P. 1
Kelestarian Alam Sekitar

Kelestarian Alam Sekitar

|Views: 429|Likes:

More info:

Published by: Velmurugan Subramaniam on Apr 08, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/28/2013

pdf

text

original

Kelestarian alam sekitar

Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang teristimewa berbanding dengan makhluk ciptaan lain. Sebagai khalifah Allah, manusia bertanggungjawab memakmurkan alam kurniaan Allah dengan sebaik-baiknya melalui interaksi yang positif. Perhubungan manusia bukan hanya terbatas dengan Pencipta dan sesama manusia sahaja tetapi merangkumi perhubungan dengan alam. Oleh yang demikian, alam sekitar merupakan sebahagian daripada elemen-elemen yang penting yang perlu dipelihara oleh manusia sebagai satu khazanah yang amat berharga.

Kemusnahan alam hijau anugerah Allah adalah disebabkan oleh kerakusan manusia mengekploitasi hasil alam melampaui batas. Implikasinya menyebabkan pelbagai fenomena alam berlaku antaranya, pemanasan global, tanah runtuh, banjir kilat dan pelbagai lagi yang mengganggu ketidaksabilan eko sistem. Justeru itu, pengurusan alam sekitar yang efektif dan konsisten sangat diperlukan bagi memastikan alam anugerah Allah tidak dimusnahkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Bahkan ia sangat bertepatan dengan falsafah syariat yang bersifat universal. “Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.......”. Begitulah sebahagian terjemahan kata-kata Chief Seattle sebagai bahan rujukan oleh penceramah dan aktivis alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap penduduk dalam sesebuah negara supaya tidak merosakkan alam sekitar ini dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua cara untuk mengelakkan kesan buruk kepada generasi yang akan datang. Keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi oleh manusia antaranya adalah disebabkan perhubungan murni antara manusia dan alam. Masalah ini telah pun dijelaskan oleh alQuran, Allah S.W.T berfirman bermaksud: “Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali

