You are on page 1of 32

ANALISIS PERBANDINGAN KURIKULUM LAMA ( KLSR ) DAN KURIKULUM BARU (KBSR) PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

Nurul Ikmal Izzati Bt Hanifha Nur Afirah Bt Asmar Nur Idayu Bt Mohd Nordin

KONSEP

KANDUNGAN

Antara skop perbandingan dalam KLSR & KBSR

MATLAMAT

FALSAFAH

KLSR

PENGENALAN DAN KONSEP


Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)

telah diperkenalkan di bawah Akta Pelajaran 1961 yang mana merupakan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) pendidikan Islam mula dilaksanakan sejak Negara mencapai kemerdekaan iaitu bermula pada tahun 1962.

Samb
Penumpuan pengajaran dan pembelajarannya lebih ke arah penyampaian maklumat dan ilmu tentang agama Islam daripada pencapaiannya dalam aspek amalan dan penghayatan Islam dalam kalangan murid murid
Kurikulum ini bercorak pendidikan umum yang

menitikberatkan hafazan dan hafalan fakta Kurikulumnya kurang menitikberatkan aspek aspek amali dan lebih berpusatkan guru semata mata

Samb
Berdasarkan penyata Razak 1956 dan

Penyata Rahman Talib 1960, Pendidikan Islam diajar di mana mana sekolah yang didaftarkan dan terdapat sekurang sekurangnya 15 orang murid yang beragama Islam ( education act, 1961), namun hasil perakuan Akta Pelajaran 1961, Pendidikan Islam diajar di sekolah sekolah bantuan penuh kerajaan.

Samb
Pada mulanya, ia diajar di luar jadual waktu

sekolah ( sekolah petang), sehingga pada tahun 1962, mata pelajaran Pendidikan Islam dimasukkan dalam jadual waktu rasmi sekolah. Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran adalah selama 120 minit dalam seminggu ( zainal Abidin Abd. Kadir, 1994)

FALSAFAH
memberi tumpuan kepada aspek

pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung. Aspek - aspek penting yang lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Guru hanya memberi dan menyampaikan pengetahuan asas tentang agama Islam kepada murid murid

Matlamat.
Menumpukan kepada penyampaian ilmu agama melebihi daripada penekanan aspek amalan dan

penghayatan dalam pembelajaran Cara penyampaian guru lebih bercorakkan untuk memberi ilmu dan maklumat sahaja seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran pelajar pelajar belajar Pendidikan Agama hanya untuk mengetahui dan lulus dalam peperiksaan sahaja, termasuklah peperiksaan awam di peringkat Sijil Rendah Pelajaran ( SRP)

Sukatan/Kandungan
Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dan dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah :

Sukatan Kurikulum Pendidikan Islam ketika

itu hanya menumpukan kepada perkara perkara asas seperti Feqah, Tauhid, Sejarah Islam dan Pengajaran daripada beberapa ayat AL-Quran dan Hadis yang dipilih ( Kementerian Pelajaran Malaysia 1980)

Samb.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)

yang dilaksanakan sebelum tahun 80- an dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Sukatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang dilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan.

Samb..
isi kandungannya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan.
Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid.

Samb.
Pengajaran dan pembelajaran

selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

KBSR

Pengenalan dan Konsep KBSR


Pada tahun 1982, KBSR telah dilaksanakan

secara percubaan di 305 buah sekolah di seluruh Malaysia. Pada tahun 1988, KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya, lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

Samb
Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan

pendidikan awal untuk memenuhi tuntutan fardu ain Selaras dengan konsep dan proses perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid murid ( JERI) Konsepnya menggunakan sukatan yang baru bagi menggantikan Sukatan Pelajaran Agama Islam Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Islam Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1977 dan dilaksanakan pada tahun 1983

Samb
Tumpuan utama pendidikan Islam sekolah

rendah ialah kepada bidang Asuhan Tilawah Al- quran, bidang asas Ulum Syariah dan Asas Akhlak Islamiah Bidang bidang ini merupakan fardu ain bagi setiap murid dan mereka wajib mempelajari, menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian

