P. 1
TEKS PIDATO

TEKS PIDATO

1.0

|Views: 7,552|Likes:
Published by yahyot

More info:

Published by: yahyot on Apr 08, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/17/2014

pdf

text

original

TAJUK :PENDIDIK CEMERLANG PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BIsmillahirrahmanirrahim.. Mahatma Gandhi pernah berkata :Jadilah sebahagian daripada perubahan yang ingin kamu saksikan di dunia ini. “” Begitulah dominannya peranan seorang pendidikyang cemerlang dalam menjana transformasi pendidikan Negara. Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,dan seterusnya seantero dewan yang budiman. Assalamualaikum , salam sejahtera, dan salam satu Malaysia.. PENDIDIK CEMERLANG PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA BEGITULAH MAUDUK PEMBUKA BICARA. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran Malaysia, pendidik Cemerlang ialah pendidik yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.Pendidik Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. Kecemerlangan yang ada pada pendidik akan membawa perubahan kepada system pendidikan Negara.

. berdaya saing. bermulalah “kurikulum standard sekolah rendah‟ yang kini sudah masuk tahun kedua. maka transformasi pendidikan Negara berjaya dilakasanakan. Bingkisan wacana saya yang pertama berpaksikan “pendidik Cemerlang ialah Pendidik yang mempunyai peribadi. berketrampilan. seterusnya berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Program Memartabatkan Bahasa Melayu. dan berpegang teguh kepada etika perguruan.Buktinya pada tahun 2010. Datuk Abd. Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) berjaya direntas dan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.” Pendidik cemerlang ialah pendidik yang mempunyai sahsiah yang terpuji. Sidang dewan yang berwawasan. kemahiran dan pengetahuan yang unggul. Pendidik cemerlang jugamampu menguasai bidang kepakarannya. menjadi pakar rujuk. Ghafar Mahmud "Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek. sekolah berprestasi tinggi kian membanggakan." Dengan adanya pendidik yang cemerlang ini. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran.Sidang dewan yang budiman.

pendidikan di Malaysia memerlukan pendidik yang mempunyai hasil kerja yang gemilang dan komunikasi yang terbilang bagi menggerakkan transformasi pendidikan Negara bertaraf dunia. HASIL KERJA GEMILANG. Safee Sali yang tangkas beraksi harimau malaya. perlulah berupaya meningkatkan hasil pembelajaran ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini selaras dengan BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) yang bermatlamat mentransformasikan pendidikan Negara di peringkat global. KOMUNIKASI TERBILANG” Sebagai pendidik. Mari bersama saya menyusuri wacana ke-2 “PENDIDIK CEMERLANG. Menurut dato‟ seri Muhammad najib tun abdul razak.Yang tidur. ROZITA CHE WAN YANG CANTIK . Pendidik juga harus memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi. Yang celik. Seandainya saya bertanyakan anda tentang kumpulan JOZAN dengan lawak tak kering gusi mereka. bukalah minda. bangkitlah.

Nur Adibah Mohd Hadzi. Nuradiza Rani dan Rohaizah Mohd Faijan Daniel Rajasingam Subramaniam ? Sudah tentu jawapannya TIDAK kerana mereka ini merupakan pelajar yang telah mengharumkan nama Negara di arena antarabangsa. adakah anda kenal nama-nama seperti : Amy Ng May Kay. dan komunikasi pendidik yang terbilang. hasil kerja pendidik yang gemilang. Amy Ng May Kay ialah pemenang pingat emas dalam pertandingan APEC Future Scientist Conference. Nur Adibah Mohd Hadzi.LAGI MENAWAN sudah pasti anda sedia maklum. Nuradiza Rani dan Rohaizah Mohd Faijan merupakan pemenang Anugerah Kedua Pengawal Pantai Amerika Syarikat atas ciptaan „Bum Minyak Asli‟ mereka manakala Daniel Rajasingam Subramaniam telahmemenangi hadiah utama Anugerah Kesusasteraan Dublin untuk Remaja Malaysia 2011. Kehebatan mereka ini adalah hasil daripada pendidik cemerlang. . Lantaran itu. Tetapi. transformasi pendidikan Negara bertaraf dunia akan dapat direalisasikan.

