You are on page 1of 18

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya

yang di sekolah rendah.Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan danjukkanripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan denganpengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya.Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai

teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid. Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.

Leave a Reply

Internet sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pendidikan


by Jurnal Pendidikan on Monday, October 24, 2011 at 12:10am 1.0 Pendahuluan 1.1 Konsep : Penggunaan Internet sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pendidikan

Sejak dahulu lagi guru-guru telah menggunakan pelbagai ABM dalam pengajaran mereka. Penggunaannya membolehkan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna, menarik dan menyeronokkan. ABM juga dapat memberikan pengalaman sebenar apabila objek konkrit digunakan dalam pengajaran. Pembelajaran juga menjadi lebih bermakna kerana ABM mampu merangsang deria murid. Dengan penggunaan ABM, guru berjaya mencapai hasil pembelajaran apabila murid tertarik untuk memberikan tumpuan terhadap pembelajaran. Penggunaan ABM menimbulkan beberapa implikasi positif dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ABM melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran, menjimatkan masa, tenaga, wang dan mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid serta memberikan kesan maksimum dalam penggunaan masa yang minimum. (Hasan, 1993) Sebelum era teknologi, guru menggunakan ABM seperti papan hitam, kapur dan buku teks dalam sesi pengajaran. Dalam era teknologi pula ABM terdiri daripada penggunaan slide projector, radio, TV, video dan komputer yang kini digunakan secara meluas. Kini, Internet menjadi inovasi penting dalam pendidikan (Yusup, 1998). Internet digunakan secara meluas di negara-negara maju dan sistem pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. 1.2 Prinsip/ Tatacara Penggunaan Internet Penggunaan Internet mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan enjin gelintar seperti Google, guru berjaya mendapatkan bermacam-macam maklumat. Hal ini berbeza dengan penggunaan buku yang terhad. Namun demikian, penggunaan Internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab dianggap sebagai pelanggaran prinsip atau tatacara yang boleh mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 pada tahun 2003 bagi menjamin kemudahan Internet digunakan dengan selamat. Guru yang menggunakan Internet sebagai agen pencarian maklumat hendaklah mematuhi tatacara yang berikut: (a) Hak Akses Pengguna yang Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh agensi untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan disediakan. (b) (c) di sekolah adalah hak milik Kerajaan. Memilih Laman Pengesahan Maklumat Laman yang dilayari dari Internet perlulah sejajar dengan bidang kerja guru. Bahan yang diperoleh dari Internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Guru boleh menyatakan sumber rujukan Internet apabila mengambil bahannya sebagai medium pengajaran. Guru haruslah sedia maklum bahawa semua aset ICT di bawah kegunaannya

(d)

Muat Naik Bahan

Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke Internet hendaklah disemak dan mendapat pengesahan ilmunya daripada guru yang lebih pakar dan berpengalaman dalam sesuatu mata pelajaran atau bidang tugas. (e) Muat Turun Bahan Tindakan guru memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar. Sebarang bahan yang dimuat turun dari Internet hendaklah dikaji kesahihannya sebelum diedarkan guru bagi tujuan tertentu. 1.3 Model Penggunaan Teknologi Pengajaran Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Bagi mencapai wawasan dan inspirasi negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam mengacapi arus perdana pembangunan berasaskan teknologi komputer. Dari perspektif harian, komputer bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi sebagai alat untuk menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran (Seels & Richey,1994). Definisi teknologi pengajaran 1994 ini telah dibentuk berasaskan lima komponen. Komponen yang dimaksudkan ialah reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian. Komponen ini membentuk domain bagi setiap bidang teknologi pengajaran. Domain Penggunaan merupakan domain yang sangat penting dalam teknologi pengajaran. Domain Penggunaan merangkumi pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan menggunakan proses-proses dan sumber-sumber untuk pembelajaran melalui pengaplikasian prinsip-prinsip dan teori-teori penggunaan media, difusi inovasi, implementasi dan membuat polisi. Justeru, pada masa ini penggunaan Internet atau On-Line Learning menjadi pilihan isu dalam bidang pendidikan guru sekolah. On-Line Learning merupakan model pembelajaran yang juga dikenal dengan berbagai istilah seperti pembelajaran elektronik atau e-Learning, internet- enabled learning, virtual learning, atau web-based learning telah dimulai sejak pertengahan tahun 1990an lagi. Collins (1996) telah menyatakan bahawa tahun 1996/97 merupakan era Internet dalam pendidikan bermula. Di negara ini sudah mula wujud laman-laman web yang dibina khusus untuk tujuan pendidikan, sama ada oleh jabatan-jabatan kerajaan atau pihak swasta atau individu tertentu. Antaranya ialah seperti Eduwebtv, SchoolNet, Portal Pendidikan Utusan, TM School Net, ESekolah, E-Tuisyen, MahirNet, Cikgu Net dan sebagainya.

