P. 1
Pengurusan Dan Keselamatan Bengkel

Pengurusan Dan Keselamatan Bengkel

|Views: 2,506|Likes:
Published by Mazzuraida Mihat

More info:

Published by: Mazzuraida Mihat on Apr 08, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/28/2013

pdf

text

original

Pengurusan Definisi Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pengurusan sebagai satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan

menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matklamat yang telah ditetapkan. Beliau melihat pengurusan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan, pengelolaan, pengurusan kakitangan, pengarahan, penyelarasan, penyediaan

belanjawaan dan penilaian. Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan

melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat. Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan mentadbir adalah saling melengkapi. Maksud Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang

terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat.

Ia

seringnya

merangkumi

penggunaan

sumber-sumber

manusia, kewangan,

dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Kata

kerja "mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali. baik dari segi kewangan. yang telah gagal bukan semata-mata kerana masalah persaingan tetapi juga disebabkan oleh pergolakan di dalam organisasi itu sendiri seperti tidak ada persefahaman antara pihak atasan dengan peringkat bawahan. pemprosesan. manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh. berkesan dan mencapai matlamat yang dirancangkan. Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat. management pada abad-abad ke-17 dan ke-18. dan inventori hinggalah kepada masalah peribadi di kalangan para pekerja. pembaziran sumber atau penyusunan struktur yang mengelirukan. APAKAH YANG DIKATAKAN PENGURUSAN? Apabila sesebuah organisasi diwujudkan. . Kita pernah mendengar dari media massa tentang beberapa organisasi perniagaan khususnya. maneggiare (menangani — khususnya. telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan bahasa Inggeris. Perkataan bahasa Perancis. yang pada dirinya diterbitkan daripadaperkataan Latin. Tanpa pengurusan yang betul. Bandingkanlah dengan Pengawasan. manus(tangan). seekor kuda). pelbagai masalah mungkin akan timbul. masalah yang akan timbul ialah bagaimana organisasi itu harus diuruskan dengan sempurna. perancangan dan ramalan yang tidak tepat. mesnagement (kemudiannya ménagement).

penyusunan. penyelarasan. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain. Pengurusan sebagai proses pengarahan.Pengurusan. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif). 2. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain. dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. maka matlamat organisasi itu dapat dicapai. pada amnya dapat bahagikan seperti berikut: 1. . pengarahan. Walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan. dua aspek penting di dalam pengurusan ialah: 1. Pengurusan sebagai proses perancangan. tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan "matlamat". 2. Ini bermakna. dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.

organisasi perlu mencari jalan (strategi) untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang diharapkan itu. perluasan pasaran atau perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar. dan pengawalan. penstafan. iaitu perancangan. dan pengawalan. Pada amnya. Strategi organisasi: Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas. fungsi pengurusan dibahagikan kepada empat sahaja. Tujuan dan objektif: Ini termasuk mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang diinginkan seperti kadar pertumbuhan organisasi atau peratusan keuntungan dan lain-lain 2. Pada peringkat perancangan. Perancangan Penyusunan Pengarahan Pengawalan Perancangan Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi. penyelarasan. penyusunan. penyusunan. . perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu. pihak pengurusan harus mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi. pihak pengurusan akan membincangkan perkara seperti strategi pemasaran yang meliputi perletakan harga. perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti berikut: 1. pengarahan.PROSES PENGURUSAN Proses atau fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung kepada cara kita mengelaskan fungsi-fungsi perancangan. Langkah seterusnya. Di dalam strategi. 3.

Penstafan meliputi perancangan sumber manusia. penilaian prestasi. faktor-faktor di dalam organisasi. pemprosesan dan lain-lain). penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. . kewangan. orientasi dan latihan. dan faedah). program peningkatan produktiviti dan kualiti. Untuk mencapai matlamat ini faktor-faktor motivasi. kepimpinan. Pengawalan Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan. keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi. pengambilan dan pemilihan kakitangan. dan program kebajikan dan perkhidmatan kakitangan. Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti (pemasaran. dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan.Penyusunan Penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan (proses pengambilan kakitangan). program keselamatan dan kesihatan kakitangan. upah. Pengarahan Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. sistem pampasan (gaji. tingkat (hierarki) autoriti. masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu diambil.

. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta. membuat dasar serta menganalisis perkaramengimple- . Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi. Aktiviti pengurusan berbeza mengikut tingkatan di dalam organisasi. 2. Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi pengurus berkenaan. 3. Pernyataan seperti ini dimaksudkan kepada mereka yang menduduki tingkat atas di dalam organisasi. padahal kelemahan dan masalah yang timbul itu berpunca dari semua pihak pada peringkat pengurusan. tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar. pengurus atasan menggunakan kebanyakan masa mereka di dalam perancangan jangka panjang. antaranya: 1.KEPERLUAN PENGURUSAN Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi. swasta atau badan kerajaan. perancangan. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. dan mentasikan strategi. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan efisien untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dalam konteks pengurusan. perhubungan awam. Mereka mempunyai kuasa yang diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya. Pengurus juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan orang di bawah jagaannya. dasar. Pengurus mewujudkan matlamat. Kita pernah mendengar kata-kata seperti: "Masalah yang timbul itu adalah dari pihak pengurusan. pengurus dimaksudkan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain pada semua peringkat. 5.. Misalnya. 4. ".

pengarahan. Perancangan. keyakinan. strategi. pengurus memerlukan kepakaran. program. ia mesti merancang. sumber selalunya terhad. untuk membolehkan sesuatu perkara itu dilaksanakan. ia boleh didefinisikan sebagai proses perancangan. PENGURUSAN DAN PROSES PENGURUSAN Pihak pengurusan ialah gabungan individu yang mengendalikan sesebuah organisasi. dan mempunyai kesabaran. Sebelum organisasi itu menjalankan kegiatannya. maka untuk tujuan kita. Ini termasuklah menetapkan tujuan. Oleh yang demikian. pihak atasan mengharapkan sesuatu yang mesti dicapai dan permintaan orang bawahan memerlukan pertimbangan. penyusunan. Satu kenyataan yang harus kita terima ialah pengurus lebih berhadapan dengan faktorfaktor yang tidak dapat dikawal daripada faktor-faktor yang boleh dikawal. dan pengawalan merupakan empat fungsi asas pengurusan. . projek. iaitu menentukan terlebih dahulu perkara yang hendak dicapai olehnya.perkara yang berlaku di persekitaran luaran. objektif. Empat Fungsi Pengurusan Perancangan. Secara akademik definisi seperti ini sangatlah terhad pengertiannya. dan kerja yang akan dimainkan oleh organisasi. Oleh kerana pengurusan itu bukannya individu atau sekumpulan individu. Misalnya. Pengurus pertengahan atau penyelia sebaliknya memainkan peranan yang lebih di dalam penyelarasan dan pengawalan kerja pada peringkat operasi. penyusunan. dan pengawalan penggunaan sumber untuk mencapai tujuan dan matlamat organisasi. pengarahan. kuasa yang diberikan terbatas.

membahagikan unit-unit atau bahagian.Penyusunan. Perkara yang dilakukan termasuklah memberi kepimpinan. . Pengawalan. sumber manusia dan bahan disusun. membandingkan keputusan dengan matlamat organisasi dan mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kesisihan. Di dalam penyusunan. Pengarahan memberikan panduan. dorongan. Pengawalan merujuk kepada langkah-langkah mengawasi prestasi. dan dibahagikan mengikut gabungan yang tepat bagi menentukan perancangan itu berjalan dan mencapai matlamatnya. dan perangsang kepada tenaga pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. bimbingan. dan berkomunikasi di dalam organisasi. Pengarahan. Ini termasuklah menyusun tingkat kuasa. serta memilih kakitangan untuk memenuhi jawatan yang diwujudkan.

Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur untuk digunakan atau keadaan persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan projek yang baik. Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan. kecacatan anggota dan kehilangan nyawa. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan. ketakutan. namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Ibrahim Syed dalam Raja Afindi Raja Adam (1998) menyatakan. ―keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk kemalangan dan perlu dijaga agar majikan tidak kehilangan pekerja yang menjadi aset syarikat‖. Peraturan – peraturan keselamatan bengkel perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak. Sebarang kecuaian boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan yang serius. Untuk melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projekprojek tertentu. maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka. Setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan penggunaan peralatan dan mesin yang berbahaya.KESELAMATAN BENGKEL Peraturan keselamatan bengkel adalah merupakan satu faktor penting yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja amali di bengkel. . pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan dirI dan juga orang lain. Walaupun beberapa usaha telah dibuat. Oleh itu. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya.

