You are on page 1of 15

http://impreschoolteacha.blogspot.com/2009/01/mewujudkan-iklim-bilik-darjah-yang.

html

Friday, January 16, 2009 MEWUJUDKAN IKLIM BILIK DARJAH YANG KONDUSIF Sistem sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Sehubungan ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif Iklim bilik darjah yang dikatakan baik mengandungi empat ciri utama seperti berikut;

Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.

Perasaan kekitaan yang timbul di antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.

Kewujudan satu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.

Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar; pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna. Iklim bilik darjah yang terbuka seperti ini merupakan iklim bilik darjah yang kondusif, dan iklim positif ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya, seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif, serta lebih tinggi motivasinya.

Ringkasnya, iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kondusif ini akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran.

RUJUKAN

Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/5-ciri-bilik-darjah-yang-kondusif.html

Saturday, November 13, 2010 5 Ciri Bilik Darjah Yang Kondusif 5 Ciri Bilik Darjah Yang Kondusif

Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam

pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajara. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

Dari segi susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid-murid disususn dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah tahap satu disusun mengikut kumpulan manakala kerusi dan meja dalam bilik darjah tahap dua disusun secara berpasangan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Ada guru yang membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan dan kefahaman murid-murid seperti kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang tinggi, sederhana dan lemah. Ada guru juga membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang tahap kebolehan yang lemah, sederhana dan tinggi dalam satu kumpulan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan kerana kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal bilik darjah seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.

Dari segi saiz bilik darjah, ruang bilik darjah yang mencukupi diperlukan bagi sesebuah bilik darjah bagi memudahkan pergerakan murid dan guru. Guru boleh berdiri di tengah kelas serta dapat memberi perhatian kepada semua murid dalam kumpulan atau berpasangan. Dengan ini, murid-murid dapat member sepenuh perhatian kepada guru yang mengajar di hadapan kelas. Guru juga dapat mengubah,mengajar dan menunjukkan ajar kepada murid-murid secara berkesan jika mereka melakukan apa jua kesalahan, sama ada kesalahan tatabahasa atau karangan atau perbuatan yang tidak menyeronokkan. Melalui pemerhatian saya semasa PBS, bilik darjahnya agak kecil dan murid-murid tidak dapat bergerak bebas dalam bilik darjah dan akan mengakibatkan murid-murid tidak mempunyai semangat untuk bertanya kepada kawan-kawan semasa menghadapi masalah dalam pembelajaran. Saiz bilik darjah yang besar akan memberikan keselesaan semasa murid-murid bergerak dalam bilik darjah semasa aktiviti-aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah.

Dari segi kemudahan, bilik darjah dilengkapi dengan kerusi dan meja, papan hitam, kipas, tingkap, pintu, papan pameran, rak-rak dan sebagainya hendaklah disediakan dengan lengkap dan memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik. Dalam pemerhatian saya, kemudahan-kemudahan bilik darjah salah sebuah

sekolah rendah tidak disediakan dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Sebagai contoh, meja, kerusi, kipas dan tingkap yang rosak perlu digantikan dengan baru kerana kemudahan-kemudahan yang tidak elok akan mendatangkan ancaman dan juga berbahaya terhadap murid-murid. Ruang-ruang pembelajaran juga perlu dibekalkan bagi memudahlan murid-murid menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Hasil-hasil kerja murid juga diletakkan atau digantungkan di tempat atau di rak yang sesuai dalam bilik darjah. Keadaan ini akan membangkitkan semangat belajar murid-murid dalam bilik darjah.

Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam pengurusan rutin bilik darjah. Guru menyediakan jadual tugas untuk murid-murid mengikut kebolehan atau fizikal mereka. Jika murid tersebut tinggi, guru akan memberikan dia tugas mengelap tingkap atau pintu. Bagi murid-murid yang bertenaga, guru akan memberikan tugas seperti mengambil sebaldi air untuk kawankawan yang bertugas mengelap tingkap dan pintu. Bagi murid-murid yang berbadan kecil,guru akan memberi tugas seperti menyapu lantai, membuang sampah, menyusun kerusi dan meja dan lain-lain lagi kepada mereka. Tujuan pembahagian tugas seperti ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang bersih dan teratur.