Matlamat..
Bagi melahirkan muslim yang berilmu,

beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan Al- Quran dan as-sunnah Memperkembangkan semua potensi insan ke arah menjadi seorang yang bertanggungjawab dan baik

Objektif..
Murid murid boleh mengenal huruf, baris

baris dan tanda bacaan dalam Al- quran Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al- quran daripada surah yang tertentu antara 30 juzuk Meyakini asas-asas keimanan terhadap Allah dan nabi Muhammad saw Mengerjakan amalan ibadat seperti bersuci, wudu solat dan puasa

Mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan

seharian Memahami dan mengambil pengajaran daripada sirah Rasulullah Supaya pelajar boleh menghayai ulisan jawi sebagai ulisan warisan budaya bangsa.

Falsafah.
Pendidikan Islam merupakan suatu usaha

berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As- Sunnah Tujuannya bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mepunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat

Kandungan
Islam ialah agama yang lengkap mencakupi

soal aqidah, ibadah, sirah Rasulullah saw dan akhlak islamiah. Kesemua pengetahuan tentangnya adalah bersumberkan Al- quran dan as-sunnah

Kandungan Pendidikan Islam

Asas Tilawah Al- quran

Asas Ulum Syariah

Asas Akhlak Islamiah

Akidah

Ibadah

sirah

Tilawah Al quran :

- mempelajari tajwid - membaca ayat Al- quran dengan betul, fasih dan tartil - membaca dan menghafaz surah surah dalam Al-quran, memahami pengertian dan menghayati pengajarannya

Akidah : membicarakan tentang keimanan

kepada Allah swt, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat, qada dan qadar Ibadah : menjelaskan tentang bersuci, berwudu solat dan puasa Sirah : membicarakan tentang Nabi Muhammad saw melalui kisah kisah yang boleh dijadikan pengajaran

Akhlak : merangkumi peraturan dan cara

hidup muslim dalam hubungannya dengan Allah, keluarga, masyarakat dan alam sekitar

Perbandingan Klsr & Kbsr

KELEMAHAN KLSR
Guru guru tidak terlatih dari segi kemahiran mahu pun pengetahuan tentang pendidikan Islam Pendekatan pengajaran yang digunakan lebih banyak berpusatkan guru berbanding murid Pengajaran & pembelajaran lebih menekankan aspek pengetahuan dan teori berbanding amalan & praktikal Sukatan pelajaran yang diajar tidak tersusun secara sistematik seperti pengulangan isi kandungan sukatan pelajaran ketika belajar

Kurikulumnya bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan dan hafalan fakta semata mata berbanding penghayatan
Waktu pembelajaran pendidikan Islam agak terhad iaitu 120 minit seminggu

KELEBIHAN KBSR
Guru guru lebih terlatih kerana mereka diberikan tunjuk ajar dan asas latihan untuk menjadi guru pendidikan Islam
Menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Sukatan pelajaran pendidikan Islam lebih menumpukan kepada bidang Asuhan Tilawah Al- quran, bidang asas Ulum Syariah dan Asas Akhlak Islamiah Sukatan kurikulum menjadi fardu ain bagi setiap murid dan mereka wajib mempelajari, menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian

Tidak menggunakan kaedah hafalan dan hafazan semata mata bahkan murid memahami dan menghayati ertinya
Jumlah waktu pembelajaran ditambah iaitu selama 180 minit seminggu

Rujukan
Pengajian Agama Islam & J-qaf, Metodologi

Dan Pedagogi Pendidikan Islam ( Ahmad Mohd Salleh) Falsafah Dan Sejarah Pendidikan Islam, Mohd Yusuf Ahmad http://atiqahali.blogspot.com/2010/04/bandin g-beza-psv-klsr-dengan-kbsr.html http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/ 11/kurikulum-baru-sekolah-rendah-kbsr.html

You might also like