Sekiranya manusia melakukan pencebohan secara tidak munasabah dan untuk kepentingan diri maka perbuatan tersebut dikategorikan sebagai zalim. Islam secara amnya sangat menitikberatkan berkenaan dengan permasalahan sekitar.blogspot.html Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama SMAHADZIR Masalah alam sekitar seperti pencemaran. Interaksi manusia dengan alam perlu dilihat dalam dimensi yang luas ia bersifat mesra alam. Berdasarkan ayat tersebut jelaslah menunjukkan sikap manusia yang tidak menghormati. barulah unsur nafsu digerakkan ke arah mencapai keinginan itu. Tegasnya. Bersesuaian dengan gagasan Perdana Menteri yang ingin melahirkan masyarakat Islam yang mempunyai peradaban tinggi yang seimbang dari aspek pembangunan insan dan pembangunan fizikal. aktiviti pemusnahan hutan yang tidak terkawal. pengurangan sumber bumi dan sebagainya telah lama mengakibatkan hilangnya keseimbangan kepada alam. penebangan hutan. melakukan pencerobohan terhadap alam sekitar dengan cara berlebihlebihan menyebabkan berlakunya kemusnahan alam.com/2009/06/manusia-merupakan-makhluk-ciptaan-allah. Selepas pertimbangan dibuat. Perbuatan dan tingkah laku tersebut sudah tentulah berlaku kontradiksi dengan prinsip Islam yang murni. Permasalahan ini sering menjadi perbincangan hangat setiap lapisan masyarakat dunia. pencemaran asap oleh kilang-kilang. . Dengan akal fikiran itulah manusia membuat pertimbangan sebelum melakukan sesuatu tindakan.insaf. Sebagai hamba Allah kita perlu ingat bahawa setiap tingkah laku kita terhadap semua makhluk ciptaan Allah akan dinilai dan dihitung oleh Allah di hari akhirat kelak. jelaslah Allah sebagai arkitek kepada penciptaan manusia lebih mengetahui sifat-sifat negatif yang ada dalam diri manusia dan memberi amaran kepada manusia melakukan pencerobohan tersebut agar kembali insaf dan bertaubat. Sesungguhnya krisis ini telah menjadi begitu parah sehingga setiap kerajaan di dunia berusaha mengambil tindakan bagi menanganinya. Oleh yang demikian. Bagaimanapun. Manusia perlu mengingati bahawa setiap kejadian yang diciptakan oleh Allah di atas muka bumi adalah makhluk Allah. membuang bahan-bahan toksid dalam sungai atau laut.” (Rum:41). Sebagai contoh. Oleh yang demikian. Manusia telah diberikan akal fikiran oleh Allah SWT di mana ini meletakkan taraf manusia melebihi makhluk yang lain. dan sebagainya. http://ibnshukri. sebarang aktiviti manusia yang boleh mengancam dan memusnahkan kehidupan alam ini adalah dilarang sama sekali dan ia bertentangan dengan tuntutan syarak dan tindakan ini sama sekali bertentangan dengan sunnatullah. pengurusan alam semulajadi yang sistematik perlu diberi perhatian bagi memastikan pembangunan negara secara lestari dan bersifat mesra alam. ada kalanya wujud ketidakharmonian antara unsur akal dan nafsu dalam jiwa manusia.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan. sekali gus menjadi tempat membiaknya pelbagai hidupan akuatik. dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. kewujudan dan konsep manusia perlu difahami setepatnya untuk kita lebih memahami konsep agama terhadap alam sekitar. ayat 7 tidak lagi berperanan untuk menstabilkan persekitarannya akibat proses meratakan kawasan. Nabi Muhammad SAW melarang umatnya memotong pokok atau membakar tanaman kecuali keadaan benar-benar memaksa supaya berbuat demikian. Alam sekitar juga anugerah Allah bagi memudahkan manusia hidup sebagai khalifahNya. Status manusia tinggi di sisi Allah jika diterasi dengan keimanan. timbullah krisis seperti masalah pencemaran alam sekitar. Ramai antara kita tidak sedar bahawa kegiatan pembersihan hutan dan meratakan bukit. ayat 77) Tidak salah untuk melaksanakan proses pembangunan. Di samping mengetahui manfaat alam sekitar. adalah akibat kerakusan nafsu manusia. pembangunan yang tidak terkawal boleh memberi kesan terhadap topografi sesuatu tempat. tindak-tanduk itu memberi kesan negatif kepada kesejahteraan hidup manusia sejagat. Hakikatnya. lautan dalam yang menakung limpahan karbon untuk menyejukkan suhu bumi. mempunyai kedudukan khusus dan mulia dalam struktur alam ini.Akibatnya.’ (surah al-Qasas. Firman Allah SWT bermaksud: ‘Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat. Bukit-bukau yang menjadi pasak kepada bumi seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah an-Naba’. Ia bukan saja akan menyebabkan kehilangan spesies alam dan fauna yang amat berharga. mengancam aliran sungai dan jalan raya. Manusia juga boleh menjadi lebih hina daripada haiwan jika jiwa dan fikirannya kosong iman. Di samping kesan ke atas ekologi. manusia antara komponen alam yang juga tergolong sebagai makhluk Allah. tersedia sumber asli seperti hutan rimba menghijau yang mengimbangi ekosistem. Manusia mempunyai peranan dan keistimewaan tersendiri berbanding komponen alam lain. ketika peperangan. Maka. Jika merosakkan alam sekitar. dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah telah berbuat baik kepadamu. malah haiwan liar serta unggas turut diancam kepupusan. tentu sistem ekologi juga akan terjejas. Hal ini penting kerana manusia adalah makhluk yang menjadi khalifah. Etika berkaitan penjagaan alam sekitar ada digariskan dalam Islam. malah struktur bangunan di sesebuah kawasan. Bagaimanapun. Pada alam sekitar yang terbentang luas. melebihi kemuliaan malaikat. ia perlu dilakukan dalam bentuk terkawal agar agenda pembangunan yang dijalankan lebih banyak memberi manfaat bukannya keburukan kepada manusia dan alam sekitarnya. Malangnya. Contohnya. . kemusnahan alam sekitar di beberapa kawasan di negara kita.

