You are on page 1of 10

Isi kandungan . .

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 Perkara Isi kandungan Penghargaan Pengenalan & Objektif kajian Antara punca-punca perceraian pada masa kini i. Ulasan ii. 20 punca berlakunya perceraian iii. Gemok, busuk punca cerai iv. Carta perkahwinan dan perceraian Lampiran Kesimpulan Rujukan Muka surat 1 2 3 4-6 7 8 9

1|Page

Penghargaan . .
Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua orang tua saya yang telah mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari ini dalam keta'atan kepada Allah s.w.t. Seterusnya kepada semua para asatizah dan guru-guru yang pernah dan yang masih mengajar saya. Kepada Ustaz Muhammad Bin Yusof yang telah banyak memberikan sokongan, galakan dan perangsang yang sepenuhnya kepada saya untuk meneruskan usaha menyudahkan kerja kursus ini. Kepada pihak Politeknik Kota Bharu, Kelantan khususnya, yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya dalam mendapatkan surat kelulusan untuk melakukan kajian di tempat kajian. Seterusnya kepada sekelian muslimin dan muslimat yang telah membantu menjayakan kerja kursus ini. Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan disamping idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea seperti Aminuddin Bin Jafri, Asraff Bin Mazli dan juga mana-mana nama lagi yang mungkin terlibat. Terima kasih sekalung budi.

2|Page

Pengenalan . .
Mata pelajaran kajian ini adalah meluas bagi semua ummat islam , dalam hal ini kami membincangkan tentang punca-punca perceraian pada masa kini. Mengapa pada masa kini banyak lagi kes-kes perceraian, rumah tanggan tidak aman. Oleh sebab itu, kita seharusnya berkerja sama dan saling tolong-menolong antara suami dan istri. Jika terdapat masalah, bincanglah dengan baik dan jangan sampai timbolnya pergadohan.

Objektif Kajian . .
Antara objektif yang dapat disemukakan adalah :i. Untuk mengatasi masalah perceraian yang berlaku pada masa kini. ii. Tahu bagaimana untuk mengharmonikan rumah tangga. iii. Dapat melihat dan mengetahui punca-punca perceraian pada masa kini. iv. Mengambil perhatian apabila sudah menjadi ketua keluarga (suami). v. Dapat mengelakkan masalah perceraian.

3|Page

Antara punca-punca perceraian pada masa kini . .


Kadar perceraian di Malaysia mengikut statistik Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) pada 2011 ialah satu kes pada setiap 15 minit. Kes perceraian membabitkan pasangan semua peringkat taraf pendidikan, kekayaan, status dan usia perkahwinan. Golongan kaya dan selebriti yang dianggap menikmati kehidupan sempurna di mata masyarakat turut tidak terlepas mengalami keruntuhan rumah tangga.Soal nikah dan cerai tidak boleh dipandang mudah kerana memberi kesan yang besar kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Perceraian ialah perkara halal paling dibenci dalam Islam, yakni perkara perlu dielak daripada berlaku melainkan untuk mencari keadilan dan menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam rumah tangga.Hidup berumah tangga banyak cabarannya, umpama melayari bahtera di lautan gelora dan luas tanpa tepian. Justeru, setiap pasangan suami isteri perlu menggunakan pendekatan berhemah dan berlapang dada dalam mendepani rencah kehidupan berumah tangga. Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup suami isteri melalui perasaan kasih sayang. Semua makhluk berhak mendapat kehebatan erti kasih sayang jika mereka benar-benar memahami anugerah yang Allah SWT berikan ini.Firman Allah SWT bermaksud: Antara tanda-tanda kebesaran Allah SWT ialah Dia telah mencipta untuk kamu pasangan daripada golongan kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram. Dan dijadikan antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang. (Surah ar-Rum, ayat 21) Tanpa perasaan kasih sayang, kekayaan tidak dapat menjamin kebahagiaan rumah tangga. Banyak pasangan bertaraf jutawan mengakhiri perkahwinan dengan perceraian. Selepas perceraian, harta pula menjadi rebutan sehingga dibawa kes tuntutan ke mahkamah. Hal ini berlaku akibat terlalu terpengaruh dengan budaya masyarakat Barat yang mana apabila berlaku perceraian, soal pembahagian harta menjadi agenda utama. Satu fenomena baru melanda masyarakat sekarang hingga menyebabkan perceraian ialah suami atau isteri mempunyai hubungan pasangan maya di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Ledakan rakan maya menyebabkan banyak individu teruja dan lupa diri. Golongan ini asyik berhubung melalui alam siber khususnya berborak di laman sembang berjam-jam setiap hari. Bermula dari alam siber lalu bertemu di dunia
4|Page