Dalam perbincangan dan penggunaan laman-laman web untuk tujuan pendidikan sekurang-kurangnya terdapat dua istilah yang selalu digunakan iaitu; pengajaran berasaskan web (web based instruction, WBI) dan pembelajaran melalui laman web pendidikan (educational web sites, EWS). Khan (1999) menyatakan bahawa WBI bolehlah dilihat sebagai satu inovatif dalam menyampaikan pengajaran kepada para pelajar iaitu menggunakan web sebagai medium perantaraan. Istilah kedua, iaitu pembelajaran menggunakan laman-laman web pendidikan (EWS), adalah merujuk kepada pembelajaran melalui laman web yang dibina khusus untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Definisi Operasi : Analisis SWOT (Strength, Weakness, Oppurtunity, Threaten) Pengguanaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi satu fenomena biasa pada hari ini seperti penggunaan kapur dan papan hitam. Dengan menggunakan Internet, banyak strategi dan kaedah baru dapat diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru, perbincangan tentang kekuatan (strength), kelemahan (weakness), peluang (oppurtunity) dan ancaman (threaten) yang dihadapi guru dibincangkan untuk tujuan renungan bersama. 2.1 Kekuatan (Strength) Secara umumnya, penggunaan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah dinyatakan oleh Williams (1995:94):

2.1.1 Penggunaan Internet memudahkan pembelajaran secara kolaboratif. 2.1.2 Internet mempersembahkan contoh-contoh benar dengan mengintegrasikan pelbagai jenis pengetahuan. 2.1.3 Internet memberi peluang untuk dibimbing secara elektronik 2.1.4 Internet dapat menampung keperluan pelajar dengan cara yang berasingan. Internet merupakan alat pengajaran tanpa dipengaruhi oleh budaya, bangsa dan jantina. 2.1.5 Internet meningkatkan data komunikasi.
Justeru, pendapat Wills telah dibincangkan dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

2.1.1 Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Kualiti pengajaran dapat ditingkatkan guru dengan mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran menerusi Internet. Murid lebih tertarik dan berminat untuk meneroka Internet untuk belajar dengan menggunakan kaedah ini. Kajian yang dilakukan oleh Joerg (1995), Day (1996) dan

Hambric (1997 telah membuktikan bahawa penggunaan Internet lebih berkesan berbanding kaedah tradisional Laman web yang menggalakkan inkuiri dan eksplorasi mampu meningkatkan pemikiran tahap tinggi murid atau high- order thinking skills (Thuring, Mannemann & Haake, 1995). Melalaui laman web WWW, penggunaannya dapat bertindak sebagai tutor. Murid dapat melakukan pembelajaran terus (on-line lessons) dengan menerbitkan hasil kerja murid dalam bentuk hipermedia (Carvin,1999). Murid berpeluang untuk menggunakan teks, grafik, animasi, audio dan video untuk memperoleh kefahaman yang maksimum.

