid menyanyikan lagu berpandukan isyarat tangan guru. . Ini dilakukan secara baris demi baris. re. mi. sol(so dalam tonik solfa). fa. So. Dalam muzik. Setiap not dalam skor dinyanyi dengan muzik silabik. Do'. La. Fa. a) Pic dikenalkan dengan isyarat tangan berdasarkan lagu. Berikut merupakan contoh solfa bagi lagu Chan Mali Chan. Tangga solfa menaik mengikut turutan 1 oktaf ialah Do.vi.

meter corak irama. Rasa irama dapat dilatih melalui membaca notasi irama. tempo dan rentak. Sebelum memahami elemen-elemen ini. harmoni. nama not dan nilainya haruslah diketahui terlebih dahulu. Pengajaran irama Perancis terhadap anakanak juga penting kerana irama ini memudahkan anak-anak bertepuk dengan detik yang betul. Tujuan pengembangan konsep muzik pada anak adalah untuk mengembangkan konsep rasa irama. misalnya: guru menulis notasi irama di papan tulis atau menggunakan peta irama. kemudian anak berlatih bertepuk dan berhenti sesuai notasi (tepuk dan diam). Pengembangan konsep irama meliputi: detik. dan juga sebagai sesuatu faktor ekspresi melalui penggunaan tubuh dan berkenaan dengan instrument perkusi.Irama Irama merupakan kesatuan melodi yang tak terpisahkan dengan melodi. .

Pengajaran irama melalui tepuk tangan.fe . Not Semibrif Minim bertitik Minim Krocet Kuaver Semikuaver Irama Perancis Irama Perancis Ta a a a Ta a a Ta a Ta Ta – te Ta.fa– te.

(a) Detik Dalam muzik.try „tis of three. Of three I sing Land Setiap tanda “ ” menunjukkan detik. perkataan “ sing ” perlu dinyanyikan selama 3 detik.er ty. Sweet land of lib. Ada tempat yang detiknya lebih kuat dirasai dan ada tempat yang kurang kuat. detik boleh ditunjukkan melalui garisan masa (timeline). Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik. Dalam sesuatu muzik terdapat bunyi berkala iaitu bunyi yang tetap yang boleh ditepuk sepanjang muzik tersebut. detik adalah unit denyutan. Kadang-kadang detik adalah kuat dan mudah untuk dikesan terutamanya dalam muzik rock dan persembahan pancaragam. Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik. Detik yang kuat diistilahkan sebagai tekanan (accent). Detik ialah rentak yang konsisten. Detik Masa Dengan menyanyi lagu America : My coun. tetapi ia juga boleh menjadi lembut dan susah dikesan. Detik membahagikan muzik kepada unit masa. . Contohnya. kami sebenarnya tengah memberi responsi kepada muzik dan mengira detik. contohnya denyutan jantung. Hal ini demikian kerana pemain lagu rock dan pancaragam kerap menggunakan drum. Semasa kami menepuk tangan atau menghentak kaki dengan mengikut muzik. Bahagian detik yang kuat ini kadang-kadang ditanda dengan simbol > .

Detik yang dikuatkan atau ditekankan dikenali sebagai derap bawah (downbeat). Jika measure mempunyai 2 detik. My 1 Of 1 coun.er ty.try „tis 2 three 2 3 I 3 1 sing 1 2 2 of three. sesetengah detik dikuatkan dan ditekankan daripada yang lain. 1 2 3 3 Meter quadruple (quadruple meter) mempunyai 4 detik. lagu Mary had a little lamb. Contohnya lagu America.(a) Meter Dalam bidang muzik. Detik 1 meter ini ditekankan tetapi detik 3 juga dikuatkan sedikit. Organisasi detik dalam kumpulan ialah meter. Contohnya. Ma-ry had 1 2  a lit-tle lamb. Meter ini dikira dengan 1-2. 1-2-3-4. Dalam muzik. jadi meter ini ialah meter tigaan (triple meter). 1-2. Kumpulan yang mengandungi nombor detik yang tetap dikenali sebagai ukuran (measure). Jika measure mempunyai 3 detik. terdapat beberapa jenis meter. 3 Sweet land 1 2 of 3 lib. Meter ini dikira dengan 11-2-3-4. lit-tle lamb 1 2 1 2 1 2 Detik 1 ditekankan.1-2-3. lit-tle lamb. jadi meter ini ialah meter duaan (duple meter). Meter ini dikira dengan 1-2-3. Perkataan pertama contoh lagu dibawah ialah derap atas (upbeat): Mine eyes have seen the glo-ry of the 1 2 3 4 com-ing of the Lord. He is 1 2 3 4 .