nyata. Bagi individu belum berkahwin, ada yang bertemu jodoh dengan rakan maya dan kekal bahagia. Masalahnya bagi mereka yang telah berkahwin menjalin cinta gelap dengan rakan maya menjadi punca keretakan rumah tangga. Rakan maya mudah mesra, kononnya tidak ada sekatan perasaan malu kerana tidak perlu melafazkan katakata. Malah reaksi wajah atau gerak badan tidak diperlukan. Medium menjadi penghubung adalah bait kata yang tertera di skrin komputer atau telefon. Dalam hubungan itulah, ada yang mengambil kesempatan atau terperangkap dengan cinta maya. Perkara ini lazimnya mudah berlaku membabitkan bekas kekasih, rakan lama dan tidak kurang dengan mereka yang sememangnya menjadikan ruang siber untuk berlagak Romeo mahupun Juliet. Hubungan maya ini dikesan menjadi punca perceraian apabila suami atau isteri mengetahui pasangan mereka mempunyai hubungan cinta lain. Tidak kurang juga mereka sanggup meminta cerai daripada pasangan apabila terlalu yakin dan sayang kepada pasangan maya yang dirasakan lebih sesuai dan mencintainya. Untuk mencegah perkara ini, persahabatan maya perlu ada batasannya. Bagi mereka yang telah bergelar suami atau isteri, perlu bijak menilai tahap hubungan dengan rakan maya berlainan jantina. Haram bagi isteri menjalin hubungan mesra dengan lelaki lain biarpun hanya dalam alam maya. Suami perlu tegas melarang isteri jika perkara itu terjadi. Dayus jika suami mengetahui perkara itu tetapi tidak melakukan apa-apa tindakan untuk mencegahnya. Riwayat Tabrani, dari Ammar Yasir berkata: Dia mendengar dari Rasulullah bersabda: Tiga golongan yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak. Lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? Lalu Rasulullah bersabda lagi: Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya). Setia kepada pasangan dan sentiasa menyimpan hasrat untuk kekal hidup bersama sehingga ke akhir hayat amat penting dalam rumah tangga. Jangan biarkan rumah tangga dilanda badai sehingga menggagalkan impian yang diikat ketika akad nikah dilakukan. Sesungguhnya pahala amat besar bagi isteri yang mentaati suaminya. Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila seseorang isteri solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kehormatan serta menutup aurat dan taat kepada suami, lebih berhak baginya masuk ke syurga daripada sebarang pintu yang dia kehendaki. (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Suami dan isteri boleh mencegah hubungan jika masing-masing memberi perhatian dan mengambil berat. Hubungan maya biasa terjadi disebabkan terasa diabaikan oleh pasangan. Bermula suka-suka dan mengisi masa lapang, akhirnya mereka terjebak dengan cinta maya yang mengundang masalah dalam rumah tangga. Sebab itu amat penting cinta dan kasih sayang suami isteri sentiasa dipupuk dan dijaga agar tidak terdorong melakukan perkara yang dilarang agama. Langkah JAKIM
5|Page

