P. 1
Petanque

Petanque

|Views: 294|Likes:
Published by Che'gu Kah

More info:

Published by: Che'gu Kah on Apr 09, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/10/2014

pdf

text

original

PERATURAN PERMAINAN KARNIVAL SUKAN MAHASISWA UiTM (KARiSMA) PETANQUE BERPASUKAN 1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1.

1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Peraturan Rasmi Antarabangsa yang di gubal pada tahun 1984 oleh FIP JP iaitu sebuah pertubuhan yang di kawal selia di Kongres Geneve dan Peraturan-Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA). 1.2 Pertandingan adalah tertakluk kepada undang-undang Am dan Peraturan-Peraturan Am Sukan KARiSMA UiTM 2011. 1.3 Sekiranya terdapat perselisihan dari segi pentafsiran undang-undang permainan, undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan. 1.4 Semua bantahan berkaitan dengan perkara teknikal akan diputuskan oleh Teknikal Delegat. 1.5 Semua bantahan berkaitan dengan peraturan pertandingan akan diputuskan bersama oleh Pengerusi Kejohanan dan Teknikal Delegat. 1.6 Apa jua keputusan yang dibuat oleh Teknikal Delegat atau Pengerusi pertandingan adalah muktamad. 2.0 JENIS PERTANDINGAN 2.1 Permainan ini dijalankan secara BERPASUKAN CAMPURAN. 3.0 FORMAT PERTANDINGAN 3.1 PERTANDINGAN BERPASUKAN 3.1.1 3.1.2 3.1.3 Tiap-tiap pasukan mengandungi SEBELAS (11) orang pemain iaitu TUJUH (7) orang pemain lelaki dan EMPAT (4) orang pemain wanita. Seorang pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu perlawanan sahaja. Susunan perlawanan sesuatu perlawanan adalah seperti berikut: 3.1.3.1 Perseorangan lelaki 3.1.3.2 Perseorangan wanita 3.1.3.3 Bergu lelaki 1 3.1.3.4 Bergu wanita 3.1.3.5 Bergu lelaki 2

1

3.2 Pengadil pada bila-bila masa masa saja ketika perlawanan dijalankan boleh memeriksa bola setiap pemain. 5.2 Bola tidak ditemui Jek tidak ditemui 5.4 Senarai nama mengikut susunan perlawanan hendaklah disampaikan kepada Pengadil Kehormat 15 minit sebelum sesuatu pertandingan dimulakan.0 PENDAFTARAN PEMAIN/ PEMBENTUKAN PASUKAN 4.5 Setiap kontinjen boleh mendaftar satu pasukan yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 8 orang wanita.3 Setiap pemain di larang daripada menukar bola atau jek semasa perlawanan kecuali dengan kebenaran Teknikal Pertandingan. Peraturan yang sama juga berlaku kepada jek. 4.0 Peraturan Am. 4. 4.1 5.1. kepingan terbesar diganti oleh bola yang sama jejari dan beratnya. 4. 4. kepingan yang terbesar dikira sebagai penanda kedudukan apabila tiada lagi bola untuk dimainkan.3.0 SISTEM PERMAINAN 5.6 Setiap pasukan boleh mendaftarkan 18 orang pemain. 5.3.7 Seorang pemain akan hanya debenarkan mengambil bahagian dalam dua acara sahaja.4 Semua pasukan hendaklah mengemukakan kad pelajar bersama dengan borang pendaftaran sebelum pertandingan bermula.2 Pendaftaran pemain ini hendaklah desampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola sebelum tarikh undian.5 4. 2 .1 Sila rujuk Perkara 9. Pengecualian akan diberikan sekiranya: 5. 5. Pengaduan mengenai pengesahan bola akan diterima semasa masih dalam satu-satu pusingan dan tidak selepas perlawanan tamat.4 Sekiranya bola pecah menjadi dua atau kepingan yang banyak. Sebarang gantian tidak dibenarkan selepas perlawanan dimulakan.3.3 Hanya pemain berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain dalam pertandingan ini.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua wakil Uitm seluruh Malaysia. 4.1.