manakala nombor di bahagian bawah merujuk kepada jenis not. Nombor 4 mewakili jenis not krocet. Jenis meter Ukuran meter Meter duaan (duple meter) Meter tigaan (triple meter) Meter quadruple (quadruple meter) Meter lazim 2 2 3 2 4 2 2 4 3 4 4 4 2 8 3 8 4 8 Meter tidak lazim 2 4 9 4 12 4 6 6 8 16 9 9 8 16 12 12 8 16 Dalam meter. Contohnya. iaitu meter lazim dan meter tidak lazim. .Meter dikategorikan kepada dua jenis. Ini kerana terdapat 4 krocet dalam satu semibrif. Nombor 2 membawa maksud bahawa terdapat 2 krocet dalam satu bar. 2. 2 4 1. nombor di bahagian atas merujuk kepada bilangan not. Carta di bawah menunjukkan jenis-jenis meter.

Carta berikut menunjukkan nombor-nombor yang mewakili jenis not.4 Meter 4 merupakan sukat lazim (common time). Nombor 2 4 8 16 Jenis not minim krocet kuaver semikuaver .

Semasa menulis corak irama. tripet. Antara elemen yang terkandung dalam corak irama ialah nilai not dan tanda rehat (tripet. pembahagian meter adalah penting sebagai panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agar menepati bilangan detik yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan. Nilai not dan tanda rehat (not breve.(b) Corak irama Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap (rehat) disusun menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata. titik bertanda pada not) (1) Nilai not Nama Carta Nilai Semibrif Minim Krocet Kuaver (2) Tanda rehat Name Not Rehat Nilai . sinkopasi serta anakrusis . titik bertanda pada not). tekanan.

.(3) Not bertitik Minim bertitik Krocet bertitik Kuaver bertitik (4) Triplet Setiap not boleh dibahagikan untuk menjadi triplet dalam bentuk ini. Triplet ini dimainkan dalam masa satu semibrif. Triplet ini dimainkan dalam masa satu krocet.

Triplet ini dimainkan dalam masa satu kuaver. Triplet ini dimainkan dalam masa satu krocet. Triplet ini dimainkan dalam masa satu semibrif.Triplet ini dimainkan dalam masa satu kuaver. Triplet ini dimainkan dalam masa satu minim. . Triplet ini dimainkan dalam masa satu minim.

Contoh kepada sinkopasi ialah kemunculan tekanan irama pada not yang biasanya tidak ditekankan. jazz. Sinkopasi telah digunakan dalam pelbagai jenis muzik dan merupakan asas muzik Afrika seperti ragtime. Menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan. irama meter tersebut dikatakan telah disinkopasikan. funk. jump blue.Tekanan dan sinkopasi Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama sering kali terdapat detik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan yang lebih daripada detik-detik lain. Contohnya. Simbol ^ dan > digunakan sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan. . rap dan lain-lain. Sinkopasi ialah gangguan dalam pengaliran irama. dalam meter tekanan biasanya dikenakan pada detik nombor genap. jika tekanan ditekan pada detik nombor bulat.

. Contohnya. can you see. dalam lagu Happy Birthday to You. say. by the dawn's ear ly light.Anakrusis Dalam muzik. Dalam lagu The Star Spangled Banner. . anakrusis ialah not atau urutan not yang mendahalui derap bawah pertama dalam bar. anakrusis dikenakan pada perkataan Happy manakala tekanan dikenakan pada perkataan Birthday. x / x x / x x / x x / Oh. perkataan Oh ialah anakrusis. .

lambat atau sederhana. Biasanya terma-terma ini boleh dilihat di pemulaan skor lagu. Tempa boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti Allegro. Sesetengah lagu boleh dicipta dalam tempo cepat. serius Lambat Sederhana lambat. Andante dan Moderato. Terma largo grave adagio andante moderato allegretto allegro vivace presto prestissimo Maksud Sangat lambat.(c) Tempo Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. luas Sangat lambat. Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk digit mengikut sukatan Metronome dan ditulis seperti berikut: Berikut merupakan makna terma-terma yang menunjukkan tempo. kadar jalan kaki Sederhana Sederhana cepat Cepat Meriah Sangat cepat Secepat yang boleh .

Beberapa contoh corak irama rentak tersebut adalah seperti berikut: . Masri . Sumazau dan Joget. Waltz.Asli. Inang. Corak irama rentak memberi identity kepada sesebuah lagu sebagai lagu Mac.(d) Rentak Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi lagu.