Di samping itu, hubungan guru-murid amat dititikberatkan di sekolah rendah. Hal ini adalah kerana murid sekolah rendah hanya akan mendengar ajaran daripada seseorang yang mereka mempercayai. Oleh itu, para guru membina hubungan yang erat dengan para murid. Para guru memberi kasih sayang dan dorongan kepada semua murid tanpa mengira kaum. Lama-kelamaan, kepercayaan diwujudkan antara guru dengan murid. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan dengan berkesan. Malahan, guru yang baik sentiasa dijadikan teladan bagi murid. Oleh itu, guru amat berpengaruh dalam membina sikap positif murid.

Secara kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik merupakan salah satu faktor meningkatkan keberkesanan pemngajaran dan pembelajaran. Muridmurid di sekolah akan menikmati dan menggunakan kemudahan yang amat lengkap dan melahirkan anak-anak murid yang cemerlang.

http://www.scribd.com/doc/14853824/Bab-10-Persekitaran-Pembelajaran-Dan-PengajaranYang-Kondusif BILIK DARJAH YANG KONDUSIF 1 . A s p e k P s i k o l o g i a)Aspek Hubungan.

Hubungan guru dgn murid sangat penting untukmewujudkan interaksi yg positif , penglibatanyg aktif dan mengeratkan kerjasama danpersahabatan. b) Aspek Motivasi. Motivasi luaran dan dalam sangat penting supayamurid berusaha bersungguh-sunggah untukmencapai kejayaan cemerlang.

c) Aspek Nilai Nilai yg

positif kerajinan,ketekunan,dedekasidan kerjasama boleh membantu ke arahkecemerlangan murid. d) Aspek Keperluan Keperluan bermaksud kasih sayang, sokonganmoral, dan pengiktirafan untuk mendapatpenghargaan kendiri. e) Aspek Jangkaan Jangkaan yg tinggi kpd murid memberi kesanpositif untuk mendapat kejayaan.

2. Perhubungan interpersonal Interaksi murid dlm proses p & p sangatpenting untuk meningkatkan kualitipembelajaran. c ) S t r a t e g i K o m u n i k a s i

iv)Penggunaan bahasa yg berkesan.v ) K e s e d i a a n m e n d e n g a r vi)Meningkatkan proses

i n t e r a k s i . v i i ) M e n g a m a l k a n k o m u n i k a s i t e r b u k a . viii)Komunikasi dan pertuturan.

http://www.scribd.com/doc/51027779/16551081 -Langkahlangkah-PenyediaanPelan-Bilik-Darjah

Langkah-langkah Penyediaan Pelan BilikDarjah

Cara-cara mewujudkan iklim bilik darjah yangkondusif

Pengenalan: Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankandalam sebuah bilik darjah bergantung kepada interaksiantara guru dengan murid-muridnya. Menurut kajian,pengajaran dan pembelajaran ini bergantung kepada corakinteraksi antara guru dengan murid, murid dengan muriddan murid dengan bahan pembelajaran.

Sebagai guru kelas yang mementingkan penyediaanpelan bilik darjah yang kondusif, guru tersebut perlulahkreatif dan bijak dalam mengatur persekitaran fizikalyang kondusif yang selaras dengan umur, tahappersekolahan , minat dan keperluan murid-murid dalamkelas tersebut

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah Fizikal, psikososial, teknikal.

