ABSTRAK

Latihan industri dapat memberikan pendedahan kepada pelajar untuk memperolehi pengalaman suasana pekerjaan sebenar yang berkaitan dengan bidang kewangan serta dapat membentuk sikap positif dan bersedia terhadap alam pekerjaan. Pelajar juga dapat membina dan meningkatkan kemahiran professional dan pengetahuan yang berkait rapat dengan keperluan gunatenaga dan industri pada masa kini serta pelajar dapat mengetahui cara-cara aliran kewangan dalam sesebuah syarikat. Oleh itu, pelajar dapat membuat analisa kewangan apabila bekerja di syarikat lain pada suatu hari nanti.

Penghasilan laporan latihan industri ini dibuat berdasarkan fakta dan pengalaman yang dilalui semasa menjalani latihan industri ini serta semangat kerjasama dan penerangan serta tujuk ajar daripada kakitangan di sini. Selain itu, merujuk fail-fail kewangan syarikat juga dapat membantu untuk penghasilan laporan ini

Semasa menjalani latihan industri di Menara Teknik ini, saya telah diberi peluang oleh pihak pengurusan Menara Teknik untuk membantu dalam kerja-kerja membuka akaun pada setiap bulan, untuk membuat akaun haruslah berpandukan penyata bank. Selain itu, saya diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuat invois.

1

1.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Menara Teknik mula beroperasi pada 25 Mac 1997. Syarikat ini mempunyai pengkhususan dalam perkhidmatan perundingan kejuruteraan Elektrik dan Mekanikal. Syarikat ini mempunyai dua cawangan iaitu kejuruteraan mekanikal yang beroperasi di Seremban

manakala cawangan elektrik beroperasi di Melaka. Kedua-dua prinsipal Menara Teknik merupakan seorang jurutera professional dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini serta memenuhi piawaian JKR, keperluan pihak berkuasa tempatan serta undang -undang bangunan. Pengarah-pengarah dari Menara Teknik merupakan bekas-bekas Jurutera dari Jabatan Kerja Raya Elektrik dan Mekanikal (JKR). Mereka juga proaktif dan membenarkan perkhidmatan kerajaan untuk menyertai dalam persekutuan banggunan. Menara Teknik lebih berminat dalam rekaan ataupun lakaran, implementasi, penyeliaan dan pentauliahan dalam infrastruktur projek untuk elektrik dan komunikasi serta perkhidmatan bangunan. Mereka berhubung dengan pelanggan, jurutera-jurutera konsultan, arkitek-arkitek, kerajaan dan pihak berkuasa.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di sini adalah merekabentuk, implementasi, penyeliaan dan pentauliahan dalam infrastruktur projek untuk kerja-kerja elektrikal, mekanikal dan telekomunikasi. Selain itu, Menara Teknik menawarkan servis untuk rekaan atau lakaran. Perkhidmatan yang lain adalah penentuan spesifikasi, menyediakan lukisan untuk projek,

menyediakan dokumen-dokumen tender serta tender projek, pengurusan dan penyeliaan projek, pemeriksaan dan pengujian projek serta menyelia kontraktor melakukan pengujian di tapak projek dan pengurusan projek secara keseluruhan.

2

1.2 CARTA ORGANISASI MENARA TEKNIK

MENARA TEKNIK
PRINSIPAL (ELEKTRIK) Ir. SH. JA‟AFAR B. SH. ISMAIL

JURUTERA KANAN Umar Bin Sirun

JURUTERA Effendy Bin Muhamad

PENTADBIRAN & KEWANGAN 1 Sh. Firhan Bin Sh. Zakaria

PENYELIA KANAN Zakaria Bin Putih

PEMBANTU TEKNIK Hairul Faiz Bin Wahat

PENTADBIRAN & KEWANGAN 2 Nor Azdhar Bin Mat Johan

JURUTEKNIK Helmi Hakim Bin Leman

JURUTERA Mohd Najib Bin Mohd Yusof

PEMBANTU KHAS Shahira Akmal Bte Md Taha

PEMBANTU JURUTERA Mohd Ramzi Bin Mohd Sari

JURUTERA Muhammad Nursham Bin Sapee

3

Sdn.S. Ja‟afar Bin Sh. Ismail sebagai pengarah syarikat. Beliau dilahirkan pada 12 September 1962.   Skop Kerja Menjalankan. in Engineering (Hons)‟ pada Mei 1985 dari Universiti Southern Illinois. pembangunan. kawalan kerja. Beliau telah menamatkan pelajaran dalam bidang „B. penyelenggaraan. Mengambil bahagian atau membantu dalam pembinaan. Merekabentuk. awam&struktur. mekanikal dan elektrik servis untuk pembangunan Kolej Islam Melaka dan projek lain yang dijalankan oleh syarikat. pengukuran. b) 1 Januari 1997-31 Mei 2000 Jawatan Organisasi : Pengurus Projek : ICM Industries Corp. „Menyelia & Menyelenggara‟ a)  Skop Kerja Bertanggungjawab dalam mengurus perancangan bandar. Perunding dan Pengurusan Kontrak i. 4 . perbaikan.A dan telah mendapat kelulusan iktisas dari Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Profesional Berdaftar. melaksanakan dan memberikan servis perundingan kejuruteraan bahagian elektrik dan menyediakan khidmat nasihat untuk kerja-kerja kejuruteraan. Bhd. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang elektrikal dan telah bekerja dalam sektor swata dan sektor kerajaan. Antara pengalaman bekerja beliau ialah : a) 1 Jun 2000-2009 Jawatan Organisasi Pengkhususan : Rakan Kongsi (Elektrik) : Menara Teknik : Kejuruteraan Elektrik.Sc. operasi dan mengurus kerja-kerja elektrik. seni bina. U. Pengkhususan : Perancangan. Carbondale.Menara Teknik diterajui oleh Ir Sh.