Sesungguhnya. proaktif dan inovatif serta sentiasa berada di barisan hadapan agar sistem pendidikan Negara dinamik dan progresif. Membaca .Sidang dewan penjana transformasi. PENDIDIK BERWAWASAN. menulis dan mengira (3M) menjadi asas kepada pembentukan akademik seseorang pelajar. pendidik cemerlang seharusnya berupaya menjana idea baru dalam pelbagai bidang dan berkongsi idea bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.Pendidik juga haruslah mempunyai inisiatif dan bersifat responsif dalam mentransformasikan pendidikan negara untuk mendepani cabaran globalisasi. bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan 3M. Menurut Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malayasia yang kelima mengatakan bahawa warga pendidik perlulah berwawasan. . PROAKTIF DAN INOVATIF Dalam hal ini. program transformasi pendidikan yang telah dijalankan ini membantu murid-murid kearah penguasaan 3M yang lebih mantap.program Literasi dan Numerasi ( LINUS) telah diperkenalkan. Dalam bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA pendidikan. Mari kita meneliti wacana saya yang ke -3 PENDIDIK CEMERLANG.

menurutTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran. Zahri Aziz. proaktif dan inovatif dalam melaksanakan transformasi pendidikan Negara. yang mempunyai wawasan tinggi. Dr. .Buktinya .pencapaian Literasi dan Numerasi meningkat kepada 85 peratus berbanding 64 peratus manakala kadar numerasi meningkat kepada 91 peratus berbanding 73 peratus pada saringan kedua dan ketiga selepas diperkenalkan pada tahun 2010.Kejayaan ini dicapai apabila pendidik cemerlang.

Beliau berkata. Katanya. Selain itu. „„Dalam NKRA Pendidikan. – Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) program Transformasi Kerajaan (GTP) berjaya meningkatkan taraf pendidikan dan prestasi pencapaian pelajar-pelajar sekolah kebangsaan tahun lalu dan dijangka bertambah baik tahun ini. Antara perkara yang diberi penekanan dan keutamaan termasuk profesioan keguruan lebih menarik serta membangunkan guru-guru yang cemerlang. Ketua Pengarah Pelajaran. Ghafar Mahmud berkata. emosi. . rohani dan jasmani. di samping empat sub-bidang NKRA (lihat carta). emosi. aspirasi NKRA Pendidikan juga adalah untuk memastikan pendidikan berkualiti dan berkemampuan dapat dikecapi oleh semua pihak bagi menambahbaik dan meningkatkan taraf penduduk Malaysia secara menyeluruh.4 NKRA Pendidikan lepasi sasaran PUTRAJAYA 20 Feb. literasi dan numerasi serta Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) termasuk Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP).‟‟ katanya dalam satu kenyataan. rohani dan jasmani sekali gus membangunkan modal insan cemerlang bagi mencapai hasrat menuju negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai. aspirasi NKRA Pendidikan memberi penekanan kepada meningkatkan pencapaian pelajar secara holistik dari segi intelektual. dua fokus utama telah dijadikan asas kepada transformasi yang dilaksanakan iaitu memastikan semua kanak-kanak mendapat permulaan pendidikan berkualiti serta membangunkan budaya pencapaian untuk memacu transformasi dalam sistem pendidikan. Datuk Abd. „„Hasil satu kajian syarikat perunding antararbangsa ke atas sistem pencicikan dinegara-negara maju membuktikan bahawa kualiti guru merupakan pemangkin utama dalam memastikan kecemerlangan sistem pendidikan sesebuah negara. “Aspirasi NKRA memberi penekanan kepada pencapaian pelajar secara holistik dari segi intelektual. ia dibuktikan melalui pencapaian cemerlang empat NKRA yang melepasi sasaran asal iaitu prestasi prasekolah.‟‟ katanya. „„Peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat pendidikan amat penting untuk membangunkan modal insan yang cemerlang bagi menghasilkan tenaga kerja mahir supaya Malaysia menjadi negarar berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. bidang-bidang utama lain juga akan ditambah baik untuk memastikan kelangsungan transformasi serta menghasilkan outcome seperti dihasratkan.

