P. 1
BIDANG KEGIATAN PSV

BIDANG KEGIATAN PSV

|Views: 1,113|Likes:
Published by Norazlinda Adam
SINOPSIS KARYA
SINOPSIS KARYA

More info:

Published by: Norazlinda Adam on Apr 09, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/25/2013

pdf

text

original

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

ABSTRAK

Kajian bidang kegiatan seni visual ini merupakan sebuah kajian bidang kegiatan bersama asas seni reka dan prinsip-prinsip rekaan. Kajian ini berdasarkan kepada penghasilan satu karya dalam bidang menggambar dua dimensi dan tiga dimensi dengan mengaplikasikan pelbagai alat, bahan dan menerapkan beberapa teknik yang bertemakan alam semula jadi. Karya yang telah dihasilkan bertajuk “The Lake House” dijalankan bagi melengkapkan tugasan kerja kursus. Penulisan mengenai sinopsis karya dihasilkan untuk membuat penerokaan dan kajian pada karya ini bagaimana ia dihasilkan menggunakan teknikteknik di dalam bidang menggambar.

1

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

PENGENALAN

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi. Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16). Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.

2

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999).

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilahistilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi. Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya. Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri. Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan

persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu

3

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.

DISKRIPSI

4

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

Di dalam Pendidikan Seni Visual terdapat empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Bagi kajian ini bidang yang menjadi tumpuan merupakan bidang menggambar.

Menggambar Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: a) Lukisan b) Catan c) Kolaj d) Montaj e) Cetakan f) Resis g) Gosokan h) Stensilan i) Percikan j) Gurisan k) Capan l) Mozek

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam

5

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

persekitaran

menjadi

fokus

kegiatan

menggambar.

Kegiatan

ini

dapat

memperkembangkan persepsi visual individu dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan individu itu menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

SINOPSIS KARYA

6

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

“The Lake House” Karya ini diberi nama “The Lake House” yang bertemakan alam semula jadi. Ia dihasilkan melalui pelbagai bahan dan teknik serta penerapan bersama unsur seni serta prinsip-prinsip rekaan dalam konteks pendidikan seni visual. Penghasilan sesebuah karya ia melibatkan mesej atau maksud yang ingin disampaikan. Selain itu juga subjek matter yang digunakan di dalam karya. Subjek matter bagi karya di atas adalah rumah usang di mana komposisi rumah tersebut yang berada pada kedudukan yang seimbang menjadikannya sebagai tumpuan kepada pemerhati. Karya ini juga menggambarkan suasana yang damai dan indah apabila penggunaan warna panas dan sejuk digunapakai.

Penggunaan Media dan Bahan.

7

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yang mahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilan lukisan. Sepanjang karya di atas dihasilkan alatan dan bahan yang digunakan adalah pensel, warna poster, berus, straw, lidi dan gambar. Penggunaan pensel digunakan untuk membuat lakaran sebelum mewarna. Kemudian penggunaan warna poster digunakan 80% di dalam karya di atas. Ini kerana karya yang dihasilkan menggunakan teknik catan di mana teknik catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarnakan di atas permukaan kertas. Selain itu, penggunaan bahan seperti lidi digunakan di dalam teknik kolaj untuk meninggalkan kesan yang lebih dramatik yang bersifat 3 dimensi. Gambargambar dari media cetak juga digunakan bagi penggunaan teknik montaj.

Penggunaan Teknik Beberapa teknik menggambar telah digunakan bagi menghasilkan karya bidang menggambar dua dimensi dan tiga dimensi ini. Antara teknik yang digunakan adalah teknik catan, kolaj, montaj dan juga percikan. Teknik catan merupakan proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata ataupun abstrak. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Lukisan grafik mengandungi komposisi artistic dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan bahan. Satu ciptaan gambar yang berwarna dan ia adalah satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Teknik catan air terbahagi kepada 4 iaitu :

.

8

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

k Berus Kering.