orang lain dan objek yang berada di persekitaran kita. keadaan yang panas dan suasana yang tidak teratur boleh berlaku. Kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1993). Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan. Pendidikan yang diterima dari kecil ini menimbulkan kesan yang mendalam dalam jiwa kita. Sejak kecil lagi kita telah diingatkan supaya menjaga keselamatan diri. terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti di bengkel. Keselamatan biasanya berkaitan dengan bahaya. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja. Kemalangan yang melibatkan penggunaan alatan serta mesin akan dapat dicegah jika ianya dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna dari semasa ke semasa. Untuk memastikan sekolah adalah institusi yang selamat bagi para pelajar menimba ilmu dan kemahiran. nyatalah kesedaran akan pentingnya keselamatan telah menjadi sebahagian daripada hidup kita. . Dengan itu. Kesedaran mengutamakan keselamatan akan hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk mengetahui dan memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam bengkel. satu kajian mestilah dilakukan untuk mengetahui amalan pelajar dalam mengamalkan keselamatan di bengkel. Keselamatan di dalam bengkel akan lebih rumit jika bilangan pelajar terlalu ramai menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam satu masa. Disebabkan ruang yang terhad dan sempit perkara seperti gangguan emosi.Hal ini akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada aspek keselamatannya. mendapati semua bengkel Kemahiran Hidup di sekolah menggunakan pelbagai jenis alat-alat tangan dan mesin.

Dengan itu. Kesedaran terhadap keselamatan bengkel perlu ditanamkan kepada setiap bakal guru ini supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa menjadi pendidik di sekolah. Malahan. kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. kecederaan terhadap fizikal. hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana kerja berjalan dengan selamat . Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan hendaklah dipupuk dari awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian utama dan merupakan ciri penting yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di bengkel pada setiap masa. kerugian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos perubatan Aspek keselamatan merupakan faktor yang paling penting ditekankan semasa melakukan kerja-kerja amali khususnya di bengkel. Seterusnya menerapkan pentingnya menjaga keselamatan kepada para pelajar semasa menjalani aktiviti di bengkel. Selain itu juga. Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan.Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap acuh tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan juga rakan sekerja. Hal ini penting agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku seperti kemalangan. . imej institusi yang terlibat juga akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat mengenai amalan pelajar terhadap keselamatan bengkel.

Mereka mencadangkan proses ini mesti disepadukan dengan sistem pengurusan dan perancangan organisasi. saya membahagikan tajuk utama iaitu pengurusan dan keselamatan bengkel kepada dua iaitu. Tujuan pengurusan keselamatan bengkel. Mewujudkan keselamatan bengkel. Kita dapat lihat jika lebihan bahan kerja seperti habuk kayu. kelengkapan dan barangan yang bernilai tinggi. potongan kayu-kayu kecil. batang besi dan sebagainya tidak di urus dengan betul dan bertaburan di atas lantai bengkel. dan bahan. Ini menyebabkan pergerakan kita akan tergangung dengan kehadiran bahan-bahan tersebut dan risiko terjatuh meningkat secara tidak . alatan.PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL Bagi memastikan proses keselamatan dapat diurus dan dilaksanakan dengan efektif. 1. Merujuk huraian yang telah saya kupas. dari segi aspek pengurusan serta aspek keselamatan bengkel. Hasil yang saya dapat melihatkan keperluan pengurusan yang cekap dalam memastikan aspek keselamatan amat perlu dititik beratkan. Sekiranya kemudahan berkenaan tidak diuruskan dengan baik dan bersistematik. Hal ini merujuk kepada kecuaian pihak pengurusan yang boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada risiko kemalangan yang tinggi. Stanton dan Willenbrock (1990) menyarankan aspek keselamatan mesti dijadikan sebahagian daripada prosider dan aktiviti sesebuah organisasi. berkemungkinan risiko berlakunya kemalangan secara tidak langsung meningkat. bukannya dilaksanakan dalam bentuk program tambahan kepada aktiviti pengurusan yang sedia ada. sesebuah bengkel mempunyai pelbagai perlatan. Seperti mana yang diperjelaskan.