„„Bantuan makan untuk kanak-kanak prasekolah awam pula telah diselaraskan dan dinaikkan kepada RM1.300 ke bawah layak menerima bantuan yuran sebanyak RM150 sebulan membabitkan peruntukan sebanyak RM10. „„Ini termasuk prasekolah swasta yang telah berjaya dibuka melebihi unjuran daripada 488 kepada 625 sekali gus menyaksikan 701.500. 1. Kementerian Pelajaran juga sedang melaksanakan transformasi kurikulum bagi memastikan modal insan yang dihasilkan memenuhi permintaan dan keperluan bagi mencapai taraf negara maju.000 (Kemas). . seramai 3.439 guru prasekolah awam dan swasta telah mendapat latihan daripada 11 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) manakala 3. „„Sebanyak 315 buah prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran telah beroperasi mulai Januari tahun lalu dan tambahan sembilan kelas dibina di Sarawak dan pusat komuniti di Sabah yang mula beroperasi mulai pertengahan Jun 2010.9 juta.80 di Semenanjung dan RM2. Bagi pencapaian Literasi dan Numerasi (Linus). Zahri Aziz berkata. „„Pada tahun ini sebanyak 715 prasekolah kementerian. Pada masa sama. mengikuti pendidikan prasekolah swasta. seramai 24.‟‟ katanya. beliau berkata. peratus murid yang menguasai literasi meningkat kepada 85 peratus berbanding 64 peratus manakala kadar numerasi meningkat kepada 91 peratus berbanding 73 peratus pada saringan kedua dan ketiga. pencapaian setakat ini merupakan satu indikator kepada sasaran untuk 2012 nanti. Sementara itu.561 lagi dilatih oleh Institut Pendidikan Guru (IPG).” katanya. 50 prasekolah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan 500 prasekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah mula beroperasi. Zahri memberitahu.8 juta. „„Pemberian bantuan yuran adalah untuk menggalakkan semua kanak-kanak yang tinggal di kawasan tiada prasekolah awam. pencapaian prasekolah telah melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 72. Zahri berkata. „„Selain itu.‟‟ katanya. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran. Dr.‟‟ katanya. Dalam pada itu. „„Walaupun tidak mencapai sasaran 90 peratus. Transformasi kurikulum juga memberi penekanan kepada aspek penguasaaan bahasa khususnya Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan bahasa ibunda murid.Pada masa yang sama.05 di Sabah dan Sarawak melibatkan peruntukan sebanyak RM4. 50 (JPNIN) dan 1.42 peratus berbanding 72 peratus dengan bilangan prasekolah sebanyak 1.179 murid prasekolah swasta daripada keluarga berpendapatan RM2.144 kanak-kanak berusia empat dan lima tahun ke atas di seluruh negara telah menyertai prasekolah.000 (swasta) dijangka beroperasi.

Amerika Syarikat dengan projek bertajuk Natural Oil Boom.‟‟ katanya. didapati sekolah-sekolah berprestasi rendah telah berjaya menunjukkan pencapaian yang baik. . Antaranya tiga orang pelajar Kolej Tunku Kurshiah muncul sebagai Naib Johan Intel ISEF dalam kategori Special Award di San Jose. „„Pada masa sama. Sukan Komanwel dan Sukan Asia. dua perak dan satu gangsa dalam Malaysian Open serta mewakili negara dalam 51st Japan Open Swimming Championship. SBT sedia ada akan dipantau bagi memastikan petunjuk prestasi utama (KPI) dan sasaran yang ditetapkan tercapai.Sementara itu. Sementara itu. satu emas dan satu perak dalam SEA Age Group . banyak kejayaan dirangkul sekolah terbabit di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. kokurikulum dan pembentukan sahsiah pelajar. satu emas. mereka perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang cemerlang. satu pingat perak dan dua pingat gangsa dalam Mathematics Olympiad. guru besar atau pengetua yang layak menerima ganjaran menerusi tawaran baru berdasarkan Bai„ah. bebas daripada sebarang tindakan tata tertib serta tiada audit bersyarat. SK Bandar Baru Uda 2 pula memenangi dua pingat emas. ia ternyata berkesan apabila dinilai menerusi pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). „„Kriteria bagi sekolah rendah pula mempunyai syarat tambahan iaitu mencapai sasaran Linus yang ditetapkan. Seorang pelajar SMK Aminuddin Baki pula memenangi pelbagai pertandingan renang peringkat antarabangsa iaitu dua pingat perak dalam 2nd ASEAN School Games. Sebanyak 140 daripada 209 sekolah rendah telah menunjukkan penambahbaikkan dalam pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS).‟‟ katanya. „„Menerusi program SIP yang diperkenalkan bagi membantu sekolah-sekolah berprestasi rendah. katanya. Berdasarkan perbandingan pencapaian UPSR tahun 2009 dan 2010. sejak 20 sekolah SBT dipilih berdasarkan kecemerlangan akademik.