ingin menganjurkan kursus pasca perkahwinan adalah satu langkah proaktif untuk membendung gejala perceraian termasuk dalam kalangan mereka yang telah lama berumah tangga. Tentunya satu perkara amat malang jika perkahwinan yang telah berlangsung puluhan tahun berakhir dengan perceraian berpunca perkara kecil yang sebenarnya boleh dielak. 20 punca berlakunya percerain . . ketika mabok bercinta semuanya Nampak seperti remeh dan mampu untuk diatasi selepas berkhawin. Namun, sebenarnya perkara-perkara yang dianggap remeh sebelum ini turut menjadi penyumbang kepada punca berlakunya percetaian. Dalam keseronokkan untuk membina rumah tangga, kebanyakan pasangan lupa untuk mencari ilmu dalam tip-tip untukterus kekal bahagia danmenganalisi punca-punca yang boleh mencari punca berlakunya percerain. Saya yakin, semua pasangan yang ingin berkhawin tidak akan lupa untuk mencar ilmu mengenai hubungan suami istritetapi bagaiman pula dengan ilmu untukmengekalkan masjid yang anda bina? Lupa? Antara punca-puncanya ialah :1. Kelemahan dalam berkomunikasi sesame pasangan. 2. Kurang mendengar, terlampau banyak cakap. 3. Tidak bijak mengurus kewangan keluarga dan diri sendiri. 4. Penderaan menjadi suatu kebiasaan. 5. Mudah mendekati larangan agama. 6. Tidak ambil berat solat 5 waktu. 7. Tidak setia pada pasangan yang satu. 8. Masalah kesihatan seksual. 9. Tidak keserasian dalam perkahwinan. 10. Gagal bertindak cepat selesaikan konflik. 11. Terlalu mudah menganlah dengan dugaan. 12. Tidak mahu bertok ansur. 13. Tidak sanggop beri 100% komitmen. 14. Tiada tabungan kecemasan keluarga. 15. Terus menunding jari dan menyalahkan pasangan. 16. Budaya orang dulu-dulu dilupakan. 17. Istri terlampau rasakan boleh hidup berdikari. 18. Ketagih bahan lucah terlampau. 19. Kehidupan yang dipenuhi dengan tekanan. 20. Berkahwin di usia sangat muda. Gemuk, busuk punca cerai . .

6|Page

Cuba kalian bayangkan, penceraian di negara kita mencecah 22 peratus sejak beberapa tahun lalu. Antara punca penceraian pasal badan pasangan yang gemuk dan berbau busuk serta tidak pandai menjaga keterampilan diri. Mungkin pasal seseorang ini sudah kawin, pakai pun tahap selekeh dan tidak menarik langsung. Bagi saya, kita pun faham, lelaki ini bila sudah kahwin hati tambah senang, balik kerja sudah ada teman nak sembang, nak gurau senda. Wanita pulak bila dah berkahwin dan melahirkan anak, saiz badan mula berubah, begitu juga lelak. Maklumlah hati senang, makan pun tambah selera, kena pulak layanan isteri bertaraf 5 bintang. Apa pun kita kena kawal semua tu, supaya perkembangan badan kita tidak naik mendadak. Kalau pun nak kembang, biarlah takat kembang sesedap mata memandang, biar pasangan sama-sama suka, selain tetap jaga kebersihan diri. Saya ingat kalau cara simple macam itu kita boleh jaga, kemungkinan rumah tangga kita akan tetap aman dan bahagia. Carta perkahwinan dan perceraian . . Tahun 1990 1995 2000 2005 2008 Perkahwinan 84,616 106,624 94,055 113,812 130,314 Perceraian 11,194 11,474 13,605 17,749 22,289 Nisbah perceraian / perkahwinan 13.2% 10.8% 14.5% 156% 17.1%

Lampiran . .

7|Page

Kesimpulan . .
8|Page

Akhirulkalamnya, disini saja ulasan tetang punca-punca perceraianpada masa kini. Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan mengatasi masalah ini bersama, sememangnyer lelaki perlu menjaga percakapan dan saling memahami antara satu dengan yang lain. Oleh itu, dapatkanlah keluarga bahagia dan harmoni kerana keluarga bahagia itulah yang menjamin tidak akan berlaku perceraian. Sekiranya kita suami dan istri bergaduh , maka salah satu haruslah mengalah dan meminta maaf. Sekian, terima kasih.

9|Page

Rujukan . .
Internet 1. Blogspot 2. Berita harian online 3. Facebook Buku ilmiah 1. Pendidikan agama islam 2. Pendidikan syariah islam Rakan-rakan 1. Mohamad Ashraff 2. Aminuddin 3. Hamizan

10 | P a g e

You might also like