penyelenggaraan & pengurusan fungsi khas. merekabentuk. d) 1 Januari 1990 -16 Januari 1994 Jawatan Organisasi : Jurutera Elektrik : Jabatan Kerja Raya. i) Skop Kerja  Bertanggungjawab untuk merekabentuk.31 Disember 1996 Jawatan Organisasi : Penolong Pengarah (Elektrik) : Jabatan Kerja Raya. Cawangan Melaka) Pengkhususan : Merekabentuk. Juga mengandungi semua persatuan dan pembangunan kerajaan negeri dalam pemasangan lampu jalan dan kerja-kerja infrastruktur. 5 . menyelia & menyelenggara. i) Skop Kerja  Bertanggungjawab dalam merekabentuk.c) 17 Januari 1994 . menyelia dan menyelanggara kerja-kerja pemasangan elektrik di bawah kuasa kehakiman dan JKR Melaka. Malaysia (Cawangan Melaka) Pengkhususan : Perancangan. Malaysia (Cawangan Kerja Tentera. menyelenggara dan mengurus fungsi khas dalam servis pemasangan elektrik dan dipercayai oleh JKR Melaka. penyeliaan.

Penyusunan dokumen tawaran dan dokumen kontrak. 6 . Di bawah merupakan skop-skop perkhidmatan yang ditawarkan oleh Menara Teknik. Kos awal bagi taksiran dan rekabentuk. i) Skop Kerja  Bertanggungjawab dalam merekabentuk dan menyelia pemasangan elektrik bagi projek-projek di bawah kementerian kediaman. perkhidmatan adalah berdasarkan kepada kehendak pelanggan (klien) dan ianya tidak hanya terbatas dengan perkara di bawah ini sahaja.e) 1 April 1985 . Namun demikian. d.3 BIDANG KERJA PERUNDING M&E. Kebiasaannya. Butir-butir rekabentuk dan pelan. Kuala Lumpur) Pengkhususan : Merekabentuk dan menyelia. Persiapan Projek a. perkara-perkara yang terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan bagi perunding M&E ialah: i. 1. Mencari tender baru dan tawaran tender. Di dalam melaksanakan sesebuah projek. c. penyelenggaraan bangunan mengikut system / perkhidmatan elektrik dan mekanikal perlulah diambil kira. b.31 Disember 1989 Jawatan Organisasi : Jurutera Elektrik : Jabatan Kerja Raya Malaysia (HQ Bahagian Elektrik.

ianya melibatkan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan lampu jalan (street lighting). a. b. b. Kerja-Kerja Elektrik: a. pengawasan kos dan penyelengaraan. Electrical Services. Penyelenggaraan tapak bangunan dan pengurusn kontrak. sistem perlindungan kilat.switch socket outlet). c. 7 . Telephone & IT Services. pendawaian. electrical equipment dan segala kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrikal. iv. a. Bahagian Infrastruktur – Untuk bahagian infrastruktur.Di dalam skop kerja-kerja elektrikal (di dalam bangunan) ianya merangkumi lighting works. lampu limpah (high mast). kerja-kerja kabel bekalan dan sistem CCTV. pemasangan power supply (s/s/o. Bantuan Bagi Kerja-Kerja Yang Dijalankan. Tugas-tugas penyelenggaraan.ii. lampu kawasan. Perlaksanaan Projek. pembumian. Jadual kerja. iii. PA (Public Address) & AV (Audio Visual)-ELV System a) Electrical Services Bahagian Dalaman projek . pemasangan switch board.

telefon pit serta kerja-kerja talian bawah tanah (underground).A System Public Address (PA) ialah sistem penyiaran pengguna contohnya TV. JB30. i) P. ii) AV System Sistem ini pula melibatkan kerja-kerja pendawaian & pemasangan AV seperti sistem projektor complete with LCD projektor. 8 . joint box. box apeaker. Bahagian Infrastruktur – Bagi bahagian infrastruktur pula. Di dalam skop ini. risers ducts. pemasangan telefon. SDF. point IT. telephone & IT services melibatkan kerja-kerja Telekom mainhole. JC9C. volume control. JC9. screen motorize dan sebagainya. DP – distribution point. distribution box dan sebagainya. PA juga melibatkan sistem MATV (Multiple Access Televisyen).b) Telephone & IT Services Bahagian Dalaman projek – Telephone services melibatkan kerja-kerja pendawaian kabel telefon. c) PA (Public Address) & AV (Audio Visual)-ELV System. speaker point. Manakala untuk skop kerja IT ianya melibatkan pemasangan peralatan IT. Key telephone system. ianya melibatkan kerja-kerja pendawaian. system open conference iaitu sistem yang biasa digunakan di dalam bilik mesyuarat. equipment installation seperti speaker.

