You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan

Badminton merupakan sejenis permainan yang berasal dari Negara India dan kini telah mendapat pengiktrafan sebagai salah satu permainan antarabangsa termasuk di negara kita. Ini dapat dibuktikan dengan adanya pelbagai kejohanan dan pertandingan yang dianjurkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan sama ada daripada pemainpemain atau penonton-penonton. Namun di peringkat antarabangsa, penguasaan sukan ini ternyata di antara beberapa Negara Asia dan Eropah. Menerusi pertandingan Piala Thomas yang bermula pada tahun 1948-1949 dan Piala Uber 1956-1957, sukan ini berjaya meningkatkan minat di kalangan peminat sukan Badminton di seluruh dunia. Bagi negara kita, Badminton merupakan salah satu sukan yang benar-benar berjaya meletakkan nama negara di tempat paling atas dibandingkan dengan sukan lain. Inilah satusatunya permainan yang kita mampu menjadi johan dunia. Kejayaan beberapa kali memenangi Piala Thomas serta kegemilangan kita dalam Sukan Komanwel membuktikan kemampuan dan kebolehan kita dalam sukan ini.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ditubuhkan pada tahun 1934 dan merupakan antara persatuan sukan terawal di negara ini, sedar akan peranan dan tanggungjawabnya. Pelbagai kejohanan dianjurkan di samping perancangan masa depannya membuktikan bahawa untuk masa akan datang negara kita tidak akan ketandusan dari segi melahirkan bintang-bintang badminton yang bertaraf dunia. Di peringkat sekolah, Badminton ternyata sudah berjaya menjadi acara sukan yang digemari. Kelab-kelab rekreasi, persatuan-persatuan sukarela dan badan-badan serta jabatan-jabatan kerajaan dan swasta turut menubuhkan pasukan masing-masing dengan turut mengadakan pertandingan dan kejohanan sendiri dari semasa ke semasa. Semua ini menunjukkan bahawa Badminton sudah berjaya menarik minat segenap golongan masyarakat negara ini dan dunia amnya. Permainan ini mampu menarik minat pemain tanpa mengira tahap usia, kemahiran serta jantina dan ia boleh dimainkan di luar atau dalam dewan untuk rekreasi atau pertandingan. Badminton adalah suatu permainan yang pantas serta memerlukan tindak balas yang cepat serta tahap kecergasan yang baik. Pemain badminton juga boleh mempelajari serta menghargai faedah lain dalam permainan badminton seperti faedah sosial, rekreasi dan psikologi. Menyedari hakikat bahawa sukan Badminton merupakan salah satu sukan yang sangat digemari di Malaysia. Oleh itu, SJK(C) Chung Hua Seremban mengambil inisiatif untuk mengadakan Kejohanan Badminton SJK(C) Chung Hua Seremban 2011.

2.0 Matlamat

Pertandingan badminton diadakan bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi rohani dan jasmani dan membentuk kemajuan diri dari segi intelek seiring dengan perkembangan mental dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Sebagai menyahut cabaran negara dalam melahirkan atlet yang cemerlang dalam bidang sukan maka aktiviti yang diadakan ini sedikit banyak dalam menyediakan murid-murid untuk menjadi masyarakat yang intelek, berwawasan serta sihat tubuh badan bagi menempuh alaf baru dalam kehidupan yang lebih mencabar dalam era globalisasi. Pembangunan negara yang bertambah pesat memerlukan masyarakat yang berketrampilan dalam mengharungi dunia yang serba maju. Modal insan yang kreatif dan kritis serta berkemahiran dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dapat dibentuk dalam aktiviti sukan yang dijalankan bagi murid-murid dan seterusnya berupaya membantu negara dalam usaha melahirkan juara dalam sukan badminton hingga ke peringkat Olimpik dan dunia. 3.0 Rasional

Pertandingan ini selaras dengan hasrat masyarakat dan negara yang sentiasa mengharapkan murid-murid yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Pertandingan ini dapat melahirkan murid dengan tubuh badan yang sihat. Melalui penyertaan dalam pertandingan ini, murid-murid dapat mengembangkan bakat, menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti badminton.