udara dan tanah. ia telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Berbeza dengan Barat yang menganggap bahawa antara punca menyebabkan berlakunya kemerosotan dan kerosakan alam sekitar ialah bertambahnya jumlah penduduk dunia dan permintaan terhadap sumber alam semakin meningkat. Kita bukan saja disuruh berakhlak kepada Allah atau manusia. Untuk membangunkan peradaban di muka bumi. malah memudaratkan manusia.Punca utama masalah ini adalah sifat rakus manusia yang mementingkan keuntungan wang ringgit. etika. Mereka mengambil kesempatan atas platform yang didakwa sebagai pembangunan. malah menjaga akhlak kepada haiwan. air. yang akhirnya bukan saja memusnahkan ekologi yang menjadi habitat kepada mahkluk lain. Begitu juga dengan alam sekitar. setiap haiwan itu ada hak yang perlu kita tunaikan. tumbuh-tumbuhan. segala hal yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar dan pelestariannya sangat berkait rapat dengan ilmu-ilmu Islam yang dasar. Terdapat pelbagai perintah Allah supaya manusia memberi perhatian dan berbuat baik kepada alam sekitar berserta dengan seluruh unsur yang dikandungnya iaitu berbuat baik kepada sesama manusia. ayat 41) Dalam Islam. Ilmu etika atau akhlak (tasawuf) adalah satu bidang ilmu yang sangat berkait rapat dengan alam sekitar. fikh. Sebenarnya. usul fikh (maqasid syariah) dan ilmu Al-Quran dan sunah. Sebagai manusia yang berakal. supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka. memperbaiki taraf hidup serta menghindarkan diri dan bumi daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya. Hal ini seperti firman Allah SWT bermaksud: ‘Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia. sumber-sumber alam itu adalah sangat banyak dan subur. perindustrian. alam sekitar dan sebagainya. Contohnya. maka Al-Quran menyatakan bahawa nikmat Allah itu tidak dapat dihitung. kita perlu memahami bahawa segala usaha untuk memelihara atau membaik-pulih alam sekitar adalah sama halnya dengan usaha menjaga agama. lebihlebih lagi haiwan peliharaan. berakal atau sebaliknya. aspek akhlak meliputi semua perkara. haiwan. Kita tidak boleh rakus dalam usaha pembangunan. sama ada makhluk yang hidup atau mati.’ (surah Hud: 61). Ilmu usuluddin (ilmu tauhid) mempunyai hubungan yang erat dengan hal-hal yang berkaitan pemuliharaan alam sekitar serta semua elemen yang berada dalamnya. Ilmu-ilmu Islam dasar tersebut ialah kefahaman dan pendidikan alam sekitar serta kaitannya dengan ilmu usuluddin. Pengertian yang dapat difahami sebagai pemakmurnya di sini ialah manusia sebagai makhluk yang membangunkan bumi menerusi usaha-usaha seperti aktiviti pertanian. Melakukan kebaikan terhadap alam sekitar yang menjadi elemen utama alam ini adalah sebahagian daripada tuntutan untuk menjadi hamba yang bertakwa dan diredhai Allah. agar mereka kembali (ke jalan yang benar).’ (surah ar-Rum. bermaksud: ‘Dia menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan pemakmurnya. Ini adalah kerana segala kemungkaran dan dosa mencemari dan memusnahkan alam sekitar sebenarnya mengganggu intipati hidup beragama kerana .