2.1.2 Kemudahan Memperoleh Maklumat Penggunaan Internet dalam pembelajaran lebih mudah apabila rujukan bahan di serata di dunia mudah diperoleh. Hal ini berbeza dengan buku, laman web lebih mudah untuk dikemaskinikan. Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam laman tersebut boleh ditambah dengan maklumatmaklumat terbaru atau menyingkirkan maklumat-maklumat lama yang kurang sesuai. Perubahan juga boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Sebaliknya buku teks akan digunakan sehingga beberapa tahun dengan kandungan yang sama walaupun keadaan situasi telah berubah. Di samping itu, kandungan laman web juga boleh disimpan sebagai arkib untuk memudahkan rujukan susulan dibuat. Pemerolehan ilmu melalui penggunaan Internet juga menjadi mudah apabila rujukan bahan di serata perpustakaan di dunia boleh diperoleh. Dengan penggunaan The Virtual Library , murid tidak perlu menghabiskan masa dan wang untuk mendapatkan bahan di seluruh perpustakaan bagi tujuan projek mereka (Corbertt, 1985:14). Kajian yang dilakukan Bullard (1998) terhadap pelajar di University Keele di United Kingdom menyatakan bahawa sebanyak 75% pelajar tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat daripada laman web sementara 88% berpendapat bahawa Internet berupaya menggalakkan mereka mendapatkan maklumat khasnya dalam kursus mereka, iaitu Geografi. Kajian Charisman dan Harvey (1998: 15-17) pula menunjukkan pelajar dapat menyiapkan satu tugasan dalam masa 2.8 jam di Internet berbanding 4.8 jam jika menggunakan buku teks. Pelajar menyatakan bahawa bahan hipermedia yang terdapat dalam Internet amat berguna, bagus, disampaikan secara sistematik dan mempunyai banyak contoh. Justeru, jelaslah bahawa penggunaan Internet dapat memudahkan pemerolehan ilmu dalam kalangan murid. 2.1.3 Memotivasikan Murid Guru berpeluang untuk memotivasikan murid yang bermasalah dengan penggunaan Internet. Dalam sesi kaunseling, kebiasaannya klien mahu kaunselor mendengar masalah mereka dengan

teliti. Kaunselor juga memerlukan masa untuk menyelesaikan masalah kliennya. Oleh itu dengan kemudahan Internet seperti kemudahan mel-elektronik dan laman web sosial seperti facebook dan twiter, murid dapat berhubung dengan guru untuk mendapatkan nasihat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi (Poling, 1994: 53). Guru juga dapat memberikan motivasi kepada murid dengan sokongan bahan media yang terdapat di Internet seperti penggunaan grafik, imej, teks, audio dan video yang berunsur pengajaran. 2.1.4 Menjimatkan Kos Lembaran latihan yang disebarkan guru melalui Internet dapat menjimatkan kos penyediaan bahan. Guru hanya perlu meletakkan pautan dalam laman web untuk dimuat turun murid. Kos pengedaran bahan yang meliputi kos kertas, bayaran fotokopi dan masa dapat dijimatkan (Poling, 1994: 53). Dengan kemudahan Internet ini, guru tidak perlu berbaris untuk membuat fotokopi bahan dan pergi ke kelas untuk mengedarkannya. Kesemuanya dapat dilakukan dengan mudah. Murid juga lebih menghargai bahan yang dicetak sendiri kerana melibatkan kos peribadi yang ditanggung keluarga masing-masing. 2.1.5 Berkomunikasi Antara ciri utama web yang tidak terdapat dalam media lain ialah kebolehan menyediakan persekitaran yang membenarkan murid berinteraksi dengan guru, berinteraksi dengan rakanrakan lain atau berhubung dengan komuniti luar. Untuk tujuan komunikasi, Computer-mediated Communication (CMC) dalam bentuk persidangan mel-elektronik membolehkan kolaboratif dilakukan. Aplikasi CMC lain yang popular dalam kalangan pendidik adalah mel-elektronik (Anderson dan Harris, 1997:23). Aplikasi lain yang dapat digunakan ialah ruang bual dan papan buletin. Pemerolehan maklumat, pertukaran idea dan perbincangan isu merupakan antara aktiviti yang dijalankan semasa berkomunikasi. Secara tidak langsung, apabila menggunakan medium komunikasi8 ini murid yang malu di dalam kelas dapat menyuarakan pandangan. Murid pemalu mungkin takut ditertawakan rakan apabila memberikan pendapat. Justeru, penggunaan Internet sebagai medium komunikasi menjadikan mereka lebih berani untuk bersuara dan mendapat peluang seperti murid lain (DSouza, 1992: 22). Komunikasi yang segera juga diperlukan guru untuk mengumumkan sesuatu. Oleh itu, pengumuman tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan guru secara awal menerusi Internet. Hal ini dapat melicinkan pengurusan kelas dan mengurangkan gangguan terhadap proses pengajaran guru (Poling, 1994:53). Kesannya, masa pengajaran dalam kelas dapat digunakan guru semaksimum mungkin untuk mencapai objektif pengajaran. Di samping itu, guru juga dapat memfokuskan perhatian terhadap masalah murid dengan cara yang khusus. 2.2 Kelemahan (Weakness)