(e) Ostinato Ostinato ialah satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental berulang-ulang dalam sesebuah lagu lazimnya sebagai iringan dan harmoni. .

dan memberikan warna ton yang bijak (brilliant) dan tinggi (piercing) semasa dimainkan pada pic yang tinggi. sitar. gitar elektrik. kordiofon. kabasa dan angklung. Contohnya. Kualiti yang membezakan bunyi alat-alat ini adalah dikenali sebagai warna ton. Elektrofon adalah alat muzik yang suber bunyinya dari selaput atau membrane. kolintang. bongo. Perubahan pada warna ton menghasilkan kepelbagaian dan sebaliknya. soprano. Warna ton sesebuah instrumen adalah bergantung kepada renj yang dapat dimainkan. Contohnya. antaranya ialah idiofon. bass saxophone. Contohnya. tenor. Jika melodi tersebut dimainkan oleh trombon dan saxofon. drum. Instrumen yang mempunyai saiz yang berbeza menghasilkan renj dan warna ton yang berbeza. harmonika dan trombon. baritone. Contohnya. Idiofon adalah muzik yang sumber bunyinya berasal dari bahan dasarnya. Kordiafon adalah alat muzik yang sumber bunyinya berasal dari tali. dan piano elektrik.Warna Ton Kebanyakan orang dapat membezakan alat instrument seperti trompet dan flut walaupun alat-alat tersebut tengah memainkan ton yang sama. seruling. Kebanyakan instrumen mempunyai renj yang besar berbanding dengan suara. trompet. biola. gitar. warna ton melodi yang dihasilkan memberikan ekspresi yang lain. . Klarinet menghasilkan bunyi yang gelap (dark) dan kaya (rich) semasa dimainkan pada pic yang rendah. aerofon. Aerofon adalah alat muzik yang sumber bunyinya berasal dari hembusan udara. kibor. Contohnya. Contohnya. melodi yang sama akan memberikan kesan ekspresi yang berlainan. Instumen dikatakan menghasilkan warna ton lebih cepat daripada suara. alto. piano dan kecapi. bass. Contohnya. membranofon dan elektrofon. Terdapat lima jenis instrumen yang masing-masing menghasilkan warna ton yang berlainan semasa dimainkan. biasanya instruman ada 3-4 oktaf dan terdapat juga instrumen yang mempunyai 6-7 oktaf.

.Dalam koir. Warna ton suara kanak-kanak dan dewasa juga berbeza. Suara perempuan dikategorikan di bawah soprano dan alto. manakala lelaki dikategorikan di bawah tenor dan bass. Warna ton sesame jantina juga mempunyai perbezaan juga. Hal in demikian kerana warna ton ahli lelaki dan ahli perempuan adalah sangat berbeza. kanak-kanak boleh menyanyi pic yang lebih tinggi daripada orang dewasa. ahli koir dibahagi dalam kumpulan yang berbeza mengikut warna ton untuk menyanyikan renj yang yang lain.

polyfon. Tekstur sentiasa menerangkan ketumpatan. Jenis tekstur Monofon keterangan -tekstur garisan melodi yang tidak ditemani oleh melodi lain. -mempersembahkan garisan melodi oleh satu lebih daripada satu instrumen atau suara dikenali sebagai unison dan juga menghasilkan tekstur monofon.Tekstur Tekstur ialah adunan muzik. Contohnya. anda menghasilkan muzik monofon. -Jika anda seorang. iaitu monofon. Tekstur ialah kombinasi ciri melodi. maksudnya cuma Lagu Pop goes the Weasel menyanyi visual terdapat satu bunyi. Terdapat 3 jenis tekstur dalam muzik. dan homofon. ketebalan dan renj atau luas antara pic terendah dan pic tertinggi. . jadi tekstur menentu segala kualiti muzik. irama dan harmoni dalam muzik.

21 in Byang flat major (BWV 890) tekstur perhatian. dimensi dengan garisan saling memperkayakan satu sama lain. -dalam beberapa menyaing menambah dibandingkan melukis. . tetapi disokong dan diperkayakan oleh muzik latar Lagu If ye love me belakang. Homofon -melodi utama yang ditemani oleh kord menghasilkan tekstur homofon.Fugue No. -perhatian adalah fokus pada melodi. garisan untuk terdapat melodi Lagu Book 1 . melodi Setiap tekstur.Polyfon -persembahan garisan serentak yang dilakukan oleh dua atau lebih garisan melodi menghasilkan monofon.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->