You are on page 1of 12

BAB 2 : SEL SEBAGAI UNIT ASAS HIDUPAN

SEL

HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN UNISEL DAN MULTISEL

ORGANISMA

SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN

SEL HAIWAN

SEL TUMBUHAN

Perbandingan Antara Struktur Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan

Struktur Dan Fungsi Sel

ORGANISMA UNISEL & MULTISEL


Alam

ini mengandungi pelbagai jenis organisma yang hidup di dalamnya. Proses kehidupan adalah satu proses yang dijalani oleh semua benda hidup untuk membolehkan ia terus hidup di dunia ini. Benda tidak hidup tidak menjalani apa-apa proses kehidupan. Semua hidupan menjalankan proses kehidupan seperti makan, bernafas, bergerak, mengeluarkan sisa buangan, membiak, membesar dan bertindak balas terhadap rangsangan. Proses hidup yang dijalani oleh organisma multisel adalah lebih kompleks daripada yang dijalankan oleh organisma unisel.

Organisma Unisel
Organisma unisel ialah organisma yang terdiri daripada satu sel sahaja. Organisma unisel hidup dalam air atau tempat lembap seperti kolam, laut, sngai, longkang dan sebagainya. Organisma unisel adalah sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop , dengan itu organisma unisel juga dikenali sebagai mikroorganisma.

Organisma unisel dalam alam haiwan adalah ameba dan paramesium.

Ameba

Paramesium

Organisma unisel dalam alam tumbuhan pula adalah pleurokokus, euglena, klamidomonas dan yis.

Pleurokokus

Yis

Euglena

Klamidomonas

Organisma Multisel
Organisma multisel adalah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel. Contoh organisma multisel adalah seperti berikut:

Spirogira

Organisma multisel dalam alam haiwan adalah mamalia, amfibia, reptilia, burung, ikan dan beberapa haiwan kecil lain. Organisma multisel dalam alam tumbuhan pula adalah lumut, alga, paku pakis dan kebanyakan tumbuhan yang berbunga.

You might also like