Tidak sah bagi jek yang terapung dalam air.8.8.5 5.6 jarak lontaran kurang dari 6 meter dari bucu terdekat bulatan.4 5.6 Jek tidak sah apabila: 5.2 Kedua-dua pasukan mempunyai bola untuk dimainkan dalam pusingan itu batal. 5.5. jek tersebut dikira sebagai tidak sah. kemudian pusingan itu terbatal.1 5.6 3 .8. Sekiranya jek diberhentikan oleh pihak lawan. 5. Tiada pasukan mempunyai bola untuk dimainkan. jadi pasukan ini boleh memperoleh sebanyak mana mata selagi ia mempunyai bola untuk dimainkan.8 pemain di larang dari meratakan. jarak lontaran lebih 10 meter dari bucu terdekat bulatan. ia kekal di mana ia berhenti.6. jadi jek itu telah pun sah dan sebarang bantahan tidak diterima lagi. Seandai sesudahnya. boleh ia memilih untuk meninggalkan jek itu dikedudukan baru atau meletakkan kembali di tempat asal dengan syarat ia telah ditandai terlebih dahulu. 5. Sekiranya jek dipukul atau diberhentikan oleh penonton atau pengadil.8. Pemain hanya boleh memenuhi lubang yang di buat oleh bola terakhir yang dibalingkan. Apabila jek yang di lontar tidak ditemui.3 5. 5. Apabila jek-jek di pukul lebih dari 30 meter atau kurang dari 3 meter.1 5.4 5.5 5.6.6.8. satu-satu jek terkeluar dari gelanggang. mengalihkan atau melenyekkan apa-apa benda atas padang gelanggang.7 Jek adalah sah atas garisan sempadan.2 5.5 Sekiranya jek dilontarkan dan bola pertama telah tempatkan oleh pasukan mula. pihak lawan mempunyai hak untuk mencabar keesahan jek tersebut.6. Jek tersebut hendaklah lebih dari 1 meter dari batasan gelanggang Jek keluar dari batasan gelanggang semasa permainan. Tetapi sekiranya pihak lawan telah memainkan bola tersebut.6. Sekiranya satu pasukan sahaja mempunyai bola untuk demainkan.8.6. 5.3 5.

1 Apabila jek di pukul dan memasuki gelanggang yang lain.9.2 5. Semua pemain mestilah berada 2 meter di belakang pemain dalam bulatan atau berada sekurang-kurangnya 2 meter jek. jek dan bola hendaklah ditandai dan permainan disambung selepas permainan di dalam gelanggang tersebut telah ditamatkan. Bola yang dimainkan dianggap sebagai sah tapi sebolehbolehnya digantikan segera.4 5. pemain mempunyai 1 minit untuk memainkan bola mereka.0 PAKAIAN 6. Pihak lawan tidak boleh berjalan.9 DINASIHATKAN SUPAYA MENANDAI KEDUDUKAN JEK DAN BOLA 5.9.9. Pemain tidak debenarkan membasahkan bola dan jek mereka. 4 .9. Tiada seseorang pun yang dibenarka berlatih semasa perlawanan sedang dijalankan. Hanya baju T berkolar dan seluar (slack) dibenarkan semasa pertandingan.5 5.2 Hanya kasut sukan dibenarkan di dalam gelanggang.9.9. memberi isyarat atau mengganggu pemain yang hendak memulakan.9.9. bercakap.9 6. Mana-mana pemain yang sengaja menghentikan bola akan dibatalkan dari perlawanan.8 5.7 5. Hanya ahli pasukan yang boleh berada antara bulatan dan jek tersebut. Sebarang bola yang deberhentikan oleh pasukannya di kira batal dan hendaklah di ganti. Pemain yang menggunakan bola selain dari bolanya akan diberikan amaran.9.5. Sebarang bola yang diberhentikan oleh penonton atau pengadil deterima apabila ia berhenti.3 5.1 Pemain-pemain hendaklah memakai pakaian seragam pasukan masing-masing. Apabila jek dibaling. 6. 5.6 5.