perunding akan dilantik oleh klien atau pemilik.4 SKOP PERLAKSANAAN PROJEK 1.2 KONVENSIONAL Di dalam sistem konvensional. 9 .1. Perlantikan dibuat sama ada secara terus atau melalui pemilik. Dalam sistem konvensional terdapat kontraktor utama dan sub-kontraktor yang akan dilantik selepas berjaya memenangi tender yang telah di sediakan oleh pihak perunding.4. PAKEJ 1.1 INDUSTRI PEMBINAAN INDUSTRI PEMBINAAN KONVENSIONAL REKA & BINA Pembahagian untuk industri pembinaan. Kontraktor akan bekerja di bawah arahan perunding dan segala kerja-kerja yang akan dijalankan oleh pihak kontraktor perlulah mengikut spesifikasi yang telah dikeluarkan oleh pihak perunding.4.

tender akan disediakan oleh klien.4 REKA DAN BINA Design & Build pula ialah “Reka dan Bina”.1.5 PROSES PERLAKSANAAN PROJEK PROJEK A KLIEN PERUNDING KONTRAKTOR UTAMA Carta alir untuk proses pelaksanaan projek.4.3 PAKEJ Di dalam sistem pakej ianya sama dengan sistem konvensional. Dalam sistem ini. 1. cuma terdapat sedikit perbezaan di mana sub-kontraktor tidak terlibat dalam sistem ini. manakala kontraktor utama ini akan melantik „team‟nya sendiri yang terdiri daripada pihak perunding serta sub-kontraktor.4. Sub-kontraktor akan dilantik sendiri oleh kontraktor utama dan perlantikan dibuat tanpa melalui proses-proses perebutan tender. 1. Di sini. 10 . pihak klien akan melantik kontraktor utama.

2 PERUNDING Perunding pula merupakan salah satu pihak penting yang terlibat di dalam industri pembinaan dan mempunyai kerja-kerja yang berbeza antara satu sama lain.5.5.5.3 KONTRAKTOR Kontraktor pula ialah pihak yang menjalankan kerja-kerja pembinaan dalam menyiapkan sesuatu projek seperti membina bangunan. 1. ii. 11 . Antara kelas-kelas kontraktor yang terlibat adalah seperti berikut : i. Kebiasaannya perunding teridri daripada beberapa pihak berkumpulan iaitu : a) Arkitek b) C&S (Civil&Structure) c) M&E (Mechanical&Electrical) d) QS (Quantity Surveyer) e) Perancang Bandar (Kategori Sampingan) f) Jurukur Tanah (Kategori Sampingan) 1.1. Klien merupakan pihak empunya projek/ pembiaya projek ataupun dengan kata lain pemilik bagi sesuatu projek yang hendak dijalankan.Melaksanakan projek bernilai RM 5 juta hingga RM 9 juta. Kontraktor Kelas A – Melaksanakan projek bernilai RM 9 juta ke atas Kontraktor Kelas B . struktur dan sebagainya.1 KLIEN Klien merupakan salah satu pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan.

vi. v.Melaksanakan projek bernilai RM 200 ribu ke bawah.Melaksanakan projek bernilai RM 1 juta hingga RM 3 juta. 1.6 LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN PROJEK PROJEK A Cadangan Rekabentuk Anggaran Harga BQ . Kontraktor Kelas D .iii. Kontraktor Kelas E . Kontraktor Kelas C . Kontraktor Kelas F . iv.Melaksanakan projek bernilai RM 1 juta ke bawah.Melaksanakan projek bernilai RM 3 juta hingga RM 5 juta.Bill of Quantity (Jumlah Kuantiti) Dokumen Tender Persetujuan Kontrak Lukisan Kontrak Lukisan Pembinaan Lukisan Perubahan Lukisan Terpasang 12 .

JC9. telephone & IT systems seperti distribution point. Telephone systems pula seperti JC9C. arkitek menyerahkan suatu lukisan kepada pihak perunding seterusnya setelah perunding itu membuat design untuk elektrikal & mekanikal . jenis kipas. Contohnya.1 CADANGAN REKABENTUK Pada peringkat permulaan projek pembangunan. langkah pertama yang harus dilakukan oleh pihak perunding ialah mencadangkan design kepada pihak klien. penanaman kabel bawah tanah. air-conditioner systems. electrical parts melibatkan lampu kawasan.1. Di dalam bahagian infrastruktur pula.6. 13 . Selain daripada lighting installation. terlebih dahulu diterima daripada arkitek. apakah kesesuaian lampu mengikut kawasan. perunding perlu juga membuat design untuk mechnical parts seperti fire fighting systems. Lukisan ini yang akan diserahkan kepada klien. Design ini penting kerana pihak klien akan membuat anggaran harga (estimate) bagi projek yang akan dilaksanakan. kabel bawah tanah dan sebagainya. jenis switch socket outlet. heater point. cold water plumbing system dan sebagainya. Cadangan rekabentuk di sini bermaksud pihak perunding perlu menghasilkan suatu lukisan (lukisan mengenai bidang elektrik / mekanikal) kepada pihak klien. berapa jumlah bilangan lampu untuk keseluruhan projek. Dengan kata lain. barulah ianya dihantar kepada kilen untuk dipersetujuinya. jenis kabel. saiz kabel dan sebagainya. untuk dipersetujui. lampu. riser ducts dan sebagainya. kipas pelawas yang akan digunakan.