Haryono (2003) telah mengemukakan beberapa kelemahan pengajaran online dan di antaranya adalah:

2.2.1 Kesibukan guru 2.2.2 Proses belajar dan mengajarnya cenderung ke arah pelatihan daripada pendidikan, kurangnya tenaga yang mengetahui dan memiliki keterampilan mengenai Internet, kurangnya penguasaan bahasa komputer menyebabkan permasalahan. 2.2.3 Penggunaan Internet memerlukan infrastruktur tertentu dan komunikasi melalui Internet sering kali lamban.
Pendapat Haryono (2003) telah diterangkan dengan lebih lanjut seperti yang berikut: 2.2.1 Kekurangan Peruntukan Masa Masalah yang sering dinyatakan oleh para guru ialah kekurangan masa untuk mencari maklumat dari Internet. Kekurangan masa dalam kalangan guru menyebabkan mereka kurang berminat untuk menggunakan Internet (Anderson dan Harris, 1997:21).Hal ini demikian kerana kekangan masa menyebabkan guru tidak dapat mereka bentuk pengajaran menggunakan kemudahan Internet. Guru yang tidak beroleh masa yang cukup, tidak sempat meneliti bahagian-bahagian perisian kursus yang sesuai digunakan bagi meningkatkan tahap pencapaian dalam kalangan murid-murid. 2.2.2 Kefasihan kurang Kefasihan guru yang kurang dalam kemahiran berbahasa juga mendorong penggunaan Internet yang minimum. Hal ini demikian kerana maklumat di Internet berbentuk global. Banyak maklumat Internet yang menggunakan Bahasa Inggeris. Oleh itu, bahasa ini menjadi penghalang kepada guru yang tidak mahir untuk menggunakannya (Davivonge, 1994:34). Guru yang tidak mahir menterjemahkan bahasa tidak mendapat manfaat seterusnya tidak berinisiatif untuk menggunakan teknologi Internet. Selain itu, guru yang tidak berkemahiran hanya cenderung menggunakan komputer untuk tujuan tutorial, pemprosesan dan permainan. 2.2.3 Kekurangan Kemudahan Peralatan Bilangan komputer yang terhad di sekolah menjadi permasalahan guru untuk menggunakan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran kelas masing-masing. Kerajaan sememangnya telah menyediakan kemudahan makmal komputer. Namun demikian, penjagaan dan penyelenggaraan perkakasan komputer yang tidak memuaskan menyebabkan hanya sebilangan kecil sahaja komputer yang dapat digunakan guru untuk tujuan pengajaran. Justeru, guru tidak dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan Internet dalam pencarian maklumat. Guru juga terpaksa bersaing dengan guru daripada kelas lain apabila tiada jadual

