You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, PERJUMPAAN TIGA PENJURU DAN BINGKISAN TERAKHIR UNTUK PELAJAR-PELAJAR

PMR DAN SPM BERSAMA PEGAWAI KHAS KEPADA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI TARIKH HARI MASA TEMPAT
1.0

: : : :

23 SEPTEMBER 2011 JUMAAT 10.00PG HINGGA 12.00 TGH HARI DEWAN SMK PASIR BESAR

Rasional

Kejayaan umat manusia pada hari ini adalah bertitik tolak daripada perjuangan bangsa yang ingin melihat tidak ada lagi penindasan dan pencerobohan minda angkatan belia oleh bangsa dan budaya barat. Kesedaran golongan belia tentang pentingnya perjuangan untuk menegakkan kebenaran dengan berpaksikan acuan syarak serta bertunjangkan kesyumulan agama Islam harus ditiupkan dalam minda generasi muda kini terutamanya yang masih belajar di bangku sekolah. Dewasa ini, angkatan muda belia berbangsa Melayu amnya semakin tersisih dengan nilai-nilai sendi budaya ketimuran serta adat-adat kemelayuan. Kebanyakkan daripada mereka terus hanyut dibuai mimpi-mimpi indah khayalan ciptaan dunia yang direka serta diagung-agungkan melalui budaya hedonisme. Dunia pendidikan sebagai medium untuk menggerakkan paradigma baharu ke dalam jiwa pemimpinpemimpin muda agar lebih berwibawa dengan jati diri semangat perjuangan yang lebih utuh. Peranan ini bukan hanya tertumpu oleh sebelah pihak sahaja, peranan ini menjadi lebih padu sekiranya masing-masing memainkan watak dan peranan masing-masing tanpa perlu menunding jari mencari kelemahan yang ada.
2.0 OBJEKTIF 2.1 Untuk menanamkan semangat dan keyakinan dalam hati semua pemimpin pelajar serta para pelajar PMR dan SPM agar mereka terus berusaha sehingga ke garisan terakhir demi mencapai kecemerlangan. 2.2 Untuk menzahirkankan rasa kepekaan terhadap sejarah kemerdekaan Negara agar mereka tidak terus hanyut dalam dunia khayalan yang bersifat sementara.

2.3

Untuk mewujudkan rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, agama, bangsa dan Negara agar pentingnya untuk kita menikmati dan mensyukuri apa jua bentuk anugerah yang diterima dalam kehidupan.

2.4 2.5 2.6 2.7 3.0

Untuk menyedarkan semua pihak termasuk guru-guru, ibu bapa dan pelajar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk berjaya dalam kehidupan. Untuk membuktikkan tidak ada yang mustahil dalam kehidupan hari ini untuk berjaya dalam bidang yang diceburi walau dalam apa jua kesukaran sekali pun. Membantu pelajar membina matlamat diri agar mereka lebih jelas kemana hala tuju mereka selepas PMR dan SPM. Supaya ibu bapa dapat membantu memantau pembelajaran serta tingkah laku anakanak semasa berada dirumah.

MATLAMAT Matlamat keseluruhan program ini adalah untuk member kesedaran kepada pelajar tentang peranan mereka sebagai pelajar dan sebagai anak kepada ibu bapa mereka, di samping member dorongan dan panduan kepada para ibu bapa agar mereka bersedia menghadapi karenah anak-anak yang sedang meningkat remaja dalam situasi yang rasional dan bersedia untuk membimbing mereka dengan penuh diplomasi dan berhikmah.

4.0

SASARAN Semua pelajar terutamanya pelajar-pelajar PMR dan SPM, ibu bapa, warga FELDA dan guruguru SMKPB

5.0

AJK PROGRAM Pengerusi Naib Pengerusi : TUAN HAJI RAMLI BIN IBRAHIM (Pengetua SMK Pasir Besar) : Puan Nomi Bt Anoh (GPK Akademik) Puan Noridah Bt Mohd Saman (GPK kokurikulum) Encik Zainordin Bin Abu Bakar (GPK HEM) S/Usaha Penyelaras Program : Puan Kholilah Hj Amin (Guru B&K) : Encik Fadhil Bin Hj Abdul Azis

5.1

AJK PELAKSANA PROGRAM SAMBUTAN DAN PROTOKOL Tn Hj Ramli B Ibrahim Pn Nomi Bt Anoh En Zainordin B Abu Bakar Pn Noridah Bt Mohd Saman En Mohd Suhami B Hj Ismail

6.0

BELANJAWAN PROGRAM

You might also like