4.0 Objektif

4.1 Melahirkan murid yang mampu bersaing dalam aktiviti permainan dengan semangat kesukanan yang tinggi. 4.2 Memberikan peluang kepada murid-murid memperkembangkan potensi diri dalam aktiviti sukan. 4.3 Mengembang dan memperluas kemahiran pemain-pemain Badminton. 4.4 Membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu bersaing dalam aktiviti yang disertai. 4.5 Memberikan ruang kepada murid-murid menunjukkan bakat dalam aktiviti sukan yang diceburi. 4.6 Membangunkan atlet dari peringkat akar-umbi supaya negara tidak ketandusan bakatbakat muda dalam sukan badminton.

4.7

Membantu negara melahirkan juara dalam sukan badminton hingga ke peringkat Olimpik dan Dunia.

5.0 Tarikh Pertandingan 8 Julai 2011 hingga 11 Julai 2011

6.0 Tempat Pertandingan Gelanggang badminton, Dewan Kompleks SJK(C) Chung Hua Seremban 7.0 Sasaran Murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 SJK(C) Chung Hua Seremban pada tahun 2011

8.0 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Badminton SJK(C) Chung Hua Seremban 2011

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Jawatankuasa Kewangan

: Encik Zuo Zheng Teck : Cik Ng Shi Chen : Cik Shum Kei Li : Cik Tam Swee Lian : Cik Thoo Hui Chiat : Encik Go Boon Kiat Encik Lee Wen Jing Puan Rorizah Binti Suhat

Urusetia

: Cik Woo Mei Ling Cik Gan Sut Thing Puan Sivakala A/P Muniani

Perubatan Pengerusi Teknikal Referee Pertandingan

: Cik Tan Teeh Yi : Encik Tan Wen Ping : Cik Soo Yee Chien Encik Gan Jun Hui Cik Liew Yeoh Woon Cik Cheok Chiew Mei Encik Abu Bakar Bin Ahmad

Keputusan Pertandingan

: Cik Choong Siew Foo Encik Zaini Bin Makmur Encik Yee Chun Moi

Encik Gobu A/L Sivaparam Pengadilan : Encik Lee Ming Li Encik Ezwan Shah Bin Mohammad Encik Lok Fok Xiang Cik Yap Khai Ling Perasmian dan Penutupan Publisiti Hadiah dan Cenderamata : Cik Tay Chik Yee : Puan Siti Hanifah Binti Rahmad : Encik Asri Bin Ali Yasok Puan Goh Siew Qiu Gelanggang / Peralatan : Cik Chua Li Jing Cik Lee Yee Ping Enck Zuraidi Bin Yazi Encik Shamsul Bin Mhd Sayuti Penyedia Makanan dan Minuman : Cik Lai Xiao Chien Puan Zaharah Binti Baharan

9.0

Syarat Pertandingan
9.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid-murid tahun 4 hingga tahun 6 sekolah rendah 2011. Semua permohonan masuk hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola sahaja. 9.2 Pemain perseorangan, boleh juga main dalam acara bergu Pemain bergu tidak dibenarkan bermain acara bergu yang lain.

10.0 Anggaran Perbelanjaan

Perbelanjaan 1. Makan Malam Majlis Perasmian Pembukaan RM 4.00 x 150 RM 600

2. Hadiah (Pingat) Johan Naib Johan Tempat Ketiga RM 40.00 x 5 RM 30.00 x 5 RM 25.00 x 5 RM 200 RM 150 RM 125

Tempat Keempat

RM 20.00 x 5

RM 100

3. Alat Tulis Marker Pen Pen RM 3.00 x 5 batang RM5.00 x 1 kotak RM15 RM 20

4. Peralatan Bulu Tangkis RM8.50 x 10 tabung RM 85

Jaring

RM30.00 x 4 unit

RM 120

5. Cenderahati 6. Buku Program 7. Budget Luar Jangka JUMLAH

RM 80 RM 30 RM 150 RM1675.00

Sumber Pendapatan Peruntukan SJK(C) Chung Hua Seremban RM1675.00

11.0 Jadual Tindakan

Tarikh 8 Jun 2011 13 Jun 2011

Perkara Perlantikan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat AJK tentang jenis acara pertandingan badminton.

