P. 1
19449407 Jenisjenis Makna Dalam Bahasa Melayu

19449407 Jenisjenis Makna Dalam Bahasa Melayu

|Views: 55|Likes:
Published by Mar Mariati

More info:

Published by: Mar Mariati on Apr 08, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/13/2013

pdf

text

original

Pendahuluan Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan

sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pengertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya, makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan. Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang ilmu yang lain iaitu dicipta pada akhir abad ke-19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang ( Leonard Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud ‘kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna significant iaitu ‘penting’ atau ‘beerti’ ( Hashim Musa, Ong Chin Guan, 1998). Selain itu, ‘sema’ juga beerti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna konsepsual, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenis-jenis makna ini dapat memberikan gambaran yang tertentu daripada maksud tersurat dan tersirat. a) Makna Konsepsual

1

Sintaksis. Kita tidak mungkin dapat menentukan makna. ia menjadi kurang sesuai untuk diucapkan. dan Semantik.. memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual tersebut. Contohnya perkataan wanita dan perempuan mempunyai makna yang sama iaitu ‘manusia dewasa yang bukan lakilaki’ (Kamus Dewan.Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian.al. Pemahaman konsep adalah sangat mustahak. Bagi penutur tindakan pertama ialah mengenkod makna(ujaran daripada penutur) apa yang Palmer (1992) menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan ‘kata’ dan ‘benda’ 2 . Sebab itulah dalam formulasi ‘segitiga semiotik’ yang dibuat oleh Ogden dan Richards meletakkan pemikiran itu pada tahap yang atas sekali. konotasi antara ‘wanita’ dan ‘perempuan adalah berbeza. proses. konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. 2005). Organisasi makna konseptual adalah rumit dan sofistikated (Kushartanti et. prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik seseorang. wanita dewasa. Leech (1974). mengaitkan ‘konsep’ dengan dua prinsip iaitu. Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap ini iaitu Fonologi. keadaan. Selain itu. wanita bekerjaya. atau konsep lainnya (Abdul Chaer. Menurut Leech (1974) di dalam makna konseptual. 2001). melalui perantaraan konsep pemikiran. iaitu ‘ segitiga semiotik’. Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923). Makna konseptual merupakan konsep makna yang terpenting sekali dalam bahasa. prinsip konstrastif dan prinsip struktur konstituen. Contohnya. Tetapi sekiranya digunakan perkataan ‘perempuan’. Makna ‘konsep’ adalah mencakup komponen seperti benda. wanita sopan. tindakan. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Contohnya ‘wanita’ boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah. 1990).

peringkat pertama kita perlu buat ialah menetapkan representasi fonologi. kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi.dalam berjalan. memutus buah fikiran. 2004).al. Misalnya. atau pernyataan. penggandaan. perlambangan.. Tanpa konsep. Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya. gambaran. Dalam menganalisis ayat.. memahami. maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal (Kushartanti et. Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif. dan pemajmukan. Contohnya seperti.hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagai akibat berlakunya proses gramatikal. bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya. baik positif mahupun negatif ( Nik Safiah Karim. pengimbuhan. 2005). ber. atau menyatakan sesuatu yang lain. iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan interpretasi. rumah-rumah yang membawa maksud banyak rumah dan penghasilan kata majmuk surat khabar daripada gabungan surat dan khabar. maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana.al. representasi sintaksis. Tetapi menurut Setiawati Dermojuwono. proses ini beralih. 2004). Representasi bermaksud sesuatu yang melambangkan. dan representasi semantik. Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud. 2005) b) Makna Konotatif Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa. Bagi seorang pendengar pula. menggambarkan. 3 . kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. (Kamus Dewan. Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal. (Kushartanti et.

tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya. iaitu ‘pengasingan diri berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi. Bagi masyarakat yang beragama Islam. Bagi umat Islam. duduk bersendirian perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran. maksud perkataan ini telah berubah. babi itu haram. Makna konotatif tidak stabil. jijik. Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu. (Kamus Dewan. iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). Penggunaan kata-kata halus. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu. makna konotatif bersifat periferal. Begitu juga dengan perkataan babi dan khinzir. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud ‘mendekati Allah. Kedua ialah. perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit. tempoh masa dan pengalaman individu. bertafakur (Kamus dewan. kotor. Ketiga. Contohnya. 4 . oleh lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang ( Kamus Dewan. najis atau sesuatu yang negatif. 2004). barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. 2004). nilai rasa mereka berbeza dengan interpretasi masyarakat bukan Islam. dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan pendapat. sedap di dengar. 2004). makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik. Contohnya perkataan ‘khalwat’. bervariasi menurut budaya. Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu. Tetapi pada hari ini.Samalah juga dengan perkataan jantan dan lelaki. Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif. makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan.

Samalah juga bagi perkataan ‘melantak’. Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif. ‘makna mutlak’ atau ‘makna dasar’. maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial. rata-rata anak muda mengakukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan orang lain. Contohnya. 2004). (Nik Safiah Karim. iaitu ‘manusia dewasa bukan laki-laki’. Tetapi sekarang. Kesemuanya dikaitkan dengan makan. menurut penglihatan. ‘makna asal’ .c) Makna Denotatif Menurut Setiawati Dermojuwono di dalam buku Pesona Bahasa. Dengan kata lain makna denotatif ialah ‘makna sebenarnya’. ‘makan’. walaupun . suatu ketika dahulu perkataan aku jarang digunakan kerana rasanya keras dan tidak manis didengar. seperti kerana. Contohnya. perasaan atau pengalaman lainnya. tidak manis didengar dan tidak mengikut tatasusila yang sering dikaitkan dengan orang Melayu. Perbezaan antara makna referensial dengan makna nonreferensial bergantung pada ada atau tidak referen bagi perkataan-perkataan berkenaan (Nik Safiah Karim. ‘sarapan’. kasut dan pakaian. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh seperti makan. Begitu juga dengan perkataan gadis dan perawan yang bermaksud ‘wanita yang belum bersuami’ dan pasangan perkataan isteri dan bini yang bermaksud ‘wanita yang mempunyai suami’. Manakala perkataan yang tergolong sebagai kata tugas seperti kata hubung. atau ‘soru’. Tetapi perkataan melantak itu lebih kasar. Perkataan yang tidak mempunyai referen. Nilai rasa ini sudah menurun. maka ia juga disebut ‘makna sebenar’ . ia berbeza dengan Makna Nonreferensial. kedua-dua perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama. makna denotatif juga sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Contohnya beg. cerdik. pendengaran. Merujuk kepada Makna Referensial pula. cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial. tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. 2004). tidur. namun. kata sendi nama dan kata bantu termasuk dalam perkataan 5 . Makna denotatif pada dasarnya sama dengan makna referensial sebab makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian. Masyarakat sering mempunyai pandangan yang berbeza walaupun perkara yang dibincangkan itu sama. Apabila perkataan mempunyai referen.

1994). fitur sementara stilistik yang dipecahkan kepada. kedudukan status mereka atau pun kita dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adakah loghat. Konteks memainkan peranan penting dalam perbualan antara penutur dengan pendengar. Pertama. slanga. tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu ‘orang yang dipersalahkan’. Makna kambing hitam bukan merupakan gabungan makna kambing dan makna hitam. jargona). ceramah dan sebagainya). kambing hitam. Daripada makna stilistik ini.. d) Makna stilistik Makna stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana sesuatu ujaran itu berlaku. maka perkataan ‘kambing hitam’ dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih dikenali sebagai makna gramatikal (Kushartanti et. makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer. laras (bahasa undang-undang. sains. atau status seseorang 6 . berjenakan. media (samada yang dituturkan. Dialek. 1992). dan modalitas (bahasa syarahan. wacana yang dibahagikan kepada dua bentuk iaitu. Makna Leksikal pula adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. (Robert Sibarani et. dialek yang digunakan. makna yang sesuai dengan referennya. 2003). Ketiga. Contohnya. fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat daripada bahasa yang dituturkan oleh individu itu. Maka jelas bahawa makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya.al. dan tempoh masa ia dituturkan. slanga. Kedua.. jargona.nonreferensial. dialek atau bahasa baku.al. ditulis dan sebagainya). hubungan sosial antara penutur dan pendengar. tetapi juga terdiri daripada beberapa kata. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna ( Ibrahim Ahmad. Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata yang dilafazkan. dan penglibatan (dialog atau monolog). 2005). Makna leksikal bermaksud makna yang bersifat leksikon. perubatan). kita dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur. status ( bahasa diraja. Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri daripada kata sahaja.

