P. 1
Report Bengkel

Report Bengkel

|Views: 970|Likes:

More info:

Published by: عبد الرزاق عمر on Apr 07, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/09/2015

pdf

text

original

PENGENALAN Amali yang dijalankan pada kali iaitu menggegas dapat memberikan pelbagai impak kepada mahasiswa.

Amali ini amat bersesuaian dengan mahasiswa yang bakal bergelar sebagai seorang pendidik pada masa akan datang. Menerusi gerak kerja yang dilakukan seperti menanggam, menggerudi, mengukur dan mengikir sedikit sebanyak dapat menerapkan kemahiran kepada mahasiswa supaya lebih berkemahiran apabila bergelar sebagai seorang pendidik kelak. Berpandukan kepada pelan kerja yang diberikan, mahasiswa diminta menghasilkan satu produk yang diberi nama projek tanggam melalui sepasang plat besi. Mahasiswa akan diminta untuk menjalankan kerja bersama rakan masing-masing bagi mendapatkan satu tanggam yang sempurna. Hal ini dapat menerapkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan bagi mendapatkan tanggam yang sempurna. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui oleh setiap mahasiswa di dalam menjayakan projek yang diberikan ini, antaranya ialah : i. ii. iii. Senarai peralatan dan teknik yang betul untuk menggunakannya. Proses kerja yang perlu dijalankan. Hasil kerja.

Setiap individu haruslah peka terhadap keselamatan, bertanggungjawab anatara satu sama lain dan yang paling penting sekali ialah mendengar arahan dari pensyarah. Penggunaan alatan tangan seperti angkup venier adalah sangat penting bagi mendapatkan ukuran yang tepat sepanjang kerja dijalankan. Tanggam perlulah barcantum dengan sempurna tanpa sebarang kelonggaran pada tanggam bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Interaksi antara pensyarah dan juga rakan sekumpulan amat pentine kerana melalui interaksi ini dapat memupuk sifat tolong menolong, kerjasama antara rakan, berkomunikasi dengan berkesan sepanjang projek dijalankan. Hal ini juga dapat melatih kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa dan bersesuaian apabila menghadapi alam perkerjaan nanti.

1

4. Mahasiswa tidak dibenarkan masuk ke bengkel tanpa kebenaran tenaga pengajar. 5. Mempelajari cara penggunaan mesin gerudi. 2 . 9. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 1. Mahasiswa dinasihatkan supaya dapatkan bantuan tenaga pengajar.OBJEKTIF AMALI Antara objektif yang hendak dicapai dalam amali ini ialah: 1. Mahasiswa hendaklah berpakaian kemas atau yang sesuai keadaan bengkel ( baju bengkel ). Meningkatkan lagi kemahiran sedia ada. bergurau atau berlari di dalam bengkel. Mahasiswa tidak dibenarkan bermain. 4. dan langkah keselamatan semasa menggunakan mesin gerudi. Mahasiswa hendaklah memastikan lantai dan keadaan sekeliling bengkel dalam keadaan bersih dan selamat sebelum menjalankan kerja. menukar mata mesin gerudi. 8. Mahasiswa hendaklah mematuhi setiap peraturan-peraturan dan carta keselamatan bengkel seperti di dalam bengkel logam yang berupa perkataan atau slogan sebagai suatu tanda ingatan tentang pentingnya mematuhi peraturan keselamatan bengkel logam. 2. 5. Mempelajari kaedah-kaedah penggunaan alatan tangan dengan cara yang betul dan sistematik bagi menghasilkan produk yang bermutu. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada alat-alat tangan atau hilang mahasiswa hendaklah melaporkannya kepada tenaga pengajar. Jangan gunakan alatan tangan yang diragui cara menggunakannya. 2. 6. Jangan sentuh atau gunakan apa-apa alatan tangan atau mesin tanpa mendapat kebenaran dari tenaga pengajar. 7. Pelajar dapat memahami dan mengamalkan peraturan bengkel dan langkah-langkah keselamatan dalam bengkel kerja logam. 3. 3. Mahasiswa diingatkan supaya sentiasa membawa apa-apa alatan tangan dengan mata alat menghadap ke bawah. Menterjemahkan lukisan projek.

Kikir yang biasa digunakan berbentuksegiempat sama. iii. separuh bulat dan bulat.10.Digunakan untuk memotong benda kerja. -Panjang kikir-diukur dari hujung hingga ke hulunya -Bentuk kikir . -Kikir berbeza dari segi permukaan kikir tersebut. 3 . ALATAN TANGAN a) Alatan Memotong Gergaji Logam “hacksaw” . Bahan mata gergaji Kekerasan mata gergaji Saiz mata gergaji i. simpan ditempat yang telah disediakan supaya meja tidak bersepah dan tidak menyebabkan kemalangan kecil berlaku. ii. segitiga tirus. menipis dan melicinkan permukaan bahan kerja. -Antara faktor-faktor penting yang perlu diambil perhatian ialah : i. Kikir “file” -Digunakan untuk memotong. jenis potongan gigi dan kasar atau halus matanya. ii. Selepas menggunakan alat-alat tersebut.