2 JEK (cochonnets) mestilah diperbuat daripada kayu.1 Untuk pengiraan mata. permainan itu di kira batal sekiranya tiada lagi bola untuk dimainkan. adalah dibenarkan untuk mengalihkan bola atau apa-apa benda yang berada di antara jek dan bola.4 Apabila tiba di akhir perlawanan.05 sentimeter dan 8 sentimeter. Walau bagaimanapun. 8. Tanda perniagaan pihak perniagaan pihak pengeluar dan berat bola mestilah di iktiraf. selepas angkup (caliper) boleh digunakan. 8. bola yang di ambil sebelum wujudnya persetujuan bersama akan di kira batal seandainya kedudukan tidak ditandai.3 Sekiranya kedua-dua pasukan tidak bersetuju terhadap keputusan pengukuran itu. 8. 8.1. 5 .5 Sekiranya pemain menggerakkan bola atau jek semasa mengukur.1 7. Jejari adalah di antara 25 milimeter dan 35 milimeter.4 7.7.0 PERALATAN 7. 8.1. mata yang diperolehi akan di kira batal. pengadil akan di panggil dan keputusannya adalah muktamad. Berat bola hendaklah di antara 650 gram dan 800 gram. Bola tidak boleh diubahsuai. 7. Sekiranya tali ukur tidak sesuai untuk mengukur.3 Bola mestilah diperbuat daripada logam.0 PENGIRAAN MATA 8.1. Sebarang dua bola dari pihak yang berlawanan sama jaraknya dari atau menyentuhi jek.2 Tugas mengira mata adalah tugas pasukan yang melontar bola terakhir atau salah seorang dari ahli pasukan.2 7. di tukar atau di bega dalam apa-apa cara sekali pun melainkan tandatangan pendek seseorang pemain boleh di ukir diatasnya.1. kedudukan bola yang dialihkan hendaklah ditandai dan seterusnya diletakkan kembali selepas mengukurnya.1 Bola petanque mestilah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan tertakluk kepada beberapa syarat: 7. Jek hendaklah di cat supaya dapat di lihat dengan lebih terang. Jejari bola mestilah berukuran 7.

7 Sekiranya satu pasukan mempunyai bola untuk dimainkan.6 Sekiranya kedua-dua pasukan masih ada bola untuk dimainkan. pasukan yang memainkan bola terakhir akan bermain semula sehinggan pertukaran berlaku. 9. pita ukur diperlukan untuk memastikan bola yang menang.1 Apabila ukuran secara tampak tidak sesuai dengan kasut tertentu. 8.2 Apabila mengukur.5 11.3 Sebarang bola yang berada di laluan bola yang sedang di ukur mestilah dialihkan dan ditandai.0 DISIPLIN 10.1 Pemain yang tidak hadir selepas 5 minit permainan dimulakan di kiri kalah. Semua ahli pasukan hendaklah berada di tempat pengundian sebelum perlawanan dimulakan. 6 . dia tidak boleh menyertai pusingan pusingan ini tetapi boleh menyertai pada pusingan yang berikutnya. 11.1 Bagi ahli pasukan yang berkelakuan tidak baik di dalam atau luar gelanggang dan sesiapa yang menghasut orang lain berkelakuan tidak baik.3 10. Pemain tidak boleh meninggalkan permainan atau gelanggang semasa perlawanan sedang dijalankan tanpa kebenaran pengadil. maka penyertaan mereka dalam perlawanan itu akan dibatalkan.2 10. 9. Dilarang keras sebarang persepakatan bertujuan untuk berkongsi hadiah. mereka akan bermain dengan tujuan mendapat mata. letakkan hujung pita tersebut kepada bola dan ukuran yang di ambil di sisi jek menghadap bola yang diukur itu. 10. 11.0 CARA PENGUKURAN 9. Kemudiannya hendaklah diletakkan kembali ke tempat asal selepas mengukurnya. Pemain atau pasukan yang tidak menunjukkan semangat kesukanan akan dipinggirkan daripada perlawanan tersebut.2 Kepada pemain yang muncul ketika perlawanan telah bermula. Tiada pertukaran dibenarkan selepas perlawanan dimulakan.3 Sekiranya pemain muncul 1 jam selepas perlawanan dimulakan dia tidak lagi boleh menyertai perlawanan. 10.8.4 10.0 KELEWATAN 11. 9.

• Ketua Unit Sukan UiTM atau wakilnya.2 13. • 3 orang Pegawai Unit Sukan dari Kampus atau wakilnya.1 Bantahan bertulis hendaklah disahkan oleh seorang Pegawai Sukan Kampus berkenaan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari 1 jam selepas tamat perlawanan dengan disertakan wang tunai sebanyak RM 50. • Ex-Officio (Pengerusi Permainan) Semua keputusan adalah MUKTAMAD 13.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) sebagai cagaran. 12.12.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD. Ahli-ahli juri hendaklah terdiri: • Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya. Semua bantahan hendaklah bertulis dalam Bahasa Malaysia. Wang cagaran tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tidak diterima.1 Pengelola hendaklah menubuhkan juri rayuan yang terdiri daripada LIMA (5) orang minimum atau TUJUH (7) orang maksimum daripada sekurang-kurangnya TIGA (3) buah kampus.3 14.0 BANTAHAN 12.2 12.0 JURI RAYUAN 13.3 13.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 14. 7 .