Alam sekitar sekadar amanah Allah SWT kepada manusia dan kita berkewajiban mengurusnya dengan baik. tidak bertanggungjawab serta tidak bertimbangrasa terhadap alam sekitar. kesihatan awam terganggu. Kita harus sedar dan insaf bahawa kepentingan alam sekitar menjangkaui keperluan estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. alam sekitar dan Allah. yang bermaksud: ‘Dunia ini hijau dan cantik. Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia. lebih-lebih lagi agama Islam. maka tadahan hujan untuk bekalan air akan kurang dan tanpa udara yang bebas bahan cemar. dan pengetahuan Allah maha meliputi segala sesuatu. pentingkan diri sendiri. Tanpa hutan.’ (Hadis riwayat Muslim) Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan konsep yang harus dimiliki oleh umat manusia terhadap alam sekitar. ayat 126) Rasulullah SAW juga bersabda.secara tidak langsung menodai kewujudan manusia di muka bumi ini. Dia melihat apa yang kamu lakukan. Dalam apa juga agama. Ia adalah prinsip asas ajaran Islam. Ia adalah hasil daripada sikap dan tindak-tanduk kita sendiri yang cuai. Islam sebagai cara hidup. Dalam pengertiannya yang lebih utilitarian. alam sekitar ditanggapi secara kudus dan tertib. kita menemui asas kukuh peranan alam sekitar sebagai antara unsur terpenting dari segi ketuhanan dan kosmologi. Melakukan kerosakan dan kebinasaan kepada alam ini adalah tanda pengkhianatan terhadap amanah tersebut. Jika kembali kepada ajaran pelbagai agama dan falsafah hidup. Manusia tidak sebebasnya memiliki semua khazanah di muka ini. menerangkan hakikat bahawa tiada pengasingan antara manusia. Antaranya adalah peranan manusia sebagai khalifah atau wakil Allah di bumi. pencemaran udara dan lautan. Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ehsan. rakus. Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya. Alam sekitar turut berperanan sebagai kesatuan benda yang membuktikan kekuasaan Yang Maha Pencipta dan pembangkit kesedaran terhadap rasa dan jiwa ketuhanan. Kecuaian seperti ini amat bertentangan dengan kehendak apa juga agama. Hakikatnya.’ (surah an-Nisa. alam sekitar juga petunjuk bagi . keseimbangan alam sekitar memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup ke arah kemajuan negara. Perkara ini telah diterangkan Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: ‘Kepunyaan Allah SWT jualah apa-apa yang di langit dan di bumi. Kita harus insaf kerana kini pelbagai kerosakan telah melanda darat. dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan.

di situ terkandung rezeki dan rahmat. kimia. Alam sekitar juga buku ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat. menjaga alam sekitar ini bukanlah menjadi tugas individu atau kerajaan semata tetapi menjadi tanggungjawab kita semua secara bersama. berkampung tidak merosak gunung. berumah tidak merosak tanah. Bahkan dalam ungkapan orang tua-tua Melayu turut dikatakan: ‘Kalau hidup hendak selamat. Dengan menekuni dan mendalami bidang ilmu berkaitan alam sekitar. bulan dan matahari. adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk sentiasa memelihara kelestarian alam sekitar. kita mengetahui dan memanfaatkan ilmu zoologi. kebanyakan amalan kita kini akan meletakkan risiko yang serius terhadap masa depan yang indah bagi manusia. mikrobiologi. Inilah objektif dan gagasan sains dari perspektif Islam seperti yang dikemukakan ramai sarjana Islam. botani. serta haiwan. berkebun tidak merosak dusun. ‘adat hidup memegang adat’: ‘beramu tidak merosak kayu. di situ terkandung tamsil ibarat. Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama SMAHADZIR Kini. bioteknologi. Menerusi pengetahuan dan kajian mengenai alam sekitar. Kesimpulannya. Kegiatan manusia yang teruk telah memudaratkannya dan sering berlaku kerosakan yang sukar dipulihkan terhadap alam sekitar dan sumber kritikal. peliharalah laut beserta selat. . Justeru. kosmologi dan hidrologi. peliharalah tanah berhutan lebat. geologi. Bintang. supaya ia dapat dimanfaatkan secara berterusan. alam tumbuh-tumbuhan. tidak kira apa bangsa dan agama harus bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar agar dapat merealisasikan dunia ini menjadi sebuah taman kehidupan yang indah. harmoni dan terhindar dari sebarang bencana yang boleh menghancurkan spesies kehidupan bernyawa di atasnya. aman. Jika tidak dihentikan dan dibiarkan berterusan. di situ terkandung aneka nikmat. Ingatlah. bergetah tidak merosak rimba. Allah SWT mencipta alam ini dengan segala keindahan dan kenikmatannya demi kebaikan dan faedah kepada manusia itu sendiri. Semua makhluk yang bernama manusia. sejahtera. manusia dan alam semula jadi dikatakan sedang menuju pertembungan. dan hal ini mungkin mengubah dunia hidup kita sehingga tidak mampu untuk menampung kehidupan yang sebenarnya. jiwa dan fikiran manusia lebih dekat dan mesra kepada Yang Maha Pencipta. di situ terkandung petua adat.’ Sebab itu juga dikatakan. misalnya. geografi. berladang tidak merosak padang. menjadi penunjuk arah dan waktu untuk mengingatkan manusia fitrah kewujudannya di dunia ini. berotan tidak merosak hutan. fizik.memudahkan manusia menempuh ranjau kehidupan. di situ terkandung beragam manfaat.