Penggunaannya hendaklah 90 darjah dengan bahagian yang hendak dipotong. .iii. Pahat Sejuk “cold chisel” .Digunakan untuk memisahkan bahagian besi yang telah dipotong. Tukul Besi “engineer hammer” . iv.Untuk mengetuk pahat sejuk semasa kerja memisahkan kawasan yang telah dipotong. 4 .

Digunakan sebagai alas semasa kerja membuat lubang dengan menggunakan penebuk pusat. . iii. .Alat ini digunakan bersama dengan ‘surface plate’ dan ‘angle block’ 5 . .Digunakan bersama tukul besi dan juga landas.Digunakan untuk menanda ukuran yang telah rata permukaannya. Tolok Tinggi Venier “vernier high gauge” . . Landas ”anvil” .Digunakan untuk menanda lubang sebelum lubang digerudi.b) Alat Menanda Penebuk Pusat “center punched” i.Ia juga digunakan semasa membuat nombor. ii.

. Blok Sudut “angle block” . Penggarik “scriber” v.Digunakan untuk menyokong kedudukan besi supaya tidak bergerak dan kukuh semasa pengukuran besi dajalankan. - Digunakan untuk menanda bahagian yang tidak dikehendaki yang hendak dipotong pada permukaan besi.Ianya digunakan diatas “surface plate” bagi mendapatkan sudut yang tepat dan garisan yang rata.iv. - Mata penggarit mestilah dicondongkan berhampiran dengan tepi pembaris Penggarit mestilah dicondongkan mengikut arah garisan Gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang jelas 6 .

Mempunyai plat yang berbagai-bagai ssaiz yang diperlukan.c) Alat Pengukuran Angkup venier “vernier caliper” i. - Digunakan untuk mengukur diameter dalam dan diameter luar. Digunakan untuk mengukur kedalaman sesuatu bahan. 7 . Tolok Perasa Jejari “radius gauge” . . Angkup vernier mempunyai tahap kejituan bacaan yang lebih baik.Digunakan untuk menguji ketepatan sesuatu sudut pada bahan kerja. Boleh juga digunakan untuk mengukur panjang dan lebar bahan. ii.

Ragum Meja “vise” - Digunakan untuk memegang benda kerja ketika kerja menggergaji. Saiz dikira dengan ukuran panjang bilah-bilah pengapitnya. d) Alat Memegang i. mrngikir dan mengilap. Sesiku L “engineer try squer” - Mengukur keratan sudut 90 darjah.iii. Digunakan juga untuk menguji kerataan permukaan bahan kerja. 8 . Ragum ini dipasang pada bahagian meja bagi memudahkan penggunaannya.

ii.Mata gerudi yang digunakan untuk menebuk lubang pada bahan kerja. Mata Gerudi . Mesin Gerudi Meja - Kegunaannya untuk kerja-kerja melubang yang berat. 9 .e) Mesin i. Kelajuan menggerudi adalah bergantung kepada diameter gerudi dan jenis bahan yang digerudi. .Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am.

Bahagian yang perlu dilorek Plat A Plat B Rajah 1. Gunakan kikir mata kasar dahulu kemudian dituruti dengan kikir mata halus. mulakan mengikir pada sisi atau bahagian yang dipotong. Plat besi Ragum 10 . Proses mengikir. Kedua-dua sisi ini dilorek bertujuan untuk proses pengukuran dan penandaan pada berikutnya dengan menggunakan tolok tinggi vernier bersama blok sudut dan meja yang berpermukaan rata. Kawalan gerakan tangan harus sentiasa konsisten.01.01 Bahagian sisi (berlorek) yang perlu dikikir 2.LANGKAH KERJA Kerja mengikir 1. Dua keping plat besi (plat A dan B) yang telah siap dipotong akan dibekalkan kepada setiap pelajar. Plat tersebut dikikir pada dua bahagian sisi seperti mana yang ditunjukkan di dalam rajah 1. 3. Kikir 90˚ Kedudukan kikir hendaklah sentiasa berada dalam keadaan 90˚ dengan bahan kerja supaya pemotongan tidak serong.

2. Kerja menebuk lubang 1. kerja pengukuran dengan menggunakan tolok tinggi vernier dilakukan. alatan tangan yang terlibat ialah penebuk pusat. Di dalam proses berikut.02. Gambar 1. pindah segala ukuran ke tolok tinggi vernier dan seterusnya membuat penandaan seperti dalam gambar 1. Dengan menterjemahkan lukisan projek.02 Pengukuran dan penandaan garisan dengan menggunakan tolok tinggi vernier 2. dan mesin gerudi bersama-sama mata gerudi berdiameter 3mm. 11 .Kerja mengukur dan menanda 1. tukul. Proses berikutnya ialah proses menebuk lubang dengan menggunakan mesin gerudi. 5mm dan 7mm. Setelah selesai mengikir pada kedua-dua belah sisi. Proses ini dilakukan selepas sahaja selesai proses pengukuran dan penandaan pada plat besi. Bahagian yang hendak dipotong perlulah dilorek dengan menggunakan penggarik supaya tidak berlalunya kekeliruan atau kesilapan semasa pemotongan. Kemudian ulang langkah yang sama dengan ukuran yang berlainan. Ketelitian amat penting dalam proses ini kerana kesilapan dalam pengukuran akan menjejaskan ketepatan dan hasil produk. 3.