waktu yang teratur untuk penggunaan makmal komputer. Hal ini menyebabkan guru berputus asa untuk menggunakan Internet sebagai alat bantu pengajaran. 2.3 Peluang (Oppurtunity) 2.3.1 Latihan Teknikal Penggunaan Internet dalam kalangan guru juga bergantung pada faktor latihan dan sokongan teknikal yang diperoleh. Sokongan juruteknik dan guru-guru lain di sekolah dapat membantu guru mengintegrasikan sumber Internet dalam pengajaran mereka (Anderson dan Harris, 1997:21). Sokongan yang dimaksudkan seperti pendedahan tentang cara-cara untuk mencetak bahan daripada Internet dan penjagaan sistem komputer. Justeru, pihak panitia sekolah yang mampu mengadakan kursus dalaman berkala bagi memberi kemahiran kepada guru-guru yang masih belum mahir menggunakan Internet dalam mencari maklumat untuk bahan pengajaran, memberi peluang kepada guru untuk menguasai kemahiran ini. 2.3.2 Penyediaan Kemudahan Salah satu faktor lain yang mempengaruhi penggunaan Internet dalam kalangan guru adalah disebabkan pengaksesan yang mudah (Anderson dan Harris, 1997:21). Sekolah yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur komputer dan internet memudahkan guru menggunakan faedahnya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Perisian juga mempengaruhi minat guru menggunakan Internet (Maddux, 1994:38). Perisian yang dicemari virus dan gerak akses yang perlahan menyebabkan guru tidak berminat untuk menggunakannya. Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan 2011, bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilakukan atas talian dapat dicapai dengan lebih lancar, usaha-usaha peningkatan dan penambahbaikan dalam rangkaian Internet di sekolah telah dilaksanakan dengan menaik taraf lebar jalur dan menukar teknologi Internet yang sesuai secara berperingkat demi menampung keperluan. Pemasangan talian Internet di sekolah telah dijalankan sehingga 31 Disember 2010. 26 buah sekolah di Selangor dan Putrajaya pada ketika ini telah dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar FTTS yang berkelajuan 10Mbps. Sebanyak 5953 sekolah dipasang dengan Internet berkelajuan ADSL 1 Mbps, 563 sekolah dengan IPVPN ADSL Bonding 4 Mbps dan 3347 sekolah dengan 4 VSAT 1 Mbps.

( Sumber: Bahagian Teknologi Pendidikan, http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=38) Selain itu, sepanjang tahun 2011 sebanyak satu juta unit komputer riba 1Malaysia sudah diedarkan kepada murid yang terpilih untuk menikmati kemudahan pendidikan. (Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pen didikan&pg=pe_01.htm , 16/08/2011 )