Tindakan Semua Ahli Semua Ahli Jawatankuasa Publisiti

18 Jun 2011

Pengumuman Kejohanan Badminton kepada murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6

18 Jun 2011 28 Jun 2011 30 Jun 2011 1 Julai 2011

Mengedarkan borang pendaftaran Pendaftaran peserta-peserta Pengundian pertandingan Pemesanan makanan Majlis Perasmian Pembukaan Dan Makam Malam

Publisiti Setiausaha Setiausaha Penyedia Makanan dan Minuman Publisiti

7 Julai 2011

Penghiasan Dewan

12.0 Jadual Aktiviti Senarai Pertandingan

Bil. 1. 2. 3. 4. 5.

Pertandingan Perseorangan- lelaki Perseorangan- perempuan Bergu- lelaki Bergu- perempuan Bergu campuran

Pusingan Awal (8 Julai 2011 - Isnin) Masa/Gelanggang 1400 1430 1500 1530 1600 1630 1700 1730 1830 1900 G1 PL PL PL PL PP PP PP PP REHAT Majlis Perasmian Pembukaan Dan Makan Malam PP: Perseorangan perempuan G2 PL PL PL PL PP PP PP PP G3 PL PL PL PL PP PP PP PP G4 PL PL PL PL PP PP PP PP

PL: Perseorangan lelaki Pusingan Awal (9 Julai 2011 Selasa) Masa/Gelanggang 0800 0830 0900 0930 1000 1030 1100 1130 1200 G1 BL BL BL BL BP BP BP BP BC

G2 BL BL BL BL BP BP BP BP BC

G3 BL BL BL BL BP BP BP BP BC

G4 BL BL BL BL BP BP BP BP BC

1230 1300 1330

BC BC BC

BC BC BC

BC BC BC

BC BC BC

BL: Bergu lelaki BP: Bergu perempuan Suku Akhir (10 Julai 2011 Rabu) Masa/Gelanggang 0830 0900 0930 1000 1030 1100 1130 1200 1300 1400 1430 G1 PL PL PP PP BL BL BP BP REHAT BC BC BC BC G2 PL PL PP PP BL BL BP BP

BC: Bergu campuran

G3 PL PL PP PP BL BL BP BP

G4 PL PL PP PP BL BL BP BP

BC BC

BC BC

PL: Perseorangan lelaki PP: Perseorangan perempuan BL: Bergu lelaki

BP: Bergu perempuan BC: Bergu campuran

Separuh Akhir dan Akhir (11 Julai 2011 Khamis) Masa/Gelanggang 0830 0900 0930 1000 1030 1100 1130 1200 1130 G1 PL PP BL BP BC G2 PL PP BL BP BC G3 PL PP BL BP BC G4 PL PP BL BP BC -

1200 1230 1300 1430 1500 1530 1600

Kehadiran Pengarah SJK (C) Chung Hua Seremban PL BL BC PL BL BC PP BP PP BP

Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian Hadiah

PL: Perseorangan lelaki PP: Perseorangan perempuan BL: Bergu lelaki

BP: Bergu perempuan BC: Bergu campuran

13.0 Rumusan
Dengan terlaksananya Kejohanan Badminton SJK(C) Chung Hua Seremban 2011 diharapkan dapat membentuk jati diri murid-murid. Pengalaman dan pengajaran yang diterima dapat memajukan sukan badminton. Semoga dengan menyertai kejohanan ini dapat memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim yang telah sedia terjalin.

You might also like