Langkah-langkah penyediaan pelan bilik darjah dari segi faktor fizikal Penyusunan kerusi dan meja perlulah mengikutkumpulan. Tujuan: Memudahkan interaksi antara murid denganmurid, guru dengan murid dalam kelas KBSR. Suasana bilik darjah harus diatur kemas. Tujuan:Pelbagai carta, gambar, alat bantu mengajar, akuariumdan pokok berpasu dapat menggalakkan aktivitipengajaran dan pembelajaran. Contoh: Meja murid-murid : Bagi membentuk satu pelan bilik darjah yang kondusif mejamurid-murid dipastikan tidak diletak depan dengan pintumasuk dan keluar atau tingkap.:Pastikan bilangan kerusi atau meja mencukupi.: Gantikan atau baiki perabot yang rosak atau usang. Meja guru : Biasanya diletak depan bilik darjah.: Pastikan guru mempunyai kontek visual dengansemua murid. Susun atur pelan bilik darjah mengikut ruang Ruang dinding :Pelan bilik darjah yang kondusif akan terbentuk apabilaguru mempamerkan hasil kerja murid seperti tugasan,bahan hiasan, bahan pengajaran dan sebagainya. Ruang siling :digunakan untuk menggantung mobile, hiasan, hasilkerja murid dan sebagainya. Bekalan dan bahan yang membantu dalammenjadikan bilik darjah selesa untuk belajar Guru perlu menyediakan ruang untuk meletakkan buku-buku rujukan termasuk kamus, majalah, surat khabar, petadan bahan manipulatif untuk bacaan umum dan rujukanmurid. Guru memastikan tugasan murid disalin dalam bentuk cd dan disimpan dalam kotak untuk kegunaan masa depan. Portfolio murid boleh disimpan oleh guru dalam almari yangmudah diakses oleh semua murid. Guru menyediakan satu tempat khas bagi bekas makanandan minuman murid di belakang bilik darjah. Guru memberi perhatian dan mewujudkan satu sudut untuk meletak jam dinding, kalender, tisu, kotak pertolongancemas dan sebagainya bagi menjadikan bilik darjah selesadan selamat untuk menimba ilmu.

Guru harus memastikan alatan seperti komputer OHP, LCD,TV, rakaman audio dan video sentiasa berfungsi dan beradadalam keadaan yang baik. Simpan kabel, soket dansebagainya dengan baik di tempat yang mudah diaksesoleh guru. Saiz bilik darjah yang mempunyai ruang yang cukup. Tujuan: Memberi keselesaan kepada murid-murid bagibergerak dan menjalani aktiviti kumpulan atau aktivitipermainan. Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi. Tujuan:Bagi membolehkan udara dan cahaya yang mencukupimasuk ke dalam bilik darjah. Ini akan membangkitkansemangat belajar dan keselesaan kepada murid. Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah. Tujuan: Meningkatkan keberkesanan P&P

Langkah-langkah penyediaan pelan bilik darjah darisegi faktor psikososial Faktor ini boleh dibahagi kepada 2 bahagian iaitu suasanasosial dan suasana emosi.Guru perlu menunjukkan keprihatinannya semasamenyediakan pelan bilik darjah yang kondusif. Setiap sudut dalam bilik darjah perlu dilengkapi mengikutkeperluan umur, tahap persekolahan ataupun minat murid-murid. Guru perlu sedar bahawa penyediaan pelan bilik darjahberorientasikan murid-murid yang berkait rapat denganfaktor fizikal.

Faktor Teknikal dan pengurusan masa Digunakan untuk merangsang semangat danmenyemarakkan kesediaan belajar. Guru perlu mahir dalam menggunakan alat bantumengajar yang sesuai mengikut tahap pembelajaran,umur dan keperluan murid. Alat alat bantu yang diguanakan mestilah sesuai danpenggunaannya dalam bilik darjah haruslah dirancangdengan teliti agar kelas yang kondusif dapat diwujudkan

http://putranamza.blogspot.com/2011/03/hanya-perkongsian-perbezaan-bilik.html

Tuesday, March 15, 2011


HANYA PERKONGSIAN PERBEZAAN BILIK DARJAH KONDUSIF & TIDAK KONDUSIF
1.0 KONSEP PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KONDUSIF

Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjah. 1.1 Persekitaran Fizikal Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan hubungan murid dengan murid (Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2008). Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Secara umumnya, persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi beberapa aspek seperti ditunjukkan dalam Rajah 2 berikut : 1.2 Persekitaran Psiko-Sosial Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), psiko-sosial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psiko-sosial

yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri antaranya seperti suasana selesa, komunikasi terbuka, perkongsian idea dan lain-lain lagi. 1.3 Peraturan Bilik Darjah Murid-murid di sekolah rendah memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Menurut Mok Soon Sang (2009), peraturan memfokuskan jangkaan atau standard tingkah laku yang spesifik atau umum. Apabila seseorang guru berjaya membentuk peraturan yang bersesuaian dengan aspek psiko-sosial murid-murid yang belajar di dalam bilik darjah berkenaan, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan terkawal tanpa sebarang gangguan seterusnya meningkatkan keberkesanan pemerolehan ilmu.