2.3.3

Penyediaan Bahan Pengajaran

Untuk memudahkan guru menggunakan kemudahan teknologi Internet dalam pengajaran dan pembelajaran, pihak panitia daerah boleh mewujudkan suatu pasukan pembina bahan pengajaran menggunakan komputer dan Internet dan bahan yang dihasilkan dikongsi bersama. Justeru kemudahan ini dapat diagih dan digunakan di sekolah. Selain itu, pihak panitia juga boleh mengadakan suatu perjumpaan bagi meneliti perisian kursus yang dibekalkan. Guru-guru yang dibahagikan dalam kumpulan perlu membincangkan kaedah terbaik menggunakan perisian kursus yang dibekalkan. Penyediaan modul untuk digunakan bersama perisian kursus berkenaan merupakan langkah terbaik untuk memberi peluang kepada guru untuk mengajar murid menggunakan teknologi Internet. Kerajaan juga telah menyediakan beberapa laman web untuk tujuan pendidikan seperti EduwebTV dan SchoolNet bagi memberi peluang kepada guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. EduwebTV mengandungi rancangan akademik, rencana, wawancara, kurikulum, interaktif dan siaran langsung arkib. 2.4 Ancaman (Threaten) 2.4.1 Sikap Negatif Dalam apa-apa pun tujuan, sikap guru merupakan faktor utama keberkesanan sesuatu program (Johnston, 1987:51). Kejayaan penggunaan Internet sebagai alat bantu mengajar di sekolah memerlukan penerimaan guru terhadapnya. Sikap negatif guru akan menghalang pelaksanaan penggunaan teknologi Internet dalam pengajaran dan pembelajaran (Bilss, Chandra, dan Fox, 1986:23). Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran. Guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa mereka memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam kelas tetapi masih belum mengambil tindakan. Justeru, sikap negatif guru menjadi ancaman utama dalam menggunakan kemudahan Internet sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. 3.0 Implikasi Isu Terhadap Murid, Guru, Masyarakat dan Kualiti Pendidikan 3.1 Implikasi Isu Terhadap Murid Isu yang diutarakan ini, memberi kesan yang negatif kepada murid, antaranya murid yang terdiri dalam galangan remaja akan lebih bersifat mementingkan diri sendiri dan tidak bercampur dengan masyarakat setempat. Hal ini demikian kerana, masa yang terluang akan digunakan untuk melayari Internet dan mengabaikan aktiviti yang dianjurkan oleh komuniti setempat.

Pendedahan mata terhadap skrin komputer yang lama menyebabkan kesihatan seseorang akan menyusut. Cecair mata akan cepat kering dan menyebabkan kepenatan. Di samping itu, murid juga akan terdedah dengan gejala sosial yang tidak terkawal dan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir buruk. Hal ini demikian kerana, melayari Internet yang berkonsepkan dunia tanpa sempadan menyebabkan murid lebih mudah mencapai bahan bacaan yang merosakkan akhlak dan lebih teruk lagi apabila mudah terjebak dengan jenayah siber. Laporan akbar baru-baru ini menyatakan jenayah siber di negara kita menunjukkan peningkatan yang drastik berbanding dua tahun yang lepas. Implikasi pencinta dalam Internet juga merupakan satu ancaman yang besar kepada murid. Implikasi ini menyebabkan murid akan meluangkan lebih masa dengan laman sosial dan mengabaikan pelajaran. Secara tidak langsung, prestasi dalam pendidikan akan merudum. Implikasi ini juga menyumbang kepada kes kahwin lari mengikut pasangan. 3.2 Implikasi Isu Terhadap Guru Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membuka peluang untuk berkomunikasi dengan lebih mudah dan cepat. Salah satu kaedah komunikasi yang semakin luas penggunanya dalam sektor awam ialah Internet dan mel elektronik (e-mel). Selain daripada memudah dan mempercepatkan komunikasi, kaedah ini dapat mengurangkan penggunaan kertas dan akhirnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti perkhidmatan (Jabatan Perdana Menteri Malaysia, 2003). Isu ini memberi kesan kepada pengurusan masa guru membahagikan masa untuk menyiapkan kerja di sekolah dan masa untuk menyediakan tugasan murid dalam talian. Hal ini menyebabkan guru mudah terdedah kepada tekanan emosi yang terlampau. Guru juga mestilah mempunyai ketabahan dalam menilai hasil tugasan murid yang menggunakan bahan Internet bagi mengelakkan amalan plagiat. Kenyataan ini menjadi ancaman dan seterusnya memberi kesan kepada penulisan ilmiah. 3.3 Implikasi Isu Terhadap Masyarakat Dalam penggunaan Internet terkandung pelbagai gabungan teknologi media yang menjadi wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran. Contohnya dalam penggunaan Internet, teknologi yang digunakan ialah televisyen secara langsung, radio online, video dan movie, animasi dan audio. Implikasi yang dominan bagi masyarakat ialah keruntuhan rukun tetangga. Penglibatan peringkat kelima dalam rukun tetangga menyebabkan masyarakat setempat gagal membendung masalah sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, segala aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan kelab rukun tetangga akan menjadi lengang lantaran dihadiri oleh golongan tua sahaja. Lantaran ini, hubungan dalam keluarga menjadi renggang. Hal ini kerana, murid tidak berkesempatan untuk meluangkan masa dengan ahli keluarga. Kekangan masa ini berlaku

