You are on page 1of 5

Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan Pemakanan yang paling SEMPURNA untuk bayi baru lahir hingga

a 6 bulan adalahSUSU IBU (SI) sahaja. Bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalamiJANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN. Susu pada 3-5 hari pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan lebih kurang 30ml sehari). Kolostrum mengandungi: 1. Antibodi yang tinggi 2. Bertindak sebagai imunisasi pertama bayi bagi melawan bakteria dan jangkitan virus 3. Kaya dengan nutrien~ protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink) 88 peratus kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yang disusui dengan SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAUPUN MINUMAN LAIN. SI mengandungi: 1. Protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 2. Lemak sebagai sumber tenaga 3. Zat besi bagi mencegah anemia Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang. Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan. Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi. Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu. Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya. KUMPULAN BIJIRIN Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.

Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras. SAYUR2AN Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang. Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi. Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato. BUAH-BUAHAN Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran. Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear. ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga. ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet. KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA)dan kacang pis sejuk beku. Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan. LEMAK DAN MINYAK Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan. Alahan Makanan Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah: 1. 2. 3. 4. 5. Putih telur Kacang Makanan laut Gandum Buah limau

ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi. Garam, Gula dan Bahan Perasa TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun. Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain. Cara Memberi Bayi Makan Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap. ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin. Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan Makanan Semasa Sakit Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.

Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan. Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.

6 BULAN Minggu 1 Tekstur Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair) Kekerapan 1x pada 2-3 hari pertama 2-3x pada hari seterusnya Contoh makanan Kanji/beras + SI Minggu 2-4 Tekstur Lecek (sedikit kasar dan pekat) Kekerapan 2-3x sehari Contoh makanan Bijirin beras + SI Kentang lecek halus Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli) Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar) Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus) Tauhu lembut (tidak berperisa) Kacang pis (lecek) Hati ayam (hancur) Ayam (lembut dan dihancurkan) Isi ikan (buang tulang dan dilecek) Daging lembut (hancur)

Sumber protein

7 BULAN Minggu 1 Tekstur Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut Kekerapan 3-4x sehari Contoh makanan Kanji/beras + SI Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI) Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli) Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar) Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus) Tauhu lembut (tidak berperisa) Kacang pis (lecek) Hati ayam (hancur) Ayam (lembut dan dihancurkan) Isi ikan (buang tulang dan dilecek) Daging lembut (hancur) Roti lembut Biskut bayi (tanpa gula) Buah-buahan (pisang, betik) Lobak merah Keju

Sumber protein

Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)

9-11 BULAN Minggu 1 Tekstur Lembut, cincang ataupun potong kecil Kekerapan

3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi) Contoh makanan Nasi lembik Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah) Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli) Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar) Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula) Yogurt asli (banyak di kedai-kedai 'pak arab'), puding susu

Sumber protein Ikan bilis (buang tulang sampai ekor) Tauhu lembut Kacang pis Hati ayam (hancur) Ayam (lembut dan dihancurkan) Isi ikan (buang tulang dan dilecek) Daging lembut (cincang) Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)

class="default_message"

You might also like