Bagi penghasilan karya di atas, teknik catan telah digunakan. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Ia melibatkan teknik basah atas basah iaitu sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Di dalam karya tersebut, teknik ini dapat dilihat di bahagian langit yang disapu menggunakan warna oren. Manakala teknik berus kering yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap. Ia dapat dilihat di bahagian daun pokok. Manakala teknik kecatan banyak digunakan di bahagian-bahagian yang lain. Dapat dilihat di bahagian kanan karya terdapat sepohon pokok di mana rantingnya dihasilkan melalui teknik tiupan. Teknik ini akan membentuk corak yang tidak terancang apabila warna air tadi dititiskan dan meniup menggunakan straw bagi memberi kesan ranting yang semula jadi, lalu ditambah daun pokok bagi menampakkan imej pokok. Selain itu juga terdapat juga teknik percikan pada bahagian angsa di mana ianya memberi kesan percikan air yang menggambarkan seolah-olah angsa tersebut sedang bermain. Teknik percikan menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas. Percikan di dalam karya ini dilakukan dengan menggunakan berus lukisan bersama warna poster putih yang dicampur dengan air. Teknik Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal di satu permukaan khas seperti kertas lukisan. Ia mestilah mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj. Di dalam karya

9

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

ini teknik kolaj digunakan pada bahagian rumah usang yang menjadi subjek matter pada karya ini. Bahan yang digunakan merupakan lidi, digam dan dilekatkan bagi membentuk sebuah rumah usang. Penggunaan bahan juga secara tidak langsung menaikkan sesuatu nilai estetik sesebuah karya. Jika dilihat karya tersebut, bahan lidi yang dijadikan kolaj untuk membentuk rumah usang itu lebih menarik kerana warna semula jadi lidi itu secara tidak langsung memberi ton warna yang realistik. Teknik Montaj merupakan tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana- mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi. Hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. Di dalam karya ini teknik montaj digunakan pada bahagian bunga tulip, bunga teratai, rama-rama dan juga katak. Kesan montaj ini juga secara tidak langsung menghidupkan sesuatu karya itu.

KAJIAN TOKOH
10

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

Mansor Ghazali dilahirkan pada 6 Januari 1930 di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak. Kecenderungannya melukis mula dikesan sejak menuntut di Sekolah Melayu Bukit Chandan. Malangnya, minat beliau dalam bidang lukisan langsung tidak mendapat sokongan daripada guru-guru kolonial. Beliau terus melukis dan melukis sehingga melanjutkan pengajian di Sekolah Clifford Kuala Kangsar sebelum menyertai Institut Latihan Perguruan di Johor pada 1952. Kemudian, Allahyarham menyertai Institut Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur. Lebih membanggakan, beliau merupakan pelajar Melayu terawal dihantar menuntut dalam jurusan seni reka di Brighton, England pada 1962.Beliau mula melukis sekitar tahun 1963 secara hobi dan tidak membuat pameran. Beliau terlibat dengan pameran-pameran anjuran persatuan pelukis Johor, Persatuan cat air Malaysia dan beberapa pameran di Malaysia. Beliau pernah mendapat beberapa anugerah sepanjang penglibatan dalam cat air. Persatuan Pelukis Cat Air Malaysia pernah memberi anugerah pelukis cat air. Kejora, Johor (1984) dan Anugerah Pelukis Terbaik Perak daripada Yayasan Kesenian Perak pada tahun 2000. Beberapa pendapat menyatakan beliau adalah sebagai pelopor cat air aliran impresionis yang begitu mengagumi kumpulan pelukis cat air dari Rusia.