kerana murid tidak meletakkan perihal keluarga sebagai keutamaan malah lebih mementingkan Internet daripada segala-galanya. 3.4 Implikasi Isu Terhadap Pendidikan a. Kualiti Pendidikan Penggunaan Internet dan e-mel yang sistematik dan pantas jika tidak diuruskan dengan baik boleh menjejaskan keselamatan terhadap data, dokumen atau sebarang maklumat melalui penghantaran media elektronik. Dengan itu, kawalan yang teratur dan perlindungan keselamatan ICT yang bersesuaian perlu diwujudkan supaya penggunaan Internet dan e-mel bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan berkomunikasi, tetapi dapat menjamin keselamatan maklumat yang dihantar dan diterima. b. Pentadbir Sekolah Pihak pentadbir perlu mengelolakan latihan dan perkhidmatan menggunakan Internet untuk meningkatkan tahap pengetahuan guru. Galakan terhadap penggunaan Internet juga perlu diberikan kepada guru-guru dengan menyediakan akses tanpa had ke atas talian untuk memudahkan guru menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru sekolah akan bersikap positif terhadap penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran sekiranya tuntutan ini disediakan pentadbir sekolah. c. Guru Sekolah Guru harus lebih proaktif terhadap penggunaan Internet dengan menyertai kursus Internet yang dikendalikan pihak swasta sebagai alternatif untuk menggunakan Internet dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Internet sebagai media pendidikan masa kini harus disedari guru. Sikap guru yang positif terhadap penggunaan Internet dapat merealisasikan aspirasi pendidikan yang dicadangkan kementerian Pendidikan. Dalam hal ini, Internet menjadi inovasi penyampaian pengajaran yang dilakukan secara komprehensif. d. Kementerian Pendidikan Sekiranya kerajaan menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti perkakasan dan sistem rangkaian tetapi tidak memberi latihan pengguanan yang cukup kepada guru, sudah tentu matlamat pedidikan menggunakan kecanggihan teknologi tidak dapat dicapai. Kementerian Pendidikan harus menawarkan kursus yang bersesuaian dengan kegunaan guru di peringkat sekolah seperti pengajaran menerusi mel-elektronik, telesidang audio dan video dan lain-lain yang berkaitan. Sekiranya kemudahan Internet dapat dieksploitasi dengan baik, tentulah matlamat kerajaan akan berjaya dicapai. 4.0 Penutup Penggunaan Internet mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi, para guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan

teknologi ini dalam pengajaran mereka. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti sejajar dengan perubahan dalam pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, hal ini sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Internet hanya sebagai alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hakikatnya penggunaan Internet masih memerlukan tenaga guru untuk membimbing dan mendidik murid untuk mencemai kecemerlangan dalam pendidikan.

History
The Internet began as something called the ARPANET in 1969. Known formally as the Advanced Research Projects Agency, it began with four computers and eventually grew from there. It has been documented that Charley Kline was the first person to use the ARPANET (Kleinrock, 2005). Although this is the most common source of the starting of what we call the Internet, there exist additional theories on its emergence. A detailed evolution of the Internet can be found by visiting the Internet Society. Additionally, a chronological perspective of the Internet from 1957 to present can be found at www.davesite.com.