Menunjukkan ketidakcekapan kakitangan tersebut dan seterusnya jabatan atau kementerian itu. Pegawai Penguasa (S.6.1. Kadaran harga untuk electrical parts akan dibuat untuk menentukan kos untuk kerjakerja electrical & mechanical. 1.Peruntukan tidak mencukupi dan kerugian bagi syarikat atau pihak yang menjalankan kerja-kerja tersebut (b) Perbelanjaan yang tinggi ( Overdesign atau Overestimate ) . Dengan itu anggaran harga diperlukan pada peringkat awal kerja atau projek untuk pengetahuan semua pihak yang terlibat ( Juru Ukur Bahan.2 ANGGARAN HARGA Kerja-kerja anggaran mengenai kadaran harga (estimate) dilakukan pada peringkat cadangan. . jabatan pengguna dan sebagainya ) bagi penyedian peruntukan kerja-kerja atau projek tersebut.1 KEPENTINGAN MEMBUAT ANGGARAN Kepentingan membuat anggaran adalah untuk memastikan bahawa peruntukan yang akan diterima mencukupi sebelum kerja-kerja tersebut dijalankan.O.6.2. Anggaran harga yang salah atau terlalu tinggi boleh menyebabkan :- (a) Projek tergendala dan seterusnya terhenti.). 14 .

bilangan dan jenis lampu-lampu. Cth:. Bagi bangunan-bangunan ( Non-Standard ) anggaran awal boleh didapati atau dibuat dengan menyediakan lukisan ( Sketch ) rekabentuk elektrik dengan mengetahui jenis sistem pendawaian yang akan digunakan. bilangan mata-mata kuasa ( suis soket alir keluar ) dan sebagainya.„Bangunan Piawai‟ bagi sekolah-sekolah. Harga anggaran ini boleh dibuat dengan merujuk kepada harga dari projek-projek atau kerja-kerja yang telah dibuat terdahulu. dan sebagainya dengan menambah ( Contingency Sum ) antara 10% hingga 20%.Kerugian bagi pihak syarikat atau swasta. 15 . kerana harga yang mereka tawarkan tinggi dibandingkan dengan tawaran dari pihak lain maka tawaran mereka tidak diterima. pejabat kerajaan. iaitu selepas lukisanlukisan bangunan yang diterima dari pihak arkitek atau pegawai persediaan (Prelimentary As Tendered Detail Abstract (ATDA) bagi tujuan peruntukan ke pihak pengguna jabatan atau bangunan tersebut. Anggaran harga boleh dibahagikan kepada dua bahagian :a) Anggaran awal b) Anggaran akhir a) ANGGARAN AWAL Anggaran awal ini boleh dianggap sebagai anggaran kasar sahaja.

maklumat projek dan borang kontrak yang masih kosong. spesifikasi. lukisan tender.4 DOKUMEN TENDER Dokumen tender dibuat untuk dijual kepada kontraktor yang ingin melobi harga untuk merebut sesuatu projek. 1. pada peringkat ini cara panggilan kerja telah diketahui. Kadar Harga disediakan dan diisikan oleh kontraktor dalam membuat sebutharga atau tawaran. 1. 16 . Kemudiannya BQ ini akan disertakan bersama-sama dengan tender dokumen untuk diisi/dipenuhkan oleh kontraktor utama yang berminat untuk melobi projek yang akan dilaksanakan. Di dalam dokumen tender terdapat BQ.6. Ini adalah untuk mendapatkan kontraktor utama yang terbaik dari segi harga tawarannya serta pengalaman yang luas bagi kontraktor itu sendiri. Terdapat pelbagai cara untuk memanggil tender seperti: Tender secara rundingan – Rundingan akan dibuat secara terus antara klien dengan kontraktor di mana kontraktor berkenaan sepakat untuk melaksanakan projek berkenaan sehingga siap di bawah harga yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.3 JUMLAH KUANTITI/BQ-BILL OF QUANTITY ) Peringkat ketiga bagi sistem perlaksanaan projek adalah menyediakan Bill of Quantity (BQ). Bagi anggaran untuk sebutharga atau tawaran harga tersebut hendaklah berpandukan kepada harga-harga terbaru barang pada masa itu merujuk dari harga barang dalam sebutharga atau tawaran yang baru (terbaru) dan juga harga dari pihak pembekal barang-barang tersebut. BQ dibuat setelah keseluruhan anggaran dilakukan.b) ANGGARAN AKHIR Anggaran ini adalah anggaran yang terakhir di mana anggaran dibuat ke atas sesuatu projek.6.