.

kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. iaitu :        Pembangunan tenaga manusia Kepesatan pertumbuhan ekonomi Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual Pembangunan teknologi dan sains Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education". standard. khususnya dari segi kualiti. kuantiti. ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai .KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353) PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA: ANTARA SUMBANGAN DAN CABARAN DALAM MENEMPUH ABAD KE21. ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis. Pendahuluan Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Dilihat dari perspektif yang luas.

Oleh yang demikian. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu.sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan. agama. Ketua Pengarah Pelajaran. pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" adalah amat bertepatan sekali. jurutera sosial. bangsa dan negara. Ghafar Mahmud berkata. penyubur perpaduan. pencorak minda. Datuk Abd.Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa. PERANAN guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri. . pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek.

berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. . polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah. Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar. Terang beliau lagi. berdaya saing. "Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru." katanya ketika ditemui Utusan Malaysia."Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek. "Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif. baru-baru ini." jelas beliau. "Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S). Menurut beliau. Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang 2020 yang dilancarkan pada awal tahun lalu menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan negara.

" ujarnya. kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik. Abd. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar. Ghafar berkata. "Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum. "Keprihatinan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru."Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah. menambah baik infrastruktur . kemahiran asas literasi dan numerasi. budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian lama. "Namun demikian. cadangan wujudkan jawatan pembantu guru. kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. saya menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah. "Justeru." tambahnya. transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku kerana ia selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan. semua pelan yang direncanakan pasti sukar untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka. Beliau menambah. tanpa komitmen dan usaha gigih para guru.

Menurut Abd. . disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. tahap sosio ekonomi." jelasnya. Abd. menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga peringkat JUSA C. guru-guru dan murid-murid walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan dalam agenda semasa kerajaan. "Konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa dipraktiskan oleh pihak kementerian bagi memastikan peluang mengikuti pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira batas geografi. usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja." terang beliau." terangnya. gender. Ghafar berkata.sekolah. pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir seperti penyediaan Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi pendidikan khas bagi kanak-kanak kelainan upaya "Kementerian Pelajaran juga telah mengambil langkah memperkemas dan menambah baik syarat dan kriteria pengambilan guru pelatih bagi kursus pra perkhidmatan. "Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati. cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa bidang pendidikan. Ghafar. bangsa dan fahaman politik. Katanya lagi.

"Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif. kreatif serta inovatif. 11 Julai -. "Maktab ini membanggakan Jabatan Pelajaran serta meletakkan Sabah dan Malaysia di peta ." jelasnya. warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. KOTA KINABALU.Katanya. Beliau berkata kejayaan maktab itu meraih tiga pingat emas dan satu anugerah harus dijadikan motivasi oleh pelajar serta sekolah di seluruh Sabah dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik. kata Pengarah Pelajaran Negeri Datuk Dr Muhiddin Yusin.Pencapaian luar biasa pelajar Maktab Sabah di Pertandingan Tarian Dunia 2011 di Paris baru-baru ini membuktikan pelajar negeri ini mampu bersaing dan cemerlang di peringkat antarabangsa. "Guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu.

" katanya pada majlis penghargaan di sekolah itu Isnin. setaraf dengan institusi dari negara maju. "Kejayaan Maktab Sabah akan membuka mata semua pihak dan meningkatkan keyakinan mereka bahawa sekolah tempatan mampu mencipta nama dalam acara di peringkat antarabangsa.dunia dalam bidang tarian di kalangan pelajar sekolah. serta meraih pingat emas bagi segmen Kontemporari dan Keseluruhan Terbaik. Minggu lepas. selain mencatat kemenangan berganda bagi kategori Duet/Trio. menewaskan 27 pasukan lain dalam kategori Tarian Rakyat (Berpasukan). Koreografer untuk pasukan yang dianggotai lapan pelajar lelaki dan dua perempuan turut menerima Anugerah Koreografi Terbaik . Maktab Sabah menerusi penyertaan sulungnya di WDC.

berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Hasil kerja Guru Cemrlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) kea rah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. c. . mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan. Pengetahuan dan kemahiran Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan matapelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya. menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran. bahan sumber. Peribadi Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji.Ciri-ciri Guru Cemerlang Guru Cemerlang mempunyai cirri-ciri yang berikut dari segi kualiti: a. b. bijak mengurus masa. berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik. alat pengajaran dan pembelajaran.

d. e. Potensi Guru Cemerlang ialah guru berwawasan. f. Komunikasi Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi. proaktif. bersifat responsive dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. mempunyai inisiatif. . Sumbangan kepada kemajuan pendidikan Negara Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->