The computer and Internet in education, on the other hand, have a different story. Within the last 20 years, many school boards have invested large portions of their school budgets on computers and computer technology (Roland,2005). It was expected that these new technologies would advance classroom teaching, as well as facilitate student learning. This potential was not fully realized or implemented until the mid 90s (Woessmann & Fuchs, 2004). The advent of hypertext and web browsers such as Mosaic enabled those without extensive computer background to navigate the Internet (Andreesen,

2005). This set the stage for schools to integrate the Internet into many academic domains spanning from primary school to post-secondary students.
Back

Advantages
The use of the Internet supports interactive, hands-on style learning. This type of learning has been proven to provide students with additional understanding and experience. Many studies have shown that this style of learning results in better retention and understanding of a given topic (Lee, 2005). Using Web Quests allow students to gather large amounts of appropriate information in a short time span on a specified subject matter; similar to a leaded search (Dodge, 2005).

Students can now use the Internet to find information on a vast array of topics or concepts that might be required for school projects and inquiry-based learning. The days of using a physical Encyclopedia found in the school library have long been replaced by online and interactive encyclopedias, (such as Britannica Online ) featuring movies, pictures and interactive timelines. In the past, a students research on any particular assignment or topic could be limited by the recentness and number of resources that were available in the school library.

With the Internet, a large portion of information is continually revised in almost real-time when considering current events. (Columbia University Press, 2003) and (Drudge, 2006)

Teachers can use the Internet to peruse a number of potential resources to make use of within their classrooms, especially by visiting Education Resource sites (Murray State University, 2005). Such sites can offer articles, books, lesson plans, activities, and more. The use of blogs, instant messaging, e-mail and newsgroups has given the student a chance to continually broaden their understandings by participating in dialogue between peers, the teacher, and other credible sources of information (FunnyMonkey, 2005). Answers are seldom subject to large waiting times, but are accessed almost immediately. Queries about topics or confusing subject matter can be resolved fairly quickly by an e-mail to the teacher, a posting on the class blog, a quick message to a friend over IM, or inquiring a larger audience in Listserv format, such as teachers.net. Projects have been initiated online to actively change the classroom to more of an inclusive environment (Tomko, 2001) which would allow equal opportunities to disadvantaged students. When considering a specific class or course, teachers can build their own resource site for their class or subject. Students can access the teachers site, which could contain syllabi, course information, curricula, practice exam questions, and subjectpertaining links. Online sites can help build a web-based education system by analyzing resources, designing, implementing the site, evaluating its effectiveness, as well as

managing, modifying, and updating it (McCormack & Jones,


1999).

Many schools now offer online courses that allow students to learn more independently. The majority of course work for such classes can be completed online to accommodate individuals who work fulltime and do not have time to attend scheduled classes (All Star Directories, 2006). The Athabasca University is one such example. Registration for these courses can be done directly on their website, www.athabascau.ca while the courses offered can be researched at the same time (Athabasca University, 2006). Online education has opened many doors for people that might not have been able to go to school before because of prevailing circumstances. By pursuing ones education online, individuals have the ability to work at their own pace, on their own time, and on many possible fields of study (EduSearch Network, 2005)
Back

Disadvantages
An immediate consideration to adding numerous connected computers to a classroom or school is the high cost of such a venture, and whether it is actually beneficial to student achievement (Farnsworth, 1995). While at the same time, having such technologies available at school may alienate and cause a disadvantage to those students who may

not have access to similar technologies at home. This can further reveal the socio-economic gap between those who have and those that have not, known as the technological divide (Statistics Canada, 2003).

Students may use online search engines in order to gain insights and understanding, yet there are no Internet police that can ascertain the reliability of any information. Save from using prescribed sites, there is no assurance that any source found on the Internet can be academically confirmed (Harris, 1997). There have also been reports where students have abused the use of Internet in schools to bully and harass other students. The use of IMs can allow unmediated chats to occur, where a new form of bullying can take place (Field & Field, 2005). Lending ones password can result in a form of identity theft among peers and with the use of these instant response programs including e-mail, more and more information such as assignment content can be passed from class to class and student to student (Hernndez-Ramos, 2004)
Back

You might also like