Ia juga menyebabkan hilang fokus semasa mengalihkan barang ke tempat yang baru. Kemalangan akan mudah berlaku jika tiada system pengurusan di wujudkan dalam sesebuah bengkel.langsung. Melalui pengurusan yang ada. Melihat keadaan dimana seorang pengguna secara tidak sengaja mengambil pahat yang telah patah matanya. Menjadi tugas pengurusan untuk memastikan semua alatan dalam keadaan baik untuk digunakan dan jika perlu. Mengelakkan dari berlaku kemalangan. Dengan adanya system pengurusan. aduan serta pengawasan di jalankan. Peraturan yang ada hendaklah di patuhi dan pihak penurusan sentiasa memastikan bahawa pengguna bengkel mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengurangkan risiko kemalangan di dalam bengkel berlaku. . pengguna tersebut terus melaporkan kepada pengurusan agar diamabil tindakan seterusnya dan sebaliknya. Ini memudahkan laporan. jika tiada system pengurusan. Penyelenggaraan alatan juga perlu diberi perhatian bagi memastikan alatan yang tersebut selamat digunakan. ia memberi tanggungjawab bengkel kepada seseorang. perbaiki alatan sebelum digunakan. 2. risiko kemalangan meningkat jika pengguna terbabit terus menggunakan alatan tersebut yang sepatutnya di selenggarakan terlebih dahulu.

TUJUAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL. Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan Organisasi bengkel dan keselamatan merupakan sistem pengurusan yang memerlukan kerjasama di antara guru dan murid. Mengelakkan dari berlaku kemalangan. 2) Memastikan keselesaan dan keselamatan murid-murid semasa berada di dalam bengkel. 4) Menentukan kumpulan yang bertanggungjawab. c) Mengelakkan daripada berlakunya kemalangan semasa bekerja. 3) Memastikan bengkel dalam keadaan teratur dan kemas. Murid mesti mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dan jadual kerja yang telah disediakan oleh guru. tujuan penubuhan organisasi keselamatan bengkel adalah untuk: 1) Memastikan sistem pengurusan di bengkel lebih teratur dan bersistematik. Mewujudkan keselamatan bengkel. Selain itu. Sistem ini menjamin keadaan bengkel yang teratur dan selamat semasa bekerja. alatan. dan bahan. b) Memastikan alat dan kelengkapan makmal sentiasa dalam keadaan teratur. Organisasi bengkel dibentuk untuk: a) Memastikan makmal sentiasa bersih dan kemas. .

Tugas mereka ialah a) Memastikan bahawa setiap kumpulan menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna. Guru Formen Penolong Formen Nama Kumpulan 1) Ketua Kumpula 2) Ahli Nama Kumpulan 1) Ketua Kumpula 2) Ahli Nama Kumpulan 1) Ketua Kumpula 2) Ahli Nama Kumpulan 1) Ketua Kumpulan 2) Ahli . b) Menolong guru untuk menguruskan bengkel. Struktur Organisasi Bengkel Formen dan penolong formen dilantik di kalangan murid. 6) Melatih murid bersifat bekerjasama dan bertanggungjawab. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas masingmasing secara bergilir-gilir.5) Memastikan semua alatan dan bahan dijaga dengan baik dan disimpan di tempat yang selamat.

7) Guru peka dengan tahap kemahiran murid semasa bekerja. 2) Menyusun langkah P&P dengan baik dan ikut prosedur. 6) Peka keadaan bengkel dan memakai alat perlindungan.Pengurusan yang berkesan boleh mengelakkan kemalangan berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran. 3) Murid sentiasa mengikut arahan kerja yang ditetapkan. 5) Menggunakan alatan dengan cara yang betul. 4) Mematuhi keselamatan bengkel setiap masa. Kemalangan boleh dielak jika: 1) Pengetahuan dan pemahaman alat serta bahan yang diguna. Apabila Berlaku Kemalangan Ketua Formen Rakan Kumpulan Tindakan Rakan Sekelas Guru Bertugas .

Infrastruktur ini perlu diselia dan diuruskan dengan cekap dan berkesan supaya ia boleh mewujudkan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam keadaan sempurna. setiap guru teknikal yang dipertanggungjawabkan perlulah memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam aspek organisasi dan pengurusan bengkel. . kondusif. dan selamat.Rumusan Bengkel merupakan pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran bidang pendidikan teknik dan vokasional. Oleh itu.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->