Kira-kira 1. serta memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Kalau dulu kita sering mendengar hujan asid. penggunaan tidak bertanggungjawab pestisida yang bukan sahaja mencemarkan sistem perairan. Bilangan manusia dalam masa tersebut telah meningkat daripada 2. malah mengakibatkan lebih satu juta kematian manusia di dunia. Misalnya. tanggungjawab ini harus dilihat secara menyeluruh dan rasional demi kelestarian dan kesejahteraan hidup makhluk sejagat. kini ada kabus asid pula. Tidak kira apa pun bangsa dan kepercayaan agama. Kita hendaklah menghindari diri dari menjadi robot yang hanya didorong oleh desakan dan kuasa ekonomi serta konsumpsi. Alam sekitar kita sedang mengalami tekanan kritikal. Situasi ini boleh mengakibatkan rantai makanan. Dianggarkan antara lima hingga 20% lebih banyak sinaran radioaktif ultraviolet masuk ke bumi. Sebanyak 3.Perubahan asas diperlukan segera sekiranya kita mahu mengelakkan pertembungan yang bakal dihadapi. sikap dan hubungan manusia dengan alam serta hubungan sesama manusia. sama ada yang bersifat struktural.2 juta tan sisa buangan dieksport ke negara membangun yang sanggup menjadi padang sampah global. Apa yang kita perlukan ialah perubahan radikal dalam pandangan hidup. dan sisa yang boleh memudaratkan mahupun membunuh. Kabus ini mengandungi 100 kali ketinggian asid berbanding dengan hujan. Hakikat menjelaskan bahawa pencemaran alam sekitar berlaku kerana peningkatan jumlah manusia dan kegiatan ekonomi yang tidak terhingga yang berlaku dalam tempoh 50 tahun kebelakangan ini. Antara teknologi dahsyat yang sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar ialah teknologi keganasan.5 bilion kepada melebihi 6 bilion. Undang-udang dan teknologi tidak akan dapat mengatasi masalah-masalah alam sekitar yang kita alami sekarang ini. Di tambah pula satu lagi teknologi iaitu teknologi pembaziran yang menghasilkan berjuta-juta tan sampah dan sisa buangan. terjejas. Kita perlu menjaga alam sebagai anugerah Tuhan yang diamanahkan kepada manusia. Penipisan lapisan ozon terus mengancam manusia. di sinilah letaknya tanggungjawab kita bersama dalam menjaga alam sekitar. Jadi. termasuk hutan. . Sebanyak 16 jenis racun ditemukan dalam kabus asid. melalui kecuaian terhadap perkhidmatan asas yang mengakibatkan kesengsaraan dan maut. Selain itu terdapat juga teknologi manipulasi. Pengeluaran barangan dan perkhidmatan juga bertambah lebih lima kali ganda. sama ada di dalam laut atau di darat. atau jenis teknologi yang melahirkan keluaran. nilai. Peningkatan kegiatan ekonomi dan teknologi yang digunakan lebih memudaratkan alam sekitar. Bukan hanya sebagai sumber ekonomi untuk dieksploitasi bagi mengaut keuntungan. proses. Ketinggian asid ini mampu memusnahkan tumbuhtumbuhan.2 bilion penghuni bumi boleh dilabelkan sebagai ‘pengguna gelojoh’ atau menggayakan hidup yang tidak lestari dan bertanggungjawab terhadap 70% kemusnahan alam sekitar kita. sama ada melalui propaganda birokrasi mahupun pengiklanan yang mengakibatkan penggunaan yang tidak lestari yang sudah tentunya akan mempercepatkan proses kerosakan alam sekitar.