Kebiasaannya tender yang diiklankan ini adalah tender untuk projek kerajaan. Tender secara selektif – pemanggilan tender secara selektif ialah klien akan memilih kontraktor yang terbaik untuk melaksanakan projek berkenaan. serta borang kontrak yang telah diisi/ ditandatangani oleh kontraktor. kontraktor perlu berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). 17 . Dengan adanya perjanjian kontrak ini. Untuk melaksanakan projek kerajaan pula. pihak kontraktor adalah terikat dengan segala perjanjian yang telah dipersetujui olehnya. pihak kontraktor juga perlulah berdaftar dengan Contruction Industrial Development Board (CIDB). BQ. Ini adalah penting kerana ianya adalah bukti yang mana pihak kontraktor sedia menerima projek ini dan juga bersedia untuk menyiapkan projek berkenaan. Setelah perlantikan dibuat oleh klien (di bawah pengesyoran perunding) maka kontraktor yang layak dan terbaik sahaja akan dilantik.  Tender secara iklan – cara ini dilakukan dengan mengiklankan tender di dalam akhbar tertentu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Di dalam perjanjian ini satu dokumen kontrak disediakan.6. Antara maklumat di dalam contract document adalah contract drawing. Namun demikian. Segala dokumen di dalam perjanjian ini perlu ditandatangani oleh kontraktor utama. Kemudiannya surat perlantikan akan dikeluarkan (Letter of Acceptance). 1. Pemilihan ini bergantung kepada 2 faktor seperti yang diterangkan di atas iaitu dari segi harga tawaran dan juga pengalaman pihak kontraktor tersebut.5 DOKUMEN KONTRAK Dokumen Kontrak (Contract Document) merupakan suatu perjanjian oleh pihak kontraktor kepada pihak klien. spesifikasi.

dengan ini lukisan 18 . kontrak itu hendaklah dibuat di atas nama kerajaan dan ditandatangani hanya oleh pegawai yang diberi kuasa di bawah Ordinan Kontrak Kerajaan. 1.9 LUKISAN PERUBAHAN Lukisan Perubahan merupakan lukisan perubahan daripada kontraktor. 1. 1.1. Perubahan di sini bermaksud.8 LUKISAN PEMBINAAN Lukisan Pembinaan merupakan lukisan yang akan diserahkan kepada kontraktor untuk dibuat rujukan untuk kerja-kerja pembinaan projek. pihak kontraktor ingin membuat penambahan untuk kerja-kerja binaan seperti membuat bilik tandas.6.6. Sebagainya contoh.6 MENANDATANGANI KONTRAK Jika didapati perlu atau lebih sesuai mengadakan suatu kontrak formal. sekiranya terdapat penambahan ataupun pengurangan di dalam kerja-kerja binaan. Seperti yang dinyatakan di dalam peringkat cadangan rekabentuk. kerja-kerja design untuk electrical parts akan dibuat kemudiannya akan diserahkan kepada kontraktor. Segala lukisan di dalam lukisan kontrak ini perlu sama dengan maklumat yang ada di dalam Dokumen Kontrak. Di sini kontraktor akan mengikut segala spesifikasi-spesifikasi serta requirements yang terkandung di dalam lukisan pembinaan.6.6. maka lukisan perubahan akan dikeluarkan.7 LUKISAN KONTRAK Lukisan Kontrak merupakan lukisan yang terkandung di dalam perjanjian kontrak.

( INTAN ) Cadangan membina dan menyiapkan Hotel Seri Malaysia di Sebahagian Lot PT 12332. Melaka Tengah.6. Cadangan Merekabentuk.11 PROJEK DIJALANKAN SYARIKAT Menara Teknik telah terlibat dalam kerja-kerja perkhidmatan perunding kejuruteraan elektrik dan mekanikal. 19 . Lukisan terpasang ini kemudiannya akan di serahkan kepada perunding dan juga klien. Daerah Alor Gajah. Namun kebiasaannya lukisan perubahan ini jarang dikeluarkan kerna pihak kontraktor akan mengikut segala kandungan di dalam lukisan pembinaan. ( INTAN ) Projek Kompleks IPK Polis. Melaka. Menyiapkan. 1.perubahan akan dikeluarkan oleh kontraktor.10 LUKISAN TERPASANG Peringkat terakhir untuk skop perlaksanaan projek adalah penghasilan lukisan terpasang oleh pihak kontraktor. Lukisan perubahan ini akan diserahkan oleh kontraktor kepada pihak perunding untuk disahkan. Melaka. ( IPK ) Cadangan Membina dan Menyiapkan pejabat / Akademik dan Pentadbiran Intan. Antara projek-projek tersebut adalah seperti berikut :     Cadangan Membina dan Menyiapkan pejabat / Akademik dan Pentadbiran Intan Kampus / Wilayah Selatan Johor. Mukim Bukit Katil. menguji dan pengesahan Projek Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di Mukim Durian Tunggal. Lukisan terpasang merupakan lukisan untuk keseluruhan projek sepertimana yang telah siap dibangunkan oleh kontraktor. Kampus / Wilayah Selatan Johor. 1.6. Membina. Bukit Katil . Banyak projek yang telah dikendalikan dengan baik dan telah dibangunkan.

di Mukim Cheng . KB V11 . Daerah Melaka Tengah. Cadangan Membina Sebuah Kompleks 5 Tingkat Yang Mengandungi 3 Tingkat Ruang Perniagaan Dan 2 Tingkat Tempat Letak Kereta Dengan Tempat Letak Kereta Terbuka Diatas Lot 897 .  Cadangan Merekabentuk. 20 . Membina dan Menyiapkan Projek Sekolah Tanjung Minyak. Bandar Melaka Tengah . (Tourist Mall). Melaka.

