You are on page 1of 3

Cadangkan peranan kerajaan dan masyarakat setempat supaya hubungan etnik rakyat Malaysia dapat dikukuhkan lagi.

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan berjaya menjadi contoh dalam hubungan etnik. Hal ini kerana Malaysia Berjaya mengekalkan perpaduan dan keharmonian kaum. Ini merupakan hasil kerjasama semua pihak termasuk kerajaan dan rakyat. Kerajaan merupakan tonggak utama dalam proses mewujudkan perpaduan. Walaubagaimanapun masih berhadapan dengan cabaran-cabaran dan

halangan-halangan bagi memperkukuhkan lagi perpaduan kaum. Selepas MAGERAN dibubarkan, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada 23 Februari 1971. Ia bertanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Perpaduan Negara. Kerajaan telah merangka pelbagai dasar semenjak selepas merdeka sehingga kini bagi menjamin perpaduan hubungan pelbagai etnik. Dasar yang dimaksudkan ialah dasar Pendidikan Kebangsaan, dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Ekonomi Baru. Dasardasar ini diperkukuhkan dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideologi Kebangsaan. Untuk mengukuhkan lagi hubungan etnik rakyat Malaysia, kerajaan memainkan peranan yang amat penting. Kerajaan harus memperkasakan sekolah kebangsaan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan dipertingkatkan. 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru sekolah rendah harus berijazah menjelang 2010. Semangat perpaduan di kalangan pelajar bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak sekolah tetapi juga institut pendidikan tinggi. Antara langkah yang boleh dijalankan adalah pihak sekolah tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda dengan memperkenalkan pengajaran Bahasa Mandarin dan juga Bahasa Tamil. Pihak sekolah harus member kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik dengan mengadakan lebih aktiviti antara golongan etnik. Selain itu, sekolah juga boleh mengadakan program interaksi

antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik ke dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain. Selain memperkasakan sekolah kebangsaan, Sekolah Wawasan juga merupakan salah satu pendekatan alternative untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan intergasi nasional. Tujuan sekolah wawasan diadakan ialah untuk mewujudkan persekitaran yang member peluang yang luas kepada para pelajar pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi. Peranan masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam pengukuhan hubungan etnik. Sebagai rakyat Malaysia seharusnya memahami identiti bangsa yang pelbagai dengan menekankan semangat muhibbah, hormatmenghormati, bekerjasama dan bertolenransi. Konsep masyarakat berintergrasi di kalangan rakyat boleh berlaku melalui interaksi sosial dan jalinan hubungan etnik yang berpanjangan dalam kalangan anggota komuniti tanpa sebarang perasaan negatif. Dengan memahami identiti bangsa masyarakat yang pelbagai dalam usaha membentuk masyarakat yang berintergrasi yang lebih earat dan berkekalan. Selain itu, melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga dapat mengukuhkan hubungan etnik rakyat Malaysia. Tujuan PLKN adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda dan juga dapat memupuk perpaduan kaum serta intergrasi national. Sebagai rakyat Malaysia seharusnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PLKN ini dan supaya melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh dengan keyakinan. Pihak kerajaan juga boleh mengukuhkan hubungan etnik dari segi strategi kebudayaan. Hal ini akan melahirkan kebudayaan nasional yang akan membangkitkan kebudayaan yang menjadi hak milik bersama rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan wilayah. Ia akan menjadi asas kepada pembinaan jati diri nasional dan perpaduan negara. Hal ini disebabkan kebudayaan nasional berteraskan kepada 3 prinsip yang utama iaitu kebudayaan kebangsaan

Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsurusnsur kebudayaan lain dianggap wajar dan sesuai boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan akhir sekali Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Selain daripada pihak kerajaan dan rakyat memainkan peranaan dalam pengukuhan hubungan etnik, pihak swasta juga memainkan peranaan yang agak berat. Terdapat pelbagai pertubuhan yang berasaskan golongan etnik namun terdapat pertubuhan menaungi Malaysia tidak induk pada peringkat ini seperti Aspek

k e b a n g s a a n yang Pertubuhan kepimpinan Belia tetapi

pertubuhan-pertubuhan dan Perusahaan oleh

Malaysia.

diterajui

pemimpin

daripada

sesebuah etnik sahaja kerana semua etnik berpeluang menjadi pemimpin seperti Majlis Belia Malaysia yang disertai oleh pelbagai etnik. Terdapat pelbagai pertubuhan berteraskan sesebuah kaum n a m u n k e s e m p a t a n i n i h a r u s d i g u n a k a n s e b a i k m u n g k i n d e n g a n cara seperti mengadakan dialog dan seminar untuk memahami permasalahan yang ujud dan mencari penyelesaiannya. Contohnya, Angkatan BeliaI slam Malaysia (ABIM) sentiasa mengadakan seminar bagi menjelaskan

kepentingan hubungan e t n i k d a l a m k o n t e k s M a l a y s i a . Kesimpulannya, setiap etnik mempunyai jati diri yang tertentu dan diamalkan mengikut kaum masing-masing. Kepelbgaian ini merupakan satu keunikan tersendiri bagi masyarakat Malaysia. Usaha ini untuk meraikan kepelbagaian ini bertujuan mewujudkan keharmonian dan setiap warganegara haruslah menghormati jati diri dan juga hak-hak etnik lain.

You might also like