You are on page 1of 3

MAKSUD CPR IALAH=Cardiopulmonary resuscitation (CPR) bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan

n atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tibatiba.

PUNCA PUNCA TERHENTI PERNAFASAN


Lemas keracunan gas dan asap yang merbahaya tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau bendabenda asing lain. tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam ketika tidak sedarkan diri. disambar petir atau kilat terhimpit dada - runtuhan tanah serangan penyakit termakan racun

KAEDAH PENERANGAN PEMERIKSAAN AIRWAYS,BREATHING,CIRCULATION AIRWAYS> (Airway) Saluran pernafasan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR. Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan secara visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu, makanan dsb. BREATHING>) Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakkan turun-naik dada. (Kaedah 3M =Mendengar,Merasa,Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut. Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran. CIRCULATION>(Circulation) darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat bandan anda untuk melakukan

tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hatI. KAEDAH BANTUAN MULUT KE MULUT 1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan. 2. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. 3. Buang sebarang benda asing dari mulut. 4. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. 5. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. 6. Tentukan mulutnya terbuka 7. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. 8. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru- paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. 9. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit. 10. Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan. RAWATAN MANGSA TERCEKIK MANGSA TIDAK SEDARKAN DIRI R1001 / UNIT 2/ 12 PERTOLONGAN CEMAS 14. Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit. Tekan dengan tepat kedalam dan keatas sebanyak lima kali Condongkan kepala Rajah 2 : Tekanan bagi rawatan tercekik 2.4.5 Kaedah CPR seorang diri 1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan. 2. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan 3. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan. 4. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. 5. Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut: i. letakkan tangan anda di atas dada mangsa. ii. berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5 2 inci untuk orang dewasa. iii. belepas beri 15 tekanan, beri pula 2 hembusan.(1 pusingan) iv. berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan) v. selepas 4 pusingan periksa nadi karotik vi. teruskan CPR (15 tekanan da 2 hembusan ) jika tiada nadi.

KAEDAH CPR SEORANG DIRI Kaedah CPR seorang diri 1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan. 2. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan 3. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan. 4. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. 5. Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut: i. letakkan tangan anda di atas dada mangsa. ii. berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5 2 inci untuk orang dewasa. iii. belepas beri 15 tekanan, beri pula 2 hembusan.(1 pusingan) iv. berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan) v. selepas 4 pusingan periksa nadi karotik vi. teruskan CPR (15 tekanan da 2 hembusan ) jika tiada nadi.

You might also like