Tetapi ada juga masalah yang dihadapi oleh syarikat Menara Teknik. Masalah syarikat yang ketiga adalah masalah dengan pihak JKR. Menjadi sukar membuat tuntutan apabila syarikat melambatkan membuat tuntutan. Syarikat terpaksa menanggung rugi dengan menyiapkan dokumen tender sebanyak 5 set itu.00 sahaja. Syarikat Menara Teknik telah mendapat tender pada tahun 2010 dari luar negeri. Apabila jurutera telah menyiapkan dokumen tender sebanyak 5 set untuk dijualkan kepada kontraktor lain. Masalah syarikat yang kedua pula adalah melambatkan membuat tuntutan perjalanan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Pihak JKR tidak dapat menerima dokumen tersebut kerana syarikat ingin menjual dokumen tersebut pada harga RM30. Disebabkan lambat membuat tuntutan pembayaran. ini telah merugikan syarikat yang telah menyiapkan dokumen tersebut. setelah setahun projek siap baru hendak membuat tuntutan dan sukar untuk staf mencari bahan lampiran. pihak JKR telah menjual dokumen itu dengan sendiri pada harga yang lebih rendah iaitu dengan harga RM10. pihak JKR tidak dapat menerima dokumen tersebut dan syarikat tidak boleh menjual dokumen tersebut. Jurutera-jurutera syarikat boleh membuat tuntutan perjalanan kepada syarikat dan syarikat akan membuat tuntutan kepada pihak JKR. Ini masalah yang amat dikesali dan staf-staf syarikat perlulah mengambil iktibar. Dengan itu. oleh itu jurutera-jurutera syarikat perlu menghadiri mesyuarat di luar negeri. pihak kontraktor juga melambatkan pembayarannya. Setelah siap projek yang dilaksanakan sepatutnya syarikat perlulah segera membuat tuntutan pembayaran supaya syarikat mendapat untung. 21 .00.PENYATAAN MASALAH ORGANISASI Semasa saya menjalankan latihan industri di syarikat Menara Teknik saya telah banyak belajar tentang sistem kewangan di syarikat tersebut. antaranya adalah lambat membuat tuntutan pembayaran daripada kontraktor.

jurutera-jurutera terpaksa menghantar sendiri surat-surat yang telah dibuat.Masalah yang terakhir yang saya dapati semasa menjalani latihan industri di Menara Teknik adalah tiadanya penghantar surat. Dengan tiadanya penghantar surat. Setiap hari ada sahaja surat yang perlu dibuat oleh jurutera-jurutera syarikat dan perlu dihantar ke pejabat pos. 22 . ini menyusahkan jurutera-jurutera untuk menghantar surat.

Mendedahkan kepada pelajar suasana pekerjaan yang sebenar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenarnya. Setelah menjalani latihan industri.OBJEKTIF LAPORAN Setelah menjalankan latihan industri ada beberapa objektif laporan latihan industri yang saya dapati. Ini dapat membantu pelajar untuk mempraktikan apa yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah pada kehidupan yang sebenar. Memberi gambaran mengenai kegiatan gerak kerja yang dilakukan oleh pelatih dan seterusnya peranan jabatan atau firma tersebut. 23 . Sebagai gambaran awal dan rujukan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri. d. c. pelajar akan lebih yakin dan mengetahui pesekitaran kerja yang sebenar. antara objektif laporan latihan industri adalah seperti berikut: a. e. Pendedahan awal seperti menjalani latihan industri dapat memantapkan jati diri pelajar. Dengan cara ini akan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri. f. b. selain dapat memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka sehingga tamat dan memperolehi sijil atau diploma. Sebagai buku untuk mengumpulkan semua laporan latihan industri semasa menjalani latihan industri. Menerangkan dengan lebih jelas kerja yang dibuat berdasarkan buku laporan harian pelatih.

3. Mengaburkan tanggungjawab bagi tugas keseluruhan. 3. 1. Syarikat tempatan. 2. Perubahan teknologi dan peraturan undang-undang 24 . Meningkatnya daya saing di antara syarikat-syarikat lain. Peluang besar dalam negeri cukup besar. Opportunities (peluang) Threats (ancaman) 1. Syarikat terkenal diserata negari. 1. 4. Staf-staf kurang motivasi 2. Tanggapan kualiti perkhidmatan. Bangunan yang kecil 3.ANALISIS SWOT Strengths (kekuatan) Weaknesses (kelemahan) 1. Modal tinggi akibat situasi ekonomi yang kurang menguntungkan. 2. mendapat sokongan kerajaan 2. Pengurusan yang komited dan yakin 3. Sumber kewangan yang kukuh. Kemudahan tempat yang baik.