karya catan Mansor Ghazali

11

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

Jika dilihat pada karya catan pelukis Mansor Ghazali,

beliau menggunakan teknik

catan air yang bertemakan pemandangan. Penggunaan teknik catan air melibatkan pelbagai teknik. Begitu juga dengan karya “The Lake House” yang hampir keseluruhan karya dihasilkan menggunakan teknik catan. Teknik catan merupakan teknik yang

menjadi kegemaran di dalam bidang menggambar kerana ia memberikan visual warna yang menarik Pelukis Ju Duoqi juga merupakan pelukis yang terkenal menggunakan teknik kolaj dengan menggunakan bahan daripada sayur-sayuran. Seorang seniman asal dari China mempersembahkan karyanya yang ia cantik dari aneka lukisan ternama dunia dengan seluruh bahannya dari sayuran. Ju Duoqi, 35, menamakan pameran lukisan bertajuk "Vegetable Museum" di Beijing. Di antara karyanya terdapat lukisan Mona Lisa Leonardo da Vinci yang terdiri dari tofu dan ubur-ubur laut. Ketika ditemubual mengapa beliau menggunakan sayuran, ia mengatakan bahawa tujuannya adalah ingin mengajak orang-orang memandang objek yang mereka lihat setiap hari dari sudut pandang yang berbeza.

Karya Ju Duoqi

12

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

Penggunaan teknik kolaj juga dapat memberi kesan estetika yang hebat sekiranya penggunaan bahan yang digunakan dari sumber semula jadi dan membentuk pelbagai imej yang ingin ditonjolkan. Karya “The Lake House” yang dihasilkan juga tidak ketinggalan dalam mengikuti teknik kolaj apabila bahan penggunaan seperti lidi digam dan disusun membentuk sebuah rumah usang di tengah tasik.

13

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

KESIMPULAN

Dalam aktiviti menggambar, penggunaan teknik memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesebuah karya bersama dengan imaginasi dan daya kreativiti. Kemahiran melukis melalui pengalaman menjadi asas kepada penghasilan karya ini. Penggunaan bahan dan alat juga memberi kesan seni kepada hasil sesebuah karya. Karya “The Lake House” dihasilkan mengikut tema pemandangan alam semula jadi dengan menggunakan teknik-teknik di dalam bidang menggambar . Ia dihasilkan dengan mengambil kira aspek dari pelbagai media dan teknik yang menekankan dari segi ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Pengetahuan penggunaan teknik menggambar menjadikan hasil karya ini mempunyai nilai estetika dalam bentuk visual. Oleh itu, kajian tokoh merupakan perkara yang menjadi rujukan untuk membuat perbandingan melalui teknik-teknik yang digunakan.

REFLEKSI

14

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

Pada 19 Januari yang lalu, kami kumpulan DPLI (Pendidikan Seni Visual) telah diberi satu tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Bidang Kegiatan Seni Visual. Kami dikehendaki membuat sinopsis karya berdasarkan kepada hasilan karya bidang menggambar dua dimensi atau tiga dimensi. Saya telah menghasilkan karya yang diberi nama “The Lake House” sebagai kajian di dalam bidang kegiatan seni dan

diminta menghuraikan sinopsis karya dan menghubungkaitkan hasil karya saya dengan hasil pelukis karya terkenal. Perkara pertama yang saya lakukan ialah menghasilkan karya pemandangan alam semula jadi dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga teknik di dalam bidang menggambar. Kemudian mengumpul maklumat mengenai teknik-teknik bidang menggambar sebagai sumber penulisan bagi sinopsis karya. Sepanjang masa yang ada saya mengumpulkan maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku dan juga laman –laman blog berkaitan.

BIBLIOGRAFI

15

BIDANG KEGIATAN SENI VISUAL

DPLI - PSV

Jeff Low, Syndia Low, H. Heather (2011). Panduan Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 KBSM : Cerdik Publication Sdn. Bhd, Shah Alam. Chua Yan Piaw (2011). Panduan Revisi : Esensi Pendidikan Seni Visual SPM. Pearson Longman. http://www.astrodigi.com/2010/07/ju-duoqi-pelukis-nyentrik-yang-melukis.html http://notasenivisual.blogspot.com/ http://wareyzseni.blogspot.com http://senivisual2.blogspot.com/2009/11/mengingati-mansor-ghazalli-pelukis-cat.html

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->