kebanyakan algal blooms tidak mengandungi racun. dan sebagainya yang sebilangannya beracun. Sebenarnya. Kini tekanan yang merosakkan laut kian teruk. lapisan ozon penting kerana dapat menghadkan jumlah sinaran solar radioaktif ultraviolet ke bumi. Radioaktif infra ialah gas yang terbebas daripada kesan rumah hijau dan berperanan untuk memanaskan suhu bumi antara 15 hingga 20%. Selain itu. kemusnahan sistem parit dan tali air serta pertambahan tahap kemasinan air bawah tanah. penyaman udara. yang pasti menjejaskan kehidupan lain di bumi. khasnya di kawasan pantai yang menghasilkan tangkapan ikan yang tinggi. Sungai yang dahulunya hanya membawa tanah terhakis ke laut kini turut mengangkut sisa industri. Kemusnahan tanah pertanian dan salinatasi air tawar akan berleluasa. kehidupan di bumi tidak mungkin wujud. tasik dan air bawah tanah turut menghadkan bekalan air. Gelombang dan ribut taufan akan menghayutkan tebing pantai dan membuatkan kawasan pantai sukar dipertahankan. Oleh itu. Tuntutan tinggi terhadap air permukaan mengakibatkan kekurangan air yang serius di 80 buah negara yang mengandungi 40 peratus penduduk bumi. Kesan yang diduga kerana peningkatan paras laut ialah hakisan pantai yang lebih cepat. yang mengandungi bahan kimia yang kekal di atmosfera berabad-abad lamanya. Dalam keadaan biasa. Toksin ini mungkin membiak di dalam badan hidupan laut dan membawa padah kepada manusia yang memakannya. Setiap atom klorin dan bromin akan memusnahkan beribu-ribu molekul ozon. muara sungai. Tanpanya. . penyakit bular dan penekanan sistem imuniti. Kini kian banyak laut diserang oleh kesan algal blooms atau air pasang merah yang membahayakan kehidupan laut dan hasilnya. Hidupan laut mungkin pupus. dan tanah pertanian. cip komputer. Beberapa buah kawasan penangkapan ikan menunjukkan tanda kepupusan. tetapi membahayakan hidupan lain kerana memerlukan kandungan oksigen yang tinggi. Sebilangannya mengeluarkan toksin yang membahayakan hidupan laut yang lain. Bahan kimia ini turut menghalang radioaktif infra daripada keluar. Keadaan bertambah buruk apabila penggunaan tin penyembur aerosol. Tetapi kegiatan manusia memburukkan lagi keadaan dengan memperkenalkan bahan baru iaitu klorin dan bromin. Pencemaran air sungai.Kesihatan manusia juga akan terganggu kerana mengalami penyakit barah kulit. penggunaan air secara rakus serta pencemaran alam sekitar turut membahayakan bekalannya untuk kegunaan manusia. Algal blooms meningkat kerana bertambahnya pencemaran. pertanian. kusyen. Kesan rumah kaca atau rumah hijau boleh mengakibatkan peningkatan paras laut sebanyak satu meter lagi bagi 50 hingga 60 tahun yang akan datang. reaksi bahan kimia yang dihasilkan oleh cahaya matahari akan memusnahkan dan memulihkan lapisan ozon dalam satu edaran yang berterusan. dan insulasi buih membenarkan lebih banyak sinaran radioaktif ultraviolet ke atmosfera. Yang semakin membimbangkan ialah kenaikan paras laut kerana kenaikan suhu dunia. Beberapa buah tasik besar dan laut kini mengalami masalah pengasidan.

