Dalam era globalisasi, guru menghadapi pelbagai cabaran. Selain kerenah murid, ibu bapa dan birokrasi, masalah paling besar ialah untuk menangani masalah kepelbagaian budaya dan kepelbagaian kelompok di sekolah. Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam menghadapi krisis pendidikan dalam era globalisasi ini, guru boleh berfikir sejenak terhadap tugas dan tanggung jawab yang harus dipikul bagi memenuhi tuntutan semasa. Jika kita meneliti sejarah perkembangan pendidikan kebangsaan, bermula daripada Laporan Razak 1956, terdapat kesinambungan utuh bagi memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan. Dasar kerajaan ketika itu ialah menjadikan satu sistem persekolahan dengan bahasa Melayu sebagai lingua franca bagi penyampaian ilmu kepada anak didik. Kemudian muncul Penyata Rahman Talib pada 1961 yang memberikan penekanan kepada pemantapan pembelajaran 3M (membaca, menulis dan mengira). Sistem aliran persekolahan akademik dan vokesyenal turut diperkenalkan. Bagi mencapai masalah seperti ini guru mestilah menghadapi satu cabaran yang amat besar sewaktu di sekolah iaitu cabaran untuk mewujudkan satu suasana perpaduan dalam kalangan pelajar untuk terus mendapat ilmu di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan bertoleransi, integrasi dan berkomunikasi dengan baik sesama murid dari pelbagai budaya dan kelompok masyarakat. Tiada murid yang akan tertinggal di dalam pelajaran itu merupakan objektif seorang guru di dalam prinsip keguruan mereka. Antara perkara pertama yang guru harus praktikan ialah memahami budaya pelajar mereka terlebih dahulu. Guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid di mana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok dan berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. Sekiranya guru lemah dalam bidang ini guru tersebut akan mengalami satu masalah komunikasi di dalam kelasnya bersama dengan murid-murid. Murid-murid akan menjadi pasif sewaktu pembelajaran berlangsung dan mungkin akan lebih aktif sesama mereka yang sebudaya. Sebagai contoh masyarakat Cina, Melayu dan India akan berbincang dan terus berkomunikasi dengan sesama mereka sahaja serta akan menyukarkan guru untuk menggunakan kaedah berkumpulan atau perbincangan dalam berkongsi pendapat dan idea kerana akan terdapat murid yang pasif dengan murid yang tidak sebudaya. Oleh sedemikian guru seharusnya belajar untuk memahami perkara asas budaya mereka terlebih dahulu seperti budaya masyarakat Melayu, Cina, India, Khadazan dan sebagainya, supaya memudahkan guru untuk membentuk satu cara atau langkah pengajaran yang boleh di amplikasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat berinteraksi dengan bebas tanpa ada sekatan budaya dan masyarakat. Sebagai contoh guru akan memulakan tajuk pengajaran tentang “Budaya Kami” murid dari pelbagai budaya dan masyarakat akan ditempatkan di dalam satu kumpulan supaya mereka boleh berinteraksi tentang budaya masingmasing sebagai permulaan dan perkenalan. Guru juga boleh fokuskan kepada musim sambutan perayaan masing-masing, dengan ini murid akan berkomunikasi dengan bebas menceritakan budaya masing-masing dan mereka akan memahami satu sama lain serta akan lebih menghormati budaya masing-masing. Kaedah ini akan memudahkan sesi pengajaran guru pada masa akan datang. Seterusnya ialah cabaran paling besar kepada guru ialah dalam membahagikan kesamarataan perhatian atau tiada unsur-unsur berat sebelah. Ini mustahak kerana supaya murid-murid dari pelbagai budaya atau masyarakat lain tidak terasa hati atau merasakan guru tidak berlaku adil. Sekiranya perkara ini berlaku guru tersebut akan mengalami masalah seperti murid tidak akan fokus di dalam kelas, tidak berminat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru tersebut,mugkin akan ponteng kelas dan segelintir dari mereka akan tidak menyukai guru tersebut. Perkara ini mesti dielakkan oleh semua guru dan guru mestilah bersikap adil dalam melibatkan semua murid dalam sesi pengajaran mereka dan selain itu akan mencapai objektif pelajaran serta mencapai matlamat falsafah pendidikan. Guru yang baik ialah seorang guru yang boleh mengaggap pelajar mereka seperti sebuah keluarga yang memerlukan perhatian dan penyelesaian masalah kepada semua muridnya tanpa mengira budaya atau masyarakat mereka. Cabaran ini memerlukan sifat keterbukaan yang paling besar bagi seorang guru untuk menerima kepelbagaian murid dari kepelbagaian budaya walaupun bukan dari budaya atau masyarakat guru tersebut. Sebagai contoh guru Kemahiran Hidup ingin mengajar tentang Projek Kayu tahun Lima dan kelas tersebut mempunyai murid dari pelbagai budaya iaitu Melayu, India dan Cina. Antara kaedah yang guru boleh gunakan di dalam sesi pengajaran tersebut ialah guru akan membahagikan tugas kepada setiap murid yang berlainan bangsa dan budaya seperti memotong kayu, menyediakan peralatan, menyediakan bahan, menjaga kebersihan dan mengecat. Oleh demikian semua murid tersebut akan mempunyai tanggungjawab dan akan membuat kerja mereka dengan baik. Sekiranya Syafiq ditugaskan untuk memotong kayu, oleh itu Lee Yuan Shu akan meminta bantuan kepada Syafiq dan begitu juga sebaliknya dengan murid yang lain. Dengan ini murid tidak rasa terpinggir dan mereka akan tidak tertinggal dalam pembelajaran mereka dan terus bekerjasama, selain itu guru juga mesti mengamalkan sikap berterima kasih di dalam kelas. Selain menggunakan kaedah-kaedah di dalam kelas, guru juga mesti