1.4

Rutin Bilik Darjah Di samping peraturan bilik darjah yang dipercayai mampu membantu meningkatkan pembelajaran dan mengawal disiplin, rutin bilik darjah atau disebut pensisteman bilik darjah juga dilihat sebagai salah satu aspek yang menyumbang ke arah pembelajaran yang berkesan. Menurut A.J. Michael (2008), adalah dibuktikan oleh penyelidik bahawa pensisteman bilik darjah menjadikan individu itu lebih yakin, tenteram dan mempunyai tujuan. Kebiasaannya, rutin atau tabiat harian menyemai perasaan penting, bertanggungjawab dan berguna kepada individu berkenaan. Salah satu cara yang terbaik untuk memupuk sifat-sifat terseut ialah menyediakan jadual tugas kelas. Dengan rutin demikian maka murid akan berasa

bertanggungjawab sekaligus membantu membina kemahiran sosial dan emosi semasa interaksi dalam menjalankan tugas.

2.0

KONSEP BILIK DARJAH

Menurut Asmah Haji Ahmad (1989), konsep bilik darjah adalah sentiasa berubahubah mengikut keadaan, suasana keperluan, kemampuan dan peredaran masa. Bilik darjah mempunyai berbagai cirri yang sama dan juga cirri yang berbeza. Cirriciri ini ialah, dari segi fizikal, social dan jiwa orang-orang di dalamnya. Dari segi fiizikal, mungkin sebuah bilik darjah di sekolah kampung berada dalam serba kekurangan, dan bilik darjah di sekolah bandar pula lengkap dengan berbagai bahan, dan alat kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, aspek sosial pula, sekolah berada di kawasan yang aman, tenteram, dan ahli masyarakat di persekitaran sekolah terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi dan sempurna, maka suasana sosial di sekolah juga akan menjadi baik, dan menggalakkan pembelajaran. Aspek emosi dan jiwa murid adalah bergantung kepada taraf hidup ibu bapa dan keadaan sosial keluarga. Dalam hal ini dan taraf sekolah juga memainkan peranan. Ada sekolah yang popular dan terkenal, dan tidak secara langsung mereka yang belajar di dalamnya akan merasa seronok, megah, bangga dan bermotivasi tinggi untuk belajar. Menurut Choong Lean Keow (2009), bilik darjah boleh dilihat dari dua perspektif sebagai satu tempat kerja dan sebagai satu sistem ekologi. Aspek tempat kerja merupakan tugas berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem ekologi pula merupakan interaksi ekologi peribadi dengan ekologi bilik darjah. Menurut beliau lagi, bilik darjah merupakan satu tempat kerja bermaksud satu tempat di mana murid-murid datang ke sekolah untuk belajar dan guru datang mengajar selain itu, bilik darjah sebagai satu sistem ekologi adalah satu

persekitaran khas (habitat) di mana kedua-dua guru dan murid (penduduk) saling berinteraksi bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (terus hidup). Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), bilik darjah merupakan satu tempat yang kompleks dan mempunyai banyak tuntutan. Aktiviti di dalam biik darjah melibatkan orang, tugasan, ruang, masa dan bahan

pembelajaran. 2.1 Bilik Darjah Yang Kondusif

Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), pembelajaran akan berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik darjah diurus dengan baik agar murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa. Bilik darjah yang kondusif merangkumi 4 aspek utama iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik darjah serta rutin bilik darjah. Persekitaran fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid lain. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.

Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psiko-sosial yang sihat adalah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah. Fungsi peraturan dan rutin dijalankan secara serentak kerana setiap aktiviti murid-murid perlu ada pengawasannya. Peraturan dan rutin dibincangkan bersama guru dengan murid untuk memberikan keselesaan kedua-dua belah pihak.

http://demurezealot.blogspot.com/2010/04/pengurusan-bilik-darjah.html

Friday, April 16, 2010


Pengurusan Bilik Darjah
Menurut Lemlech (1988), pengurusan bilik darjah sebagai okestra kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Menekankan kepentingan penyusunan susana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam meikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul. Menurut Hall (2000) pula mendefinisikan sebagai pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan yang melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan mengurus kerja murid. Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong. Ilmu Pengurusan Bilik Darjah Seorang guru perlu menguasai pengurusan bilik darjah dengan baik agar proses pembelajaran dan pembelajaran berkesan. Pengurusan bilik darjah asas meliputi: Cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah Mengurus pergerakkan pelajar di dalam kelas - Mengawal disiplin pelajar didalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. - Penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra. Pengurusan disiplin dan tingkah laku pelajar. Pengurusan Bilik Darjah Yang Baik Menurut Edmund dan Carolyn (2009) dalam Classroom Management For Middle & High School Teacher, terdapat 5 cara pengurusan bilik darjah yang baik: i) Menggunakan penyusunan bilik darjah yang tetap dengan matlamat instruksional. - Penyusunan yang dilakukan hendaklah bersesuai dengan aktiviti instruktional yang hendak dilakukan. - Contohnya, jika aktiviti berkehendakkan guru menyampaikan ilmu secara kuliah, demonstrasi dan pembentangan, penyusunan yang dilakukan hendaklah membolehkan mereka melihat kawasan utama dan memerlukan kawasan simpanan peralatan bantu mengajar yang berdekatan. - Jika aktiviti yang dilakukan dalam kumpulan kecil, susunan tempat duduk pelajar perlu diubah semula supaya keadaan selesa dan senyap dapat diwujudkan walaupun perbincangan dilaksanakan.

ii) Memastikan trafik kawasan tumpuan lancar. - Kawasan tumpuan bertrafik tinggi yang dimaksudkan adalah kawasan yang menjadi pusat tumpuan pembelajaran dilaksanakan serta menjadi tumpuan untuk pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Contohnya: * Kawasan kerja berkumpulan. * Kawasan keluar masuk. * Ruang sumber maklumat dan sumber bahan. * Meja pelajar dan meja guru. - Kawasan-kawasan ini hendaklah sentiasa dipastikan terpisah dan mudah untuk dimasuki (access the area). Penyusunan bilik darjah yang baik adalah berasaskan kepada kefahaman kepada tingkah laku yang dijangka daripada pelajar. Perancangan sistem peraturan dan prosedur yang teliti akan memudahkan komunikasi seorang guru dengan pelajarnya.

iii) Memastikan pelajar mudah dilihat oleh guru. - Pengawasan pelajar merupakan salah satu tugasan mengurus yang besar. Jika guru sukar melihat muridnya, ia akan memberi kesusahan sekiranya pelajar tersebut memerlukan bantuan atau mengelakkan diri dari tugasan yang diberikan serta membuat gangguan. iv) Menggunakan alat mengajar dengan terancang dan sumber murid juga tersedia untuk digunakan. - Bahan atau alat mudah digunakan serta penyimpanan yang efektif memberi kelancaran pada perjalanan aktiviti dan berakhir dengan jayanya. - Hal ini dapat meminimumkan penggunaan masa untuk penyediaan dan penyimpanan semula barangan. v) Pelajar mudah melihat setiap proses pembentangan dan penayangan. - Setiap penyusunan hendaklah memastikan semua pelajar dapat memerhati layar putih atau papan hitam tanpa perlu mengubah kedudukan meja, kerusi mahupun berpaling. - Jika keadaan ini berlaku, ia mendorong pelajar untuk tidak memberi perhatian serta menyusahkan pelajar mengambil nota dan menyalin maklumat. Penyusunan bilik darjah yang baik adalah berasaskan kepada kefahaman kepada tingkah laku

yang dijangka daripada pelajar. Perancangan sistem peraturan dan prosedur yang teliti akan memudahkan komunikasi seorang guru dengan pelajarnya.

You might also like