25 . Menara Teknik mempunyai pengurusan yang komited dan yakin. ini memberi peluang untuk mengembangkan lagi perkhidmatan syarikat. Dengan bangunan yang kecil akan menyukarkan jurutera-jurutera syarikat untuk bergerak dan membuat kerja. Menara Teknik mendapat sokongan kerajaan tempatan. kadangkala staf-staf syarikat datang lambat ke pejabat dan tidak memakai pakaian yang sesuai ke pejabat. apabila arkitek mengalami kekurangan modal ini menyukarkan syarikat untuk mendapat projek. Weaknesses (kelemahan) Selain kekuatan yang ada di Menara Teknik. dengan adanya projek-projek untuk dilakukan syarikat dapat sumber keuntungan. Threats (ancaman) Ancaman yang dihadapi oleh Menara Teknik adalah modal tinggi akibat situasi ekonomi yang kurang menguntungkan. JKR sering juga membantu Menara Teknik dalam mengendali projek. Opportunities (peluang) Peluang yang ada pada syarikat adalah. Ancaman yang seterusnya adalah meningkatnya daya saing diantara syarikat-syarikat lain dan perubahan teknologi dan peraturan undang-undang. peluang besar dalam negari cukup besar. Menara Teknik telah terkenal diserata negari.Strengths (kekuatan) Syarikat Menara Teknik mempunyai kekuatan seperti sumber kewangan yang kukuh. kadangkala jurutera-jurutera syarikat tidak mengetahui tugas yang mereka harus lakukan. Semua jurutea-jurutera syarikat menjalankan tugas dengan baik dan mengikut kesemua peraturan syarikat. Di Menara Teknik ada kemudahan yang baik. semua kemudahan ada untuk memudahkan jurutera-jurutera syarikat untuk membuat kerja. Antara kelemahan yang ada adalah bangunan Menara Teknik yang kecil. Mengaburkan tanggungjawab bagi tugas keseluruhan. ada juga kelemahannya. banyak arkitek-arkitek dalam negeri sudah mengenali Menara Teknik dan ini sungguh membanggakan syarikat. Staf-staf syarikat kurang motivasi.

3. Mengetahui kelebihan syarikat yang bersaing dan memberi motivasi yang lebih kapada staf syarikat. 1. 4. Bangunan yang kecil 2. Perubahan teknologi dan peraturan undang-undang 3. Syarikat terkenal diserata negari. 2. kewangan yang Weaknesses (kelemahan) 1. Membentuk semula kemudahan dengan kerajaan tempatan dan bantuan. Meningkatnya daya saing di antara syarikat-syarikat lain. 1. 2. Opportunities (peluang) 1. tempat yang 3. Strategi WT Meningkatkan modal untuk menbangunkan bangunan yang lebih besar. Peluang besar dalam negeri cukup besar. Sumber kukuh. Mengaburkan tanggungjawab bagi tugas keseluruhan. 2. Modal tinggi akibat situasi ekonomi yang kurang 2. 3. Strategi ST Pemulihan kos perkhidmatan dengan bayaran perkhidmatan. 2. 1. Tanggapan kualiti perkhidmatan. Threats (ancaman) 1. Kemudahan baik. 26 . 2. Syarikat mendapat sokongan kerajaan tempatan.Swot Matrik Strengths (kekuatan) 1. Meningkatkan teknologi untuk kesenangan staf membuat tugas yang diberi. Bangunkan dan menyampaikan perkhidmatan khusus di satu asas yang dikehendaki. menguntungkan. Pengurusan yang komited dan yakin 3. Staf-staf kurang motivasi 2. 3. 1. Strategi SO Membiayai sebuah pasukan petugas untuk potensi peluang identiti akibat perubahan dalam perundangan Latihan pekerja dalam teknik interaktif peningkatan kualiti. Pembayaran insentifinsentif kepada kakitangan berdasarkan prestasi. Startegi WO Tingkatkan perkhidmatan dan melabur dalam sebuah rancangan pemasaran.

Untuk mengurangkan masalah saya memikirkan beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah yang ada di Menara Teknik. jika tiada pelajar praktikal di syarikat jurutera-jurutera itu sendiri yang perlu menghantarkan surat. Cadangan yang kedua adalah. Ini akan menarik minat arkitek-arkitek untuk memberi projek kepada Menara Teknik. saya cadangkan staf-staf sepatutnya pergi ke kem motivasi untuk mempertingkatkan lagi mutu kerjaya yang yang dihadapi.PENYELESAIAN MASALAH Setiap syarikat tidak lari dari menghadapi masalah. Menara Teknik juga menghadapi masalah dalam menjalankan perkhidmatan mereka dalam perundingan elektrikal dan mekanikal. 27 . Menara Teknik perlulah ada penghantar surat supaya syarikat senang untuk menghantar surat kemana-mana. Pada pengetahuan saya. Cadangan ketiga adalah. tidak semestinya itu cukup untuk memperkembangkan lagi syarikat. dengan ini staf-staf dapat mengurangkan stress di pejabat. Ini menyusahkan jurutera-jurutera syarikat. membesarkan bangunan Menara Teknik supaya syarikat boleh menambah kakitangan syarikat. syarikat perlulah membuat jadual projek yang mereka perlu kendalikan kepada staf-staf supaya mereka tidak ketinggalan dengan projek yang dijalankan. Menara Teknik mengharapkan pelajar praktikal yang menghantar surat-surat yang dibuat. Walaupun Menara Teknik mempunyai cawangan di Seremban. Cadangan saya yang terakhir adalah. syarikat utama di Melaka perlulah dibesarkan lagi. Cadangan yang pertama adalah. Syarikat juga perlu mengemaskini tuntutan perjalanan yang belum dibuat supaya senang untuk mendapatkan tuntutan daripada pihak JKR.