beralih daripada menggunakan bahan tenaga fosil kepada sumber tenaga mesra alam yang lestari bagi mengurangkan pengeluaran gas rumah kaca dan pencemaran udara dan air. bumi kehilangan lebih banyak hutan tropika berbanding dengan tempoh kewujudan bumi selama 4. 10 ribu spesies mungkin pupus setiap tahun. Yang turut pupus ialah sebilangan besar spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kehilangan baka dapat memberi kesan kepada ekologi.6 bilion tahun. Banyak usaha yang boleh kita lakukan untuk merealisasikan perkara ini. Misalnya. Hutan hujan tropika serta hutan kering tropika dan hutan iklim sederhana dimusnahkan dengan pesatnya. kepentingannya terhadap biosfera adalah kritikal. Menjelang tahun 2100. Setiap tahun sejak tahun 1988. Keutamaan mesti diberi kepada pembangunan sumber tenaga menurut keperluan dunia ketiga – bersifat kecil dan secara relatif mudah dilaksanakan. musim tumbesarnya berterusan. Kita mesti mengurus sumber secara lebih berkesan. Walaupun hujan tropika cuma meliputi 7% jumlah keluasan bumi. Walaupun kepentingan hutan kepada manusia dan makhluk darat lain jelas. Kita mesti menstabilkan jumlah . Apabila hutan berkurangan. penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Satu dalam empat jenis ubat berpunca dari hutan tropika. Selain itu. Keadaan ini tambah kritikal kerana hutan pendukung kehidupan sebilangan besar makhluk bumi. Hutan tropika mengandungi simpanan karbon yang tinggi. termasuklah ubat untuk rawatan leukemia kanak-kanak. Dengan keadaan yang panas lembap hampir sepanjang tahun. Kesimpulannya. dan kepupusan spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan. lebih kurang satu dalam sejam. kita mesti menghentikan aktiviti penebangan hutan. kedudukannya masih diselubungi kekaburan. Hutan tropika merupakan habitat separuh daripada jumlah spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini. Tiada sesiapa yang tahu akan jumlah spesies yang hidup atau yang telah pupus. kerosakan dan kehilangan tanah pertanian. Menurut Edward Wilson dari Universiti Harvard. hutan juga semakin kurang. termasuk pengembangan pemuliharaan dan pengitaran. karbon dibebaskan sebagai karbon monoksida di atmosfera. Maka manusia perlu bertanggungjawab bagi menjamin kesejahteraan hutan yang masih wujud demi kewujudan manusia dan lain-lain makhluk bernyawa. dikaji atau diberi nama. dan bahan lain secara cekap. Kita harus memberi keutamaan kepada penggunaan tenaga. Pada kadar kini. Situasi ini akan menyebabkan haba terperangkap di atmosfera lalu meningkatkan pemanasan dunia. sepertiga spesies yang kini hidup akan pupus. Kebanyakan hutan hujan tropika akan pupus.Di samping itu. beberapa jenis hutan yang kritikal akan lenyap dalam masa beberapa tahun. Banyak spesies masih belum ditemui. air. Pemusnahan hutan tropika memberi sumbangan antara tujuh hingga 31% karbon dioksida yang dibebaskan setiap tahun. Antaranya. kita mesti mengawal semua kegiatan yang merosakkan alam sekitar bagi memulihkan dan melindungi integriti sistem planet ini. Manusia menyebabkannya kerana banyak spesies di hutan tropika merupakan sumber penting bagi ubat-ubatan.

termasuk sikap baru terhadap melaksanakan tanggungjawab memelihara diri dan bumi. Kita mesti mempastikan kesaksamaan jantina. masanya akan tiba untuk seluruh dunia dan spesies manusia sendiri akan musnah disebabkan oleh tangan mereka sendiri. dan penerimaan sukarela perancangan keluarga yang efektif. yang membawa kepada keruntuhan sosial. Kita harus sedar bahawa kerosakan alam sekitar adalah antara ancaman dahsyat yang dihadapi dan usaha untuk mengurangkannya tidak berjaya sekiranya kadar penduduk tidak dikawal. Sumber yang digunakan bagi penyediaan dan perilaku peperangan. kemiskinan. ekonomi. Kejayaan dalam usaha semesta ini memerlukan pengurangan yang besar dalam keganasan dan peperangan. Manusia tidak boleh terus membenarkannya dibinasakan. agama Islam menuntut manusia bertindak sebagai khalifah di bumi ini dan memastikan bahawa dunia ciptaan Allah SWT ini terus kekal dalam keindahannya dan kegunaannya. Hal ini hanya akan dicapai apabila semua negara mengaku memerlukan pemajuan ekonomi dan sosial.penduduk. diperlukan bagi tugas baru ini. yang berjumlah melebihi USD1 trilion setahun. Bencana paling teruk ialah terperangkap dalam lingkaran kemelesetan alam sekitar. dunia ini hanya pinjaman. Di samping itu. Jika tidak. dan keresahan. . dan menjamin kawalan wanita terhadap keputusan melahirkan anak. Etika baru diperlukan. kita sebagai manusia juga mesti mengurangkan dan akhirnya menghapuskan kemiskinan. dan alam sekitar. Keupayaan bumi ini terhad rapuh. Kata pepatah Melayu. Dalam hal ini.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->