Ulang langkah yang sama dengan menukar mata gerudi dahulu untung lubang yang berlainan diameter. pastikan memakai gogel semasa gerudi dan tidak memakai sarung tangan.03 Plat B 4. 7. Pastikan mata gerudi berserenjang dengan bahagian yang ditanda dengan penebuk pusat dan mulakan gerudi dengan kelajuan mata gerudi pada kelajuan satu.3.5mm 48mm 48mm Plat A Rajah 1.04 Operasi menggerudi 12 . Untuk keselamatan. Ketatkan benda kerja pada ragum meja gerudi dengan kemas. 5. Kawasan yang perlu ditanda dan ditebuk ditunjukkan dalam rajah 1. Gambar 1. Kemudian. Angkat mata gerudi dengan perlahan-lahan setelah selesai menebuk lubang. Selepas pengukuran dan penandaan dibuat.03 Diameter 5mm Diameter 5mm Diameter 3mm 23mm Diameter 7mm Diameter 3mm 70mm Diameter 3mm 25mm Diameter 5mm 30mm Diameter 3mm 25mm Diameter 5mm 7. mulakan kerja menggerudi dengan menggunakan mesin gerudi meja. 6. kawasan yang hendak ditebuk perlu ditanda dengan menggunakan penebuk pusat terlebih dahulu.

2.05 Proses menggergaji 13 . Kerja memotong dilakukan selepas kerja mengukur. Bahagian yang perlu dipotong ditunjukan dalam rajah dibawah: Bahagian berlorek yang perlu dipotong Gambar 1.Kerja memotong 1. menanda dan menggerudi. Alatan yang terlibat adalah gergaji besi dan ragum meja.

2. 6. Apitkan plat besi pada ragum meja. 3. salah satu bahagian perlu dipotong dengan menggunakan pahat sejuk. Gunakan tukul dengan mengetuk bahagian yang hendak dipotong sehingga tertanggal.06 Proses memahat 14 . Berada dalam posisi yang betul dan tekanan semasa tolakkan harus kuat dan semasa menarik pula tekanan dikurangkan. tukul. 4. Alatan yang diperlukan adalah pahat sejuk. Kemudian ketuk hulu pahat dengan menggunakan tukul sehingga bahagian yang hendak dipotong hamper tertanggal. kemudian rapatkan hujung mata pahat pada bahagian yang hendak dipotong (bahagian tersebut digerudi terlebih dahulu). Gambar 1. Kerja Memahat 1. Kedudukan pahat adalah berserenjang dengan plat besi. 5.3. Selepas sahaja selesai membuat pemotongan dan gerudi. Pastikan paling kurang tiga bilah mata gerudi menyentuh permukaan yang hendak dipotong. dan ragum meja.

sisinya harus dikemaskan dengan menggunakan kikir supaya permukaannya menjadi licin dan rata. 2. Setiap bahagian yang dipotong. Fillet Fillet 15 . Terdapat 4 bucu yang perlu dibuat fillet seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah.Kekemasan 1. bahagian dikikir perlu diuji kerataannya dengan Sesiku (engineer try square) dan angkuk vernier supaya ukuran tidak terkurang. 3. Setiap kali dikikir.

Disiplin mahasiswa berjaya dikekalkan dengan baik selama empat minggu berikutan tiada sebarang kemalangan yang berlalaku semasa gerak kerja dilakukan. 16 .07 Hasil kerja KESIMPULAN Secara kesimpulannya.4. projek tanggam yang dijalankan selama empat minggu banyak mengaplikasikan semua alatan tangan yang dipelajari secara teori pada folio yang telah dibuat. Kikir sehingga mendapat ukuran yang sama dengan tolok perasa jejari.menebuk lubang menggunakan mesin gerudi dan penggunaan alatan tangan menggegas dengan teknik yang betul dan selamat serta memahami dan mempraktikkan langkah-langkah keselamatan semasa di dalam bengkel logam sehingga terhasilnya tanggam pada plat besi berbentuk U (plat B) dengan bantuan tenaga pengajar. 5. Akhir sekali. kikir permukaan atas pada kedua-dua belah plat besi tersebut sehingga licin dan rata. Kemahiran dalam penghasilan produk dengan menggegas dapat ditingkatkan lagi. Gambar 1. Mahasiswa berjaya menterjemahkan lukisan projek melalui beberapa kaedah dan kemahiran seperti memotong plat besi menggunakan gergaji besi. Fillet dihasilkan dengan menggunakan kikir dan tolok perasa jejari.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->