Pihak kolej hendaklah memanjangkan lagi tempoh latihan industri yang sediada. Antara cadangan-cadangan tersebut ialah: 1. Melalui pemanjangan tempoh latihan industri ini dapat memberi impak yang amat besar terutamanya kepada pelajar dalam menempuhi alam pekerjaan yang sebenar yang akan dilalui tidak lama lagi.CADANGAN TERHADAP LATIHAN INDUSTRI Terdapat beberapa cadangan dan pandangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak Kolej dan juga pihak industri dalam menigkatkan lagi keberkesanan latihan industri kepada pelajar-pelajar yang akan mengambilnya pada masa akan datang. Ini menyukarkan pelajar untuk berinteraksi dan 28 . Pihak industri hendaklah menyediakan jadual perancangan latihan yang khusus untuk pelajar praktikal. 3. Dengan adanya jadual ini dapat memastikan pelajar sentiasa mempelajari sesuatu yang baru setiap hari atau minggu dan memastikan pelajar sentiasa mempunyai kerja di sepanjang latihan industri tersebut. Ini kerana tempoh latihan selama 2 bulan ini terlalu singkat dan secara tidak langsung menyebabkan pelajar yang menjalani latihan industri ini kurang mendapat pendedahan kepada industri yang diceburi dan tidak dapat belajar banyak perkara yang sepatutnya dipelajari semasa latihan tersebut. Selain daripada itu. Ini kerana kadangkala pelajar tidak dapat bimbingan daripada penyelia industri disebabkan beliau terlalu sibuk dengan tugasan beliau dan selalu tiada di pejabat. Pihak industri haruslah menyediakan satu bahagian atau organisasi yang khusus untuk mengendalikan dan menguruskan pelajar praktikal. melalui pemanjangan tempoh latihan ini juga dapat memberikan pengalaman bekerja yang lebih kepada para pelajar dan meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan pelajar terhadap bidang yang diceburi. 2. Selain dariapada itu ia juga dapat memudahkan pihak industri dalam menguruskan pelajar-pelajar praktikal tersebut.

Ini amat penting untuk mengelakkan pelajar daripada mengalami kejutan disebabkan perubahan daripada situasi belajar kepada situasi bekerja. Dengan adanya organisasi ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar semasa ketiadaan penyelia industri amnya dan keseluruhan semasa tempoh latihan industri khasnya. 29 . 4. Pelajar mestilah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal sebelum menjalani latihan industri di syarikat yang telah dipilih. Dengan segala persiapan dan pengetahuan ini dapat membantu pelajar dalam melaksanakan segala tugasan atau kerja yang diberikan dengan mudah dan berkesan. 5.mendapat tunjuk ajar daripada penyelia industri. Pelajar mestilah menyediakan dan memantapkan diri dengan segala pengetahuan terutamanya dalam bidang yang mereka ceburi untuk mengelakkan segala kesulitan dan kesukaran semasa latihan industri dijalankan. Selain itu ia juga dapat mengelakkan atau mengurangkan tekanan bekerja yang dihadapi oleh pelajar.

KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah latihan industri ini adalah satu perkara yang penting kerana ia dapat melatih kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar sepanjang pembelajaran di dewan kuliah di mana ia dapat diaplikasikan dengan berkesan. Latihan industri ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri saya bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar tetapi turut juga membantu saya memperbaiki cara saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Ini kerana. 30 . Latihan industri ini juga adalah merupakan satu cabang untuk membina keyakinan diri dan kendiri para pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar yang bakal ditempuhi pada masa akan datang. pada masa sekarang untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana syarikat. Kerjasama daripada kakitangan di tempat latihan juga amat baik dan ini telah mengajar saya betapa besarnya erti kerjasama. Di samping itu ia juga telah dapat membolehkan saya mengetahui segala kegunaan bagi pelajaran-pelajaran dalam bidang yang telah saya pelajari. Ini kerana latihan industri ini telah memberi pendedahan yang sewajarnya tentang selokbelok pekerjaan demi menyiapkan diri pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Saya berasa amat berbangga dan beruntung kerana mendapat peluang menjalani latihan industri ini. kita hendaklah mempunyai kemahiran mengenai jawatan yang kita mohon.

Sh. Pentadbiran & Kewangan 1. 4. 3. Menara Teknik. Pembantu Khas. 2. Menara Teknik. Pentadbiran & Kewangan 2. 31 .RUJUKAN 1. Shahira Akmal Binti Md Taha. Firhan Bin Sh. Prinsipal (Elektrik). Zakaria. Menara Teknik. Nor Azdhar Bin Mat Johan. Ir. Ja‟afar Bin Sh. Ismail. Sh. Menara Teknik.

LAMPIRAN 32 .