menguasai kemahiran penyampaian motivasi kepada murid. Ini adalah merupakan antara cabaran kepada guru di sekolah untuk menghadapi murid dari kepelbagaian budaya, masyarakat dan kelas sosial. Dengan kemahiran motivasi ini, guru akan mudah untuk menarik murid untuk bermotivasi dan menanamkan sifat positif di dalam diri murid. Kebanyakkan murid sekarang kurang akan motivasi ini dan banyak terpengaruh dengan media-media semasa yang sangat terbuka dan ini membuatkan mereka mudah kurang faham tentang sesuatu perkara yang sukar. Oleh itu ia merupakan tugas guru untuk menanamkan sifat-sifat yang baik kepada pelajar supaya mereka boleh menerima sesuatu perkara dengan positif dan bersifat terbuka. Semua ini bergantung kepada guru untuk terus bermotivasikan mereka dalam apa jua keadaan supaya suatu hari nanti masyarakat akan boleh saling menerima budaya masing-masing dan akan terus berada dalam keadaan aman damai. Antara perkara yang perlu terapkan ialah sikap hormat menghormati, integrasi antara murid, komunikasi yang baik dan sikap tidak terus berputus asa. Ini penting kerana dengan sifat inilah suatu hari nanti murid dapat menyelesaikan sesuatu masalah bersama-sama. Sewaktu di dalam kelas guru boleh selitkan lawak jenaka dan lemparkan senyuman sesama murid. Perkara utama yang guru harus elakkan ialah hukuman yang melibatkan penderaan seperti rotan, tampar dan pukul dengan menggunakan benda. Ini kerana ia akan merenggangkan hubungan antara guru dan murid, perkara ini harus di elakkan terutama kesalahan tersebut melibatkan murid dari sesuatu budaya atau masyarakat kerana ia akan mudah menimbulkan salah faham antara guru, ibu bapa murid tersebut dan pihak lain. Kemudian, antara cabaran seterusnya kepada guru ialah menyediakan langkahlangkah pencegahan dalam membenteras masalah-masalah seperti melibatkan kaum, budaya dan masyarakat lain-lain. Pada masa ini banyak perkara masalah pelajar seperti penglibatan pelajar dalam kumpulan-kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan semangat-semangat perkauman dalam kalangan murid. Ini tidak baik untuk objektif membentukkan unsur-unsur perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kesepaduan ini akan berhasil sekiranya guru dan pihak sekolah boleh membenteras masalah-masalah asas seperti ini supaya murid boleh menanamkan sifat keterbukaan dan penerimaan budaya dan kaum lain dalam kehidupan harian mereka. Antara langkah keselamatan yang boleh guru buat ialah melalui pemerhatian dan hasil selidik guru terhadap pelajar-pelajar yang menghadapi masalah di sekolah. Guru boleh terus berhubung dengan keluarga pelajar, guru juga harus memahami dan mengenali keluarga murid terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan kepada murid kerana ini akan menyukarkan guru untuk terus menyelesaikan masalah murid tersebut, terutama melibatkan pergaduhan murid berlainan budaya dan kaum. Perkara yang boleh dilihat pada masa ini ialah masyakat sering menyalahi masyarakat yang lain sekiranya berlakunya masalah yang sukar dibendung, sebarang masalah boleh di benteras dengan sifat bekerjama dan bersifat terbuka. Perkara ini yang perlu guru sampaikan kepada setiap pelajar di sekolah. Selain berfokuskan kepada kepelbagaian sosio budaya, guru juga berhadapan kepada kepelbagaian kelompok dalam kalangan pelajar di sekolah. Ini juga merupakan masalah yang perlu bakal guru sambut sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi kelak. Kepelbagain kelompok boleh diertikan sebagai kelas sosial di mana menurut Karl Marx menyatakan kelas sisoal terbahagi kepada lima iaitu kelas atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan kelas bawahan. Berpandukan kenyataan yang di atas ini menunjukkan guru mestilah bersikap terbuka dalam melayan setiap pelajar mereka di sekolah bukan bergantung kepada tahap ekonomi pelajar tersebut. Jika pelajar ada melakukan kesalahan maka ia tetap merupakan kesalah yang perlu guru selesaikan dengan adil dan saksama. Ini penting kerana terdapat sesetengah guru akan mengurangkan tindakan sekiranya murid berasal dari keluarga atasan, dan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada pelajar dari kelas lain-lain ia akan menyukarkan hubungan guru dengan pelajar lain dan yang paling penting ialah hubungan pelajar sesama pelajar tersebut. Akhir sekali, guru mesti mendidik sikap merendah diri pada setiap murid supaya murid yang berasal dari keluarga yang berada akan sentiasa tidak berlebih-lebih dan menunjuk-nunjuk dan ini akan mendatangakan perasaan tidak menyenangkan kepada pelajar lain dan akan boleh menjadi punca kepada pergaduhan yang mungkin akan menyukarkan guru. Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain. Betul kata pujangga Usman Awang yang menulis bait keramat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru. Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang. Seorang ahli psikologi Barat pernah menganalogikan seorang guru yang pintar ibarat „walking dictionary‟ kerana peranannya memberi arah kepada orang yang ingin bertanya sesuatu. Pun begitu, seorang guru yang proaktif dan berfikiran terbuka lebih mesra dengan sikap keterbukaan dan kesediaannya untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Seorang pelajar di Amerika Syarikat pernah dipetik sebagai berkata bahawa guru yang baik ialah guru yang mengajar muridnya seperti mana dia mahukan anak murid mengajarnya. Sekian terima kasih.
Sign up to vote on this title
UsefulNot useful