Namun penilaian kita berbeza apabila terhadap ujaran yang positif. atau orang ini. Apabila ayat ini diujarkan dengan nada yang tinggi. Contoh.dapat menentukan siapa orang itu. berstatus tinggi dan berpelajaran tinggi. Hoi. dan tekanan yang memungkinkan kita membuat interpretasi tentang apa yang diucapkan dan kepada siapa diucapkan. Kata jujur. Dalam konteks ini kita boleh membuat kesimpulan terhadap penutur. Contohnya ayat ini. Perasaan yang muncul itu mungkin positif dan mungkin juga negatif. ikhlas. kolusi menimbulkan makna afektif yang negatif ( Kushartanti et.. pangkat dan sebagainya yang mampu mencerminkan kedudukannya dalam masyarakat. ‘rasalah masakan yang dimasak oleh ibu saya ”. bahawa penutur seorang yang baik hati. Makna afektif biasanya disampaikan melalui saluran konotatif atau konseptual sesuatu perkataan. 1997). Maka faktor intonasi. keluarga yang baik-baik. Jadi penggunaan bahasa ketika kita berkomunikasi dapat menentukan siapa penuturnya. intonasi. loghat.Dalam konteks ini. 2005). Benci sunggung aku melihat muka kau!. Perasaan seseorang penutur. dan pemurah. status. dialek. bijaksana akan menimbulkan kata afektif yang positif. perungus.al. dan latar belakang penutur. e) Makna Afektif’ Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi. Hoi. mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. kita mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap penutur bahawa penutur itu seorang yang pemarah. tinggi rendah suara juga merupakan elemen yang sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara kita menyampaikan buah fikiran yang boleh menunjukkan 7 . Kita dapat membuat rumusan berdasarkan ucapan yang disampaikan berdasarkan nada. sedangkan korupsi. bukannya fikiran atau daya berfikir (Kamus Linguistik. Benci sungguh aku melihat muka kau!. aksen (tekanan suara pada kata atau suku kata). baik hati. kita pasti dapat mengenalpasti dengan tepat perasaan penutur ketika itu. mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. tidak penyabar. Contohnya. atau mungkin kita boleh memastikan status seseorang itu. termasuk sikap penutur terhadap pendengar atau terhadap sesuatu yang ingin disampaikan dapat diperjelaskan dengan baik.

Makna afektif juga berperanan penting dalam menyusun teks iklan (Kushartanti et. Contohnya. i) ii) Ibu membeli kuih. Tetapi bagi ayat pasif pula.al. Contoh ayat. Nikmat dan khasiat mempunayi nilai rasa yang positif. 2005). f) Makna Tematik Tematik bermaksud ‘apa yang dikomunikasikan’ dan isi yang hendak disampaikan dalam mesej. latar belakang. Bagi ayat aktif.samada kita ‘suka’ atau ‘tidak suka’ kita pada seseorang. baayar kurang! Ayat ini boleh mengubah dan mempengaruhi orang yang mendengarnya sekaligus dapat mengubah penerimaan orang terhadap sesuatu barangan atau individu.. fokus dan tekanan.(Ayat pasif) Kedua-duanya mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. kerana kata nikmat dan khasiat menimbukan asosiasi dan perasaan positif. sikap. Makna tematik ini boleh disampaikan melalui susunan bunyi. Contohnya. 2005). panjang pendek perkataan juga memainkan peranan yang penting. soalannya ialah. g) Makna Asosiatif 8 . siapa yang membeli kuih?. Caaaakap banyak. Selain tekanan. susunan kata. soalannya ialah. ’Teh nikmat berkhasiat’.(Ayat aktif) Kuih dibeli oleh ibu. Contohnya bahasa yang digunakan oleh syarikat pengiklanan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau produk. ibu membeli apa?Makna tematik terletak pada pilihan kita sendiri berdasarkan minat. Tekanan boleh menukar makna. Contohnya. ayat aktif dan ayat pasif. tekanan emosi dan sebagainya. Keadaan ini berlaku apabila penutur mahu menegaskan mana-mana perkataan dalam mana-mana kontruksi (susunan dan kedudukan kata-kata dalam ayat atau rangkai kata) ( Kamus Dewan. Nada sesuatu ujaran boleh mengubah perasaan atau penerimaan terhadap orang lain.

Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain).pengetahuan dan pengalaman seseorang. keadaan. Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai kemiripan dengan sifat.. 2003). makna refleksi dan makna kolokatif. makna stilistik.Makna asosiatif biasanya dikaji dalam bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo.al.Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikis. lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama.Menurut Leech (1976). Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. et. afektif. perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik.Makna asosiatif turut memainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja makna referensial sahaja yang mesti ditonjolkan. Menurut Setiawati Dermojuwono. Begitu juga dengan kata ‘mawar’ yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapi cantik dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan ‘bersih’ dan ‘suci’. reflektif dan kolokatif. Interpretasi bagi sebuah puisi 9 . nada dan intonansi. makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti. perkataan ‘buaya’ dikaitkan dengan ‘jahat’ atau ‘ganas’ atau membawa erti seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Makna asosiatif memainkan peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat maknamakna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana pengalaman. 1997). Contohnya. atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. Hal ini bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif. Makna afektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaan atau emosi pembicara terhadap lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dan disampaikan dengan penuh semangat. makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif. makna afektif. stilistik. 2005).

al. Perubahan makna kata boleh menyempit atau meluas (Kushartanti et. makna etimologis suatu kata mencerminkan perubahan yang terjadi dengan kata tertentu. keadaan sosiopolitik. Contohnya perkataan ‘berkhalwat’. kita dapat menyelusuri perubahan nilai. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud mengasingkan diri untuk menenangkan fikiran. nilai rasa makna sesuatu kata juga dapat berubah dari negatif kepada positif atau sebaliknya. Konsep itu merangkumi semua aspek termasuk keadaan. Contohnya. “Muhaiza dituduh berkhalwat dengan seorang lelaki di pangsapuri miliknya semalam”.. norma. Kesimpulan Bidang semantik mempunyai pelbagai cabang bidangnya. Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria dan sudut pandangan. Semantik juga boleh dibahagikan kepada beberapi jenis. matlamat utama adalah untuk menyampaikan mesej iaitu maksud atau makna yang ingin disampaikan. ( Kushartanti et. Mempelajari bidang semantik telah dapat memberi kefahaman kepada kita bahawa secara sedar atau pun tidak kita sebenarnya sentiasa mengujarkan atau memperlihatkan tingkah laku yang mempunyai makna yang tertentu tanpa kita sedari. 2005) h) Makna Etimologis Makna etimologis berkaitan dengan asal-usul kata dan perubahan makna kata dilihat dari aspek sejarah kata. proses atau benda. dan ekonomi masyarakat. 10 . Dalam penggunaan bahasa. tindakan..al. Perbincangan ilmu semantik juga perlu mengambil kira semua konsep yang terkandung dalam makna.tidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana interpretasi puisi menjadi lebih mudah apabila seseorang itu memahami makna asosiatif. Selain terjadi penyempitan dan peluasan makna. Tetapi perkataan ini telah disempitkan mencakupi makna duduk berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam keadaan yang sumbang di tempat yang terpencil dan tersembunyi. 2005). Melalui perubahan makna kata.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->