1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Peraturan Rasmi Antarabangsa yang di gubal pada tahun 1984 oleh FIP JP iaitu sebuah pertubuhan yang di kawal selia di Kongres Geneve dan Peraturan-Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA). Penambahan kepada senarai pemain tidak dibenarkan semasa taklimat pengurus-pengurus pasukan kecuali hanya dibenarkan pertukaran pemain sahaja iaitu bagi pemain yang namanya belum didaftarkan lagi. Tiap pemain boleh didaftarkan untuk acara perseorangan dan bergu.0 PERATURAN PERTANDINGAN 1.6 Apa jua keputusan yang dibuat oleh Teknikal Delegat atau Pengerusi pertandingan adalah muktamad.0 JENIS PERTANDINGAN Pertandingan Perseorangan (Single) dan Bergu (Double) 3. 1. 8 3. Walau bagaimanapun. 1. 1. undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan. 1.4 Semua bantahan berkaitan dengan perkara teknikal akan diputuskan oleh Teknikal Delegat.PETANQUE INDIVIDU 1.1. 1.2 Pertandingan adalah tertakluk kepada undang-undang Am dan Peraturan-Peraturan Am sukan KARiSMA UiTM 2011.5 Semua bantahan berkaitan dengan peraturan pertandingan akan diputuskan bersama oleh Pengerusi Kejohanan dan Teknikal Delegat.1.3 3. jika berlaku pertindihan waktu perlawanan.3 Sekiranya terdapat perselisihan dari segi pentafsiran undang-undang permainan.1 Tiap-tiap kampus boleh mendaftarkan maksimum 2 pemain perseorangan serta 2 bergu bagi lelaki dan maksimum 2 pemain perseorangan serta 2 bergu bagi wanita. Senarai pendaftaran pemain hendaklah disertakan kepada Urusetia pertandingan sebelum tarikh undian.2 3. perlawanan berikutnya akan dijalankan 30 minit selepas sesuatu perlawanan tamat.4 .1.0 PENDAFTARAN PEMAIN 3.1.1 Lelaki / Wanita 3. 2.

0 PAKAIAN Semua pemain dikehendaki memakai pakaian tenis yang sopan dan sempurna. 9.0 SISTEM PERTANDINGAN Semua pertandingan akan dijalankan secara KALAH MATI. 9 . Pemain-pemain dari pasukan (kampus) yang sama akan diasingkan dibahagian atas dan bawah (supaya tidak bertemu dipusingan awal).2 Pemain-pemain yang pernah mewakil UiTM di dalam Kejohanan SUKMAS akan diberi keutamaan sebagai pemain pilihan (seaded player). Pemain-pemain yang pernah mewakili negeri atau Negara atau mempunyai rekod cemerlang juga akan diberi keutamaan. kekacauan. maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu hendaklah dilangsungkan pada.1 5. keadaan cuaca buruk. 8. 6. tempat dan masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola. rusuhan atau kerana hal-hal tidak dijangkakan dan perlawanan tidak dapat dimainkan atau diteruskan.0 PEMAIN PILIHAN (RANKING) 5. 5.1 4. Masa selama 15 minit sahaja diberikan kepada pemain yang lewat dan selepas itu lawannya akan diberikan kemenangan percuma. Keutamaan hendaklah diberi kepada perlawanan perseorangan terlebih dahulu.0 KELEWATAN Semua pemain hendaklah melaporkan diri kepada Pengadil Kehormat setelah namanya diumumkan untuk bermain.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai. 4.(Pertindihan waktu perlawanan perseorangan dan bergu).2 Undian untuk acara perseorangan dan bergu akan diadakan semasa mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.0 UNDIAN 4. 7.

0 JURI RAYUAN Sila rujuk Perkara 15. 10 .0 Peraturan Am. 11.0 BANTAHAN Sila rujuk Perkara 14.10. 12.0 Peraturan Am.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->